You are on page 1of 5

KERTAS 2 :

SOALAN 4 NOVEL
Kajian Novel :
Novel Papa(akhirnya kau tewas jua!) Karya Deana Yusof Tingkatan 4.
Novel Konserto Terakhir Karya Abdullah Hussain Tingkatan 5.
Jika anak berminat, anda boleh mengkaji sendiri mana-mana novel yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Aspek Kajian hendaklah meliputi :

Sinopsis
Biodata Pengarang.
Tema.
Watak dan Perwatakan.
Plot ( Binaan Plot & Teknik Plot)
Latar ( Masa / Tempat / Masyarakat )
Gaya Bahasa
Nilai
Pengajaran

Terdapat dua bahagian iaitu

A 7 markah
B 8 markah

Soalan (a)
berbentuk sastera tulen atau kemahiran berfikir. Hanya 1 novel sahaja.
Markah bahasa untuk soalan 4(a) ialah 3 markah
Dalam bahagian ini, pelajar perlu menguasai teknik menjawab Kesusasteraan
Melayu meliputi:

Tema
Persoalan-persoalan
Plot
Watak dan Perwatakan
Bahasa
Teknik penceritaan
Pengajaran-pengajaran
Nilai-nilai
Latar

Soalan (b)

berbentuk sastera tulen atau perbandingan antara 2 novel yang dikaji.


Markah bahasa untuk soalan 4(b) ialah 2 markah.
Dalam bahagian ini pelajar dikehendaki memberi pandangan tentang beberapa
perkara yang diajukan pengarang ketika menghasilkan novel mereka. Oleh itu,
pelajar perlu mengetahui latar belakang penulis dan boleh memberikan
pandangan yang logik, kritis, kreatif dan rasional terhadap persoalan yang
dikemukakan berhubung penciptaan novel tersebut dan tindak tanduk
pengarangnya ketika mencipta novel berkenaan.

Tajuk-Tajuk Popular Novel.


1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)
2. Perwatakan watak sampingan (Pilih watak sampingan utama - yang rapat
dengan watak utama)
3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)
4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)
5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)
6. Pengajaran (Sebagai jalan selamat, beri lebih daripada jumlah yang diminta)
7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial
8. Peristiwa Menarik / Teladan
9. Latar Tempat (Perbandingan)
10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)

11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan


Contoh Soalan Novel
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
PapaAkhirnya kau tewas jua!, karya Deanna Yusof
Konserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain
Contoh soalan novel
(a) Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan penceritaan. Huraikan
dua watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua nilai
daripada setiap novel tersebut.
Contoh Jawapan [4 (a)]
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 5 ialah novel Konserto Terakhir, karya
SN Abdullah Hussain. Terdapat beberapa watak sampingan dalam novel ini.
Antara watak sampingan yang ada ialah Datok Johari. Beliau merupakan anak
kampong yang berhijrah ke bandar setelah berkahwin dengan ibu Helmi. Semasa
di bandar beliau telah berkahwin dengan Datin Salmah dan hidup dalam
kemewahan. Datok Johari berpangkat besar dan mempunyai seorang anak yang
bernama Hayati.
Selain itu, watak sampingan seterusnya ialah Datin Salmah.
Contoh Jawapan [4 (b)]
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Papa, karya Deana
Yusof. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai paling utama ialah nilai kasih sayang. Intan Julia sangat menyayangi
papa dan mamanya. Intan Julia sanggup berulang alik dari UIA ke Hospital ketika
mamanya sedang koma. Nilai kasih sayang juga dipaparkan melalui watak En
Jefri yang berulang alik ke hospital selepas waktu bekerjanya tamat untuk
melihat isterinya yang koma.
Selain itu, terdapat juga nilai keprihatinan. Nilai ini dapat dilihat melalui
peristiwa Mak Cik Noraini yang menasihati Intan Maliana supaya tidak.
Selain itu, saya juga mengkaji novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.
Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai paling utama ialah ketabahan. Nilai ini dapat dilihat melalui pelbagai
peristiwa yang dialami oleh Helmi. Helmi tetap bekerja di rumah Datok Johari
walaupun beliau tidak disenangi oleh Datin Salmah. Helmi juga tabah dan tekun
mempelajari pelbagai alatan muzik hingga berjaya menjadi seniman yang
terkenal.

Di samping itu, terdapat juga nilai kasih sayang. Hayati sangat


menyayangi Helmi. Helmi berjaya mengubah kehidupan Hayati
Latihan
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
PapaAkhirnya kau tewas jua!, karya Deanna Yusof
Konserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain
Latihan 1
(a) Huraikan dua perwatakan utama dalam novel yang anda pelajari.
(b) Kerajinan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang
anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut dengan mngemukakan dua bukti
yang tepat.
Latihan 2
(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua kepincangan yang
berlaku dalam masyarakat.
(b) Jelaskan 2 nilai setia kawan yang terkandung dalam dua buah novel yang
telah anda pelajari.
Latihan 3
(a) Berdasarkan mana-mana novel yang anda pelajari, nyatakan konflik yang
berlaku antara watak utama dengan watak sampingan.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa
yang menunjukkan sikap prihatin masyarakat.

You might also like