You are on page 1of 17

HBEF1503

JANUARI 2014

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

RAJESWARI A/P KUBBUSAMY


850406026034001
850406-02-6034
0134730132
suramanjesh@yahoo.com

Tutors name:
PRAKAS RAW S/O M.A.NAIDU
Learning Centre:
AMAN JAYA , SUNGAI PETANI

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
1.1 Pembentukaan masyarakat majmuk.
2.0 Budaya Dialog Antara Kaum, Etnik, Budaya, dan Peradapan
2.1 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum, Etnik, Budaya, dan Peradapan
3.0 Budaya Dialog Antara Kaum, Etnik, Budaya, dan Peradapan
4.0 Cadangan mempertingkatkan perlaksanaan dialog
5.0 Kesimpulan
Rujukan

1.0 Pengenalan
Dari Perlis hingga ke Sabah terdapat pelbagai bangsa, kaum dan etnik yang didiami di
Malaysia.Keadaan ini boleh diperkatakan kepelbagaian kaum dan etnik.Akibatnya pula wujudlah
kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.Corak masyarakat Malaysia seperti diatas wujud
selepas perubahan masa dan keadaan. Terutamanya, perubahan struktur politik di Malaysia. Sebelum
keadaan ini wujud, terdapat Orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau
kaum lain. Tetapi setelah mengalami perubahan corak, maka wujudlah pembentukkan masyarakat
majmuk di Malaysia.
J.S.Furnivall adalah orang yang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk dalam
kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut beliau, masyarakat majmuk merangkumi pelbagai kaum
yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Kehidupan mereka
adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan
mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli walaupun pelbagai kaum berganding bahu
di bawah sistem politik yang sama . Manakala, pembahagian tugasan juga dilakukan atas garis-garis
ras.
Selain daripada
membincangkan

J.S.Furnivall, terdapat juga beberapa tokoh -tokoh sosiologi yang

tentang

masyarakat

majmuk

memberikan

pandangan

mereka

setelah

dikaji.Antaranya ialah M.G.Smith. Beliau mengangap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang
mempunyai budaya , perselisihan dan perpecahan sosial .Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat
wujud atas dasar paksaan bukanya dengan budaya daripada kemajmukkan sosial iaitu wujud daripada
kelompok etnik.
Tetapi P.L. Van Den Berghe

pula membezakan kemajmukkan sosial iaitu

memecahkan

masyarakat kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya yang
wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini telah menekankan konflik dan perpecahan yang wujud sebagai unsur ketara
dalam

masyarakat

majmuk.

Pendirian

mereka

amat

bertentangan

dengan

pendekatan

fungsional.Pendekatan fungsional mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar


konsensus dan nilai bersama. Oleh itu, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori
masyarakat majmuk juga datang daripada mereka.. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai
kelebihannya dengan salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai
hubungan ras.

Teori ini cuba berunsurkan kepentingan ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk
konseptual dan terkenal dengan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.
Kewujudan masyarakat majmuk lebih muncul akibat perubahan dalam struktur masyarakat yang
berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik
yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia
berubah adalah kerana migrasi daripada luar serta faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku
sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi kian berleluasa setelah penjajahan berlaku.
Aktiviti ekonomi dan perladangan juga menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi dari luar
terutamanya dari China dan India

1.1 . Pembentukaan masyarakat majmuk.


Migran kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari
Negapatam dan Madras. Pada masa itu, India juga mengalami masalahnya tersendiri yang
menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar seperti Malaysia. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendesak penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain
termasuk juga ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh
Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka amat kurang kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya
menguasai negeri-negeri Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan
masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh
masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah
membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya
pada pandangan masyarakat luar.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India
yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina
dan kelompok

Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila

perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori
penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini
kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, MelayuCina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu,
wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok
ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar
berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini
menjadi tarikan masyarakat luar.
Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia juga boleh dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak social dan wujudnya stu
kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang

aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah
menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dikalangan negara luar.
Selain itu juga, ciri-ciri masyarakat majmuk menuruk J.S Furnivall ( 1956 ) dalam bukunya bertajuk
Colonial Policy And Practice : a comparative study of Burma and netherlands India (Indonesia)
dalam kajiannya di Burma dan kepulauan jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah,
Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara stu sama lain tetapi
tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang turut serta
masing-masing berpegang pada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri.
2.0 Budaya Dialog Antara Kaum, Etnik, Budaya, dan Peradapan
Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, agama dan
budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara kaum.
Budaya dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban amat perlu disuburkan dalam konteks negara
kita untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian
kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identity negara. Walaupun secara
umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tiada konflik keagamaan yang membimbangkan, namun
beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti konflik kampung Medan mengingatkan kita
bahawa mendasari hubungan baik antara budaya juga adalah isu-isu keadilan social dan ekonomi.
Didalam konteks ini misalnya amat penting isu kepimpinan kelompok atau budaya terus diberi
perhatian. Didalam konteks ini juga kita memperdalamkan apresiasi kita tentang soal peradaban.
Apakah dialog peradaban sebenarnya dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan
mahupun kejayaan sesebuah peradaban dan apakah situasi dialog di Malaysia serta di persada global
dan akhirnya bagaimanakah dialog berperanan dalam proses pemartabatan bangsa dan umat melalui
penghayatan agama.
Sepertimana yang kita teliti, dialog merupakan satu kaedah perbincangan dan perbahasan tentang
sesuatu tajuk atau isu yang kita kemukan. Dialog tidak boleh berbentuk perbahasan ataupun diskusi.
Ini kerana diskusi lebih kepada aspek penyelesaian sesuatu masalah. Walaupun dialog juga
mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari sesuatu penyelesaian tetapi diskusi lebih kepada
membincangkan sesuatu perkara secara lebih mendalam dam juga mempunyai unsure-unsur kalah dan
menang dari segi ketengahan isu di antara beberapa orang yang terlibat secara langsung. Tetapi seperti
yang dihuraikan dialog lebih membincangkan sesuatu isu secara mendalam dan teliti sam a seperti

diskusi tetapi ia tidak mendasarkan unsur menang atau kalah serta perbincangannya memberi
kebaikan kepada semua orang.
Justeru itu, walaupun kelahiran sesebuah tamadun banyak bergantung kepada kedudukannya
yang strategik dari segi perolehan sumber-sumber semulajadi dan lokasi geografi (contohnya
kemunculan tamadun Cina di Lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di Lembah Ganges dan
Brahmaputra, tamadun Mesopotonia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil
dan tamadun Melaka dipinggiran Selat Melaka). Kemunculan sesebuah tamadun banyak berkait
dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya
mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang menghasilkan
kehidupan yang bertamadun.
2.1 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum, Etnik, Budaya, dan Peradapan
Di Malaysia dialog peradaban amat perlu bukan hanya sebagai wahana dasar tamadun Malaysia
boleh disepakati mahu pun dihayati, malahan apa yang lebih penting lagi bagi kesinambungan
tamadun Malaysia keseluruhannya demi membina tapak atau asas nilai spiritual yang kukuh untuk
memastikan pembangunan dan kemajuan material yang begitu pantas berlaku, tidak meminggirkan
keperluan pembangunan insan yang merupakan tujuan akhir segala pembangunan material-fizikal
tersebut.
Terdapat banyak kekuatan dialog yang ada di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban. Di
antaranya ialah Kajian menunjukan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati
kehidupan agama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi kepada
kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan tamadun islam
yang telah mencapai tahap Golden agenya (8-14 Masihi) itu misalnya adalah dipengaruhi oleh
rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup islam bersumberkan risalah wahyu yang
digembelingkan dengan penguasaan ilmu keduniaan yang mantap.
Kekuatan seterusnya ialah dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu, sesebuah
masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun yang mempunyai penghayatan moral dan
akhlak yang terpuji yang didalamnya terkandung kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan,
semangat berdisiplin dan kekreatifan yang tinggi untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi
nasional dalam kepimpinan negara.
Selain itu juga, kekuatan budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban

mewujudkan nilai-nilai murni pada pemimpin di negara kita yang pastinya akan menggalakkan
kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu
membangunkan negara dan tamadun kearah perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi.
Penghayatan nilai-nilai murni ini telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai tamadun
seperti Lao Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam tamadun India, serta
Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali dan juga Ibnu Khaldun dalam tamadun.
Oleh itu, perbincangan yang dijalankan seharusnya dibincangkan supaya kita dapat mencari jalan
penyelesaian yang memberi kebaikan bersama dan bukan mengikut cara diskusi atau perbahasan yang
memberi manfaat kepada pihak yang berjaya mengukuhkan pendapat dan fakta mereka. Sesorang
yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan
perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana
ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Misalnya, semasa kaum-kaum
majoriti Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India, kaum Melayu melibatkan diri dalam dialog peradaban
sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan
keperluan yang diperlukan kaum

mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem

pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.
3.0 Kelemahan Budaya Dialog Antara Kaum, Etnik, Budaya, dan Peradapan
Antara kelemahan utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban
di Malaysia adalah sikap fanatik dan juga perkauman. Semasa perbincangan dialog diadakan kita
tidak boleh membincangkan isu-isu yang bersifat fanatik dan perkauman. Inilah yang menjadikan
budaya dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak
sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap dialog peradaban
kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja yang
dapat menikmati faedah manakala pihak yang lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Di sini
kita boleh mengatakan bahawa dialog yang dijalankan pula tidak mengikut protokol yang sewajarnya
serta prosesnya tidak berjaya. Ini menyebabkan matlamat tidak akan tercapai untuk menyatukan kaum
di Malaysia dan memepuk perpaduan dan integrasi nasional serta mencari jalan penyelesaian yang
disetujui oleh semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum
dan perasaan fanatic dalam diri masyarakat.
Seterusnya kelemahan yang lain, jika kita tidak menyetujui sesuatu pendapat yang hanya

melihatkan kebaikan perkauman tertentu dan bersikap fanatik ia boleh mengundang masalah
perkauman di negara kita. Jikalau kita tidak bersetuju untuk mengambil sesuatu keputusan tersebut
walupun ia lebih kepada kepentingan perkauman ia juga masih boleh mengundang masalah seperti
kaum yang tidak diendahkan akan melakukan pemberontakan dan menimbulkan rasa tidak berpuas
hati. Oleh itu, hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negara kita tidak boleh dilaksanakan dan ini
boleh menimbulkan rusuhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah berlaku.
Sehingga hari ini, masalah sedemikian kian terus menular dan menjadi satu cabaran yang tidak dapat
ditandingi dalam proses dialog dialog peradaban. Misalnya, Utusan Online mengatakan MCA dan
MIC semakin memupuk perkauman dengan fahaman pembelaan ras supaya mereka mengangkat
kembali kedudukan masing-masing semasa pilihan raya ke 12 ini. krisis yang melanda kedua-dua
parti tersebut seperti menuntut supaya mereka nkembali ke landasan asal yang bersifat perkauman itu.
Selain itu juga, kelemahan yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban di Malaysia
ialah perspeksi yang salah pihak tertentuterhadap pihak yang lain. Perasaan dan tanggapan yang salah
terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya sebagai satu ancaman kepada
kepentingan pihak yang tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di antara dua pihak yang berbeza
budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif yang salah dan pihak yang
tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini merupakan satu helah yang memberi
peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka melalui budayanya serta meleburkan nilai jati
diri sesebuah budaya tersebut.
Kelemahan budaya dialog peradaban yang seterusnya ialah salah tanggapan sejak peringkat awal
lagi terhadap sesuatu tamadun yang berpunca dari pelbagai aspek boleh memberi kesan bahawa
segala tindakan dan gerak-geri sesebuah peradaban adalah memberi ancaman serta keburukan kepada
pihak yang lain. Salah tanggapan ini mengundang pelbagai masalah yang besar serta tidak diingini
dan bukan hanya menyusahkan penganut sesebuah budaya tersebut tetapi memberi kesan kepada
tamadun lain di dunia ini. Oleh itu, semasa mengadakan dialog kita tidak boleh mengutarakan sesuatu
isu yang memberi kebaikan serta memanfaatkan diri dan sesuatu kelompok tertentunya sahaja. Inilah
yang menyebabkan dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan
segelintir pihak sahaja. Ini membolehkan masyarakat 9
tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi mahupun dialog kerana mengikut pandangan mereka
hanya pihak yang mendominankan perbincangan sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain
tidak dapat menuntut kehendak mereka. Dialog perlu dilakukan dalam keadaan yang menguntungkan

semua pihak supaya sesuatu peradaban dapat ditingkatkan lagi.


4.0 Cadangan mempertingkatkan perlaksanaan dialog
Politik di Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional melalui sudut
politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran
dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi yang
berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. Dalam
kerajaan demokrasi yang berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintahnegara melalui
pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang akan memenangi majoriti
kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin
Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara untuk mewujudkan perpaduan dalam politik negara adalah
menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa
memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan
Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majority kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini
berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO
wakil melayu, MCA wakil cina dan MIC wakil india yang melambangkan perpaduan antara ketigatiga parti etnik di Malaysia. Oleh itu, antara cadangan yang dapat dikemukan di sini ialah seseorang
yang melibatkan diri dalam dialog dan perbincangan haruslah mempunyai minda yang terbuka serta
perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua
perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Contohnya,
semasa semua kaum-kaum di Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India dan Melayu melibatkan diri
dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu0isu yang
menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja bahkan perlulah menjaga perasaan
Sikap fanatik dan perkauman. Semasa perbincangan dialog diadakan tidak boleh membincang
sesuatu isu yang bersifat fanatik dan perkauman kerana akan menjadikan dialog peradaban tidak
menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan
masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi peradaban kerana mengikut pandangan
mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah manakala
pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Ini tidak mencapai matlamat untuk menyatukan
kaum di Malaysia dan memupuk perpaduan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju oleh

semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahankaum dan perasaan
fanatik dalam diri masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai
minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat
sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah
negara.Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum cina, India dan Melayu
melibatkan diri dalam diolog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan
isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu
kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat
secara bersama.
Perspektif yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain.
Perasaan dan tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya
sebagai satu ancamaan kepada kepentingan pihak tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di
antara dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif
yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini merupakan
satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka melalui budayanya
serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya tersebut. Sebagai contoh seperti yang melibatkan
Negara kita pada masa kini sebagai satu kuasa Islam. Umat Islam sejak masa Nabi Muhammad SAW
dan masa Khalifah Ar-Rasyidin hingga sekarang memahami kenyataan adanya k majmukan dan
perbezaan dalam keyakinan terhadap agama masing-masing. Dalam konteks sekarang pula,
sebagaimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan
ucapannya pada Persidangan Antarabangsa ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul
antara dunia Islam dan negara barat(Kristian) bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang
berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular.
Mereka menganjurkan 'kekerasan' atas nama agama. Kekerasan yang dianjurkan ini pada umumnya
didorong oleh keyakinan keagamaan, bahawa tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan
yang terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka.Ucapan yang diberikan seumpama ini boleh
mengakibatkan kemarahan pihak barat dan mengukuhkan lagi perasaan salah tanggapan mereka. Ini
mengambarkan mereka sebagai satu kuasa anti-barat serta suatu fahaman yang menunjukkan
keganasan. Manakala, dari segi pemandangan Timur serta lebih-lebih lagi oleh kuasa Islam, Barat
merupakan satu kuasa penjajahan yang hanya mementingkan kepentingan mereka sahaja. Mereka

tidak pernah mengambil kira kepentingan orang lain. Selain itu, mereka juga berfikir dengan kuasa
dan kepimpinan, mereka boleh menguasai sesebuah negara dan menjajahnya dengan mengatakan
mereka menolongnya. Kedua-dua pihak ini saling mempunyai tanggapan yang salah terhadap masingmasing dan masih lagi kita melihat keadaan ini berterusan. Ini juga jelas ditunjukkan apabila kuasa
barat dan Islam tidak pernah dan mahu untuk bekerjasama dalam mana-mana tujuan.
Cabaran interaksi yang terhad. Kekurangan sumber-sumber untuk menggalakkan dialog peradaban
dalam Malaysia merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan penginteraksian menjadi
terhad. Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan untuk
interaksi supaya dialog peradaban dapat diwujudkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat.
Interaksi terhad antara pelbagai kaum berada dalam keadaan yang terhad seperti Institut Pengajian
Tinggi yang hanya berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman perumahan yang terpisah
secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan yang
mengkhususkan kaum tertentu. Misalnya,universiti berperanan berfungsi sebagai satu tempat untuk
berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Dari segi konteks diolog peradaban pula, ia
menjadi tempat yang penting untuk mempelajari budaya dan pengalaman kehidupan beragama,adat
dan tamadun bangsa orang lain selain daripada lingkungan sendiri dan masyarakatnya. Menerusi
sesuatu perbincangan yang diadakan dalam kalangan pelajar, pertukaran idea, interaksi yang
berasaskan ilmu pengetahuan, para siswazah dapat menjalani satu proses sosiologi yang berterusan
yang boleh menyesuaikan dengan proses semula jadi yang mementingkan tindakbalas yang berbentuk
positif dalam proses sosialisasi.
Kekurangan toleransi. Toleran merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima
sesuatu perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkanya.
Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik kaum yang berbeza yang menganuti pelbagai agama dan
budaya tersendiri. Toleransi dalam kamus bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat
serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi
antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya
mereka. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk
menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang. Jika tidak
mempunyai amalan menolak fakta serta berkeras untuk tidak mempersetujui sesuatu perkara yang

melibatkan kaum lain, rusuhan serta pertelingkahan antara kaum boleh berlaku. Misalnya dalam soal
agama. Penduduk Malaysia yang mengamalkan pelbagai ajaran agama menjadi teras dan aspek
penting kepada pelaksanaan dialog peradaban. Pastinya dalam berbagai-bagai kaum, terdapat nilai
atau ajaran yang serupa walaupun tidak sama. Kita boleh menggunakan nilai yangserupa sebagai titik
asas untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan dan pendapat,Sebagai contoh nilai-nilai sejagat.
Semua agama mengajar nilai-nilai murni yang baik seperti bertolak ansur, berbudi dan lain-lain lagi.
Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan. Seperti yang diketahui,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang menganuti pelbagai ajaran agama dan budaya.Perbezaan
ini boleh mewujudkan jurang pemisah yang ketara dalam masyarakat. Untuk mengurangkan jurang
perbezaan dan perfahaman, diolog peradaban adalah sangat penting. Tetapi,kini kepelbagaian individu
dari segi personaliti, agama, kaum, budaya, tradisi,pemikiran, tahap sosial dan pekerjaan menjadi
cabaran dan kekangan untuk merealisasikan pelaksanaan proses dialog peradaban. Masyarakat
Malaysia yang majmuk terdiri daripada berbilang bangsa, agama, budaya serta pemikiran yang
pelbagai sudah mengundang cara hidup dan berfikir yang berbagai ragam serta berbeza. Situasi ini
pastinya akan mewujudkan pandangan dan sikap yang berbeza antara seorang individu dengan
individu yang lain. Inilah menjadi sebagai satu cabaran proses diolog peradaban. Salah satu peristiwa
yang melanda Negara ini pada tahun 69-an ialah peristiwa 13 Mei. Ini dikatakan berlaku kerana
perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi sosiobudaya dan identiti bangsa yang timbul di kalangan
orang melayu dan cina pada amnya antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh itu,
perbezaan-perbezaan ini menjadi isu sensitif yang sukar dan tidak boleh dibahaskan dan hal-hal
seperti ini tidak boleh dibincangkanan secara mendalam. Sikap keterbukaan dan penerimaan yang
masih lagi gagal dipupuk dalam kalangan individu menjadi satu halangan kepada dialog peradaban.
Pemupukan sikap fundamental dengan menerima dan menghormati perbezaannya selain mencari
persamaan serta mengambil inisiatif untuk membincang hal-hal dipersetujui bersama adalah lebih
wajar.
Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal. Polarisasi di sini merujuk kepada
ertikata setiap kaum akan berkelompok di dalam kaum masing-masing perhubungan dengan kaum
lain adalah terhad dan berhubungan dengan kaum lain hanya dilakukan apabila terdapat keperluan dan
kepentingan yang mustahak dan tidak dapat elakkan. Ini memperlihatkan bahawa polarisasi kaum di

Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara langsung menjadi cabaran kepada proses
dialog peradaban. Sebagai contoh, sesebuah kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya
berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. Ini
merupakan salah satu bentuk hubungan yang palsu. Apabila perhubungan yangberbentuk palsu ini
dijalankan segala usaha untuk memartabatkan keharmonian antara Negara pasti tidak akan dicapai
kerana mereka seolah-olah menerima perbezaan kaum lain dengan sikap terbuka tetapi sebaliknya
mereka hanya menjalinkan hubungan semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. Mungkin ini
berpunca daripada amalan keluarganya yang menekankan kepentingan kaum sejak kecil lagi dan ini
menjadi salah satu bahagian dalam kehidupan mereka yang tidak dipisahkan. Sebagai contoh, isu dan
hak golongan bumiputera sebagai golongan tua dan peribumi Negara kita. Sebarang hak dan istimewa
kedudukan mereka tidak boleh disoal mengikut adat perundangan negara kita. Tetapi, masih lagi
dipersoalkan seperti hak-hak kebajikan secara tidak langsung dan terselindung oleh kaum lain dengan
menggunakan istilah satu Malaysia. Iaitu kesamarataan dalam semua perkara kepada semua kaum di
Negara kita. Dalam soal seperti ini, walaupun diolog peradaban boleh memainkan peranannya tetapi
tidak dapat mencapai objektifnya kerana dihalang oleh perundangan serta akan mengakibatkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana mereka masih lagi terikat dengan
polarisasi kaum mereka.
Ketidakfahaman etnik dan jurang pemisah. Mengetahui sesuatu etnik secara mendalam dan
mendekati mereka mengikut kehendak mereka adalah satu keperluan dalam proses dailog peradaban.
Ketidakfahaman etnik boeh menyebabkan kita tidak memahami unsur-unsur penyatuan seperti fungsi
lengkap melengkapi antara pelbagai etnik dan peradaban mereka. Perbincangan dialog yang diadakan
dalam kalangan golongan tertentu sahaja tidak wajar dan perlu melibatkan pelbagai peringkat dan
etnik kaum di Negara Malaysia kerana bukan hanya golongan majoriti yang diberi perhatian malah
golongan minoroti juga turut dipelihara kepentingannya. Jurang pemisah antara golongan kaya dan
yang miskin juga boleh mewujudkan krisis lingkungan. Ketidakfahaman ini dan jurang antara etnik
telah menyebabkan dialog peradaban yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan
mereka berpendapat bahawa ia hanya mengambil berat akan hal-hal golongan majoriti dan
kepentingan etnik minoriti tidak terpelihara dan tidak diambil kira kepentingannya. Sebagai contoh
etnik minoriti seperti masyarakat Siam di Kelantan, Kedah dan Perlis serta masyarakat Portugis di
Melaka perlu diambilkira nilainya serta berkongsi pendapat dan mempraktikkannya norma-norma dan

nilai kehidupan sebagai nilai-nilai yang diterima umum kerana jurang pemisah yang wujud boleh
menyebabkan perasaan polarisasi dan kewujudan rasa curiga akan kedudukan mereka yang boleh
memberi kesan negatif kepada Negara pada masa akan datang serta melahirkan prinsip poligami
seperti kedusunan, kedazanan di sabah danSarawak.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil
langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran proses dialog peradaban supaya pelaksanaannya dapat
dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya. Pelaksanaan proses dialog peradaban akan
memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing
serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara
yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja. Hal ini membolehkan dialog di
akhiri dengan aman dan tenteram tanpa ada perasaan sesuatu kaum yang tidak berpuas hati sesama
mereka.
Selain itu juga, media massa serta sekolah dan IPT perlu mengorak langkah untuk merapatkan
jurang antara kaum serta penginteraksian supaya proses dialog peradaban dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Contohnya, apabila kita berinteraksi antara pelbagai kaum, kita dapat mengembeleng tenaga
bersama serta dapat menyelesaikan masalah atau kekangan isu seperti globalisasi dan isu-isu global
yang kompleks seperti dadah dan pencemaran secara bersama. Melalui interaksi antara pelbagai
kaum, kita dapat meningkatkan pendekatan dan persefahaman di antara pelbagai kaum serta dapat
kenal mengenali dan berkomunikasi untuk menyelesaikan isu-isu yang mementingkan kepentingan
bersama seperti kemiskinan dalam negara serta masalah-masalah sosial secara bersama.
Cadangan lain ialah kerajaan perlu mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara kaum dalam
masyarakat dan tamadun bertujuan untuk menyatu padukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang
rapat dan harmoni . keadaan ini telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya wujud perpaduan dan
integrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Contohnya, adanya program rumah terbuka di antara
kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan ia akan dihadiri oleh semua rakyat tidak mengira bangsa
dan agama. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Masalah
perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius
berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku
kaum dan etnik seperti Malaysia. 11

5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, tugas dalam menyatukan perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu
tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa
sesuatu yang dikira mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika tersilap langkah ia boleh
menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Maka dapatlah kita lihat
bahawa pengukuhan hubungan etnik dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah penting bagi
menguruskan sesebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai
sosiobudaya yang positif dan dinamik akan membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu dan bermaruah. Senario masyarakat Malaysia adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang
kaum. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan
masyarakat iaitu mereka harus bersatu untuk memajukan diri sendiri dan negara bahkan umtuk
mempertingkatkan perpaduan integrasi nasional dalam masyarakat di Malaysia.
Mereka harus sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan membina tamadundan warisan bangsa
mereka sendiri supaya ia tidak hilang di telan zaman. Perbezaan yang wujud dalam kalangan
masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh semua kaum. Kerajaan
tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum di Malaysia seperti yang telah
dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia. Maka, setiap kaum
harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk bangsa Malaysia. Melalui
penerapan rukun negara dapat menyatupadukan dan mengeratkan lagi perpaduan kaum, etnik, budaya
dan peradaban di Malaysia. Dalam rancangan Malaysia yang terbaru, banyak lagi program yang telah
direncanakan supaya perpaduan dalam kalangan Malaysia dapat dikukuhkan lagi. Perancangan untuk
mewujudkan satu bangsa Malaysia dalam rancangan Malaysia kedua telah dibawa semula ke
rancangan Malaysia yang kesepuluh iaitu didalam program SATU MALAYSIA yang bertujuan
untuk mewujudkan satu sahaja bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan Perdana
Menteri kita. Hal ini kerana ia mendorong bangsa dan kaum Malaysia terus bergerak maju ke tahun
2020.

Rujukan
1.

Mahathir Mohammad (1996). Improving Tolerance Through Better Understanding. DlmSyed


Othman Alhabshi & Nik Mustapha Nik Hassan.ed., Islam and Tolerance. Kuala Lumpur:
IKIM.

2.

Ismail Raji Al-Faruqi (1992). Islam and Christianity: Diatrible or Dialogue. Dlm Leornard
Swidler.ed. Muslim in Dialogue. New York: The Edwin Mellen Press. Ltd.

3.

Leornard Swidler (1992). The Evolution of Dialogue. Dlm Leornard Swidler. ed. Muslim

4.

Nazaruddin Mohd Jali, 2001. Pengajian Malaysia: kenegaraan dan kewarganegaraan. Kuala
Lumpur: Prearson-Prentice Hall

You might also like