You are on page 1of 10

Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi
Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah
Melayu. TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di
Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara.
Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke
dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan
digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Sejarah
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak
zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga
Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu
Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal
ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini
lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan
agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan
Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan
sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu
dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam
abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis
dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis
dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.
1.

Sejarah perkembangan tulisan jawi

*
Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia
maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui
siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson
bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan
juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu
dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan
dengan tulisan tersebut.
*
Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan
tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami
evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi
menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.
*
Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu
iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.
*
Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu
ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun
melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang
ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga
awal abad ke-20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi
khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan
jawi dalam tamadun melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:
*
batu bersurat,
*
manuskrip lama,

*
kertas lama,
*
majalah,
*
batu nisan,
*
bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
*
senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan
seumpamanya
*
ukiran-ukiran pada masjid, istana
*
azimat dan tangkal
*
Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55
Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi
berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf
tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah
menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta
sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
*
Ciri- Ciri Tulisan Jawi
Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung
* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam
dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.
Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas.
Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk
menyampaikanmaklumat.
Manuskrip Melayu
Apa itu Manuskrip Melayu ?

Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang
dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20.
Mengapa Ia Penting ?

Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan
daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu
yang berguna dan perkarayang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang,
petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis.
Ilmu yang dihasilkan merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan
tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang.
Contoh ManuskripTerkenal

Hikayat Hang Tuah (Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya berbakti dan
berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan Melaka).
Misa Melayu

Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang
memerintah negeri Perak sertamembicarakan tentang adat resam dan budaya Perak.
Sir at Al-Mustaqim

Disusun dan ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun1044 Hijrah (1634 Masihi).
Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim.
Kitab Tib

Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yangmenggunakan bahan dari pokok
dan tanaman yang dicampurdengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, sengugutdan
meroyan.
Syair Seratus Siti

Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadikhalifah di negeri Baghdad dan
bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri.
Hukum Kanun Melaka

Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dan dianggap terpenting serta
mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undang-undang yang
meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan. Perbicaraan kemudiannya

diikuti dengan hukum Jong.


Cara Menyimpan

Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yangberterusan dan sebaik
mungkin supaya selamat dan tidakhancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada
pencemaranudara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk danserangga. Manuskrip
yang rosak perlu dibaiki dengan dengansegera.
Peranan Masyarakat

Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda,keluarga atau sesiapa sahaja
yang anda ketahui ada menyimpanmanuskrip Melayu, peranan anda adalah mengalakkan semua
pihak membolehkan Pusat Manuskrip Melayu memperolehi manuskrip tersebut agar dapat
disimpan dengan sempurna.
Pusat Manuskrip Melayu

Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telahditubuhkan pada tahun 1985
dan diberikan tanggungjawabseperti berikut :*
Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu
dari dalam dan luar negara;
*
Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan
menerbitkan bibliografi;
*
Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan
menyalin manuskrip Melayu;
*
Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan;
*
Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu
melalui penerbitan dan pameran
Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalamdan luar negara didokumenkan
dan katalog diterbitkan. Pusat Manuskrip Melayu telah mendokumen dan menerbitkan katalog
manuskrip Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis, Singapura dan Afrika Selatan.
Pusat Manuskrip Melayuini telah berjaya mengumpulkankoleksi berjumlah 2,940 naskah iaitu
koleksi manuskrip Melayuyang terbesar dalam simpanansesebuah institusi di dunia.Semua
manuskrip yang diperolehi akan melalui prosespengwasapan, disimpan dalam kotak bebas asid
dalam biliksimpanan yang terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsiusdan kadar
kelembapannya 55%-65% sepanjang masa. Bagimanuskrip yang rosak ianya akan dibuat
pembaikan.Manuskrip dalam simpanan Pusat Manuskrip Melayudibenarkan untuk rujukan dan
penyelidikan supaya ilmu yangterakam dapat disebarkan dan dimanfaatkan. Usaha mengkajidan
menerbitkan semula manuskrip Melayu dilakukan melalui Projek Mualim Tamu. Pusat Manuskrip
Melayu juga sering mengadakan pameran dan giat menerbitkan buku, risalah dansebuah jurnal
ilmiah yang dikenali sebagai Jurnal Filologi Melayu.Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa
Melayu untukpengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah
membangunkan tamadun Melayu dan pernahmencorak ketuanan Melayu di zaman prakemerdekaan.
Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara, di mana
dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Namun,
akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana muncul segelintir dalam hieraki
masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini.
Malah rasa jelak mereka terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi
Melayu 'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan. Generasi
seperti inilah yang akhirnya menjadi penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga
menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris.
Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan,barangkali tulisan Jawi menerima nasib
yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar
sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Akhirnya
ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid
ketika membaca al Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam.
Lebih malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia akan tenggelam di
arus kemodenan dan terus kehilangan khalayak. Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan
kerana tidak mempunyai nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan

sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh
arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion.
Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di Kuala
Berang, Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan, bukannya
bahan sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal terjadi kepada penggunaan Bahasa
Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib untuk menanganinya setelah kerajaan
mewajibkan pengajaran Inggeris dalam Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki
nilai sentimental yang tinggi untuk bermati-matian mempertahankan tulisan Jawi, jika
kehilangannya hanya memberi impak kepada warisan budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi
mempunyai jasa yang besarterhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia
membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara danterakam dalam pendidikan negara.
Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai tanda
penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman prakemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden denganperbendaharaan yang sofistikated
diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjiandan
undang-undang. Jika diamati, sejarah ke'genius'an danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula
digagahi apabilawujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab
Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia
ditekuni di sekolah-sekolah.
Tokoh ulama seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang asing dalam
dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab Bahrul Mazi, Tafsir Quran al
Marbawi, Tafsir Surah Yassin masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan
kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri
ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu
lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara
Malaysia.
Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan
ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan
Jawi bersama dengan dakwah Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam
mempelajari al-Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan
bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem
Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak
langsung berkemahiran menyebut ayat- ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan ;
[Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar-syiar
agama yang dipegang olehpara pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat
beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan aqidah
imandaripada ayat-ayat al Quran].
(Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun & al
Qabisi, terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka).
Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjamdari bahasa Arab, sudah pasti
sebutan tersebut tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina
dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlakukesilapan pada pertuturan mereka yang
sebenar.Kerana itu, penulis yakin kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh' yang
dipinjam dari bahasa Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman
Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan
ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas
memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan perananpenting dalam pendidikan negara, di
mana ia dijadikan sebagaisuatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasaMelayu.
Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh
dianggap positif antaranyapengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni
khat tidak memadai untuk mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia
subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya
memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni

dijual beli. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu
memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi
dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah
tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah
dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan
pelopor kepada seni khat Jawi.
Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of American culture (globalisasi
budaya Amerika).Memang tamadun Barat semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain
ketika ini, di saat Melayu belum pulih untukmembangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi,
penggantianjawi dengan rumi adalah sebahagian daripada prosespembaratan dan pendangkalan
Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran
garisan musim bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates
(UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik
untuk masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada
Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak
disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.
Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan
cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa
dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot
selepas 1511.
Melayu Moden Masa kini
Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam
kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai
kemerdekaan.
[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' DrAsmah Haji Omar (2004)
ISBN 981-3018-52-6.]
Inskripsi Kedukan Bukit:
Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di
Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini
kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.
Teks Melayu Kuno:
svasti r akavatta 605 (604 ?) ekda uapunta hiya,,klapaka vulan vaikha d<(m> nyik
dismvau mangalap siddhaytra di saptam uklapakaapunta hiya,vulan jyeha d<(m> malapas
dari minngavala dualaka dangan ko-(tmvan mamva yamduaratus cra di smvau dangan jlan
sarivudi mata jap(tlurtus sapulu dua vaaka dtamsukhacitta di pacam uklapaka
vula.marvuat vanua ..(laghu mudita dtamrvijaya jaya siddhaytra subhika.....
Terjemahan:
Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas dan pertengahan
bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh siddhayatra. Pada hari ke tujuh, lima belas
hari pertengahan bulan Jyesta, Sri Baginda membebaskan tubuhnya dari minnga tmvan. Baginda
membawa 2000 tentera bersama.. Seramai sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera. Mereka
sampai di .Sesungguhnya riang ria pada lima belas hari pertengan bulan. tangkas, gembira dan
mereka membuat perjalanan ke negeri agung Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan
Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yangdiaplikasikan di Thailand dan
Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini
berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan
jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.
Kadaram dalam Inskripsi Tanjore:
Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia
menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram
memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan
adalah Kedah.

[1] H.G.Q. Wales, Archaeological Researches, hal. 21


[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka,
hal. 195
[4] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam terawal di Nusantara, hal. 25
[5] Artikel TULISAN JAWI dan Tulisan Jawi Pancaran Identiti Bangsa. Oleh HAJI MUHAMMAD
BUKHARI LUBIS
BAHASA Osmaniah Kuno di Turki tamat pada abad ke-15M apabila Sultan Fatih Mahmet berjaya
membuka Istanbul. Sejak itu, bermulalah bahasa Turki Osmani (Osmanlica) yang menggunakan
satu aksara baru, aksara Arab. Penggunaan bahasa ini yang begitu rancak dan mendominasi,
khasnya dalam kesusasteraan Sufi dan puisi rakyat, berakhir pada tahun 1922, apabila Mustafa
Kamal Ataturk mendapat tampuk pemerintahan. Dengan berpegang pada dasar "kemajuan
ialahpembaratan", Ataturk mengambil langkah yang drastik dan tragik dengan memperkenalkan
bahasa Turki moden (Turkge), yang mengetepikan aksara Arab. Lantas diperkenalkan aksara Latin
atau tulisan rumi [antara hujah mewajarkan tindakannya ini ialah aksara Arab tidak dapat
melambangkan setiap bunyi perkataan Turki, misalnya, perkataan alif-wau-nun membawa empat
bunyi dan makna yang berlainan on (sepuluh), "n (hadapan), un (tepung), dan n (kemasyhuran,
suara, bunyi)].
Seperti orang Turki, bangsa Melayu juga mempunyai bahasa yang menggunakan pelbagai aksara
sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Aksara ini berubah apabila Islam diterima di Kepulauan
Melayu. Para pendakwah - orang Arab dan orang Parsi yang tentunya menguasai bahasa Arab yang
menjadi paksi utama dalam Islam - dengan bijak dan tepat memilih bahasa Melayu untuk
digunakan. Bermulalah era pengislaman, termasuklah bahasa Melayu itu sendiri.Lalu
diperkenalkan aksara baru, aksara Arab atau lebih terkenalsebagai tulisan jawi. Menurut sejarah,
jawi di sini merujuk kepada Pulau Sumatera (maksud umum Kepulauan Melayu) dan bukanlah
Pulau Jawa.
Sesungguhnya, tulisan jawi dapat mempertaut perpaduan satu bahasa yang meliputi seluruh
golongan bangsa Melayu. Malah orang Melayu sendiri menamakan bahasanya "bahasa jawi" (tidak
sekadar jawi merujuk kepada tulisannya - misalnya, di halaman sebuah buku klasik, tertera: Inilah
kitab yang bernama Hidayat al-Salikin - karangan Syeikh Abdus Samad Falambani dibahasakan
bahasa Jawi ). Ini memberi erti bahawa orang Melayu ketika itu menamakan bahasanya menurut
nama tulisannya. Tulisan jawi bermula sejak abad ketujuh Masihi lagi. Tentulah sepanjang masa ini,
banyak bukti yang dapat diketengahkan. Pada zaman dahulu, tulisan jawi digunakan pada prasasti
atau batu bersurat (misalnya: Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M), batu hidup
(ditemuidi Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan), batu nisan (misalnya, di pemakaman raja-raja
Aceh di Banda Aceh), mata wang (khasnya wang emas dan perak, terukir di situ misalnya nama
Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah), surat kiriman diraja (antara Raja Melayu dengan
raja bukan Melayu, seperti raja Portugal dan raja Inggeris, juga dengan wakil raja atau pembesar
asing yang ada atau datang ke negeri Melayu), kitab dan buku (misalnya `Aqaid oleh al-Nasafi
yang bertarikh 998 H/1590M), surat perjanjian antara raja dengan negara diAlam Melayu, catatan
pemilikan dan perdagangan, terutamanya di pelabuhan dan kapal perdagangan.
Kitab lama dahulu pastilah ditulis dalam bentuk manuskrip. Tentang penggunaan tulisan jawi
dalam pelbagai manuskrip abad ke-17, pengkaji Barat, seperti van Rongkel, van Elbinck, Robinson,
Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de Hollander, van der Tuuk, Pijnappel,
Klinkert, dan Wilkinson pernah menyatakan rasa kagumnya terhadap keseragaman ejaan jawi
dalam manuskrip yang berkenaan.
Penggunaan tulisan ini diluaskan lagi buat dua abad terakhir ini. Bahan bacaan, seperti surat
khabar (misalnya al-Imam - yang terbit di Singapura - 1906) dan majalah (seperti Bustan Arifin
yang terbit di Melaka - 1236H/1821M) terus menggunakan tulisan jawi. Begitu juga piagam dan teks
pemasyhuran, antaranya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957). Dapat
dirumuskan bahawa tulisan jawi yang disentuh tadi terbukti dalam hasil kesusasteraan dan
kebudayaan orang Melayu. Hal ini semakin maju dan membesar, ia melepasi batas berkenaan,
sehinggaterbukti dalam kegiatan kesenian pula. Tentulah perkara iniberhubungan dengan seni khat.
Ternyata, orang Melayu sejak dahulu peka terhadap perkembangan seni khat, meskipun sehingga
kini kita masih tidak dapat menandingi hasil seni khat bangsa Arab, Iran, dan Turki, misalnya. Oleh
sebab itu, tulisan jawi yang indah-indah dapat dilihat dalam pelbagai objek, seperti masjid

(termasuklah mihrab, dinding, tiang, pintu besarnya), batu nisan, bangunan yang berhubungan atau
tidak dengan hal keagamaan, batu nisan, sijil syahadah, kepala surat, nama jalan, takwim, kain
pemidang, pengikat kunci, lukisan, dan ukiran yang terpahat, sama ada pada batu, kayu,logam,
tembikar, atau marmar. Dengan menggunakan pelbagai jenis khat yang menarik, seperti kufi,
thuluth, nasakh, farisi, dan raqah, terbukti tulisan jawi memberi sumbangan yang sungguh
bermakna demi mengayakan dan mengagungkan lagi kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu.
Sesungguhnya, tulisan jawi digunakan dalam pelbagai aspekkehidupan bangsa Melayu sejak
berkurun-kurun dahulu. Sehingga tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa nadi bangsa Melayu
bergantung sangat pada tulisan jawi, apatah lagi apabila tulisan jawi dihubungkaitkan dengan alQuran yang menjadi ikutan utama kaum Muslimin. Hasil penelitian terhadap ribuan manuskrip
Melayu akan membawa pengkaji yang jujur dan objektif untuk menyimpulkan bahawa tulisan jawi
berjaya memelihara kemurnian dan ketinggianbahasa Melayu tulisan/persuratan. Selanjutnya,
martabat bahasa Melayu haruslah dipertahankan melalui tradisi penulisan yang lebih baik lagi
murni. Berdasarkan yang telah berlaku dan yang disumbangkan, sukar untukmenafikan bangsa
Melayu amat bergantung pada tulisan jawinya.Malah, tulisan jawi menjadi identiti bangsa Melayu
pula.
Sampai ketikanya, perubahan rasa berlaku. Lalu Angkatan Sasterawan 50 mengesyorkan: " sudah
sepatutnya tulisan rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan
jawi sehingga masa akan menentukannya". Cadangan ini diterima oleh KongresBahasa dan
Persuratan Melayu Ketiga di Singapura/Johor Bahru (1956), di samping mencadangkan
pembentukan satu badan untuk mengkaji cara memelihara tulisan jawi dan menyamakan ejaan jawi
di Malaya dan di Indonesia. Hasil saranan kongres ini masih jauh daripada kenyataan hinggalah
sekarang. Sejak itu, berlakulah perkembangan yang tidak sihat ini. Kalau di Turki,tulisan jawi
dihapuskan oleh anak bangsanya sendiri (malah pelbagai aspek undang-undang Islam diubah
kepada kanun Barat), kita juga hampir kepada suasana itu. Pada tahun 1960-an, mulalah
pengajaran tulisan jawi di sekolah diabaikan. Ada pula yang berhujah dengan melihat kelemahan
sistem ejaan dalam tulisan jawi itu. Tulisan jawi tidak dapat melambangkan bunyi/sebutan
perkataan sepenuhnya. Memang kita akui, sejak sistem ejaan jawi belum lagi dibaiki sepenuhnya,
perkataan kaf-mim-ba-nga membawa tujuh bunyi: kembang, kambing, kumbang, kembung,
kambung, kambang, dan kombang. Sehinggalah kita ada Ejaan Jawi yang Disempurnakan, masih
ada gejala yang sama, perkataan ba-ya-lam-ya-qaf membawa dua bunyi: bilik dan belek.
Namun, hal ini usahlah dibesar-besarkan. Tambahan pula, konteks ayat akan membimbing pembaca
membunyikan perkataan dengan betul, di samping sering kedengaran perkataan berkenaan.
Janganlah dengan alasan serapuh itu, kita sanggup menghapuskan tulisan jawi yang telah kita
warisi berabad-abad dan berjasa besar dalam kehidupan kita. Akibatnya, dalam konteks
keagamaan, seperti yang lumrah diTurki kini, sudah ada orang Melayu mempelajari ayat
untuksembahyang berdasarkan tulisan ruminya sahaja! Gejala buta tulisan jawi semakin buruk.
Mangsa sistem persekolahandasawarsa 60-an membuktikannya. Sungguh sedih! Ketika dalam
pemerintahan British, kita bebas menggunakan tulisan jawi sehingga dalam wang kertas pun ada
tulisan jawi (setelah kita merdeka, hanya beberapa tahun sudah tercetak tulisan jawi dalam wang
kertas RM2). Sebelum itu pemerintah British menggunakan tulisan jawi dalam perutusan mereka.
Janganlah pula sampai kita menemui sarjana bahasa Melayu (khasnya dari bangsa Melayu) yang
tidak menguasai tulisan jawi.
Oleh sebab kesan pengabaian tulisan jawi ini semakin teruk danmembimbangkan, pada tahun 1985,
Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan tulisan jawi di sekolah rendah agama. Tindakan
setakat ini tidaklah memadai. Kita harus berwaspada, sekiranya tulisan jawi diketepikan - apalagi
dikuburkan - maka mutiara dari Dunia Melayu ini akan hilang, sirnalah ciptaan kreativiti datuk
nenek kita dari Alam Melayu.
Sejak abad ketujuh Masihi lagi, dalam pelbagai khazanah tamadun Melayu, daripada falsafah, ilmu,
hukum-hakam, ubat-ubatan, teknologi silam, hinggalah bermacam-macam bidang ilmu (baik dalam
bentuk prosa mahupun puisi), tulisan jawi digunakan dan ia cukup berjasa. Malah tulisan ini
menjadi identiti bangsa Melayu. Maka tidak hairanlah seorang sarjana asing, Dr. Kang Kyoung
Seock dari Korea, yang mengkaji (untuk tesis Sarjananya) sejarah tulisan jawi, menegaskan bahawa
baginya tulisan jawi lebih banyak bersifat kemelayuan daripada rumi. Bahasa yang menggunakan
dua aksara terlalu sedikit. Maka itu kita harus berbangga dengan penggunaan tulisan jawi dan
rumi, khasnya Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi.

Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi


Oleh : Azwar
*
Manuskrip Melayu merupakan karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang
dihasikan dalam kurun waktu Abad ke-15Masihi sampai pada awal abad ke-20 Masehi. Dalam
Manuksrip Melayuini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanahkebudayaan Bangsa
Melayu pada masa dahulu. Untuk memahamimanuskrip-manuskrip Melayu, sebelumnya kita harus
memahami tulisan jawi, kerana manuskrip-manuskrip Melayu itu di tulis dalamtulisan jawi. Tulisan
Jawi adalahtulisan Arab yang diadaptasikan olehbahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang
kita fahami sekarang ini. Ertinya huruf yang dipakai adalah huruf-huruf Arab dengan
bahasaMelayu, atau dengan ejaan Melayu.
*
Sejauh ini belum ada yang dapat memastikan siapa tokoh yang pertama sekali menemukan
huruf itu dan siapa yang memberi nama untuk tulisan dengan percampuran dua kebudayaan besar
itu.Kalaupun kemudian tulisan itu disebut dengan tulisan jawi, sepertinyaitu adalah nama yang
diberikan setelah tulisan itu berkembang oleh pengamat-pengamat bahasa yang mempelajarinya,
atau parapengamat yang menjadikan bahan-bahan berbahasa melayu dan tulisan jawi sebagai
sumber kajiannya. Dikatakan ianya di kalangan ahli-ahli sastra, ahliagama, dan lain sebagainya.
Apapun tanggapan tentang tulisan itu,yang pasti tentu saja tokoh pengasas tulisan jawi itu sangat
besarjasanya dalam khasanah keilmuan bagi bangsa Melayu khususnya dunia ilmu pengetahuan
manusia pada umumnya.
* Tulisan jawi yang dimaksud ini tentu saja kata yang tidak dapatdipadankan dengan kata jawi di
dalam kamus R.J Wilkinson, yang mengertikan kata-kata Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan
untukjawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeda dengan beraspulut. Selain itu kata
jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi dalambahasa Melayu jelas berbeda dengan makna kata
jawi dalam Bahasa Minangkabau yang dapat diertikan sebagai lembu atau sapi.
*
Tulisan Jawi yang telah lama ada dalam khazanah kebudayaanmelayu yang diperkirakan
sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrahhingga ke hari kini dan ia berasal daripada tulisan Arab.
Tulisan inilahyang membangun kebudayaan melayu dan tulisan ini jugalah yangkemudian
mengantarkan menuju bahasa Melayu yang kemudianberkembang menjadi Bahasa Indonesia
setelah dikokohkan oleh parapemuda Indonesia dalam sumpah pemuda.Bukti historis bahwa adanya
tulisan jawidalam kebudayaanMelayu lama dapat dilihat pada bahan-bahan bertulis seperti :
batubersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahanyang dibuat daripada
logam, kulit, alat senjata ,batu lontar,tembikar dan sejenisnya, ukiran-ukiran pada masjid, rumah,
dan istana,azimat, rajah atau penangkal.
*
Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arabdi Sumatera bertarikh 55
Hijrahatau setara dengan 674 M. Selain itujuga ditemukan di Kedah bertarikh 290 Hijrah. Kedua
hal inijelastelah menunjukkan bahwa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yangkemudian telah
disesuaikan dengan menambahkan beberapa huruftambahan kepada huruf Arab untuk
menyesuaikannya dengan gayabahasa orang Melayu. Penambahan ini lebih kepada melengkapi
ejaanyang tidak ada dalam bahasa Arab tetapi ditemui dalam bahasa Melayu.
*
Untuk memahami lebih jauh tentang tulisan jawi ada baiknya kitaperhatikan pendapatpendapat berikut ini, tentang tulisan jawi yang dikemukakan oleh timbalan peneliti dari
perpustakaan Malaysia.
a. Jawi Berasal daripada Maksud Jawi peranakkan.
Marsden menyebutkan bahwa Raffles menerangkan kata Jawibermaksud campuran dimana
beliau telah merujuk kepada ungkapan anak Jawi iaitu anak campuran kaling dan ibu Melayu
(disinilahtimbulnya istilah jawi peranakan); oleh sebab itu bahasa Jawi adalahbahasa Melayu yang
ditulis dengan tulisan Arab sehingga dapatdiertikan sebagai bahasa campuran.
b. Jawi Berasal dari Perkataaan Jawa atau merujuk kepada
Bangsa Jawa Hamdan Abdul Rahman dalam bukunya "Panduan Menulis dan Mengeja Jawi"
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tahun 1999 mengatakan bahwa kata Jawi itu
sendiri berasal dari nama suku Kaum Jawa. Ertinya kata Jawi itu mengacu pada suku Jawa.Berikut
adalah petikan daripada bukunya berkaitan perkara tersebut:
"Sudah ditakdirkanAllah bahawa di kalangan bangsa Melayu ini,suku yang lebih
besarbilangannyaadalah suku Jawa. Jadi merekalahyang membentuk kumpulan Melayu terbesar di
tanah Arab padazaman dahulu. Akibatnya orang-orang Arab menganggap semuamanusia berkulit
sawo matang dari Alam Melayu ini sebagai orang Jawa.

Seterusnya segala yang berkaitan dengan orang Melayudisifatkan sebagaiJawi. Orangnya dikenali
sebagai orang Jawi,Tanahnya dikenali sebagai tanah Jawi dan bahasanya dinamakan bahasa Jawi
dan tulisan yang digunakan dalam media persuratannya dinamakan tulisan Jawi. Kitab-kitab agama
Islam yang diterjemahkanke Bahasa Melayu terutamanya dalam abad ke-17 Masihi,
semuanyamencatat bahawa penulisnya telah menerima titah raja, wasiat guruatau pesan ayah
supaya dia menterjemahkan kitab tertentu ke dalam bahasa Jawi; bukan bahasa Melayu. Secara
berurutan perkataan Jawi ini awalnya merupakan nama tanah, iaitu Alam Melayu, kemudian
menjadi nama bahasa, dan sekarang menjadi nama tulisan pula."
c. Jawi Berasal daripada nama Sumatera Lama Al-Jawah
Hashim Haji Musa dalam bukunya "Sejarah PerkembanganTulisan Jawi" lebih setuju dengan
pendapat OmarAwang yangmenegaskan kemungkinan besar kata jawi berasal dari kata
dalambahasa Arabal-Jawah. Kata ini pernah digunakan dalam catatan Arabyang tertulis sebelum
pertengahan Abad ke-14 M untuk menamakanSumatera, misalnyaYa q u t, dalam Mu'jan al-Buldan,
Abu Al-Fida' dalam
Taqwim al-Buldandan Ibn Batutahdalam Rihllat Ibn Batutah. Fakta inimenunjukkan satu
kemungkinan yang kuatbahawa tulisan Jawi itudinamakan oleh orang Arab untuk merujuk tulisan
ejaan yangdigunakan oleh orang Sumatera yaitu penduduk Al-Jawah yangberagama Islam dan
menggunakan bahasa Melayu.
Hashim Haji Musa lebih lanjut menegaskan bahawa tidak logik bahawa Jawi yang dimaksud
sebagai tulisan jawi adalah istilah yangberasal atau berakar dari kata Jawa. Sebuah kekeliruan bila
tulisan jawiberasal dari kata Jawa yang merujuk pada suku Jawa, karena tulisanJawi telah ada
sebelum Jawa jatuh ke tangan orang Islam pada tahun883 H atau pada tahun 1468 M.
d. Jawi Berasal dari Perkataan Al-Jawah
W. Marsden pula menyebut bahawa nama Jawi juga pernahmenjadi tanda tanya kepada G.H
Werndly (iaitu ketua penterjemahInjil ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1731 M tentang asalusulnyadan menyimpulkan bahawa bahasa Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa, yang
disebut oleh Marco Polosebagai nama lamabagi pulau Sumatera pada zaman itu, yang mungkin
dihasilkan olehorang Arab seperti yang disebut oleh Omar Awang di atas.
e. Jawi berasal daripada Perkataan Java Dwipa yg juga dikenalisebagai Al-Jawah (sebuah daerah
Asia Tenggara pada zamanpurbakala).
Amat Juhairi Moain pulalebih menyakini bahwa kata Jawi berasalAl-Jawah dimana dikatakan
bahwa perkataan ini berasal daripada perkataan "Java dwipa" iaitu sebuah nama daerah Asia
Tengara padazaman Purba. Bukti yang digunakanadalah catatan Ibnu Batutahdalam bukunya alRihlahmenggelar Sumatera sebagai al-Jawah. Bagiorang Arab bagian perkataan "Java"saja yang
diambil, sedangkan"Dwipa" pula ditinggalkan. Kata "Java" ini digunakan untuk merujukkepada
keseluruhan daerah Asia Tenggara. Penduduknya jugadinamakan dengan kata adjektif " Jawi".
Oleh kerana itu "Jawah" dan"Jawi" merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi
pribumidi Asia Tenggara; bukan kepada suku Jawa iaitu penduduk yangberasal dari kepulauan
Jawa.
Dari tulisan di atas sedikit banyak dapat difahami bahawa tulisanjawi yang dipakai dalam berbagai
manuskrip Melayu, merupakan karyakreatif dari para pendahulu untuk mengembangkan ilmu
pengetahuandi tanah Melayu. Walaupun belum ada kepastian tentang asal usultulisan jawi, hal ini
memberikan isyarat bahwa masih perlu dilakukankajian lebih lanjut tentang tulisan jawi dalam
manuskrip Melayu.
Perkembangan Ejaan Jawi peringkat pertama.
* Pada peringkat ini telah melalui empat tahap iaitu:
a. Menggunakan Tulisan Arab
b. Menghilangkan tanda baris
c. Menggunakan huruf saksi
d. Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua
(a) Menggunakan Tulisan Arab

Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya, dengan menggunakan tanda-tanda baris.

Terdapat pada manuskrip Melayu lama seperti Aqaid al-Nasafi(manuskrip tertua).


ini.

Penggunaan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan pada tahap
Tanda-tanda baris yang tidak lengkap.

(b) Menghilangkan baris

Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu.

Sukar membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta menimbulkan perkataan yang
berbentuk homograf(sama ejaan, berbeza sebutan).
(c) Menggunakan Huruf Saksi

Sistem ejaan Jawi pengaruh melayu dengan dengan mewujudkan huruf-huruf saksi iaitu [ alif,
wau, dan ya ].

Huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama perkataan.

Kelemahan: Tiada huruf saksi pada suku kata kedua.


:Masih menimbulkan masalah homograf.
:Terdapat perkataan yang boleh dilafazkan dengan
:beberapa bunyi sebutan yang membawa makna
yang berbeza.
(d) Huruf Saksi pada Kata Pertama dan Kedua

Menggunakkan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.

Sistem ini disempurnakan dengan menggunakkan semua huruf Arab dengan enam huruf
tambahan iaitu [ nya, pa, ga, nga, ca, va ]

Huruf Arab terdiri daripada 29 huruf kecuali [ lam-alif ]

Kurang enam huruf untuk mewakili bunyi lazim pada orang Melayu.

Orang Melayu telah mencipta enam huruf tersebut dan sehingga kini huruf Jawi ada 36 huruf
melambangkan fonem dalam bahasa.
Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat II

Sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis. Pada masa itu,
sejarah hanya mengikut kezaliman yang belaku tanpa peraturan dan panduan. Jika perubahan
dilakukan oleh seseorang penulis, maka ia dengan mudah akan diikuti oleh penulis yang lain.
Keadaan ini berterusan hingga beberapa lama. Menjelang abad ke-20, perkembangan SEJ boleh
dibahagikan kepada beberapa pedoman dan panduan yang disusun atau digunakan oleh orang
perseorangan atau pertubuhan tertentu seperti:
*
Hejaaj. P.Bm.P.B. Diraja,
*
Ejaan Jawi Zaba,
*
Sistem Ejaan Dian dan
*
Pedoman Ejaan yang Disempurnakan.
Contengan aku

You might also like