You are on page 1of 1

950130-14-5865

Abstrak

PEMBUANGAN SAMPAH SARAP SECARA TIDAK TERATUR DI TAMAN IPOH


YANG MENDORONG KEPADA PENCEMARAN SAMPAH SARAP.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca-punca berlakunya masalah
pembuangan sampah sarap di sekitar kawasan Taman Ipoh dan kesan-kesan yang dihadapi
oleh masyarakat yang bertempat di sini. Selain mengkaji situasi masyarakat, kajian ini juga
untuk dijalankan bagi mendapat pendapat masyarakat di sini. Kaedah kajian yang digunakan
dalam melaksanakan pengkajian ini ialah kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual.
Seramai 30 orang telah disoal selidik dan 10 orang telah ditemu bual bagi kajian ini. Semua
dapatan kajian telah dianalisa dan dibentukkan dalam jadual dan graf. Setelah melakukan
kajian ini, saya telah mendapati bahawa masalah pembuangan sampah sarap di sekitar
kawasan Taman Ipoh didorongi oleh pelbagai faktor. Kemelut ini juga sekali gus membawa
banyak kesan-kesan yang negatif kepada kedua-dua pihak iaitu kepada masyarakat di Taman
Ipoh dan seterusnya pihak berkuasa tempatan. Kajian ini merumuskan bahawa masalah
pembuangan sampah ini boleh diselesaikan jika kesemua pihak sanggup berganding bahu
bagi mencari jalan penyelesiannya.

You might also like