You are on page 1of 3

SPSK PK 07

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) PETALING JAYA


JALAN 1/10, 46000 PETALING JAYA
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
BILANGAN 2 TAHUN 2014

: 21 APRIL 2014
: Isnin
: 3.00 petang
: Bilik Gerakan, SK(1) Petaling Jaya

Tarikh

Hari
Masa
Tempat
Kehadiran :

Rujuk Lampiran
Urusetia Mesyuarat :
1. En. Mohammad Zaharudin bin Yaakob

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat menghadikan diri dalam
mesyuarat kokurikulum kali kedua. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2
Guru besar menyerahkan mesyuarat kepada Cik Norzamzila selaku Penolong Kanan
Kokurikulum untuk meneruskan mesyuarat.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1
Cadangan
: Puan Syahida binti Ahmad Radzi
2.2
Sokongan
: Cik Hasmah binti Mat Daud

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1
Kandungan Fail
Guru-guru penasihat diingatkan supaya melengkapkan fail-fail dan buku-buku laporan bagi
tujuan pemantauan oleh PPD dan JPN.
3.2
Program tahun 2014
Dokumentasi program dan aktiviti yang telah dijalankan hendaklah dihantar selepas dua
minggu setelah program dijalankan. Penyelaras program perlu memastikan pendokumentasi
program mengikut format yang betul.
3.3
Pelan strategik unit kokurikulum
Masih lagi terdapat unit yang belum menghantar pelan strategik 2014 - 2016. Unit-unit yang
belum menghantar hendaklah bertindak dengan segera untuk menghantar pelan strategik.

4.0

PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1.
Perkhemahan Unit Beruniform
4.1.1 Perkhemahan unit beruniform akan diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu bermula
pada 27/8/2014 (Selasa) hingga 28/8/2014 (Rabu).
4.1.2 Guru-guru diharap dapat memberikan kerjasama dan komitmen bagi melancarkan
program perkhemahan.
4.1.3 Penyelaras unit beruniform hendaklah menyediakan kertas kerja dengan anggaran
perbelanjaaan, aktiviti dan pelaksanaan AJK.
4.1.4 Penglibatan daripada pihak PIBG adalah sangat dialu-alukan dalam pemberian
sumbangan tenaga dan kewangan dalam perkhemahan tersebut.
Tindakan : Penyelaras Unit Beruniform
No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

SPSK PK 07

5.0

4.2

Program Motivasi dan Kepimpinan


4.2.1 Program motivasi dan kepimpinan akan dijalankan untuk pemimpin unit di bawah
anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling menggunakan peruntukan sahsiah
kokurikulum.
4.2.2 Program motivasi dan kepimpinan tersebut adalah melibatkan murid tahap 2 iaitu
murid tahun 4, 5 dan 6.
4.2.3 Program motivasi dan kepimpinan tersebut adalah melibatkan penceramah luar.
Penyelaras Bimbingan dan kaunseling perlu menyediakan kertas kerja bagi
perbelanjaan untuk program tersebut.
Tindakan : Penyelaras Bimbingan dan Kaunseling

4.3

Kejohanan Sukan Tahunan ke-57


4.3.1 Kejohanan sukan tahunan sekolah akan berlangsung pada 21/6/2014 (Sabtu).
4.3.2 Aktiviti sepanjang kejohanan sukan tahunan adalah seperti latihan sukan, sukantara
dan raptai adalah mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh setiausaha sukan nanti.
4.3.3 Setiausaha sukan perlu menyediakan jadual yang lengkap bagi latihan rumah sukan,
sukantara dan raptai bagi memudahkan perjalanan dan persiapan untuk kejohanan
sukan tahunan.
4.3.4 keselamatan murid perlu diambil kira oleh setiap guru rumah sukan. Murid yang
mengalami masalah kesihatan dan mempunyai surat doktor dikecualikan daripada
mengikuti latihan.
4.3.5 YDP PIBG ( Puan Zainura ) dicadangkan sebagai perasmi untuk kejohanan sukan
tahunan kali ke-57.
Tindakan : Setiausaha Sukan

4.4

Aktiviti pertandingan Peringkat MSSD


4.4.1 Pertandingan peringkat MSSD 2014 telah mula berlangsung.
4.4.2 Unit kokurikulum sekolah di bawah unit masing-masing telah melatih murid-murid
untuk dihantar menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
4.4.3 Antara pertandingan-pertandingan yang telah berlangsung dan disertai adalah seperti
olahraga dan bola sepak.
4.4.4 Antara pertandingan-pertandingan yang belum berlangsung adalah seperti bola jaring
dan bola jaring.
4.4.5 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah melatih dan menjadi
pengiring pasukan sekolah menyertai aktiviti anjuran PPD.

4.5

Aktiviti Ko-akademik
4.5.1 Sekolah juga ada menyertai aktiviti di bawah ko-ademik yang dianjurkan sepanjang
tahun 2014.
4.5.2 Antara aktiviti ko-akademik yang telah disertai adalah aktiviti bacaan Tahap 1 dan
Majlis Tilawah Al-Quran.
4.5.3 Antara aktiviti ko-akademik yang belum disertai adalah aktiviti kompang formasi,
saintis muda dan bercerita sains tahap 1.
4.5.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru yang terlibat dalam melatih dan
menjadi pengiring murid ke aktiviti ko-akademik. Bagi aktiviti yang belum disertai,
pengerusi berharap guru yang terlibat dapat melatih murid.

HAL-HAL LAIN
No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

SPSK PK 07

5.1

6.0

Pemantauan PROD
Unit kokurikulum telah dipantau oleh Puan Adriana binti Abd Aziz pada 2/4/2014 (Rabu). Hasil
dapatan daripada pemantauan tersebut, unit kokurikulum telah mendapat markah sebanyak
90% iaitu cemerlang. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat
dalam mengemaskini fail dan tugas-tugas yang lain.

PENUTUP
6.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana hadir pada mesyuarat kokurikulum kali ke-2
dan memohon agar semua guru dapat menyiapkan semua tugasan yang diberikan pada
masa yang ditetapkan.
6.2
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Urusetia
Mesyuarat Kokurikulum
SK(1) Petaling Jaya
Tarikh : 24 APRIL 2014

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran
No. Pindaan
01 MAC 2013
00
Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

You might also like