You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN BULAN JABATAN VOKTEK SMK BAKONG

2014

Yang berusaha , cikgu meechang tuie, pengetua smk bakong,


cikgu peter use lenjau, penolong kanan pentadbiran,cikgu mutang
lawai, penolong kanan hal ehwal murid, kaunselor sekolah,
barisan guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan pelajar
sekalian.
Merah menyala si bunga raya,
Biarkan ia mekar disana
Izinkan saya mula bicara
Agar manfaat diperoleh bersama
Hari ini saya berasa amat bertuah kerana telah diberi peluang
untuk mempengerusikan majlis pelancaran bulan jabatan
vokasional dan teknik (voktek) tahun 2014. Pelbagai aktiviti
menarik dan berinformasi yang disediakan oleh panitia-panitia
untuk disertai oleh rakan-rakan pelajar sekalian.
Tema bagi bulan jabatan vokasional dan teknik ialah menjana
minda kreatif, inovatif dan kritis.
Manakala objektif bulan jabatan vokasional dan teknik adalah:
1. Menarik minat pelajar untuk berminat dalam bidang vokasional
dan teknik
2. Mengaplikasi teknik dan kemahiran yang dipelajari untuk
menyelesaikan permasalahan dalam aktiviti yang disediakan.
3. Mendedahkan kepada pelajar bahawa subjek voktek bukan
sahaja berkisar dalam bilik darjah tetapi boleh diapliskasikan
dalam kehidupan sebenar.

4. Memberi pelbagai pendedahan dan juga peluang kepada


pelajar untuk memperkembangkan potensi diri.

Sebelum majlis melangkah lebih jauh lagi, terlebih dahulu majlis


menjemput cikgu junaidi bin samail untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan sempena bulan jabatan voktek. Majlis mempersilakan.
Terima kasih kepada cikgu junaidi bin samail diatas kesudian
beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Sudilah tuan jalan berlapan
Jalan berlapan dimalam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam
Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, dijemput tuan
pengetua, cikgu meechang tuie bagi menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis pelancaran bulan jabatan voktek.
(ucapan dan perasmian pengetua)
Terima kasih atas ucapan itu sebentar tadi. Semoga amanat dan
pesanan beliau dapat kita realisasikan bersama.
Untuk upacara simbolik perasmian, dijemput sekali lagi tuan
pengetua dan diiringi cikgu junaidi bin samail dan disaksikan oleh
semua penolong kanan.
Simbolik perasmian ini ialah 9 biji belon yang digunakan
melambangkan 9 orang guru dibawah jabatan vokasional dan
teknik yang berusaha untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
yang berguna kepada pelajar.
Manakala jangka lukis yang digunakan untuk memecahkan belon
pula melambangkan
salah satu cabang ilmu dalam bidang

vokasional dan teknik yang mana alat tersebut digunakan dalam


lukisan teknik.
Habuk berkilau yang digunakan pula diibaratkan sebagai usaha
guru-guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
pelajar seiring dengan pelan pembangunan pendidikan malaysia
dan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua diatas kesudian
beliau untuk merasmikan majlis kita pada pada pagi ini.
Tidak lengkap rasanya majlis kita pada hari ini jika tidak diserikan
dengan persembahan oleh rakan kita. Oleh itu, marilah kita samasama menyaksikan persembahan muzik yang dipimpin oleh cikgu
saperi
(persembahan cikgu saperi)
Terima kasih atas persembahan itu tadi. Diharapkan guru-guru
serta rakan pelajar sekalian terhibur dengan persembahan
sebentar tadi.
Dengan ini selesailah sudah majlis perasmian bulan jabatan
voktek bagi tahun 2014

You might also like