You are on page 1of 26

Topik

7 X Israiliyyat

dalam Tafsir

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan pengertian Israiliyyat dan cara penyerapannya dalam


tafsir;

2.

Menerangkan tentang hukum meriwayatkan Israiliyyat dan perawi


Israiliyyat; dan

3.

Membincangkan dengan lebih terperinci mengenai contoh-contoh

Israiliyyat.

X PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang Israiliyyat dalam tafsir.
Perbincangan awal akan tertumpu kepada definisi dan pengertian Israiliyyat
dan cara penyerapannya dalam tafsir. Seterusnya perbahasan diteruskan dengan
memfokuskan kepada perbincangan tentang hukum meriwayatkan Israiliyyat
dan perawi Israiliyyat. Penekanan juga diberikan kepada perbincangan dengan
lebih terperinci mengenai contoh-contoh Israiliyyat.

7.1
7.1.1

ISRAILIYYAT
Pengertian Israiliyyat

Sebelum dibincangkan pengertian Israiliyyat dalam tafsir, marilah sama-sama


kita meninjau pengertian asal dari sudut bahasa bagi perkataan ini. Perkataan
Israiliyyat ( )adalah perkataan jamak di dalam bahasa Arab. Mufradnya

120

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

atau kata tunggalnya ialah Israiliyyah (). Ia dinisbahkan kepada Bani


Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya ialah nama bagi Nabi
Allah Yaakub a.s. yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Dalam
bahasa Hebrew, Isra bermaksud hamba, manakala iil bermaksud tuhan.
Justeru perkataan Israil membawa maksud hamba tuhan dan ia merujuk
kepada Nabi Yaakub a.s.
Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakub a.s yang
berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s dan seterusnya nabi-nabi yang
datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s.
Keturunan Nabi Yaakub a.s atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu
dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s
pula dikenali dengan nama Nasara atau Nasrani. Manakala yang beriman
dengan Nabi Muhammad s.a.w pula telah menjadi sebahagian daripada umat
Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab.
Bagaimana pula pengertian dan maksud Israiliyyat dalam tafsir?

Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang


diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri
daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan
Nasrani. Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya
sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam
melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci al-Quran.
Sehubungan dengan itu, Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir merujuk kepada
kisah-kisah Yahudi dan Nasrani serta pengaruh dan kesan thaqafah Yahudi dan
Nasrani di dalam tafsir. Walaupun Israiliyyat melibatkan pengaruh Yahudi dan
Nasrani, namun digunakan perkataan Israiliyyat sahaja yang merujuk kepada
Yahudi kerana ia dianggap lebih dominan. Hal ini kerana unsur Yahudi lebih
banyak sekiranya dibandingkan dengan elemen Nasrani disebabkan pada zaman
awal Islam, orang Islam lebih banyak bergaul dan bercampur dengan Yahudi
berbanding Nasrani. Walaupun elemen Israiliyyat mula menyerap masuk sejak
zaman sahabat, namun ia semakin berkembang pada zaman tabiin.
Di samping pengertian Israiliyyat di atas, para ulama tafsir dan hadis juga
menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu
bagi setiap kisah termasuk cerita lama yang diada-adakan, yang telah
dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadis
menganggap bahawa Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan
disampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan untuk
merosakkan kesucian Islam.

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

121

Justeru, menurut al-Zahabi Israiliyyat di dalam tafsir mengandungi dua


pengertian iaitu:

Pertama: kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asal
periwayatannya kembali kepada sumbernya iaitu Yahudi dan Nasrani.

Kedua: cerita-cerita yang sengaja dimasukkan oleh musuh-musuh Islam ke


dalam tafsir yang sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana
sumber Islam muktabar.

7.1.2

Cara Penyerapan Israiliyyat

Kemasukan Israiliyyat ke dalam tafsir bermula dengan kemasukan thaqafah


(peradaban) Bani Israil (yang berhijrah ke Semenanjung Arab) ke dalam thaqafah
Arab pada zaman Jahiliyyah. Bangsa Yahudi ini membawa bersama-sama
mereka ilmu-ilmu dan pengetahuan yang diambil daripada kitab-kitab agama
mereka, dan segala perkara yang berkaitan dengannya daripada huraianhuraian, dan juga yang mereka warisi dari satu generasi ke satu generasi
daripada nabi-nabi mereka dan pendeta-pendeta mereka.
Kemudian, datang ajaran Islam dan Kitab Allah s.w.t yang terkandung di
dalamnya ilmu dan agama. Seruan Islam lahir dan tersebar dalam kalangan
penduduk Semenanjung Arab. Pada zaman Rasulullah s.a.w, pusat Negara Islam
adalah Madinah al-Munawwarah. Di kota Madinah dan di sekitarnya tinggal
bermukim beberapa golongan Yahudi seperti Bani Qainuqa, Bani Quraizah, Bani
al-Nadir dan sebagainya. Terdapat di kalangan ulama Yahudi atau Ahli Kitab di
Madinah yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam (memeluk Islam
semasa Nabi berhijrah ke Madinah), Kaab al-Ahbar (memeluk Islam zaman
Umar) dan Wahb bin Munabbih (seorang Tabii). Abdullah bin Salam contohnya
menjadi tempat rujukan kepada sahabat untuk bertanya secara terperinci tentang
kisah-kisah yang sama yang juga disebut di dalam kitab-kitab al-Quran dan
Taurat.
Keilmuan mereka tentang al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan sebilangan para
sahabat dan generasi Tabiin selepas itu untuk pemerincian dalam aspek tafsir
ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan fakta-fakta sejarah. Ia turut berkisar
mengenai kisah-kisah nabi dan umat mereka silam, kisah-kisah kejadian alam
dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w
dengan batas-batas yang ketat dan terhad. Baginda bersabda yang bermaksud:
Ceritakanlah daripada khabar-khabar Bani Israil dan tiada halangan. (Riwayat
Bukhari).

122

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

Begitu juga sabda baginda yang bermaksud: Apabila kamu mendengar

daripada ahli Kitab, maka jangan pula kamu percaya (seratus peratus) dan
mendustakan semuanya. (Riwayat Bukhari). Justeru, dengan kebenaran ini dan
pergaulan umat Islam bersama ahli kitab yang telah memeluk agama Islam,
maka berputiklah sejarah kemasukan Israiliyyat dalam sumber-sumber ilmu
Islam.
Namun para sahabat tidak menerima bulat-bulat apa yang diceritakan kepada
mereka. Malah mereka menapisnya dengan akal dan juga syarak. Mereka hanya
menerima apa yang diterima oleh akal dan syarak dan menolak sekiranya
bercanggah dengan keduanya. Seterusnya mereka berdiam diri terhadap
perkara-perkara yang tidak jelas tentang benar dan salahnya.
Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Abbas r.a kadangkala
bertanya dan berbincang dengan ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang
beberapa perincian cerita-cerita terdahulu yang terdapat di dalam Taurat.
Namun begitu, pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu
sahaja, dan tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian
kerana mereka memahami keharusan yang diberikan Nabi s.a.w dalam
meriwayatkan cerita Israiliyyat dalam aspek-aspek tertentu.
Justeru, pada permulaannya, Israiliyyat masih bersumberkan bekas-bekas
pendeta yang Islam (Muslim Ahli Kitab) yang berautoriti dan dalam kemasukan
sumber-sumber tersebut adalah sangat minimum. Namun, lama-kelamaan pintu
keizinan yang terhad itu telah disalahgunakan hingga banyak Israiliyyat yang
menyerap masuk akibat dorongan nafsu yang ingin mengetahui secara
mendalam perkara-perkara yang umum dalam al-Quran.
Ini ditambah pula dengan tapisan terperinci riwayat berdasarkan sanad yang
sahih, hanya diketahui oleh golongan ahli hadis atau pakar sanad yang tertentu
sahaja. Oleh itu, umat Islam mudah terjebak dengan kancah khurafat dan
dongengan Israiliyyat ini. Lebih buruk lagi apabila hadis-hadis mungkar dan
palsu yang berunsurkan Israiliyyat itu dikaitkan dengan para sahabat; maka ia
telah mengundang kekeliruan dan kacau-bilau dalam pemahaman atau
pegangan umat Islam itu sendiri.

7.1.3

Bahaya Israiliyyat terhadap Ajaran Islam

Ulama-ulama tafsir yang berhadapan dengan kemaraan maklumat-maklumat


Israiliyyat di dalam kitab-kitab tafsir dengan tegas menghalang pentafsiran alQuran dengan Israiliyyat. Hal ini kerana kebanyakan cerita Israiliyyat adalah
berupa dongengan dan khurafat dan ia bakal mencemari kesucian al-Quran

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

123

untuk dijadikan tafsiran. Begitu juga terdapat Israiliyyat yang telah bercampur
aduk di antara yang benar dan yang batil.
Antara bahaya Israiliyyat ini juga adalah ia boleh menyelewengkan akidah umat
Islam khususnya yang melibatkan mentashbihkan Allah (menyamakanNya)
dengan makhluk atau mentajsimkanNya (mengaitkan dengan bentuk tertentu).

Israiliyyat juga pada hakikatnya merugikan dan melekakan umat Islam dengan
perihal cerita-cerita yang sia-sia dan tiada kepentingannya kepada umat Islam.
Contohnya adalah seperti kisah Israiliyyat mengenai warna anjing Ashab alKahfi, jenis tongkat Nabi Musa, nama budak yang dibunuh oleh Khidir, rupa
paras kaki Ratu Balqis ketika mengadap Nabi Sulaiman dan sebagainya.
Oleh kerana terlalu percaya dengan cerita Israiliyyat, maka terdapat mereka
yang ke Makkah untuk menunaikan haji atau umrah bersusah payah mencari
kayu kokka kerana menganggap tongkat Nabi Musa dan kapal Nabi Nuh
diperbuat daripada kayu tersebut. Lebih menyedihkan apabila mereka
meletakkan kefahaman khurafat tentang keajaiban kayu kokka tersebut, yang
akhirnya boleh menjerumuskan seseorang kepada perbuatan dan amalan yang
syirik kepada Allah s.w.t.
Justeru, boleh dikatakan bahawa terdapat sebahagian daripada kisah-kisah
Israiliyyat yang dengan jelas boleh menyebabkan kekeliruan dan mengganggu
kemurnian ajaran Islam. Antaranya ialah kisah-kisah yang berbentuk dongeng
dan khurafat, yang bersalahan dengan akal dan syarak.
Kesan daripada kisah-kisah dongeng tersebut adalah seperti berikut:
(i)

Dalam Israiliyyat terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para


anbiya dan mursalin, serta menggambarkan mereka seolahnya menolak
kelazatan dan kenikmatan pemberian Tuhan dengan memilih kekejian dan
keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa, namun telah dianggap
sebagai suatu anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Sebagai
contoh apa yang digambarkan oleh kisah Israiliyyat terhadap apa yang
menimpa Nabi Allah Ayub a.s. Kisah sakitnya Nabi Ayub diceritakan
melalui sumber Israiliyyat dengan cara yang melampau yang tidak sesuai
untuk martabat sebagai seorang nabi.

(ii)

Israiliyyat juga hampir-hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam


terhadap sebahagian ulama salaf daripada kalangan sahabat dan tabiin.
Bukan sedikit dongeng Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada
segolongan daripada salafus salih yang terkenal dengan kepercayaan

124

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

(thiqah) keadilannya. Antara yang ditohmah termasuklah Abu Hurairah,


Abdullah bin Salam, Kaab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih.
(iii) Israiliyyat juga hampir-hampir memalingkan manusia daripada tujuan asal
penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti dan
memahami maksud ayat-ayat al-Quran, lalai daripada mengambil manfaat
dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau
membahaskan tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya.
Sebaliknya mengajak mereka kepada perkara sia-sia yang tiada kebaikan
padanya. Contohnya ialah sebagaimana yang telah disebut sebelum ini
iaitu membahaskan warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, tentang
tongkat Nabi Musa a.s, daripada pokok apakah ianya dibuat, tentang nama
budak kecil yang dibunuh oleh Khidir dan sebagainya.

(iv) Israiliyyat telah mencemarkan ajaran Islam serta menggambarkan


seolahnya Islam adalah agama khurafat, tahyul dan menyesatkan.
Contohnya ialah sebagaimana tafsiran Israiliyyat dalam ayat 7 surah
Mukmin, firman Allah:

./ tu h5u pt2 tsm7| s9ym tu zy9$# t=ts t%!$#


Maksudnya: Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di
sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; .
Ayat ini ditafsirkan dengan mengatakan "Kaki malaikat pemikul `arsy
berada di bumi paling bawah, sedangkan kepalanya menjulang ke 'arsy.
Inilah antara kesan dan bahaya Israiliyyat terhadap akidah umat Islam dan
juga terhadap kesucian ajaran Islam. Kaum Yahudi berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk merosakkan akidah umat Islam dan
melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka
terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Mereka juga berusaha untuk
menggoncang kepercayaan umat Islam terhadap Salafussoleh yang telah
berperanan untuk memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke
setiap penjuru Timur dan Barat. Oleh itu, umat Islam seharusnya memberi
perhatian dan mengambil berat terhadap penyerapan Israiliyyat dalam
tafsir-tafsir dan menghapuskannya (sila lihat al-Zahabi 1990: 29-34).

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

125

Rajah 7.1: Bahaya Israiliyyat

AKTIVITI 7.1
Bincangkan dengan rakan anda cerita-cerita Israiliyyat yang anda
pernah jumpa di dalam kitab-kitab tafsir.

7.2

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT, HUKUM


DAN PERAWINYA

Dalam bahagian ini, kita akan bincangkan pembahagian Israiliyyat, hukum dan
perawinya.

7.2.1

Pembahagian Israiliyyat

Menurut Dr Muhammad Husayn al-Zahabi, Israiliyyat boleh dibahagikan


kepada tiga kategori:
(i) Pembahagian dari sudut kesahihannya atau pun tidak
(ii) Pembahagian dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah
(iii) Pembahagian dari sudut tajuknya

126

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

Rajah 7.2: Pembahagian Israiliyyat

(a)

Pertama: Pembahagian dari Sudut Kesahihannya atau pun Tidak


(i)

Sahih, seperti apa yang telah datang yang menceritakan tentang sifatsifat Nabi s.a.w yang telah dinyatakan di dalam al-Quran. Firman
Allah:

!$# n<) $#yu #\tu #Zet6u #Yx y7o=yr& !$) <9$# $pr't
. #Z %[`#uu */
Maksudnya: Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai

saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada


orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orangorang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia
seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan
sebagai lampu yang menerangi. (al-Ahzab: 45-46).
Sifat-sifat Nabi ini yang telah dinyatakan di dalam al-Quran sama
dengan apa yang terdapat di dalam Taurat. Imam Bukhari telah
meriwayatkan daripada Ata bin Yasar, dia berkata: Aku bertemu
dengan Abdullah bin Amru lalu aku berkata kepadanya: Beritahu aku
tentang sifat Rasulullah yang terdapat di dalam Taurat, Lalu dia pun
berkata: Baiklah. Sesungguhnya apa yang diberitahunya tentang sifatsifat nabi yang terdapat di dalam Taurat adalah sama dengan apa
yang terdapat di dalam al-Quran.

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

127

Ata berkata: Kemudian ketika aku bertemu dengan Kaab al-Ahbar,


aku pun bertanya soalan yang sama kepadanya, lalu dia menjawab
seperti apa yang telah dijawab oleh Abdullah Bin Amru tanpa
berbeza walau satu huruf sekali pun.
(ii)

Tidak Sahih (Palsu), seperti kepercayaan khurafat mengenai


wujudnya gunung Qaf ( )yang meliputi langit dan bumi
sebagaimana yang didakwa oleh para pendusta.

Rajah 7.3: Pembahagian Israiliyyat dari sudut kesahihannya atau pun tidak

(b)

Kedua: Pembahagian dari Sudut Bertepatan dengan Agama dtau


Bercanggah
(i)

Sesuatu yang terdapat di dalam Taurat bersamaan dengan apa yang


ada di dalam agama kita (syarak)
Contohnya ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
daripada Abu Said al-Khudri, bahawa Nabi s.a.w telah menyatakan
bahawa pada Hari Akhirat kelak semasa sedang menunggu
perbicaraan (al-Hisab), Allah s.w.t menjadikan bumi tempat
berhimpun itu seperti roti besar, dan orang yang beriman dapat
makan roti tersebut sementara menunggu selesainya al-Hisab, dan ia
ibarat suatu hidangan bagi tetamu-tetamu syurga.
Ketika Nabi s.a.w sedang menggambarkan perihal tersebut kepada
para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki Yahudi dan berkata:
Semoga Allah memberkatimu wahai Abu Qasim, boleh aku
memberitahumu dengan hidangan bagi tetamu syurga pada hari
kiamat? Lalu Nabi menjawab: Ya. Lelaki Yahudi itu pun berkata:
Bumi tempat berhimpun akan dijadikan seperti roti yang besar ...
(sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w kepada para

128

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

sahabat), maka Nabi s.a.w pun memandang kepada para sahabat, lalu
nabi pun ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya.
(ii)

Sesuatu yang bercanggah dengan syariat


Contohnya ialah pelabelan Yahudi kepada Nabi Harun a.s dengan
sesuatu yang batil yang terdapat di dalam kitab mereka. Mereka
menyatakan bahawa Nabi Harun yang mengukir anak lembu untuk
disembah oleh Bani Israil. Begitu juga dakwaan batil yang terdapat
dalam safar al-Takwin yang menyatakan bahawa ketika Allah
menciptakan langit dan bumi selama enam hari, lalu Allah pun berasa
penat dan berehat pada hari ketujuh iaitu pada hari Sabtu.

(iii) Sesuatu yang didiamkan oleh syarak, tidak ada sokongan mahu pun
bantahan
Contohnya ialah sebagaimana riwayat Israiliyyat mengenai perincian
tentang kisah lembu Bani Israil. iaitu seseorang yang membunuh bapa
saudaranya, lalu untuk mencari pembunuhnya, maka disembelih
lembu, dan dihidupkan orang yang mati itu dengan anggota lembu
tersebut, lalu orang mati itu pun memberitahu tentang orang yang
membunuhnya.

Rajah 7.4: Pembahagian Israiliyyat dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

(c)

129

Ketiga: Pembahagian dari Sudut Tajuk atau Isi Kandungannya


(i)

Berkaitan dengan Akidah


Contohnya ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam alBukhari daripada Abdullah bin Masud, bahawa dia berkata: Telah
datang salah seorang pendeta Yahudi kepada Rasulullah s.a.w, lalu
berkata: Wahai Muhammad, kami mendapati bahawa Allah
menjadikan langit di atas jari-jemari tanganNya, begitu juga bumi,
pokok, air bahkan segala makhluk di atas jari-jemari tanganNya, lalu
Allah menyatakan bahawa Akulah Yang Berkuasa (raja).
Maka Rasulullah s.a.w pun ketawa sehingga nampak geraham
giginya, serta membenarkan kata-kata pendeta itu. Kemudian
Rasulullah pun membaca firman Allah:

yu)9$# tt G6s% $Yy_ F{$#u s% ,ym !$# (#ys% $tu


. $t 4n?ys?u oys7 4 u/ 7Mt Vuy9$#u
Maksudnya: Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah

dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya,


sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman
kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah
Dia dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan. (alZumar: 67)
(ii)

Berkaitan dengan Hukum


Contohnya ialah seperti hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam alBukhari, daripada Abdullah Bin Amru, bahawa sekumpulan Yahudi
telah datang kepada Nabi s.a.w dengan membawa seorang lelaki dan
seorang wanita yang telah berzina. Lalu Nabi pun bertanya kepada
Yahudi itu: Bagaimanakah hukuman (dalam agama kamu) bagi
orang yang melakukan zina? Maka Yahudi itu pun berkata: Kami
hitamkan wajah mereka berdua dan kami akan pukul mereka. Lalu
Nabi s.a.w pun bertanya: Apakah kamu tidak mendapati dalam
Taurat itu hukuman rejam? Mereka pun berkata: Kami tidak
menjumpai di dalam Taurat hukuman seperti itu.
Lalu berkatalah Abdullah bin Salam: Kamu semua telah berdusta.
Bawakan Taurat dan bacakan ia sekiranya kamu bercakap benar.
Lalu, salah seorang Yahudi yang membawa kitab Taurat (seumpama
guru dalam kalangan mereka) cuba menutup ayat tentang rejam di

130

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

dalam Taurat dengan tangannya dan tidak membaca ayat berkaitan


rejam di dalam kitab Taurat. Lalu Abdullah bin Salam menarik
tangannya yang menutup ayat tentang rejam itu seraya bertanya:
Ayat apakah ini? Apabila mereka semua melihatnya, mereka pun
berkata: Ayat rejam!. Lalu pasangan Yahudi yang berzina itu pun
dijatuhkan hukuman rejam.
(iii) Berkaitan dengan kisah, cerita dan pengajaran
Contohnya ialah seperti cerita-cerita Israiliyyat tentang perincian
pembinaan kapal nabi Nuh a.s, mengenai jenis kayunya, panjang dan
lebarnya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Rajah 7.5: Pembahagian Israiliyyat dari sudut tajuk

Berdasarkan kepada pembahagian Israiliyyat yang telah kita bincangkan di atas,


dapat dibuat kesimpulan seperti yang berikut:
(i)

Kita tidak boleh menyatakan secara pasti kesahihan sesuatu apa pun
melainkan setelah kebenarannya dapat dibuktikan melalui al-Quran dan alSunnah.

(ii)

Sesuatu yang didapati sahih dalam sumber syarak iaitu al-Quran dan alSunnah tidak lagi dianggap sebagai Israiliyyat.

(iii) Sesuatu riwayat daripada Israiliyyat yang bercanggah dengan Islam tidak
boleh disebarkan kecuali untuk memberikan peringatan untuk
menghindari daripada mempercayainya.
(iv) Sesuatu daripada Israiliyyat yang daif tidak boleh dianggap sebagai ilmu,
manakala kewujudannya di dalam kisah-kisah dan juga di dalam tafsir alQuran dikira sebagai penafsiran yang batil.

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

7.2.2

131

Hukum Meriwayatkan Israiliyyat

Antara pandangan-pandangan ulama berkaitan hukum meriwayatkan ceritacerita Israiliyyat, boleh dibahagikan kepada berikut:
(i)

Haram meriwayat daripada Israiliyyat secara mutlak, apatah lagi terhadap


Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

(ii)

Harus meriwayatkan daripada Israiliyyat sebagaimana yang terdapat di


dalam kitab-kitab tafsir dan kitab sejarah. Iaitu yang merujuk kepada
Israiliyyat yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan alSunnah sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sampaikanlah

yang datang daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakan (apa yang
kamu dengar) dari Bani Israil dan hal itu tidak ada salahnya. Barang siapa
yang berdusta kepadaku, maka bersedialah untuk menempati tempatnya
di neraka".
Daripada pandangan-pandangan tersebut, yang rajih ialah haram atau tidak
dibolehkan untuk meriwayatkan sesuatu daripada Israiliyyat dengan tujuan
untuk berhujah dan menjadikan ia sebagai dalil. Akan tetapi, dibolehkan
sekiranya periwayatannya itu adalah untuk memberikan peringatan, pengajaran
dan panduan. (sila rujuk al-Khalidi, Maa Qisas al-Sabiqin fi al-Quran, halaman
47).
Antara Hujah Larangan Periwayatan Israiliyyat adalah seperti yang berikut:
(a)

Penyelewengan Yahudi dengan meminda-meminda perkataan di dalam


kitab Taurat, yang sekali gus merupakan perbuatan yang tidak amanah dan
tidak bermoral. Firman Allah:

tyz#u Bs)9 y >x6=9 y (#$y t%!$# u *


#xy F?& ) t9)t ( #ut t/ . z=s39$# thpt ( ?'t s9
4 (#xn$$s s?? 9 )u s
Maksudnya: demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orangorang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka
mendengar perkataan golongan lain (pendeta-pendeta Yahudi) yang tidak
pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda
perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang

132

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

sebenar. mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti


ini maka Terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu,
maka jagalah diri baik-baik". (al-Maidah: 41)
Firman Allah yang lain dalam surah al-Maidah ayat 13:

t z=x69$# hpt ( Zus% t/=% $o=yy_u ys9 s)sVi )t $y6s


. ]i 7o!%s{ 4n?t =s? #ts? u 4 / (#j. $i $yym (#nu #u
Maksudnya: Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia

mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras
membatu (tidak mahu menerima kebenaran). mereka sentiasa mengubah
Kalimah-kalimah (yang ada di dalam Kitab Taurat dengan memutarnya)
dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka
melupakan (meninggalkan) sebahagian daripada apa Yang diperingatkan
mereka mereka dengannya. Dan engkau (Wahai Muhammad) sentiasa
dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan.
(b)

Yahudi berusaha mewujudkan fitnah dalam agama di kalangan orang


Islam melalui periwayatan Israiliyyat. Firman Allah:

#Y|ym #$. 3y) t/ .i 3tt s9 =tG39$# r& i V2 u


( ,ys9$# s9 tt6s? $t t/ .i r& i
Maksudnya: Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka
kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah
kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,
sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). (alBaqarah: 109)
(c)

Yahudi menyembunyikan kebenaran serta memesongkan fakta ke arah


kebatilan. Lalu Israiliyyat itu merupakan lambang penyelewengan dan
pemesongan. Firman Allah:

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

133

O !$# zn=2 tyo i ,s t%x. s%u 3s9 (# r& tytGsr& *


n=t u =s)t $t t/ . thpt
Maksudnya: (Sesudah kamu Wahai Muhammad dan pengikut-

pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu)


maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman
kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya
telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat),
kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah
mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu
salah)?. (al-Baqarah: 75)
(d)

Yahudi sengaja meninggalkan kebenaran dan menuruti kebatilan, dan


riwayat Israilliyat banyak mengandungi kemungkaran. Firman Allah:

t%!$# zi ,s xt6t yt $yj9 d| !$# i u u!$y_ $s9u


(#t7?$#u n=t r(x. u!#uu !$# |=tF2 |=tG39$# (#?&
. ( zyn= 7= 4n?t u9$# (#=Gs? $t
Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi

Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada
mereka, sebahagian daripada orang-orang yang telah diberikan Kitab itu
melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak
mengetahui (kebenarannya). Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan
mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam
masa pemerintahan Nabi Sulaiman (al-Baqarah: 101-102)
(e)

Larangan al-Quran daripada bertanya kepada ahli kitab tentang kisahkisah yang lampau. Firman Allah:

#Yymr& i MtGn@ u
Maksudnya: dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal
mereka
kepada
seseorang
pun
daripada
golongan
(yang
membincangkannya). (al-Kahf: 22).

134

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

(f)

Al-Quran melarang daripada memperkatakan sesuatu tanpa ilmu, dan


Israiliyyat merupakan sesuatu yang boleh dianggap tanpa ilmu kerana
golongan mereka mengikut sesuatu secara membuta tuli tanpa ilmu.
Firman Allah:

t%x. y7s9'& . y#x9$#u u|t79$#u y9$# ) 4 = / y7s9 }s9 $t #)s? u


Zt t
Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak

mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan


penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya
tentang apa yang dilakukannya. (al-Isra: 36)
(g)

Al-Quran mengajar kita agar lebih berhati-hati untuk menerima sesuatu


berita dan perkhabaran, dan tidak boleh diterima riwayat daripada
golongan yang fasik dan kufur kecuali setelah diteliti dan diperiksa terlebih
dahulu tentang kebenarannya. Hal seumpama ini perlu dilakukan ketika
menerima riwayat Israiliyyat. Firman Allah:

.(#t6tGs :*t6t/ 7,$s .u!%y` ) (#t#u t%!$# $pr't


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu

seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk


menentukan) kebenarannya (al-Hujurat: 6)
(h)

Saidina Umar r.a pernah membawa pulang senaskhah al-Taurat yang


dijumpainya di salah sebuah kampung Yahudi, lalu Rasulullah s.a.w amat
marah dan dengan tegas baginda bersabda: Andainya Musa a.s hidup di

zamanku ini pun, maka dia juga wajib mentaatiku (mengikut al-Quran dan
bukan al-Taurat). (Riwayat Ahmad).

AKTIVITI 7.2
Bincangkan dengan rakan anda mengenai Hujah Larangan Periwayatan
Israiliyyat yang lain selain daripada yang dibincangkan di atas.

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

7.2.3

135

Perawi Israiliyyat

Antara perawi Israiliyyat yang masyhur ialah Abdullah bin Salam, Kaab alAhbar, Wahab bin Munabbih dan Abdul Malik bin Abdul Aziz Ibnu Juraij. Para
ulama telah berbeza pendapat dari sudut untuk menerima atau menolak
pandangan mereka. Antara mereka, yang paling berilmu dan thiqah ialah
Abdullah bin Salam, manakala yang paling banyak dipertikaikan ialah Kaab alAhbar. Namun begitu, terdapat juga riwayat Israiliyyat yang sengaja
dinisbahkan kepada perawi-perawi ini, namun ia adalah dusta semata-mata.
(a)

Abdullah Bin Salam


Beliau ialah Abu Yusuf, Abdullah Bin Salam bin al-Harith al-Israiliy alAnsoriy. Beliau memeluk Islam setelah Rasulullah s.a.w tiba di Madinah.
Pada suatu ketika, Abdullah bin Salam menemui Rasulullah lalu berkata,
Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi suka berbohong dan sesat. Saya
minta engkau memanggil ketua-ketua mereka, tapi jangan sampai mereka
tahu kalau saya masuk Islam. Serulah mereka ke agama Allah, saya akan
bersembunyi untuk mengetahui reaksi mereka.
Rasulullah pun mengumpulkan para pemuka Yahudi. Rasulullah
mengingatkan mereka tentang ayat-ayat al-Quran dan mengajak mereka
masuk agama Islam. Tetapi orang-orang Yahudi itu menolak dakwah nabi.
Bahkan dengan beraninya mereka membantah ucapan-ucapan Rasulullah.
Setelah mendapati bahawa mereka enggan menerima seruannya,
Rasulullah pun bertanya, Siapakah Abdullah bin Salam menurut kalian?
Mereka menjawab, Dia pemimpin kami, ketua pendeta kami dan pemuka
agama kami.
Bagaimana pendapat anda semua sekiranya dia memeluk Islam? tanya
Rasulullah.
Tidak mungkin! Tidak mungkin dia akan masuk Islam. Kami berlindung
kepada Allah, tidak mungkin dia masuk Islam, jawab mereka.
Lalu Nabi s.a.w pun memanggil Abdullah bin Salam: Wahai Abdullah,
sila keluar dan beritahu mereka tentang keislaman kamu.
Lalu Abdullah bin Salam keluar dan menemui golongan Yahudi tersebut
seraya berkata, Wahai orang-orang Yahudi, bertakwalah kepada Allah.
Terimalah agama yang dibawa Muhammad. Demi Allah, sesungguhnya
kalian sudah mengetahui bahawa Muhammad itu benar utusan Allah.
Bukankah kalian telah membaca nama dan sifat-sifatnya dalam Taurat?
Demi Allah, saya mengakui Muhammad adalah Rasulullah. Saya beriman
kepadanya dan membenarkan segala ucapannya.

136

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

Bohong! jawab orang-orang Yahudi. Engkau jahat dan bodoh, tidak


boleh membezakan mana yang benar dan salah, lalu mereka pergi
meninggalkan Abdullah bin Salam dan Rasulullah.
Abdullah Bin Salam telah meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah. Antara
mereka yang mengambil riwayat-riwayat hadis Abdullah Bin Salam ialah
kedua-dua anaknya, Yusuf dan Muhammad, Auf bin Malik, Abu Hurairah,
Abu Bardah bin Abu Musa, Ata Bin Yasar dan selainnya. Abdullah bin
Salam meninggal dunia di Madinah pada tahun 43 hijrah.
(b)

Kaab al-Ahbar
Beliau ialah Abu Ishak, Kaab al-Humayri lebih terkenal sebagai Kaab alAhbar. Beliau berasal dari Yahudi Yaman. Beliau adalah salah seorang
pendeta Yahudi yang terkenal dengan kebolehannya menghafal dan
menguasai kitab Taurat. Hatinya mula terpaut dengan Islam ketika
mendengar seorang sahabat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam
membaca ayat al-Quran:

r& 6s% i 3yt $yj9 $]%d| $u9t $o3 (##u |=tG39$# (#?& t%!$# $pr't
4 M69$# |=ptr& !$ys9 $yx. s]y=t r& !$y$t/r& #n?t $yts $\_ }
t !$# r& t%x.u
Maksudnya: Wahai orang-orang yang telah diberikan kitab, berimanlah

kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (al-Quran), Yang


mengesahkan Kitab-kitab Yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa
dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata
tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama
seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka
sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka
Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah)
perintah Allah itu tetap berlaku. (al-Nisa: 47)
Sebaik saja Kaab mendengar ayat ini, perasaannya menjadi takut dan
jiwanya terus rindu pada Islam. Justeru itu, beliau segera menyatakan
dirinya keluar daripada agama Yahudi dan memeluk agama Islam.
Kemudian beliau datang mengadap Sayyidina Umar al-Khattab untuk
memberitahu tentang keislamannya. Peristiwa tersebut terjadi ketika kaum
Muslimin sedang mempersiapkan pasukan peperangan melawan tentera

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

137

Rom. Kaab memeluk Islam berdasarkan ilmu dan beriman berdasarkan


makrifat.
Oleh kerana beliau mengetahui melalui kitab Taurat, bahawasanya kaum
Mujahidin (daripada umat Muhammad s.a.w) pada Hari Kiamat kelak
akan mendapat darjat yang paling tinggi, maka dia meminta izin daripada
Sayyidina Umar al-Khattab untuk ikut bergabung bersama para Mujahid
Islam untuk memerangi tentera Rom.
Selain berjihad melalui lisan dan pedang, Kaab berusaha menghafal alQuran sehingga akhirnya berjaya menghafal sebagaimana beliau
menghafal Kitab Taurat. Akhirnya tertera nama Kaab dalam sejarah
sebagai salah seorang mubaligh Islam yang dapat menghafal dua Kitab
Allah. Selain itu, Kaab juga menghafal hadis Rasulullah s.a.w sehinggalah
jiwanya benar-benar menghayati Islam. Disebabkan keahliannya itu, Kaab
sering diundang ke majlis ilmu yang dihadiri oleh penduduk setempat
untuk menyampaikan nasihat dan dakwahnya.
Manakala Kaab ditanya tentang sifat-sifat Rasulullah s.a.w dan para
pengikutnya dalam Kitab Taurat, beliau menjawab: Tertulis dalam Kitab
Taurat, Muhammad itu adalah seorang hambaKu yang tidak lemah dan
juga tidak keras, patuh dan terpilih. Dia tidak pernah berdusta dalam
niaganya di pasar, tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan,
sebaliknya, dia seorang pemaaf dan pengampun.
Di dalam kitab Taurat juga disebutkan Muhammad dilahirkan di Makkah,
tetapi kemudian berhijrah ke Madinah, sebuah negeri yang sangat
makmur. Umatnya adalah orang-orang yang selalu mengagungkan Allah
setiap masa, baik dalam suka mahupun duka. Mereka bertakbir kepada
Allah setiap kali mereka berada di tempat yang tinggi dan selalu bertasbih
kepada Allah di tempat yang rendah. Dalam sembahyang, suara mereka
bergema bagaikan suara lebah dalam gua batu. Mereka selalu
membetulkan barisan saf-saf untuk solat berjemaah sebagaimana mereka
lakukan keadaan yang sama apabila bersedia untuk menghadapi musuhmusuh mereka di medan peperangan. Para malaikat berada di barisan
depan dan belakang mereka. Allah sentiasa bersama mereka ketika mereka
menghadapi peperangan fisabilillah.
Daripada seorang pendeta Yahudi terulung yang menguasai Kitab Taurat,
akhirnya beliau menjadi seorang ulama dan pendakwah yang menguasai
Kitab al-Quran dan menghafal hadis-hadis Nabi s.a.w. Demikianlah
kehidupan Kaab al-Ahbar yang hatinya diterangi oleh iman dan takwa.
Pada tahun ke-32H, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dan
jenazahnya
dikebumikan
di
Hims,
Syria.
(sila
lihat

http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/julsep02/index14al.htm).

138

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

(c)

Wahab bin Munabbih


Beliau ialah Abu Abdullah, Wahab bin Munabbih salah seorang ulama
tabiin. Dikatakan bahawa beliau lahir pada 34 H pada zaman
pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. Beliau meninggal dunia pada
tahun 110 H. Beliau telah meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah,
Abu Said al-Khudri, Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Amru al-As, Jabir, Anas dan
lain-lain.
Beliau seorang yang amat luas pengetahuan dan banyak membaca kitabkitab lama yang mengandungi kisah dan cerita yang berkaitan dengan
permulaan alam dan sebagainya.

(d)

Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij


Beliau ialah Abu Khalid atau Abu al-Walid, Abdul Malik bin Abdul Aziz
bin Juraij. Beliau berketurunan dari Nasrani Rom. Beliau terkenal sebagai
seorang ulama Makkah. Beliau juga terkenal sebagai seorang pengembara
yang mencari ilmu. Dilahirkan di Makkah tetapi telah merantau ke banyak
negara untuk mencari ilmu. Beliau telah merantau ke Basrah, Baghdad dan
Yaman.
Inilah secara ringkas paparan tentang biodata dan kisah hidup perawiperawi yang dikaitkan dengan Israiliyyat. Daripada merekalah
diriwayatkan kisah dan cerita-cerita Israiliyyat yang dimuatkan dalam
kitab-kitab tafsir. Namun begitu, ada yang memang diriwayatkan daripada
mereka dan ada pula yang dinisbahkan kepada nama-nama mereka
sedangkan ianya tidak sahih.

7.2.4
(a)

Contoh-contoh Israiliyyat

Kisah Talut dan Jalut


Kisah ini diceritakan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran bermaksud:
Dan nabi mereka berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda
kerajaan Talut itu ialah datangnya kepada kamu peti tabut yang
mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan
kamu, dan (berisi) sebahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh
keluarga nabi-nabi Musa dan Harun, peti tabut itu dibawa oleh oleh
malaikat, sesungguhnya peristiwa kembalinya tabut itu mengandungi satu
tanda keterangan bagi kamu, jika benar kamu orang yang beriman (alBaqarah 2: 248).

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

139

(i)

Tafsiran dalam kitab tafsir Anwar Baydhawi oleh al-Fansuri:


Dan telah berkata bagi mereka itu Nabi mereka itu tatkala dituntut
mereka itu daripadanya tanda atas kerajaan Talut itu bahawasanya
tanda kerajaannya bahawa didatangkan akan kamu suatu peti di
dalamnya ketetapan bagi segala hati kamu daripada Tuhan kamu dan
yang mati daripada peninggalan Musa dan Harun pada hal
menanggung akan dia segala malaikat. Tersebut di dalam Khazin,
adalah peti itu di dalamnya rupa segala nabi yang diturunkan Allah
s.w.t ke atas Adam maka turun temurun hingga datang kepada Nabi
Musa a.s dan adalah mereka itu menuntut kemenangan pada Allah
s.w.t dengan berkat peti itu atas seteru mereka itu. Dan dihantarkan
mereka itu peti itu di hadapan mereka itu maka tatap (melihat)
mereka itu kepadanya tatkala perang dan ditaruh di dalamnya oleh
Musa, Taurat dan mata bendanya ditaruh Harun di dalamnya
tengkoloknya. Maka tatkala mati Musa, tinggalah peti itu pada
padang. Maka tatkala ditentu oleh mereka itu akan tanda kerajaan
Talut, lalu ditengking akan dia oleh malaikat antara langit dan bumi
pada hal mereka itu menilik kepadanya hingga dihantarkan malaikat
akan peti itu pada Talut. Maka percayalah mereka itu akan kerajaan
Talut.

(ii)

Penjelasan:
Tafsiran ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur-unsur Israiliyyat.
Ini dapat dilihat menerusi tafsiran ayat yang dilakukan oleh
pengarang mengenai kerajaan Talut. Dalam al-Quran, Allah s.w.t ada
menceritakan tentang kerajaan Talut, dan peti tabut. Peti tabut ini
diceritakan sebagai tempat menyimpan kitab Taurat, tetapi tidaklah
sampai kepada mempunyai segala nama dan rupa nabi-nabi dari
Adam a.s hingga Musa a.s. Kitab tafsir Fi Zilal al-Quran juga
mentafsirkan ayat tentang kerajaan Talut. Dalam kitab tafsir Fi Zilal
al-Quran ini, diceritakan bahawa malaikat membawa peti yang berisi
kitab Taurat kepada Talut. Peti tersebut ialah peninggalan daripada
keluarga Nabi Musa a.s dan Harun a.s. Apabila Nabi Musa a.s wafat,
pihak musuh mengambil peti tersebut. Terdapat juga pendapat yang
menyatakan bahawa peti yang mengandungi naskhah Taurat itu
adalah pemberian dari Allah Taala kepada Nabi Musa a.s di Bukit Tur
(Syed Qutb 1972: 268).
(sila lihat http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jis2602.pdf)

140

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

(b)

Kisah Nabi Sulaiman a.s dengan Puteri Balqis


Firman Allah s.w.t dalam al-Quran bermaksud: Setelah itu dikatakan
kepadanya, dipersilakan masuk ke dalam istana ini. Maka tatkala dia
melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, lalu diapun
menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata,
sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat daripada
kaca. Mendengar yang demikian, Balqis berdoa: Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan sekarang aku
menegaskan bahawa aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi
Sulaiman kepada Allah Tuhan sekalian alam. (al-Naml 27: 44).
Pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi mentafsirkan maksud ayat ini
dengan menyatakan:
Tatkala dikhabarkan oleh jin kakinya seperti kaki keldai, maka disuruh
Sulaiman segala syaitan berbuat halaman daripada kaca supaya dicubainya
dengan tiada menyuruh membukakan kainnya. Maka tatkala disumbatkan
oleh Balqis kainnya, maka tahulah ia akan baik kakinya. Selain daripada
itu, pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi ini juga menyatakan bahawa:
Tatkala berkehendak kepada Sulaiman mengahwin dia maka benci ia akan
bulu betisnya dan dibubuh oleh segala syaitan baginya kapur maka
dihilangkannya ia dengan dia (al- Fansuri t.th.: 305).
Syed Qutb mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa apabila
Puteri Balqis tiba di istana Nabi Sulaiman, maka baginda pun dipersilakan
masuk. Perkara yang memeranjatkan Balqis ialah keadaan istana tersebut
yang diperbuat daripada kaca. Lantai istana itu dibina di atas air, dan ini
membuatkan ia kelihatan seakan-akan seperti sebuah kolam air. Oleh
kerana baginda menyangka bahawa baginda akan mengharungi sebuah
kolam, baginda pun menyingsingkan kainnya. Keadaan ini menyebabkan
Nabi Sulaiman menjelaskan rahsianya dengan berkata: Sesungguhnya
istana ini adalah sebuah istana yang dibuat dengan cara yang halus iaitu
daripada bahan kaca.
Ibn Kathir pula menjelaskan bahawa ketika Puteri Balqis dipersilakan
masuk ke dalam istana yang lantainya diperbuat daripada kaca dan
kelihatan seperti sebuah kolam air, baginda masuk sambil menyingkapkan
kainnya. Setelah itu Nabi Sulaiman a.s pun berkata: Sesungguhnya
bukanlah air yang engkau pijak, lantai ini sangat licin kerana diperbuat
daripada kaca. Puteri Balqis yang sangat kagum dengan struktur binaan
istana tersebut, kemudiannya memeluk Islam.
Manakala menurut al-Maraghi, sebelum ketibaan Balqis, Sulaiman telah
menyuruh bala tenteranya untuk membina sebuah istana besar yang
lantainya diperbuat daripada kaca putih yang licin. Di bawahnya terdapat

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

141

air yang mengalir dengan pelbagai ikan dan lain-lain. Apabila Balqis tiba,
Sulaiman menyambutnya di istana dan duduk di ruang tengah. Ketika
Balqis hendak mendekati Sulaiman, Balqis menyangka lantai itu adalah air.
Lalu Balqis pun menyingsingkan kainnya supaya pakaiannya tidak basah
seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang yang menyeberangi air.
Ketika itu Sulaiman pun berkata kepada Balqis: Sesungguhnya apa yang
kamu sangkakan air itu bukanlah air, tetapi ia adalah sebuah istana yang
diperbuat daripada kaca. Balqis segera menutupi betisnya dan beliau
berasa amat kagum dengan ciptaan itu. Setelah itu, barulah Balqis
menyedari bahawa ada lagi kerajaan lain yang lebih berkuasa daripada
kerajaannya. Sulaiman lantas menyeru Balqis supaya menyembah Allah
dan meninggalkan penyembahan selain daripadaNya.
Pengarang kitab Tafsir Anwar Baidhawi didapati mentafsirkan ayat 44,
surah al-Naml dengan menyatakan bahawa jin telah mengkhabarkan
kepada Sulaiman tentang kaki Puteri Balqis adalah seperti kaki keldai.
Sulaiman lantas memerintahkan para syaitan supaya membina sebuah
halaman dalam istana yang seakan-akan sebuah kolam air supaya
Sulaiman dapat memastikan kebenaran cerita itu. Apabila Balqis berjalan di
atas halaman yang dibina itu sambil menyingsingkan kainnya, maka
Sulaiman mendapati kaki Balqis sebenarnya berkeadaan baik. Menurut
riwayat ini juga, ketika Balqis menyingsing kainnya itu, Sulaiman
terpandang akan bulu betisnya. Sulaiman tidak suka melihatnya lalu
syaitan menghilangkannya dengan kapur.
Apabila riwayat Tafsir Anwar Baidhawi ini dibandingkan dengan
pendapat para ahli tafsir seperti Syed Qutb, Ibn Kathir dan al-Maraghi,
didapati tidak ada satu pun tafsiran daripada ahli tafsir yang menyentuh
tentang perkara ini apatah lagi membenarkannya. Tafsiran para ahli tafsir
didapati hanya menjelaskan tentang kekaguman Balqis terhadap istana
yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Rasa kagum ini melahirkan keinsafan
dan telah menyedarkan Balqis bahawa ada lagi kuasa lain yang lebih hebat
daripada kekuasaannya. Fenomena ini akhirnya membawa Balqis kepada
Islam. Kisah yang menyatakan bahawa Balqis menyingkap kainnya ketika
berjalan di dalam istana Sulaiman kerana menyangka beliau sedang
menyeberangi sebuah kolam air juga adalah diakui kebenarannya oleh para
ahli tafsir. Bagaimanapun, tidak ada riwayat yang menyatakan bahawa
ketika Balqis menyingsing kainnya, Sulaiman telah terpandang bulu betis
Balqis dan membencinya serta tidak ada juga riwayat yang menjelaskan
bahawa kaki Balqis adalah seperti kaki keldai seperti yang didakwa oleh
pengarang
kitab
Tafsir
Anwar
Baidhawi.
(sila
lihat
http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jis26-02.pdf)

142

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

(c)

Kisah Israiliyyat yang ditafsir daripada ayat al-Quran surah Luqman ayat
27
Allah telah menciptakan di bawah ini laut yang melingkupnya, di dasar
laut. Ia menciptakan sebuah gunung disebut gunung Qaf. Langit dunia
ditegakkan di atasnya. Di bawah gunung tersebut Allah menciptakan bumi
seperti bumi ini, yang jumlahnya tujuh lapis. Kemudian di bawahnya ia
mencipatakan laut yang melingkupnya. Di bawahnya lagi ia menciptakan
laut yang melingkupnya. Di bawahnya lagi, ia menciptakan sebuah gunung
lagi, yang juga bernama gunung Qaf iaitu langit jenis kedua diciptakan di
atasnya. Sehingga jumlah semuanya: tujuh lapis bumi, tujuh lautan, tujuh
gunung dan tujuh lapis langit.

7.2.5

Kaedah untuk Mengenali Israiliyyat

Antara kaedah atau cara untuk mengenali riwayat dan cerita yang mengandungi
Israiliyyat adalah seperti yang berikut:

Terdapat kenyataan jelas daripada perawi menyebut bahawa riwayat yang


disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyat.

Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti mauquf kepada


sahabat, bukan marfu kepada Nabi s.a.w.

Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul kejadian


alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan bumi. Begitu juga
disentuh tentang kisah-kisah lampau.

Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan


al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang
dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa dan menentukan
bahagian anggota lembu yang digunakan untuk memukul si mati dalam
kisah bani Israil.

Memperlihatkan keterlampauan ketara seperti cerita salah seorang anak


Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus
tahun, dibawanya ke sana ke mari sehingga Allah menghantar burung gagak
untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu.

Mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan asSunnah as-Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s
adalah daripada mereka yang selamat daripada azab banjir besar.

TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR W

143

Menceritakan sesuatu yang pelik gharib seperti yang menyebut bahawa


bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu.

Merujuk kepada ulama yang membincangkan tentang Israiliyyat.

Untuk memastikan anda memahami apa yang telah dipelajari, jawab soalan
berikut. Selamat Mencuba!

SEMAK KENDIRI 7.1


1.

Apakah maksud Israiliyyat?

2.

Mengapakah perlu dijauhi riwayat Israiliyyat?

SEMAK KENDIRI 7.2

1.

Nyatakan pengertian Israiliyyat.

2.

Jelaskan pembahagian Israiliyyat.

3.

Bagaimanakah Israiliyyat menyerap masuk dalam tafsir?

4.

Berikan satu contoh Israiliyyat.

5.

Huraikan kaedah untuk mengenali Israiliyyat.

Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang


diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya
terdiri daripada golongan Bani Israil atau Yahudi dan sedikit daripada
golongan Nasrani. Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir
mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk
ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci alQuran.

Ulama-ulama tafsir yang berhadapan dengan kemaraan maklumatmaklumat Israiliyyat di dalam kitab-kitab tafsir dengan tegas menghalang
pentafsiran al-Quran dengan Israiliyyat. Hal ini kerana kebanyakan cerita
Israiliyyat adalah berupa dongengan dan khurafat dan ia bakal mencemari

144

X TOPIK 7 ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR

kesucian al-Quran untuk dijadikan tafsiran. Begitu juga terdapat Israiliyyat


yang telah bercampur aduk di antara yang benar dan yang batil.

Menurut Dr Muhammad Husayn al-Zahabi, Israiliyyat boleh dibahagikan


kepada tiga kategori:
1.

Pembahagian dari sudut kesahihannya atau pun tidak

2.

Pembahagian dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah

3.

Pembahagian dari sudut tajuknya

Pandangan yang rajih ialah haram atau tidak dibolehkan untuk


meriwayatkan sesuatu daripada Israiliyyat dengan tujuan untuk berhujah
dan menjadikan ia sebagai dalil. Akan tetapi, dibolehkan sekiranya
periwayatannya itu adalah untuk memberikan peringatan, pengajaran dan
panduan.

Israiliyyat

Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah. (1988). Maa Qisas al-Sabiqin fi al-Quran, Dar alQalam, Damsyik.
Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah. (1996). al-Tafsir wa al-Tawil fi al-Quran, Dar alNafais, Jordan.
Manna Qattan. (1992). Mabahith fi Ulum al-Quran, Maktabah al-Maarif Li alNasyr wa al-Tauzi, Riyadh.
Al-Sabuni, Muhammad Ali. (1985). al-Tibyan fi Ulum al-Quran, Alam alKutub, Beirut.
Al-Zahabi, Muhammad Husayn. (1989). al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah
Wahbah, Kaherah.

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jis26-02.pdf
http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/julsep02/index14al.htm

You might also like