You are on page 1of 4

KONSEP SYAHADAH.

Maksud: Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan


aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah.
Tiada guna segala kesenangan yang dikecapi, tiada guna pangkat tinggi melangit tanpa
pengabdian dan kepatuhan kepada Allah. Pengucapan kalimah syahadah adalah
menjadi tunjang kepada agama Islam dan setiap lafaz itu perlulah disertai dengan
keimanan, penghayatan dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang oleh Allah SWT.
Kanak-kanak yang telah menjejakkan kaki ke alam dewasa dan mukallaf perlu diajar
padanya syahadah serta memberi bimbingan dalam menjalani kehidupan ke arah yang
lebih baik dengan mengajarnya solat, puasa dan ibadat-ibadat yang lain. Sama juga
keadaannya apabila mereka yang baru memeluk agama Islam perlu juga mengucapkan
kalimah agung ini. Dalam erti kata yang mudah, kalimah syahadah adalah kalimah yang
menjadi pengakuan seseorang terhadap sesuatu. Dan apabila seorang manusia itu
mengucap kalimah syahadah adalah menjadi satu penyaksian dan pengakuan dengan
lidah terhadap sesuatu perkara. Pengakuan yang mana dia redha Allah sebagai
tuhannya dan Muhammad adalah rasul-Nya dan dia akan mematuhi segala syariat
Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Kalimah syahadah ini mempunyai 2 bahagian iaitu kalimah yang mana


kalimah ini merupakan satu bentuk penafian segala bentuk tuhan, kepercayaan,
akidah, dan penyembahan selain daripada Allah Tuhan sekalian alam dan
adalah pengakuan kerasulan Nabi Muhammad sebagai rasul dan utusan Allah.
Lafaz syahadah ini perlu dilafaz sekali gus dan sekiranya berlaku sebaliknya maka
syahadah tersebut tidak sah. Penghayatan lafaz ini adalah penting dalam kehidupan
seorang muslim bagi memantapkan keimanan kepada Allah dan melahirkan kesedaran
dalam melaksanakan hukum Allah.
Tuntutan syahadah ini dapat dibuktikan dengan menunaikan solat lima waktu, puasa,
zakat, menunaikan haji, iaitu terdapat di dalam Rukun Islam yang lima dan seterusnya
menghindarkan diri kita dari melakukan perkara yang ditegah oleh Allah dan melakukan
apa yang diperintahkannya.
Fardu syahadah ini ada dua iaitu pengucapan kalimah itu mesti diikrarkan dengan lidah
dan yang kedua tasdiqkan dengan hati. Bagi yang ingin memeluk agama Islam adalah
penting menyebut kalimah ini sama ada di dalam bahasa arab atau di dalam bahasanya
sendiri. Pengakuan dengan hati adalah dengan menyerahkan diri kita kepada Allah
SWT sebagai tanda kita tunduk, taat dan patuh padanya.
MASUK SYARAT.40

Pengertian Syahadah
Syahadah ( ) dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah
dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui.
Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh
digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keteranganketerangan dan akuan. Perkataan 'Syahadah' juga mengandungi maksud: ikrar dan
pengakuan serta keyakinan.
Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah bererti pengakuan,
pemberitahuan dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah orang yang menyaksikan
sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu tentang apa yang
diketahuinya, baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.
Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh
seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu
atau keyakinan akan mewujudkan zat Allah , ketunggalan dan keesaan Allah, juga
tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.
DatoIsmail kamus,menyatakan didalam buku yang dikarang olehnya yang bertajuk
Indahnya Hidup Bersyariat ,bahawa syahadah bererti penyaksian atau pengakuan
seseorang terhadap sesuatu. apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti dia
telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.
Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian persetujuan, pengakuan dan
keyakinan. Kerana itu setiap orang yang mengakui tentu meyakinkan kebenaran apa
yang mereka akui di dalam hatinya. Sekiranya akuan di lidahnya bertentangan dengan
apa yang diakui oleh hatinya maka pengakuan yang demikian dinamakan sebagai
pengakuan yang dusta kepada Allah.

sepertimana firman Allah didalam surah al munaafiquun ayat 1 :


maksudnya : apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad),
mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya
Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya,
serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

You might also like