You are on page 1of 1

Aplikasi Kualiti Kepimpinan Islam Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Redwan bin Yasin


Pensyarah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
0102341984, redwan.yasin@yahoo.com

Dr Sayuti Ab. Ghani


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Mejar Haji Noor Azmi Bin Haji Mohd Zainol


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Abstrak

Kepimpinan adalah merupakan tunjang utama dalam menjamin kemantapan sistem


pentadbiran dan keberkesanan proses pengoperasian bagi sesebuah organisasi. Dari sudut
Islam, ianya adalah merupakan elemen utama yang dititikberatkan serta menjadi asas
kejayaan dalam diri individu. Justeru itu, sebagai universiti yang berbidang tujahan
Pertahanan dan Keselamatan, maka Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) amat
komited dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang intelektual dan berkarisma tinggi.
Oleh yang demikian, pemfokusan penulisan kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan
tentang panduan yang telah diberikan oleh al-Quran dan as-Sunnah dalam menjelaskan
konsep kualiti kepimpinan menurut perspektif Islam yang dapat diaplikasikan oleh para
pelajar dalam membentuk sahsiah dan keperibadian seorang pemimpin. Hasil penulisan juga
akan menghuraikan tentang kaedah-kaedah pengajaran serta bentuk-bentuk latihan yang
diberikan kepada para pelajar bagi memupuk jati diri, di samping membina karakter pucuk
pimpinan yang berpotensi tinggi di masa hadapan. Hal tersebut adalah merupakan perkara
yang seharusnya dititikberatkan bagi memelihara kesucian agama serta menjaga kedaulatan
negara.

Kata kunci: Kualiti Kepimpinan, Islam, Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

You might also like