You are on page 1of 4

Fakta Santan Yang Mungkin Mengejutkan Anda !

Dengan membaca fakta tentang santan yang mengejutkan ini, anda mungkin akan
mengubah persepsi anda terhadap santan. Selama ini ada berbagai Mitos terhadap
penggunaan santan dalam makanan kita.

Berikut beberapa mitos berkenaan santan dan masalahnya:


1.

Berbagai pandangan diberikan berkaitan obesiti dan isu memakan nasi lemak
ditunding sebagai salah satu puncanya. Hinggakan terdapat ura-ura Kementerian
Pendidikan Malaysia tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah.
Puncanya hanyalah kerana penggunaan santan dalam penyediaan nasi lemak.
2.
Nasi lemak yang mengandungi santan dikatakan melemahkan pemikiran kanakkanak. Jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak sebagai
penyebabnya. Sehingga kini mitos santan itu masih berterusan.
3.
Ada juga dikalangan profesional termasuk pakar permakanan yang menasihatkan
supaya mengurangkan pengambilan santan. Santan dikatakan mengandungi kolestrol
yang tinggi.
Benarkah Santan Banyak Kolestrol ?
Analisis saintifik mendapati kolestrol dalam santan kelapa adalah tersangat rendah
berbanding lemak dari sumber lain, terutamanya haiwan.
Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa. Kandungan kolestrolnya adalah
terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak haiwan.
Berikut adalah kandungan kolestrol (dalam mg/kg) dalam sumber minyak yang berbagai
untuk perbandingan anda:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Minyak kelapa: 5-14 mg/kg


Minyak bunga matahari 8-44 mg/kg
Minyak isi rong sawit 9-40 mg/kg
Minyak sawit 13-19 mg/kg
Minyak soya 20-35 mg/kg
Minyak biji kapas 28-108 mg/kg
Minyak jagung 18-95 mg/kg
Minyak biji rape 28-108 mg/kg
Lemak haiwan Beef tallow 800-1400 mg/kg
Mentega 2200-4100 mg/kg
Lemak babi 3000-4000 mg/kg

Santan Dicemuh Sebagai Punca Kepada Masalah Obesiti Dan Penyakit Jantung
Persoalan kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik mengenai kesan
pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna. Saya belum menjumpai
sebarang kertas kerja santifik berkaitan perkara ini lagi.
Santan kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh diproses untuk
menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa mengandungi lebih kurang 92% asid lemak
tepu.
Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada wujudnya
mitos tentang minyak kelapa.

Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah
menjadi isu besar di Amerika Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran.
Kempen anti-minyak tropika dan Program Piramid Makanan (Food Pyramid Program)
telah dilancarkan dalam tahun 1992 secara besar-besaran oleh Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat (United States Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan
Penanam Kacang Soya (American Soybean Association, ASA).
ASA mencegah pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang
tinggi. Asid lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada masalah penyakit
jantung dan kegemukan.
Akibat dari kempen tersebut, penduduk AS telah mengubah cara permakanan di mana
pengambilan minyak soya dan minyak jagung digunakan sepenuhnya dalam diet
mereka.
Program ini ternyata membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS.
Selepas 20 tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS menghadapi
masalah kegemukan (National Health 3 / 4 and Nutrition Examination Survey 19992000).
Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan
peningkatan yang mendadak di AS. Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawa
musibah kepada penduduk AS.
Punca Obesiti Dan Masalah Jantung Bukan Dari Santan
Kini pendapat yang mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu dipertikai
ramai saintis. Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung bukanlah disebabkan
pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan pengambilan asid lemak perlu (essential
fatty acids) yang berlebihan (Times March 1, 2004 dan Fortunes October 23, 2003).
Tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya diperoleh dari diet
pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari mengandungi asid
lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik (C18:2, ?6), yang tinggi.
Tubuh manusia akan menukar asid linolenik kepada asid arakidonik (C20:4, ?6). Asid
arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan (membrane)
plasma sel-sel badan.
Bila diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan
membentuk sebatian aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai
fungsi.
Kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan
keradangan dan penyakit alahan (allergic).
Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari)
20 kali ganda lebih tinggi berbanding asid omega-3 (minyak ikan).
Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam
pengambilan asid omega-3 dan omega-6.
Prostaglandins yang dihasilkan secara berlebihan menyebabkan keradangan seterusnya
penyakit kronik kepada rakyat AS.
Asid Trans Penyumbang Masalah Jantung Dan Obesiti

Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah penyakit jantung
dan kegemukan. Asid trans bukanlah asid yang boleh didapati secara semula jadi.
Asid ini terbentuk semasa proses penghidrogenan (hydrogenation process). Proses
penghidrogenan ialah tindakbalas kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak
kacang soya, jagung dan bunga matahari pepejal atau lemak pada suhu bilik.
Gas hidrogen ditambah semasa proses ini untuk menukarkan minyak kepada lelemak.
Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut dalam industri
makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lelemak.
Marjerin dan lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan minyak jagung perlu melalui
proses penghidrogenan.
Lelemak ini digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, aiskrim,
piza, coklat dan sebagainya.
Food and Drug Administration (FDA) AS akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat
dari penggunaan asid trans ini. Pada Januari 2006, FDA telah mewajibkan pengusaha
makanan melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang
dihasilkan.
Kesan Pengambilan Minyak Kelapa
Terdapat beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak kelapa terhadap
tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol dan LDL (low density lipoprotein)
dalam darah tikus meningkat.
Walau bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah
dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam ujian ini dicemari
asid trans.
Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterima sebagai tindakbalas sebenar tikus
terhadap pengambilan minyak kelapa.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya khazanah alam
yang dikurniakan kepada kita.
Fakta Berkenaan Minyak Kelapa
Teknologi yang canggih telah banyak membantu kita membongkar rahsia 4 / 4 alam.
Asid lemak tepu boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu,
o
o
o

asid lemak tepu berantai karbon pendek (C 4:0-C 6:0),


sederhana (C 8:0-C 12:0) dan
panjang (C 14:0 >).

Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing-masing dan kita memerlukan
kesemuanya.
Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida berantai sederhana (Medium Chain
Trigliseride, MCT).
Banyak kajian klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara maju termasuk Eropah
dan Jepun. Kajian mendapati asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan badan
secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi.
Tenaga yang terhasil dari asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm berbanding 4

kcal/gm dari glukosa.


Santan Bekalkan Tenaga Segera
Pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid
lemak tepu rantai sederhana.
Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di
kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga
segera.
Dengan bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia diberi maklumat
tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian
mereka.
Masalah obesiti perlu dilihat dari sudut yang lebih menyeluruh dan tidak sahaja dari
sudut pemakanan.
Juga bagi menjaga kesihatan rakyat, sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan
peratusan asid trans dalam produk makanan.
Santan Buat Minyak Kelapa Dara
Sejak kebelakangan ini pula terdapat banyak pengusaha kelapa mendapatkan santan
untuk dijadikan minyak kelapa dara.
Minyak kelapa dara mengandungi pelbagai khasiat kerana ia boleh dikategorikan sebagai
makanan berfungsi.
Meminum santan sama seperti meminum minyak kelapa dara. Dua sudu besar minyak
kelapa dara (30 ml) menyamai setengah biji kelapa.
Khasiat mengenai minyak kelapa dara banyak tersebar, terutama dalam internet. Sudah
sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan diletakkan pada pespektif
sebenar.
Setiap khazanah alam anugerah Allah SWT kepada hambaNya mempunyai peranan
tersendiri, yang diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa
juga perkara.
Sumber asal oleh: Kamariah Long (PhD), Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI

You might also like