You are on page 1of 15

1

Isi Kandungan

TOPIK

m/s

ISI KANDUNGAN..2
MEMBINA HARGA DIRI DENGAN SUARA DALAMAN ANDA..3
Kepercayaan Anda4
ANDA DAPAT APA YANG ANDA TONJOLKAN..4
Perasaan Dalaman Anda..5
Berlakon..5
Jadi Proaktif..6
Bahasa Badan..6
Cara Berpakaian Dan Berhias7
LATIHAN MEMBINA HARGA DIRI.8
Buat Kerja-Kerja Amal8
Mengamalkan Ikrar Akuan.8
Menetapkan Matlamat Dan Mencapainya.9
DI MANA, BILA DAN BAGAIMANA UNTUK MEMBINA HARGA DIRI..10
Harga Diri Dalam Remaja..10
o Jaga Bahasa Badan11
o Meletakkan Dalam Perspektif..11
o Dorong Mereka..12
o Jadikan Mereka Penting12
Harga Diri Dalam Kerjaya..12
Bagaimana Anda Lihat Diri Anda Sendiri13
Pembawaan Diri Anda Kepada Orang Lain13
Memberanikan Diri13
KESIMPULAN: SEMUANYA BERGANTUNG PADA ANDA.14

Tingkatkan Harga Diri

MEMBINA HARGA DIRI DENGAN SUARA DALAMAN ANDA


Jika suara dalaman anda sendiri boleh mengurangkan harga diri anda dan menghancurkan keyakinan
anda, ia juga boleh membinanya. Kuncinya adalah memahami bagaimana untuk menggunakannya
bagi tujuan ini.
Langkah pertama, anda perlu sedar apabila anda mula mengkritik diri anda sendiri di dalam. Anda
tidak boleh buat apa-apa jika anda tidak sedar apa yang anda lakukan. Ini mungkin sukar tetapi anda
perlu betul-betul mendengar pemikiran anda sendiri.
Apabila anda mendengar pemikiran negatif, pemikiran kritis, sudah tiba masa untuk
mengeluarkannya daripada kepala anda. Anda perlu mengabaikannya secepat mungkin seperti anda
mengabaikan orang yang mengkritik makanan kegemaran anda. Jika orang mengkritik makan malam
stik kegemaran anda atau citarasa ais krim kegemaran anda, anda tidak akan peduli apa yang
diperkatakan. Begitulah juga dengan lintasan dalam pemikiran anda. Anda perlu mengabaikannya dan
abaikannya dengan pantas.
Setelah anda menjadikan ini satu tabiat, barulah tiba masanya untuk menggantikan pemikiran
tersebut. Apabila anda mula mendengar diri anda berkata yang anda tidak berguna atau anda tidak
akan memiliki kejayaan atau anda seorang yang gagal, anda perlu memperkenalkan pemikiran lain ke
dalam kepala anda. Ini akan menggantikan pemikiran negatif dan akan membantu anda mula melihat
diri anda sendiri dari pandangan yang lebih positif.
Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh anda perkenalkan kepada pemikiran anda untuk
menggantikan pemikiran yang negatif.

Aku mungkin telah gagal dalam beberapa perkara suatu masa dahulu tetapi aku juga telah
berjaya dalam beberapa hal. Andaian bahawa aku akan sering gagal adalah dangkal tidak
tepat!
Aku berkebolehan dan kompeten seperti orang lain. Aku tidak ada alasan untuk tidak
berkeyakinan pada diriku sendiri dan mempunya banyak sebab untuk yakin pada diri sendiri.
Aku boleh lakukan yang terbaik terhadap tugasan yang diberikan
Mungkin ada orang yang tidak menyukai aku tetapi ada ramai juga orang yang menyukai aku
dan menikmati persahabatan aku. Ditolak oleh seorang tidak bermakna aku akan ditolak oleh
setiap orang .
Keluarga bukan autoriti muktamad tentang nilai diriku. Mereka mungkin akan menolak aku
atau mengkritik aku kerana pegangan agamaku, pendapat politikku, pilihan kerjayaku,
pillihan pasanganku dan seumpamanya, tetapi, pendapat mereka tidaklah sepenting
pandangan aku terhadap diriku. Aku percaya pada diriku sendiri dan itulah yang penting.
Rupa paras aku, bank akaun, situasi keluarga dan keadaan lain tidak menentukan nilai aku.
Ramai orang berharap mereka kelihatan lebih baik, lebih kaya, mempunyai kerja yang lebih
baik, sudah berumah tangga, mempunyai anak, dan semua ini juga tidak menjadikan mereka
kurang bernilai.

Pada peringkat awal, mungkin agak sukar untuk berlawan dengan diri anda sendiri dan pemikiran ini
mungkin tidak natural, tetapi, ia amat baik digunakan dengan beterusan.
Malah, anda boleh memperkenalkannya kepada pemikiran anda beberapa kali dalam sehari;
praktikkannya di hadapan cermin pada waktu pagi atau sebelum tidur. Tutup mata anda dan
ucapkannya lagi dan lagi apabila anda ada masa seminit yang terluang di pejabat. Jika anda lakukan
ini, maka ia akan menjadi tabiat anda.

Tingkatkan Harga Diri

Kepercayaan Anda
Bercakap tentang kritikan dalaman dan perasaan anda, anda perlu betul-betul mendengar perasaan
anda sendiri. Balik kepada ilustrasi makanan kegemaran atau tempat pelancangon kegemaran anda,
anda pasti hairan mengapa ada orang mengkritik mengenainya kerana anda benar-benar menikmati
makanan dan tempat peranginan tersebut. Kepercayaan itu adalah benar dan tulen.
Jadi, apakah kepercayaan anda terhadap diri anda sendiri? Apa yang anda percaya tentang nilai diri
anda sendiri adalah benar? Apakah kepercayaan anda sebenarnya terhadap diri anda sendiri
berbanding dengan apa yang diperkatakan orang lain?
Fikirkan perkara ini baik-baik. Pertimbangkan kekuatan dan kelemahan anda. Pertimbangkan
personaliti anda secara keseluruhan. Fikirkan perkara baik yang anda buat memikirkan kesilapan dan
kekurangan anda.
Yang pastinya, dengan segera anda akan terfikir tentang kekurangan dan kesilapan anda, dan ini
adalah normal bagi mereka yang mempunyai harga diri yang rendah. Tetapi, ketepikan semua itu dan
fikirkan sifat-sifat positif personaliti anda. Fikir tentang minat dan kebolehan anda. Fikirkan
bagaimana perasaan anda apabila memikirkannya?
Jika anda ketepikan pemikiran negatif anda, mungkin anda akan sedar bahawa anda memiliki sifatsifat yang hebat dan ciri-ciri positif yang amat bernilai. Anda percaya bahawa minat, pilihan dan
kebolehan anda adalah sempurna dan sopan. Orang lain mungkin pandang rendah pada pilihan anda
atau mempersendakan pendapat anda atau tidak berkongsi minat dan kepercayaan yang sama
seperti anda, tetapi anda percaya mereka semua ada nilai.
Kepercayaan anda perlu mendahului kepercayaan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang menidakkan
anda. Apabila anda bertemu dengan orang yang mengkritik anda atau tidak bersetuju dengan anda,
pada saat itu, amat penting anda letakkan pendapat mereka ditepi dan ketengahkan kepercayaan
anda sendiri.

ANDA DAPAT APA YANG ANDA TONJOLKAN


Apabila anda berada bersama orang yang positif, senyum, bersemangat dan seronok, bagaimana
anda rasa? Dalam sesetengah kes, anda mungkin rasa geram kepada seseorang yang sentiasa ceria
tetapi kemungkinan besar, biasanya anda akan rasa bersemangat dan gembira bila berada
bersamanya. Orang ini pula mungkin dikelilingi oleh orang lain yang juga bersemangat, gembira,
senyum, positif dan seronok.
Dari sudut lain pula, bagaimana dengan mereka yang sedih, murung, pemarah, menjengkelkan, ingat
pendapatnya saja yang betul, menguasai dan memperkudakan orang lain? Mungkin mereka dikelilingi
oleh orang yang pemarah, menguasai dan tidak sopan, itu pun jika ada orang disekeliling mereka.
Ini bukanlah satu kebetulan. Lazimnya, orang dapat apa yang mereka tonjolkan. Dalam banyak kes,
orang dilayan sepertimana mereka membiarkan orang lain melayan mereka dan cara mereka
menonjolkan perasaan dan sikap mereka sendiri. Sebagai contoh, pernahkah anda tertanya mengapa
suami yang suka mendera mempunyai isteri yang tidak akan mendakwa mereka atau tinggalkan
mereka?
Biasanya, wanita itu mempunyai harga diri yang rendah sehingga menonjolkan mesej bahawa mereka
bertoleransi dengan penderaan, dan si pendera mendapat mesej ini dan akhirnya bersama dengan
wanita tersebut. Tapi sebaliknya, wanita yang sekali-kali tidak membenarkan diri mereka didera,
biasanya tidak akan bersama dengan lelaki pendera, atau tidak membenarkan mereka kekal bersama

Tingkatkan Harga Diri

jika berlaku penderaan. Mereka menonjolkan mesej bahawa mereka tidak akan bertoleransi dengan
kelakuan sebegitu. Jadi, ia jarang berlaku kepada wanita jenis itu.
Kami tidak mengatakan yang mangsa keganasan rumah tangga adalah salah mereka sendiri kerana
kelakuan mereka tetapi faktanya adalah, seringkali apa yang anda tonjolkan dan bagaimana anda
melihat diri anda sendiri adalah bagaimana orang lain melihat anda. Mereka kemudian bertindak
dengan sewajarnya.
Ini boleh menguntungkan anda atau merosakkan anda. Sementara orang yang membenarkan diri
mereka menjadi mangsa akan menghantar mesej-mesej tersebut tanpa disedari, orang yang melihat
diri mereka sendiri sebagai orang yang berguna, bernilai dan berharga diri akan menarik orang yang
akan melayan mereka seperti itu.
Sebagai ilustrasi tentang bagaimana ini berfungsi, katakanlah anda melihat-lihat di dalam kedai antik.
Kebanyakan item berselerak di atas rak dan di atas lantai. Tetapi ada satu item yang disimpan di
dalam bekas kaca, yang diterangi cahaya dan dipamerkan dengan baik. Anda mungkin tidak tahu
mengenai item ini tetapi anda tahu yang ia bernilai kerana cara ia ditonjolkan. Ia ditempatkan pada
tempat tinggi sedikit daripada item lain di dalam kedai dan cara ia diterangi dan dipamerkan
memberitahu anda supaya melihat atau menjaganya dengan baik.
Mungkin item itu sebenarnya tidaklah lebih bernilai daripada mana-mana item dalam kedai tersebut,
malah anda tidak tahu mengenainya. Tetapi kita sebagai manusia sentiasa memberi respons kepada
cara sesuatu dipersembahkan dan dipamerkan.
Sebagai satu lagi contoh, cuba fikir bagaimana pemasaran adalah industri yang berbilion ringgit.
Produk dipasarkan dan dipakej dengan cara tertentu supaya ia kelihatan lebih menarik. Sebuah
rumah yang berada dalam pasaran hartanah, mungkin dipersembahkan dalam cara tertentu agar ia
lebih menarik perhatian. Cara bagaimana sesuatu dipersembahkan amat berkait rapat dengan
tanggapan orang dan ini termasuklah juga tanggapan orang terhadap orang lain.

Perasaan Dalaman Anda

Cara anda menonjolkan diri anda akan bermula dengan perasaan dalaman anda. Kita sudah
membincangkan hal ini; anda perlu kawal perasaan dalaman anda dan pastikan ia positif dan tulen. Ia
mungkin akan mengambil masa untuk membesarkan perasaan ini di dalam diri anda tetapi suara kecil
anda akan menjadi kunci utama.
Apabila perasaan dalaman anda tulen dan benar, anda akan menonjolkannya. Ini adalah benar dalam
semua hal di dalam anda; jika anda sukakan kerja anda, anda akan bersemangat waja berada di
tempat kerja. Jika anda benci spageti, muka anda akan berkerut setiap kali ia ada di depan anda.
Apabila anda menyayangi diri anda sendiri dan benar-benar mempunyai perasaan mengenai nilai dan
harga diri, ini juga akan ditonjolkan.

Berlakon

Tapi bagaimana pula jika anda masih berperang dengan perasaan dalaman tersebut? Bagaimana jika
anda masih belum positif tentang diri anda sendiri? Sementara anda masih belajar untuk memberi
nilai kepada diri anda sendiri dengan cara yang betul, mungkin anda perlu berlakon!
Ini bermakna, sementara perasaan dalaman anda masih berperang dengan perasaan tidak berguna
atau kurang harga diri, anda masih boleh tonjolkan perasaan positif tentang diri anda kepada dunia

Tingkatkan Harga Diri

sekeliling anda. Anda berlakon jadi positif dan bersemangat sementara masih belajar bagaimana
untuk wujudkan perasaan tulen ini di dalam diri anda.
Pertimbangkan perkara ini ketika anda keluar dengan orang lain dan ketika anda rasa kurang positif
tentang diri anda. Jika anda bersama rakan-rakan atau di tempat kerja dan didapati anda berfikiran
negatif yang akan menjadi sikap negatif, maka, cuba berlakon yang anda positif. Paksa diri anda untuk
senyum. Sertai perbualan rakan-rakan anda dan bergelak ketawa bersama mereka.

Jadi Proaktif

Untuk dapat apa yang anda rancang, anda sebenarnya perlu menonjolkan pemikiran positif dan sikap
positif kepada orang. Menjadi proaktif dalam hal ini bermakna, anda mempunyai inisiatif menghantar
gelombang minda yang positif kepada orang lain.
Apabila seseorang mempunyai harga diri yang rendah, mereka sering mengelak daripada melakukan
aktiviti dalam kumpulan dan mereka mungkin juga malu untuk mulakan sesuatu bersama orang lain.
Hal ini dapat difahami jika anda rasa yang anda akan ditolak orang atau dipandang rendah, sudah
tentulah anda akan mula elakkan diri daripada bergaul dengan orang lain.
Jadi, bagaimana anda boleh jadi proaktif menghantar gelombang positif dan bersikap positif kepada
orang lain jika anda lebih gemar mengelakkan diri daripada situasi bersosial? Satu perkara yang harus
anda cari adalah satu situasi yang anda rasa selesa dan yang akan bantu anda menjadi lebih proaktif
dan positif. Sebagai contoh, bolehkah anda menjemput beberapa orang kawan datang ke rumah
untuk main Saidina dan makan pizza? Atau pergi tonton wayang bersama atau main bowling
bersama? Aktiviti berkumpulan sebegini adalah perkara yang cukup biasa yang tidak akan buat anda
rasa tidak selesa dan ia cukup seronok sehingga anda akan bergembira tanpa memikirkan pendapat
orang lain terhadap anda.
Menjadi proaktif juga bermakna, mencari orang lain yang bersikap positif.
Anda ada kenal sesiapa di Masjid atau tempat ibadah atau di tempat kerja yang memerlukan katakata semangat? Ini adalah satu cara yang terbaik untuk menghantar pemikiran dan emosi positif
tanpa mengambil risiko yang anda akan ditolak atau anda gagal dalam percubaan anda untuk
menjadi positif.

Bahasa Badan

Apakah yang anda dapat baca daripada bahasa badan seseorang? Sebenarnya agak banyak juga. Cara
pembawaan seseorang dan cara mereka berkomunikasi melalui bahasa badan mereka menonjolkan
banyak perkara tentang mood, perasaan keseluruhan dan tahap keyakinan diri mereka. Cara
seseorang itu berjalan dapat menonjolkan keyakinan diri, daya tarikan seks, keagresifan, malu dan
kesedihan.
Jika anda meragui kenyataan ini, luangkan sedikit masa ketika anda berada dalam kumpulan dan
perhatikan betul-betul bahasa badan orang lain dan lihat apa yang disampaikan. Seseorang yang
berjalan dengan mata pandang ke depan dan bahu tegak, biasanya kelihatan percaya dan yakin pada
diri sendiri. Manakala, seseorang yang bahunya membongkok dan mata pandang ke lantai, kelihatan
sedih dan murung.
Apabila seseorang berkeyakinan dan mempercayai diri sendiri serta mempunyai hormat diri, mereka
akan tarik golongan manusia yang akan melayan mereka dengan penuh hormat. Jika anda tonjolkan

Tingkatkan Harga Diri

diri anda sebagai seseorang yang berhak mendapat pertimbangan, harga diri dan nilai, itulah yang
orang akan berikan. Cara penampilan anda memainkan peranan yang penting dalam hal ini.
Ingat kembali keseluruhan bahasa badan anda sehingga hari ini dan tanya diri anda, apakah mesej
yang anda tonjolkan tentang diri anda. Cara anda duduk? Ekspresi muka anda? Adakah anda senyum
atau berkerut? Adakah anda duduk tegak atau membongkok? Adakah anda berjalan dengan bahu
tegak atau membongkok? Adakah pembawaan anda seperti seorang yang minta penghormatan dan
perhatian atau yang menarik dan boleh didekati atau sebagai seorang yang sedih, murung dan tak
berguna?
Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa untuk betul-betul melihat bahasa badan orang lain dan
perhatikan pembawaan mereka. Perasan bagaimana sesetengahnya duduk tegak dan menonjolkan
keyakinan berbanding orang lain yang tidak. Lihat bagaimana bahasa dan gerak-geri badan berubah
ketika seseorang sedang menggoda atau dalam suasana kasual. Belajar cara rakan sekerja anda yang
berkeyakinan itu berdiri atau duduk ketika dalam mesyuarat atau membuat pembentangan.
Amalkan bahasa badan yang baik di rumah. Duduk tegak semasa menonton televisyen. Dongakkan
dagu sedikit untuk tonjolkan keyakinan. Tiru apa yang anda lihat dalam filem dan tv, apabila anda
nampak watak yang professional dan berkeyakinan, perhatikan cara mereka berdiri, duduk dan
berjalan.

Cara Berpakaian Dan Berhias

Pakaian, gaya berhias, kebersihan peribadi anda dan seumpamanya menonjolkan banyak perkara
tentang perasaan anda terhadap diri anda sendiri. Apabila anda sayang sesuatu, anda akan
menjaganya dengan baik. Anda pamerkannya dengan baik, pastikan ia bersih, menguruskannya
dengan baik dan seterusnya.
Samalah juga dengan diri anda sendiri jika anda sayang diri anda sendiri dan yakin dengan harga diri,
anda akan menjaga diri anda sendiri dengan sebaik-baiknya.
Ini tidak bermakna yang anda hanya perlu pakai pakaian berjenama dan guna alat solek elit, dan
dapatkan gaya rambut di kedai rambut eksklusif. Tetapi anda perlu dan patut fikirkan hal ini mengikut
kemampuan dan situasi anda.
Adakah anda mandi tiga kali sehari? Jika tidak, mengapa tidak? Adakah rambut anda sentiasa
bersyampu? Adakah gaya rambut anda stail terkini? Adakah anda memotong kuku atau memastikan
kuku anda bersih? Bagaimana pula bulu-bulu di muka anda? Ini adalah untuk kedua-dua gender, lelaki
dan wanita! Bukan mahal pun untuk bercukur, waks kaki, cabut bulu, pendekkan rambut dan lain-lain
hal yang berkaitan.
Mengenai pakaian anda pula, apakah mesej yang ditonjolkan? Mungkin anda tidak mampu memiliki
pakaian yang berjenama tetapi adakah pakaian anda padan dengan anda? Adakah ia sesuai dengan
bentuk tubuh badan anda dan membuatkan anda kelihatan lebih menarik? Adakah anda lebih gemar
hanya memakai pakaian bersaiz besar, bercorak kotak-kotak dan berwarna hitam, atau pakaian yang
amat ketat?
Jika kewangan anda ketat, anda masih boleh cari jalan untuk memiliki pakaian yang lebih kemas dan
profesional daripada pakaian sedia ada anda. Cuba lihat di kedai pakaian terpakai dan kedai yang
sedang mengadakan jualan murah. Layari kedai di Internet atau eBay atau laman web lain yang
biasanya menawarkan pakaian berkos rendah. Buang pakaian yang tidak membuatkan anda kelihatan
menarik atau yang tidak menampilkan imej yang baik. Mula buat koleksi pakaian yang anda gemar
pakai kerana ia membantu membina harga diri anda.

Tingkatkan Harga Diri

LATIHAN MEMBINA HARGA DIRI


Siapa suka bersenam? Tak ramai yang suka; malah selebriti sering mengaku yang mereka bersenam
kerana ia menjadi keperluan untuk mereka terus bekerja! Tetapi senaman fizikal memiliki banyak
manfaatnya; ia menguatkan otot, paru-paru, jantung dan keseluruhan tubuh badan. Ia tingkatkan
peredaran darah dan oksigen, dan kedua-dua elemen ini dapat merawat sel dan sistem badan.
Sepertimana senaman fizikal mempunyai banyak manfaat, begitulah juga dengan latihan yang
bertujuan untuk membina harga diri anda. Dengan memahami kepentingan harga diri datang
daripada dalam, sepatutnya mendorong anda untuk melakukan latihan ini dengan serius. Mari kita
bincangkan latihan yang dimaksudkan dan bagaimana anda boleh memasukkannya ke dalam
kehidupan seharian untuk membina harga diri anda.

Buat Kerja-Kerja Amal

Melakukan kerja sukarelawan dan aktiviti seumpamanya dapat memberi kesan positif pada tahap
harga diri anda. Ini kerana seseorang akan rasa bagus terhadap diri mereka sendiri apabila mereka
membantu orang lain. Anda melakukan khidmat yang berguna, melihat orang lain mempunyai
masalah seperti anda dan dihargai oleh mereka yang anda bantu.
Anda mungkin tidak mempunyai masa atau tenaga atau wang ringgit untuk melakukan sesuatu yang
bermakna tetapi, peluang untuk melakukan kerja sukarela dalam apa jua keadaan sentiasa ada. Jika
anda tidak menyertai mana-mana organisasi agama yang melakukan kerja sukarela, anda boleh
mencari peluang sukarela di Internet. Mungkin, anda juga boleh jumpa iklan untuk kerja sukarela
pada papan kenyataan kolej tempatan atau 7-Eleven atau pasar raya.
Idea bagi kerja sukarela atau kerja amal untuk sesiapa saja, termasuklah:

Bekerja di pusat beri makanan, menyediakan dan memberi makanan.


Melakukan kerja-kerja harian rumah bagi orang-orang tua dan orang kurang upaya.
Menjaga orang-orang tua dan orang kurang upaya.
Membersihkan kawasan taman perumahan/awam.

Jika anda buat sedikit kajian dan menyediakan diri anda, anda akan jumpa peluang kerja sukarela
yang ideal bagi anda dan keadaan anda.

Mengamalkan Ikrar Akuan

Ikrar akuan adalah peringatan bahawa anda layak dihormati dan anda bernilai. Jika anda
memberitahu diri anda ini, anda akan percaya kata-kata tersebut dan mula menanam keyakinan
daripada dalam. Anda juga akan dapat berdebat dengan diri anda sendiri dan dengan orang lain yang
mungkin mengkritik anda dan cuba buat anda rasa bersalah/rendah diri.
Berikut adalah beberapa akuan yang anda boleh guna untuk bantu bina harga diri dan keyakinan diri
anda:

Aku seorang yang berguna, sangat hebat dan penyayang.


Aku berhak mendapat penghormatan, kebahagiaan dan kegembiraan.
Aku mencintai diriku dan aku tahu orang lain juga mencintaiku.
Kejayaanku jauh lebih banyak daripada kegagalanku.

Tingkatkan Harga Diri

Pendapat orang lain tidak sepenting pendapatku terhadap dirku.


Aku berhak kepada kepercayaanku, pilihanku dan pendapatku. Orang lain juga
menghormatinya.
Aku bahagia, penuh keyakinan dan optimis.

Akuan berkesan apabila anda mengamalkannya sentiasa. Cuba lakukan setiap hari. Kata pada diri
anda sendiri, lagi dan lagi. Lakukan pada awal pagi setiap hari dan pada malam hari sebelum tidur.
Tulis dan letakkan didepan anda.
Ingat, apa yang anda fikirkan adalah apa yang anda tonjolkan dan apa yang orang lain dapat rasa. Jika
anda belajar mengubah pemikiran anda, anda boleh belajar bina harga diri dan keyakinan diri. Ia
mungkin akan mengambil masa dan amalan, tetapi untuk jangka panjang, ia berbaloi.

Menetapkan Matlamat Dan Mencapainya

Bagaimana anda masukkan aktiviti menetapkan matlamat ke dalam latihan harga diri anda? Mengapa
ini akan bantu anda meningkatkan harga diri dan keyakinan anda?
Ada satu kepuasan yang boleh diperolehi seseorang daripada menetapkan matlamat dan
mencapainya. Jika anda berasa seperti seorang yang gagal dalam hidup, dengan menetapkan
matlamat anda sendiri dan mencapainya, akan membuktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda
bukan seorang yang gagal dan anda sebenarnya boleh mencapai apa sahaja dan lakukan apa saja.
Anda juga akan rasa lebih berkuasa dan ini menjadikan anda lebih berkeyakinan pada diri anda
sendiri.
Tetapi, apakah bentuk matlamat yang dibicangkan ini? Adakah ini bermakna matlamat besar seperti
sambung belajar atau mendirikan rumah tangga? Hal ini penting tetapi mungkin kelihatan terlalu
besar, lebih-lebih lagi jika anda menghadapi masalah harga diri.
Daripada buat matlamat besar, mulakan dengan matlamat kecil yang anda boleh capai dan usahakan.
Kemudian anda boleh bawa diri anda kepada matlamat yang lebih penting dan besar.
Di sini ada beberapa cadangan bagi matlamat jangka pendek yang anda perlu pertimbangkan:

Membersihkan almari, loteng, bilik bawah tanah atau laci pakaian.


Membersihkan almari dapur dan meyusunnya.
Turunkan berat badan sebanyak 1kg
Sepanjang minggu, berpantang daripada makan gula-gula, desert, makanan bergoreng dan
kudapan lain yang anda cuba berhenti.
Bersenam dengan berjalan kaki sebanyak tiga kali dalam minggu ini.
Menghantar kad ucapan atau emel, kepada seseorang yang anda tahu boleh
menceriakannya.

Perasan tak yang matlamat ini bukan hanya ringkas dan mudah dicapai, ia juga boleh buat anda rasa
diri anda berguna dan baik. Anda telah mencapai sesuatu; anda telah mengemas sebahagian rumah
anda; anda telah menjaga kesihatan anda; anda telah membantu seseorang. Semua ini membina
keyakinan diri anda dan bantu anda rasa diri anda berguna dan baik.

Tingkatkan Harga Diri

Kemudian, barulah anda boleh usaha untuk mencapai matlamat yang lebih besar selepas anda atasi
perasaan yang anda seorang yang gagal. Sementara anda tidak mahu rasa terlalu kerdil, cuba lakukan
perkara berikut:

Duduk di meja belajar anda. Lihat kalendar dan subjek yang diajar di kolej anda. Cuba fikir
bagaimana anda boleh mengambil kelas tambahan supaya anda boleh dapat ijazah anda
atau belajar kemahiran baru yang boleh membantu dalam kerjaya anda kelak. Jika perlu,
buat aktiviti ini perlahan-lahan. Ambil satu kelas malam sahaja dalam seminggu jika itu saja
yang anda mampu buat. Tak perlu fikir untuk belajar sepenuh masa sedangkan anda masih
bekerja.
Daftar sebagai sukarelawan untuk menghabiskan masa satu malam atau waktu tengah hari
hujung minggu di rumah kebajikan di kawasan anda.
Lihat kursus yang ditawarkan oleh kolej atau sekolah tempatan anda untuk mencari kursus
yang anda minat, walaupun ia bukan sesuatu yang perlu anda belajar untuk kerjaya anda. Ini
boleh jadi sesuatu yang menggembirakan anda; cuba belajar menari, melukis, memasak
makanan Perancis atau apa saja yang anda minat.
Fikirkan sesuatu yang anda mahu perbaiki dan mula merancang untuk melakukannya;
sebagai contoh:

Kumpulkan bil-bil dan penyata kewangan anda, dan cari khidmat nasihat kewangan
untuk melangsai semua hutang anda.
Cari program penurunan berat badan untuk bantu anda kurangkan berat badan.
Sertai aktiviti sosial secara berkumpulan supaya anda boleh jumpa dengan seseorang
yang istimewa.
Sertai jemaah masjid/tempat ibadah atau cari jemaah lain, jika anda perlu tingkatkan
kerohanian anda.

Kesemua matlamat ini amat membantu dan mengukuhkan diri anda untuk rasa lebih berkeyakinan
dan nikmati hidup anda. Sebaik saja anda mencapainya, anda mula rasa diri anda bagus dan mula
percaya yang anda boleh capai matlamat anda.

DI MANA, BILA DAN BAGAIMANA UNTUK MEMBINA HARGA DIRI


Dengan semua maklumat ini, mungkin anda sudah mula rasa lebih baik tentang diri anda dan lebih
menghargai diri anda. Tetapi, mari kita lihat beberapa contoh dengan lebih spesifik bagaimana anda
boleh bina harga diri dalam situasi dan keadaan tertentu.

Harga Diri Dalam Remaja


Tidak hairanlah mengapa remaja hari ini menghadapi masalah harga diri?
Remaja biasanya amat dangkal dan kuat berpendapat terhadap satu sama lain mengikut penampilan,
pakaian, barang yang dimiliki dan hal-hal seperti ini. Mereka belum belajar bagaimana untuk
menghargai personaliti positif dan sifat baik orang lain. Ini bermakna, seorang remaja yang berimej
biasa dan tidak memiliki barangan terkini boleh dibuli, diabaikan, diejek dan dipermainkan.
Media juga tidak membantu kerana sentiasa menonjolkan remaja dengan penampilan tertentu,
fesyen tertentu dan cara hidup yang berbeza daripada kehidupan seharian. Ini boleh menjadikan
remaja rasa seolah mereka perlu memiliki barangan tertentu, perlu penampilan tertentu dan perlu
cara hidup tertentu.

10

Tingkatkan Harga Diri

Dan jika mereka tidak seperti yang ditonjolkan media, remaja sendiri boleh menjadi pengkritik teruk
mereka sendiri!
Remaja lelaki dan perempuan boleh menghadapi masalah harga diri kerana penampilan mereka,
keputusan peperiksaan mereka, pakaian mereka, kebolehan atlet mereka dan hampir segalanya.
Remaja perempuan lebih mempunyai masalah dengan imej badan kerena mereka sering didorong
untuk menjadi kurus sehinggga tahap tidak sihat. Remaja lelaki juga boleh mempunyai masalah
dengan imej badan, terutama semasa mereka mula berkongsi bilik persalinan dan ketika sukan
menjadi perkara penting kepada orang sekeliling mereka.
Jadi bagaimana untuk mengatasinya? Bagaimana untuk memastikan remaja memiliki harga diri yang
sihat yang diperlukan dan mereka tidak menjadi mangsa kepada mesej dan imej yang berada di
sekeliling mereka?

Jaga Bahasa Badan

Seperti orang dewasa, cara pembawaan remaja lelaki atau perempuan akan mempengaruhi
bagaimana orang lain melayan mereka. Ingatkan remaja anda agar berdiri tegak dan senyum. Jika
mereka rasa tidak berkeyakinan, mereka juga boleh berlakon! Pastikan kepala tidak menunduk dan
pastikan kepala pandang ke depan.

Meletakkan Dalam Perspektif

Ingatkan remaja anda bahawa apa yang mereka lalui mungkin sukar tetapi, ini bukanlah kehidupan
masa depan mereka. Apabila orang menjadi dewasa, mereka menjadi lebih matang dan berinteraksi
dengan lebih baik di antara satu sama lain. Lazimnya, orang dewasa tidak buli, ejek dan maki antara
satu sama lain kerana apa yang mereka pakai atau kerana mereka tidak mempunyai gaya rambut
terkini. Ini mungkin berlaku kepada sesetengah orang dewasa, tetapi mereka ini adalah golongan
minoriti.
Apabila mereka menjadi lebih berusia, mereka akan dapati orang meletakkan lebih nilai dalam
perkara seperti personaliti, etika bekerja keras, kebijaksanaan, humor dan hal-hal sebegini. Mereka
mungkin tidak popular sekarang kerana mereka tak dapat menyertai pasukan bola sekolah atau skuad
sorak, tetapi bagaimana mereka memikirkannya akan memberi kesan kepada mereka ketika dewasa?
Jarang sekali dalam pejabat, orang bimbang tentang siapa yang boleh golkan bola atau anda boleh
bentuk piramid manusia! Semua hal ini tidak penting dalam dunia orang dewasa, walaupun rakan
mereka mungkin meletakkan kepentingan terhadapnya sekarang.
Anda mungkin juga mahu ajar mereka persepektif tentang kebolehan dan kekuatan mereka sendiri.
Mereka mungkin meletakkan terlalu banyak penekanan mengenai penampilan dan pemakaian
mereka. Ingatkan mereka bahawa perkara ini sebenarnya tidak sepenting yang disangkakan dan
mereka perlu menghargai kebaikan diri mereka sendiri. Hal yang mereka tidak miliki tidak perlu
menjadi penting seperti perkara yang mereka miliki.

11

Tingkatkan Harga Diri

Dorong Mereka

Untuk membantu remaja anda bina harga diri, anda perlu atasi kesan yang dilakukan oleh rakan
sebaya mereka. Dorong mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang mereka suka dan yang akan
membina keyakinan diri mereka. Dorong mereka untuk berkawan dengan orang yang menghargai
mereka, walaupun ini mungkin bermakna, berjumpa dengan remaja lain di masjid atau melalui
keluarga yang lebih besar atau melalui kerja-kerja sukarelawan.
Anda perlu dorong remaja anda membina penghargaan terhadap kekuatan diri mereka sendiri.
Apakah perkara yang mereka pandai buat? Apakah personaliti positif mereka? Jika mereka
bermasalah dalam hal ini; mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sesuatu yang mereka boleh
lakukan dengan baik atau yang boleh menjadkan mereka berasa lebih berkeyakinan.
Sebagai contoh, lakukan kerja sukarelawan bersama remaja anda. Tanya berkenaan minat mereka
agar ia boleh diterokai; ini mungkin muzik, drama, haiwan peliharaan dan hal-hal seumpama ini.
Mereka mungkin keberatan untuk cuba perkara-peraka yang mereka suka, jadi mereka memerlukan
sedikit dorongan daripada anda.

Jadikan Mereka Penting

Anda juga boleh bantu harga diri remaja anda dengan menjadikan mereka penting.
Walaupun perlu diletakkan dalam perspektif, ingat, ada perkara yang penting kepada mereka yang
mungkin tidak penting bagi anda.
Ini tidak bermakna anda perlu menidakkan perkara-perkara ini. Ingat, bagi remaja, sekolah dan rakan
mereka adalah dunia mereka. Jadi, anda tidak mahu menganggapnya tidak penting dan tidak
berguna.
Walaupun anda tidak perlu ikut setiap karenah anak anda, anda perlu sedar akan pemakaian dan halhal seperti ini adalah penting bagi mereka.
Lakukan apa yang diperlukan untuk memastikan remaja anda sekurang-kurangnya kemas. Jika anda
mampu, jika mereka lebih suka kepada satu jenama atau gaya, berikan mereka sedikit ruang supaya
mereka ada pilihan sendiri. Cuba ingat kembali betapa pentingnya kepada anda untuk memiliki baju
berjenama tertentu, gaya rambut tertentu atau alat elektronik tertentu, dan anda perlu faham yang
remaja anda juga rasa seperti itu!

Harga Diri Dalam Kerjaya


Adakah anda cemburu atau iri hati apabila anda melihat rakan sekerja anda dengan mudah membuat
pembentangan atau mengatasi klien atau bos yang bermasalah? Adakah anda mahukan keyakinan
diri yang serupa dalam diri anda, agar anda juga boleh melakukan perkara yang sama?
Membina harga diri dalam kerjaya bukanlah mustahil. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa,
usaha dan latihan. Lazimnya, ia berpunca daripada bagaimana anda melihat diri anda sendiri dan
pembawaan diri anda depan orang lain; mari kita lihat apa makna semua ini.

12

Tingkatkan Harga Diri

Bagaimana Anda Lihat Diri Anda Sendiri


Bila tiba masa untuk anda membuat pembentangan penting atau anda perlu berbincang atau
berdebat dengan seseorang, apakah reaksi anda? Jika anda mempunyai harga diri yang rendah, sudah
pasti anda beranggapan yang anda akan gagal, semua orang akan kecewa dengan anda dan orang lain
boleh lakukan lebih baik daripada anda.
Harga diri yang rendah ini datang daripada dalam diri. Anda tidak tahu yang anda akan gagal dan anda
tidak tahu tanggapan orang lain. Malah, walaupun jika ada orang kritik anda, ini tidak bermakna anda
perlu rasa begitu atau kritikan itu benar. Lagipun, sesetengah orang memang sifat mereka suka
mengkritik dan semua orang mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri!
Anda perlu tinggalkan cara pemikiran sebegini dan ketahuilah bahawa anda mensabotaj diri anda
sendiri. Bagaimana anda lihat diri anda sendiri perlu berubah daripada dalam.
Ulangkaji semua yang telah kita bincangkan tentang akuan dan pendapat anda terhadap diri anda
sendiri. Lihat kaitainnya dengan masalah harga diri dan keyakinan anda dalam kerjaya anda. Lakukan
latihan yang telah dibentangkan dan gunakannya dalam kerjaya anda. Buang yang negatif dan suara
kritikan dalaman, dan gantikan dengan yang menyokong.

Pembawaan Diri Anda Kepada Orang Lain


Bagaimana pembawaan diri anda anda kepada orang lain di tempat kerja? Jika anda sangka yang anda
akan sentiasa buat salah atau gagal dalam semua yang anda lakukan, bagaimana bos anda atau rakan
sekerja boleh percaya dengan anda? Jika anda minta maaf terlebih dahulu kerana kerja yang tak
seberapa yang akan anda lakukan dalam pembentangan kerja atau panggilan atau mesyuarat, sudah
tentulah mereka akan menjangkakan anda akan lakukan kerja yang tak seberapa!
Bagaimana anda membawa diri anda kepada orang lain mainkan peranan penting bagaimana mereka
melayan anda dan sebaliknya, bagaimana anda melihat diri anda. Sedang anda berusaha untuk
membina keyakinan sebenar, ingat, jika perlu, berlakon . Berlakon yang anda sudah berkeyakinan,
ada harga diri dan bernilai tingggi, walaupun anda masih mempunyai isu dalam hal ini.
Fikirkan dengan serius bagaimana bahasa badan anda dan kata-kata anda mencerminkan pandangan
anda terhadap diri anda. Anda mungkin juga menyumbang kepada pembentukan dan pembikinan
pandangan orang lain terhadap anda. Jika anda fikir hal ini dengan baik, anda akan meningkatkan
keyakinan anda dalam kerjaya anda dan membawa diri anda dalam cara yang lebih baik.

Memberanikan Diri
Cara terakhir untuk anda tingkatkan keyakinan anda dalam kerjaya anda adalah dengan
memberanikan diri dan berusaha lebih lagi. Ambil kelas malam untuk perbaiki kemahiran anda.
Sukarelakan diri untuk buat projek. Usaha lebih sedikit dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Ini akan meningkatkan keyakinan anda kerana anda tahu yang anda akan menjadi amat mahir dalam
apa yang anda buat. Jika anda belajar sesuatu yang baru, anda ada sesuatu yang ekstra untuk
diberikan kepada majikan. Anda tahu yang anda melakukan kerja standing dengan kebolehan orang
lain kerana anda tahu program perisian terkini atau apa saja yang diperlukan. Anda juga akan tahu
dengan penuh yakin bahawa jika majikan tidak lagi memerlukan perkhidmatan anda, anda sudah
sedia untuk mencari majikan lain yang memerlukan anda.

13

Tingkatkan Harga Diri

Semakin banyak projek yang anda terima, sudah pasti anda akan perasan bahawag tahap keyakinan
anda meningkat. Majikan anda akan menghargai kerja keras anda dan anda akan dapati yang anda
boleh lakukan apa saja. Semakin banyak yang anda buat, semakin seronok anda rasa.
Ini juga akan berlaku apabila anda usaha lebih sedikit dalam projek dan kerja anda. Anda akan
berbangga dengan kerja yang anda telah buat jika anda melakukannya dengan betul. Sudah pasti ini
juga akan mendapat perhatian majikan anda; mereka akan lihat bahawa kerja anda bermutu tinggi
berbanding dengan orang lain.

KESIMPULAN: SEMUANYA BERGANTUNG PADA ANDA


Alangkah baiknya jika ada pil yang boleh mengubati semua penyakit, secara emosi dan fizikal.
Walaupun ada ubat untuk masalah mental dan masalah emosi tertentu tetapi, membina harga diri
bergantung pada anda. Anda perlu atasi masalah yang menyebabkan anda rendah harga diri dan
lakukan aktiviti yang akan membina keyakinan dan harga diri anda.
Ia mungkin nampak mustahil, dan jika anda telah bergelut dengan masalah ini sepanjang hidup anda,
ia mungkin akan memerlukan usaha yang lebih banyak sedikit. Latihan dan poin yang telah
dibincangkan dalam buku ini mungkin kelihatan pelik untuk anda dan mungkin pada awalnya, berat
untuk anda melakukannya.
Tetapi, pertimbangkan semua manfaat yang anda akan dapat dengan membina harga diri anda. Anda
lebih mudah dapat menangani masalah dalam kerja. Anda akan boleh hadapi cabaran baru dalam
kerjaya anda, malah anda mungkin berani tukar kerjaya kepada kerjaya impian anda. Anda tidak akan
gentar apabila diberi tanggungjawab dan yakin bahawa kerja anda adalah yang terbaik.
Anda juga yakin bahawa majikan beruntung mempunyai anda sebagai pekerja. Anda tahu jika anda
kehilangan kerja, anda akan dapat kerja lain. Anda juga tahu, tiada apa pun yang anda tidak boleh
buat; jika anda mahu belajar perubatan atau perfileman atau reka bentuk hiasan dalaman, anda akan
berjaya dalam pelajaran anda dan akan menjangkaui jangkaan anda sendiri.
Dengan memiliki lebih banyak harga diri akan membantu anda lebih menghargai rakan dan ahli
keluarga anda. Anda akan rasa lebih tenang dan relaks apabila berada dalam kumpulan. Anda akan
berhenti mengelak situasi dan akan menjadi lebih peramah. Anda akan ada keyakinan untuk tidak
terfikir bahawa orang lain sedang mentertawakan anda atau anda tidak berhak untuk gembira.
Apabila anda bina harga diri anda, anda akan boleh dapat semua perhubungan yang anda mahu
dalam hidup anda. Ini bermakna, perhubungan romantik, persahabatan dan ikatan kekeluargaan yang
erat. Anda tidak akan ragu-ragu dengan diri anda sendiri ketika bersama dengan pasangan anda. Anda
tidak perlukan persetujuan orang lain sehingga mengganggu anda untuk membuat sesuatu
keputusan.
Ini bermakna, orang lain pasti akan melayan anda dengan lebih baik. Apabila anda menghargai diri
anda, orang lain juga sama. Apabila anda tahu bahawa anda berhak dihargai dan dihormati, orang lain
akan dapat rasa perasaan tersebut dan memberinya kepada anda. Apabila anda berhenti bertoleransi
kepada perilaku kasar atau pengabaian, mereka yang melayan anda seperti ini akan berhenti atau
berubah. Apa yang anda lakukan pada diri anda sendiri akan dicerminkan dalam bagaimana orang lain
melihat anda.
Dan apabila anda memiliki lebih banyak harga diri dan keyakinan diri, secara umumnya, anda akan
rasa lebih baik. Anda akan menjadi lebih relaks, gembira dan positif. Anda akan kurang masalah fizikal
yang berkaitan dengan kurang harga diri dan juga kurang masalah emosi dan mental. Anda akan
dapati yang anda akan tidur lebih lena, kelihatan lebih sihat dan rasa lebih baik.

14

Tingkatkan Harga Diri

Dalam hal harga diri, melalui semua latihan dan tips ini mungkin kelihatan terlalu banyak. Tetapi,
pada masa yang sama, ia sebenarnya rasa amat melapangkan. Jika anda boleh mengawal harga diri
anda, maka anda boleh mengubahnya. Ini sunguh mengujakan. Anda boleh buat apa yang anda mahu
untuk memperbaiki diri anda; anda tidak perlu tunggu orang lain untuk perasan dan mula melayan
anda dengan lebih baik.
Dengan mengetahui yang harga diri bermula dengan anda, bermakna, andalah yang menentukan
berapa banyak yang anda mahu dan bagaimana untuk meningkatkannya.
Jadi, jangan bertangguh. Jika harga diri anda kurang, mula amalkan apa yang kami kongsikan ini.
Teruskan latihan. Jangan mengalah jika anda tersasar dan jika ia mengambil masa yang lebih lama
sedikit untuk membinanya. Ulangi latihan yang diperlukan dan fahami mengapa anda melakukannya.
Harga diri akan membantu anda mencapai segala yang anda mahukan dan mendapat segala yang
berhak anda miliki dalam hidup. Jadi mula bertindak hari ini sekarang!

Salam kejayaan untuk anda!


Team Tipsptd
www.sahsiah.perkhidmatanawamgred41.com

15

You might also like