You are on page 1of 6

TAKRIF FAKIR

"Seseorang yang tidak mempunyai harta dan tiada kuasa berusaha/ bekerja/ menanggung ketana tua
atau cacat pada badan untuk mencari nafkah diri dan tanggungan yang bolehmencukupi keperluan
hidupnya seharian yang patut pada adat - misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan 5 orang
anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM 6.00 (makan dan minum orang yang
sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup
yang diperolehi sekadar kurang daripada separuh (50% ke bawah).
Maka inilah yang ditakrifkan FAKIR dan kiaslah panduan ini seterusnya.
Dan sesiapa yang di tanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau
mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK
FAKIR. "
TAKRIF MISKIN
" Seseorang yang ada memiliki harta benda atau berkuasa berusaha dan bekerja tetapi pendapatan
yang diperolehi tidak mencukupi keperluan hidupnya dan keluarganya yang patut pada adat, misalnya
seseorang yang mempunyai tanggungan lima orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka
sebanyak RM 6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan
belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi tidak mencukupi keperluannya
100%,
Maka ia ditakrifkan MISKIN dan kiaslah panduan ini seterusnya.
Dan sesiapa yang di tanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau
mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK
MISKIN. "
DALIL :
Tersebut dalam kitab
"Tiada dinamakan miskin orang yang ada yang memberi nafkahkan dia sepert ibapanya atau
neneknya atau anak dan cucunya atau suaminya kerana kaya ia dengan nafkah itu, maka tiada harus
mengambil zakat daripada bahagian Fakir/Miskin. "
PEMBAHAGIAN FAKIR DAN MISKIN MERUJUK KEPADA KELUARGA ATAU INDIVlDU
" Sebuab keluarga yang menanggung beberapa orang keluarga yang tergolong dalam bahagian Fakir
atau Miskin seperti yang tersebut dalam takrifnya yang dahulu, maka seorang sahaja dari ketua
keluarga' atau bapa atau isteri yang berhak menerima babagian tersebut. "

TAKRIF FISABILILLAH
"Seseorang yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti untuk menegak dan
mempertahankan Agama Islam serta kebajikan."
DALIL :
Daripada Tafsir Fahrul Razi No. 463 juzuk 4 dan tafsir Ruhul Maani No. 110 Juzuk 10 dan tafsir Khazin
No. 304, Juzuk 2 ibarat Fahrul Razi. :
" Dan Ketahui olehmu bahawasanya zahir daripada lafaz itu tidaklah memastikan tertentu atas ahli
peperangan sahaja maka dengan makna ini telah mencatit oleh Imam Quffal di dalam tafsirnya
daripada setengah Fuqaha bahawasanya mereka mengharuskan zakat-zakat itu kepada semua jalan
kebajikan seperti membalut orang mati dan membena kubu-kubu dan membanyakkan masjid-masjid
kerana Firman Allah Taala itu am pada semuanya ibarat Ruhul Maani :
" Dan telah mentafsirkan akan dia di dalam dengan sekelian kebajikan maka masukkan di dalamnya
tiap-tiap mereka yang berusaha pada taatkan Allah Taala dan jalan kebajikan.
Dan juga tersebut dalam Fathul Bari pula (242) jilid ketiga :
Daripada Nafi' bahawasanya Ibnu Umar adalah ia mengirimkan zakat fitrah kepada orang yang
menghimpunkan dia sebelum dua atau tiga hari dari hari raya, dan juga menunjukkan atas demikian
daripada Abi Hurairah berkata Rasulullah S.A.W. mewakilkan aku pada menyimpan zakat Ramadhan
(zakat fitrah). "
BAHAGIAN FISABILILLAH
" Mesyuarat bersetuju bahagian ini (Fisabilillah) hendaklah diserahkan ke pihak Jabatan (Bhg.
Baitulmal/Zakat) dan Bahagian Baitulmal/Zakat akan menguruskan pemberian kepada mereka yang
berhak menerimanya, tidak sepertimana yang lalu bahagian Fisabilillah ditinggalkan di Masjid atau
Surau untuk diberi kepada AJK Masjid Dan Surau sahaja. "
Alasannya :
Kerana ia kurang menepati dalam takrif pembahagian Fisabilillah - dan melalui pengagihan daripada
Jabatan ini dapat diperkemaskan.
YANG MENDAPAT DAN ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA BAHAGIAN FISABILIILLAH
1. Bantuan Masjid-masjid, Surau dan Sekolah-sekolah Agama Islam Selangor.
2. Derma siswa kecil bagi pelajar Sekolah Menengah Tinggi Agama Islam Selangor.
3. Bantuan yuran peperiksaan Sekolah Agama Islam Selangor.
4. Hadiah-hadiah galakan.
5. Bantuan Pegawai-pegawai Masjid bukan Kerajaan.
6. Bantuan pakaian pelajar-pelajar miskin.

TAKRIF IBNU SABIL


" Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh Syara' dari manamana jua negeri yang memerlukan bantuan walaupun mungkin dia mempunyai harta di dalam negeri
tempat kediamannya."
ORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN IBNU SABIL
1. Pengembara/musafir yang terkandas.
2. Pengembara/musafir yang bertujuan kebajikan dan ketaatan.
3. Tambang pergi balik anak Selangor yang belajar di luar
4. Melawat Sambil belajar.
TAKRIF MUALLAF
"Seseorang yang baru memeluk Agama Islam dan memerlukan bantuan kewangan. "
MASA (TEMPOH) MUALLAF
"Masa/tempoh seseorang Muallaf itu tidak ditentukan ia bergantung kepada kuatnya akidah dan
keimanannya, selagi ia masih lemah dalam hal tersebut ia boleh menerima Bahagian Muallaf. "
ORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN MUALLAF

1. Bantuan bulanan (mereka yang sangat memerlukan atau pendakwaan) .


2. Kecemasan/kemalangan dan lain-lain.
3. Berkhatan (lelaki sahaja).
4. Hari raya (Aidilfitri/Haji).
5. Bantuan Majlis Perkahwinan (Majlis AkadNikah).
6. Menghadiri Ke las Agama Asas.
7. Sebaran Dakwah/Kursus.
8. penerbitan/Risalah.
9. Bantaun biasiswa kecil anak-anak saudara baru.
10. Elaun Guru Muallaf (Cina/lndia/Asli).
11. Pengurusan rumah/bangunan Muallaf.
RIKAB
"Setelah dibincangkan mesyuarat Fatwa hari ini bersetuju bahawa asnaf Rikab ini digugurkan
(dihapuskan) dalam pengagihan zakat kerana pada masa ini rikab tidak wujud lagi. Oleh itu zakat
hanya dibahagi kepada 7 asnaf sahaja,berdasarkan kepada dalil di bawah ini :
" (Kata) Ibnus Silah, bahawasanya bagi mustahak yang maujud sekarang ini empat bagi jua (pertama)
Fakir, (kedua) Miskin, (Ketiga) Orang Yang Berhutang, (keempat) Ibnusabil, dan jika tiada Maujud
seorang jua pun daripada sekalian mustahak itu hendaklah dipeliharakan zakat itu hingga ada sekalian
mereka itu atau setengah mereka itu dan apabila membahagi Imam atau Amilnya akan zakat wajiblah

atasnya memberikan zakat bagi tiap-tiap seorang yang di dalam satu bagi daripada sekalian bagi yang
maujud. "
TAKRIF GHARIM
" Orang yang menanggung hutang kerana masalah agama dan tidak mampu membayarnya ".
TAKRIF AMIL
" Orang yang dilantik/ditauliahkan oleh DYMM Sultan atau Naibnya ( Pengarah JAIS ) untuk
penyelenggaraan hal-hal zakat ".
Telah tersebut juga dalam kitab Majmuk

Ertinya: Wajib atas Imam atau penggantinya melantik pekerja-pekerja (amil) bagi memungut zakat "
YANG MENDAPAT BAHAGIAN AMIL
" Orang yang di lantik dan bekerja dalam pengurusan zakat tidak bergaji atau bergaji tetapi bukan
sebagai tugasnya ".
YANG TIDAK MENDAPAT BAHAGIAN AMIL
"Orang yang dilantik dan mendapat ganjaran atau bergaji daripada Kerajaan yang ia menanggung
sebagai tugas dalam hal pengurusan zakat.
Keputusan Fatwa ini telah dibuat dengan sebulat suara ahli yang hadir pada :
1. 7 Februari 1987,
2. 7 March 1987 bersamaan 7 Rejab 1407,
3. 28 March 1987 bersamaan 28 Rejab 1407,
4. 25 April 1987 bersamaan 26 Syaaban 1407,
5. 4 Julai 1987 bersamaan 8 Zulkaedah 1407

Mukaddimah
Kemiskinan adalah subjektif dan relatif. Sukar bagi kita menentukan seseorang itu fakir ataupun miskin.
Ini kerana, ada orang yang kelihatan bahagia dan nampak senang, sedangkan dia mungkin kekurangan
belanja. Ada juga orang yang nampak hebat bergaya, bertali leher dan berkereta besar walhal
pendapatannya benar-benar cukup makan. Maka, kaya atau miskin sukar ditentukan dek mata kasar.
Had al-Kifayah pula adalah suatu alat bagi mengukur kemiskinan. Secara mudah, ia digunakan bagi
mengukur kecukupan perbelanjaan, dengan membandingkan pendapatan kasar dan perbelanjaan

minimum sesebuah keluarga atau individu. Keputusan yang diperolehi pula lebih spesifik dan tepat
dalam menentukan taraf seseorang pemohon zakat, sama ada kaya, miskin ataupun fakir (miskin tegar).
Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor 2002 memberikan definisi Had al-Kifayah sebagai: Agihan
zakat kepada asnaf dan individu fakir miskin yang perlu menepati kepada keperluan asasi sebenar.
Sejajar dengan itu, maka institusi zakat wajar mengaplikasikan kaedah ini agar penentuan fakir miskin
menjadi lebih tepat dan bantuan zakat lebih terfokus diuruskan.
Takrifan kemiskinan
Umumnya orang menyangka, fakir miskin adalah kategori yang sama. Namun, hakikatnya tidak sama.
Kerana itulah, fakir dan miskin adalah dua kategori yang layak mendapat zakat disamping enam asnaf
lain. Firman Allah SWT:
Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orang-orang fakir, orang-orang
miskin, para amil yang menguruskannya, para muallaf untuk dilunakkan hatinya (at-Taubah 9: 60)
Namun begitu, wujud sedikit khilaf di kalangan ulama fikah dalam menentukan takrif fakir dan miskin.
Bagi Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, mereka mentakrifkan orang fakir ialah orang yang memiliki
harta tetapi tidak mencukupi keperluannya. Orang miskin pula ialah orang yang tidak memiliki apa-apa.
Manakala bagi takrifan Imam Syafie dan juga Hambali, fakir ialah orang yang tidak mempunyai apa-apa
harta dan miskin pula ialah orang yang mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi kecukupan
keperluannya. Ringkasnya, pandangan Imam Syafie dan Imam Hambali adalah berlawanan dengan
pandangan di sisi Hanafi dan Maliki. Bagi umat Islam di Malaysia, kita menerima pakai pendapat Imam
Syafie.
Sementara itu, Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor tahun 2002, yang dikeluarkan oleh Majlis
Fatwa Negeri Selangor telah mempersetujui bahawa takrifan fakir dan miskin itu ialah:
1. Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan atau ada pekerjaan tetapi tidak
halal atau ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah, untuk keperluan diri
atau keperluan diri tanggungannya
2. Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya boleh
menampung 50% untuk keperluan diri atau keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had
kifayah
Sementara itu, jika dirujuk pada zaman awal Islam sendiri pun sudah wujud kedua-dua jenis kemiskinan
ini. Misalnya pada zaman Mekah, majoriti yang memeluk Islam ialah golongan fakir dan miskin.
Contohnya keluarga Ammar bin Yasser r.a. Manakala, selepas era hijrah ke Madinah, wujud golongan
ahlus suffah yang mendiami masjid nabi, dan golongan ini adalah golongan fakir. Di antara ahli suffah
yang terkenal ialah Abu Hurairah r.a. Beliau sering mengikat batu ke perutnya demi menahan kelaparan
bahkan pernah dianggap gila kerana bercakap-cakap sendirian menahan lapar. Akhir Rasulullah SAW
membawanya pulang ke masjid nabi dan ditugaskan untuk menjaga gudang menyimpan hasil zakat.

Dalam konteks hari ini, kita boleh mendefinisikan orang fakir itu sebagai miskin tegar atau miskin
mutlak. Manakala kepada golongan miskin yang masih mampu hidup walau serba kesempitan hanya
dianggap miskin sahaja.
Enam keperluan asasi
Di samping itu, wajar kita fahami bahawa sesebuah institusi zakat mengambil kira enam aspek keperluan
hidup manusia. Keperluan itu ialah, tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, rawatan dan
pengangkutan. Perkara-perkara yang dinyatakan ini adalah suatu keperluan asasi kepada setiap
manusia. Maka, seandainya pendapatan isi rumah yang diperolehi setiap bulan, tidak mampu memenuhi
kecukupan minima bagi keperluan-keperluan ini, seseorang itu layak dianggap sama ada miskin ataupun
fakir.
Daripada data fakir dan miskin yang dikumpulkan itulah, maka institusi zakat mampu merangka strategi
seterusnya bagi menangani kemiskinan. Fakir dan miskin memerlukan kaedah dan strategi yang berbeza.
Di sinilah relevannya institusi zakat memperkasakan jentera agihan zakat, misalnya dengan mewujudkan
Jabatan Pembangunan Asnaf, Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat, Pusat Pendidikan dan Latihan Asnaf
Zakat dan sebagainya. Ini kerana, dengan menyediakan pelbagai prasarana pembangunan zakat, maka ia
akan menjadi pemangkin kepada pembangunan asnaf itu sendiri.
Wajar juga bagi kita untuk mengingati, di antara tujuh pesanan Rasulullah SAW kepada Abu Dzar r.a,
ialah: Sukailah orang-orang miskin dan dekatilah mereka, merupakan anjuran agar kita mencari jalan
membela nasib fakir dan miskin dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Inilah
natijahnya zakat di sisi fakir dan miskin di dalam Islam

You might also like

  • Pengenalan 1
    Pengenalan 1
    Document13 pages
    Pengenalan 1
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Rangka Asigm Hadis Mei 15
    Rangka Asigm Hadis Mei 15
    Document1 page
    Rangka Asigm Hadis Mei 15
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Surat Panggilan Mesyuarat
    Surat Panggilan Mesyuarat
    Document2 pages
    Surat Panggilan Mesyuarat
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Cantik Menuru Islam
    Cantik Menuru Islam
    Document3 pages
    Cantik Menuru Islam
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Do A Per Merdeka
    Do A Per Merdeka
    Document2 pages
    Do A Per Merdeka
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Pengertian Sedekah
    Pengertian Sedekah
    Document2 pages
    Pengertian Sedekah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Isi Prakata Qiraat
    Isi Prakata Qiraat
    Document3 pages
    Isi Prakata Qiraat
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Kulit 1
    Kulit 1
    Document42 pages
    Kulit 1
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Surat Cuti Oum
    Surat Cuti Oum
    Document2 pages
    Surat Cuti Oum
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • KULIT
    KULIT
    Document1 page
    KULIT
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Projek Keceriaan Sekolah
    Projek Keceriaan Sekolah
    Document1 page
    Projek Keceriaan Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • T1A4
    T1A4
    Document1 page
    T1A4
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Bil
    Bil
    Document4 pages
    Bil
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Nama Pensyarah Jan 14
    Nama Pensyarah Jan 14
    Document1 page
    Nama Pensyarah Jan 14
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Bahasa Arab
    Bahasa Arab
    Document7 pages
    Bahasa Arab
    Ismail Yusoff
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • KULIT
    KULIT
    Document4 pages
    KULIT
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Tugasan Qiraat
    Tugasan Qiraat
    Document2 pages
    Tugasan Qiraat
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Doa Makan
    Doa Makan
    Document1 page
    Doa Makan
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Mee Bakso
    Mee Bakso
    Document2 pages
    Mee Bakso
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Mee Bakso
    Mee Bakso
    Document2 pages
    Mee Bakso
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Bil
    Bil
    Document4 pages
    Bil
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah
    Document1 page
    Visi Sekolah
    tuanmansor713649
    No ratings yet