You are on page 1of 21

Gerakan Anti-Hadis

Akidah

Tarikh Keputusan:
20 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu:
'A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK - (a) 'Hadis Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis
Jawapan Kepada Pengkritik' yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad; (b) 'Pendedahan
Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam al-Quran' yang ditulis oleh Idris Abdul
Rahman; (c) 'Bacaan' yang ditulis oleh Othman Ali; (d) 'The Computer Speaks - God"s Message
To The World' yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan
fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru
dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber
daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina
kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta
memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan
dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan. B. BAHAWA orang dan
kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung
dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
Keputusan:
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa 'Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak' Darul
Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli
Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut C. OLEH YANG
DEMIKIAN - (1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan
fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan

Kepada Pengkritik ', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di Dalam al-Quran',
'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To The World'; adalah murtad; (2) manamana orang Islam adalah dilarang : (a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada
atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hadis Satu
Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari
Tuhanmu - Hadith Di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To
The

World';

(b)

mencetak,

menerbitkan,

memiliki,

menyiarkan,

menyebarkan

atau

mengedarkanbuku 'Hadis Satu Penilaian Semula,' 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik',


'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith Di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The
Computer Speaks: God"s Message To The World'; atau mana-mana bahagiannya, termasuk : (i)
apa-apa bentuk, versi atau variasinya; (ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa; (iii)
apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada
atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apaapa media; atau (c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau
membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.'
Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
15 Feb, 1996
Nombor Rujukan:
Majlis 0/Jld. 1; PU. Pk. 15/86
Akta/Enakmen:
No:139 Jil.49
Negeri/Group:

Perak

Menolak

penyelewengan

pemikiran anti-hadis
Wednesday, 23 April 2014 02:00

Akhir-akhir ini, masyarakat didedahkan kembali kepada pemikiran golongan yang menolak
hadis di dalam sistem perundangan Islam, dikenali sebagai golongan anti-hadis.
Walaupun pada zahirnya mereka merupakan sebuah aliran yang hanya mempertikaikan
kedudukan hadis sebagai sumber hukum, mereka sebenarnya membawa satu cara pemahaman
dan penafsiran baru terhadap sejarah awal umat Islam dan sumber perundangan yang harus
menjadi rujukan.
Lantas pentafsiran dan pemahaman baru ini menimbulkan satu kerangka konsep, ideologi dan
cara-hidup dan berlainan dari apa yang dipegang oleh umat Islam selama ini.

Pada zahirnya mereka menggunakan prinsip bahawa Islam memberi kebebasan kepada mereka
membuat tafsiran dan berpegang kepada tafsiran yang mereka yakini, di atas prinsip Islam
membenarkan

perbezaan

pendapat.

Namun, perlu diingat, perbezaan pendapat antara kita harus diasaskan kepada satu titik tolak
yang dipersetujui bersama, yakni kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber
pegangan

yang primer dan kaedah perolehan hukum

yang jelas

dan sistematik.

Semua perselisihan dan perbezaan pendapat hanya boleh dimaafkan (dan sewajarnya dimaafkan)
selagi pendapat yang bertentangan tersebut mempunyai asas di dalam kedua-dua sumber primer

tadi. Ini yang diyakini oleh umat Islam keseluruhannya masa kini dan pada hemat saya inilah
juga

cara

yang

dibawa

oleh

generasi

Islam

yang

terdahulu.

Sekiranya ada orang lain yang ingin membawa cara pentafsiran yang jauh menyimpang dan
berlainan daripada asas ini, maka terkeluarlah mereka daripada definisi atau takrifan umat Islam
sepanjang zaman; sebagaimana terkeluarnya Syiah dan Qadiyani/Ahmadi walaupun mereka tetap
bertegas bahawa pentafsiran mereka lebih betul daripada pentafsiran kita selama ini.

Di antara penyelewengan ketara kumpulan anti-hadis ialah mereka telah memperkecilkan dan
meremehkan tugas Rasullullah dan para anbiya' seluruhnya. Bagi mereka tugas Rasul tidak lain
hanya

sekadar

alat

menyampaikan

al-Qur'an.

Oleh kerana menurut pemahaman mereka peribadi, kata-kata, perbuatan dan sejarah hidup
Rasulullah tidak mempunyai sebarang kaitan atau makna kepada hukum dan perundangan Islam
pada masa dulu dan pada masa ini, maka tugas dan peranan Rasul tidak bermakna selain menjadi
seolah-olah robot atau radio yang membacakan ayat-ayat al-Qur'an kepada umat.

Anehnya, gambaran manusia sebagai robot sedemikian tidak juga diperolehi daripada al-Quran.
Golongan ini yang kononnya mahir tentang al-Quran seolah-olah buta terhadap kisah-kisah Nabi
di

dalam

al-Quran.

Kisah Nabi-nabi Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan seumpamanya jelas membayangkan bahawa
manusia-manusia ini bukan berfungsi hanya sebagai robot atau radio yang membacakan ayatayat Allah. Mereka adalah pemimpin, pendakwah, pemberi hukum dan pemberi contoh.

Kenapa

perlu

diutus

Rasul?

Di dalam Surah al-Mumtahanah Allah memberikan penyataan yang jelas bahawa Nabi Ibrahim
ialah sebaik-baik ikutan bagi kita (umat Islam), dalam nada yang sama seperti di dalam Surah alAhzab Allah menyebut bahwa Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik ikutan.

Adakah boleh mereka dijadikan ikutan sekiranya fungsi mereka hanya sebagai robot penyampai
wahyu sedangkan diri, akhlak dan perbuatan mereka tidak menjadi sumber akhlak dan amalan
kita?

Jelas kepada kita bahawa gambaran Rasul sebagai robot penyampai wahyu bukan datangnya dari
pemahaman keseluruhan ayat-ayat al-Quran tetapi sebaliknya andaian-andaian dan mainan hawa
nafsu

golongan

anti-hadis

sendiri.

Sungguh menakjubkan! Jika hanya itu tugasnya, kenapa perlu Allah membangkitkan Rasul dari
kalangan manusia sedangkan Allah yang Maha Berkuasa boleh, sekiranya menghendaki,
menurunkan

kitab

tanpa

perantaraan

Rasul

dari

kalangan

manusia?

Jika hanya itu tugas Rasul, kenapa perlu diutus seorang Rasul yang terbukti berakhlak mulia
sejak

sebelum

kenabian

baginda?

Kenapa perlu seorang Rasul yang perlu bertungkus-lumus, berlumuran darah dan bermandi
keringat

selama

dua

puluh

tiga

tahun?

Kenapa perlu seorang manusia yang disokong oleh kumpulan sahabat berjiwa kental, yang
berkorban jiwa raga untuk mempertahankan Rasulullah SAW dan risalah yang dibawanya?

Kenapa perlu seorang Rasul yang menunjukkan secara praktik cara pelaksanaan hukum-hakam
yang

termaktub

di

dalam

al-Quran?

Golongan anti-hadis melihat Rasululullah hanya sebagai seorang tokoh sejarah, sama seperti
mereka melihat Napoleon atau Julius Caesar; hanya sebagai tokoh yang telah mencipta sejarah,
tidak

lebih

dari

itu.

Oleh itu mereka tidak menganggap kata-katanya maupun perbuatannya sebagai penting. Bagi
mereka kononnya yang penting ialah, Rasulullah SAW telah berjaya melaksanakan tugasnya
menyampaikan al-Quran kepada umat manusia.

Kemudian, pandai-pandailah manusia

memanfaatkan al-Quran tersebut mengikut cara mereka masing-masing! Apa yang telah dibuat
oleh Rasulullah SAW semasa hidup baginda tidak penting atau membawa apa-apa makna kepada
kehidupan

kita

kini!

Kita sungguh sangsi dengan tanggapan golongan anti-hadis tentang kehidupan harian Rasulullah
SAW dan para sahabat baginda. Bagi mereka seolah-olah dalam sepanjang 23 tahun kenabian
baginda, baginda membisu seribu bahasa, tidak menjawab segala persoalan yang pasti banyak
sekali ditimbulkan oleh para sahabat baginda yang mahu melaksanakan tuntutan ibadat kepada
Allah.

Mengikut tafsiran golongan ini juga, semua perbuatan dan tingkah-laku baginda dan para sahabat
hanyalah sekadar menurut 'adat dan kebiasaan orang Arab ketika itu' sahaja; lantas tidak
memberi erti kepada peraturan, hukum dan perundangan kita masa kini, kecuali hanya apa yang
tertera di dalam al-Quran. Lagi sekali kehidupan Rasulullah SAW diremehkan kepada seorang
manusia

`robot'.

Menangani

Penyewelengan

Kumpulan

Anti-Hadis

Golongan anti-hadis yang wujud di Malaysia dan peringkat antarabangsa sering menggunakan
nama yang pelbagai bagi diri mereka sendiri. Di Malaysia, mereka kadang-kadang menggunakan
nama kumpulan pro-al-Quran untuk menampakkan seolah-olah kononnya orang lain anti-alQuran.
Di dalam Internet, mereka mempamerkan diri mereka sebagai kumpulan Muslim sebenar atau
kumpulan Submitters (yang tunduk). Walau apa pun nama atau label yang digunakan, mereka
tidak lari daripada ciri mereka yang paling penting yakni mempertikaikan kedudukan hadis
sebagai salah satu sumber primer dalam perundangan Islam. Bagi mereka, hadis hanyalah
ciptaan

ulama'

yang

tidak

ada

kena

mengena

dengan

ajaran

Islam

sebenar.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk membawa kumpulan ini ke pangkal jalan. Ada yang secara
keras serta perbahasan, ada yang secara diplomasi dan perbincangan. Namun, semuanya tidak

berjaya

kerana

masing-masing

bertitik-tolak

dari

prinsip

asas

yang

berbeza

Saya dapati perbahasan yang sering diutarakan selama ini bagi menentang aliran anti-hadis
mempunyai

dua

kelemahan.

Pertama, ramai pembela hadis terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh golongan antihadis dengan mengutarakan hadis-hadis yang menyebutkan perlunya kita berpegang kepada
hadis. Oleh kerana mereka telah menolak hadis, maka meletakkan hadis sebagai hujjah tidak
wajar.

Kedua, ayat-ayat al-Quran yang diutarakan oleh sebahagian pembela hadis bagi menjelaskan
kesesatan golongan anti-hadis walaupun qati thubutnya [1] tetapi dzanni dari sudut dilalahnya
[2]. Ini tidak mungkin berkesan terutama dalam menghadapi golongan yang menganggap mereka
berhak membuat tafsiran al-Quran sendiri mengikut hawa nafsu mereka. Mereka tidak
semestinya bersetuju dengan tafsiran yang kita buat, sama seperti tidak bersetujunya kita dengan
tafsiran

yang

mereka

buat.

Oleh itu di sini, saya mengambil pendekatan yang rasional yang saya yakin boleh
menggugat

akar-umbi

golongan

ini.

Pandangan (atau tesis) anti-hadis boleh disimpulkan secara mudah seperti berikut: Apa yang
ada dalam kitab hadis bukan berasal dari Rasulullah; seandainya ia betul berasal dari Rasulullah
pun,

ia

tidak

mempunyai

apa-apa

erti

bagi

agama

Islam.

Oleh itu, dalam kita menilai atau mempertikaikan kebenaran pandangan mereka ini, kita perlu
menimbang

secara

rasional

dua

persoalan

asas

berikut:

Adakah benar Rasulullah SAW mengucapkan perkataan atau melakukan sesuatu seperti yang
dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis? Yakni adakah yang diriwayatkan oleh perawi-perawi
hadis itu fakta sejarah atau hanya sesuatu yang diada-adakan.

Jika benar kata-kata tersebut diucapkan dan perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda, apakah ia
harus kita anggap sebagai hanya fakta sejarah atau ianya mempunyai kedudukan yang lebih
penting

daripada

itu.

Adakah

kata-kata

tersebut

mempunyai

legal-standing?

Kedua-dua persoalan ini penting dipertimbangkan bagi menjawab isu asas yang sering
dibangkitkan oleh golongan anti-hadis. Walaupun kedua-dua persoalan itu kait-mengait, soalansoalan tersebut harus juga dalam masa yang sama dipertimbangkan secara berasingan kerana
soalan yang pertama menyangkut masalah kesahihan fakta sejarah manakala soalan kedua
berkaitan

dengan

Tanggungjawab

persoalan

membuktikan

asas

terletak

perundangan.

pada

anti-hadis

Untuk menjawab soalan yang pertama, kita perlu menilai kaedah yang digunakan untuk
mempersoalkan kebenaran hadis sebagai satu fakta sejarah yang sahih. Soalan ini amat penting
dijawab kerana hanya jika kita bersetuju bahawa apa yang dilaporkan sebagai hadis di dalam
kitab-kitab hadis adalah sebenarnya fakta sejarah baharulah kita boleh mempertimbangkan
soalan

kedua.

Menurut golongan anti-hadis, "...Rasulullah tidak mengucapkan atau melakukan seperti mana
yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis. Rasulullah menjalani kehidupan, yang berbeza
daripada laporan dalam hadis. Hadis yang ada bukan fakta sejarah; malah ianya hanya rekaan
para

ulamak

yang

datang

sesudah

baginda

wafat.

Kaedah yang sepatutnya digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin mengkritik, mencabar atau
mempertikaikan 'well-documented and accepted fact' adalah pihak tersebut patut mendatangkan
bukti

yang

boleh

meyakinkan

bahwa

fakta

tersebut

tidak

benar.

Seorang yang ingin mempertikaikan atau mencabar kenyataan merokok membahayakan


kesihatan misalnya sepatutnya mendatangkan bukti dan alasan yang nyata dan objektif bagi
menyokong

bantahan

beliau

tersebut.

Bagi fakta historis juga, si pembawa pandangan yang berbeza dari kefahaman dan pegangan
umum

harus

mendatangkan

bukti.

Misalnya jika seseorang ingin mengatakan bahawa orang-orang Portugis tidak pernah
menakluk Melaka atau 'peperangan tidak pernah pernah terjadi di antara tentera Saidina Ali dan
Saidina Muawwiyah' contohnya, maka beliau mesti membawa bukti yang dapat menegakkan
pandangannya yang bercanggah dengan 'well-documented and accepted historical fact' tersebut.

Oleh itu, tanggung-jawab membuktikan (the burden of proof) bahawa hadis tersebut ialah bukan
catatan

sejarah

sebenarnya

tertanggung

pada

golongan

anti-hadis.

Sehingga kini, golongan anti-hadis masih tidak dapat membawa bukti secara objektif dan
saintifik

yang

meyakinkan

bahawa:

Rasulullah SAW dan para sahabat baginda menjalani kehidupan yang berlainan daripada yang
digambarkan oleh koleksi hadis dan kitab-kitab klasik yang lain (seerah, tafsir dan
seumpamanya). Tidak ada dokumen yang boleh dibawa ke hadapan untuk memberi gambaran
alternatif mengenai ucapan, perbuatan dan jalan kehidupan yang dilalui oleh Rasulullah SAW
dan para sahabat baginda.
Terdapat kecacatan menyeluruh di dalam sistem yang digunakan oleh ulama' hadis dalam
mengutip,
Himpunan

mengesahkan
hadis

yang

dan

mengklasifikasikan
ada

kini

laporan-laporan

hanyalah

rekaan

tersebut.
semata-mata.

Pendek kata, apa yang diutarakan oleh golongan ini selama ini hanyalah andai-andaian yang
tidak

saintifik

dan

tidak

berpijak

di

bumi

nyata.

Kemungkinan perawi merekacipta hadis amat minimum dan tiada kepentingan bagi
mereka

berbuat

demikian

Sekiranya di teliti, sebenarnya semua riwayat-riwayat hadis sahih telah melalui satu kaedah

penapisan

yang

saintifik

dan

ketat

oleh

ulama'

hadis.

Melalui kaedah ini, ulama hadis berusaha keras memastikan kebarangkalian 'fabrikasi' dapat
diminimumkan. Misalnya mereka memastikan semua 'sanad' (chain of narration) riwayat
tersebut

bersambungan

tanpa

putus

sehingga

kepada

Rasulullah

SAW.

Juga dipastikan perawinya adalah orang yang boleh dipercayai. Berbanding dengan orang yang
meriwayatkan sejarah seorang tokoh biasa, perawi diperiksa untuk memastikan beliau ialah
orang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, yang yakin tentang dosa-pahala, sedar
tentang

besarnya

dosa

berdusta

atas

nama

Rasul

SAW.

Begitu juga mereka telah menyiasat untuk memastikan bahawa seseorang perawi pernah bertemu
dengan

perawi

yang

sebelumnya

dan

seterusnya.

Salah satu alasan yang mungkin boleh digunakan oleh orang yang mempertikaikan kesahihan
hadis ialah 'pendustaan' oleh sumber pertama yakni para sahabah (na'uzubillah) dan perawi
seterusnya.
Tetapi cuba pertimbangkan bahawa daripada well-documented fact bagi para sahabat, perkara
'berbohong di atas nama Nabi SAW, ini adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Bagaimana mungkin satu generasi yang bermandi darah dan keringat bersama Nabi SAW untuk
menegakkan tamaddun manusia bermoral boleh meruntuhkan tamaddun tersebut dengan cara
tidak

bermoral

contohnya

berdusta

atas

nama

Nabi

SAW?

Satu persoalan yang lagi yang patut ditimbulkan: Untuk apa perlu perawi berdusta atas
nama

Nabi

SAW?

Apakah kepentingan (interest) peribadi atau kumpulan yang didapati untuk mereka berbuat
demikian sedangkan hampir kesemua daripada hadis-hadis sahih tidak langsung memberi malah
menjanjikan apa-apa keistimewaan atau kepentingan kepada golongan atau individu tertentu;

baik

si

perawi,

maupun

orang

lain.

Kebanyakannya daripada hadis merupakan hanya laporan yang 'straightforward' tentang


peribadi, ucapan dan perbuatan Rasululullah SAW mengenai prinsip-prinsip asas Islam dan cara
melaksanakannya

secara

praktik.

Untuk apa seorang yang telah bergadai nyawa dengan Nabi SAW menggadaikan maruahnya
dengan menyatakan sesuatu yang kononnya tak pernah dibuat atau diucapkan oleh Nabi?
Apa pula untungnya seorang perawi di generasi lainnya kononnya mahu berdusta dengan
meriwayatkan misalnya bahawa Nabi menyuruh kita makan dengan tangan kanan atau
memulakan

sesuatu

pekerjaan

dengan

Bismillah?

Jelas di sini bahawa periwayat hadis tidak mempunyai kepentingan yang hendak dijaga atau
diperolehi

ketika

mereka

meriwayatkan

hadis-hadis

tersebut.

Selain daripada itu, harus diingat bahawa kebanyakan hadis diriwayatkan oleh lebih dari satu
sanad.

Ini bermakna, ramai sahabat yang meriwayatkan perbuatan atau perkataan Nabi SAW secara
berasingan kepada generasi seterusnya yang berasingan sehingga melahirkan 'chain-of-narration'
yang berbeza tetapi meriwayatkan sesuatu laporan yang sama atau hampir sama.

Sesungguhnya, tidak ada tokoh lain di dunia ini yang setiap laporan mengenai perkataan dan
perbuatannya diberikan tapisan yang begitu teliti dan rapi. Ini tidak syak lagi menjadikan laporan
dan riwayat yang dilaporkan oleh kitab-kitab hadis sahih sebagai fakta sejarah yang tidak dapat
ditolak. Rasululah SAW telah benar-benar memperkatakan apa yang diriwayatkan, membuat
seperti apa yang telah diriwayatkan dan mengakui sebagaimana yang diriwayatkan di dalam
kitab-kitab

Fakta

hadis

sejarah

yang

sahih.

mempunyai

legal-standing

Daripada perbincangan sebelum ini, telah jelas bagi kita bahawa rekod laporan (riwayat) yang
termaktub di dalam kitab-kitab hadis sahih telah melepasi penelitian dan penapisan yang rapi
bagi menjamin kesahihannya. Ini bermakna, apa yang ternyata itu benar-benar mencerminkan
kehidupan

Rasululah

SAW,

perbuatan

dan

tutur

katanya.

Setakat ini kita belum melihat gambaran alternatif kehidupan baginda selain daripada yang
diutarakan

di

dalam

koleksi

hadis

sahih.

Bertolak daripada noktah ini, mari kita lihat persoalan yang kedua; adakah perbuatan dan
perkataan Rasulullah mempunyai legal standing sebagai sumber primer dalam Islam.

Menurut dakwaan golongan anti-hadis, bagaimana sahih sekalipun riwayat dari Nabi, ianya
hanyalah merupakan catatan sejarah yang tidak bermakna; tidak memberi erti kepada agama
Islam yang diturunkan oleh Allah SWT. Menurut mereka, apa yang ada dalam al-Quran itulah
yang kita diwajibkan mengikutinya, yang lain daripada itu semuanya tidak boleh diambil kira
dalam

menetapkan

Apa

prinsip-prinsip

asas

motif

Islam

serta

hukum

Rasulullah

hakamnya.

SAW?

Satu persoalan yang harus dijawab ialah, sekiranya benar Rasulullah berkata atau berbuat seperti
yang diriwayatkan, maka kenapakah baginda bertindak demikian? Adakah hanya kerana baginda
menurut adat resam orang Arab di sekitar baginda semata-mata? Atau baginda bertindak secara
tabi'i (natural) sepertimana orang lain juga bertindak dalam keadaan yang baginda hadapi? Atau
baginda sengaja mengada-ngadakan cara dan perbuatan yang sebenarnya tidak ada kena
mengena

dengan

Islam

yang

Allah

turunkan

melalui

al-Quran?

Sekiranya kita meneliti sejarah hidup baginda, meneliti tiap-tiap tutur-kata dan perbuatan
baginda, jelas jawapan bagi persoalan-persoalan di atas adalah negatif. Jelas kepada kita bahawa
baginda tidak hanya mengikut cara yang dilakukan oleh nenek-moyang baginda.

Juga, walaupun terdapat perkara yang dilakukan oleh baginda yang merupakan perkara yang
tabi'i sebagai seorang manusia dan seorang Arab, tetapi dalam banyak hal yang lain jelas baginda
tidak semata-mata melakukan perkara yang tabi'i yang dilakukan oleh orang lain di dalam
kedudukan beliau. Menuduh baginda mengada-adakan sesuatu yang tidak diperintah oleh Allah
adalah

satu

pendustaan

yang

membawa

kepada

kekafiran...

Astaghfirullaah.

Kita ambil satu contoh satu perbuatan dan perkataan yang masyhur 'widely reported' berkenaan
baginda

yakni

mengenai

solat.

Menurut golongan anti-hadis, al-Quran kononnya menyuruh kita solat tiga kali sehari; pagi,
petang dan malam. Tetapi terdapat banyak hadis yang menegaskan bahawa Rasulullah SAW
melalui

perkataan dan perbuatannya

menunjukkan bahawa solat

fardhu lima kali

sehari. Riwayat-riwayat mengenai ini sahih belaka. Bahkan kita yakin bahawa tidak ada
kepentingan peribadi bagi seseorang hendak meriwayatkan hadis seperti itu secara palsu.

Sesudah kita yakin bahawa semua yang diriwayatkan mengenai solat lima waktu itu adalah sahih
dan fakta sejarah, cuba kita pertimbangkan sebab Rasulullah SAW melakukan atau mengatakan
sedemikian?
Sekiranya diteliti, baginda bukan sekadar mengikuti tradisi Arab, bukan juga kerana beliau
memandai-mandai. Maka kita tidak boleh membuat kesimpulan lain selain daripada bahawa
Rasulullah SAW melakukan dan menyebutkan yang demikian sebagai penjelas kepada ayat yang
menyebutkan

solat

dilakukan

pada

waktu

pagi,

petang

dan

malam.

Begitu juga mengenai tatacara solat. Menurut golongan anti-hadis, al-Quran tidak menjelaskan
tata-cara solat dan oleh kerana Rasulullah SAW cuma solat seperti yang dikerjakan oleh orangorang Arab ketika itu, maka mereka boleh solat mengikut apa cara yang mereka suka!

Ini jelas bertentangan dengan sejarah kerana sejarah menerangkan bahawa cara solat Nabi SAW
seperti yang diterangkan di dalam hadis-hadis sahih tidak pernah dibuat oleh orang Arab
sebelum

baginda.

Apa

motif

sebenar

anti-hadis?

Saya tidak berhajat hendak memperincikan segenap segi penyelewengan golongan anti-hadis.
Pokoknya, kita berhadapan dengan satu golongan yang menggunakan semata-mata akal masingmasing

untuk

mentafsirkan

apa

yang

mereka

faham

dari

al-Quran.

Maka tidak hairanlah, apa yang akan lahir bukan lagi Islam tetapi satu bentuk ajaran yang tidak
ada kena mengena dengan Islam yang kita kenal. Oleh itu, timbullah suasana ajaran baru
seperti

juga

Qadiani

dan

Syiah.

Motif sebenar golongan anti-hadis telah didedahkan oleh Muhammad Asad menulis di dalam
bukunya

"Islam

at

the

Cross

Roads":

"...The rejection of authentic Traditions, either as a whole or in part, is a purely emotional matter,
and has failed to establish itself as the result of unprejudiced, scientific investigation. But the
motive behind such an oppositional attitude among many Muslims of our time can easily be
traced. This motive lies in the impossibility of bringing our present, degenerate ways of living
and thinking into line with the true spirit of Islam as reflected in the Sunnah of our Prophet. In
order to justify their own shortcomings and the shortcomings of their environment, these pseudocritics of hadith try to obviate the necessity of following the Sunnah: because, it this were done,
they would be able to interpret all Qur'anic teachings just as they please - that is, everyone
according to his own inclinations and turn of mind. And in this way the exceptional position of
Islam as a moral and practical, individual and social code would be utterly destroyed...."

Anti-Hadis

adalah

sebahagian

gerakan

modenis

Almarhum Muhammad Asad telah mendedahkan motif sebenar kumpulan anti-hadis. Di sebalik
seruan kumpulan ini menolak hadis sebagai sumber hukum, terselit hasrat untuk mengambil dari
ajaran Islam apa yang berkenan dengan hati dan sesuai dengan pemikiran masingmasing... "...pseudocritics of hadith try to obviate the necessity of following the Sunnah:

because, it this were done, they would be able to interpret all Qur'anic teachings just as they
please - that is, everyone according to his own inclinations and turn of mind..." . Masing-masing
akan mempunyai cara pemahaman yang tersendiri, agamanya yang tersendiri... tepuk dada tanya
selera!

Sebenarnya apa yang diutarakan oleh golongan anti hadis masa kini bukanlah satu perkara yang
baharu. Misalnya, keinginan berpegang kepada Islam mengikut selera masing-masing ini telah
diakui oleh Prof. Asaf Fyzee (The Modern Approach to Islam (1963)), ".. kepercayaan saya
adalah kepunyaan saya, difesyenkan mengikut hidup saya, berdasarkan falsafah saya,
pengalaman saya.. saya juga memberikan setiap Muslim hak memfesyenkan kepercayaannya
sendiri.."

Sementara itu, Dr. Fazlur Rahman dalam bukunya Islam (1966) telah menyebutkan
"Sembahyang lima waktu tidak disebut di dalam al-Quran.... hakikat sembahyang tiga waktu
yang

asal

ditenggelami

oleh

hadis

yang

direka

bagi

menyokong idea

tersebut".

Orientalis berkulit coklat seperti mereka inilah yang mencanangkan idea Joseph Schact (Origin
of Mohamedan Jurisprudence (1955)) bahawa hadis adalah rekaan ulama' Damsyik. Idea
songsang yang dibawa oleh orientalis berkulit putih sukar diterima oleh umat Islam tetapi racun
bersalut gula yang kini disebarkan pula oleh murid-murid mereka yang berkulit coklat dan sawomatang mungkin lebih mudah disambut oleh sebahagian umat yang kurang berhati-hati.

Orang-orang seperti ini jugalah yang mempelopori idea "..untuk kemajuan umat Islam
(kononnya) al-Quran mesti ditafsir untuk menyesuaikannya dengan kehendak dan citarasa
manusia masa kini dengan menurut aliran falsafah tamadun moden". Oleh itu Asaf Fyzee juga
menyatakan "...Kita tidak perlu kembali kepada al-Quran. Kita mesti membawanya ke hadapan,
memahaminya dan mengaplikasikannya kepada keadaan sekarang dan mempercayainya selagi
ianya

sesuai

dengan

abad

kedua

puluh".

Penulisan orang-orang seperti Syed Amer Ali (Spirit of Islam (1922)) yang antara lain
menyarankan supaya poligami dihapuskan, Dr Taha Hussein (On PreIslamic Poetry (1926)) yang

memperkecilkan kewibawaan dan keilmuan Imam-Imam hadis memainkan rentak yang sama.

Apabila Islam ditafsirkan sewenang-wenangnya, maka yang lahir nanti bukannya Islam tetapi
hanyalah kumpulan nilai-nilai sejagat yang difikirkan sesuai dengan abad kedua puluh satu.

Sekiranya ini dibiarkan berlaku, maka bukan Islam yang mentadbir, mengarahkan dan
menentukan corak kehidupan manusia tetapi sebaliknya manusia yang akan mengarahkan,
memerintahkan

dan

menentukan

corak

Islam

yang

'sesuai

dengan

zaman'.

Akan timbul konsep moral baharu di mana kriteria baik dan buruk, benar dan salah bukannya
dari tuntutan Ilahi tetapi berdasarkan persepsi subjektif seseorang individu atau sesebuah
masyarakat

mengenai

apa

yang

baik

dan

buruk

baginya.

Jika ini dibiarkan berterusan, berkemungkinan (na'uzubillah) Islam juga akan menerima nasib
seperti yang diterima oleh agama Kristian setelah isi kitab Injil dibiarkan ditafsirkan sewenangwenangnya kononnya mengikut peredaran zaman (contohnya Church of England kini
memandang remeh bahkan meng'halal'kan riba, arak, judi, homoseksualiti, hubungan di luar
nikah

dan

pengguguran

anak).

Kita tidak menolak kemungkinan golongan yang melaungkan slogan pemodenan dan 'progresif'
ini ikhlas mahukan Islam maju dan berkembang di era menjelang abad ke-21. Namun, apa pun
niat kita, kita perlu berhati-hati dengan kaedah yang digunakan. Pada hemat saya, kebangkitan
Islam tidak mungkin terjadi sehingga kita memutuskan hubungan pemikiran dan neraca penilaian
kita

daripada

pengaruh

luar.

Malangnya, walaupun sudah beberapa dekad kita membebaskan diri daripada belenggu
penjajahan fizikal penjajah, namun ramai umat Islam yang masih terjajah akal fikiran dan
pandangan hidup; masih mempunyai 'inferiority complex', masih merasa rendah diri dengan
falsafah dan idealisme Barat sehingga sanggup menilai deennya (cara hidupnya) dengan
perspektif penjajah.

Nota editor:
[1] Dalil dari segi periwayatannya definitif, muktamad dan pasti.
[2] Dalil dari segi interpretasinya diduga, belum pasti dan terbuka kepada perselisihan pendapat.

Tulisan: Prof Dr Omar bin Yaakob, Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Pertubuhan IKRAM
Malaysia

Tuesday, October 13, 2009


Sejarah Kemunculan Gerakan Anti Hadith
Assalamualaikum

dan

salam

sejahtera.

Bagi post kali ni saya ingin berkongsi bersama anda tentang kemunculan golongan2 anti hadith.
Maklumat yang saya tulis dalam blog ni telah dicedok daripada nota2 pembelajaran saya.
Semoga maklumat ini menjadi salah satu ilmu yg bermanfaat buat anda semua.

Sejarah

Kemunculan

Gerakan

Anti

Hadith

Generasi sahabat menerima dan mengiktiraf institusi Hadith sebagai sumber syarak. Mereka
amat perihatin dan menunjukkan sikap kepatuhan yg amat tinggi terhadapnya. Namun, pada
pertengahan kurun pertama hijrah, umat Islam telah diuji dengan kemunculan golongan yang
tidak mahu menerima institusi tersebut sebagai hujjah syarak samada secara keseluruhan atau
sebahagiannya.

Golongan2

tsebut

ialah:

1. Puak Syi'ah - Golongan ni berpegang kepada prinsip bahawa semua Sahabat Nabi kecuali
beberapa orang daripada mereka adalah kafir kerana kononnya mereka telah murtad setelah
kewafatan Baginda Rasulullah, atau sekurang2nya fasik kerana kononnya telah berlaku zalim
dengan merampas hak Ali bin abi talib R.A sebagai khalifah selepas Baginda s.a.w. Mereka
menolak majoriti sahabat termasuklah sahabat2 besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah,
Tolhah, Az-zubair dan semua mereka yang terlibat dalam perselisihan dengan Ali. Justeru,
mereka

menolak

kesemua

Hadith

yang

diriwayatkan

oleh

para

sahabat

tersebut.

2. Puak al-Khawarij - Golongan ini sebenarnya terkeluar daripada Islam sebagaimana yang
dijelaskan

oleh

Rasulullah

dalam

sebuah

hadith

yang

bermaksud:

" Mereka terkeluar daripada agama sebagaimana anak panah menembusi sasarannya ". (AlBukhari,

t.th,

6:

376,

no.3344).

Golongan ini dinamakan al-Khawarij yang bermaksud " orang2 yang keluar ", kerana mereka
mengisytiharkan keluar daripada mentaati khalifah Islam. Ini berlaku selepas khalifah Ali bin
Abi Talib r.a menerima perdamaian dengan Muawiyah R.A melalui " Majlis Tahkim ".

Seperti Syi'ah mereka juga menolak Hadith kerana berpegang kepada prinsip bahawa semua
sahabat telah menjadi kafir selepas peristiwa pembunuhan Usman R.A. Golongan ini telah
mengkafirkan Ali, Usman, sahabat yang terlibat dalam peperangan ' Jamal ' dan ' siffain ' serta
mereka yang redha dengan " Majlis Tahkim ". Berdasarkan prinsip yang batil ini, mereka
menolak Hadith kerana semua sahabat dikira tidak thiqah dan tidak boleh dipercayai.

3. Golongan al-Mu'tazilah - Ulama' al-Firaq seperti Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya
al-Farq Baina al-Firaq dan Ash-Sharustani dalam kitabnya al-Milal Wa an-nihal, telah
membahagikan kumpulan ini kepada lebih 20 puak, berdasarkan kepada pengasas2nya. Puak2 ini
mengambil sikap yang berbeza2 terhadap Hadith, antaranya menolak secara keseluruhan dan
menerima Hadith mutawatir sahaja tetapi menolak Hadith ahad. Antara puak2 yang masyhur
daripada

golongan

ini

ialah:

- Al-Wasiliyyah, iaitu pengikut2 Wasil bin Ata'. Golongan ini menolak sebahagian besar Hadith
keranaa mereka ragu terhadap keadilan dan kethiqahan sahabat yang terlibat dalam perselisihan
di

zaman

fitnah.

- Al-Amrawiyyah, iaitu pengikut2 Amr bin Ubaid. Sikap puak ini terhadap Hadith adalah sama
dengan

puak

Al-Wasiliyyah.

- Al-Huzailiyyah, iaitu pengikut2 Abu Al-Huzail, Muhd bin Al-Huzail yang terkenal dengan
gelaran

Al-Allaf.

Puak

ini

menolak

Hadith

ahad

sahaja.

- An-Nazzamiyyah, iaitu pengikut2 Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sayyar yang terkenal dengan
gelaran An-Nazzam. Puak ini bukan sahaja menolak Hadith ahad, bahkan mereka mengatakan
bahawa hadith mutawatir itu pun tidak sabit secara qat'ie sebagaimana pendapat ahli sunnah wal

jamaah.

4.

Golongan

Anti

Hadith

Pada

Zaman

Moden

- Golongan Al-Mustasyriqun (orientalis). Sikap orientalis barat terhadap hadith adalah


manifestasi sikap mereka terhadap Islam secara keseluruhannya. golongan ini mengkaji dan
mendalami Islam bukan kerana iman tetapi untuk mencari titik kelemahan bagi merosakkan
Islam supaya manusia tidak lagi tertarik kepada Islam. Mereka mencipta pelbagai andaian
(hyphotesis) tentang kelemahan2 yang kononnya terdapat dalam Islam khasnya yang berkaitan
dengan hadith dan kemudian mereka bina andaian2 tersebut dengan hujjah2 rekaan yang
kononnya cukup saintifik. Sedangkan pada hakikatnya, hujjah2 tersebut terbukti amat longgar,
mendedahkan

pekong

di

dada

mereka

sendiri.

Golongan ini dipelopori oleh sarjana barat sperti Goldziher melalui bukunya Muhammadishe
Studien yang dianggap sebagai " The Holy Bible of Orientalisme ". Begitu juga Joseph Schact
seorang berbangsa Jerman yang terkenal dengan beberapa buah buku seperti The Origins of
Muhammadan

Jurisprudence.

- Golongan Al-Quraniyyun (Jemaah al-Quran). Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1902M,
di Lahore(ibu negeri punjab) oleh Abdullah Jakralawi. Dengan memakai label al-Quran, mereka
kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran al-Quran, tetapi pada masa yang sama
mengajak supaya meninggalkan Hadith melalui syubuhat2 yang sengaja direka oleh mereka bagi
mengelirukan

orang

ramai.

Antara individu2 yang kuat mendokong gerakan ini ialah, Ghulam Ahmad Barwiz, Al-Hafiz
Mohd Aslam, Ahmad Ad-Din dan Muhd Rashad Khalifa yang terkenal dengan ' kod 19 '.

- Golongan Al-Ilmaniyyun(sekularis). Golongan terdiri daripada ahli2 akademik Islam yang


belajar di Barat, para wartawan dan karyawan2 majalah yang terpengaruh dengan idea2
orientalis barat dan idea2 golongan al-Quraniyyun. Mereka yang sepatutnya menjadi kader
dakwah bagi umat Islam untuk mempertahankan Islam telah memilih untuk menjadi 'boneka' dan

'talibarut'

musuh

Islam

di

tanahair

sendiri.

Dalam konteks negara2 Islam Timur Tengah, individu2 seperti Taufik Sidqi, Dr. Ismail Adham,
Dr. Ahmad zaki Abu Shadi, Ahmad Amin, Mahmoud Abu Rayyah dikenali sebagai pelopor anti
hadith di sana. Manakala dalam konteks Nusantara pula individu2 seperti Kasim Ahmad,
Othman Ali(malaysia), Muhd Ircham Sutarto dan Nurhasan Ubaidah Lubis Amir(Indonesia)
memang

tidak

asing

lagi

sebagai

pencetus

kontroversi

tentang

hadith.

Kemunculan dan gerakan anti hadith ini telah menarik perhatian ramai ulama' Islam semasa
untuk mengkaji buku2 mereka serta menjawab segala tuduhan, dakwaan dan syubuhat yang
dilontarkan. Antaranya ialah Prof. Dr. Muhd Mustafa al-A'zami melalui dua buah bukunya
yang hebat iaitu Dirasat fi al-Hadith an-Nabawi dan Manhaj al-Muhaddithin fi Naqd alHadith, Prof. Dr. Muhd Mustafa as-Siba'ie melalui bukunya As-Sunnah Wa Makanatuha fi
at-Tasyri' al-Islami, Sheikh Abd Al-Ghani Abd Al-Khaliq melalui bukunya Hujiyyat AsSunnah dan lain2 lg.

You might also like