You are on page 1of 6

TIGA CABARAN UTAMA MENANTI BELIA ISLAM

ZAMAN GLOBALISASI
Posted on Ogos 27, 2009by Muhamad Razak

Oleh Muhamad Razak


Idris
di Berita Harian: 26 Ogos 2009

Tersiar

Belia Islam hari ini berada pada era yang amat mencabar. Cabaran ini didorong
oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu
sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada
hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan perkampungan sejagat atau
global village. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah
perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani
belia Islam hari ini. Perkampungan dunia hari ini digerakkan oleh pelbagai arus.
Satu daripadanya ialah oleh pencapaian manusia sendiri di dalam bidang
perhubungan sama ada menerusi darat atau lautan.
Namun, pencapaian yang paling mengesankan ialah pencapaian manusia di
dalam bidang teknologi maklumat. Menerusi teknologi maklumat inilah seperti
penciptaan komputer, telefon dan internet, manusia dari segenap pelosok dunia
dapat berkongsi khabar dan berita hanya dalam sekelip mana.
Di samping berkongsi khabar dan berita, satu daripada perkara yang dikongsi
bersama oleh masyarakat dunia ialah nilai dan kepercayaan mereka mengenai
sesuatu perkara berkaitan urusan kehidupan di dunia ini. Urusan itu termasuk
yang membabitkan ilmu pengetahuan, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga
ideologi. Dengan bantuan teknologi maklumat dan perhubungan lebih baik,
semua perkara yang dinyatakan di atas yang sebelum ini hanya dikongsi dan
diketahui sekelompok perkumpulan manusia tertentu, kini sudah merentas
sempadan daerah dan negara.
Kedapatan sesetengah perkara atau amalan yang pada asalnya hanya berbentuk
minat dan kesukaan sebuah kelompok masyarakat, kini sudah menjadi minat
dan kesukaan yang dikongsi oleh seluruh masyarakat manusia. Fenomena ini
dikenali juga sebagai proses pensejagatan atau globalisasi. Ia adalah suatu

keadaan di mana nilai dan amalan yang pada asalnya suatu yang bersifat
setempat bertukar menjadi satu pola atau fenomena sejagat.
Oleh itu, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan fenomena kesejagatan
dunia hari ini. Antaranya ialah seperti istilah generasi Pepsi-Cola atau generasi
Google. Istilah ini memberi maksud akan kesejagatan produk minuman Pepsi
dan Coca-Cola, serta produk carian internet iaitu Google yang dengan
kehadirannya, dikenali dan dikongsi oleh hampir seluruh masyarakat dunia.
Fenomena kesejagatan dunia ini ialah realiti yang jelas akan peralihan zaman
yang sedang didiami oleh belia Islam di negara kita hari ini.
Apakah bentuk cabaran yang perlu didepani oleh belia Islam di dalam berdepan
dengan realiti peralihan zaman ini? Bentuk cabaran itu, pada hemat saya, boleh
dibahagikan kepada beberapa unsur. Pertama, cabaran untuk mengekalkan jati
diri setempat di dalam arus kesejagatan dunia. Kedua, cabaran mengenal pasti
unsur yang positif untuk pembangunan belia Islam di dalam himpunan sumber
maklumat yang pelbagai. Ketiga, cabaran untuk belia Islam menjadi unsur
pendorong yang berpengaruh di dalam mencorakkan arus kesejagatan dunia hari
ini.
Inilah tiga cabaran terpenting yang harus didepani belia Islam hari ini di dalam
menangani era peralihan zaman. Bagi cabaran pertama, belia Islam harus
mengorak langkah di dalam meningkatkan tahap keyakinan diri yang tinggi
terhadap keutuhan dan keunikan jati diri yang mereka miliki kini. Keyakinan
terhadap jati diri ini adalah asas untuk belia Islam berdepan dengan pelbagai
daya tarikan dari luar persekitaran mereka. Hal ini menuntut belia Islam kembali
memugar secara berkesan asas yang membentuk identiti dirinya. Ini meliputi
teras kepercayaan agama, nilai hidup mulia dan rukun kebudayaan dan
kenegaraan.
Dalam erti kata lain, ia menuntut belia Islam untuk kembali mengukuhkan
tradisi keilmuan di dalam kehidupan mereka memandangkan hanya menerusi
proses pendidikan yang berkesan dan berterusan, segala aspek yang dinyatakan
itu dapat diperkukuhkan sebagai asas dan teras identiti dirinya.

Bagi cabaran kedua, belia Islam harus terdedah dengan banyak kajian yang
bersifat perbandingan. Di dalam menentukan sesuatu perkara itu baik atau
buruk untuk keperluan dan kegunaan belia Islam, kefahaman yang menyeluruh
terhadap sesuatu persoalan yang terjadi diperlukan. Sebagai contoh, di dalam
berdepan dengan kepelbagaian arus kefahaman dan tafsiran terhadap ajaran
Islam, belia Islam harus diperkukuhkan dengan kerangka pandangan yang
difahami oleh aliran ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu kerangka ajaran Islam yang
diperakui oleh majoriti golongan ilmuwan Islam.
Menerusi kerangka fahaman ini, belia Islam dibekalkan dengan petunjuk dan
batasan bersifat tetap dan dinamik di dalam menilai sesuatu perkara atau
persoalan. Ini secara langsung membimbing belia Islam di dalam melakukan
proses penilaian yang objektif terhadap sesuatu sumber baru yang diperoleh.
Perkara ini akan memberi ruang luas kepada belia Islam memanfaatkan sesuatu
yang baik atau positif mengenai sesuatu perkara bagi kegunaan mereka dan pada
masa sama, dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara atau
persoalan yang tidak baik atau negatif yang boleh melenturkan jati diri dan
identiti dirinya.
Bagi cabaran ketiga, belia Islam perlu dipersiapkan diri dalam pelbagai aspek
kehidupan agar mencapai tahap pencapaian hidup yang terbaik dan tertinggi. Ini
bagi memastikan supaya belia Islam boleh menjadi kelompok masyarakat yang
kreatif dan inovatif menciptakan produk baru bukan saja untuk kelompok
masyarakat setempat, malah masyarakat dunia seluruhnya. Era dunia hari ini
yang digerakkan oleh peralihan zaman banyak dipengaruhi generasi yang
berpandangan jauh dan berani melakukan perubahan. Sesuatu perubahan yang
berpengaruh harus bermula dengan kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran
hidup yang tinggi.
Belia Islam di negara ini harus didorong untuk meningkatkan kualiti dan
keupayaan mereka di bidang yang mereka ceburi agar mencapai tahap tertinggi
sehingga mampu mencipta produk terbaik dan terkini untuk keperluan seluruh
manusia sejagat.

//////////////////////////////////////////////////////////////////

//langkah langkah mengatasi

Peranan university
Yang penting, sains sosial mengasah dan mengasuh para mahasiswa pengertian dan perihal
falsafah, pemikiran, nilai, pandangan hidup, jati diri, dan asas ketamadunan negara bangsa
seiring dengan aspek sosial, politik dan ekonomi sesebuah tamadun dan negara bangsa.
Bahkan perihal ilmu komunikasi dan kebudayaan perhubungan kaum, etnik, mahupun
perpaduan, integrasi kaum, dan proses sosialisasi politik dan pemerintahan dalam konteks
dunia kontemporari perlu dikaji dan didokumentasi dalam proses pembinaaan negara
bangsa.
Universiti ini mesti dan harus melebarkan korpus keilmuan sains sosial ke persada dunia
dengan penyelidikan dan penerbitan bahan sumber yang terunggul. Ia mesti menjadi hab
dan rujukan para sarjana antarabangsa bidang kepakaran kita seperti ketamadunan Melayu
dan Islam dalam konteks nusantara bukan sebaliknya.

Peranan agama

7. Didikan agama juga penting.


Agama akan melahirkan manusia yang sempurna.
Insan yang mempunyai keimanan yang utuh dapat dilahirkan.
Mereka tahu membezakan perkara haram dan halal.
Rakyat beragama tidak akan melakukan kemungkaran tuhan.
Mereka juga dapat mengawal nafsu buruk.
Dengan ini, rakyat akan menjauhi masalah sosial.
Misalannya menjauhi dadah, hubungan seks bebas, dan jenayah.
Dengan ini, masyarakat kita menjadi aman sentosa.
Pada kesimpulannya, sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara.
Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.

9 Perkara Memperkasakan Belia Malaysia


i. Menyediakan latihan kepimpinan yang bersifat dinamik dan terkini kepada semua
generasi belia;

ii. Membangunkan instrumen bagi mengenal pasti personaliti belia yang memenuhi kelayakan
minimun untuk dilatih sebagai pemimpin belia;

iii. Mewujudkan mekanisme khusus untuk membangunkan semangat kesukarelaan di kalangan


belia;

iv. Merangka strategi dan program khas pembangunan semangat perpaduan dan integrasi
nasional di kalangan belia;

v. Merangka pelan tindakan untuk meningkatkan nilai integriti dan moral di kalangan belia;

vi. Menjadikan pemupukan semangat patriotik dan peningkatan literasi kewarganegaraan


sebagai sebahagian daripada modul program yang dianjurkan;

vii. Menjadikan modul kenegaraan dan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada
modul pendidikan dan menjadikan ia sebagai subjek wajib lulus;

viii. Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum di Negara ini selari
dengan Perlembagaan Persekutuan.

ix. Mengalakkan penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) belia yang berteraskan penyertaan
pelbagai kaum dan menyediakan insentif galakan bagi penubuhanhya.

//*refer to mengatasi
globalisasi.doc *//

You might also like