You are on page 1of 170

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1

UNIT 1

KERTAS KERJA PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Menghuraikan konsep TADIKA dan TASKA
2. Mengenalpasti syarat-syarat penubuhan TADIKA dan TASKA
3. Menghuraikan prosedur penubuhan TADIKA dan TASKA
4. Membezakan di antara prosedur penubuhan TADIKA dan TASKA

PENGENALAN
Dalam menubuhkan sesebuah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak, seseorang pengurus
haruslah mengetahui selok-belok penubuhannya. Penubuhan sesebuah Pusat Pendidikan Awal
Kanak-kanak yang tidak melalui prosedur yang sah adalah salah di sisi undang-undang dan
pengusaha boleh didakwa. Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi pengusaha untuk
mengenalpasti dan memahami konsep TADIKA dan TASKA, syarat-syarat penubuhan dan
prosedur permohonan bagi memudahkan proses kelulusan perniagaan tersebut.

ISI KANDUNGAN
Rasional Pendaftaran
Sebelum merancang untuk menubuhkan sebuah taska ataupun tadika pengusaha perlu terlebih
dahulu memahami perkara asas yang melibatkan perundangan. Perkara asas yang
dimaksudkan ialah memahami dari aspek akta dan seksyen yang mengawal penubuhan taska
dan tadika.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2

Antara seksyen dan akta yang perlu diketahui sebelum pendaftaran sesebuah taska atau tadika
adalah:
Seksyen 20, Akta pendidikan 1996 (1)
1. Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu
didaftarkan di bawah akta ini
2. Setiap tadika yang ditubuhkan tertakluk kepada undang-undang yang terkandung dalam
Akta Pendidikan 1996
3. Bertujuan bagi memastikan perkhidmatan pendidikan prasekolah yang ditawarkan
memenuhi keperluan dan hak kanak-kanak.

Penubuhan TASKA haruslah mengikut Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012

TAFSIRAN
Dalam Peraturan Peraturan ini Asuhan ertinya ;

Menjaga, menyelia, dan mendidik kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak;

Menyediakan pengaturan yang cukup dan sesuai bagi pemberian makanan,


pemakanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak;
dan

Memastikan bahawa kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di taman


asuhan adalah memuaskan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3

Apakah kesannya sekiranya penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak


tidak mengikut prosuder yang sah?

Panduan penubuhan Tadika


Tadika ialah taman didikan kanak-kanak. Ia didaftarkan berdasarkan Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK). Jumlah kanak-kanak yang berada di sesebuah kelas hendaklah
tidak boleh melebihi 25 orang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tempoh operasi
TADIKA tidak kurang daripada 3 jam sehari (5 hari dalam seminggu). Sistem persekolahannya
adalah sama dengan sistem persekolahan formal.

Jadual 1.1 Panduan penubuhan tadika


PENUBUHAN TADIKA
ITEM

CIRI-CIRI

AGENSI

LOKASI
1. Persekitaran yang selamat.

PREMIS

2. Udara yang bersih.

MAJLIS

3. Tiada pencemaran bunyi.

PEMBANDARAN

4. Mendapatkan keizinan (surat bertulis) daripada penduduk


sekeliling.
5. Nisbah 1:300 iaitu 1 TADIKA untuk 300 unit rumah
6. Memilih lot tepi, balai raya, banglo. (kediaman yang
mempunyai kawasan halaman)
FIZIKAL
1. Lokasi premis atas tanah (ground floor)
2. Bangunan dan premis dalam keadaan baik dan bersih.
3. Mempunyai tempat belajar yang selesa; (sudut, bilik air,
dan bilik rehat)
4. Menyediakan aktiviti luar kelas.
5. Menyediakan
upaya.

kemudahan

bagi kanak-kanak

MAJLIS
kurang PEMBANDARAN

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4

6. Premis

TIDAK

boleh

digunakan

sebagai

rumah

persendirian.
7. TADIKA dan TASKA tidak boleh dikendalikan dalam satu
premis yang sama
KESELAMATAN
1. Sekurang-kurangnya 2 buah pintu.

MAJLIS

2. Ruang dapur harus diasingkan

PEMBANDARAN

3. Pemadam api (pemeriksaan harian)


4. Perabot dan bahan bantu belajar dalam keadaan selamat.

JABATAN BOMBA

5. Semua perkakas elektrik mestilah dijaga dan tidak mudah


dicapai oleh murid.
6. Kolam renang mestilah mengikuti kuantiti air yang betul.

JABATAN
KESELAMATAN

KESIHATAN
1. Premis dan bangunan dalam keadaan yang selamat.
2. Kuantiti bilik air yang cukup, bersih dan selesa.

JABATAN

3. Menyediakan kotak kecemasan (first aid kit) yang cukup.

KESIHATAN

4. Kehadiran cahaya dan udara yang cukup.


5. Menyediakan tong sampah.
1. Perkataan TADIKA adalah di hadapan.
2. Nama yang diberikan bersesuaian dengan nama Malaysia
NAMA TADIKA

(bukan etnik).
3. Menggunakan nama yang sesuai.

SURUHANJAYA
SYARIKAT

4. Nama yang menggunakan nama individu haruslah MALAYSIA


mendapat keizinan.
5. TIDAK boleh menggunakan nama negeri atau nama
pemimpin dari Negara luar.
6. TIDAK boleh menggunakan nama yang sama.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 5

1. Pemilik penuh warganegara Malaysia


PEMILIK

2. Pemilik persendirian atau perkongsian didaftarkan di


bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
3. TADIKA yang dibuka dari organisasi kerajaan adalah
diterima oleh pendaftar.

1. Menggunakan

Kurikulum

Standard

Pra-Sekolah

Kebangsaan (KSPK).
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara.
KURIKULUM

3. Jika bahasa lain yang digunakan, Bahasa Melayu perlu


diajar juga sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
4. Pendidikan Islam diajar oleh guru Muslim.
5. Pendidikan Moral mestilah diberi kepada murid BUKAN
muslim.

KEMASUKAN

1. Menerima kanak-kanak dari umur 4 hingga 6 tahun.


2. Menerima semua kanak-kanak termasuk yang kurang
upaya.

YURAN

1. Mesti mendapat keizinan (surat bertulis).

JABATAN

2. Bersesuaian dengan servis yang diberikan.

PENDIDIKAN

3. Untuk meningkatkan yuran, haruslah dengan sebab yang NEGERI


munasabah.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 6

Panduan penubuhan Taska

TASKA bermaksud premis yang menempatkan empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4
tahun daripada satu isi rumah yang diterima atau dijaga dengan upah. TASKA juga dikenali
sebagai pusat asuhan

untuk kanak-kanak

di bawah 4 tahun kerana TASKA merupakan

tempat permulaan untuk kanak-kanak belajar berdikari dan diasuh sebelum mereka memasuki
alam persekolahan. Mengutamakan kanak-kanak yang berumur 4 tahun seperti termaktub di
dalam Akta Asuhan Kanak-Kanak 1984( Akta 308).Perkhidmatan juga diberi kepada pekerja
TASKA, ibu bapa dan pihak yang terlibat dalam asuhan kanak-kanak. Akta Taman Asuhan
1984 ( Akta 308 ) iaitu memastikan TASKA yang ditubuhkan,mengadakan pemeriksaan dan
pengawalan serta memastikan kebajikan , kesejahteraan, keselamatan serta perkembangan
menyeluruh kanak-kanak mesti diutamakan.

TASKA terbahagi kepada 4 jenis seperti berikut :JENIS TASKA

PENERANGAN

TASKA di rumah

Menerima masuk 4 hingga 9 orang kanak-

(HOME BASED CHILD CARE CENTRE)


TASKA di Institusi
(CHILD CARE CENTRE)
TASKA di tempat kerja

kanak dalam rumah yang didaftarkan.

Taman Asuhan kanak-kanak menerima


masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih.

Taman

Asuhan

kanak-kanak

yang

disediakan di tempat kerja.


TASKA Komuniti

Taman

Asuhan

menerima masuk
atau

lebih

kanak-kanak

yang

10 orang kanak-kanak

bagi

keluarga

yang

berpendapatan Rm 2000.00 sebulan di


kawasan Bandar manakala Rm 12000.00
di luar Bandar menerima bantuan kerajaan
Persekutuan atau negeri.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 7

Rajah 1.2. Panduan Penubuhan Taska

PENUBUHAN TASKA
ITEM

CIRI-CIRI

AGENSI

1. Setiap taska mestilah didaftarkan di bawah Jabatan


Kebajikan Masyarakat.
PENDAFTARAN
TASKA

2. 2 kategori TASKA :
a) Taska di rumah : haruslah kurang dari 10 orang

JABATAN
KEBAJIKAN
MASYARAKAT

b) Taska di institusi : jumlah kanak-kanak mestilah lebih


dari 10 orang
1. Keadaan premis TASKA perlulah mengikut syaratsyarat seperti reka bentuk pembinaan bagi menjamin
SYARAT-SYARAT
PREMIS TASKA

keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.


2. Menyediakan pelan lantai bangunan.

MAJLIS
PERBANDARAN

3. Menggunakan bangunann yang dibenarkan seperti


banglo, teres mengikut nisbah 1 taska untuk 1500
populasi.
1. Setiap TASKA mestilah mempunyai pemadam api dan
pintu masuk dan keluar adalah bebas daripada JABATAN BOMBA
RINTANGAN API

sebarang halangan pada setiap masa.

DAN

2. Memastikan soket ditutup sentiasa bagi mengelakkan PENYELEMAT


kanak-kanak bermain.
1. Premis mesti sentiasa dalam keadaan yang bersih
2. Ruang ialah 3.5 kaki persegi untuk setiap kanak-kanak.

JABATAN

3. Nisbah tandas 1 tandas : 10 orang kanak-kanak.

KESIHATAN

4. Bekalan air mencukupi dan bersih.


5. Menyediakan makanan yang seimbang dan penuh
KESIHATAN DAN
KEBERSIHAN

nutrisi.
6. Taska haruslah menyediakan ruang yang cukup untuk
taman permainan.
7. Merokok dan meludah adalah dilarang.
8. Menyediakan kit keselamatan dan diletakkan di tempat
yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 8

9. Menyediakan makanan halal, bersih dan selamat


terutama bagi kanak-kanak Islam.

NISBAH PENGASUH DENGAN KANAK-KANAK


1. 1: 5 bagi kanak-kanak berumur bawah 3 tahun

JABATAN

2. 1 : 10 bagi kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun

KEBAJIKAN

3. 1 : 4 bagi kanak-kanak cacat bawah 4 tahun.

MASYARAKAT

Bincangkan dalam kumpulan berdasarkan panduan penubuhan taska ataupun


tadika nilai kelemahan-kelemahan yang anda perhatikan
tadika di kawasan anda?

Apakah perbezaan antara taska dan tadika.

Apakah perbezaan antara seksyen dan etika dari segi undang-undang

dikebanyakan pusat taska atau

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 9

Berdasarkan carta aliran penubuhan taska atau tadika pada rajah 1.3 di bawah,
bincangkan apakah aspek yang patut diberikan tumpuan setiap unsur di bawah

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Rajah 1.3 : Carta Alir Asas Penubuhan Tadika dan Taska

USAHAWAN

PENETAPAN PREMIS DAN LOKASI

PENDAFTARAN PERNIAGAAN (ROB/ROC)

MEMOHON LESEN PERNIAGAAN (KERAJAAN TEMPATAN)

MEMOHON LESEN PERNIAGAAN


Jabatan Pendidikan Negeri - TADIKA
Jabatan Kebajikan Masyarakat - TASKA

PERLAKSANAAN PENUBUHAN TADIKA/TASKA

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 10

PROSES PENUBUHAN TASKA

Jabatan Kebajikan Masyarakat penting bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran


TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan dikeluarkan,
kelulusan dari agensi-agensi teknikal seperti Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat, serta Jabatan Kesihatan.

Sekiranya

terdapat

sebarang

pertanyaan,

pemohon

bolehlah

mendapatkan

penjelasan dari mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan.

Pelan lantai berserta pengiraannya (dalam ukuran meter).

Menyediakan senarai menu mingguan.

Menyediakan senarai pekerja (Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan kelulusan).

Memohon sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan.

Senarai aktiviti bersama ibu bapa.

Wang pos / kiriman wang bernilai RM 50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat Malaysia.

SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TASKA

Bayaran RM 50.00 setahun untuk memohon lesen.

TASKA boleh membuat pemohonan untuk pendaftaran melalui Pejabat Kebajikan


Masyarakat Daerah yang berhampiran.

Pengasuh hendaklah berusia 18 tahun ke atas.

Mengikuti kursus asuhan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh satu
tahun mula bekerja di TASKA.

TASKA mestilah didaftarkan.

Mempunyai pengalaman yang cukup dalam bidang pengasuhan atau mengikuti


kursus asas pendidikan awal kanak-kanak, KAAK dan kursus Permata Negara.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 11

PERANCANGAN PENUBUHAN TASKA

Sebelum menubuhkan TASKA atau Pusat Asuhan kanak-kanak perlu adanya tanah
atau tapak bangunan terlebih dahulu yang sudah diluluskan oleh pihak-pihak yang
terlibat seperti Perancangan Bandar Dan Wilayah, Jabatan Kerja Raya, Majlis
Pembandaran.

Tapak kemudahan TASKA tidak dibenarkan di kawasan berpaya, berbukit atau


bercerun untuk mengelakkan bencana alam seperti hakisan, tanah runtuh dan
sebagainya.

Mengenalpasti tapak premis berdasarkan cadangan pembanguan seperti bilangan


penduduk, nisbah pengasuh, lokasi dan keadaan tapak.

BANGUNAN PENUBUHAN TASKA

Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 33 (10 meter) dari simpang utama.

Tidak terletak di jalan yang sibuk dan selamat untuk penubuhan TASKA.

Mendapat kebenaran bertulis dari pemilik rumah.

KEWANGAN

Sebelum menubuhkan TASKA mesti mempunyai kewangan yang stabil dan boleh
membuat pinjaman di bank.

Menyediakan rekod kewangan yang bersistematik dan mengemaskini rekod


kewangan dan pentadbiran.

KESELAMATAN TASKA

Di aras satu bagi kediaman yang bertingkat.

Tiaptiap TASKA perlu ada alat pemadam api dan peti kecemasan latihan kebakaran
dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Ada 2 tangga (laluan) semasa kecemasan bagi bangunan yang bertingkat.

Tangga hendak selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

Tangga kayu (staircase) dan tangga konkrit hendaklah dialas dengan alas yang
lembut atau karpet.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 12

Tangga hendaklah dipasang dengan (railings) yang tingginya dengan ketinggian


kanak-kanak.

TASKA hendakalah cekap, selamat dan efisien dari aspek sisitem sirkulasi lalu lintas
serta mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi untuk memudahkan urusan
menghantar

dan

mengambil

kanak-kanak

di

samping

menekankan

aspek

keselamatan.

TASKA perlu mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat
dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak.

Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA.

YURAN KANAK-KANAK

Menerangkan berapa kadar yuran bulanan kepada kanakkanak mengikut jam


mereka berada di TASKA.

Menyediakan dan merekod pembayaran kanak-kanak dalam bentuk buku atau resit
kepada kanak-kanak yang telah membayar yuran mereka.

Yuran mestilah dibayar tiap-tiap bulan mengikut tarikh yang dipersetujui pihak TASKA
iaitu setiap hujung bulan.

TENAGA PEKERJA / PENGASUH

Sebelum menubuhkan TASKA mesti ada tenaga pekerja atau pengasuh yang
berkelayakan dan berpengalaman dam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau
yang telah berkursus contohnya seorang pengasuh lima orang kanak-kanak.

Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak,
Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak (KAAK).

Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA.

PEREDARAN UDARA DAN CAHAYA SEMULAJADI BERSIH DALAM TASKA

Ada peredaran udara dan cahaya semulajadi

untuk pengudaraan yang segar dan

untuk pembelajaran pemahaman deria dan persekitaran.

Tingkap sentiasa mesti terbuka dan jangan sentiasa menutup tingkap dengan langsir.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 13

KELUASAN RUANG TASKA

Keluasan lantai ialah 3.5 meter persegi untuk seorang kanak-kanak (ruang dapur,
stor, tandas, pejabat, bilik pengasuh dan laluan tidak diambil kira manakala TASKA di
rumah persegi seorang kanak-kanak 2.5 meter persegi.

Kegunaan ruang belajar dan bermain perlu diasingkan.

Menyediakan permainan yang lengkap dan tidak berbahaya.

Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak dimasuki oleh kanak-kanak.

Tempat makanan hendaklah bersih dan selamat.

Tandas lelaki dan perempuan mesti diasingkan serta tandas sesuai dengan kanakkanak.

Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan menggunakan rubber tile.

KO KURIKULUM

TASKA yang hendak ditubuhkan mesti mempunyai kokurikulum sendiri untuk


memudahkan sistem pembelajaran dan pengajaran di TASKA contohnya permata
Negara yang mempunyai kokurikulum sendiri yang merangkumi enam perkembangan
dan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan )untuk prasekolah.

Menyediakan alat bantu mengajar untuk kemudahan pendidik dan kanak-kanak.

LAIN-LAIN

Mempunyai sijil pendaftaran, jadual aktiviti harian, jadual menu harian, rekod
perkembangan kanak-kanak mesti dipamerkan untuk memudahkan urusan seharian
di TASKA.

Memberitahu Ketua Pengarah dalam masa 14 hari, jika berlaku apa-apa perubahan
dalam sijil pendaftaran.

Tidak membuat pindaan ke atas TASKA tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua
Pengarah atau berkuasa tempatan.

Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun-1:5-3 hingga 4 tahun


= 1:10 kanak-kanak OKU =1:4

Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual
harian mengikut peringkat umur kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 14

KESIMPULAN
Penyediaan Garis Panduan mempermudahkan proses pendaftaran dan pelesenan
operasi pengusaha TASKA di samping menjamin keselamatan kanak-kanak di dalam
bidang pengasuhan dan pembelajaran yang berkualiti serta kondusif. Bagi jangka masa
panjang TADIKA dan TASKA hendaklah dilihat sebagai entiti sosial bukannya perniagaan
kerana ia menawarkan pendidikan awal sebagai persediaan ke dalam persekolahan yang
sebenar. Oleh itu, aspek perundangan dan peraturan berkaitan khususnya perihal tanah
hendaklah diperkasakan.

TUGASAN

Anda diminta membuat perbincangan dengan sektor yang bertanggungjawab


dengan Penubuhan taska atau tadika di Jabatan masing-masing, cuba
dapatkan contoh borang-borang penubuhan tadika kemudian buat
satu kertas kerja lengkap penubuhan tadika berasaskan kepada maklumat
dan borang-borang yang berkaitan.

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
http://issuu.com/anwar_townplan/docs/gpp_penubuhan_tadika_
dan_taska

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 15

Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A


Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 16

UNIT 2

CARTA ORGANISASI DAN BIDANG TANGGUNGJAWAB

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Merangka organisasi di TADIKA dan TASKA
2. Merancang skop tugasan dan bidang tugas setiap kakitangan
3. Mengetahui kelayakan minima setiap kakitangan mengikut jawatan

PENGENALAN
DALAM UNIT INI :
Unit ini menerangkan dengan terperinci organisasi sesebuah pusat pendidikan awal kanakkanak iaitu TADIKA dan TASKA. Bab ini juga menghuraikan bidang tugas setiap kakitangan
serta kelayakan yang harus dapada setiap kakitangan mengikut jawatan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 17

CARTA ORGANISASI TADIKA

CARTA ORGANISASI TASKA

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 18

Perhatikan dan buat satu penilaian tahap pengurusan organisasi di pusat pendidikan awal kanak-kanak yang anda
pilih.

Rajah 2.3 Kelayakan kakitangan Tadika

NO.

JAWATAN

PENGURUS

KELAYAKAN

Warganegara Malaysia

Tidak Muflis

Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan berat oleh manamana mahkamah

Lulus tapisan keselematan oleh Jabatan Polis

Lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak


(PERMATA)

Warganegara Malaysia

Kelayakan minimum : SPM

Mempunyai Sijil Latihan Perguruan

Lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

GURU

(PERMATA)

Mempunyai permit mengajar yang dikemas kini

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 19

PEMBANTU

Berpakaian sopan dan bersesuaian

Sihat jasmani dan mental

Tidak muflis

Tidakdisabitkan dengan kesalahan berat

Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis

Warganegara Malaysia

Sekurang-kurangnya mempunyai 6 tahun pendidikan formal

Berpengalaman dalam pengurusan dan penjagaan kanak-

GURU

4
KANAK-KANAK

kanak

Bersifat penyayang pada kanak-kanak

Sihat jasmani dan mental

Tidak disabitkan dengan kesalahan berat

Lulus tapisan keselamatan oleh Jabatan Polis

Berumur antara 4 hingga 6 tahun

Sekiranya ada kanak-kanak kurang upaya,kemudahankemudahan

bagi

pembelajaran kanak-kanak

itu

perlu

diselesaikan.

Bincangkan bentuk latihan tambahan yang boleh dirancang bagi meningkatkan tahap kecekapan
ahli dalam sesubuah organisasi tadika atau taska.

Setiap ahli dalam organisasi perlu komited dalam tugasnya. Kegagalan sebuah taska dan
tadika adalah disebabkan kepincangan organisasi iaitu kerjasama antara ahli tidak kukuh.
Kesemua ahli dalam organisasi perlu membuat perbincangan, menilai dan membuat refleksi
perjalanan taska atau tadika. Di bawah akan dibincangkan peranan dan tanggungjawab setiap
ahli di dalam organisasi tersebut

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 20

1. Pengurus
Sebagai seorang pengurus di sebuah pusat tadika atau taska, mereka perlu

mempunyai

pengetahuan yang mendalam lagi menyeluruh mengenai falsafah dan hala tuju dan objektif
sesebuah pusat yang ditadbirnya di samping mempunyai pengetahuan dalam ilmu kepimpinan
bagi memimpin kakitangan yang lain dalam menggerakkan sesebuah pusat mengikut halatuju
yang telah ditetapkan.
Model Deco (2008) mencadangkan kriteria seorang pengurus yang berkesan adalah mereka
yang mempunyai:

a)

Pengetahuan mendalam tentang selok belok pendidikan awal kanak-kanak

b)

Mahir dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab seperti;

mengetahui dengan mendalam mengenai tugas dan tanggungjawab dirinya

bertanggungjawab setiap kakiktangan dibawahnya

dapat membantunya memimpin pekerja dan pusat tersebut kearah satu halatuju
yang sama.

c)

Kemahiran membuat keputusan

Seorang

pengurus

juga

haruslah

cekap

dalam

membuat

keputusan,

pembahagian masa, dan membahagikan tugasan antara kakitangan.

Bersikap fleksibel dalam keadaaan tertentu.

Ini perlu bagi mengelakkan pertelingakahan yang boleh menimbulkan masalah

d)

Kemahiran merancang

Seseorangindividu yang pandai merancang secara system atikter hadap apa jua
yang harus dilakukan oleh dirinya dan pekerjanya.

Ini kerana melalui perancangan yang baik akan memastikan sesebuah pusat
bergerak dengan teratur.

e)

Kepercayaan tinggi pada staf

Seorang pengurus perlu menaruh kepercayaan kepada pekerja-pekerjanya


dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab masing-masing

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 21

Menjalankan pemantauan agar tugas yang dijalankan tidak lari dari objektif
sebenar.

f)

Kemahiran komunikasi

Bagi memudahkan segala tugas yang diarah dilaksanakan dengan jaya,


kakitangan menjalankan tugas dengan gembira

Kebolehan berkomunikasi ini akan banyak menimbulkan masalah antara


pengurus dan pekerjanya yang akan membabitkan pengurusan sesebuah pusat

g)

Memahami ibu bapa kanak-kanak

Seseorang pengurus baik memahami kehendak ibu bapa sebagai pelanggan


pelanggansentiasa di pihak yang benar

Berusaha menjamin keselamatan dan kegembiraan kanak-kanak dibawahj


agaanya.

h)

Peka isu semasa

Sentiasa peka dengan perubahan dari segi perundangan dan tren yang berlaku
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak agar program yang dilaksanakan
tidakakan ketinggalan.

i)

Ilmu kejurulatihan.

Pengurus perlu tahu kelemahan kakitangan dan bersedia untuk melatih dan
membimbing kakitangan agar sentiasa cemerlang bagi menjamin kualiti
sesebuah pusat.

j)

Rekod dan penyimpanan maklumat

Menyediakan

sistem

pengrekod

anda

baikdarisegiakademikmahupunpengurusan.

k)

Merancang bajet

Menyediakan bajet bagi pusat.

dalam

pelbagai

bahagian

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 22

.Apakah kesan yang akan menimpa ke atas pusat taska atau tadika sekiranya ia diketuai oleh orang
yang tidak komited dengan tugasnya.

2. Guru
(a)

Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran selamat

persekitaran yang bersih, selamat, merangsang pemikiran dan berseuaian


dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

bertanggungjawab

terhadap

perhiasan

kelas

dan

persekitaran

yang

menggalakkan pembelajaran.

menyatakan dengan adil pembahagian tugas menyelenggara bilik darjah bagi


setiap staf dibawahnya.

(b)

mengalakkan corak pemakanan yang sihat.

Menyokong perkembangan kognitif dan fizikal.


menggalakkan emergent literasi dan perkembangan bahasa bagi setiap kanakkanak.

melaksanakan kurikulum yang memperkenalkan matematik melalui pengalaman.

merancang dan melaksanakan aktiviti bagi membantu perkembangan fizikal.

menyediakan kurikulum bersepadu yang memenuhi keperluan individu.

menggunakan peralatan dan bahan dalam dan luar bilik darjah bagi membantu
perkembangan motor kasar dan motor halus.

(c) Menyokong perkembangan sosial, emosi positif


mengambil kira keperluan individu dantahap pembelajaran
kanak-kanak
ambil kira latarbelakang kanak-kanak.
Hormati kanak-kanak, rakan setugas dan ibubapa.
bantu kanak-kanakmenyedari yang dirinya adalah
sebahagian dari rakan-rakannya

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 23

merancang danlaksanakan kurikulum yang memperkenalkan budaya bangsa


yang berlainan.

menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembentukan sikap kendiri yang


baik.

(d)

Menjalinkan hubungan dengan ibu bapa

anggap ibu bapa sebagai rakan-kongsi dalm mendidik dan membangunkan


kanak-kanak.

kumpul maklumat mengenai kanak-kanak untuk dibincangkan dengan ibubapa.

Segala masalah yang diutarakan oleh ibu bapa patut ditangani oleh guru.

(e) Memastikan perjalanan program

rancangkan, laksanakan kurikulum mengikut polisi dan falsafah program.

adakan rancangan tahunan, bulanan dan harian yang menunjukkan minat dan
kebolehan kanak-kanak

penilaian melalui pemerhatian,ceklist, dan portfolio perlu diadakan berterusan

segala dokumentasi perlu dilengkapkan mengikut jangkaan masa yang


ditetapkan.

menyiapkan kertas kerja yang dikehendaki.

bertanggungjawab membimbing pembantu guru dan pekerja


dengan pengurusan bilik darjah.

membantu dalam menilai pembantu guru dan pekerja yang terlibat.

Menjalankan mesyuarat staf bilik darjah.

(f)

Profesionalisme

menghadiri mesyuarat staf

mengekalkan etika perguruan

konsisten dan fleksibel terhadap staf

kerahsiaan terhadap staff, keluarga dan kanak-kanak

menjalinkan hubungan dengan keluarga

yang terlibat

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 24

3. Pembantu guru

membantu dalam memastikan persekitaran selamat di mana kanak kanak dalam


keadaan bersih, selamat, serta persekitaran yang kondusif bagi P&P berlaku.

membantu guru menghias bilik darjah dan mengadakan persekitaran yang


meransang pembelajaran.

membantu mengemas dan membersihkan bilikdarjah

menggalakkan tatasusila maka nserta pemakanan yang seimbang

mengetuai jika guru tidak hadir

menghormati kanak kanak dan rakan sekerja

Menghormati budaya dan latar belakang social ekonomi kanak kanak

Contoh sokongan pembantu guru kepada perkembangan tadika atau taska.


a)

menyokong perkembangan fizikal dan kognitif.

membantu guru dalam perlaksanaan pengajaran danpembelajaran

berinteraksi dengankanak-kanak secara wajar mengikut tahap perkembangan


mereka.

kebolehan untuk mengawal bilik darjah secara pengalihan perhatian yang


positif, menyelesaikan masalah, adakan had-had yang bersesuaian dan menjad
pendengar yang baik.

b)

c)

Menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa dan murid

menyalurkan pendapat dan komen ibu bapa kepada guru dan guru besar.

Menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan kanak-kanak kepada guru.

sambut dengan mesra kedatangan kanak-kanak dan keluargany asetiap hari

pulangkan kanak-kanak kepada penjaganya dengan selamat dan ceria

bantu kumpulan pelajar yang datang mengajar.

Membantu perjalanan kelancaran program

ikuti jadual harian yang ditampalkan dalam bilik darjah.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 25

bantu melaksanakan perancangan harian, bulanan dan tahunan di bawah


bimbingan guru

d) Profesion

dapatkan latihan kecemasan, pengawalan peyakit, pencegahan penganiayaan


kanak-kanak, CPR dan pengetahuan asas tentang perkembangan kanak-kanak

hadiri mesyuarat staf dan mesyuarat dengan ibubapa

menjalankan etika perguruan.

berkomunikasi dengan baik dengan guru besar, guru dan staf lain.

bersikap professional dan setia kepada pusat.

kerahsiaan terhadap kanak-kanak, staf dan keluarga sepanjang masa.

4. Pembantu Am

Pembantu am dalam tadika atau taska melibatkan pekerja upahan. Mereka boleh diambil
berkerja secara kontrak mengikut upah bayaran harian. Tugas-tugas mereka agak umum
melibatkan pembersihan kawasan, menjaga pokok bunga dan mengemaskan perabot.
Walaupun mereka banyak melakukan kerja-kerja luar bilik darjah tetapi kefahaman mereka
terhadap penubuhan tadika dan taska adalah sama penting dengan ahli organisasi yang lain.
Banyak kes pusat tadika dan taska tidak berfungsi dengan baik di mana persekitarannya yang
tidak terurus dan kerusi dan meja murid tidak dapat digunakan.

5. Pengasuh
Taska memerlukan pengasuh yang komited. Perkataan pengasuh ini agak special mereka
adalah terdiri daripada staf yang sangat komited dengan penjagaan bayi. Tugas mereka lagi
penting di pusat taska. Antara tugas-tugas yang harus dilakukan adalah:

menjaga kanak-kanak dengan penuh kasih sayang

melaporkan kepada guru atau pengurus masalah-masalah yang terdapat


pusat taska

membantu guru menyediakan rekod-rekod profail bayi di bawah jagaan


mereka

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 26

membantu menyediakan makan, mandi dan mengemaskan tempat tidur


murid

menghadiri mesyuarat pengurusan murid dan pusat asuhan jika diminta.

Buat satu rujukan kepada mana-mana suatu teori pengurusan, kemudian bincangkan bagaimanakah teori yang
dipilih boleh diaplikasikan dalam mempertingkatkan tahap pengurusan sesebuah taska ataupun tadika.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Tugasan
Secara berkumpulan, bina organisasi pusat pendidikan awal kanak-kanak.
Nyatakan skop tugasan bagi setiap jawatan.

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 27

UNIT 3

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Menghuraikan model-model komunikasi
2. Menerangkan teknik penyelesaian konflik antara pengurus dan kakitangan
3.

PENGENALAN
Dalam sesebuah organisasi, tidak dinafikan kadang-kala terjadi konflik di antara kakitangan
dengan pengurus dan antara sesama kakitangan. Pengurus perlu memikirkan atau
menyediakan persekitaran yang meminimumkan konflik ini daripada berlaku. Teknik-teknik
penyelesaian konflik dan teknik komunikasi yang berkesan dapat membantu mengurangkan
konflik ini.

ISI KANDUNGAN
Pengertian Model

Model adalah pola (contoh, acuan, ragam) dari sesuatu yang akan dibuat atau dihasilkan.
Model komunikasi adalah pola yang digunakan untuk proses komunikasi. Gordon Wiseman dan
Larry Barker mengemukakan bahawa model komunikasi mempunyai tiga fungsi :
1. Melukiskan proses komunikasi
2. Menunjukkan hubungan visual
3. Membantu dan memperbaiki hubungan komunikasi

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 28

Model-Model Komunikasi

1. Model S-R (Stimulus - Respon)


Model ini merupakan model yang paling sederhana dari model-model komunikasi
lainnya. Hakikatnya terdapat pada proses aksi/rangsangan reaksi/respon. Maksudnya apabila
seseorang memberikan rangsangan maka orang yang merupakan sasaran komunikasi akan
memberikan reaksi/respon tertentu, baik berbentuk verbal (kata-kata), isyarat pebuatan atau
simbolisasi gambar.

Manusia pada model ini adalah makhluk yang statik, yang melakukan segala sesuatu akibat
adanya rangsangan dari luar (stimulus) bukan berdasarkan inisiatif dan kehendak individu.

Rajah I :Model Stimulus (Rangsangan) dan Response (Gerakbalas)

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 29

2. Model Interaksional
Berbeza dengan S-R yang lebih bersifat linear, model yang dikemukakan oleh George Herbert
lebih menggangap manusia merupakan makhluk yang lebih aktif
reflektif, kreatif, menafsirkan, menampilkan perilaku yang lebih
rumit dan sulit diramalkan bukanhanya sekadar makhluk pasif
yang melakukan sesuatu berdasarkan stimulus dari luar
tubuhnya. Ada tiga premis yang menjadi dasar model ini:
a) Manusia bertindak berdasarkan makna yang diberikan individu
terhadap linkungan.
b) Makna itu berhubungan dengan interaksi sosial yang dilakukan individu terhadap linkungan
sosialnya.
c) Makna yang diciptakan oleh suatu proses yang dilakukan individu dalam berhubungan
dengan linkungan sosialnya.
d) Jadi interaksi dapat mengakibatkan terbentuknya struktur masyarakat kerana interaksi
dianggap sebagai faktor penting dalam penentuan perilaku manusia.

3. Model Aristotle
Aristotle menggambarkan konsep model komunikasi dengan model.
Rajah II:
Speaker
(Pembicara)

Message
(Pesanan)

Teori ini memaparkan bahawa komunikasi terjadi


apabila inidividu mula menyampaikan mesejnya pada
khalayak pendengar. Aristotle menyatakan bahawa 3
unsur penting dalam komunikasi iaitu pembicara
(speaker), pesan atau isi pembicaraan (message) dan
pendengar (listener).

Listener
(Pendengar)

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 30

a) Model ini fokus pada kemampuan pembicara ketika berkomunikasi mulai daripada cara
penyampaian, olahan isi pesanan, dan struktur penyampaian kata. Apabila ketiga perkara
tersebut dipenuhi, maka kemampuan individu dalam berkomunikasi dapat diukur.
b) Kelemahan model adalah terdapat andaian mengatakan bahawa komunikasi adalah satu
kegiatan berstruktur yang selalu disengajakan. Pembicaraan menyampaikan dan pendengar
hanya mendengarkan tanpa membahaskan mengenai gangguan yang mungkin terjadi
dalam proses penyampaian serta kesan yang akan terjadi dan sebagainya.
c) Selain itu, model ini tidak membahaskan mengenai aspek non-verbal yang mungkin terjadi
dalam proses komunikasi.

4. Rajah III: Model KomunikasiLasswell

a) Teori Komunikasi Lasswell yang dianggap paling awal (1948)


b) Lasswell menyatakan bahawa cara yang terbaik untuk menerangkan proses komunikasi
adalah dengan menjawab pertanyaan atau persoalan.
c) Seperti rajah diatas Lasswell membahagikan unsur-unsur komunikasi iaitu pembicara,
mesej, media, komunikasi/penerima, dan kesan.

5. Model komunikasi Shannon dan Weaver


Shannon dan Weaver menggambarkan model komunikasi dengan model

Source

Transmitter

Receiver

Destination

a) Pada model ini Shannon dan Weaver menjelaskan bahawa dalam berkomunikasi terjadi
pengubahan pesanan/mesej oleh transmitter (pembicara) yang berasal dari sumber
informasi menjadi isyarat yang sesuai dengan saluran yang digunakan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 31

b) Saluran adalah medium pengirim mesej dari transmitter ke penerima apabila diterjemahkan
dalam percakapan maka sumber informasi adalah diibaratkan sebagai otak (transmitter)
yang menyampaikan isyarat berupa suara yang akan disalurkan oleh udara (channel)
menuju deria (receiver).

Berdasarkan model-model di atas bincang dalam kumpulan tentang kefahaman model dan
hubungan mode yang dinyatakan

dengan kepentingan kemahiran komunikasi yang diperlukan mengikut

penerangan model.

Menggunakan teknik penyelesaian konflik bagi meningkatkan kemahiran komunikasi

Dalam teknik penyelesaian konflik, kemahiran komunikasi perlu dipraktikkan kepada semua
kakitangan untuk memudahkan mencapai matlamat bagi setiap unit. Teknik penyelesaian
konflik adalah unutuk meminimumkan konflik dalam sesebuah unit dan sangat disarankan bagi
pengurus dan kakitangan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 32

Pendengar Aktif (Active Listening)

Lazimnya, ilmuan pendidikan awal kanak-kanak dan ibu bapa mengetahui tentang
konsep pendengar aktif yang telah didefinisikan oleh Thomas Gordon. Gordon menyesuaikan
kaedah ini khusus bagi penggunaan pengurus dan guru. Gordon menyifatkan Active Listening
bukanlah sesuatu yang rumit. Pendengar hanya perlu menyatakan semula, apa yang didengar,
dan menyatakan perasaan serta pemikirannya menggunakan bahasanya tersendiri.

Contohnya;

Penyampai :
Pendengar :

Saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah


memeningkan ini?
Adakah awak betul-betul buntu dalam menyelesaikan masalah
ini

Active Listening memfokuskan kepada gambaran perasaan dan bukan terhadap isi dan
perkara yang menjadi ketidakpuasan hatinya.

I-Message

Gordon juga turut memperkenalkan konsep I-Message yang sangat berguna untuk
pengurus dan kakitangan. I-Message jauh lebih baik dari You-Message. Ia adalah kaedah yang
digunakan untuk memaklumkan kepada kakitangan tentang tingkah-laku yang tidak
menyenangkan.

Contoh;
I-MESSAGE

U-MESSAGE

Saya telah banyak menghabiskan masa Awak seharusnya meninggalkan apron di


untuk mencari apron

tempat yang mudah untuk saya cari

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 33

Kostelnik & rakannya (1993) menyenaraikan 7 langkah penyelesaian konflik;

Namakan jenis masalah dan tahap hala tuju


penyelesaiannya

7
LANGKAH
PENYELESAIAN
KONFLIK

Memastikan setiap pendapat didengari dan


difahami.

Senaraikan kesemua masalah, cari poin daripada


setiap pandangan orang lain

Brainstorming
Senaraikan kemungkinan lain dan alternatif
menyelesaikan masalah

Bersetuju dengan penyelesaian yang dipersetujui


ramai.
Merancang cara untuk menyelesaikan.
Menerima dan melaksanakan tugas masing-masing

Membuat follow-up dan meninjau hasil kerja guru


selepas beberapa hari bagi melihat perkembangan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 34

Pilih satu contoh konflik komunikasi antara guru dengan murid atau antara murid dengan ibu bapa
atau antara guru dengan ibu bapa kemudian sesuaikan penyelesaian mengikut 7 langkah penyelesaian konflik
mengikut model di atas.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 35

TUGASAN

Ceritakan kes-kes konflik yang biasa berlaku dalam sesebuah


organisasi dan cara penyelesaian konflik tersebut

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 36

UNIT 4

PERATURAN DAN ETIKA KAKITANGAN

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan
2. Menyatakan definisi etika dan pengurusan
3. Menghuraikan teori-teori pengurusan
4. mengaplikasi peraturan dan etika dalam pengurus taska atau tadika.

PENGENALAN
Para pelajar akan didedahkan dengan pengertian etika dan pengurusan. Unit ini juga akan
menyentuh tentang jenis-jenis gaya kepimpinan pengurus, ciri-ciri pengurus dan beberapa teori
pengurusan. Etika kakitangan dalam sesebuah pengurusan adalah amat penting dan perlu
dititik beratkan. Ia melambangkan profesionalis sesuatu profession. Gaya kepimpinan pula amat
dipengaruhi oleh ciri-ciri yang ada pada seseorang pengurus atau pemimpin organisasi. Gaya
kepimpinan yang baik dan tidak mengamalkan kepentingan peribadi akan membawa organisasi
kearah matlamat yang ingin dicapai.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 37

ISI KANDUNGAN

Konsep kepimpinan dan pengurusan

Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju kepada suatu
yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik
menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang. Pemimpin memerlukan
kemahiran khusus dan mengurus. Kadang kala antara kepimpinan dan pengurusan adalah dua
konsep yang bertindan tindih. Ciri ciri pengurus:
Kuasa dan pengaruh
Perwatakan, media, persekitaran dan iklim
Sentiasa aktif dan berubah mrngikut kekuatan
Mengikut prinsip dan kadar
Kemampuan mental
Sihat dan berkemampuan
Kemahiran berkomunikasi yang baik
Kematangan
Kekuatan motivasi
Berkemahiran sosial yang baik
Berkemahiran pengurusan
Akhlak yang baik
Berkemanusiaan

Cuba jelaskan dengan memberi contoh setiap ciri pengurusan di atas.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 38

Gaya kepimpinan:
Dari segi teorinya terdapat tiga gaya kepimpinan yang utama iaitu:
Gaya kepimpinan banyak bergatung kepada kepercayaan dan andaian seorang
pemimpin terhadap orang orang yang ada di sekelilingnya.
Terdapat tiga jenis kepimpinan:I.

Demokratik
Definisi: Mementingkan keputusan bersama, mengambil kira
semua pandangan majoriti, kritikan yang objektif dan paling
berkesan

Dasar yang keputusan mengenai sesuatu aktiviti adalah hasil


daripada perbincangan

Ketua membantu ahli membentuk matlamat dan alternatif sendiri

Ketua sebagai pemudah cara

Ketua bersikap objektif dan adil dalam member teguran, pujian


dan kritikan

Matlamat ketua ialah ahli dapat member sumbangan yang


optimum

Ketua member kebebasan kepada ahli

Ketua mementingkan peningkatan prestasi, pencapaian dan


kesungguhan

II.

Autokratik
Definisi: kurang kepercayaan, bersifat kuku besi tanpa soal,
bersifat menunggu arahan, bergantung pada pengajaran.

Pemimpin yang

menentukan

semua matlamat

dan dasar

mengenai aktiviti termasuk peraturan prosedur dan teknik.

Melantik jawatankuasa dan menentukan tugas, masa dan tempat


bagi sesuatu aktiviti

Orang bawahan tidak diberi peluang untuk memberi cadangan

Hubungan sehala

Memberi pujian dan kritikan secarap peribadi

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 39

III.

Laissez Faire
Definisi: Tidak ada keyakinan diri, tidak menetapkan matlamat
kumpulan, interaksi kurang dan pengurusan lemah
Ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli untuk
membuat keputusan
Ketua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan,
idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli.
Ketua tidak menentukan tugas dan tanggung jawab ahli.
Ketua tidak menekankan prestasi, pencapaian.
Ketua member tanggungjawab sepenuhnya kepada ahli dan
kadang kala ahli mengambil tugas ketua.

Cuba perhatikan antara tiga gaya kepimpinan yang mana lebih cenderung cirinya dalam diri
anda?

Etika pengurusan
Etika pengurusan biasanya dilihat dari aspek disiplin, budaya organisasi,
pematuhan terhadap peraturan, kaedahkepimpinan yang digunapakai, hubungan
majukan dengan kakitangan, kebajikan dan keselamatan pekerja, matlamat dan
wawasan organisasi.

Apakah yang dimaksudkan dengan etika?

Nilai, norma, tingkahlaku dan kepercayaan yang menjadi tunggak amalan


pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi.

Perkeliling Perkhimatan Awam, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan,


Tonggak 12 dan Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Perkhimatan Awam,
menjadi garis panduan kepada pembentukan etikapengurusan. Contoh,
kaedah pengambilan kakitangan baru yang berlandaskan keupayaan dan
kelayakan sesorang individu dan bukunya berdasarkan kepentingan peribadi.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 40

Apakah yang dimaksudkan pengurusan?

Pengurusan adalah pengendalian program tindakan berdasarkan struktur


perancangan.

Proses menentukan tujuan atau pun matlamat organisasi.

Proses menggerakkan input organisasi seperti kakitangan dan sumber,


material dengan menggunakan pelbagai strategi melalui proses merancang,
mengorganisasi, mengaruh dan mengawal supaya matlamat yang ditetapkan
tercapai.

Pengurusan memperincikan usaha mencapai matlamat yang dikehendaki


secara efisien dan tersusan mengikut perancangan yang dibuat.

Apakah kepentingan bagi aspek pengurusan


Kepentingan pengurusan adalah bagi melaksanakan perancangan secara efektif
dan tersusun dengan cara menggerakkan struktur organisasi dan sumber kearah
mencapai matlamat.
Pengurus perlu mengenalpasti, menyelenggara, merangsang, mengawal dan
menyatukan setiap sumber adalah dengan tujuan memenuhi objektif yang
ditetapkan.
Menjelaskan arah tuju institusi, menentukan keputusan yang perlu dibuat,
mengenalpasti serta meramal peluang masa depan dan mengukur prestasi
organisasi.
Matlamat akhir pengurusan adalah peningkatan kualiti tadika sebaga institusi
yang dapat membantu perkembangan kanak kanak yang berkesan.
Pengurusan tadika yang cekap dan tersusun perlu menganbil kira persekitaran
semulajadi, persekitaran sosio budaya kanak kanak dan persekitaran buatan
manusia.
Keseimbangan dan penyesuaian antara ketiga tiga persekitaran diperlukan
supaya tadika mampu berfungsi secara efisien.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 41

Kriteria memilih guru tadika berdasarkan kemampuan guru (persekitaran


semulajadi)

bertindak

secara

praktikal

dalam

mengubahsuaian

aktiviti

pembelanjaan bersesuaian dengan keadaan semasa dan kemudahan


yang

ada

(persekitaran

mendokongbudaya

yang

buatan
ingin

manusia)
diterapkan

dan

personaliti

kedalam

jiwa

guru

yang

kanak-kanak

(persekitaran sosiobudaya)
Teori pengurusan diperlukan bagi mencapai matlamat yang dirangka dengan
menggunakan masa, tenaga dan kos pada tahap yang minimum bagi
mendapatkan pulangan yang maksimum.
Teori yang boleh diguna pakai dalam pengurusan pra sekolah adalah Teori
Pengurusan Matlamat (MBO) yang diperkenalkan oleh Edwin A Locke dan Gary
P.Latham dalam tahun 1960-an.

Tugasan
Secara berkumpulan, bina dan rangka polisi bagi kakitangan pusat
pendidikan awal kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 42

Teori Pengurusan

Satu set idea-idea, konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang tersusun yang menerangkan
tentang proses mengurus satu perusahaan.

4 jenisTeori Organisasi;

a) The Classic View


Organisasi adalah seperti mesin yang dicipta untuk melaksanakan tujuan-tujuan tertentu.

b) The Modern Perspective


Organisasi sebagai satu organisma, satu sistem yang hidup perlu untuk mengubahsuai
persekitaran. Pengurus adalah salah satu komponen dalam saling bergantungan antara
satu sama lain.

c) Symbolic- Interpretive
Sebagai satu konsep pemikiran manusia dan bukan objektif kewujudan, ianya disifatkan
sebagai real melalui permuafakatan bersama masyarakat. Pengurus adalah satu konstrak
sosial atau mungkin simbol kepada organisasi.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 43

d) The postmodern perspective


Teori ini menggabungkan beberapa pandangan fokus bagaimana ilmu dicipta bukan
kandungan ilmu itu selalunya melibatkan proses yang kritikal.

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 44

UNIT 5

PERANCANGAN KEWANGAN

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Merancang kos perbelanjaan iaitu : bajet permulaan dan bajet operasi
2. Merancang perbelanjaan bulanan
3. Merancang perbelanjaan tahunan

PENGENALAN
Antara aspek yang paling penting dalam menjalankan perniagaan adalah perancangan
kewangan. Perancangan yang baik akan menjamin kelancaran operasi perniagaan dan
mengurangkan risiko kerugian. Seorang pengurus yang baik, haruslah pandai dan cekap
menguruskan kewangan, menjana kewangan dan membuat pemantauan perbelanjaan di pusat
Pendidikan Awal Kanak-kanak. Namun, keuntungan bukanlah agenda utama hingga
mengabaikan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 45

ISI KANDUNGAN

Perancangan Kewangan

Salah satu tugas penting untuk seorang pengurus ialah menyediakan bajet. Bajet ialah
perancangan kewangan sepanjang tahun. Tujuan bajet ini dirancang adalah untuk
mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan. Dalam kes-kes biasa ia juga adalah petunjuk
keuntungan. Oleh sebab itu, untuk mencapai matlamat ini pengurus perlulah menyediakan bajet
untuk:
1. Menganggarkan kos yang terlibat untuk penubuhan tadika
2. Menentukan berapa banyak pendapatan yang sedia ada
3. Mencari pendapatan untuk mengimbangkan perbelanjaan, atau pun meminda perbelanjaan
untuk mengimbangi pendapatan atau kedua-duanya sekali

Penyediaan Bajet

Jenis-jenis bajet, bajet boleh dikatogerikan kepada beberapa jenis :


1. Bajet permulaan (start-up budget)
2. Bajet operasi (operating budget)
Bajet Permulaan

Permulaan bajet termasuklah :


1. Semua perbelanjaan termasuklah pembayaran pendahuluan ataupun duit muka bangunan,
kos untuk pegubahsuaian atau deposit sewaan
2. Pembayaran peralatan-peralatan asas
3. Kos untuk pengiklanan pusat
4. Gaji pengurus untuk beberapa bulan mengikut bilangan kemasukkan pelajar
5. Deposit perkhimatan telepon
6. Gaji untuk kakitangan yang membantu pengurus harus disediakan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 46

Bajet Operasi

1. Bajet operasi terdiri daripada pendapatan dan perbelanjaan untuk setahun dan digunakan
untuk kemasukkan pelajar ke pusat dan permulaan program semasa dan tahunan
2. Pusat akan beroperasi bermula Januari Disember,

semua bajet haruslah mengikut

perancangan tahunan yang telah dirancang


3. Sebelum pengambilan pekerja dan membuat sebarang pembayaran bajet
4. Hendaklah disahkan oleh jawatan kuasa tertinggi
5. Pengesahan daripada jawatan kuasa tertinggi sangat penting kerana ia sebahagian
daripada perancangan tahunan

Merancang perbelanjaan bulanan pemantauan terhadap perbelanjaan juga boleh dilakukan


secara bulanan. Perbelanjaan bulanan termasuklah bahan basah, bahan kering, perbelanjaan
alat pembelajaran, gaji, dan bil. Semua perbelanjaan haruslah direkodkan dan disokong dengan
bil dan resit. Semua resit pembelian yang tidak bernombor perlu difailkan dalam bentuk folio.
Semua resit bil dan perbelanjaan pesanan belian perlu difailkan mengikut turutan tarikh dan
belian. Ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengauditan. Penutupan akaun bulanan perlu
di buat pada hari terakhir setiap bulan

Merancang Perbelanjaan Tahunan

Perbelanjaan tahunan mestilah:


1. Gaji, caruman pekerja, insuran kemalangan, bahan P&P, makanan, barang untuk pejabat.
Pada setiap tahun pengurus perlu menyediakan peyata kira-kira tahunan tadika

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 47

Kawalan Pengurusan Kewangan

Bagi memudahkan pemantauan pengurusan agar menepati kehendak kewangan satu bentuk
garis panduan perlu diutarakan kepada kakitangan. Antaranya ialah:
1. Membeli barang setelah perbandingan harga dibuat atau membeli barang secara borong.
2. Guna banyak bahan bantu mengajar yang boleh dicipta sendiri
3. Guna bahan mengajar yang boleh dikitar semula
4. Jimatkan pembelian barang basah dengan membuat sendiri mana-mana yang perlu seperti
bebola ikan, nugget ayam dan lain-lain
5. Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air
6. Pantau setiap pembelian dengan meminta kebenaran pengurus sebelum apa-apa
pembelian dibuat.

TUGASAN

Sebagai seorang pengurus TADIKA /TASKA rancang bajet


permulaan yang diperlukan bagi membuka pusat pendidikan awal
kanak-kanak.

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 48

UNIT 6

PENGURUSAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Merancang panduan penyediaan pemakanan.
2. Mengenal pasti cara menguruskan kesihatan kanak-kanak.
3. Merangka panduan keselamatan.

PENGENALAN

Bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak di bawah jagaan sesebuah tadika soal pemakanan,
kesihatan dan keselamatan amat perlu dijaga.

Hal ini kerana tanpa kawalan yang ketat

terhadap ketiga-tiga aspek ini pihak tadika akan berhadapan dengan pelbagai risiko. Oleh itu
aspek pemakanan, kesihatan dan keselamatan amat penting diberi perhatian oleh pendididikan
awal kanak-kanak. Proses pertumbuhan dan perkembangan yang sedang menuju kematangan
memerlukan proses pemupukan pemakanan, kesiheatan dan keselamatan yang betul sama
ada dari segi pengurusan, kebersihan diri serta pencegahan dan perawatan penyakit yang
berjangkit. Pengurusan kesihatan, pemilihan makanan yang seimbang dan pengawasan
keselamatan seperti pertolongan cemas dan mengatur langkah-langkah mengelakkan
kemalangan memerlukan kemahiran.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 49

ISI KANDUNGAN

Pemakanan
Makanan merupakan stu kompenen yang penting diambil berat dalam pengurusan program di
tadika dan di taska. Banyak aspek pemakanan yang harus difikirkan oleh pengusaha antaranya
ialah pemilihan makanan, jenis makanan, menyediakan makanan, menguruskan tempat makan
dan mengemaskan kawasan tempat makan selepas makan. Setiap aspek yang dinyatakan ini
memerlukan kemahiran yang tinggi. Pengurus dan pembantu rumah harus berbincang dalam
penyediaan dan pemilihan makanan. Pada asasnya terdapat lima kumpulan utama makanan
yang disusun mengikut aras tertentu dalam piramid makanan.

Bijirin
Bijirin atau hasil bijirin dan makanan berubi terletak pada aras paling bawah dalam piramid
makanan. Makanan kumpulan ini kaya dengan sumber kabohidrat yang merupakan sumber
tenaga yang penting. Selain itu, kumpulan makanan ini membekalkan vitamin, mineral, serat
dan sedikit protein. Contoh makanan kumpulan ini adalah nasi, mee, roti, pasti, bijirin, bubur,
capati, tosai, biskut dan pelbagai jenis ubi. Kumpulan makanan ini perlu di makan lebih banyak,
iaitu 8-12 sajian sehari.
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak pada aras kedua piramid.

Kumpulan ini

membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat mencegah dan memulihkan pelbagai
penyakit. Sebagai amalan pemaklanan yang sihat, sayur dan buah perlu dimakan sekurangkurangnya 5 sajian setiap hari dan digalakkan makan pelbagai jenis sayur dan buah.
Daging
Daging termasuklah ayam dan kekacang terletak pada aras ketiga di piramid. Kekacang seperti
kacang soya dan hasilnya, kacang merah dan kacang dal dapat mengantikan daging dan
mengandungi rendah lemak. Kumpulan makanan ini adalah sumber protein, vitamin dan
pelbagai zat seperti besi, zink, kalsium dan magnesium. Protein penting bagi pembesaran dan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 50

vitamin serta zat baik bagi mencvegah pelbagai penyakit. Kumpulan makanan ini perlu dimakan
sederhana.
Susu atau hasil tenusu
Susu atau hasil tenusu seperti keju dan dadih terletak sama paras dengan daging. Kumpulan
makanan ini adalah sumber kalsium yang penting dan perlu dimakan 1-2 sajian sehari.
Lemak dan gula
Lemak dan gula serta makanan yang banyak mengandungi bahan ini terletak pada paras paling
atas dalam piramid. Makanan kumpulan ini perlu dimakan sedikit sahaja dan berhati-hati.
Amalan makanan yang sihat
Amalan makanan yang sihat ialah memilih dan makan pelbagai jenis makanan berasaskan
piramid makanan.

Tidak ada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat

makanan yang diperlukan. Dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan
makanan, semua zat yang diperlukan badan diperolehi.

Pengambilan makanan perlu

seimbang, iaitu makanan pada aras bawah pramid perlu dimakan banyak dan makanan pada
aras atas piramid perlu dimakan sedikit setiap hari.
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dimakan setiap hari kerana makanan ini kurang
mengandungi lemak dan dapat membekalkan vitamin, zat-zat dan serat yang sangat penting
untuk

kesihatan

dan

mencegah

penyakit

kanser

ataupun

penyakit

kronik.

Pilih makanan rendah lemak dan kurang manis


Terlalu banyak lemak dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, kegemukan dan masalah
kesihatan yang lain. Walau bagaimanapun, lemak adalah sumber tenaga yang baik dan perlu
bagi pencernaan vitamin larut lemak. Selain itu, lemak memberi rasa dan kualiti tekstur yang
menjadikan makanan berperisa.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 51

Minum banyak air kosong


Air sangat penting kepada tubuh badan manusia kerana ia dapat mengekalkan suhu dan
mengeluarkan bahan sisa badan. Setiap hari, tubuh badan manusia memerlukan lebih
kurang dua setengah liter air. Satu liter air diperoleh daripada makanan, manakala satu
setengah liter lagi diperoleh daripada meminum air kosong.

Makanan kanak-kanak perlu dirancang dengan berpandukan piramid makanan. Ibu bapa
dan pengasuh kanak-kanak perlu menyediakan makanan seimbang untuk kanak-kanak
dengan mengambil kira nutrient dan fungsinya. Makanan yang berkhasiat untuk kanakkanak perlu disediakan bermula dari minum pagi, snek pagi, makan tengah hari, minum
patang, makan malam dan minum sebelum tidur.

Jelas kita dapat melihat tentang kepelbagaian punca keracunan makanan. Keracunan
berpunca daripada kuman terutamanya bakteria adalah yang paling banyak berlaku.
Walaupun keracunan yang melibatkan kuman adalah yang paling banyak dilaporkan,
terdapat juga keracunannya yang disebabkan oleh bahan kimia. Antaranya ialah keracunan
yang berlaku apabila memakan makanan yang mengandungi racun tuba, sayur-sayuran
yang mengandungi racun perosak, cendawan beracun serta makanan laut beracun.

Apa yang kanak-kanak makan amat mempengaruhi persekitaran molekul dan fungsi
neurokimia otak mereka, mengawal cara mereka memproses maklumat dan mempengaruhi
cara mereka, berfikir, belajar dan bertindak.

Manusia memerlukan makanan untuk hidup. Walau begitu, makanan juga boleh menjadi
racun kepada manusia dengan mendatangkan pelbagai masalah dan bahaya kepada
manusia. Terdapat lima jenis bahaya yang boleh berpunca daripada makanan, iaitu bahaya
disebabkan oleh kuman, kurang makan dan terlebih makan, persekitaran yang tercemar,
racun atau toksin semula jadi dalam makanan dan akitif makanan.

Keracunan jangka pendek boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu melalui gastroenteritis,
neurologi dan jangkitan. Keracunan melalui gastroenteritis ialah penyakit radang lapisan
perut dan usus. Gejala utama bagi gastroenteritis ialah sakit bahagian perut, loya, muntah
dan cirit-birit. Keracunan melalui neurologi ialah keracunan yang melibatkan sistem saraf
dengan gejala utamanya seperti gangguan penglihatan, kebas-kebas dan lumpuh. Bagi

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 52

jangkitan, mikroorganisma hidup akan menyerang tisu di bahagian tertentu badan. Tandatanda jangkitan biasanya ialah deman, seram sejuk, dedar dan sengal-sengal.

Bagi program pendidikan awal kanak-kanak adalah penting pihak pengurusan menyediakan
makanan yang berkhasiat dan menanam budaya dan corak pemakanan yang sihat sejak
kanak-kanak kecil lagi. Antaranya ialah dengan;

1. Program perlu menyediakan makanan yang pelbagai, suasana waktu makan yang ceria dan
pemakanan yang seimbang.
2. Amat penting bagi guru untuk duduk bersama kanak-kanak menikmati hidangan bersamasama dan berbual-bual tentang makanan atau aktiviti yang dijalankan pada hari
tersebut.Tunjukkan juga cara penggunaan sudu dan garpu yang betul.
3. Minta kanak-kanak minum dan makan sambil duduk bagi mengelakkan kejadian tercekik
dan juga jaga saiz makanan agar kanak-kanak tidak mudah tercekik.
4. Bagi kanak-kanak yang berada di pusat selama 8 jam, akan disediakan 2 waktu minum dan
satu waktu makam ataupun 2 waktu makan dan satu minum.
5. Sediakan makanan mengikut panduan pemilihan piramid makanan yang mengandungi roti,
beras dan mee, sayuran dan buahan, susu, yogurt dan cheese, daging ayam dan telur serta
lemak.
6. Ambil perhatian kepada kanak-kanak yang mengalami masalah alahan. Sediakan makanan
yang berlainan untuk keperluan mereka. Jika kanak-kanak memerlukan makanan yang khas
minta ibubapa membawa makanan dari rumah tetapi pastikan makanan tersebut disimpan
dengan baik sementara menunggu waktu makan.
7. Cetakkan menu bagi sebulan untuk pengetahuan ibubapa dan bagi memudahkan ibubapa
menyediakan makanan yang lain jika tidak bersesuaian dengan apa yang disediakan.
8. Pastikan cara penyediaan makanan dan penyimpanan makanan adalah bersih dam betul.
9. Perancangan menu akan mengurangkan kos kerana pembelian akan dibuat ssecara pukal
dan mengurangkan pembaziran bahan.

Senarai pembelian makanan boleh dibuat

berdasarkan pembelian harian, mingguan dan bulanan.


10. Di antara perkara yang perlu difikirkan sebelum pembelian dibuat ialah dari segi kualiti,
harga, tempat penyimpanan, dan juga citarasa kanak-kanak yang berada di puast tersebut.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 53

11. Semasa proses penyediaan makanan, tukang masak harus mengikut menu yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan yang telah menyediakan senarai menu bulanan yang
bersesuaian dengan pemakanan kanak-kanak dan juga selera kanak-kanak.
12. Isu kebersihan semasa penyediaan makanan dibuat seperti tempat memotong ayam dan
sayur yang berasingan, membasuh bahan-bahan mentah sebelum dipotong, suhu
memasak yang betul perlu benar-benar dipatuhi bagi mengelakkan keracunan makanan
dan lain-lain penyakit. Oleh itu pengurus haruslah memantau bagi memastikan langkahlangkah kebersihan yang sepatutnya diambil.

Buat perbicangan dengan ahli kumpulan, sediakan satu senarai semak yang
lengkap bagi pengurusan makanan yang tersusun dan teratur bagi sebuah tadika.

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Konsep Permakanan yang sihat


Pemakanan yang sihat (kaya dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) harus
dipraktikan untuk seluruh keluarga, tidak hanya untuk individu tertentu. Rancangkan masa
semasa menyediakan makanan.

Kanak-kanak merasa seronok jika mereka dapat

membantu menyediakan makanan dan dapat mermpelajari masakan sihat dan cara
menyediakan makanan. Makan bersama keluarga di meja dan pada masa yang ditetapkan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 54

Elakkan makan dengan tergesa-gesa. Keadaan ini tidak memberi peluang bagi pencernaan
makanan dan tidak dapat menikmati perasaan kenyang jika kita makan terlalu cepat.

Amalan pemilihan makanan

Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak atau gula.

Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat, seperti buahbuahan, sayur-sayuran dan dadih.

Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar.

Jika kanak-kanak

menunjukkkan tanda-tanda tidak lalu makan, perlu berjumpa dengan pakar runding
kesihatan.
Hadkan pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih daripada sekali seminggu.
Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah atau mengurangkan
makanan sebagai suatu denda.
Vitamin D, biasanya dibentuk oleh matahari, diperlukan bagi tulang yang kuat. Vitamin
ini boleh ditemui da dalam minyak limpa ikan, kuning telur, udang dan ikan berlemak
(contohnya: tuna).
Vitamin B12 (terkandung di dalam daging lembu, daging kambing, kuning telur, ikan,
ayam itik, taukua dan produk kacang soya yang diperam seperti tempeh dan taucheo)
penting bagi saraf dan sel darah yang sihat.

Diet sihat semasa bayi


Apabila bayi mula memakan makanan pejal, ibu bapa berpeluang memperkenalkan tabiat
makan yang akan memastikan bayi mereka dalam kesihatan yang baik pada masa
hadapan.

Kegemaran terhadap makanan masin dan berlemak bermula pada peringkat

terlalu awal, jadi ibu bapa yang memperkenalkan makanan menyihatkan menjadikan anak
mereka kekal menyukainya.
Makanan pejal pertama biasanya adalah bijirin, yang boleh campurkan dengan susu ibu
yang diperah. Bijirin juga boleh bermula dengan nasi, oat, jugung atau barli. Jika bayi tidak
gemar bijirin, mulakan dengan buah. Setelah bayi biasa memakan bijirin atau buah, sayuran
dimasak yang telah ditapis boleh dicampurkan ke dalam diet itu, biasanya kacang buncis,
kacang pis, labu, lobak merah, bit dan keledek. Sayuran lain seperti brokoli, bunga kubis,
kubis, lobak putih, kubis daun dan bawang mempunyai rasa yang kuat dan sesetengah bayi
tidak sukanya.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 55

Apabila bayi sudah biasa memakan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, bolehlah
perkenalkan makanan lain.

Cuba berikan kekacang yang dimasak dengan sempurna

seperti lentil, kacang kuda dan kacang merah. Taufu juga merupakan pilihan yang baik,
dalam bentuk kiub kecil atau dicampur dengan puri buah-buahan atau sayur-sayuran.

Makanan untuk bayi boleh dimasak, kemudian dikisar bagi melembutkannya supaya lebih
mudah ditelan.

Amalan diet berasaskan tumbuhan


Sayur-sayuran, bijirin, buah-buahan dan kekacang perlu diutamakan.

Ibu bapa boleh

membantu menyediakan makanan yang sihat untuk kanak-kanak melalui pengambilan:

Sayuran berdaun hijau, sekurang-kurangnya 2-3 hidangan setiap hari. Ia kaya


dengan kalsium, zat besi dan vitamin yang diperlukan oleh kanak- kanak.

Sayuran lain, sayuran oraganik segar di pasar tani atau menanamnya sendiri.
Kanak-kanak berpeluang memilih lebih daripada sejenis sayur semasa makan.
Elakkan daripada memaksa kanak-kanak memakan sayuran yang mereka tidak
suka.

Kekacang dan produk kekacang (contohnya: taufu atau tempe), yang


seharusnya menjadi sebahagian daripada diet tetap. Ia kaya dengan
protein, kalsium dan banyak nutrien lagi.

Buah-buahan,

biji-bijian

dan

kacang,

yang

boleh

menjadi

makanan

tambahan yang lazat kepada diet. Ia lebih mudah dihadamkan apabila


dimasak.

Bijirin

tulen

(contohnya:

mengenyangkan

dan

beras

perang,

berkhasiat.

barli,

Karbohidrat

roti

bijirin

tulen)

kompleksnya

yang
adalah

sumber tenaga utama bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ia juga


mengandungi protin, serat dan vitamin penting.

Punca Keracunan makanan


Penggunaan istilah keracunan makanan yang biasa digunakan untuk menunjukkan masalah
dan penyakit akibat daripada makanan tidaklah begitu tepat. Ini kerana makanan boleh
mendatangkan dua jenis masalah, iaitu keracunan dan jangkitan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 56

Keracunan makanan boleh berpunca daripada racun atau toksin yang terdapat dalam
makanan sama ada dihasilkan oleh mikroorganisma atau secara semula jadi dalam
tumbuhan, haiwan dan kulat atau bahan kimia yang digunakan oleh manusia. Jangkitan
makanan pula berlaku disebabkan oleh serangan organisma hidup terhadap system badan,
tisu dan usus lalu menyebabkan penyakit. Antaranya ialah kuman virus, bakteria, parasit
protozoa dan cacing.

Serangan ini boleh berpunca daripada penghasilkan racun atau

serangan kepada usus, tisu dan sistem badan manusia.

Kuman
Kuman merupakan sebahagian kecil daripada makhluk halus yang disebut mikroorganisma.
Makna perkataan mikroorganisma ialah makhluk halus yang bernyawa. Secara am, kuman
boleh dibahagikan kepada empat jenis. Kuman paling kecil ialah virus, diikuti oleh bakteria,
yis dan kulat.

Memandangkan kebanyakan keracunan makanan berpunca daripada

bakteria maka tumpuan akan diberikan kepadanya.

Virus
Virus yang terlibat dalam penyakit yang dibawa oleh makanan adalah seperti:
(a) Hepatitis A
Virus ini amat popular terutamanya di negara yang taraf kebersihannya rendah. Virus ini
akan menyebabkan gejala-gejala berikut: deman, dedar, lesu, kurang berat badan, loya,
sakit bahagian perut dan penyalit kuning. Antara faktor penyebab berlaku jangkitan virus
ialah makanan yang disentuh oleh orang yang dihinggapi virus, tidak ada kebersihan diri,
masak tidak cukup lama, makanan laut dari laut yang dicemari oleh najis dan pembuangan
najis yang kurang sempurna.

(b) Virus agen Norwalk


Virus ini menyebabkan penyakit yang disebut Norwalk agent gastroenteritis. Antara tandatanda penyakit ini ialah loya, muntah-muntah, sakit dalam perut, cirit-birit, deman, seram
sejuk, dedar dan sakit kepala.
Makanan yang biasa terlibat dalam membawa virus ini ialah tiram, salad hijau, pastry dan
pemfrosan.

Faktor-faktor yang memungkinkan berlaku penyakit ini adalah seperti yang

berikut; kerang yang diternak di kawasan yang dicemari oleh najis, diri yang tidak bersih,
makanan yang dipegang oleh orang yang dihinggapi virus.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 57

(c) Virus enterik


Terdapat pelbagai jenis virus lain yang boleh menyebabkan gastroenteritis atau sakit
bahagian perut dan cirit-birit seperti virus EHOC, virus Coxackie, reovirus dan lain-lain.
Tanda-tanda penyakit adalah cirit-birit, deman, muntah-muntah, sakit perut dan kadangkadang

masalah pernafasan.

Terjadinya penyakit ini juga disebabkan oleh kurang

kebersihan diri, orang yang dijangkiti oleh virus memegang makanan dan tidak cukup
pemanasan semula makanan.

Bakteria
Kumpulan bakteria ialah kumpulan yang paling banyak menyebabkan kejadian keracunan
nakanan dan penyakit bawaan makanan. Terdapat pelbagai jenis bakteria yang membawa
keracunan makanan. Walaupun kita tidak boleh melihat bakteria tanpa mikroskop tetapi kita
boleh melihat koloni bakteria dengan mata kasar. Koloni bakteria ini ialah satu kumpulan sel
bakteria dalam jumlah yang besar, selalunya berjuta-juta sel dalam satu koloni.

(a) Bakteria dengan keracunan


Terdapat dua jenis bakteria yang mengeluarkan racun terus ke dalam makanan, iaitu
Staphylococcus aureus dan Clostridium botulinum. Satu persamaan yang ketara antara
kedua-duanya ialah tanda keracunan dapat ditunjukkan dengan cepat.

(b) Bakteria melalui jangkitan


Bakteria jenis ini termasuk Vibro cholerae, Vibrio cholerae Non 01, Salmonella, Esherichia
coli enterophatogenik (coli disebut sebagai kolai), Bacillus cereus,Clostridium perfringens,
shigella, vibrio parahaemolyticus, camphylobacter jejuni, yessinia enterocolitica, listeria
monocytogenes dan Brucella.

Parasit
Terdapat pelbagai parasit yang boleh menjangkit manusia melalui makanan dan air.
Antaranya ialah daripada jenis cacing dan protozoa. Parasit jenis cacing termasuklah
spesies Anisakis, cacing pita Taenia saginata (daripada lembu), Diphyllobothrium latum
(daripada ikan), Taenia solium, dan Trichinella spiralis (daripada babi).
protozoa pula termasuklah Endamoeba histolytica dan Giardia lamblia.

Parasit jenis

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 58

Bahan-bahan yang memudaratkan


Bahan kimia kegunaan manusia
(a) Logam
Keracunan yang melibatkan logam seperti antimoni, kadmium, tembaga, plumbum, timah
dan zink telah dilaporkan. Tanda-tanda biasa keracunan ialah loya, muntah-muntah, sakit
bahagian perut, cirit-birit, kejang bahagian perut, terkejut, mulut rasa terbakar, kembung,
sakit kepala, sakit mulut dan rasa hendak pitam.
Makanan yang biasa terlibat dalam keracunan ini ialah makanan berasid atau masam
yang disimpan dalam bekas atau peralatan logam. Keracunan makanan boleh berlaku jika
menyimpan minuman yang masam seperti minuman berlimau atau menghidang buahbuahan masam dalam bekas atau dulang bersadur dengan kadmium. Ini kerana makanan
masam seperti cuka, asam jawa dan buah-buahan masam yang bertindak balas dengan
logam lalu melarutkan logam ke dalam makanan.

(b) Nitrit
Nitrit biasa diperoleh dengan mudah dalam bentuk baja dan juga dalam bentuk garam
pengawet makanan. Kesannya berlaku pada perut dan usus seperti loya, muntah, bibir dan
kulit menjadi biru, sakit kepala, pening, lemah, tidak sedar diri, atau darah menjadi coklat
perang.
Makanan yang biasa terlibat dalam keracunan ini ialah daging awet dan sayur-sayuran
yang telah ditanam menggunakan baja nitrit yang berlebihan.

Terdapat juga kematian

disebabkan oleh air perigi yang tercemar oleh nitrit di kawasan penggunaan baja yang
berlebihan.

(c) Racun makhluk perosak


Racun makhluk perosak sememangnya digunakan untuk mengawal makhluk perosak di
ladang.

Ini kerana para petani perlu menghadapi terlalu banyak musuh.

Tanpa

penggunaan racun makhluk perosak, petani-petani akan mengalami banyak kerugian. Oleh
itu, penggunaannya tidak boleh dihalang. Walaupun begitu, penggunaan racun makhluk
perosak perlu dilakukan mengikut peraturan.
Kebanyakan racun akan menyerang sistem saraf manusia. Keracunan daripada racun
jenis organofosforus atau secara ringkas disebut OP, contohnya parathion, TEPP, diazina
dan malation, boleh berlaku antara beberapa minit hingga beberapa jam. Mangsanya akan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 59

menunjukkan gejala loya, muntah, kejang bahagian perut, cirit-birit, sakit kepala, gementar,
kabur penglihatan, sakit dada, bibir dan kulit menjadi biru, keliru dan sawan.
Keracunan yang berpunca daripada racun perosak karbamat seperti sevin dan aldikad
boleh berlaku dalam masa setengah jam selepas dimakan. Mangsa akan menunjukkan
gejala seperti sakit perut, muntah, air liur tidak normal, berpeluh, pengecutan anak mata dan
otot tidak seimbang.
Keracunan yang berpunca daripada racun perosak jenis hidrokarbon berklorin boleh
berlaku antara 30 minit hingga 6 jam. Gejala-gejala yang akan dialami ialah loya, muntah,
parestesia, pening, lemah otot, hilang berat badan dan keliru.

Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan tertentu sememangnya telah diketahui mengandungi racun secara
semula jadi seperti ubi gajah, ubi sagu dan lain-lain lagi yang mengandungi racun HCN atau
sianida. Racun sianida ini biasa digunakan oleh pengintip rahsia untuk membunuh diri jika
dia ditangkap seperti yang dipaparkan dalam filem-filem di televisyen atau di layer perak.
Racun ini dibuat dalam bentuk pil supaya mudah ditelan.
Terdapat lebih daripada 100 jenis tumbuhan yang mengandungi racun HCN berbentuk
terikat. Racun ini akan terkeluar apabila tisu tumbuhan itu dihancurkan atau pecah. Racun
apabila dimakan akan diserap dengan cepat dalam saluran perut dan menyebabkan gejala
yang boleh membunuh. Kematian akan disebabkan oleh bekalan oksigen yang terhenti
dalam badan.
Tumbuhan yang biasa terlibat dalam keracunan ini ialah ubi gadung dan pucuk ubi
gadung. Keledek, keladi dan rebung juga boleh menghasilkan HCN.

Kulat dan cendawan


(a) Kulat
Kulat mengeluarkan racun yang disebut mikotoksin. Terdapat pelbagai jenis mikotoksin.
Mikotoksin yang paling banyak menyebabkan keracunan ialah aflatosin yang dihasilkan oleh
kulat Aspergillis flaves.
meruap.

Aflatoksin merupakan racun yang stabil pada haba dan tidak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 60

(b) Cendawan
Cendawan boleh menyebabkan pelbagai bentuk keracunan. Keracunan berlaku antara 30
minit hingga 2 jam, dengan tanda-tanda keracunan berlaku pada perut dan usus seperti
loya, muntah, menjeluak, cirit-birit dan kekejangan bahagian perut. Terdapat juga keracunan
yang berlaku antara 6 jam hingga 24 jam dengan gejala tambahan yang lebih teruk seperti
kurang tenaga, dahaga, otot kejang, pengsan, deman kuning, mengantuk, lebar anak mata,
tidak sedar diri dan kematian.

Haiwan
(a) Haiwan laut
Kebanyakan keracunan dari sumber haiwan datangnya daripada jenis makanan laut seperti
haiwan jenis cangkerang dan ikan. Hidupan laut jenis cangkerang biasanya mengambil
makanan daripada organisma halus dalam air melalui tapisan. Dalam proses ini terdapat
organisma halus yang mengandungi racun. Racun ini akan tersimpan dalam cengkerang.

(b) Ikan
Keracunan ikan boleh berpunca daripada memakan ikan atau bahagian ikan seperti telur
yang boleh menyebabkan keracunan Ciguatera. Ini biasanya berlaku pada ikan tropika.
Ikan buntal tidak boleh dimakan kerana mengandungi racun yang bisa.

Kepentingan makanan seimbang

Menyatakan makanan yang baik dan berkhasiat

1. Bercerita mengenai makanan yang digemari


2. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yang digemari dan berbual
mengenainya.
3. Melukis dan mewarnakan gambar bagi menghasilkan buku skrap dan bercerita
mengenainya.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 61

Aktiviti 2
Eksperimen untuk melihat bakteria
Cara yang mudah untuk melihat bakteria adalah dengan menghidupkannya sendiri.

1. Sediakan agar-agar seperti biasa dalam bekas rendah.


2. Apabila sudah sejuk dan keras anda boleh pegang atau hembus ke atas permukaan
agar-agar tersebut.
3. Tutup agar-agar itu dengan baik dan biar semalaman di tempat hangat seperti dapur.
4. Anda akan dapat melihat tompok-tompok koloni bakteria daripada tangan atau mulut
anda. Satu koloni ini boleh mengandungi berjuta-juta sel bakteria.

Aktiviti 3
Mengenal pasti makanan yang rosak dan basi
1. Menunjukkan contoh makanan yang basi
2. Mengenal pasti tarik luput

Penjagaan kesihatan
Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) mendefinasikan kesihatan sebagai keadaan yang
sempurna dari segi fizikal, mental/emosi dan sosial. Kesihatan ialah satu keadaan fizikal,
emosi/mental, sosial dan rohani yang optimum untuk kesejahteraan hidup. Kesihatan
merupakan proses yng dinamik sentiasa berubah dan tidak dapat diperoleh dengan serta merta
tetapi melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap dan amalan yang berterusan. Kesihatan
merupakan penyatuan antara aspek fizikal, emosi, sosial, intelek dan spiritual, kerana semua
aspek ini dapat membantu perkembangan dalam menentukan kedidupan yang produktif.
Persatuan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) mengariskan konsep
kesihatan hoslitik. Seseorang perlu sihat dalam semua aspek iaitu aspek fizikal, sosial dan
mental tidak hanya ketiadaan penyakit atau infirmiti. Namun, terdapat beberapa kritikan yang
menyatakan kesihatan bukan setakat keadaan seseorang mentadbir untuk mencapainya, malah
ia merupakan satu dimensi kehidupan yang sentiasa berubah. Kesihatan sepenuhnya atau erti
kata sihat sebenarnya adalah lebih daripada ukuran aspek fizikal, mental dan sosial. Kesihatan
juga perlu dengan memberi sokongan terhadap keperluan kesihatan persekitan, emosi dan
spiritual untuk meningkatkan kualiti hidup. Dubos (1968), seorang pakar biologi dan ahli

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 62

falsafah, memperluaskan lagi definisi kesihatan WHO. Beliau telah menyatakan bahawa
Kesihatan adalah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan
biologi bagi pihak individu, dengan berpandukan persekitaran. Konsep tersebut merangkumi
pelbagai komponen termasuk pelbagai aspek kehidupan.
Kakitangan pusat juga bertanggungjawab terhadap kesihatan kanak-kanak di bawah
jagaannya. Oleh itu bagi sesebuah pusat prasekolah perlulah;

1. Memastikan rekod imunisasi murid terdapat dalam data maklumat murid.


2. Nyatakan juga dalam rekod kanak-kanak alahan,

ubat yang memberi alahan kepada

kanak-kanak, jenis kurang upaya jika ada, berat dan tinggi kanak-kanak dan juga jenis
ubatan yang perlu diambil oleh kanak-kanak.
3. Nyatakan jenis kecederaan yang serius, demam campak yang pernah dialami oleh kanakkanak bagi rujukan di masa akan datang.
4. Bagi masalah penyakit berjangkit pula, guru perlu mengenali beberapa simptom penyakit
dan membuat keputusan terhadap kanak-kanak yang terlibat.
5. Cara yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan di pusat ialah melalui pengalakan mencuci
tangan, menggunakan tisu bagi menghembus hingus dan mencuci bilik darjah
menggunakan klorox.
6. Guru perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengurusan kecederaan yang
melibatkan darah terutama jika ada di antara kanak-kanak yang mengalami HIV.
7. Polisi bagi kanak-kanak yang sakit perlu dibuat bagi mengelakkan penyakit tersebut
berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Antaranya;
a. Demam yang melebihi 100 darjah F atau 37.8 darjah C di mulut.
b. Bersin dan batuk yang berterusan.
c. Letih dan tidak lalu makan.
d. Sakit perut dan buang air yang tidak berhenti-henti.
e. Sakit kepala yang serius.
8. Selain rekod kesihatan kanak-kanak, rekod kesihatan kakitangan juga perlu ada.
9. Ini adalah bagi memastikan yang kakitangan yang berdampingan dengan kanak-kanak
adalah sihat dan tidak akan menyebarkan apa-apa penyakit di pusat tersebut. Rekod
kesihatan kakitangan harus meliputi;
a. sejarah kesihatan
b. pemeriksaan fizikal
c. pendengaran dan penglihatan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 63

d. TB
e. Iminisasi (campak, rebela, polio, hepatitis B, dll)
10. Pengurus tadika juga harus menilai kestabilan emosi kakitangan di bawah pengurusannya
seperti masalah kemurungan, panas baran dan juga komunikasi yang tidak sihat (mencarut,
kata-kata kesat atau latah).
11. Kakitangan juga harus dilatih supaya sentiasa peka dengan masalah kesihatan kanakkanak dan juga langkah atau tindakan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu masalah
kesihatan atau kemalangan.

Dimensi Kesihatan
Terdapat enam dimensi kesihatan: Kesihatan fizikal, sosial, mental, emosi dan persekitaran:

Kesihatan Fizikal
Termasuk ciri-ciri fizikal seperti saiz dan bentuk badan, penyakit yang mudah dijangkiti dan
sebagainya.

Kesihatan Sosial
Merujuk kepada keupayaan mendapat kepuasan perhubungan interpersonal, berinteraksi
dengan orang, keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan sosial dan perlakuan
setiap hari.

Kesihatan Mental
Merujuk kepada keupayaan untuk belajar, keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
dan kebolehan intelek diri. Cara membuat keputusan juga merupakan suatu komponen yang
penting untuk menentukan kesihatan mental.

Kesihatan Emosi
Merujuk kepada komponen perasaan untuk melahirkan emosi mengikut keadaan yang sesuai
dan mengawal emosi dengan perlakuan yang sesuai. Perasaan hormat diri, keyakinan diri, nilai
diri, kepercayaan dan kasih sayang.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 64

Kesihatan Persekitaran
Merujuk kepada penghargaan terhadap persekitaran luar serta tugas dan tanggungjawab
seseorang untuk mengekal, melindung, menjaga dan memperbaiki keadaan persekitaran.

Kesihatan Spiritual
Melibatkan kepercayaaan pada Maha Esa, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Ia
juga termasuk perasaan kesepaduan dengan persekitaran, perasaan diri sendiri dorang lain
dan dengan kehidupan dan suatu arah terhadap makna atau nilai hidup.

Konsep Kesihatan hoslitik


Konsep kesihatan holistik bermaksud memperseimbang dan menyatupadukan aspek fizikal,
mental, emosi dan spiritual iaitu mehukan kanak-kanak;

menghormati, mewujudkan perhubungan dengan orang lain dan dengan


persekitaran;

memilih gaya hidup sihat; dan

menyertai secara aktif dalam pemilihan kesihatan dan dalam proses mengubati.

Oleh itu guru menentukan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kesihatan dalam semua
aspek-fizikal, mental, sosial, emosi, spiritual atau kerohanian dan seksual.

Kesihatan Fizikal membawa kepada;

mengekalkan berat badan yang ideal

mengamal melakukan aktiviti senaman cergas seperti senaman untuk kekuatan otot
dan tulang

melakukan senaman memanaskan badan dan menyejukkan badan

berusaha menyelesakan badan sendiri

usaha mencari rehat yang cukup

berusaha mendapatkan sistem imuniti yang kuat

Kesihatan Mental,
Membolehkan kanak-kanak;

memikirkan tentang akibat sebelum bertindak

mempelajari melalui kesilapan

mengikut arahan atau panduan yang telah diberi

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 65

membuat pertimbangan tentang alternatif sebelum bertindak

bersedia menghadapi cabaran kehidupan

berfikir sebelum melakukan sesuatu

mempelajari tentang produk sebelum bertindak

mentadbir masa dengan baik

berfikir dan meneliti perkara sebenar tentang diri

Kesihatan Sosial

merasai apa yang telah diluahkan

terbuka, jujur dan boleh bermesra dengan orang lain

menyertai dalam pelbagai aktiviti sosial

cuba menjadi seorang yang baik

dapat mendengar dengan baik

terbuka dan berguna

mempunyai seseorang untuk berkongsi perasaan

memberi pertimbangan terhadap perasaan orang lain

memberi pertimbangan sebelum bercakap

Kesihatan Emosi

senang ketawa tentang sesuatu

elak daripada penggunaan alkohol

meluahkan perasaan tanpa merasai bodoh

tidak bersemuka dan tidak menyakitkan orang lain

mengetahui apabila rasa tertekan dan mencari jalan untuk menenangkan diri

merasai seronok

berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah

senang dan sentiasa berfikiran positif

rakan menganggap anda sebagai seorang yang stabil

Kesihatan Spiritual

mempercayai hidup sebagai pengurniaan istimewa

mengambil masa menikmati kehidupan

mengambil masa memikirkan apa yang penting dalam kehidupan

kerpercayaan kepada Tuhan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 66

cuba membantu orang lain

perasaan yakin diri

bekerja untuk keamanan

merasai kepuasan

menikmati hidup sepuas-puasnya

Kesihatan Seksual

Menghargai tubuh badan

berinteraksi dengan kedua-dua gender

meluahkan perasaan kasih sayang dengan cara yang sewajarnya

elak daripada mengeksploitasi persahabatan

mengenal pasti nilai

bertangguhjawab dengan perlakuan sendiri

berkomunikasi secara berkesan

bertanya mengenai isu seksual

mempunyai daya berkomunikasi dan berusaha untuk mengehadkan seksual

memilih

tentang

peribadi

yang

betul

dan

bertindak

berdasarkan

nilai

Faktor yang mempengaruhi kesihatan

Baka
Ciri-ciri ibu bapa yang diturunkan kepada anak pada permulaannya akan menentukan cirri-ciri
genetik

anak

tersebut.

Baka

juga

akan

menentukan

pertumbuhan

perkembangannya serta kemungkinan tentang kesihatan kanak-kanak.

kanak-kanak,

Baka juga akan

menjelaskan mengapa sesetengah keluarga rendah atau tinggi dan kenapa seseorang
mendapat penyakit alergik, atau seseorang itu perlu memakai cermin mata manakala orang lain
mempunyai penglihatan yang amat baik dan tidak perlu memakai cermin mata langsung.
Seterusnya baka juga akan secara tidak langsung mempengaruhi masalah kesihatan
lain seperti penyakit jantung, masalah pendengaran, barah, kencing manis, alergi, mahupun
masalah kesihatan mental. Tetapi harus juga diingat bahawa sekiranya satu keluarga yang
menhidapi penyakit jantung, sebagai contoh, ini bukanlah bermakna yang seseorang kanakkanak dalam keluaga tersebut akan mendapat penyakit jantung juga. Beberapa faktor lain
seperti senaman, pemakanan, tahap tekanan dalam sesebuah keluarga juga akan menentukan
sama ada kanak-kanak akan mendapat penyakit jantung atau masalah kesihatan yang lain.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 67

Persekitaran
Selain baka, keadaan persekitaran memainkan peranan yang sama penting untuk
menentukan tahap kesihatan seseorang. Persekitaran sebenarnya merangkumi faktor fizikal,
sosial, kedudukan ekonomi, dan juga budaya sesebuah keluarga. Sebagai contoh, seorang
kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana rendah akan
hidup sihat sejahtera jika kanak-kanak tadi dibelai dengan kasih sayang oleh ibu bapanya,
mendapat tempat tinggal yang sederhana selesa serta bergaul dengan jiran dan rakan sebaya
yang baik. Selain itu, jika kanak-kanak tadi dididik mengamalkan makanan yang berzat dan
mengelakkan diri daripada bahan-bahan yang tidak diingini, sudah tentu ia akan lebih sihat
daripada kanak-kanak lain yang hidup dalam keluarga yang kedudukan ekonomi lebih tinggi,
tetapi tinggal dalam persekitaraan yang tidak sihat.

Kesihatan Ibu dan Anak


Kesihatan merupakan perkara yang kompleks dan sebagai suatu yang berterusan di antara
faktor biologikal semula jadi dengan faktor persekitaran. Sebagai contoh, kesihatan masa kini
serta jangka hidup seseorang bayi akan dipengaruhi oleh tahap kesihatan ibunya. Selain itu,
bayi juga bergantung kepada pemakanannya, pengaruh bahan-bahan alkohol, tembakau dan
bahan perubatan, mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya serta juga pendedahan ibu
terhadap beberapa penyakit semasa bayi di dalam kandungan lagi. Sikiranya seseorang bayi
dilahirkan lebih awal, iaitu tidak cukupp bulan, akan menghadapi masalah risiko kesihatan
ataupun akan menempuh maut.

Sebaliknya, seseorang kanak-kanak akan mengalami

kesihatan yang meyeluruh jika dia membesar dalam suasana kasih sayang daripada keluarga,
dengan pemakanan yang berkhasiat, keselamatan persekitaran, mempunyai peluang mendapat
pendidikan yang baik.

PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI
Soalan soal jawab
1. Apakah itu kesihatan hoslitik?
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan?

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 68

Langkah-langkah keselamatan

Setiap pusat prasekolah harus mempunyai panduan keselamatan yang harus dipatuhi
oleh kakitangan dan kanak-kanak. Ini adalah bagi memastikan pihak pengurusan terlepas
daripada menanggung risiko akibat kelalaian dari segi keselamatan. Antara langkah yang boleh
diambil ialah;

1. Pastikan persekitaran lantai tidak basah ataupun licin bagi mengelakkan kanak-kanak
daripada tergelincir.

Permukaan lantai yang menjadi laluan kanak-kanak janganlah

diperbuat daripada jubin yang licin kerana kanak-kanak akan mudah terjatuh.
2. Tutup pintu pagar setiap masa dan semua pelawat yang datang tidak boleh terus ke bilik
darjah atau berkomunikasi dengan kanak-kanak.

Mereka harus terlebih dahulu

memaklumkan kepada guru atau pengurus tadika jika mereka ingin berjumpa dengan anak
mereka.
3. Bagi urusan mengambil kanak-kanak, penjaga harus memberitahu dan menetapkan kepada
pihak tadika siapakah

(ibu/bapa/abang) yang boleh mengambil atau berjumpa dengan

anak-anak mereka. Pihak tadika juga harus mengambil berat tentang pelawat-pelawat ini
agar mereka tidak dipertanggungjawabkan di atas kehilangan kanak-kanak.
4. Minta pembantu murid menunggu kanak-kanak yang datang serta menunggu sehingga ibu
bapa membawa kanak-kanak ini pulang.
5. Adakan plan kecemasan jika berlaku sesuatu seperti kebakaran, gempa, serangan dll.
Adakan pelan pengosongan bilik darjah ke tempat yang selamat. Buat latihan beberapa kali
dalam setahun.Tetapkan juga siapa yang akan mengawal keadaan dan siapa yang akan
menghubungi pihak berkuasa dan ibubapa. Beritahu ibubapa terlebih dahulu lokasi yang
selamat agar mereka tahu di mana hendak mengambil anak mereka jika berlaku apa-apa
kecemasan.
6. Selalu adakan pemeriksaan bagi memastikan alat pemadam api dan lain-lain berada dalam
keadaan yang baik dan boleh digunakan. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan bagi
waktu kecemasan ialah first-aid kit, selimut, air dan makanan, alat perhubungan, lampu
suluh, buku, serta warna dan kertas.
7. Kecederaan mungkin akan berlaku di pusat prasekolah. Sediakan pelan tindakan jika
berlaku kecederaan seperti apa yang perlu dilakukan oleh guru yang bertugas,
penghantaran kanak-kanak ke hospital, menghubungi ibubapa dan menunggu kanak-kanak
sehingga ibubapa sampai untuk mengambil kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 69

8. Pastikan juga peralatan-peralatan seperti peralatan taman permainan sentiasa dalam


keadaan yang selamat. Adakan pemeriksaan 2 kali setahun agar tiada kemalangan yang
berlaku akibat dari kecuaian pihak tadika sendiri.
9. Adakan peraturan di taman permainan yang harus dipatuhi oleh kanak-kanak agar tidak
berlaku kemalangan seperti; jangan lalu lalang di hadapan atau belakang buaian, jangan
naik dari depan papan gelongsur, mengambil giliran, jangan membaling pasir atau batu dll
bagi tujuan keselamatan kanak-kanak itu sendiri.

KESIMPULAN
Kesihatan ibu dan anak, baka dan persekitaran mempengaruhi kesihatan seseorang.
Perseimbangan dalam kesemua 6 aspek kesihatan holistik dapat membantu memperolehi
kesejahteraan kehidupan ke tahap yang optimum.

TUGASAN

Dalam kumpulan bincangkan langkah-langkah kecemasan yang harus anda


lakukan jika berlakunya kebakaran di dalam kelas yang anda duduki
sekarang.
a) Bayangkan di dalam kelas ini terdapat 25 orang kanak-kanak bersamasama anda. Bagaimana anda akan memberi latihan agar mereka dapat
menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
b) Tunjukkan juga pelan laluan keselamatan yang anda telah buat dalam
pelan keselamatan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 70

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 71

UNIT 7

PENGURUSAN MURID : PENDAFTARAN, REKOD PROFIL DAN REKOD PENILAIAN

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat membincangkan aspek:
1. Mengetahui pengurusan pendaftaran kanak-kanak.
2. Memahami cara-cara pengurusan rekod profil kanak-kanak.
3. Membuat penilaian ke atas kanak-kanak.

PENGENALAN
Kejayaan sesebuah taska dan tadika bergantung kepada pengurusan yang berkesan. Banyak
isu yang diperplehi dari kajian dan pemantauan di taska dan tadika mendapati kegagalan taska
dan tadika disebabkan kepincangan pengurusannya. Dalam unit 7 ini pengurusan murid
dibincangkan pada aspek pendaftaran, pengurusan rekod profail dan penilaian murid sepanjang
mereka berada di taska dan di tadika. Pendaftaran murid bermakna pengurus tadika atau atau
taska mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat kanak-kanak atau murid. Biasanya
perbincangan dalam kalangan staf taska atau tadika dijalankan sebelum pengambilan kanakkanak. Mereka membincangkan dari segi prosedur, pekeliling daripada bahagian sektor
Jabatan Pendidikan dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan konvesyen kanak-kanak.
Sesudah perbincangan dibuat baharulah diedarkan pamplet ataupun kain-kain rentang.
Maklumat yang diperolehi akan difail dan direko dkan sekemas mungkin. Maklumat ini
bergantung kepada keperluan secara umumnya maklumat yang diperlukan terdapat pada
bahagian pendaftaran di bawah.

Penilaian murid dibuat sepanjang masa ia melibatkan penilaian dari segi perkembangan
kognitif, efektif dan emosi. Pengurus tadika perlu mendapatkan contoh-contoh borang penilaian
yang reliable dan sah untuk menilai perkembangan semasa bagi kanak-kanak dan murid.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 72

ISI KANDUNGAN
Isu-isu pengurusan murid
Bagi pengurusan murid isu-isu asas dalam pendidikan kanak-kanak hendaklah difikirkan kerana
ia adalah berkait rapat dengan pendaftaran dan pengurusan rekod dan penilaian kanak-kanak
kemudiannya. Antara isu-isu yang perlu diketengahkan ialah:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550) Seksyen 21 - Menteri boleh, tertakluk kepada
peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika .

Dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan


prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan
etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas. Prinsip-prinsip asas
dasar ialah, kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur antara 4
hingga 6 tahun, semua institusi prasekolah menggunakan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK), kerajaan memastikan aspek-aspek penting berikut
dilaksanakan, kerajaan memastikan aspek-aspek penting berikut dilaksanakan:
a. Kelas tadika yang dianjurkan oleh agensi kerajaan hendaklah diselaras
oleh Kementerian Pelajaran
b. Guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam pendidikan tadika
c. Kemudahan fizikal dan peralatan yang berkualiti disediakan.
d. Satu mekanisme naziran dan penyeliaan diwujudkan .
e. Kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak
keperluan pendidikan khas.
f. Kerajaan mewujudkan satu sistem kawal selia dan penguatkuasaan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 73

g. Menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai


kemahiran asas dan memupuk sikap positif.
Pendidikan Prasekolah Membolehkan Murid :
a. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif.
b. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik untuk komunikasi.
c. Menggunakan Bahasa Cina/ Bahasa Tamil untuk komunikasi .
d. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi sebagai bahasa kedua.
e. Mengamalkan nilai-nilai Islam / nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
f. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah.
g. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
h. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan.
i. Mengamakan nilai-nilai Islam / nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
j. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
k. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
l. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan.
j. Daya kreativiti dan nilai estetika menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.
Aspek umum pengurusan murid membantu:

membantu merekod buku pendaftaran murid

mendaptkan murid bermasalah pembelajaran surat perakuan doktor

membantu merekod kehadiran murid

membantu menguruskan sistem fail kanak-kanak

mengemaskini data maklumat murid

melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan


kanak-kanak membantu menghubungi pihak agensi luar yang ada kaitan dengan
program pendidikan kanak-kanak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 74

membantu merancang dan melaksanakan program prasekolah seperti lawatan,


sambutan harijadi,karnival dsbnya.

membantu merekod profil murid

membantu mengemaskini dan menyimpan rekod profil

membantu menghubungi ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan

Membantu merancang takwim prasekolah seperti merancang aktiviti prasekolah


mengikut

tahun,

bulan,

minggu

dan

harian-carta

tugasan.

Pendaftaran Kanak-kanak
Dalam proses pendaftran, beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum membuat
keputusan. Antaranya;

1. Faktor usia, pihak pengurusan harus membuat keputusan mengenai peringkat usia yang
diperlukan oleh pusat kanak-kanak. Adakah pusat taska atau tadika tersebut hanya akan
mengambil kanak-kanak 2 hingga 4 tahuan atau berusia 5 dan 6 tahun yang lebih mudah
untuk diurus. Ataupun pihak prasekolah melihatkan potensi pasaran lebih kepada kanakkanak berusia 4 tahun. Setiap peringkat umur mempunyai cara pendekatan pengurusan
yang berbeza.
2. Faktor kesediaan kanak-kanak itu untuk menjalani pembelajaran di pusat tadika atau taska
adalah penting. Ini kerana ada di antara kanak-kanak walaupun dari segi usianya telah
bersedia, akan tetapi akibat daripada kurang pergaulan kanak-kanak ini sukar untuk
berpisah dengan ibu bapanya. Kanak-kanak seperti ini kan turut menimbulkan masalah
kepada guru kelak. Oleh itu pertimbangan yang wajar perlu samada hendak menerimanya
atau tidak.
3. Kanak-kanak yang berkeperluan khas perlu di buat pertimbangan.

Adakalanya pusat

prasekolah tidak mempunyai tenaga pengajar yang boleh membimbing kanak-kanak seperti
ini.

Jika darjah keperluannya sedikit sahaja sepert lembam, sedikit hiperaktif, mungkin

boleh diterima masuk. Bagi kes-kes yang lebih berat di mana pusat sendiri tidak mempunyai
kepakaran haruslah menolak demi kebaikan kanak-kanak itu sendiri.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 75

Rekod Profil Kanak-kanak

Bagi menyediakan rekod profil kanak-kanak maklumat-maklumat perlu dikumpulkan


semasa kanak-kanak mendaftar di pusat tadika atau taska. Borang pendaftaran harus
mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan bagi mengetahui mengenai latar belakang
kanak-kanak.

Maklumat-maklumat ini amat penting sebagai bahan rujukan di masa akan

datang. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti;

Nama (termasuk nama pangilan)

Nama ibu bapa

Bilangan adik beradik dan anak ke berapa.

Alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Gaji

Cara pembayaran yuran.

Pengangkutan kanak-kanak datang dan pulang.

Rekod kesihatan

Nama, alamat dan tel no. doctor yang biasa merawat kanak-kanak.

Nama dan tel no. pewaris laian selain daripada ibu bapa.

Memberi kebenaran bagi mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti sekolah
termasuk pengambaran.

Perlu diingatkan maklumat mengenai keluarga kanak-kanak adalah rahsia. Oleh itu
pihak pengurusan haruslah berhati-hati dalam urusan penyimpanan rekod.

Rekod Penilaian Kanak-kanak


Penilaian adalah proses mengumpulkan data mengenai kanak-kanak sebagai asas kepada
bentuk pengajaran dan pembelajaran yang akan dirancangkan kemudian.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 76

Bagi peringkat kedua peringkat di tadika dan di taska, fokus adalah kepada penilaian
individu. Ciri-ciri penilaian adalah seperti berikut:

(i) Rujukan kepada ukuran iaitu dengan membandingkan kebolehan kanak-kanak


dengan peringkat perkembangan yang sepatutnya berlaku dan apakah langkah
langkah yang perlu diambil bagi membantu kanak-kanak mencapai peringkat
perkembangan tersebut.
(ii) Dalam

penilaian

juga

memberi

keutamaan

kepada

proses.

Perhatian

patut

diberikan kepada bagaimana proses penilaian dibuat. Proses penilaian tersebut


mestilah diutamakan bukannya hasil produk.
(iii) Penilaian hendaklah dibuat dalam situasi yang normal iaitu kanak-kanak tidak di dalam
tertekan. Pemerhatian dibuat tanpa melibatkan perubahan tempat, dan situasi. Sebaikbaiknya penilaian dibuat oleh guru sendiri yang kanak-kanak telah biasa dengan
kehadirannya. (Contoh semasa bermain di sudut-sudut, membuat projek, main di luar
bilik darjah dan semasa rehat)
(iv) Bagi penilaian yang melibatkan pelbagai sudut, penilai akan melihat kanak-kanak
dari pelbagai sudut dan membuat tafsiran mengenai pencapaian kanak-kanak
tersebut dengan lebih tepat.
(v) Dalam proses penilaian, guru-guru perlu menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan menilai mengikut konteks program yang dijalankan.
(vi) Penilaian dibuat dengan mengambilkira perbezaan latar belakang, dan memberi
peluang kepada semua kanak-kanak untuk mencapai potensi diri.
(vii) Penilaian harus mendedahkan kanak-kanak kepada berfikir secara kritikal dan
menilai diri sendiri dan membuat pembaikan diri.
(viii) Keputusan penilaian boleh difahami oleh semua orang.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 77

Sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak sediakan;


a)

Contoh borang pendaftaran kanak-kanak

b)

Contoh rekod penilaian kanak-kanak

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Tujuan Membuat Penilaian;

1. Melihat dan merekodkan perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, sosial, emosi, dan
fizikal.
2. Sebagai landasan pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
3. menganalisa masalah pembelajaran dan pengajaran bagi tujuan intervensi.
4. berkomunikasi dengan ibu-bapa, pentadbir dan guru-guru tentang kemajuan kanak-kanak.
5. menilai sama ada kanak-kanak memerlukan latihan bagi keperluan khas.
6. membantu kanak-kanak menilai pencapaian diri sendiri.

Cara Penilaian
Penilaian boleh dibuat melalui cara;

1. Rekod Anekdot
2. Pengumpulan Portfolio
3. Senarai Semak
4. Rekod semasa /Running Record

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 78

Perancangan Sistem Penilaian


1. Guru perlu satu sistem penilaian agar penilaian dapat dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran.
2. Rancang sekurang-kurangnya 3 kanak-kanak untuk dinilai dalam sehari.
3. Fokus kepada kes-kes yang signifikan kepada perkembangan kanak-kanak.
4. Penilaian mungkin perlu diteruskan bagi kes-kes tertentu.
5. Susun rekod dalam setiap fail diakhir pengajaran (selepas pelajar-pelajar pulang).
6. Catatkan senarai murid yang perlu dinilai bagi hari berikutnya.
7. Sentiasa bersedia untuk mencatatkan kes-kes yang tidak diduga.
8. Melalui penilaian yang dibuat, guru akan membantu kanak-kanak memperbaiki tahap
perkembangan atau meninggikan tahap perkembangan kanak-kanak sehingga mencapai
tahap potensi diri yang optimum.
9. Pemantauan yang berterusan harus dibuat oleh pengurus prasekolah bagi memastikan
guru-guru menjalankan penilaian ke atas kanak-kanak secara berterusan.
10. Rekod penilaian kanak-kanak perlu dalam keadaan yang terurus dan mudah untuk di akses

KESIMPULAN
Penyimpanan rekod pendaftaran dan juga rekod penilaian kanak-kanak adalah penting kerana
ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Selain daripada itu ia
juga

merupakan

dokumen

yang

mengesahkan

sesebuah

pusat

tadika

atau

taska

lakukan

bagi

bertanggungjawab dalam memperkembangkan setiap potensi kanak-kanak.

Secara

berkumpulan,

fikirkan

secara

kritikal

apa

yang

patut

anda

menambahbaikan dokumen-dokumen tersebut.

TUGASAN

Sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak sediakan;


a) Contoh borang pendaftaran kanak-kanak
b) Contoh rekod penilaian kanak-kanak
Secara berkumpulan, fikirkan secara kritikal apa yang patut anda
lakukan bagi menambahbaikan dokumen-dokumen tersebut.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 79

RUJUKAN

Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of


children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA, Allyn &
Bacon
Puteri Zabariah. (2007). Tadika Berkualiti. PTS: Malaysia.
Saayah Abu. (2006). Panduan untuk pengusaha tadika. PTS,
Malaysia.
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management , People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 80

UNIT 8

PENGURUSAN KEBAJIKAN KAKITANGAN SERTA PERKEMBANGAN STAF

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat membincangkan:
1. Memahami peranan yang setiap ahli dalam organisasi
2. Mengenalpasti bidang tugas setiap ahli dalam organisasi.
3. Menilai perkembangan staf dalam organisasi.

PENGENALAN

Pengurusan sumber manusia di dalam sesuatu organisasi merupakan suatu perkara yang
penting di dalam penubuhan pusat prasekolah. Pengurusan yang berkesan perlu menyatakan
bidang tugas setiap ahli agar tidak terdapat pertindihan tugasan dan perjalanan pusat berjalan
dengan lancar.

Biasanya sebuah pusat prasekolah terdiri daripada pengurus, guru dan juga pembantu guru
yang mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Dengan mengetahui bidang
tugas dan tanggungjawab masing-masing serta melaksanakannya akan menjamin kelancaran
perjalanan sesebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 81

andaikan anda sebagai seorang kakitangan di sebuah pusat pendidikan kanak-kanak, iaitu sa ada di
tadika ataupun taska. Apa perasaan anda sekiranya pihak pengurusan tidak menjaga kebajikan anda?

ISI KANDUNGAN

Kakitangan

Di dalam sesebuah pusat kakitangan adalah terdiri daripada pengurus, guru, pembantu guru
dan pekerja am yang lain. Bilangan kakitangan yang dilantik perlulah selaras dengan bilangan
kanak-kanak. Nisbah kanak-kanak prasekolah ialah 1;25 bagi seorang guru bersama seorang
pembantu guru.
Dalam menguruskan kakitangan beberapa faktor perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah;

1.

Kesihatan dan keselamatan


Pastikan staf yang dilantik dalam keadaan sihat dan terhindar daripada penyakit
berjangkit, tidak menagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah.

2. Jadual harian dan jumlah waktu bekerja


Nyatakan dalam surat perjawatan personel tentang jadual waktu bertugas. Pastikan ada
pekerja bertugas lebih awal bagi menyiapkan persekitaran sebelum kanak-kanak masuk
dan ada pekerja yang bekerja lewat bagi membuat persiapan bagi keesokkan hari dan
menunggu kanak-kanak pulang .
3. Masa Rehat
Jika pusat beroperasi bagi tempoh sehari, perlu diperuntukkan masa bagi pekerja
berehat. Tetapkan tempoh rehat dan waktu rehat bagi setiap pekerja agar tiada
kekecohan.
4. Cuti Sakit dan Cuti Rehat.
Nyatakan dengan jelas tentang cuti, tempoh yang dibenarkan dan bila permohonan
boleh dibuat.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 82

5. Takwim
Sediakan takwim prasekolah agar mudah bagi pekerja membuat perancangan.
Masukkan juga waktu mesyuarat agar mudah bagi pekerja membuat persediaan.
6. Penilaian
Dalam masa 3 ke 6 bulan pihak pengurusan sepatutnya telah boleh menilai kecekapan
pekerja.

Oleh kerana bekerja dengan kanak-kanak memerlukan keperihatinan dan

kecekapan, pemilihan pekerja yang mempunyai sikap sedemikian adalah perlu. Pekerja
patu diberitahu semasa waktu pengambilan bahawa jika dia tidak menepati syarat di
atas selepas tempoh percubaan dia boleh dibuang kerja.
7. Carta Organisasi
Carta organisasi perlu ada dan boleh dirujuk pada bila-bila masa. Ini menjadi panduan
kepada pekerja di mana mereka dan bidang tanggungjawab mereka.

Ahli-hli organisasi yang penting dalam pengurusan sesebuah taska atau tadika

Pengurus

Tunggak kekuatan sesebuah pusat pendidikan awal terletak kepada pengurus pusat
tersebut.

Pengurus yang cekap dan berwibawa akan menjamin sesebuah pusat berjalan

dengan lancar. Pengurus yang baik adalah yang mempunyai gaya kepimpinan yang baik dan
mengetahui sepenuhnya bidang tugas beliau dan orang-orang yang di bawahnya. Seorang
pengurus mungkin memiliki sepenuhnya ataupun berkongsi milik sesebuah pusat ataupun
mungkin hanya sebagai kakitangan di dalam pusat tersebut.

Tanggungjawab Seorang Pengurus

Antara bidang tugas bagi seorang pengurus ialah;

1. Pengetahuan mengenai falsafah pendidikan awal kanak-kanak


a) Mempunyai pengetahuan yang mendalam lagi menyeluruh mengenai falsafah dan
halatuju dan objektif sesebuah pusat yang ditadbirnya.
b) Ini amat penting baginya untuk memimpin kakitangan yang lain dalam menggerakkan
sesebuah pusat mengikut satu hala tuju yang telah ditetapkan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 83

2. Pengetahuan mengenai bidang pendidikan awal kanak-kanak.


a) Mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam pendidikan awal kanak-kanak.
b) Dapat merancang program dan membimbing kakitangan yang berada di bawahnya.
3. Arif tentang bidang dan tanggungjawab.
a) Beliau juga perlu mengetahui dengan mendalam mengenai tugas dan tangungjawab
dirinya.
b) Bidang dan tanggungjawab setiap kakitangan di bawahnya.
c) Ini akan membantunya memimpin pekerja dan pusat tersebut ke arah satu halatuju yang
sama.
4. Cekap dan fleksibel dalam membuat keputusan.
a) Seorang pengurus juga haruslah cekap dalam membuat keputusan, pembahagian
masa, dan membahagikan tugas antara kakitangan.
b) Perlu bersikap fleksibel dalam keadaan tertentu.
c) Ini perlu bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan yang boleh menimbulkan
masalah.
5. Beliau juga perlu menjadi seorang individu yang pandai merancang secara sistematik
terhadap apa jua yang harus dilakukan oleh dirinya dan pekerjanya. Ini kerana melalui
perancangan yang baik akan memastikan sesebuah pusat bergerak dengan teratur.
6. Mempunyai kepercayaan.
a) Seorang pengurus perlu menaruh kepercayaan kepada pekerja-pekerjanya dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
b) Namun begitu beliau juga harus menjalankan pemantauan agar tugas yang dijalankan
tidak lari daripada objektif sebenar sesebuah pusat.
7. Boleh berkomunikasi dengan baik.
a) Seorang pengurus juga perlu pandai berkomunikasi segala tugas yang diarah
dilaksanakan dengan jaya dan pada masa yang sama kakitangan di bawahnya berasa
gembira melaksanakan tugasannya.
b) Ini kerana tanpa kebolehan berkomunikasi ini akan banyak menimbulkan masalah
antara pengurus dan pekerjanya yang akan membabitkan pengurusan sesebuah pusat.
8. Memenuhi kehendak.
a) Seorang pengurus yang baik juga memahami kehendak ibu bapa sebagai pelanggannya
dan mengamalkan petua pelanggan sentiasa di pihak yang benar.
b) Beliau akan berusaha menjamin keselamatan dan kegembiraan kanak-kanak yang
berada di bawah jagaannya.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 84

9. Peka dengan hal ehwal semasa.


a) Sentiasa peka dengan perubahan dari segi perundangan dan tren yang berlaku dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak agar program yang dilaksanakan tidak akan
ketinggalan.
10. Melatih dan membimbing kakitangan di bawahnya.
a) Pengurus perlu tahu kelemahan kakitangan dan bersedia untuk melatih dan
membimbing kakitangan agar sentiasa cemerlang bagi menjamin kualiti sesebuah
pusat.
11. Sisten pengrekodan.
a) Menyediakan sisten perekodan dalam pelbagai bahagian baik dari segi akademik
mahupun pengurusan.
12. Melantik kakitangan.
a) Melantik kakitangan dan juga membuang kakitangan jika perlu.
13. Bajet.
a) Menyediakan bajet bagi pusat.

Andai dikehendaki merujuk laman webb pendidikan prasekolah. Cuba senaraikan tugas-tugas sebagai
pengurus di sebuah pusat tadika.

Guru

Guru bertanggungjawab terhadap penjagaan dan pendidikan sekumpulan kanak-kanak.


Dia berfungsi sebagai sebahagian dari tenaga pengajar, dan mengetuai pengajaran kelas.
Guru merancang dan melaksanakan kurikulum dengan kerjasama aktif dari rakan-rakan
setugas dan juga ibu bapa. Guru perlu juga menilai keperluan individu kanak-kanak. Guru
berada di bawah tanggungjawab guru besar atau direktor pusat.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 85

Tanggungjawab guru adalah;

1. Mengadakan dan mengekalkan persekitaran yang selamat.


a) Persekitaran yang bersih, selamat, merangsang pemikiran dan besesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak.
b) Bertanggungjawab terhadap perhiasan kelas dan persekitaran

yang menggalakkan

pembelajaran.
c) Menyatakan dengan adil pembahagian tugas menyelengara bilik darjah bagi setiap staf
di bawahnya.
d) Mengalakkan corak pemakanan yang sihat.

2. Menyokong perkembangan kognitif dan fizikal.


a) Menggalakkan emergent literasi dan perkembangan bahasa bagi setiap kanak-kanak.
b) Melaksanakan kurikulum yang memperkenalkan matematik melalui pengalaman.
c) Merancang dan melaksanakan aktiviti bagi membantu perkembangan fizikal.
d) Menyediakan kurikulum bersepadu yang memenuhi keperluan individu.
e) Menggunakan peralatan dan bahan dalam dan luar bilik darjah bagi membantu
perkembangan motor kasar dan motor halus.

3. Menyokong perkembangan sosial, emosi dan memberikan kanak-kanak bimbingan yang


positif.
a) Mengambil kira keperluan individu dan tahap pembelajaran kanak-kanak.
b) Ambil kira latarbelakang kanak-kanak.
c) Hormati kanak-kanak, rakan setugas dan ibu bapa .
d) Bantu kanak-kanak menyedari yang dirinya adalah sebahagian dari rakan rakannya.
e) Rancang dan laksanakan kurikulum yang memperkenalkan budaya bangsa yang
berlainan.
f)

Sediakan persekitaran yang menggalakkan pembentukan sikap kendiri yang baik.

4. Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa


a) Anggap ibubapa sebagai rakan kongsi dalam mendidik dan membangunkan kanakkanak.
b) Kumpul maklumat mengenai kanak-kanak untuk dibincangkan dengan ibu bapa.
c) Segala masalah yang diutarakan oleh ibu bapa patut ditangani oleh guru.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 86

5. Memastikan program berjalan lancar.


a) Rancangkan, laksanakan kurikulum mengikut polisi dan falsafah program
b) Adakan rancangan tahunan, bulanan dan harian yang menunjukkan minat dan
kebolehan kanak-kanak.
c) Penilaian melalui pemerhatian, ceklist, dan porfolio perlu diadakan secara berterusan.
d) Segala dokumentasi perlu dilengkapkan mengikut jangkaan masa yang ditetapkan.
e) Menyiapkan kertas kerja yang dikehendaki oleh pihak sekolah dan agensi-agensi yang
lain.
f)

Bertanggungjawab membimbing pembantu guru dan pekerja yang terlibat dengan


pengurusan bilik darjah.

g) Membantu dalam menilai pembantu guru dan pekerja yang terlibat.


h) Menjalankan mesyuarat staf bilik darjah.

6. Komitment kepada Profession.


a) Menghadiri mesyuarat staf.
b) Mengekalkan etika perguruan.
c) Konsisten dan fleksibel terhadap staf.
d) Kerahsiaan terhadap staf, keluarga dan kanak-kanak.
e) Menjalinkan hubungan dengan keluarga.

Senaraikan komitmen seorang guru di pusat taska

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 87

Pembantu guru

Pembantu guru bertugas di bawah guru membantu dalam melaksanakan kurikulum dan
penjagaan kanak-kanak.

Tanggungjawab pembantu guru ialah;

1. Menyokong perkembangan sosial, emosi dan memberikan kanak-kanak bimbingan


yang positif.
a) Membantu dalam memastikan persekitaran selamat di mana kanak-kanak dalam
keadaan bersih, selamat, serta persekitaran yang kondusif bagi P&P berlaku.
b) Membantu guru menghias bilik darjah dan mengadakan persekitaran yang merangsang
pembelajaran.
c) Membantu mengemas dan membersihkan bilik darjah.
d) Menggalakkan tatasusila makan, serta pemakanan yang seimbang.
e) Mengetuai jika guru tidak hadir.
f)

Menghormati kanak-kanak dan rakan sekerja.

g) Menghormati budaya dan latarbelakang sosial ekonomi kanak-kanak.


h) Membantu

kanak-kanak

menyedari

bahawa

dia

adalah

sebahagian

daripada

kumpulannya.

2. Menyokong perkembangan kognitif dan fizikal


a) Berinteraksi dengan kanak-kanak secara wajar mengikut tahap perkembangan mereka.
b) Kebolehan untuk mengawal bilik darjah secara pengalihan perhatian yang positif,
menyelesaikan masalah, mengadakan had-had yang bersesuaian dan menjadi
pendengar yang baik.
c) Membantu guru dalam perlaksanaan P&P.

3. Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibubapa dan pelajar


a) Meyalurkan pendapat dan komen ibu bapa kepada guru dan/atau guru besar.
b) Menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan kanak-kanak kepada guru.
c) Sambut dengan mesra kedatangan kanak-kanak dan keluarganya setiap hari.
d) Pulangkan kanak-kanak kepada penjaganya dengan selamat dan ceria.
e) Bantu kumpulan pelajar yang datang mengajar.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 88

4. Memastikan program berjalan lancar


a) Ikuti jadual harian yang ditampalkan dalam bilik darjah.
b) Bantu melaksanakan perancangan harian, bulanan dan tahunan dibawah bimbingan
guru.

5. Komitmen kepada profesion


a) Dapatkan latihan kecemasan, pengawalan penyakit, pencegahan penganiayaan kanakkanak, CPR dan pengetahuan asas tentang perkembangan kanak-kanak.
b) Hadiri mesyuarat staf dan mesyuarat dengan ibubapa.
c) Menjalankan etika perguruan.
d) Berkomunikasi dengan baik dengan gurubesar, guru dan staf lain.
e) Bersikap profesional dan setia kepada pusat.
f)

Kerahsiaan terhadap kanak-kanak, staf dan keluarga sepanjang masa.

g) Berkomunikasi dengan keluarga.

Perkembangan Kakitangan Bagi Sesebuah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak


Bentuk latihan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan pengalaman sedia ada,
jenis pekerjaan, mengenai sesuatu perkara, sesuatu kebolehan yang berfokus kepada kesan
jangka panjang dan dapat mengubah corak pemikiran individu.

Antara latihan-latihan yang diperlukan ialah;

1. Maklumat asas tentang perkembangan kanak-kanak.


2. Kemahiran berkomunikasi dengan kanak-kanak.
3. Pengunaan alat multimedia.
4. Kecemasan
5. lain lain latihan yang dirasakan perlu berdasarkan permintaan kakitangan.

Bagi mengadakan latihan beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi mengadakan
latihan kepada pekerja ialah tempat dan masa. Ini kerana latihan perlu dilakukan

kepada

kakitangan tanpa menjejaskan perjalanan pusat dan juga kebajikan cuti kakitangan itu sendiri.
Oleh itu, pemilihan masa yang sesuai adalah amat penting. Begitu juga cara bagaimana latihan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 89

itu di adakan bagi menjamin keberkesanan sesuatu latihan. Selain dari itu sumber kewangan
bagi mengadakan latihan perlu dimasukkan dalam bajet pusat tersebut.

TUGASAN

Sebagai seorang guru pendidikan awal kanak-kanak sediakan satu


senarai semak bagi memudahkan anda menyemak tugasan anda
seharian.
1.

RUJUKAN

Bagi memantau kakitangan di bawah anda sediakan satu senarai


semak beserta dengan rating penilaiannya bagi memudahkan
anda memantau pelaksanaan tugas kakitangan di bawah anda.

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 90

UNIT 9

SENGGARAAN PERALATAN DAN RUANG DALAMAN DAN LUARAN

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Merancang penyelengaraan ruang
2. Merancang penyelengaraan peralatan

PENGENALAN

Kewujudan sesebuah pusat prasekolah akan terbukti dengan wujudnya ruang dan peralatan
yang melambangkan adanya program prasekolah di pusat tersebut. Ruang perlu bersih dan
kemas sepanjang masa. Bagi peralatan pula biasanya mahal. Oleh itu pengurus prasekolah
perlulah mahir dalam menguruskan pembelian, merekod serta menyelenggara peralatan
tersebut kerana ia merupakan modal tetap sesebuah pusat.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 91

ISI KANDUNGAN
Penyelenggaraan Peralatan dan Ruang di Pusat Pendidikan Kanak-kanak.

Peralatan-peralatan dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program di Pusat


Pendidikan

Awal

Kanak-kanak

kerana

peralatan-peralatan

ini

boleh

membantu

memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek:


Fizikal
Mental
Sosial
Emosi
Keharmonian.

Peralatan-peralatan meliputi perabot-perabot terdapat di Pusat Pendidikan awal kanak-kanak


seperti :
Kerusi murid dan kerusi bilik pejabat.
Tilam, bantal, sarung bantal dan selimut.
Perabot dan hiasan mestilah yang selamat digunakan.
Meja murid dan meja bilik pejabat
Almari bilik bacaan dan almari kanak-kanak
Peralatan-peralatan dan bahan yang digunakan sebagai alat bantu mengajar guru dalam
pembelajaran dan yang digunakan murid seperti pensil,buku dan gam perlu diselenggarakan
oleh guru dengan berhemah. Sebagai penganjur sebuah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
seseorang itu perlu mempunyai kemahiran memilih peralatan dan bahan-bahan untuk
digunakan di tadika. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh
atau dipegang serta teguh.Bahan-bahan peralatan ini perlu juga memenuhi keperluan dan
minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak
berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan
rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak
bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.
Kelengkapan-kelengkapan peralatan di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak perlu menyokong
aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanakkanak. Meja yang terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 92

pembelajaran. Aktiviti penyelenggaraan kanak-Kanak yang berkaitan dengan bilik atau ruang
perlu diselenggarakan bagi tujuan aktiviti pembelajaran Pendidikan Awal mengikut kesesuaian
penggunaannya seperti berikut:
Bilik ruang untuk aktiviti pembelajaran bebas.
Bilik atau ruang rehat kanak-kanak berumur 1-2 tahun.
Bilik atau ruang rehat kanak-kanak berumur 3-4 tahun
Bilik bacaan
Bilik Komputer
Bilik tayangan
Bilik air/tandas
Bilik makan
Bilik dapur

Melalui pengalaman anda di ruang-ruang yang dinyatakan di atas bincangkan kelemahan dari segi
aspek pengurusan setiap ruang di atas.

Walau bagaimanapun penyelenggaraan peralatan dan ruang bilik terhad kuantitinya boleh
diminimumkan bagi bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pendidikan awal kanak-Kanak

Peralatan dan bahan-bahan untuk pembelajaran

Berbagai-bagai

bahan

yang

diperlukan

bagi

membantu

menghasilkan

persekotaran

pembelajara yang positif. Bahan-bahan tersebut dapat dibahagikan kepada pelbagai bahan
seperti berikut:
(i)

Bahan-bahan semulajadi

(ii)

Bahan-bahan permainan aktif

(iii)

Bahan-bahan kesenian

(iv)

Buku-buku rujukan

(v)

Bahan-bahan kognitif.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 93

Bahan-bahan semulajadiadalah bahan bahan yang diperolehi air, tanah liat dan pasir. Bahanbahan-bahan ini sekiranya diselenggarakan dengan baik banyak memberimanfaat kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya suka membuat aktiviti dan bermain dengan bahan-bahan
semulajadi. Guru harus bijak menysusn dan mencipta permaina daripada bahan-bhan
semulajadi. Adakalanya guru teragak-agak menggunakan bahan permainan semulajadikerana
bimbang dengan kesan kekotoran pada pakaian dan badan kanak-kanak itu sendiri.
Sebenarnya bahan-bahan semulajadi membantu kanak-kanak membuat eksperimen dan
mempelajari secera terus kualiti dan bentuk bahan itu secara langsung. Sebagai contoh bahanbahan daripada pertukangan kayu sekiranya diletakkan pada suatu ruang yang baik
membolehkan kanak-kanak membuat eksperimen dan menghayati kesan bahan cipta di
samping kanak-kanak boleh mengembangkan koordinasi mata, tangan dan perkembangan otot
kanak-kanak.

Permainan aktif pula membolehkan kanak-kanak membentuk dan meneroka batasanbatasan fizikal, membentuk daya cipta dan mempelajari permainan dramatis. Ruang yang
menempatkan permainan aktif seperti peralatan timbangan, pakaian, perhiasan, alat-alat
permainan tradisional, peralatan bahan-bahan sejarah seperti replika keris, tempat masak dan
alat senjata. Alat-alat ini sangat mengasyikkan kanak-kanak. Mereka akan mengaitkan
peralatan ini dengan rancangan-rancangan televisyen dan drama-drama yang dipertontonkan.
Mereka

akan

menggaya

peralatan

yang

dipertunujukkan

kepada

mereka.

Ruang

penyelanggaraan peralatan perlu tersusun. Kanak-kanak akan menggayakan dengan penuh


dramatis. Peralatan yang disusun akan memberi perkembangan kognitif dan keceriaan kepada
kanak-kanak.

Penyelenggaraan Ruang

Bagi memastikan setiap ruang

di dalam prasekolah bersih, kemas, ceria, menarik serta

selamat sepanjang masa, satu system pemantauan diperlukan. Cara yang paling mudah ialah
dengan mengadakan satu senarai semak harian bagi kegunaan pengurus.
Contoh senarai semak pemantauan harian;

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 94

Ruang
1

Ya

Premis dan Landskap


a) Bangunan dalam keadaan yang bersih
b) Penutup longkang berkeadaan baik
c) Lanskap kemas
d) Pintu pagar berkeadaan baik
e) Kawasan menurunkan kanak-kanak selamat.

Pintu Masuk
a) Pintu masuk menarik dan bersih
b) Sistem amaran dalam keadaan baik
c) Lobi/ tempat bertanya/ tempat menerima tetamu
bersih dan menarik

Kawasan laluan dan Papan Buletin


a) Lantai dalam keadaan bersih dan kering
b) Papan buletin kemas dan mengikut perkembangan
semasa
c) Nama guru dan nama kanak-kanak ditampalkan di
pintu bilik darjah.
d) Dinding bersih dan jika ada bahan ditampalkan perlu
dalam keadaan kemas.

Ruang Membersihkan Diri


a) Peralatan yang diperlukan ada di tempatnya
b) Penyucian harian dijalankan.
c) Lantai bersih dan kering.
d) Alat pengepam air berkeadaan baik
e) Sink bersih dan kering.
f)

Sabun dan alat-alat


diakses

membersihkan diri mudah

Tidak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 95

Bilik Darjah
a) Perabut bersih dan berada di lokasi yang sepatutnya
b) Hiasan dinding menarik dan berfungsi.
c) Mainan dan alat pembelajaran bersih dan berada di
tempatnya.
d) Tempat menyimpan barang kanak-kanak dilabelkan
e) Barang-barang guru kemas.
f)

Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan dan selalu


ditukar

g) Bahan-bahan yang merbahaya disimpan dengan baik


h) Gambar atau poster di paras penglihatan kanakkanak.
6

Dapur
a) Barang-barang yang tidak digunakan disimpan.
b) Barang basah di simpan di peti sejuk.
c) Barang kering disusun kemas.
d) Lantai bersih dan kering
e) Sink dan dapur bersih

Taman Permainan
a) Alatan permainan dalam keadaan selamat
b) Rumput telah dipotong.
c) Tiada bahan-bahan yang boleh mencederakan.
d) Bebas daripada najis binatang dan serangga yang
menyengat.
e) Pintu pagar sentiasa tertutup.

Suasana
a) Kanak-kanak ketawa/gembira/ceria/santai
b) Kanak-kanak berkomunikasi dengan orang dewasa
tanpa rasa takut
c) Suara kakitangan mesra dan tidak dibuat-buat
d) Kakitangan menggunakan bahasa yang standard
e) Memanggil kanak-kanak menggunakan nama
f)

Tidak bebual sesame orang dewasa di depan kanakkanak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 96

g) Memuji atau memberi galakan kepada kanak-kanak


h) Sentiasa bermanis muka

Sediakan satu pelan yang komprehensif bagi pelan ruang yangmenempatkan peralatan di sebuah taska
ataupun tadika.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 97

Penyelengaraan Peralatan

Panduan pembelian

Apabila membeli peralatan beberapa kriteria perlu difikirkan. Antaranya ialah samada peralatan
yang dibeli itu mempunyai;
1. pelbagai kegunaan
2. keselamatan
3. ketahanan
4. kesesuaian dengan tahap perkembangan
5. mudah dibersihkan
6. menarik.
7. menurut objektif program.

Jenis - jenis peralatan

Peralatan permulaan

Apabila sesebuah pusat prasekolah dibuka, pelbagai peralatan diperlukan untuk memulakan
perniagaan. Peralatan-peralatan ini memerlukan belanja yang besar. Bagi menjimatkan
perbelanjaan pembelian peralatan yang telah digunakan boleh dilakukan akan tetapi kadangkadang kualiti barangan ini agak meragukan. Terpulanglah kepada pengusaha membuat
keputusan samada membeli barangan yang baru ataupun barangan yang telah digunapakai.
Apapun pusat prasekolah perlulah lengkap sebelum operasi perniagaan bermula. Antara
peralatan yangyang diperlukan sebelum memulakan perniagaan adalah;

Peralatan
1

Ruang Tamu
a) Kaunter
b) Set Sofa

Bilangan diperlukan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 98

Bilik darjah
a) Rak buku
b) Papan Buletin
c) Rak menyimpan alat
d) Kerusi kanak-kanak
e) Meja tulis
f)

Papan putih

g) Jam
h) Meja Guru
i)

Kerusi Guru

j)

Meja computer

k) Tong sampah
4

Ruang Dapur
a) Dapur
b) Peti sejuk
c) Tempat menyimpan makanan kering
d) Tempat menyimpan pinggan mangkuk
e) Pinggan mangkuk
f)

Alatan memasak

g) Tong sampah
5

Bilik Mandi/Tandas
a) Tandas yang sesuai dengan kanak-kanak
b) Sink yang sesuai dengan ketinggian kanak-kanak
c) Tempat berus gigi dan sabun
d) Penyangkut tuala

Pejabat
a) Peti besi
b) Meja
c) Kerusi
d) Rak Fail
e) Jam
f)

Alat Penimbang

g) Alat Pemadam Api


h) Peti Kecemasan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 99

i)

Alat Tulis

j)

Alat Telekomunikasi

Peralatan elektronik
a) Komputer
b) Televisyen
c) CD Player
d) Kamera
e) Alat Perakam

Peralatan Fizikal
a) Bola
b) Jungle Jim
c) Buaian
d) Papan gelongsor
e) Papan jongkang jongkit
f)

Bean Bag

g) Tunnel
h) Hoop
i)

CD untuk pergerakan kreatif

j)

Tempat main pasir

k) Tempat main air


l)
9

Basikal

Peralatan kognitif
a) Manik
b) Alat Pengira
c) Games
d) Kad
e) Tali
f)

Pita pengukur

g) Pembaris
h) Penimbang
i)

Penyodok

j)

Bekas pelbagai saiz

k) Penimbang
l)

Akuarium plastic

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 100

m) Kanta pembesar
n) Pendulum
10

Peralatan Bahasa
a) Buku Cerita daripada pelbagai genre
b) Kertas pelbagai saiz,
c) Pelbagai alatan menulis seperti pensil, pen, pewarna.
d) Huruf ABC dan nombor bermagnet
e) Stensil huruf dan nombor.
f)

11

Boneka

Peralatan Membina
a) Bongkah
b) Lego
c) Mainan yang memerluka pemasangan

12

Peralatan kreatif
a) Apron
b) Warna
c) Berus
d) Tanah Liat
e) Gunting kertas warna
f)

Gam

g) Krayon
13

Peralatan dramatik
a) Anak patung
b) Patung binatang
c) Perabut permainan
d) Alat memasak
e) Set Doktor
f)

Set Polis

g) Baju
h) Beg tangan Kasut

Berdasarkan peralatan dirajah di atas buat refleksi tentang kecukupan peralatan di tempat anda
bertugas.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 101

Pengurusan Penyelengaraan
Barang-barang yang telah dibeli harus ditentukan lokasinya tersendiri. Oleh itu satu
rekod inventori perlu diadakan bagi memudahkan pengurus mengetahui apakah
barang-barang yang telah ada, lokasinya, keadaan barangan tersebut samada hilang,
rosak atau dalam pembaikan. Buku rekod boleh dibahagikan kepada dua iaitu rekod
bagi peralatan yang dibeli sekali sahaja, buku rekod bagi peralatan yang kerap dibeli
seperti peralatan pengajaran dan pembelajaran.
Penyelenggaraan yang baik adalah dengan memastikan setiap peralatan berada di
tempat yang sepatutnya dan dalam keadaan bersih dan tersusun. Jika ada sedikit
kerosakan keluarkan peralatan tersebut untuk segera diperbaiki agar ianya tidak
menjadi lebih teruk lagi. Adakan sebuah bilik penyimpan barang agar barang yang tidak
diperlukan buat masa itu disimpan dahulu di tempat penyimpan barang. Ini kerana jika
terlalu banyak barang di dalam bilik darjah akan mengelirukan kanak-kanak dan akan
menyusahkan guru dalam menguruskannya. Pastikan terdapat khidmat selepas belian
bagi barangan-barangan elektronik supaya jika berlaku kerosakan barangan tersebut
dapat diperbaiki secara percuma.

Contoh Borang Inventori :


Tarikh

Peralatan

No Siri

Harga

Lokasi

Catatan

beli

Contoh pengurusan ruang


Keluasan Ruang Lantai Minimum

Tadika Keluasan ruang lantai minimum bagi Tadika yang beroperasi sama ada di tapak
khas/bangunan khas, bangunan berintegrasi, tempat kerja, institusi dan kawasan
kediaman (sekiranya perlu, dengan syarat yang ditetapkan) adalah 1,786kp (166mp)
seperti di Jadual 1.0

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 102

Keluasan Ruang Lantai Minimum Tadika

Perkara

Komponen dan Keluasan (kp/mp)

Keluasan Ruang Lantai Minimum


i.

Keluasan

per

kanak-kanak

:15kp(1.4mp)x 25org = 375kp(35mp)


ii. Dapur = 48kp(4.5mp)
iii. Tandas = 65kp(6mp)
iv. Bilik Kakitangan = 218kp(20mp)
v. Stor = 70kp(6.5mp)
vi. Laluan = 210kp(20mp)
Jumlah = 986kp(92mp)

Kawasan lapang/ruang permainan dan Kawasan


tempat letak kereta minimum

lapang/ruang

permainan

538kp(50mp) Tempat letak kereta : 2


TLK x 130kp(12mp) = 260kp(24mp)
(2.4m x 4.8m)

Jumlah = 800kp(74mp)

Jumlah kawasan keseluruhan

1,786kp (166mp)

Nota:
i. Keperluan keluasan minimum 1.4mp (15kp) bagi setiap kanak-kanak.
ii. Anggaran maksimum 25 kanak-kanak per kelas.
iii. Keperluan TLK adalah mengikut Garis Panduan Tempat Letak Kereta(TLK) JPBD SM.
iv. Keperluan kawasan lapang mengikut Garis Panduan Kawasan Lapang JPBD SM.
v. 1 tandas setiap 10 orang kanak-kanak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 103

Pencahayaan dan Pengudaraan Semula jadi

Reka bentuk Tadika dan TASKA perlulah mengambil kira aspek pencahayaan dan
pengudaraan semula jadi khususnya pada bangunan baru yang hendak dibina seperti mana
yang dinyatakan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 dan juga kehendakkehendak Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Tiap-tiap bilik yang direkabentuk sebagai kelas hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan
dan pengudaraan semula jadi. Ini dibuat melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai
jumlah keluasan tidak kurang daripada 20% daripada keluasan lega lantai bilik. Selain itu, ia
hendaklah juga mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secarabebas
dan tidak terganggu, yang tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai itu.

Material dan Kemasan Dalaman

Material dan kemasan dalaman bangunan hendaklah dari bahan yang tidak membahayakan
dan selamat digunakan, contohnya, bilik air hendaklah dibina dengan lantai yang tidak
menakung air dan daripada material yang tidak licin. Kemudahan yang disediakan juga perlulah
mengikut had ketinggian yang bersesuaian untuk kegunaan kanak-kanak.

Kemasan binaan dan kemudahan yang disediakan perlulah peka terhadap keperluan dan
keselamatan kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 104

Pengurusan ruang dapur

Ruang Dapur
Keluasan ruang yang selesa bagi pembantu
menjalankan tugas mereka dengan selesa;
Ketinggian silingnya tidak kurang daripada 2.7 meter
(9 kaki) dari lantai;
Mempunyai meja untuk penyediaan makanan;
ruang memasak selesa;
Exhaust fan ada dipasang; dan
Sinki mangkuk ganda dua jenis keluli tahan karat
digunakan.

Tempat untuk mengeringkan pinggan mangkuk dan


peralatan dapur hendaklah disediakan.

Ruang Makan.

Ruang makan perlu ada dan lengkap dengan kerusi


dan meja makan;

Keluasan ruang makan mengikut kesesuaian


bangunan;

Lokasi ruang makan berada jauh dari tandas; dan

Ruang Rehat perlu disediakan untuk kanak-kanak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 105

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TADIKA/TASKA


Keluasan Ruang Lantai Minimum

a. Tadika Keluasan ruang lantai minimum bagi Tadika yang beroperasi sama ada di tapak
khas/bangunan khas, bangunan berintegrasi, tempat kerja, institusi dan kawasan
kediaman (sekiranya perlu, dengan syarat yang ditetapkan) adalah 1,786kp (166mp)
seperti di Jadual 1.0

Jadual 1.0: Keluasan Ruang Lantai Minimum Tadika

Perkara

Komponen dan Keluasan (kp/mp)

Keluasan Ruang Lantai Minimum


i.

Keluasan

per

kanak-kanak

:15kp(1.4mp)x 25org = 375kp(35mp)


ii. Dapur = 48kp(4.5mp)
iii. Tandas = 65kp(6mp)
iv. Bilik Kakitangan = 218kp(20mp)
v. Stor = 70kp(6.5mp)
vi. Laluan = 210kp(20mp)
Jumlah = 986kp(92mp)

Kawasan lapang/ruang permainan dan Kawasan


tempat letak kereta minimum

lapang/ruang

permainan

538kp(50mp) Tempat letak kereta : 2


TLK x 130kp(12mp) = 260kp(24mp)
(2.4m x 4.8m)

Jumlah = 800kp(74mp)

Jumlah kawasan keseluruhan

1,786kp (166mp)

Nota:
i. Keperluan keluasan minimum 1.4mp (15kp) bagi setiap kanak-kanak.
ii. Anggaran maksimum 25 kanak-kanak per kelas.
iii. Keperluan TLK adalah mengikut Garis Panduan Tempat Letak Kereta(TLK) JPBD SM.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 106

iv. Keperluan kawasan lapang mengikut Garis Panduan Kawasan Lapang JPBD SM.
v. 1 tandas setiap 10 orang kanak-kanak

Pencahayaan dan Pengudaraan Semula jadi

Reka bentuk Tadika dan TASKA perlulah mengambil kira aspek pencahayaan dan
pengudaraan semula jadi khususnya pada bangunan baru yang hendak dibina seperti mana
yang dinyatakan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 dan juga kehendakkehendak Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Tiap-tiap bilik yang direkabentuk sebagai kelas hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan
dan pengudaraan semula jadi. Ini dibuat melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai
jumlah keluasan tidak kurang daripada 20% daripada keluasan lega lantai bilik. Selain itu, ia
hendaklah juga mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secarabebas
dan tidak terganggu, yang tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai itu.

Material dan Kemasan Dalaman


Material dan kemasan dalaman bangunan hendaklah dari bahan yang tidak membahayakan
dan selamat digunakan, contohnya, bilik air hendaklah dibina dengan lantai yang tidak
menakung air dan daripada material yang tidak licin. Kemudahan yang disediakan juga perlulah
mengikut had ketinggian yang bersesuaian untuk kegunaan kanak-kanak.

Kemasan binaan dan kemudahan yang disediakan perlulah peka terhadap keperluan dan
keselamatan kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 107

\
PENGURUSAN RUANG DAPUR DAN RUANG MAKAN TADIKA DAN TASKA
Ruang Dapur
Keluasan ruang yang selesa bagi pembantu menjalankan tugas mereka dengan selesa;
Ketinggian silingnya tidak kurang daripada 2.7 meter
(9 kaki) dari lantai;
Mempunyai meja untuk penyediaan makanan;
ruang memasak selesa;
Exhaust fan ada dipasang; dan
Sinki mangkuk ganda dua jenis keluli tahan karat
digunakan.

Tempat untuk mengeringkan pinggan mangkuk dan


peralatan dapur hendaklah disediakan.

Ruang Makan.

Ruang makan perlu ada dan lengkap dengan kerusi


dan meja makan;

Keluasan ruang makan mengikut kesesuaian


bangunan;

Lokasi ruang makan berada jauh dari tandas; dan

Ruang Rehat perlu disediakan untuk kanak-kanak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 108

Apakah kesan yang akan menimpa ke atas pusat taska atau tadika sekiranya ia diketuai oleh orang
yang tidak komited dengan tugasnya.

TUGASAN

Kumpulan anda dikehendaki membuat senarai barangan yang


diperlukan bagi membuka sebuah tadika yang mengandungi kelas
untuk 4 tahun dan lima tahun. Senaraikan barangan yang diperlukan
dan jumlah bilangannya.

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 109

UNIT 10

PROGRAM-PROGRAM BERKALA

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Mengenalpasti jenis program berkala.
2. Memahami tujuan sesuatu aktiviti dijalankan.
3. Merancang panduan pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

PENGENALAN

Setiap program perlu merancang aktiviti yang berkala bagi sepanjang tahun. Ini bagi
memudahkan guru-guru merancang dan membuat persediaan bagi aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan. Bagi pihak pengurusan pula perlu tahu aktiviti yang dirancangkan agar mudah
untuk membuat perancangan bajet bagi aktiviti-aktiviti tersebut.

ISI KANDUNGAN

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti berkala perlu dijalankan oleh pusat tadika dan taska. Antaranya
seperti hari pendaftaran
Hari pendaftaran

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 110

Hari pendaftaran adalah hari di mana ibu bapa mendaftarkan kemasukan anak-anak
mereka ke tadika. Hari pendaftaran boleh dijalankan di hari pertama persekolahan ataupun
pada tarikh yang lebih awal tanpa melibatkan kanak-kanak. Ini kerana pada hari pendaftaran
ini pihak pengurusan akan dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ibu bapa serta
mendapatkan maklumat mengenai harapan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka di
tadika. Perbincangan di antara pihak pengurusan dan ibu bapa dapat dijalankan semasa hari
pendaftaran.

Tujuan hari pendaftaran.

1. Mendaftar kemasukan kanak-kanak ke tadika.


2. Memberi maklumat mengenai falsafah tadika dan program yang dijalankan
3. Mengetahui harapan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak di tadika.
4. Membina hubungan dengan ibubapa.
5. Menerima pembayaran daripada ibu bapa
6. Mengisi profil setiap kanak-kanak
7. Menyelesaikan masalah dari segi penghantaran dan pengambilan kanak-kanak.
8. Mengambil perhatian mengenai masalah kesihatan dan pemakanan kanak-kanak.

Panduan pelaksanaan hari pendaftaran

1. Surat atau kain rentang mengenai hari pendaftaran untuk memaklumkan kepada ibu bapa
mengenai hari tersebut.
2. Nyatakan juga masa dan aturcara program.
3. Nyatakan maklumat-maklumat yang perlu dibawa bersama.
4. Nyatakan samada perlu atau tidak membawa kanak-kanak.
5. Buat persediaan rekod yuran dan rekod profil murid.
6. Beri penerangan kepada kakitangan mengenai tatacara melayani ibu bapa.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 111

Minggu Orientasi

Minggu orientasi diadakan pada minggu pertama persekolahan bagi mendedahkan


kanak-kanak kepada suasana di tadika.

Tujuan Minggu Orientasi

1. Menghilangkan rasa gementar di tempat dan suasana yang baru bagi kanak-kanak.
2. Membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rutin dan aktiviti di tadika.
3. Supaya kanak-kanak dapat mengenali dengan lebih dekat rakan-rakan baru dan juga
kakitangan tadika.

Panduan pelaksanaan minggu orientasi

1. Buat perancangan bersama guru kelas mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
2. Pastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menarik dan menyeronokkan kanak-kanak.
3. Ambil ingatan terhadap ibu bapa yang masih menunggu kanak-kanak semasa minggu
orientasi.
4. Langkah-langkah bagi menghadapi kanak-kanak yang masih enggan berpisah dengan ibu
bapa.
5. Perkenalkan rutin harian kepada kanak-kanak seperti membaca doa, lagu kebangsaan,
circle time, waktu makan, transisi dan waktu beraktiviti, aktiviti berkumpulan, cara
pergerakan dari satu tempat ke satu tempat dan lain-lain.
6. Tanamkan rasa kepercayaan kanak-kanak terhadap guru dan kakitangan serta program. Ini
dapat membantu kanak-kanak menghilangkan rasa takut mereka terhadap tadika.
7. Timbulkan minat terhadap aktiviti-aktiviti tadika agar kanak-kanak akan suka untuk datang
ke tadika.

Sambutan hari jadi

Hari jadi adalah hari yang istimewa bagi setiap kanak-kanak. Adalah amat bermakna
sekiranya hari ini diraikan bersama-sama dengan rakan-rakan.

Sambutan boleh diadakan

setiap tiga bulan, iaitu beberapa orang kanak-kanak yang harijadinya jatuh pada bulan tersebut

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 112

diraikan bersama-sama. Nyanyikan lagu selamat hari jadi kepada mereka dan rancangkan
majlis harijadi yang ceria.

Tujuan sambutan hari jadi

1. Meraikan hari istimewa setiap individu.


2. Memperkukuhkan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.
3. Mendidik kanak-kanak yang lain untuk menghargai rakan-rakan yang menyambut hari jadi.
4. Menunjukkan kepada ibu bapa yang pihak tadika menyayangi dan menghargai anak-anak
mereka.
5. Menunjukkan kepada kanak-kanak yang mereka amat bermakna kepada kakitangan tadika
dan juga rakan-rakan.

Panduan mengadakan majlis hari jadi

1. Maklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dengan majlis hari jadi tentang hari
sambutan tersebut.
2. Tanya ibu bapa samada mereka akan menyumbang kek, makanan lain atau cenderahati
untuk kanak-kanak yang lain.
3. Jemput ibu bapa untuk hadir bersama-sama bagi meraikan majlis tersebut.
4. Sediakan juga aktiviti-aktiviti yang menarik semasa sambutan hari jadi tersebut.
5. Rancangkan aturcara dengan teliti agar majlis berjalan dengan lancar dan menyeronokkan
kanak-kanak.
6. Libatkan juga ibu bapa di dalam majlis harijadi tersebut.
7. Hiasi tempat majlis diadakan agar nampak ceria dan menaikkan suasana sambutan
tersebut.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 113

Sukan Tahunan

Sukan tahunan diadakan sekali setahun sebagai kemuncak aktiviti tahunan di sekolah.

Tujuan diadakan sukan tahunan

1. Dapat menunjukkan kebolehan sesebuah tadika menganjurkan sesebuah acara dengan


jayanya.
2. Menggalakkan aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal di kalangan kanak-kanak.
3. Menonjolkan kebolehan kanak-kanak beraktiviti secara berkumpulan.
4. Memperlihatkan kebolehan kanak-kanak memahami aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
5. Memperlihatkan kemampuan guru melatih dan menjalankan aktiviti-aktiviti sukan.
6. Memperlihatkan kerjasama di antara kakitangan tadika, kanak-kanak dan ibu bapa dalam
menjayakan acara sukan tahunan.
7. Merapatkan hubungan dengan ibu bapa dan mendapatkan kepercayaan mereka terhadap
kebolehan pihak tadika.

Panduan pelaksanaan acara sukan tahunan.

1. Buat perancangan teliti bersama guru dan kakitangan mengenai aturcara dan aktiviti sukan
yang akan dijalankan.
2. Buat kad jemputan kepada ibu bapa bagi memaklumkan kepada mereka tentang hari sukan
yang akan diadakan.
3. Minta kerjasama ibu bapa bagi melibatkan diri dalam menguruskan sukan tahunan tersebut.
4. Jika keadaan kewangan tidak berapa menggalakkan, minta sumbangan atau tajaan
daripada pihak-pihak tertentu.
5. Rancang acara-acara sukan yang akan dijalankan dan buat latihan dengan kanak-kanak
agar mereka benar-benar faham tentang acara tersebut.
6. Bagi memastikan setiap acara berjalan lancar lantik pengurus peserta bagi menyediakan
kanak-kanak sebelum acara bermula.
7. Sediakan makanan dan minuman bagi hari tersebut.
8. Rancangkan agar kesemua kanak-kanak akan menerima hadiah tidak kira yang kalah
ataupun yang menang.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 114

9. Pastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat dan terkawal semasa acara sukan dijalankan.
10. Sentiasa bersedia bagi kes-kes kecemasan dan adakan juga pelan tindakan jika
kemalangan berlaku.
11. Pastikan juga acara sukan tidak terlalu lama kerana kanak-kanak tidak akan dapat bertahan
untuk jangkawaktu yang lama.

Konsert Kanak-kanak.

Konsert kanak-kanak adalah acara yang berkaitan dengan bakat kanak-kanak dalam
pertunjukan pentas. Tadika yang berjaya mengadakan konsert kanak-kanak ini dengan baik
akan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat. Ia akan dianggap sebagai tempat
pendidikan yang baik berdasarkan kemampuan pihak tadika melatih kanak-kanak sehingga
mempunyai keyakinan diri mempamerkan bakat mereka di pentas.

Tujuan konsert kanak-kanak

1. Mencungkil bakat kanak-kanak


2. Memberi peluang kepada kanak-kanak membuktikan kebolehan diri mereka sendiri.
3. Menanam keyakinan diri yang tinggi di kalangan kanak-kanak.
4. Mendapatkan

pengiktirafan

daripada

masyarakat

yang

tadika

tersebut

adalah

berkemampuan dalam mendidik kanak-kanak.


5. Mendapat kepercayaan dan penghargaan daripada ibu bapa yang bangga dengan
kebolehan anak-anak mereka.
6. Memberi keyakinan kepada kakitangan akan kebolehan mereka sendiri.

Panduan pelaksanaan

1. Beri peluang kepada semua kanak-kanak untuk melibatkan diri.


2. Pelbagaikan bentuk persembahan agar tidak menjemukan.
3. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk beraksi secara berkumpulan bagi yang pemalu.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 115

4. Beri peluang kepada kepada yang mampu untuk berindividu untuk beraksi secara solo.
5. Latih kanak-kanak mengikut kumpulan.
6. Masa latihan yang terlalu panjang akan membosankan mereka.
7. Jangan memaksa kanak-kanak untuk melakukan sesuatu jika mereka tidak mahu
melakukannya.
8. Mulakan latihan lebih awal supaya guru dan kanak-kanak tidak rasa tertekan jika
persembahan masih tidak sempurna.
9. Terima persembahan kanak-kanak seadanya, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.
10. Ibu bapa akan faham jika ada terdapat beberapa kecacatan semasa persembahan
berlangsung.
11. Kanak-kanak, ibu bapa dan kakitangan patut rasa seronok semasa latihan dan
persembahan berlangsung.

Hari Konvokesyen

Hari konvenkesyen adalah hari yang menjadi penutup perjalanan kanak-kanak di tadika.
Ia diadakan di akhir tahun persekolahan kanak-kanak.

Tujuan hari konvokesyen

1. Meraikan tamatnya pengajian kanak-kanak di tadika.


2. Biasanya hanya kanak-kanak 6 tahun sahaja yang akan memakai jubah dan menerima sijil.
3. Kanak-kanak yang masih muda boleh berada di majlis sebagai rangsangan kepada mereka
untuk meneruskan pengajiam mereka.
4. Ianya menjadi petanda kepada kanak-kanak 6 tahun yang mereka telah bersedia ke darjah
satu.
5. Menjadi lambang kejayaan sesebuah tadika mendidik kanak-kanak sehingga berjaya.

Panduan pelaksanaan hari konvokesyen

1. Rancang atur cara yang akan diadakan dengan baik.


2. Rancangkan juga jamuan bersama kanak-kanak dan ibu bapa.
3. Adakan seorang jurugambar professional agar gambar yang ditangkap berkualiti dan ibu
bapa boleh membeli gambar tersebut daripada tadika.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 116

4. Ingatkan kepada ibu bapa yang mereka tidak dibenarkan mengambil gambar semasa acara
konvokesyen kerana gambar akan diambil oleh jurugambar tadika dan juga untuk
mengelakkan majlis menjadi kelam kabut.
5. Adakan satu dua persembahan daripada kanak-kanak.
6. Akhiri acara dengan nyanyian beramai-ramai daripada kanak-kanak 6 tahun.
7. Serahkan rekod perkembangan kanak-kanak dan juga barangan peribadi mereka kepada
ibu bapa pada hari tersebut.
Lawatan

Acara lawatan adalah acara yang selalu dinanti-nantikan oleh kanak-kanak tadika.
Adakan lawatan dua kali setahun. Lawatan boleh diadakan di pusat sains, zoo, taman burung,
tepi laut atau tasik dan lain-lain tempat menarik, yang berkaitan dengan apa yang mereka
pelajari di tadika.

Tujuan diadakan lawatan

1. Untuk memberikan pengalaman baru kepada kanak-kanak.


2. Bagi merealisasikan apa yang mereka pelajari dalam bentuk pengalaman sebenar (handson)
3. Dapat mengembirakan kanak-kanak.

Panduan pelaksanaan lawatan.

1. Rancang lawatan diawal tahun lagi supaya perbelanjaan lawatan tersebut telah dimasukkan
ke dalam yuran pendaftaran.
2. Maklumkan kepada ibu bapa tentang lawatan tersebut.
3. Ambil insuran bagi melindungi kanak-kanak semasa lawatan berjalan.
4. Minta kerjasama ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan dan membantu menjaga
kanak-kanak semasa lawatan.
5. Fikirkan langkah-langkah keselamatan semasa lawatan.
6. Letakkan beberapa orang kanak-kanak tertentu di bawah penjagaan seorang dewasa bagi
memastikan mereka sentiasa diawasi sepanjang lawatan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 117

7. Hubungi tempat lawatan lebih awal bagi memaklumkan kedatangan rombongan dan minta
diskaun untuk tiket masuk secara berkumpulan.
8. Adakan lawatan pada hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan tempat lawatan.
9. Bawa makanan dan air secukupnya untuk kanak-kanak.
10. Jangan berjalan terlalu laju dan tergesa-gesa untuk menyelesaikan lawatan kerana kanakkanak memerlukan masa untuk menyerap persekitaran yang baru.
11. Berikan nombor telefon guru yang bertugas kepada ibu bapa bagi memudahkan ibu bapa
menghubungi bagi mengetahui waktu kepulangan kanak-kanak.
12. Gunakan pakaian seragam bagi kanak-kanak dan orang dewasa bagi memudahkan
pengenalan diri dan pengurusan semasa lawatan.
13. Bantu kanak-kanak membeli barangan kerana mereka masih tidak mampu menguruskan
wang mereka sendiri.

TUGASAN

Dalam kumpulan rancangan aktiviti berkala yang akan diadakan


sepanjang tahun beserta aturcara yang lengkap dan implikasi
kewangan bagi setiap acara.

RUJUKAN

Decker, C.A & Decker, J.R. (2001). Planning and Administering Early
Childhood Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.
Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 118

& Procedures. USA: Prentice Hall.


Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 119

UNIT 11

PERHUBUNGAN DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Memahami kepentingan penglibatan ibu bapa dalam program tadika.
3. Merancang perjumpaan dengan ibu bapa.
4. Menyediakan buku panduan ibu bapa.
5. Menilai hubungan ibu bapa dengan komuniti.

PENGENALAN

Ibu bapa adalah pelangan bagi sesebuah pusat tadika. Daripada merekalah sesebuah tadika
mendapat sumber kewangannya. Oleh itu amatlah wajar sesebuah pusat tadika membuat
perancangan bagi menjalinkan hubungan dengan ibu bapa kanak-kanak. Ini kerana hubungan
yang baik antara pihak tadika dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan memberi
manafaat yang positif kepada pihak tadika itu sendiri.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 120

ISI KANDUNGAN

Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Program Prasekolah

1. Penglibatan ibu bapa di dalam program prasekolah akan dapat meningkatkan peranan
keibubapaan,

menambah

pengetahuan

tentang

perkembangan

kanak-kanak

dan

mempertingkatkan kefahaman terhadap rumah sebagai persekitaran bagi pembelajaran


kanak-kanak.
2. Ibu bapa yang terlibat secara langsung akan menyokong perkembangan kanak-kanak
apabila berada di rumah dan juga memberikan sokongan terhadap persekolahan kanakkanak.
3. Ibu bapa yang terlibat secara tidak langsung tetapi menunjukkan minat terhadap program
prasekolah

akan

menggalakkan

perkembangan

sifat

kendiri

kanak-kanak

dan

mengurangkan masalah disiplin di rumah mahupun di sekolah.

Cara Penglibatan Ibu Bapa


Di antara cara-cara yang dicadangkan bagi melibatkan ibu bapa dalam program prasekolah
adalah;
Menghadiri mesyuarat ibubapa dan guru.

Menjadi pembantu guru secara sukarela.

Membantu guru semasa lawatan.

Membacakan buku kepada kanak-kanak.

Menyanyi lagu kepada kanak-kanak.

Menunjukkan sesuatu dari kebudayaan masing-masing.

Mengutip derma bagi projek kelas.

Sebagai ahli komuniti.

Memberi ceramah mengenai profession masing-masing.

Melibatkan diri dengan aktiviti yang perlu dilakukan di rumah.

Mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh program.

Bergotong royong.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 121

Memberi sumbangan.

Sentiasa mengambil berat mengenai perkembagan kanak-kanak.

Dapatkan satu model penglibatan ibu bapa dalam program sekolah daripada mana-mana laman web
yang sesuai dan terangkan bagaimana model bolrh dilaksanakan.

Rajah 11.1 Kanak-kanak, Keluarga dan Komuniti saling bergantung

Kanak-kanak

Komuniti

Keluarga

Teori Konteks
Teori konteks menyentuh interaksi antara faktor biologi dan persekitaran yang
mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan manusia dalam sesuatu konteks. Antara
tokoh yang mengkaji lapangan ini adalah Urie Bronfenbrenner

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 122

Teori Konteks Bronfrenbrenner

Teori ini diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917 sehingga sekarang) yang
mengaplikasikan konsep sains ekologi berbentuk lapisan bulatan yang masing-masing
mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Teori Bioekologikal oleh Urie Bronfenbrenner
Penglibatan keluarga dalam penjagaan awal dan pendidikan awal kanak-kanak. Teori ini
menekankan perkembangan mental, bioekologikal clan pengaruh persekitaran yang
berinteraksi terhadap pertumbuhan kanak-kanak. Sistem persekitaran untuk memahami
kesan terhadap tingkahlaku dan perkembangan kanak-kanak. Beliau mengemukakan 5
sistem persekitaran. 5 tahap dalam perkembangan ini iaitu:

Mikrosistem
Persekitaran hidup individu atau sekelilingnya seperti rumah, sekolah dan komuniti.
Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada ayang ada di depan
mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung clan teknologi, struktur
persekitaran serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan
adik beradik. Stuktur asas utama, mikrosistem merujuk kepada aktiviti dan hubungan
dengan pengalaman penting yang lain oleh kanak-kanak khasnya dalam kelompok kecil
seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat.

Keluarga adalah kumpulan kecil yang membekalkan pendidikan, kasih sayang dan
pelbagai peluang. Ini adalah golongan kecil kanak-kanak yang mempunyai kesan penting
dalam pembangunan. Berdasarkan kepada Garbarino (1922), kanak-kanak yang tidak
mempunyai pendidikan yang cukup kasih sayang seperti seseorang yang membesar
dalam kekasaran keluarga yang huru-hara mungkin mempunyai masalah pembangunan.
Selain itu, kanak-kanak yang tidak mempunyai peluang dalam memanupulasi objek,
kelakuan yang diingini, aktiviti awal atau disedahkan dengan persekitaran yang tidak sihat
semasa meraka sampai di sekolah. Keburukan awal ini akan hilang dan lebih
memburukkan kanak-kanak ini berkembang melalui sekolah, kurangnya campur tangan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 123

seperti

yang

disediakan

oleh

sesetengah

program

penjagaan

kanak-kanak,

mengubahsuai peluang yang ada di rumah clan di sekolah.

Sekolah adalah mikrosistem di mana secara rasminya kanak-kanak mempelajari tentang


masyarakat mereka. Sekolah mengajar membaca, menulis, mengira, sejarah, sains dan
sebagainya. Guru menerapkan pelbagai pengembangan kemahiran berfikir dan kelakuan
yang dilakukan sebagai contoh model dan dengan memberikan motivasi kepada kanakkanak untuk berjaya dalam pembelajaran.

Rakan sebaya adalah kumpulan di mana secara umumnya kanak-kanak dikawal oleh
orang dewasa, sebaliknya menguasai pengalaman dengan sendiri. Dalam situasi ini
kanak-kanak dapat merasai siapa diri meraka dan apa yang meraka lakukan dengan
menggabungkan diri meraka dengan yang lain. Golongan ini mewujudkan persahabatan
dan sokongan seperti sumber dan pengalaman dalam kerjasama dan mengambil berat

Komuniti atau jiran dalam skala kecil adalah mikrosistem utama di mana kanakkanak
belajar untuk membuat sesuatu. Kemudahan yang didapati untuk kanak-kanak
menentukan apa yang sebenar meraka alami. Media sebagai contoh televisyen, filemfilem, video-video, buku-buku, majalah-majalah, muzik dan komputer tidak berkenaan
sebagai mikrosistem Bronfenbrenner kerana meraka tidak mewakili kumpulan yang kecil
dan interaktif untuk interaksi yang timbal balik. Walau bagaimanapun saya menyedari
bahawa media menjadi kepentingan sosial sebagai mikrosistem hanya untuk penerangan
kerana meraka memberikan kumpulan di mana kanak-kanak dapat meneliti seluruh dunia,
semalam hari ini dan akan datang, tempat-tempat dan benda-benda; peranan dan
hubungan, sikap dan nilai-nilai, kelakuan untuk diikuti. Banyak siaran televisyen
mempunyai keupayaan interaktif

Tambahan pula, kerana komputer adalah interaktif dan boleh menggabungkan dengan
mana-mana media, meraka memberikan potensi dalam perhubungan (emel, kumpulan
berbual, telefon selular dan sebagainya). Pembangunan kanak-kanak boleh menyebabkan
golongan pemerhati yang bukan hanya oleh hubungan dengan orang lain dalam keluarga,
sekolah, rakan sebaya masyarakat di antara anggota dalam sesebuah ekosistem.
Contohnya hubungan bapa dan ibu boleh menyebabkan penjagaan terhadap kanakkanak. Jika bapa adalah penyokong yang beremosi kepada ibu, ibu perlu lebih mendalami

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 124

dan mempunyai lebih interaksi yang positif dengan anak-anak. Contoh lain persembahan
kanak-kanak dalam kelas adalah sebagai fungsi samada guru bercakap dengan adik
beradik yang lebih tua dengan kanakkanak tersebut dan tahu tentang persembahan adik
beradik itu. Guru yang bercakap melampaui kakak abang kanak-kanak ini perlu
mempunyai jangkaan yang tinggi kepada adik beradik yang muda. Adik yang muda, ikut
giliran adalah lebih sesuai untuk dijangka.

Mesosistem
Hubungan antara elemen dalam mikrosistem. Struktur asas kedua, mesosistem (meso
bermakna pertengahan) mengandungi kaitan clan menghubungkan di antara 2 atau lebih
mikrosistem kanak-kanak,seperti sebuah keluarga di sekolah atau keluarga dan rakan
sebaya. Hubungan 2 bentuk mikro sistem mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan
anak. Mesosistem juga merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang
lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak. Contohnya
bagaimana kanak-kanak bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan
alam persekolahan, pertama kali berpisah dengan keluarganya. Contoh kedua,
kemungkinan panggilan telefon dari sekolah membantu ibu bapa dalam memberi
perhatian kepada anak-anak mereka.

Kesan mesosistem ke atas kanak-kanak bergantung kepada bila dan dalam kualiti
hubungan. Bronfenbrenner (1979) menggunakan contoh kanak-kanak yang ke sekolah
bersendirian pada hari pertama. Ini bermakna hanya ada satu hubungan antara rumah
dan sekolah kanak-kanak itu. Di mana hubungan kecil antara rumah dan sekolah adalah
syarat nilai masyarakat, jangkaan dan pengalaman serta ada juga yang perlu cenderung
kepada akaemik kanak-kanak. Perbezaannya di mana semua hubungan ini kuat, is seperti
menunjukkan kecekapan dalam akademik.

Sebagai contoh dalam pengkajian longitunal berdasarkan remaja dari tahun terakhir
sekolah pertengahan melalui tahun pertama sekolah tinggi, pengkaji menemui hubungan
di antara pencapaian dalam akademik dan kesan hubungan keluarga clan sekolah. Bila
cara interaksi keluarga sama ada dengan sekolah dalam kedua-dua kumpulan
menerapkan penyertaan kanak-kanak; pencapaian dalam akademik meningkat. Dengan
demikian, lebih banyak hubungan dalam kualitatif atau hubungan di antara mikrosistem

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 125

kanak-kanak, lebih banyak kesan yang meraka dapat dari sosialisasi. Mesosistem,
seterusnya memberikan sokongan kepada aktiviti dalam mikrosistem. Contohnya bila
ibubapa menjemput kawan kepada anak-anak meraka ke rumah apabila ibu bapa
menerapkan anak-anak menyertai kelab-kelab tertentu, kumpulan atau golongan belia,
kesan sosial dari rakan sebaya lebih meningkat melalui sokongan ibubapa

Contoh lain kesan mesosistem dalam penapisan filem masyarakat boleh ditunjukkan
dalam teater tempatan, kesan dari media sebagai agen sosial dikurangkan kerana meraka
kekurangan

tajaan.

Walaubagaimanapun,

penapisan

mungkin

boleh

memotivasi

sesetengah individu untuk menonton filem clan kesan juga dapat ditingkatkan.
Ekosistem
Satu sistem yang diterima bukan secara langsung kepada individu, biasanya melalui
melalui bapa, atau keluarga. Menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang
mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana kanak-kanak
didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan
institusi sosial lain. Struktur asas ketiga, ekosistem merujuk kepada kumpulan di mana
kanak-kanak permintaannya adalah lebih tepat berbanding arahan diri, mereka melakukan
orientasi dalam cara hidup ibu bapa mereka berusaha untuk lebih mengawal berbanding
demokratif. Oleh yang demikian, sosiolisasi kanak-kanak adalah berubah. Apabila
komisen pembangunan bandar menyediakan langkah bebas menerusi negara jiran atau
corak isyarat udara ke atas sekolah, soialisasi kanak-kanak adalah disebabkan oleh
campur tangan dalam pembangunan pembelajaran.
Kajian dapat menunjukkan tidak aktif dalam sebarang penyertaan tetapi menyebabkan
salah satu mikrosistem. Contohnya tanggungjawab ibubapa, Majlis Bandar clan hubungan
sosial ibu bapa. Kesan ekosistem ke atas kanak-kanak adalah secara tidak langsung
menerusi mikrosistem. Sebagai contoh, apabila ibubapa bekerja dalam kumpulan, majikan
memberi kesan ke atas pembangunan kanak-kanak. Contohnya pendapatan ibubapa
yang rendah tergolong dalam kerja berdasarkan program membasmi kemiskinan juga
dapat ditunjukkan untuk meningkat prestasi sekolah clan keupayaan sosial kanak-kanak.
Bezanya cara hidup ibubapa yang berpendapatan tinggi dalam meningkatkan pergerakan
masyarakat di pinggir kota dapat dilihat untuk mempunyai anak-anak yang menampakkan
kadar hubungan yang tinggi dalam sesuatu yang ticlak dijangkakan dalam prestasi

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 126

sekolah clan keupayaan sosial negatif ( takut, tertekan, penderaan organ) sebagai
rekreasi untuk kewujudan tekanan.

Makrosistem
Budaya tempat individu hidup. Nilai dan kepercayaan terhadap budaya dan subbudaya
yang mempengaruhi kanak-kanak dan keluarga. Makrosistem adalah lapisan luar yang
menyentuh pengaruh hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar.
Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial, kepercayaan, ekonomi, politik, adat resam,
budaya perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa, dan subbudaya keluarga
kepada keluarga. Contohnya Budaya barat lebih individualitik berbanding dengan budaya
timur yang bersifat kolektif.

Struktur asas keempat, makrosistem mengandungi persatuan dan kebudayaan di mana


kepunyaan kanak-kanak dengan butir-butir berdasarkan kepada sistem kepercayaan,
gaya hidup, cerah interaksi sosial, dan perubahan hidup. Contoh makrosistem termasuk
United State, pertengahan kelas bawahan, Hispanic atau nenek moyang masyarakat Asia
masyarakat Katolik Judaisme di kawasan bandar dan pedalaman. Makrosistem dilihat
sebagai corak atau kumpulan arahan untuk ekosistem , mesosistem dan makrosistem.
Misalnya demokrasi adalah asas sistem kepercayaan United States yang mengandungi
makrosistem. Ideologi demokratik menyebabkan dunia ketiga, ekosistem. Contohnya
majikan tidak dapat mendiskriminasi secara menggaji. Ideologi demokratik disebabkan
oleh oleh cara komunasi antara sekolah dan keluarga, interaksi sekolah dan keluarga ada
mesosistem. Contohnya sekolah mesti memaklumkan polisi ibubapa dan ibubapa perlu
yang mempunyai hak untuk bertanyakan tentang sesuatu polisi, ideologi demokratik juga
disebabkan oleh apa yang diberitahu di sekolah, mikrosistem. Contohnya anak-anak perlu
mempelajari prinsip-prinsip seperti yang ditemui di United States.

Walaupun individu mampu hidup di United States dan menyumbangkan kepada


demokrasi asas sistem kepercayaan dan ini boleh dipengaruhi oleh makrosistem, meraka
juga mampu mengambil tempat dalam makrosistem seperti kumpulan etnik meraka. Etnik
merujuk kepada anggapan dalam keanggotaan dalam sesebuah kumpulan masyarakat di
mana ahli mengenal pasti diri meraka melalui keaslian, budaya, bangsa dan agama. Oleh
kerana United States akan mempunyai lebih banyak etnik, kita perlu memahami sedikit

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 127

kesan asas pelbagai makrosistem. Masyarakat etnik khususnya berbincangkan dengan


keseluruhan buku

Berdasarkan kepada budaya antropologi Edward T.Hall (1964,1966,1976) manusia dari


pelbagai makrosistem atau budaya melihat dunia berbeza, tidak sedaratau tidak peduli
kepada fakta bahawa is adalah langkah alternatif dalam penerimaan, kepercayaan ,
kepunyaan dan pengendalian. Lazimnya kepentingan adalah tidak disedari oleh anggapan
manusia yang membuat tentang pandangan peribadi, masa, hubungan peribadi dan
langkah kerajaan pengetahuan. Anggapan-anggapan ini boleh mengganggu komunikasi,
penunjuk di mana Hall memberi tumpuan dalam menghayati perbezaan seperti
persamaan di kalangan budaya.

Hall mengklasifikasikan makrosistem sebagai konteks rendah. Umumnya konteks rendah,


makrosistem dikenali dengan berfikir, mempraktik, pertandingan, sifat tersendiri dan
kemajuan dalam konteks tinggi, makrosistem dikategorikan melalui gerak hati, emosi,
kerjasama, identiti kumpulan dan tradisi.

Dalam konteks rendah mikrosistem seperti Euro-Amerika, kelas pertengahan pinggir


bandar, bermaksud komunikasi adalah mengumpul sedikit demi sedikit dari mesej lisan itu
sendiri, penjelasan percakapan, menulis surat atau mencetak dari komputer. Apa yang
dikata sentiasa lebih penting dari siapa yang bercakap. Contohnya pekerja kerajaan,
perniagaan, komunikasi dalam pelajaran melalui telefon atau memorandum tanpa
sebarang mesyuarat dengan penyertaan individu lain. Walaubagaimanapun, konteks
tinggi makrosistem seperti Native Amerika, Hispanic Amerika, Amerika, Asia atau
pedalaman Euro-Amerika. Maksud komunikasi sedikit demi sedikit dari kumpulan di mana
komunikasi itu berlaku. Contohnya percakapan orang Spanish lebih mesra bercakap
samada dia menggunakan bahasa formal atau tidak formal untuk kamu. Meraka
menaikkan budaya tradisional orang Jepun yang boleh menghormati komunikasi melalui
sejauh mana meraka akur.

Umumnya masyarakat dalam konteks bawahan makrosistem berusaha untuk mencuba


mengawal alam se~nula jadi terhadap kawan-kawan langkah lain terhadap kumpulan
bisnes, dan langkah lain terhadap jiran. Manusia dalam konteks tinggi makrosistem

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 128

berusaha untuk hidup harmoni dengan alam sekitar dan dengan makhluk lain yang
merupakan sebahagian sistem sosial meraka. Hakikatnya, individu dalam konteks rendah
makrosistem sentiasa menakluki

Kronosistem
Kronosistem adalah masa atau sejarah sosio sesebuah masyarakat. Contoh masa
seseorang hidup atau tinggal akan mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan sosial
mereka. Keadaan ini berlaku selepas rampasan kuasa atau revolusi yang secara total
mengubah sistem masyarakat sesebuah negara. Ini kelas dilihat sistem pendidikan
negara kita berubah sepenuhnya selepas kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
Perubahan ini melibatkan perubahan minda dan paradigma masyarakat seluruh tanah air
melalui sistem yang baru diperkenalkan.
Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan
bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan
kanak-kanak, tetapi antara kedua-duanya saling berkait rapat. Kanakkanak tidak lari
daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara
tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

Berhenti sebentar. Mari kita fikirkan tentang teori konteks oleh Bronfenbrenneurs.
Cuba kaitkan teori ini dengan kepentingan komuniti dalam sokongannya terhadap pembelajaran
kanak-kanak.

Kemahiran perhubungan dengan ibu bapa

Dalam mengendalikan sessi perjumpaan dengan ibubapa bagi membincangkan tentang


perkembangan kanak-kanak ataupun berhubungan dengan hal-hal lain, beberapa garis
panduan boleh diikuti. Antaranya ialah;

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 129

1. Latih kakitangan supaya berkebolehan dalam berkomunikasi dan berkeyakinan tinggi


terhadap kerjayanya sendiri.
2. Sentiasa mulakan perjumpaan dengan mengucap selamat dan bertanya khabar ibu bapa.
3. Berkongsi pengalaman yang positif bersama kanak-kanak semenjak beberapa hari yang
lepas.
4. Beri peluang kepada ibu bapa untuk bercakap dan berkongsi tentang kerisauan mereka.
5. Bertanyakan ibubapa keadaan di rumah sambil mendengar secara aktif respon mereka.
6. Menunjukkan hasil kerja murid dari portfolio dan berbincang tentang bentuk perkembangan
yang berlaku bagi setiap perkembangan.

Jikalau boleh setiap contoh mewakili sejenis

perkembangan.
7. Bertanyakan kepada ibu bapa tentang apa yang diharapkan berlaku kepada murid tersebut
di masa masa akan datang.
8. Membuat perancangan yang dapat membantu peningkatan perkembangan tetentu sebagai
objektif yang dibincangkan atau ditentukan bersama.
9. Membuat penentuan bilakah perjumpaan seterusnya akan diadakan. Ibu bapa juga masih
terbuka kepada perbincangan bila-bila masa.
10. Perjumpaan sepatutnya bermula dengan baik dan positif dan berakhir juga dengan positif.
11. Kadang-kadang perjumpaan dibuat kerana sesuatu perkara yang perlu dibincangkan
dengan segera. Bagi perjumpaan sebegini guru harus bijak menangani ibubapa yang risau
dan sensitif.

Sebaik-baiknya libatkan guru besar atau pakar (guru kaunseling) dalam

perbincangan dan membuat keputusan.


12. Sediakan tempat yang tiada gangguan dan peruntukkan masa yang secukupnya.
13. Rahsiakan maklumat yang didapati. Jika ibu bapa mendengar apa-apa maklumat tentang
anak ataupun mereka dari sumber luar, kepercayaan akan hilang dan ini akan
menyusahkan guru dalam menjalankan kerja masing-masing.

Menyediakan Buku Panduan Ibu Bapa

Buku panduan ibubapa perlu disediakan kerana segala maklumat yang perlu diketahui oleh
ibubapa terdapat dalam buku ini. Melalui buku ini ibubapa dapat mengetahui tentang program
dan dapat mengagak apa yang akan dialami oleh anak mereka semasa di dalm program.
Berikut adalah paduan tentang apa yang patut ada dalam buku panduan program:

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 130

1. Kata aluan.
2. Nama staf di dalam program dan bagaimana menghubungi mereka.
3. Falsafah progran dan penerangan ringkas mengenai objektif program.
4. Contoh rancangan harian.
5. Contoh menu.
6. Yuran dan cara pembayaran.
7. Waktu datang dan pulang dan peraturannya.
8. Polisi mengenai kesihatan dan keselamatan.
9. Cara disiplin yang dijalankan.
10. Bila tenaga ibubapa diperlukan bagi membantu aktiviti tertentu.
11. Polisi mengenai membawa barang mainan dari rumah
12. Polisi makanan snek ataupun manisan ke tadika.
13. Barang-barang keperluan kanak-kanak semasa di tadika.

Dalam menulis buku panduan ini gaya penulisan amat penting agar ianya mendapat perhatian
ibubapa. Ianya janganlah terlalu panjang tetapi cukup untuk difahami. Bentuk penulisan tidak
perlu terlalu formal lebih kepada bahasa yang agak lembut tetapi berjaya menyakinkan ibu
bapa.

Hubungan Dengan Komuniti

Komuniti adalah masyarakat yang terdapat di persekitaran tadika itu sendiri. Hubungan yang
baik dengan masyarakat setempat akan menguntungkan pihak tadika kerana masyarakat boleh
digunakan sebagai penyebar maklumat mengenai program tadika tersebut. Antara cara
melibatkan diri dengan komuniti ialah;

1. Jemput personaliti dalam komuniti dalam apa-apa acara berkala.


2. Libatkan kanak-kanak tadika dengan acara-acara keramaian komuniti.
3. Kakitangan perlulah sentiasa bermanis muka dan beramah tamah dengan komuniti di
sekitar tadika tidak kiralah samada anak mereka dalam program ataupun tidak.
4. Menganggotai persatuan guru-guru tadika kerana ia adalah sumber yang baik untuk
berkongsi maklumat dan masalah.
5. Guru yang berpengalaman dari komuniti setempat akan dapat membantu guru yang baru.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 131

6. Boleh berkongsi perkembangan staf dengan tadika-tadika setempat.


7. Bekerjasama dengan ahli dalam komuniti juga akan membawa banyak faedah kepada
program dari segi kepakaran, ataupun barangan dan kewangan.

Komuniti adalah mikrosistem di dalam urutan sosial dan kemajuan sesuatu tempat. la juga
merupakan perkembangan daripada keluarga dan ikatan persahabatan. Tragedi 11
September 2001 menunjukkan kekuatan pada komuniti. Apabila tragedi ini berlaku ramai
orang saling bantu-membantu di antara mereka. Dengan tragedi ini juga, mereka sedar
dan belajar daripada pengajaran tersebut, bahawa komuniti adalah sangat penting dan
perlu kepada mereka untuk terus hidup. Komuniti juga boleh terhakis apabila:
i.

Ramai orang tidak suka campur tangan dalam hal atau masalah orang lain.

ii.

Kemudahan pengangkutan meningkat, menyebabkan ramai orang bergerak lebih


jauh daripada keluarga dan kawan-kawan untuk mencari kerja.

iii.

Sibuk dengan kerjaya untuk mencari kepuasan dan hiburan.

iv.

Tidak gemar untuk bersosial iaitu bersifat individualistik.

Keperluan pada komuniti meliputi psikologi clan praktikal. Dengan psikologi manusia
perlu kepada teman persahabatan untuk keselamatan. Keselamatan emosi ini datang
daripada kumpulan sosial di antara mereka iaitu, berkongsi dengan kawan-kawan sama
ada idea dan corak daripada perbuatan. Manakala dengan praktikal, manusia perlu untuk
bekerjasama di dalam mencapai keperluan untuk terus hidup seperti makanan, tempat
tinggal dan keselamatan. Komuniti adalah struktur yang mempunyai lima fungsi
perkhidmatan. Antaranya ialah:
i.

Pengeluaran, pengagihan dan penggunaan. Komuniti menyediakan aspek


tersebut adalah untuk kehidupan manusia seperti pertanian, industri dan
perkhidmatan.

ii.

Hidup bersosial. Komuniti mempunyai maksud dari sosialisme untuk menanam


peraturan clan nilai-nilai murni dalam masyarakat melalui tradisi, tauladan dan
secara rasmi, pendidikan.

iii.

Kawalan sosial. Komuniti mempunyai kekuatan clan kesetiaan seperti patuh dan
akur pada peraturan masyarakat.

iv.

Penglibatan sosial. Komuniti memenuhi keperluan untuk teman persahabatan di


dalam sesuatu kawasan seperti gereja, perniagaan, sekolah dan lain-lain.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 132

v. Saling bantu-membantu. Komuniti membolehkan manusia bekerjasama untuk


melakukan tugas ataupun untuk mengawal pada seseorang yang lain. Contoh
bantuan komuniti pada hospital iaitu dengan kewangan clan menderma.

Membina Komuniti Penyayang


Walaupun dalam komuniti terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan untuk awam,
namun tidak semuanya menjurus kepada bantuan terhadap keperluan kanak-kanak dan
keluarga. Badan-badan yang bertanggungjawab melaksanakan program-program bantuan
kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan dipanggil sokongan kanak-kanak
(child advocacy). Secara amnya, sokongan ini merujuk kepada proses memberi bantuan
kepada individu, atau kumpulan yang memerlukan. Golongan yang terlibat dalam program
ini boleh terdiri daripada agensi awam mahupun swasta, kumpulan keagamaan atau
pemiagaan, dan mungkin juga ahli komuniti yang sememangnya prihatin.
Untuk mengetengahkan isu kekurangan bantuan terhadap keperluan kanak-kanak
ini, di Amerika telah di keluarkan suatu laporan `Anak-anak Kita : Keluarga Di Amerika
Dalam Tekanan' (All Our Children: The American Family Under Pressure). Laporan ini
antara lain menyebut tentang bagaimana polisi sosial di Amerika mempengaruhi
kehidupan keluarga. Dana Kebajikan Kanak-kanak (Children's Defense Fund-CDF) di
negara tersebut telah mengeluarkan laporan tahunan mengenai kanak-kanak Amerika.
Tujuan laporan tersebut adalah untuk menyedarkan kepada orang ramai tentang peri
pentingnya bantuan dan sokongan terhadap keperluan kanak-kanak. Sebagai contoh,
menaiktaraf tahap kesihatan bayi-bayi berbanding dengan negara-negara lain. Dalam
laporan yang dikeluarkan pada 2001, pertubuhan ini mengkritik tentang polisi sosial di
negara tersebut yang mana kurangnyajaminan terhadap bantuan yang cukup untuk
keperluan kanakkanak dan keluarga. la juga mendedahkan tentang betapa ramai kanakkanak di negara itu yang terpaksa hidup di bawah paras miskin kerana ketidakmampuan
keluarga mereka untuk menyediakan kemudahan secukupnya.
Suruhanjaya Kanak-kanak Kebangsaan (National Commission on Children -NCC
1991) telah mengecam beberapa sekolah di Amerika yang telah menafikan hak
sesetengah pelajarnya untuk mendapat hak kesamarataan dalam pendidikan apabila
pelajar tersebut menaiki gred 12. Jurang yang diwujudkan ini adalah bertujuan untuk
mengasingkan murid-murid yang kaya dengan yang miskin, dan Anara murid yang

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 133

berlatarbelakangkan etnik minoriti dan euro-Amerika di sana. Suruhanjaya ini berpendapat


bahawa sekiranya tahap peluang hidup kanak-kanak hendak dimajukan, ibubapa dan ahli
komuniti yang lain perlu terlibat secara langsung dalam polisi social.
Suruhanjaya yang dirasmikan pada 1989 ini telah dianggotai oleh pelbagai
lapisan masyarakat seperti ibubapa, ahli perniagaan, ahli politik, pegawai-pegawai
berkaitan, dan juga professional-profesional yang lain. Mereka juga telah mengeluarkan
laporan yang berasaskan beberapa tujuan. Antaranya
i.

Menyediakan belia untuk masa hadapan

ii.

Menguat dan menyokong institusi kekeluargaan

iii.

Memastikan tahap pendapatan

iv.

Membaiki taraf kesihatan

v.

Meningkatkan pencapaian akademik

vi.

Melindungi kanak-kanak dan keluarganya

vii.

Membuat polisi dan program kerja

viii.

Membentuk suasana yang bermoral untuk kanak-kanak

ix.

Menyediakan program kewangan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 134

TUGASAN

Tadika anda kurang mendapat penglibatan daripada ibu bapa


kanak-kanak. Buat perancangan agar penglibatan ibu bapa akan
dapat dipertingkatkan di masa akan datang.

RUJUKAN

:
Driscoll,A. & Nagel, N. G.(2002). Early Childhood Education.
Birth-8, Boston : Pearson Education Company

Rohani

Abdullah,

2001.

Perkembangan

Kanak-Kanak.

Serdang : Universiti Pertanian Malaysia.

Berger, E. (1991). Parents as Partners in Education. New


York : Merill
Kementerian

Pendidikan

Prasekolah Kebangsaan,

Malaysia,

2003.

Kurikulum

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.
Sadker, M. & Sadker, D. (1997) Teachers, Schools, and
Society. New York : McGraw-Hill

Rohani Abdullah, Nani M & Sharani A. 2004. Panduan


Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Kostelnik,

M.j,.

et.al.

2002.

Guiding

childrens

social

development : Theory to practice. 4th edition. New York :


Thomson Learning.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 135

Nordin Mamat, 2005. Asas Sosial Kanak-kanak, Pustaka


Salam. Kuala Lumpur.

Sciarra, D.j. & Dorsey, A (2002). Developing & Administering


an Early Childhood Center. NJ : Thomson Delmar Learning

Gestwicki. C.

2000. Home, School

and Community

Relations. United States : Delmar Thomson Learning

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 136

UNIT 12

SAHSIAH DAN KEPERIBADIAN PENGASUH KANAK-KANAK

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Menjelaskan perilaku seorang pengasuh yang baik sahsiahnya.
2. Merancang manual kerja pengasuh yang bersahsiah
3. Mengenalpasti
pengurusan

peranan

pengasuh

dalam

membantu

kerja-kerja

4. Menghasilkan sebuah model pembentukan keperibadian pengasuh.


5. Merangka panduan pengurusan pelakuan tingkah laku kanak-kanak.

PENGENALAN
Definisi sahsiah
Sahsiah mengikut daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau
peribadi (Kamus Dewan, 2011). Keperibadian adalah lanjutan daripada sahsiah membawa
pengertian perlakuan kekal dir seseorang dengan merujuk kepada tingkah laku dan sikap
seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri yang akhirnya membentuk watak diri.
Coliniger (2008) menyamakan keperibadian dengan personaliti individu yang membezakan
dirinya dengan individu yang lain. Oleh itu kesimpulan yang dibuat oleh Siti Fatimah (1993),
mengatakan sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu yang membawa makna
bahawa individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang
sama dari sehari ke sehari.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 137

Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara
seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarn. Selain itu,
sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan.
Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilainilai. Bagi Wan Azmi (1992) membentuk pembangunan sahsiah adalah lebih penting daripada
cabang sahsiah yang lain. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri
manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negat. Perubahan yang positif
akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan
sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat
menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju. Fokus pembangunan
sahsiah adalah merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

Berhenti sebentar. Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian
murid dalam konteks pembangunan sahsiah. Pada pandangan anda, apakah perkara penting
yang mampu diubah dan bangunkan oleh guru terhadap sahsiah kanak-kanak.

ISI KANDUNGAN
Pengurusan sahsiah semasa belajar
Berikut dicadangkan langkah-langkah yang dicadangkan dijalankan untuk mengurus sahsiah.
Langkah-langkah dicadangkan seperti berikut:

Membina jadual (Schedule)


Perancangan masa yang sesuai di dalam jadual adalah perlu supaya aktiviti rutin dan transisi
dapat dijalankan dengan lancar. Masa yang diperuntukkan kepada kanak-kanak mestilah
sesuai dengan aktiviti yang dirancang bagi mengelakkan perasaan tekanan atau kekecewaan
semasa mereka melakukan sesuatu aktiviti. Oleh itu, mereka perlu dimaklumkan jangka masa
sesuatu masa lapang itu akan berakhir dengan cara menggunakan loceng kecil, muzik khas
dan lain-lain.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 138

Kelengkapan peralatan atau bahan (Materials)


Pastikan barangan dan kelengkapan yang digunakan adalah bersesuaian dengan umur dan
dapat memberi kejayaan dan cabaran kepada kanak-kanak. Peruntukan barangan yang cukup
agar tidak menimbulkan masalah dalam perkongsian terutama bagi kanak-kanak yang belum
begitu matang dari segi sosialisasinya.

Menyusun atur Bilik Darjah (Room Arrangement)


Dalam merancang susun atur bilik darjah, elakkan wujudnya ruang yang membolehkan kanakkanak berlari di dalam bilik darjah. Pastikan juga rak yang digunakan rendah dan terbuka.
Setiap bilik darjah juga menyediakan pelbagai pusat pembelajaran yang memenuhi ruang.
Penggunaan almari tinggi yang melindungi penglihatan guru dari bilik darjah patut dielakkan.

Penggunaan bagi setiap pusat pembelajaran perlu dijelaskan bagi memudahkan kanak-kanak
membuat pilihan. Labelkan setiap pusat pembelajaran dan sediakan senarai pelajaran yang
terdapat di setiap pusat pembelajaran tersebut di samping papan tanda bilangan murid yang
sepatutnya bermain di situ. Papan tanda perlulah jelas, menarik dan diletakkan selaras dengan
aras mata kanak-kanak.

Membina ruang bermain (Play Slots or Play Spaces)


Buka kesemua pusat pembelajaran semasa pilihan bebas. Sediakan banyak ruang untuk
kanak-kanak dapat bekerja di dalam kumpulan. Di sesetengah tempat atau ruang seperti block
boleh memuatkan lima orang sekiranya mempunyai ruang yang mencukupi. Sediakan sedikit
ruang agar murid boleh bekerja secara individu. Kira tempat atau ruang untuk memastikan
ruang adalah mencukupi untuk semua kanak-kanak semasa aktiviti pilihan bebas diadakan.

Sekiranya ruang beraktiviti mencukupi ia dapat mengurangkan masalah di kalangan kanakkanak. Ini kerana kanak-kanak akan menjadi sibuk, gembira dan belajar. Mereka tidak bosan,
tiada masa terluang atau tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan..

Mengawal tekanan (Stress Reducers)


Rancang aktiviti dengan bahan yang bersifat fleksibel seperti tanah liat, warna, air dan pasir
untuk mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti mneggunakan bahan-bahan ini setiap hari. Cara
sebegini dapat mengurangkan

masalah sikap yang tidak wajar di kalangan kanak-kanak.

Sebagai contoh, jika kanak-kanak datang ke kelas dengan kelihatan tertekan dan bermasalah,

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 139

cuba tenangkan mereka dengan bawa mereka duduk dan bermain tanah liat untuk kira-kira lima
minit atau bermain di atas meja air selama lima minit sebelum mereka memulakan
pembelajaran.

Membekalkan kemudahan penggunaan alatan (Accessibility)


Pastikan barangan yang disediakan untuk digunakan oleh kanak-kanak berada di ruang yang
sepatutnya, di tempat yang rendah dan rak terbuka. Ini untuk memudahkan kanak-kanak
menggunakannya dan meletakkannya kembali. Tanda dan labelkan rak, tong dan kotak dengan
perkataan dan gambar untuk menerangkan isi kandungannya. Ini bagi memudahkan
penggunaannya serta menyoronokkan proses untuk meletakkan barangan ke tempat asal.
Tanda

label

juga

memudahkan

kanak-kanak

menyimpan

bahan

setelah

selesai

menggunakannya.

Model panduan pengurusan sahsiah kanak-kanak

Menyediakan peraturan
Pada hari pertama persekolahan guru perlu membincangkan peraturan-peraturan mudah dan
asas bagi tujuan keselamatan dan keselesaan setiap kanak-kanak. Dengan panduan daripada
orang dewasa, kanak-kanak boleh diajar untuk mengikuti peraturan yang mudah di dalam bilik
darjah. Guru perlu menggunakan suara perlahan ketika di dalam kelas.

Permainan aksi yang menggunakan senjata seperti senapang atau pisau adalah dilarang
sama sekali. Sebagai guru juga, kanak-kanak perlu menghormati rakan dan ruang peribadi
mereka. Peraturan perlu dinyatakan secara positif, diterangkan dengan jelas dan ditampal di
dalam kelas supaya dapat dilihat oleh mereka. Peraturan akan diubahsuai sekiranya perlu.
Peraturan janganlah terlalu banyak dan sukar difahami oleh kanak-kanak.

Bimbingan
Guru dan kakitangan sokongan dapat memimpin kanak-kanak dengan sebaik-baiknya secara
berkomunikasi baik secara pertuturan mahupun secara isyarat. Ketika guru memberitahu
tentang sesuatu peraturan atau panduan, ayat yang digunakan perlulah dalam keadaan positif.
Kanak-kanak juga akan lebih memahami sekiranya mereka diberitahu apa yang guru mahukan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 140

daripada mereka. Sebagai contoh Cikgu mahu semua berjalan dengan senyap ke dewan
makan.. Berbanding dengan Jangan bercakap samasa berjalan.

Guru sebagai model (Positive Modeling)


Guru perlu menunjukkan sikap dan bahasa yang mereka mahukan daripada kanak-kanak untuk
ditauladani oleh kanak-kanak. Mereka perlu menggunakan suara yang pelahan semasa mereka
bercakap dengan kanak-kanak dan orang dewasa. Mereka perlu terus menerus mengamalkan
bahasa sosial yang positif dan perkataan yang positif. Jika menyatakan sikap penting yang
diharapkan, mereka perlu menggunakan suara yang lembut, perlahan, tetapi positif dan tegas.

Jika guru dalam keadaan tenang dan berinteraksi dengan jelas, kanak-kanak akan faham apa
yang guru mahukan dan akan memberikan kerjasama. Guru-guru boleh mengawal situasi
dengan menukarkan nada suara mereka. Suara kanak-kanak juga akan menjadi kuat apabila
guru menggunakan suara kuat dan sekiranya mereka bercakap dengan perlahan, tahap
kebisingan akan menjadi kurang. Sebagai contoh, apabila guru menggunakan teknik bisikan,
kanak-kanak juga akan mula berbisik.

Selain itu, kanak-kanak kecil akan lebih menumpukan pada eksprasi muka dan isyarat badan
berbanding kata-kata, mereka akan menjadi keliru sekiranya kata-kata dan isyarat badan
adalah tidak sama. Dalam kata lain, jangan ketawa atau senyum ketika anda sedang
menyatakan tentang peraturan keselamatan dalam menangani masalah.

Peralihan aktiviti (Transitions)


Transisi merupakan aktiviti yang dapat mengumpulkan kanak-kanak bersama di antara masa
dalam sesuatu aktiviti yang terdapat di dalam jadual. Tanpa transisi yang terancang, kanakkanak akan hilang arah. Masa sepanjang 5 minit boleh digunakan bagi menarik perhatian
kanak-kanak mengenai apa yang mereka perlu lakukan. Kadang-kadang transisi berbentuk
segera diperlukan apabila keadaan jadi huru-hara untuk menenangkan kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 141

Pusingan Masa (Circle Time)


Permaidani membantu untuk mengumpulkan kanak-kanak di dalam kumpulan dan
memfokuskan penumpuannya kepada arahan orang dewasa. Selain daripada itu, penggunaan
aktiviti secara berkumpul seperti perbualan pagi, dan lain-lain aktiviti menggalakkan kanakkanak berkomunikasi secara positif dan mengikut giliran. Semasa berkumpul kanak-kanak akan
diberitahu mengenai aktiviti dan pilihan-pilihan yang boleh mereka buat untuk hari tersebut.

Peneguhan Positif (Positive Expectations-Positive Reinforcement)


Teknik ini memberikan kanak-kanak kebanggaan dan kehormatan diri bahawa mereka perlu
menukarkan sikap negatif menjadi sikap positif. Sekiranya kanak-kanak berusaha untuk
menukarkan sikap negatif kepada sikap positif mereka perlu menerima tindakbalas yang baik
daripada orang dewasa seperti senyuman, pelukan dan sentuhan positif yang lain.

Pilihan (Choices)

Memberi pilihan kepada kanak-kanak akan dapat membuatkan mereka merasakan dapat
mengawal diri sendiri. Ini memberikan pengalaman dalam membentuk displin diri dan
pembentukan kendiri yang positif.

Penyelesaian Masalah (Problem Solving).


Jika ada dua kanak-kanak menghadapi konflik, beri peluang kepada mereka untuk
menyelesaikanya sendiri. Tanyakan bagaimana masalah itu bermula kepada kedua-dua kanakkanak tersebut dan apakah perasaan mereka. Bimbing mereka untuk memilih cara yang sesuai
untuk menyelesaikan masalah mereka. Cuba beberapa kali sehingga kerjasama dapat dicapai.
Penyelesaian masalah adalah satu kemahiran kehidupan yang boleh dipraktikkan dalam
program pendidikan awal kanak-kanak.

Didikan tanggung jawab


Guru perlu mengajar rasa tanggungjawab dengan membenarkan kanak-kanak mengalami
akibat dalam pilihan mereka. Kanak-kanak telah dapat memahami sebab dan akibat. Guru
harus mengambil kesempatan dalam situasi ini. Sebagai contoh, jika kanak-kanak tidak

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 142

memasukkan pasir ke dalam kotak pasir, mereka tidak akan dibenarkan bermain pasir. Jika
mereka membuat kotor di sesuatu tempat, mereka harus membersihkan tempat itu.

Oleh itu semasa bermain dan melakukan sesuatu pekerjaan, kanak-kanak harus menerima
tanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan dan belajar untuk mengikut peraturan.

Perjanjian
Perjanjian dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam mengurus kawalan
diri mengawal sendiri diri mereka kerana tidak mahu melanggar perjanjian. Ini dapat membantu
mereka merasakan keupayaan diri sendiri dan juga kepercayaan orang dewasa terhadap diri
mereka. Beritahu kanak-kanak tentang kemahuan dan sikap yang dikehendaki. Yakinkan
mereka bahawasanya mereka akan mendapat ganjaran sekiranya perjanjian yang dibuat
terlaksana dengan jayanya.

Konsistensi
Kadangkala orang dewasa berasa jemu untuk menyatakan suatu perkara yang sama berulangulang kali. Tambahan pula kanak-kanak kerapkali cuba mengugah pendirian orang dewasa
tersebut. Oleh itu orang dewasa perlu konsisten dalam melaksanakan sesuatu peraturan

Membentuk slogan kata


Kanak-kanak perlu diberitahu tentang sikap tidak wajar dan perkataan-perkataan yang tidak
boleh diterima. Kanak-kanak perlu diberi hadnya. Mereka perlu tahu bahawa hanya orang
dewasa yang akan membuat keputusan dan bukannya mereka. Mereka juga perlu melihat
perlakuan orang dewasa untuk dijadikan contoh.

Apabila kita memberikan had, mereka akan merasa selamat. Kadangkala kanak-kanak akan
cuba melangkau had yang diberikan. Dalam situasi ini, kita perlu bijak untuk mengendalikan
situasi ini. Kadangkala kanak-kanak tidak mahu mendengar apa yang dikatakan oleh orang
dewasa. Dalam situasi ini, kita seharusnya cuba menggunakan ekspresi muka dan eye contact
untuk berintraksi dengan kanak-kanak.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 143

Dendaan Yang Melibatkan Penggunaan Masa (Time Out).


Time out atau sebarang bentuk dendaan yang melibatkan penggunaan masa hanya boleh
digunakan sebagai teknik panduan apabila bertujuan untuk menenangkan kanak-kanak dana
mengawal diri mereka. Ia tidak boleh dijadikan sebagai dendaan. Oleh itu tempoh masa time
out tidak boleh terlalu lama cukup 3 ke 5 minit sahaja bagi membolehkan kanak-kanak
memikirkan perbuatan mereka. Ramai kanak-kanak lebih suka sekiranya duduk sambil ditemani
orang dewasa barbanding duduk bersendirian. Orang dewasa boleh menenangkan mereka
dengan cara meletakkan tangan di bahu mereka.

Dapatkan satu model pengurusan sahsiah dan jelaskan ciri-ciri model pilihan anda.

Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud sahsiah mengikut pemahaman yang


anda perolehi
Sahsiah yang penting dimiliki pengasuh

Penyabar

Bertenaga (koordinasi gerak tubuh badan & kekuatan fiizikal)

Memahami dirinya, sentiasa belajar

Hormat kepada kanak-kanak

Berupaya menyokong perkembangan

Bersifat jenaka & positif

Perspektif berpusatkan kanak2 & berkebolehan bekerja dengan kanak-kanak

Latihan formal dalam perkembangan kanak2

Pendekatan kurikulum melibatkan pengalaman berkaitan dengan kanak & inovatif dalam
menggunakan bahan

Fleksibel

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 144

Kebolehan memerhati & berinteraksi secara individu dengan kanak2 & menerima
perbezaan kanak2

Kemahiran berinteraksi secara verbal & non verbal

emosi yang matang

Berkebolehan mendisiplin namun sentiasa menggalakkan perkembangan kanak2

Peka atas kebolehan & kelemahan diri

Bina satu krusus yang sesuai untuk pembangunan sahsiah pengasuh. Anda hanya perlu membentuk
aktiviti, objektif dan cara melaksanakan krusus pendek sahaja.

Berhenti sebentar. Berdasarkan berita-berita di media terdapat kes pengasuh


yang digaji telah membawa banyak masalah kepada majikannya. Banyak kes penderaan
pengasuh terhadap bayi dan kanak-kanak. Pada pandangan anda mengapa berlakunya
bencana ini.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 145

Adakah pengasuh mengenali keperibadiannya sendiri?


Cuba berbincang dengan penagsuh, kemudian tanya beliau adakah beliau memahami perkaraperkara seperti dinyatakan di bawah
Perwatakan yang menarik seperti lemah lembut, sentiasa kemas dan bersih;
Seorang yang adil dan mengikut cara mendisiplin kanak-kanak yang diiktiraf oleh pihak
pengurusan;
Baik tingkah laku dan mempunyai budi pekerti yang menarik;
Kreatif dalam merancang aktiviti untuk kanak-kanak;
Punyai

ilmu pengetahuan dalam

bidang

pendidikan awal kanak-kanak

serta

berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak;


Berpengetahuan dalam bidang asuhan dan perkembangan kanak-kanak;
Mampu memotivasikan diri dalam mencari ilmu ntuk memajukan diri demi kebaikan
kanak-kanak;
Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak;
Berkemahiran dalam mengurus, melayan dan mengendalikan kanak-kanak;
Berkemahiran dalam pentaksiran perkembangan kanak-kanak yang berbeza keperluan,
tingkah laku dan peringkat umur;
Mempunyai sahsiah diri yang mulia kerana pendidik boleh mempengaruhi dan
membentuk kanak-kanak;
Memiliki minat semulajadi terhadap kanak-kanak;
Sihat, tiada penyakit yang merbahaya dan berjangkit.
Seorang yang cergas, ceria, penyabar dan penyayang.

Model sahsiah Colineger (2008) yang perlu ada pada individu

Sopan santun;

Adil dan saksama;

Telus dan bertanggungjawab;

Beriltizam;

Emosi yang stabil;

Yakin diri;

Ceria dan kecindan;

Mesra dan penyayang;

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 146

Prihatin;

Fleksibel / luwes;

Kreatif dan berinovasi;

Suka belajar perkara-perkara baru dan melakukan refleksi;

Mempunyai hubungan mesra sesama guru, ibu bapa dan komuniti;

Sabar dan berminat terhadap kanak-kanak;

Positif terhadap kanak-kanak; dan

Menerima perbezaan individu.

Berdasarkan model Coliniger di atas rancang satu rancangan pengajaran yang sesuai untuk
menerapkan elemen di atas kepada murid.

Peranan dan tanggung jawab pengasuh


1. Membina hubungan sesama pengasuh, kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti.
2. Membantu kanak-kanak memahami dan menghadapi pelbagai situasi di TASKA.
3. Berusaha meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan dalam bidang asuhan dan
didikan awal kanak-kanak dengan menghadiri kursus, seminar, bengkel, persidangan
dan membaca bahan-bahan rujukan yang berkaitan.
4. Pentaksiran kanak-kanak perlu dijalankan melalui pemerhatian dan kaedah-kaedah
yang disarankan (mendokumen, merekod, menguji, menganalisis dan melapor serta
melakukan tindakan susulan).

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 147

5. Sebagai pengganti ibu bapa iaitu boleh memujuk kanak-kanak yang mungkin
menghadapi masalah emosi, atau sedih kerana berpisah dengan ibu bapa semasa
dihantar ke TASKA.
6. Menjadi pembimbing, pendorong, pendengar, perangsang, pencetus semangat,
pemudah cara, role model atau contoh yang baik kepada kanak-kanak dan sebagainya.
7. Sebagai perancang yang menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran melalui bermain,
sama ada berstruktur atau bebas, menyeronok dan menggembirakan kanak-kanak.
8. Menjaga kanak-kanak mengikut tugasan yang diberikan.
9. Merancang, membeli dan menyediakan menu kepada kanak-kanak.
10. Melaporkan segera kepada penyelia sekiranya mendapati ada kanak-kanak yang
disyaki telah didera atau teraniaya.
11. Memberitahu kepada penyelia jika terdapat tanda-tanda awal penyakit kanak-kanak.
12. Menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak kepada penyelia.
13. Merancang jadual aktiviti mingguan dan harian kanak-kanak.
14. Merancang perbelanjaan harian.

Bidang tugas pengasuh


Melaksanakan asuhan dan pembelajaran mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.
Mengurus pemjagaan hal ehwal kanak-kanak.
Merancang dan melaksanakan aktiviti luar TASKA.
Membantu memastikan tatacara pengurusan asset dilaksanakan seperti yang
dikehendaki mengikut prosedur yang ditetapkan.
Membantu ketua pengasuh memastikan Pembantu Pengurusan Kanak-kanak (PPKK)
melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan.

Pusat asuhan dan tadika yang baik adalah pusat asuhan dan tadika yang dapat membimbing
kanak-kanak membentuk keperibadian yang baik. Terdapat dua jurang yang berbeza antara
pengurusan tingkah laku kanak-kanak peringkat taska dan peringkat tadika. taska memerlukan
sentuhan yang halus dan lebih perhatian jika dibandingkan peringkat tadika. Matlamat asuhan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 148

akhirnya menjurus kepada perkara yang tahu apa yang patut dilakukannya dan yang tidak wajar
dilakukan.

Bagi memastikan perkara ini dapat berlaku, guru dan pengasuh perlu tahu

bagaimana hendak mengurus tingkah laku kanak-kanak.

Oleh itu bab ini

akan

membincangkan tentang strategi pengurusan bilik darjah dan pusat asuhan untuk membentuk
tingkah laku kanak-kanak yang berkesan. Seterusnya perbincangan yang dijalankan adalah
berkaitan teknik pengurusan bilik darjah dan pusat asuhan di kalangan kanak-kanak khas yang
memerlukan asuhan dan pengurusan tingkahlaku akan membincangkan tentang bagaimana
menguruskan tingkah laku kanak-kanak.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, sahsiah merupakan perkara yang penting dalam tugas. Masalah yang
ditimbulkan oleh pengasuh akan dapat dihapuskan sekiranya penanaman rasa tanggung jawab
dan memiliki keperibadian yang baik dapat diterapkan. Model-model sahsiah perlu diteliti
terutama kepada mereka yang terl
ibat dalam pengurusan kanak-kanak.

Anda mendapat teguran yang bilik darjah anda selalu bising dan berkeadaan kelam kabut.
Apakah langkah-langkah yang anda perlu ambil untuk memperbaiki keadaan.

RUJUKAN

Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar


dan pelaksanaannnya di IPTDecker, C.A & Decker, J.R.
(2001).

Planning

and

Administering

Early

Childhood

Programme. (7th Ed.). USA: Prentice Hall.


Driscoll, A.(2005). Early Childhood Education : birth 8 the world of
children, families & educators. USA: Allyn & Bacon.
Mishra, R.C.(2005). Early Childhood Care & Education. USA: Allyn &
Bacon
Taylor, B.J.(2002). Early Childhood Program Management : People
& Procedures. USA: Prentice Hall.
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education: A
Multidimensional Approach to Child-Centered Care And
Learning. USA: Learning. Pearson Education, Inc

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 149

UNIT 13

PENILAIAN PROGRAM

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Memahami konsep pengujian, pengukuran, penialaian dan pentaksiran
2. Menghuraikan perkara asas dalam penilaian program kanak-kanak
3. Merancang, melaksana dan menilai program.
4. Membina satu model penilaian bagi satu program.
5. Memahami hubungan kaedah pemerhatian dalam penilaian

PENGENALAN
Pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat utama adalah untuk membekalkan maklumat.

Pengguna maklumat pula terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan pentadbir. Biasanya, murid
ingin mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian dan guru pula boleh mengenal pasti
kelemahan murid, dan menilai keberkesanan pengajarannya. Di pihak ibu bapa pula, mereka
boleh menilai prestasi anaknya

melalui laporan kemajuan murid.

Bagi pentadbir pula,

berbagai-bagai keputusan boleh dibuat berdasarkan maklumat ujian tersebut.

Pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat utama adalah untuk membekalkan maklumat.

Pengguna maklumat pula terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan pentadbir. Biasanya, murid
ingin mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian dan guru pula boleh mengenal pasti
kelemahan murid, dan menilai keberkesanan pengajarannya. Di pihak ibu bapa pula, mereka
boleh menilai prestasi anaknya

melalui laporan kemajuan murid.

Bagi pentadbir pula,

berbagai-bagai keputusan boleh dibuat berdasarkan maklumat ujian tersebut.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 150

ISI KANDUNGAN
Konsep pengujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian

Pengujian
Ujian merupakan satu kaedah, tugas atau prosedur untuk memperoleh pemerhatian yang
sistematik tentang sifat seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Tujuan
ujian pencapaian adalah untuk mengukur prestasi murid dalam berbagai-bagai mata pelajaran
di sekolah. Manakala ujian psikologi adalah untuk mengukur sikap, minat, personaliti dan ciriciri psikologi yang lain. Kebiasaanya ujian memerlukan murid bergerak balas terhadap soalan
atau butiran. Ujian boleh dibuat secara bertulis dalam bentuk soalan pelbagai pilihan atau esei
dan juga dalam bentuk pemerhatian yang memerlukan pemerhati membuat pemeringkatan atau
catatan rekod. Oleh itu, murid tidak semestinya sedar bahawa ia sedang diuji.

Cronbach (1970) telah mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur sistematik untuk memerhati
tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor atau satu
sistem berkategori.

Contoh skala bernombor adalah seperti angka 20/100 untuk ujian

penglihatan, 120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 75/100 untuk ujian pencapaian bagi
mata pelajaran Geografi. Bagi sistem berkategori ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian
personaliti dan buta warna hijau merah bagi ujian penglihatan.

Dari segi perlaksanaannya, ujian terbahagi dua kumpulan:


1. ujian berbahasa
2. ujian bukan berbahasa
Pengukuran
Ujian berupaya mengukur pencapaian murid.

Bagi seseorang guru di bilik darjah, aspek

pengukuran pendidikan itu selalu dikaitkan dengan ujian di bilik darjah. Bagi ahli psikologi
klinikal, pengukuran pendidikan melibatkan ujian-ujian psikologi yang lebih bertumpu kepada
pengukuran nilai-nilai afektif individu.

Pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap sejauh
mana seseorang memiliki sifat tertentu.

Biasanya suatu indeks berangka kepada prestasi

seseorang diberikan supaya status individu tersebut secara lebih tepat dapat mewakili sifat

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 151

tertentu. Misalnya, Hashim dapat markah 75 peratus dalam ujian Bahasa Melayu, atau prestasi
purata sekumpulan murid dalam mata pelajaran Matematik ialah 60 peratus.

Kita hanya

mengukur dan tidak menentukan nilai. Sebab itu, contoh tersebut tidak dinyatakan sama ada
prestasi tersebut baik atau sebaliknya. Pengukuran ialah penentuan status dan penilaian ialah
penentuan nilai.

Penaksiran

Umumnya penaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan


atau piawaian. Penaksiran pada umumnya mempunyai ciri-ciri berikut:

a)

Merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang


individu atau kumpulan

b)

Ujian merupakan sebahagian daripada penaksiran

c)

Apabila penaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap


kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada
satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwujudkan.

Airasian (1991) mengatakan bahawa ramai orang membuat tanggapan tentang perkataan
penaksiran bilik darjah membawa imej pelajar mengambil uijan kertas dan pensil, guru menskor
jawapan dan memberikan gred sepadan dengan prestasi yang ditunjukkan.

Penaksiran

dimulakan dengan yang tak formal di bilik darjah dan diakhiri dengan keputusan tentang
penggredan dan ulangan bagi seseorang murid.

Bagi Principles for Fair Students Assessment Practices Education in Canada (1993),
penaksiran adalah satu proses mengumpul dan menginterpretasi maklumat yang boleh
digunakan untuk :

a. memaklumkan pelajar atau ibu bapa mereka tentang kemajuan terhadap penguasaan
pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah dipelajari atau
dikuasai

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 152

b. memaklumkan kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan pendidikan (


pengajaran, perancangan kurikulum, dasar dan pembentangan program) tentang
pelajar.
Penilaian

Penilaian adalah satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang nilai sesuatu perkara
atau benda.

Gay (1985), mengatakan bahawa penilaian merupakan satu proses yang

sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif
itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
Pengukuran melibatkan pemberian nombor atau peringkat maklumat yang diperlukan dan lebih
kepada kuantitatif.

Penilaian boleh menggunakan maklumat kualitatif yang mengandungi

pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut, jelas atau membuat
analisis terhadap sesuatu isu. Jika sesuatu objektif itu telah tercapai, maka perlu juga diketahui
tahap pencapaian objektif berkenaan. Ini bermakna setakat mana pencapaian objektif itu boleh
diterima. Keadaan ini boelh memudahkan guru untuk membuat keputusan. Dalam proses
penilaian komponen pentingnya ialah untuk membuat keputusan.

Penilaian sesuatu program tadika harus dijalankan secara berterusan. Ini kerana apabila
sesuatu program telah ditubuhkan sistem penilaiannya perlu diwujudkan serentak agar dapat
mengelakkan operasi yang tidak efektif yang akan mengakibatkan kerugian.

Gay (1985), mengatakan bahawa penilaian merupakan satu proses yang sistematik dalam
pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai
yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat. Pengukuran melibatkan
pemberian nombor atau peringkat maklumat yang diperlukan dan lebih kepada kuantitatif.
Penilaian boleh menggunakan maklumat kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif
bertujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap
sesuatu isu.

Jika sesuatu objektif itu telah tercapai, maka perlu juga diketahui tahap

pencapaian objektif berkenaan.

Ini bermakna setakat mana pencapaian objektif itu boleh

diterima. Keadaan ini boleh memudahkan guru untuk membuat keputusan. Dalam proses
penilaian komponen pentingnya ialah untuk membuat keputusan.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 153

Penilaian bertujuan menentukan status sesuatu objek yang dinilai dengan membanding status
berkenaan dengan satu set standard atau kriteria uantuk dibuat keputusan. Proses yang terlibat
dalam membuat penilaian ialah:

a) menentukan jenis data yang harus dikumpulkan


b) menentukan jenis responden
c) pengumpulan data
d) analisis data
e) interpretasi data
f)

membuat keputusan

Buat sedikit bacaan memahami konsep pengujian, pengukuran, pantaksiran dan


penilaian. Kemudian cuba bezakan keempat-empat konsep tersebut.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 154

Tujuan Penilaian
Sebagaimana yang dijelaskan dalam bahagian pengenalan di atas penilaian merupakan
komponen penting bagi sesuatu program. Penilaian melibatkan kerja-kerja tempat seperti
membuat ruberik bagi instrument penilaian, memeriksa, memantau, menyelia, berunding dan
mencadang hasil daripada penilaian yang dijalankan. Menyediakan ruberik instrument penilaian
bermakna menyediakan senarai semak yang sesuai mengikut objektif program. Senarai semak
yang dibina perlu jelas dan teratur. Format senarai semak juga perlu dan mudah difahami.
Penilai akan membawa ruberik senarai semak semasa menjalankan kerja penilaian.
Pemeriksaan program perlu dijalankan dengan teliti dengan panduan ruberik senarai semak. Di
samping pemeriksaan berkala pada sesuah tadika atau taska, penilai juga menjalankan kerjakerja pemantau kepada program yang sedang berjalan, pemantauan perlu dijalankan secara
berkhemah. Pemantauan juga dibuat secara berkala. Penilaian akan menggabung kemahirankemahiran penyeliaan semasa menjalankan pemantauan. Oleh kerana program yang
diusahakan melibat kos maka adalah dicadangkan penilai dapat memberikan cadangan yang
konstruktif bagi meningkatkan mutu program.

Terdapat beberapa faktor mengapa penilaian terhadap program perlu dibuat. Antaranya ialah;

1. untuk memastikan samada matlamat sesuatu program tecapai atau tidak


2. untuk mengetahui keperluan pelanggan yang masih belum dipenuhi.
3. keberkesanan program pengajaran dan pembelajaran terhadap perkembangan kanakkanak.
4. untuk dijadikan asas bagi membuat perancangan seterusnya.

Apakah hubungan antara masalah penilaian program dengan kegagalan sesuatu


program, perbincangan anda dikehendaki merujuk kepada tadia atau taska yang gagal.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 155

Asas-Asas Penilaian Program

Penilaian harus berdasarkan beberapa prinsip seperti;

1. proses penilaian mesti bersifat terbuka dan telus.


2. penilaian dibuat berdasarkan matlamat dan objektif program.
3. setiap individu yang akan dinilai tahu bila, mengapa dan bagaimana dia akan dinilai.
4. walaupun penilaian dibuat secara individu, namun akan dibentangkan sebagai laporan
kelompok.
5. penilaian patut diwujudkan seiring dengan program agar ianya menjadi rutin ataupun
kebiasaan.
Masalah-masalah dalam Penilaian Program
Kerja-kerja penilaian sering mengalami kegagalan, kerana penilai yang menjalankan kerja
menilai tidak mempunyai keupayaan dalam membuat penilaian. Antara masalah-masalah yang
dihadapi dalam penilaian program adalah seperi berikut:
1. kegagalan menghayati instrumen senarai semak yang dibekalkan
2. tidak mempunyai latihan secukupnya dari aspek kemahiran komunikasi, penyeliaan,
perundingan dan membuat keputusan. Kesannya cadangan-cadangan hasil daripada
penilaian program tidak dapat dibuat secara konstruktif.
3. kekurangan peruntukan menjalankan kerja-kerja penilaian. Tinjauan yang dijalankan ke atas
pemantauan program mendapati penilai tidak dapat menjalankan kerja cecara ditail kerna
peruntukan dana yang terhad. Menjadi satu amalan pada sesuatu program atau projek,
pengusaha ghairanh menubuhkan projek atau program tetapi pemantauan yang menjadi
kunci keada perkembangan program tidak dibincangkan dengan teliti.
Penilaian di prasekolah
Penilaian merupakan satu proses yang berterusan tetapi dengan satu tujuan iaitu mendapatkan
maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan itu dibuat.

Guru perlu

menentukan tujuan penilaian itu dijalankan, jenis maklumat yang diperlukan, bagaimana untuk
mendapatkan maklumat, apa alat yang digunakan, bagaimana maklumat yang diperolehi
dianalisis dan dirumuskan dan akhirnya maklumat direkod supaya dapat digunakan sebaik yang
mungkin.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 156

Proses penilaian prasekolah melibatkan beberapa tahap. Tahap pertama ialah menentukan
apakah tujuan penilaian itu dijalankan. Dalam menentukan tujuan penilaian, seseorang guru
boleh menekankan tentang dua perkara penting iaitu: menentukan tahap penguasaan kanakkanak dalam sesuatu aspek pelajaran dan menentukan kelemahan dan kekuatan kanak-kanak
untuk aspek yang dipelajari.

Maklumat ini boleh menolong guru untuk memperbaiki lagi

pengajarannya.

Tahap kedua ialah jenis maklumat yang diperlukan itu mungkin khusus atau lebih luas.
Maklumat yang diperolehi hendaklah mudah difahami dan menyeluruh.

Ini adalah kerana

setiap maklumat yang digunakan secara berterusan adalah untuk membuat keputusan tentang
kanak-kanak. Sewajarnyalah maklumat itu tidak terlalu rumit dan sukar difahami sehingga
susah bagi guru untuk menggunakannya.

Tahap ketiga ialah bagaimana maklumat itu diperolehi. Pemerhatian merupakan kaedah yang
dianggap sebagai kaedah paling mudah dan senang digunakan. Kaedah pemerhatian meliputi
berbagai teknik seperti perbualan, berinteraksi dengan kanak-kanak mendengar perbualan
kanak-kanak, mengenali perbuatan bersahaja kanak-kanak atau perbuatan yang ditimbulkan
oleh guru sendiri. Selain itu terdapat juga kaedah seperti pengujian dengan menggunakan ujian
piawai. Semuanya boleh digunakan asalkan guru memahami bagaimana menggunakannya
dan apakah implikasi penggunaan kaedah tersebut. Kaedah terbaik ialah dengan cara kanakkanak itu sendiri tidak terasa yang mereka diperhatikan atau diuji.

Bagi mendapatkan maklumat yang sesuai dan berkaitan, alat-alat yang mampu mengesan
tingkah laku yang berkenaan seharusnya digunakan oleh guru. Jika pemerhatian itu bertujuan
mendapatkan maklumat, maka alat-alatnya mungkin dalam bentuk senarai semak, catatan diari,
jadual pemerhatian dan lain-lain lagi. Tetapi jika tujuan yang lebih formal seperti ujian, alat-alat
terdiri daripada ujian-ujian yang telah dipiawai seperti untuk ujian kecerdasan digunakan
Weschler Intelligence Test for Children. Objektif pemilihan alat-alat ini ialah agar maklumat
yang diperoleh itu sah. Ini bermakna maklumat yang diperolehi berkaitan dengan apa yang
dikehendaki. Maklumat itu juga boleh dipercayai iaitu tidak berubah. Kaedah ini juga
menyenangkan guru dalam penggunaannya.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 157

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian, ujian dan kaedah-kaedah lain


adalah maklumat mentah.

Ia perlu dianalisis untuk menyampaikan maksud yang berkait

dengan sesuatu gagasan yang dinilai itu. Penganalisisan itu mungkin bersifat kuantitatif atau
kualitatif. Apa yang penting ialah penganalisisan dan rumusannya hendaklah dilakukan dengan
segera dan boleh digunakan sepenuhnya seperti yang dikehendaki.

Kemudian maklumat yang telah dianalisis dan dirumuskan itu perlu direkod dan disampaikan
kepada pihak-pihak berkenaan. Kebanyakan maklumat penting tidak disimpan secara teratur
dan apabila dikehendaki tidak dapat digunakan. Oleh yang demikian, guru perlu mencari dan
mengamalkan satu sistem yang benar-benar dapat menolong membuat keputusan apabila
dikehendaki.
2. Penilaian prasekolah secara tidak formal.

Perancangan di peringkat prasekolah tidak mempunyai nilai apabila guru prasekolah tidak
dapat menentukan objektif program, pengajaran dan pembelajaran. Penilaian yang dijalankan
di peringkat prasekolah adalah secara tidak formal dan berterusan. Formatif dan memberi
maklum balas kemajuan program prasekolah dan sumatif serta dapat merumuskan
keberkesanan program.

Dalam membuat penilaian, guru prasekolah perlu memikirkan atau menimbangkan aktiviti dan
pengalaman yang telah dijalankan semalam, minggu lepas atau sebulan yang lepas. Maklum
balas yang diberikan kepada kanak-kanak semasa mereka membuat aktiviti adalah secara tidak
formal.

Kanak-kanak sebenarnya perlu mengetahui kejayaan mereka dalam menguasai

sesuatu kemahiran ataupun pengetahuan. Melalui maklum balas spontan, mereka mengetahui
kemajuan yang dicapai dan mereka boleh meneruskan aktiviti seterusnya. Maklum balas yang
diberikan kepada kanak-kanak biasanya dalam bentuk pujian.

Namun begitu, maklumat

tentang kerja dan kemajuan kanak-kanak adalah sangat penting untuk diberitahu kepada
kanak-kanak ataupun ibu bapa. Contohnya, awak telah dapat mewarna dengan empat warna
hari ini. Maklum balas juga dapat membantu menjelaskan tugas yang diberikan kepada kanakkanak. Contohnya, letak begini bagus, kemudian cuba begini. Di samping itu, maklum balas
juga membolehkan kanak-kanak meneliti dan menilai kerja mereka sendiri. Contohnya, apa
akan terjadi sekiranya jika awak buat begini?. Melalui maklum balas kemajuan dan kerja
individu, kanak-kanak akan berasa dirinya dihargai dan dihormati. Dengan adanya penilaian

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 158

dalam program prasekolah, ibu bapa, guru-guru lain ataupun sesiapa sahaja boleh memberi
komen berkenaan dengan kejayaan program prasekolah berkenaan.

Penilaian sumatif boleh dijalankan pada akhir pelajaran, selesai sesuatu unit pelajaran ataupun
pada akhir tahun persekolahan.

Ujian yang standard perlu diadakan selalu supaya tahap

pencapaian kanak-kanak sebaya dapat ditentukan.

Keberkesanan pengajaran, kurikulum,

perkembangan dan pembelajaran kanaka-kanak dapat dijuga dittentukan.

Penilaian formatif yang digunakan dalam prasekolah adalah bagi menilai program, seterusnya
memperbaiki kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Di
samping itu, penilaian formatif juga dapat membantu membentuk matlamat dan objektif program
dan pemeblajaran kanak-kanak secara berterusan. Bukti-bukti dikumpulkan secara sistematik
bagi menilai keberkesanan dan memperbaiki program, kurikulum, matlamat, objektif,
kandungan serta

pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini dapat memperbaiki kualiti

pengalaman kanak-kanak.

Bagi membolehkan penilaian formatif dijalankan secara berterusan, guru hendaklah mempunyai
satu rancangan tentang sesuatu perkara yang hendak dinilai, bagaimana dan bila menilainya,
jenis rekod yang perlu dibuat dan tindakan yang patut diambil setelah mendapat maklum balas
daripada penilaian itu.

Rancangan bermula dengan penyediaan objektif.

Satu jadual

penentuan yang lengkap disediakan dan daripada jadual inilah dapat dilihat perkaitan di antara
objektif-objektif yang membolehkan perkembangan berlaku.

Contoh bagaimana jadual penentuan disediakan dan jenis-jenis item yang digunakan bagi
menilai kanak-kanak prasekolah ialah tentang nombor dalam konteks pemikiran Piaget dan
tradisional.

Matlamat utama pengajaran nombor dalam konteks pemikiran Piaget pada

peringkat prasekolah ialah pengekalan (conservation) melalui perkaitan yang ditonjolkan.


Senarai objektif yang terdapat dalam jadual hendaklah dapat memenuhi beberapa konsep
penting yang digunakan oleh Piaget. Ada empat konsep yang penting dalam pelajaran tentang
nombor. Di antaranya ialah perkaitan yang ditonjolkan (provoked correspondence) berbanding
dengan perkaitan spontan (spontaneous correspondence), dan perkaitan masa (temporal
correspondence).

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 159

Perkaitan yang ditonjolkan itu bermaksud perkaitan satu dengan satu (one to one) secara
kualitatif yang dapat memberi kefahaman tentang perkaitan satu dengan satu secara kuantitatif
kepada kanak-kanak.

Contohnya, apabila kanak-kanak diberikan beberapa biji cawan dan

piring, selepas itu kanak-kanak diminta mencari pasangan benda-benda itu. Melalui media
yang dapat dikenal secara kualitatif, kanak-kanak dapat mengenal konsep nombor dan bilangan
yang berkait dengan pasangan benda-benda.

Perkaitan spontan pula ialah situasi apabila

lawan pasangan sesuatu benda itu tidak mencukupi. Dengan itu perbezaan kualitatif tidak jelas
bagi menimbulkan perbezaan kuantitatif dan kefahaman tentang konsep nombor.

Contoh

perkaitan spontan ialah apabila terdapat dua set cawan dan hanya satu set piring.

Perkaitan masa pula ialah apabila unsur serentak wujud.

Contohnya, apabila sebiji guli

dimasukkan ke dalam satu bekas dan pada masa yang sama sebiji guli lagi dimasukkan ke
dalam bekas yang lain. Peringkat ini ialah peringkat perantaraan bagi mencapai perkaitan yang
ditonjolkan tentang objek-objek yang mengandungi unsur-unsur perkaitan kuantitatif. Perkaitan
ruang pula ialah perkaitan yang dapat dilihat di antara dua objek yang mempunyai kualiti yang
sama.

Aktiviti
Latihan: Sila rujuk mana bahan yang berkaitan dengan penialai formatif dan sumatif
kemudian penuhkan jadual di bawah

PERKARA

DEFINISI

TUJUAN

PENILAIAN

PENILAIAN

FORMATIF

SUMATIF

CONTOH AKTIVITI

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 160

SASARAN

AKTIVITI

KEMAHIRAN

MASA

REKOD

Buat satu bacaan yang komprehensif kemudian cari satu model penilaian yang
sesuai bagi menilai program di tadika atau di taska.

Merancang, Melaksana dan Menilai Program

Sesebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak harus mempunyai falsafahnya tersendiri.


Segala objektif dan perancangan pusat tersebut haruslah berteraskan falsafah pusat tersebut
yang juga selari dengan kehendak falsafah kurikulum kebangsaan.

Dalam melaksanakan kurikulum dan mengurus keperluan kanak-kanak dari segi pemakanan,
keselamatan dan keselesaan mereka pengurus perlulah mengetahui apa yang telah
dirancangkan dan memastikan pelaksanaannya. Oleh itu beliau perlu memantau guru,
pembantu guru dan juga pekerja am bagi memastikan kelancaran perjalanan pusat dan juga
bagi menjamin kualiti sesebuah pusat.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 161

Bagi menilai sesebuah tadika yang baik biasanya bermula daripada imej fizikal sesebuah pusat.
Oleh itu kemudahan asas seperti premis, kelas, dapur ruang makan, taman permainan dan
tandas perlulah bersih dan berkeadaan ceria. Selain daripada itu pengurus sesebuah pusat
prasekolah haruslah berkebolehan menerangkan tentang konsep tadika yang di bawah
jagaannya serta bentuk kurikulum yang digunapakai kepada ibu bapa dan kakitangan tadika.
Suasana persekitaran dalaman haruslah mencerminkan konsep pembelajaran tadika. Selain
daripada itu interaksi sosial antara kakitangan dan kakitangan serta kakitangan dan kanakkanak juga boleh mencerminkan kesejahteraan sesebuah pusat prasekolah.

Secara amnya kualiti tadika dapat dinilai melalui ;

1. Kurikulum
a) Program mempunyai falsafah dan matlamat.
b) Kurikulum di bina berdasarkan falsafah dan matlamat.
c) Aktiviti dapat menarik minat kanak-kanak.
d) Aktiviti merangkumi setiap jenis komponen.
e) Pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah seimbang.
f)

Rutin dan transisi berjalan dengan lancar.

g) Aktiviti harian seimbang antara aktif dan senyap


h) Kanak-kanak menguasai komunikasi dalam bilik darjah
i)

Pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dilakukan

j)

Penilaian ada dijalankan.

k) Buku rekod diisi dengan baik.


l)

Alat Bantu mengajar ada digunakan.

2. Kakitangan pengurusan
a) Guru bertugas dengan baik
b) Guru boleh berinteraksi dengan baik.
c) Guru memberi laporan kurikulum.
d) Pembantu guru melaksanakan tugas yang diarah

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 162

3. Kanak-kanak
a) Dalam keadaan ceria
b) Tidak takut berhubung dengan kakitangan
c) Tidak menimbulkan masalah semasa berpisah dengan ibu bapa
d) Berinteraksi secara sihat dengan rakan-rakan
e) Menggunakan bahasa yang bertatasusila
f)

Ucap salam/selamat kepada orang dewasa

g) Boleh berdikari
h) Berkeyakinan tinggi
i)

Tidak takut membuat penerokaan.

j)

Sihat dari segi fizikal

4. Interaksi
a) Terdapat interaksi yang positif antara guru dengan kanak-kanak
b) Terdapat interaksi yang positif antara pengurus dengan kakitangan
c) Terdapat interaksi yang positif antara kakitangan dengan kaitangan
d) Terdapat interaksi yang positif antara pengurus dengan ibubapa
e) Terdapat interaksi yang positif antara kakitangan dengan ibubapa
f)

Terdapat interaksi yang positif antara murid dengan ibubapa

5. Kemudahan asas
a) Premis bersih dan menarik.
b) Ruang-ruang pembelajaran memenuhi konsep kurikulum
c) Alat-alat pembelajaran tersesun dan mencukupi
d) Hiasan luaran dan dalam menarik dan bermakna kepada kanak-kanak
e) Taman permainan sesuai dan selamat
f)

Dapur bersih dan selamat

g) Pemakanan mengikut perancangan dan spesifikasi


h) Ruang makan bersih dan teratur
i)

Kemudahan membersihkan diri bersih dan kering

j)

Kemudahan meletakkan kenderaan sesuai dan terurus.

6. Lain-lain
a) Ingatan terhadap prosedur keselamatan semasa kecemasan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 163

b) Proses tiba dan pulang kanak-kanak berjalan lancar.


c) Masalah pembayaran yuran jika ada.
d) Program berkala

Dengan meneliti senarai di atas secara tidak langsung pengusaha akan dapat menilai samada
perkhidmatan yang disediakan berlaku secara berkesan ataupun tidak.

Jika perjalanan

program bergerak lancar secara berkesan ianya akan menjamin kualiti sesebuah program
tadika.

Kaedah Pemerhatian dalam penilaian


Kaedah pemerhatian sistematik biasanya digunakan untuk mengesan kelakuan sebenar kanakkanak.

Pemerhatian terdiri daripada pemerhatian semulajadi dan pemerhatian berstruktur.

Pemerhatian semulajadi merupakan satu kaedah memerhati kelakuan kanak-kanak secara


tidak ketara dalam alam semula jadi, tanpa mengubah sebarang persekitaran kanak-kanak.
Setiap kelakuan kanak-kanak akan dicatat mengikut masa kejadian kelakuan tersebut berlaku.
Pemerhatian berstruktur pula adalah dengan cara memerhati kelakuan kanak-kanak secara
teratur dan mengikut prosedur-prosedur tertentu dalam satu keadaan yang telah disediakan
dengan sengaja untuk membangkitkan kelakuan tertentu yang ingin diperhatikan. Pemerhatian
ini boleh dijalankan di dalam makmal atau dalam persekitaran semulajadi kanak-kanak seperti
di rumah atau di sekolah.

Kekuatan kaedah pemerhatian semula jadi ialah pemerhatian menggambarkan tingkah laku
seharian kanak-kanak.

Manakala kelemahannya ialah keadaan pemerhatian tidak boleh

dikawal; ketepatan pemerhatian bergantung kepada kcenderungan pengkaji. Bagi pemerhatian


berstruktur pula, kekuatannya ialah keadaan pemerhatian sama untuk semua kanak-kanak;
pengkaji boleh memerhati tingkah laku yang jarang berlaku dalam kehidupan seharian.
Kelemahannya pula ialah pemerhatian mungkin tidak menggambarkan tingkah laku biasa
kanak-kanak; ketepatan pemerhatian bergantung kepada pengaruh dan kecenderungan
pengkaji.

Pemerhatian boleh dilaksanakan :

Secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 164

Menggunakan instrumen iaitu senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi
aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.

Secara global mengikut objektif pemerhatian

Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan

Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan keadaan dan keperluan

Melalui pemerhatian , kita boleh mengetahui minat, tahap perkembangan, tahap kesihatan dan
keunikan mereka sebagai individu.

Oleh itu, pemerhatian terhadap perkembangan kanak-

kanak perlu menjadi teras pogram prasekolah.


2. Tujuan pemerhatian

Guru prasekolah perlu mengumpul maklumat tentang kanak-kanak prasekolah di bawah jagaan
mereka. Dengan membuat pemerhatian dan merekod tingkah laku kanak-kanak, guru boleh
memperolehi bagaimana kanak-kanak bergerak, berfikir dan apa yang mereka rasa. Melalui
permerhatian dan penerokaan tentang kebolehan dan minat kanak-kanak, guru boleh
merancang aktiviti pendidikan untuk setiap individu atau kumpulaa kanak-kanak. Maklumat
yang diperolehi dari pemerhatian boleh digunakan untuk melihat sama ada kanak-kanak telah
mencapai matlamat pendidikan yang telah ditetapkan atau telah ada kemajuan dalam
pendidikan. Guru memerhati kanak-kanak semasa mereka bermain dan berinteraksi dengan
persekitaran fizikal dan dengan kanak-kanak lain untuk belajar tentang minat, kebolehan dan
kemajuan perkembangan kanak-kanak.

Melalui maklumat tersebut, guru boleh merancang

pengalaman untuk pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Dalam memantau kemajuan kanak-kanak, guru juga perlu membuat pemantauan terhadap
tugasnya sebagai seorang guru. Contohnya, jika ada kanak-kanak yang salah faham tentang
sesuatu konsep, guru perlu menyedari dan mengenalpasti cara untuk menyelesaikan maslah
tersebut.

Jika guru dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan, maka guru

tersebut boleh menggunakan cara tersebut pada masa hadapan untuk mengajar konsep
tersebut.

Guru juga perlu ada gambaran secara keseluruhan tentang bagaimana kanak-kanak bergerak
balas. Penilaian secara menyeluruh tentang kebolehan kumpulan murid dalam kelas boleh
menolong guru mengubahsuai rancangan kurikulum. Contohnya, satu kumpulan kelas tadika

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 165

memerlukan pengalaman berjalan secara berpasangan dalam lawatan singkat ke taman


sekolah sebelum mereka bersedia untuk lawatan ke muzium. Ada juga kumpulan kanak-kanak
yang bersedia untuk lawatan ke mana sahaja tanpa latihan tersebut.

Tujuan pemerhatian dibuat ialah supaya :

1. Guru perlu mengenalpasti minat kanak-kanak.

Guru perlu tahu tentang apa yang setiap kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak suka dan
memberi tindak balas dalam sesuatu aktiviti. Ini

boleh menolong guru dan kanak-kanak

merancang pengalaman pembelajaran dan dalam membuat pilihan pengalaman.

Contohnya, jika ada sekumpulan kanak-kanak yang berminat dengan lebah, guru boleh
merancang lawatan ke Taman Lebah, memilih buku dan lagu-lagu tentang lebah, mengundang
pengusaha lebah ke tadika untuk menunjukkan bagaimana dia berpakaian untuk mengeluarkan
madu dari sarang lebah atau merancang membuat makanan ringan yang menggunakan madu
sebagai bahan pemanis.

2. Guru perlu membuat carta tentang tahap perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu dilihat dari sudut yang berbeza. Pemerhatian ialah satu cara membuat
penilaian secara tidak formal untuk setiap kanak-kanak dalam domain perkembangan yang
berbeza.

Dengan carta tentang tahap perkembangan kanak-kanak, guru akan mengetahui tentang
perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi setiap kanak-kanak dan sama ada kanakkanak tersebut berada dalam lingkungan normal mengikut kanak-kanak seusia dengannya.

Contohnya, kanak-kanak dari segi perkembangan motor halus pada umur 5 hingga 6 tahun
dapat memegang pensil. Jika ada kanak-kanak pada usia tersebut tidak boleh memegang
pensil, maka guru boleh mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu kanak-kanak
tersebut.

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 166

3. Pengetahuan tentang perkembangan setiap kanak-kanak dapat membantu guru


merancang kurikulum yang sesuai berdasarkan keperluan individu.

Ada kanak-kanak yang berkembang dengan baik dalam kognitif tetapi tiada kemahiran
dalam bersosial. Tugas guru ialah menolong kanak-kanak ini untuk menyesuaikan diri dalam
kumpulan kanak-kanak. Terdapat juga kana-kanak yang mahir dalam fizikal tetapi menghadapi
masalah emosi. Guru boleh menyusun aktiviti fizikal yang membolehkan kanak-kanak tersebut
belajar meluahkan perasaan melalui pergerakan atau tarian. Kanak-kanak mungkin berbezabeza tahap perkembangannya. Dengan mengetahui perkembangan kanak-kanak, guru boleh
memberi arahan dan mengasuh kanak-kanak secara individu.

4. Guru perlu membuat pemerhatian dari semasa ke semasa untuk mengetahui


kemajuan kanak-kanak.

Pemerhatian secara sistematik mengikut jadual adalah perlu untuk mendokumentasikan


perubahan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, guru hendak mengurangkan bilangan kanakkanak yang dikenal pasti suka memukul kawan.

Dengan aktiviti yang dirancangkan untuk

membantu kanak-kanak tersebut daripada memukul kawan, guru perlu membuat pemerhatian
yang berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

Secara tidak langsung, guru dapat

menentukan sama ada kanak-kanak semakin kurang memukul atau tiada perubahan atau
bertambah aktiviti memukul kawan.

5. Membantu guru menilai keberkesanan pengajaran dan membuat


perancangan yang sesuai untuk pembangunan kakitangan lain yang terlibat dengan
kanak-kanak.

Guru perlu berhati-hati dengan apa yang ia lakukan.

Mereka perlu tahu kekerapan

berinteraksi dengan murid, bagaimana bekerja dengan kanak-kanak yang mempunyai


perbezaan individu dan berapa lama penumpuan kanak-kanak apabila guru membuat aktiviti
seperti bercerita. Guru perlu juga menilai bagaimana ekspresi muka dan pergerakan badan
semasa berhadapan dengan kanak-kanak. Di samping itu, guru perlu mengimbas kembali,
berapa banyak peneguhan positif atau negatif digunakan dalam pengajaran.

Penggunaan

video untuk merakam dan menonton kembali rakaman video boleh membantu memberi
pendedahan tentang kelemahan atau kekuatan seseorang guru terutama bagi guru-guru yang

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 167

baru mengajar kanak-kanak. Guru atau pengurus tadika boleh menggunakan analisa kekuatan
dan kelemahan kakitangannya untuk merancang pembangunan profesional bagi memenuhi
keperluan mereka yang bekerja dengan kanak-kanak.

6. Guru dapat gambaran keseluruhan tentang program tadika dan membantu membuat
analisa yang spesifik tentang masalah pengurusan kelas.

Persepakatan yang erat antara semua pihak yang terlibat dengan tadika seperti guru,
pembantu guru dan kanak-kanak dapat mewujudkan sebuah tadika yang berkualiti. Bagaimana
kerjasama antara ahli dalam tadika saling membantu untuk mencapai matlamat adalah penting
bagi sesebuah tadika.

Tahap perkembangan kanak-kanak mencapai matlamat yang

diharapkan begantung kepada kurikulum dan iklim sosioemosi sesuatu tadika.

7. Pendokumentasian pemerhatian tentang kanak-kanak secara individu dan lain-lain informasi


boleh dikongsi dengan ibu bapa, pengurus tadika atau mereka yang terlibat dengan kanakkanak secara langsung.

Banyak contoh pemerhatian yang dibuat dan dalam masa yang berbeza, situasi yang berbeza
dan menggunakan kaedah yang berbeza dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang
perkembangan kanak-kanak.

3. Jenis pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhatikan iaitu:

i)

memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan

ii)

memerhati apa yang telah dirancang secara open ended

iii)

memerhati untuk jangka pendek dan panjang

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 168

4. Dokumentasi pemerhatian

Maklumat yang didapati daripada pemerhatian perlu dimasukkan ke dalam rekod


perkembangan individu kanak-kanak.

Format yang digunakan untuk merekod maklumat

terpulang kepada pilihan guru. Apa yang perlu ialah catatan dibuat dalam bentuk yang
mudah digunakan dalam pelbagai situasi kerja.

Setiap guru perlu membuat perancangan. Bagi tujuan tersebut, sebuah buku program atau
folder yang terkandung di dalamnya maklumat latar belakang dan rekod perkembangan
individu kanak-kanak boleh juga dimasukkan perancangan dan penilaian mingguan.

Ia

boleh dibuat secara berasingan.

Pemerhatian juga merupakan sebahagian daripada interaksi harian guru dengan kanakkanak. Melalui pemerhatian secara berstruktur, guru-guru boleh mempertimbangkan
kehendak, keperluan dan boleh mentafsir perkara yang sedang berlaku kepada kanakkanak.

Fokus guru ialah kepada perkembangan kanak-kanak yang membimbangkan atau ingin
mengetahui kelakuan seseorang kanak-kanak, justeru itu perlu ada catatan. Ini penting
untuk tujuan perancangan masa depan. Kaedah pemerhatian bergantung kepada kegunaan
maklumat yang dikumpulkan.

Kaedah merekod maklumat pemerhatian adalah berbeza antara individu. Beberapa faktor
akan menentukan kuantiti, kualiti dan format yang akan digunakan.

Tentukan sistem yang akan digunakan untuk mendokumentasikan perkembangan


kemampuan, kemahiran dan minat setiap individu kanak-kanak.

Ia akan menjadi asas

kepada perancangan yang berterusan. Maklumat daripada keluarga amat berguna. Reaksi
awal kanak-kanak terhadap persekitaran baru dan terhadap guru merupakan maklumat awal
yang penting.

Merekod pemerhatian ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang
diperhatikan berkaitan dengan perkembangan kebolehan, kemajuan, pengetahuan dan

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 169

pencapaian murid yang ingin dinilai. Cara mengumpul dan merekodkan maklumat seperti
yang dicadangkan dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 ialah melalui:

senarai semak
anekdot
rekod berterusan

TUGASAN

1. Gunakan kriteria penilaian yang disediakan bagi membina


sebuah borang penilaian.
2. Gunakan borang tersebut bagi menilai sebuah program dan
nyatakan hasil dapatan anda.

RUJUKAN

:
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan
Pendidikan Prasekolah. Malaysia: PTS Publication
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kostelnik M.J., Soderman K.A, Whiren P.A. (2004) Developmentally
appropriate curriculum : Best Practies in Early Childhood Education.
Pearson Prentice Hall:USA
Wardel, F. (2003). Introduction to Early Childhood Education. USA :
Pearson Education, Inc.
Brewer, J.A. (2004). Introduction to Early Childhood Education
Preschool through Primary Grades. Pearson Education. Inc:USA

KAA3033:PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 170

You might also like