You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN
KEMBOJA

Sumber : THE CAMBODIA STORY (http://khiri.com/our-office/cambodia/ cambodia-detail/ ) .


diakses pada 18/9/2014.2.00 ptang
Kemboja atau dikenali sebagai kampuchea dalam bahasa sanskrit kambuja1 merupakan
sebuah negara asal tertubuhnya empayar Khmer pada suatu ketika dahulu. Kedudukannya
adalah terletak di selatan Indochina yang berada dalam lingkungan kawasan asia tenggara
dan merangkumi sekitar 181.035 kilometer persegi dari sempadan utara negara Thailand.
Kadar populasi kemboja adalah sekitar 14.8 juta dan tergolong dalam negara ke-68 yang
mempunyai populasi tertinggi di dunia. Agama rasmi yang dianuti oleh masyarakat Kemboja
adalah buddha theravada yang diamalkan hampir 95% populasi masyarakat kemboja,
manakala terdapat juga kelompok minoriti seperti masyarakat vietnam, cina, champa, dan
30 puak bukit. Bandar utama Kemboja adalah Phnom Penh yang merupakan pusat politik,
ekonomi dan kebudayaannya. Sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya Asia,
Kemboja memiliki 2 aset terpenting dalam tapak warisan dunia UNESCO iaitu yang pertama,
tapak arkeologi Angkor Wat yang ditambah ke dalam senarai pada tahun 1992 dan yang
kedua adalah pada 2008 iaitu kuil Preah Vihear yang terletak berhampiran dengan
sempadan Thailand-Kemboja.2

David P. Chandler, History of Cambodia, Boulder : Westview Press, 1992, hlm.1.

Cambodia UNESCO World Heritage Sites dlm, http://allpointseast.com/blog/tourinfo/cambodia/cambodia-unesco-world-heritage-sites/, diakses pada 18/9/2014. 3.13
am.
1

2.0 TAPAK WARISAN ANGKOR WAT


Angkor merupakan salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Asia Tenggara. Kawasan
ini berkeluasan hampir 400km termasuklah kawasan hutan dan tapak arkeologi Angkor.
Kawasan ini memiliki ciri-ciri geografi yang unik seperti strukturnya yang hidraulik
(lembangan, benteng, takungan dan terusan) serta terdapat puluhan kuil di kawasan
sekitarnya. Pengaruh kebudayaan Khmer yang berkembang di Angkor memainkan peranan
penting dalam membawa evolusi kesenian di kawasan Asia Tenggara. Keunikan seni
empayar Khmer berkembang dan mengalami evolusi daripada adaptasi keseniaan India
sehingga berjaya membentuk kesenian sendiri yang memiliki ciri serta keistimewaan
tersendiri.3
2.1 SEJARAH PEMBENTUKAN
Pada abad ke-9, terdapat dua daerah yang meliputi kawasan kemboja moden pada hari ini
adalah asalnya digabungkan melalui pemerintahan Jayavarman II. Jayavarman II
merupakan pengasas kepada empayar Khmer yang merupakan empayar yang terkuat di
Asia Tenggara sekitar abad ke-5. Setengah abad kemudian, anak kepada Jayavarman iaitu
Yashovarman telah mengasaskan Yashodapura (kemudiannya dipanggil angkor) yang
telah menjadi bandar utama empayar Khmer sehingga abad ke 15. Bandar pertama
empayar Khmer memiliki ciri-ciri klasik seperti memiliki kubu pertahanan, benteng dan kuil
berada di tengah-tengah. Bahan binaanya diperbuat daripada bata atau batu, dan terdapat
sebuah istana yang diperbuat daripada kayu. Di sekeliling bandar pula terdapat beberapa
bangunan sekular (keagamaan) yang dibina hampir keseluruhannya menggunakan kayu.
Kota pertama empaya Khmer ini juga memiliki senibina kuil yang dinamakan Bakong
terletak di daerah Roluos. Kuil ini dibina bagi memperingati moyang kerabat diraja iaitu
Preah ko dan dibina pada 880. Selepas sedekad pemerintahan empayar Khmer sebuah
takungan yang besar yang dibina, di bahagian tengah pula telah berdirinya kuil ketiga yang
terletak di utara barat Roluos sekitar bukit Phnom Bakeng, dan kawasan ini dikenali sebagai
Baray Timur (eastern baray).4
Bandar kedua yang dibina di Angkor adalah diasaskan oleh Rajendravarman pada
960s di sekitar daerah Pre Rup. Dalam pembinaan bandar kedua ini, Rajendravarman telah
membina sebuah kuil yang dinamakan sebagai Banteay Srey di kawasan timur Mebon iaitu
satu pulau tiruan (artificial island) yang dibina ditengah-tengah Baray Timur. Namun setelah
digantikan oleh anaknya, Jayavarman V, beliau telah meninggalkan tapak Pre Rup dan
membina bandar baru serta turut membina kuil negeri di Ta Kev yang telah dibina sekitar
1000. Setelah Jayavarman V diturunkan takhta oleh Suryavarman I, Suryavarman I
bertindak membina istana diraja dan kuil negeri yang diberi nama Phimeanakas. Beliau turut
membina kawasan baray barat. Pada 1050, pengganti Suryavarman membila beberapa kuil
yang baru dan lebih mengkagumkan iaitu Baphuon. Era kegemilangan kesenian serta
keagungan pembinaan empayar Khmer adalah apabila pada 1113, Suryavarman II
mengambil alih tampuk pemerintahan. Beliau bertanggungjawab dalam pembinaan
monumen empayar Khmer yang ulung iaitu Angkot Wat bagi memperingati dewa Vishnu.
Kematian Suryavarman II pada 1150 telah membawa kepada masalah dalaman dan tekanan
daripada kuasa-kuasa luar, namun situasi ini dapat dipulihkan oleh Jayavarman VII yang
telah membawa kepada perleluasan kuasa dan pembinaan sebuah lagi bandar batu di
3

Angkor- UNESCO World Heritage dlm http://whc.unesco.org/en/list/668, diakses pada


1/10/2014, 1.50 am.

Ibid
2

Angkor Thorn. Kuil yang dibina oleh Jayavarman VII adalah Bayon, dibina sebagai simbolik
agama Buddha.5
2.2 KEISTIMEWAAN TAPAK ANGKOR.
UNESCO melakukan pemilihan Angkor berdasarkan beberapa kriteria, antaranya :
i)
ii)
iii)
iv)

Angkor memiliki keunikan dalam pencapaian kesenian dan memperlihatkan karya


yang agung, kreatif dan genius.
Ia telah memberi pengaruh yang besar dalam sejarah, budaya dunia, dan juga
memperlihat perkembangan dalam bidang seni bina, serta monumental seni, dan
landskap.
Ia membuktikan ketamadunan agung yang telah lama hilang.
Ia memaparkan kesenian arkitek yang tinggi nilainya dan memaparkan satu
kesignifikasian evolusi dalam sejarah.
(UNESCO 1993:22)

2.3 PROSES PEMILIHAN UNESCO TERHADAP TAPAK ANGKOR


Dalam proses menjadikan Angkor sebagai tapak warisan dunia, pelbagai pihak di peringkat
dunia, kebangsaan, mahupun tempatan banyak terlibat. Perkara ini berlaku kerana
pengaruh kesemua pihak dalam pengurusan tapak Angkor bukan sahaja melibatkan politik,
tetapi juga simbol kebudayaan dan ekonomi berasaskan warisan. Interaksi yang berlaku
bukan sahaja telah mengubah pelbagai dasar pengurusan warisan Kemboja tetapi turut
melibatkan pentadbiran warisannya.
Apabila tercetusnya era peperangan di Kemboja pada 1989, telah muncul badan
komuniti kebangsaan untuk membantu Kemboja melindungi monumen Angkor tetapi tidak
bertujuan untuk memasukkan Angkor sebagai salah satu tapak warisan dunia. Kemunculan
pertama ini dimulakan oleh Putera Norodom Sihanouk yang merupakan ketua yang diiktiraf
dalam UN bahagian perundingan kerajaan demokratik Kemboja. Sihanouk telah
mengetengahkan permintaan perlindungan melalui Federico Mayor yang merupakan ketua
pengarah tertinggi UNESCO yang berpusat di Paris.6 Apabila Sihanouk menandatangani
rundingan damai dalam mesyuarat tidak rasmi di Jakarta pada Mei 1989, perkara ini telah
menyebabkan UNESCO untuk menghantar satu misi pencarian fakta ke Angkor. Perkara ini
merupakan permulaan campurtangan secara rasmi perutusan UNESCO ke Angkor dan
sekitar 1990 hingga 1991, UNESCO bersama beberapa agensi kerajaan dan beberapa agensi
bukan kerajaan turut menjalankan misi bagi membuat penilaian dan melihat keadaan tapak
warisan Angkor. Dua persidangan meja bulat yang diwakili oleh beberapa pakar tentang
tapak warisan Angkor telah dilakukan iaitu pada Jun 1990 di Bangkok dan di Paris pada
September 1991.7 Persidangan kedua di Paris telah dihadiri oleh Sihanouk sebagai pengerusi
tertinggi kebangsaan Kemboja. Di dalam persidangan tersebut, Sihanouk menyatakan
permintaanya agar UNESCO membantu untuk mengkoordinasi semula pengurusan tapak
Angkor dan kemuncak kepada persidangan kedua ini telah membawa persetujuan

Op.Cit., Angkor- UNESCO World Heritage.

UNESCO, Safeguarding and development of Angkor (prepared for the Inter-Governmental


Conference on Angkor), Tokyo, October 1993, hlm.1213.

Ibid., hlm.18-19.
3

for UNESCO to assist, in co-operation with ICOMOS and the World Heritage
Committee, the Cambodian authorities to prepare the necessary formalities to
ratify the World Heritage Convention and submit an application for the
inscription of Angkor on the World Heritage List.8
Pada November 1991, Federico Mayor telah melakukan lawatan rasmi ke Kemboja
atas permintaan Sihanouk. Pertemuan ini telah membawa kepada persetujuan rasmi di
antara UNESCO dan Kemboja bagi menyenaraikan Angkor sebagai tapak warisan dunia.

for UNESCO to assist, in co-operation with ICOMOS and the World Heritage
Committee, the Cambodian authorities to prepare the necessary formalities to
ratify the World Heritage Convention and submit an application for the
inscription of Angkor on the World Heritage List.9
Seterusnya UNESCO, menggariskan bahawa tugas mereka terhadap Kemboja adalah untuk
menyelamatkan tapak warisan Angkor dan pada masa yang sama, terselit kewajipan
untuk menyelamatkan warisan kemanusiaan. Pada bulan yang sama Federico melawat
Kemboja, berlaku satu sidang yang dijalankan SNC dan perkara ini telah membawa kepada
persetujuan bagi mewujudkan Taman Arkeologi Angkor serta memasukkannya secara
rasmi Angkor ke dalam Tapak Warisan Dunia dan Jawatankuasa Warisan Dunia telah
memberikan sejumlah besar dana dalam membantu pengurusan awal tapak warisan
Angkor. Pemilihan tapak Angkor sebagai tapak warisan dunia meliputi 401km yang
mengandungi 3 kumpulan iaitu Angkor, Roluos, dan Banteay Srei.10
2.4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.
Pada awal perangkaan badan pengurusan dan pentadbiran tapak Angkor, Kemboja berada
dalam keadaan bersiap sedia untuk menjalankan pilihanraya kebangsaan pada 1993 yang
merupakan pilihanraya pertama yang dijalankan selepas konflik berdekad lamanya.
Disebabkan ketegangan sosio-politik Kemboja pada ketika itu, Angkor kemudiannya
diletakkan senarai tapak warisan dunia yang berada dalam keadaan terancam. Kemboja
diberikan masa selama tiga tahun (1993-1995) untuk melakukan kajian mendalam terhadap
tapak Angkor dan membuat satu jawatankuasa yang bertugas untuk menjalankan operasi
memelihara dan memulihara tapak tersebut. Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah :
a)
b)
c)
d)
e)

Membuat satu akta perlindungan legislatif.


Menubuhkan sebuah agensi khas sebagai badan keselamatan.
Menetapkan sempadan tetap tapak berdasarkan projek UNDP.11
Menetapkan Zon Penampan.
Menubuhkan badan koordinasi dan pemantau antarabangsaan dalam melaksanakan
usaha pemuliharaan.

Op.Cit., hlm.19.

Ibid.

10

ZEMP Expert Team, Zoning and environmental management plan for Angkor (Discussion
Draft, Chapter 4), Phnom Penh, 1993, hlm.1.

11

Projek UNDP bermaksud Zoning and Environmental Management Plan (ZEMP).


4

2.5 PENUBUHAN INSTITUSI RANGKAKERJA SAH


Bemula pada 1990, pihak berkuasa Kemboja mula berada dalam keadaan sibuk untuk
membangunkan semua Kemboja daripada kesan peperangan. Secara umumnya, proses
pemuliharaan dan pemeliharaan Angkor perlu dilaksanakan melalui skema yang ditetapkan
kerajaan baru yang telah tertubuh dan perkara ini penting dalam memberi kuasa serta
autoriti kepada pihak yang bertanggungjawab bagi melindungi monumen-monumen
Angkor.12
1. USAHA
MENUBUHKAN
BADAN
ANTARABANGSA SYARAT (E).

PENGAWAL

DAN

KOORDINASI

Pada peringkat awal, satu persidangan telah dilakukan di Tokyo pada bulan Oktober 1993
bagi menubuhkan International Coordinating Committee (ICC) untuk membantu menjaga
serta membangunkan tapak warisan Angkor.13 Dalam persidangan tersebut, ICC meletakkan
dua kerusi pembantu yang diwakili oleh negara Perancis dan Jepun, manakala UNESCO pula
bertindak sebagai sekretariat rasmi memandangkan UNESCO telah awal berhubung dengan
kerajaan Kemboja sebagai badan pembantu tapak Angkor dan Siem Reap. UNESCO turut
membantu pihak berkuasa Kemboja untuk mengambil langkah-langkah perlu dilakukan
seperti apa yang disarankan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia.
2. UNDANG-UNDANG ZON SYARAT (C) DAN (D)
Seterusnya, usaha dilakukan adalah pada Mei 1994 melalui pengistiharan diraja bagi
mendirikan zon kebudayaan yang dilindungi (Protected Cultural Zones) yang meliputi
kawasan Siem Ream/Angkor dan segala panduan dalam pengurusan tapak tersebut.
Perangkaan zon dilindungi di Angkor ini adalah berdasarkan projek Zoning and Enviromental
Management Plan (ZEMP), dan pada 1993, UNDP dan Swedish International Development
Agency (SIDA) telah membantu dalam memberikan dana kepada ZEMP untuk untuk
menjalankan projek tersebut. Badan-badan pelaksana luar turut memberikan bantuan
teknikal serta peralatan dan antara yang terlibar adalah Angkor Foundation of Hungaru,
World Conservation Union (IUCN), EFEO, United States National Park Service, dan Thai Fine
Arts Department. Sebagai tenaga penggerak pula UNESCO telah melantik sebuah organisasi
yang terdiri daripada 25 pakar dalam pelbagai bidang dari 11 buah negara yang diketuai
oleh Jonathan Wager (UK). Kepakaran yang dibekalkan dalam projek ZEMP ini termasuklah
dalam bidang pemetaan sumber, Sistem Bersepadu Geografi (GIS) dan data pengurusan,
pakar bidang sejarah serta pra-sejarah Khmer dan ahli arkeologi, pemuliharaan seni bina,
hidrologi, pemuliharaan ekologi dan hidupan liar, agronomi, perhutanan dan pembangunan
luar bandar, antropologi sosial, pembangunan pelancongan, perancangan bandar dan
pengangkutan, perancangan taman dan pentadbiran, dan rangka kerja undang-undang dan
peraturan.14
12

B.H.Schaublin, World Heritage Angkor and Beyong (Circumstances and Implication of


UNESCO Listing in Cambodia), Germany : University of Gottingen, 2011, hlm.15.

13

Chau Sun, Krya, Angkor sites, Cultural World Heritage, dalam Barbara T. Hoffman, Art
and Cultural Heritage : Law, policy, and practice, Cambridge : Cambridge University
Press, 2006, hlm.148.

14

Op.cit., ZEMP Expert Team


5

Undang-undang zon yang diwujudkan adalah berdasarkan 5 teras kawasan iaitu zon
1 - tapak monumen (zon teras), zon 2 Rizab Arkeologi dilindungi (zon penampan), zon 3
Landskap Kebudayaan dilindungi (sepanjang sungai), zon 4 - tempat-tempat arkeologi,
Antropologi atau kawasan tarikan Bersejarah (tidak termasuk dalam Zon 1 atau 2), zon 5
kawasan sosio-ekonomi dan pembangunan zon kebudayaan wilayah siem reap. Tujuan
utama pengezonan kawasan dilakukan adalah untuk meletakkan kawasan perlindungan
disamping berhasrat untuk menghalang segala aktiviti pembangunan serta pembandaran
yang berleluasa di mana monumen tertumpu. Selain itu, Kawasan semulajadi yang
mengelilingi monumen dan kawasan pemandangan sungai (riverscapes) juga turut
diletakkan sebagai kawasan perlindungan. Penetapan undang-undang pengezonan juga
menggariskan langkah-langkah dalam pengurusan tanah, air, landskap, penduduk
tempadan, pagodan dan lain-lain.15 Terdapat juga zon pembangunan hotel di bandar Siem
Reap yang diwujudkan pada 1993.
3. KUASA PENGURUSAN SYARAT (B)
Syarat keempat adalah menubuhkan sebuah agensi khas sebagai badan keselamatan dan
pengurusan Angkor serta kawasan Siem Reap (APSARA). Badan ini mempunyai kor polis
khas (Special Police Corps) atau dikenali sebagai polis warisan dan dilatih oleh Perancis di
bawah arahan menteri dalam negeri bersama APSARA. Tugas polis warisan ini adalah
melindungi monumen dan tapak angkor daripada aktiviti gali cari secara haram dan
memusnahkan, pencurian artifak serta apa-apa aktiviti yang dianggap membahayakan
warisan.
4. RANGKA PERUNDANGAN YANG SAH.
Syarat kelima yang perlu dipenuhi adalah mebuat satu enakmen perundangan untuk
melindungi warisan kebudayaan (NS/RKM/0196/26). Pada 1996, UNESCO bersama UNTAC
telah membuat satu draf legislatif yang sah untuk tapak Warisan Angkor dan dalam masa 4
tahun setelah semua syarat dipenuhi, kajian tentang implikasi pengurusan tapak Angkor
mula dijalankan.16
2.6 PENTADBIRAN ANGKOR (2014)
Authority for the Protection and Management of Angkor and the Region of Siem
Reap (APSARA)
Dalam mengawal selia tapak warisan Angkor, badan yang dipertanggungjawabkan adalah APSARA.
APSARA seperti dinyatakan dalam proses menjadikan Angkor sebagai tapak warisan dunia
merupakan sebuah Organisasi yang ditubuhkan atas dekri diraja pada tahun 1995 dan dekri diraja
kedua pula diberikan pada Januari 1999. Pada hari ini, APSARA diletakkan dibawa dua badan
penyeliaan iaitu presiden majlis menteri-menteri (sebagai penyeliaan teknikal) dan kementerian
ekonomi dan kewangan (sebagai penyeliaan kewangan). Pengarah utama APSARA dalam

15

APSARA Authority, Reforestation project in Siem Reap Angkor region. Phnom Penh :
APSARA Authority ( Department of Water and Forestry), 2004, hlm.212-220.

16

APSARA Authority, Eco-village for sustainable developmen : Concept note of an ecological


human settlement. Phnom Penh : Run Ta-Ek. , 2008, hlm.233-245.
6

jawatankuasa tertingginya adalah dibantu oleh beberapa ketua jabatan dengan usahasama agensi
kerajaan.17 Antara tugas-tugas APSARA adalah
i)
ii)

iii)
iv)
v)
vi)

Melindungi, mengekalkan, memulihara dan meningkatkan nilai tapak arkeologi, budaya, dan
persekitaran serta sejarah daerah Angkor sebagai salah satu tapak warisan dunia.
Menapis dan memohon pelan induk yang membawa kepada pembangunan pelancongan
mengikut lima zon, yang ditakrifkan pada tahun 1994 melalui Royal Dekri mengenai
perlindungan dan pengurusan Siem Reap-Angkor, serta mengambil tindakan terhadap
penebangan hutan, penempatan haram serta aktiviti anarki dalam wilayah Siem ReapAngkor.
Berusaha mencari sumber pendapatan dan pelaburan sendiri.
Telibat dalam dasar pengurangan kadar kemiskinan dalam kerajaan diraja Siem ReapAngkor.
Bekerjasama dengan majlis pembangunan Kemboja dalam pelaburan terhadap projekprojek yang melibatkan bidang kuasa APSARA.
Bekerjasama dengan menteri, institusi, pelabur, institusi kebangsaan, komuniti
antarabangsa, kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan projek yang
berkaitan bidang kuasa APSARA.

Bidang kuasa APSARA adalah jelas dinyatakan dalam artikel 5 dalam undang-undang perlindungan
warisan kebudayaan yang dkuatkuasakan pada 1996. Istilah Siem Reap-Angkor adalah di
definisikan serta termenterai dalam dekri/perintah diraja untuk membina kawasan perlindungan
warisan yang terbahagi kepada 5 zon. Melalui perundangan tersebut, APSARA diberikan mandat bagi
mewakili kerajaan diraja Kemboja untuk mengurus segala hal-hal yang berkaitan kelima-lima zon
tersebut sebelum pihak luar terutamanya agensi antarabangsa ingin melakukan campurtangan.
Bidang kuasa APSARA termasuklah dalam pengurusan kebudayaan, proses urbanisasi, serta
pembangunan dalam kawasan. Bidang kuasa ini merupakan delegasi Kemboja terhadap International
Coordinating Committee (ICC) dan jawatankuasa teknikal. 18

Organisasi Dalaman
Ketua Pengarah merupakan jawatankuasa tertinggi dalam APSARA. Dibawah jawatan ini,
terdapat beberapa Jabatan pembantu yang diketuai oleh seorang pembantu pengarah.
Antara senarai jabatan yang tersenarai dalam APSARA adalah :

17

Jabatan Pemuliharaan Monumen Taman Angkor dan Pencegahan Arkeologi


Jabatan Kemajuan Pelancongan Angkor
Jabatan Perancangan Tanah dan Pengurusan Habitat Taman Angkor
Jabatan Pertanian dan Masyarakat
Jabatan Pengurusan Air
Jabatan Pengurusan Perhutanan, Landskap, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Jabatan Ketenteraman Awam dan Kerjasama
Jabatan Pembangunan Kebudayaan, Muzium dan Warisan Norma
Jabatan Pembangunan Bandar Warisan Siem Reap
Jabatan Pemuliharaan Monumen luar Taman Angkor
Jabatan Pentadbiran, Personel dan Bahan
Jabatan Kewangan dan Perakaunan
Jabatan Komunikasi
Projek Jabatan Inter-sektor dan Sokongan Teknikal

APSARA History and Organization, dalam http://www.autoriteapsara.org/en/apsara/


about_apsara/history_organization.html, diakses pada 1/10/2014, 2.24 am.

18

Ibid., APSARA History and Organization.


7

Penyelidikan Antarabangsa dan Pusat Dokumentasi Angkor

Carta Organisasi APSARA

SUMBER : General Director of APSARA Authority dalam, www.autoriteapsara.org, diakses


pada 1/10/2014, 2.27 am.

3.0 KUIL PREAH VIHEAR.


3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN
Secara umumnya, kuil Preah Vihear dibina semasa pemerintahan ke-tujuh monarki Khmer.
Pembinaan kuil ini dimulakan oleh raja Yasovarman I yang memerintah dari 889 910 AD
dan pembinaanya siap pada era pemerintahan Suryavarman II (raja yang membina kuil-kuil
di sekitar Angkor) 1112-1152 AD. Istilah Prasat Preah Vihear membawa maksud Biara
Suci dan merupakan tempat beribadah semasa era kegemilangan Angkor. Pada asalnya
pembinaan kuil ini adalah didedikasikan kepada Dewa Shiva dalam agama Hindu, oleh itu
ramai penganut agama Hindu dari seluruh empayar Khmer akan datang ke kuil ini untuk
meminta rahmat Dewa Shiva. Namun, sekitar abad ke-13, kuil kekurangan pelawat/jemaah
apabila Srindravarman menggulingkan bapa mertuanya, Jayavarman VIII. Srindravarman
merupakan pengikut agama Buddha Theravada dan dengan kuasa yang ada, beliau telah
menjadikan agama Buddha Theravada sebagai agama rasmi.Dari segi geografi, kuil Preah
Vihear ini terletak di atas cenuram setinggi 525-meter di pergunungan Dangrek wilayah
Preah Vihear, Kemboja dan berhampiran dengan sempadan Thailand moden pada hari ini.19
3.2 KEISTIMEWAAN KUIL PREAH VIHEAR.
Berdasarkan laporan International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) pada 21
Januari 2007, seni bina kuil Preah Vihear adalah berbeza berbanding monumen-monumen
binaan empayar Khmer yang lain. Bebanding tapak Angkor yang merupakan bandar dan
melambangkan tahap tertinggi ketamadunan sekitar abad ke-9 hingga ke-14, Preah Vihear
adalah berbeza kerana pembinaanya lebih berunsurkan landskap alam semulajadi dan ia
turut memperlihatkan ciri-ciri struktur yang unik terutamanya penggunaan kayu dan
bumbung jubin. Analisis yang dilakukan oleh ICOMOS mendapati bahawa terdapat satu
ikatan yang kuat antara landskap, kerohanian dan alam semulajadi dalam pembinaanya
sama seperti Mont-Sain-Michel (Perancis) atau Meteora (Greece). Kesemua ciri ini
melambangkan kekuatan diantara agama dan dunia yang diterapkan dalam seni bina
berunsurkan alam semulajadi. Ciri-ciri perbezaan yang ketara dapat dilihat adalah kuil ini
mempunyai 800 paksi satah yang dibina di sepanjang gopuras (menara pintu masuk) dan
sepanjang jalan menuju ke kuil. Selain itu, bangunan binaan di bahagian hadapan juga
adalah lebih besar daripada biaranya dan terdapat juga penggunaan bahan-bahan binaan
yang ringan seperti kayu bumbung berjubin. 20
3.3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN. (2008-2014)
Memandangkan kuil Preah Vihear merupakan salah satu daripada warisan kebudayaan
Kemboja, pengurusan serta pentadbiran kuil ini diletakkan di bawah pengawasan APSARA.
Mengikut laporan ICOMOS pada Januari 2007, pada awalnya tiada pelan rasmi pengurusan
diletakkan terhadap kuil Preah Vihear, namun terdapat pelan tindakan yang telah dibuat
oleh jawatankuasa penyelarasan antara kementerian pada November 2005. Perkara
pertama yang perlu dilakukan adalah memperuntukkan perintah/dikri diraja
(NS/RKM/0303/115) serta menubuhkan jawatankuasa bagi melaksanakan usaha
19

20

ICOMOS, The Sacred Site of the Temple of Preah Vihear (Cambodia) No.1224, 1
September 1992, hlm.1-13.

Ibid.
9

pemuliharaan dan pengurusan kuil Preah Vihear berdasarkan pengurusan ASPARA yang
dilaksanakan pada Disember 2006.

There is at the present time no formal management plan in force. However,


awaiting the formulation of such a plan, an action plan has been prepared.
This has involved the creation of an interministerial coordination committee
(November 2005), amendment of Royal Decree NS/RKM/0303/115 of
11.03.2003 so as to increase Zone 2 (February 2006), issue of an order
(sous-decret) implementing the above Royal Decree (July 2006), and
establishment of an Authority for the Conservation and Management of
Preah Vihear, based on that for Angkor Siem Reap, known as APSARA
(December 2006).21
Dalam langkah awal yang dirancangkan, beberapa objektif pengurusan perlu dipenuhi
dalam menubuhkan jawankuasa tetap pengurusan tapak kuil Preah Vinear, antaranya
adalah :
I)
II)
III)
IV)
V)
VI)
VII)
VIII)

21

Rancangan pemuliharaan
Pelancongan dan pengurusan pelawat;
Kesedaran awam dan penyertaan;
Promosi dan pembentangan;
laluan akses dan kemudahan letak kereta baru;
Akses Awam untuk aktiviti penziarahan penganut agama atau aktiviti keagamaan
lain.
Penduduk dan penggunaan tanah di dalam zon penampan
Pembinaan bangunan (jenis, saiz, bahan, dan lain-lain).

Op.cit., ICOMOS
10

4.0 ISU-ISU PENGURUSAN SUMBER WARISAN KEMBOJA


4.1 ANGKOR (SIEM REAP)

4.1.1 FASA 1 (FASA PEMULIHARAAN)


Fasa pertama dalam pengurusan tapak warisan Angkor adalah tempoh awal dalam
membina asas pentadbiran tapak tersebut. Pada fasa ini, beberapa jawatankuasa dan
institusi bertanggungjawab telah ditubuhkan, beberapa rang perundangan juga telah dibuat
bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran tapak Angkor berada pada tahap yang
memuaskan. Namun terdapat beberapa isu/permasalahan telah timbul kerana pengurusan
pada fasa pertama ini merupakan fasa percubaan dan masih banyak yang perlu diperbaiki.
Antara masalah yang timbul adalah :

I.

PERSAINGAN KUASA DALAM PENGURUSAN SERTA PENGAWALAN TAPAK ANGKOR.

Dalam keadaan yang normal, apabila sesebuah tapak warisan dicalonkan dalam senarai
tapak warisan dunia, sebuah badan pentadbir atau pengurusan sudah mula dibentuk
sebelum berlakunya proses pencalonan. Namun dalam kes tapak warisan Angkor, proses ini
tidak berlaku dengan betul kerana badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus
tapak warisan tersebut adalah APSARA yang ditubuhkan selepas Angkor dicalonkan dalam
senarai tapak warisan dunia. Perkara ini telah membelakangkan institusi pengurusan sedia
ada iaitu Angkor Conservation Office (ACO) yang diletakkan di bawah kementerian kesenian
dan budaya Kemboja.22 Untuk beberapa sebab yang tidak diketahui umum, kuasa
pengurusan tapak Angkor tidak diberikan sepenuhnya kepada badan kerajaan tetapi dipilih
melalui badan kebangsaan APSARA. Perkara ini menimbulkan kekecohan dalam
pertembungan autoriti di antara ahli-ahli jawatankuasa APSARA dan ACO.23 Selain itu,
terdapat persaingan kuasa yang turut berlaku diantara APSARA dan wakil UNESCO di
Kemboja dalam pengurusan tapak Angkor, perkara ini kemudiannya membawa kepada
pembubaran ahli asal di pejabat rasmi UNESCO (Angkor, Phnom Penh, dan Paris).
Persaingan kuasa turut berlaku di antara APSARA dan kementerian pengangkutan
dan kerja awam Kemboja, perkara yang menjadi isu adalah pemberian permit pembinaan
hotel di kawasan zon perlindungan. Manakalah menteri pelancongan turut membangkitkan
isu kuasa APSARA untuk mengawal selia beberapa tugasnya seperti pelaksaan acara teater
di Angkor Wat dengan kerjasama menteri kebudayaan dan kesenian. Namun perkara
sebaliknya yang berlaku adalah, pengurusan tempatan di Angkor Wat lebih memihak untuk
berurusan dengan APSARA berbanding badan kerajaan. Pihak polis warisan dan APSARA
turut mempunyai isu seperti pengharaman beberapa perlaksanaan upacara tradisional yang
dilakukan oleh masyarakat tempatan dan penyalahgunaan kuasa oleh polis warisan.24 Di
bawah APSARA, tugas polis warisan yang sebenarnya adalah untuk menghalang segala
aktiviti yang memberi ancaman kepada tapak warisan, namun apa yang berlaku adalah polis
warisan yang dilantik telah mengenakan caj perrlindungan terhadap para penjaja di sekitar

22

Op.cit., Chau Sun, hlm.149.

23

Op.cit., B.H.Schaublin, hlm.20.

24

Miura, Keiko, Contested heritage : People of Angkor (Disertasi Ph.D.) , University of


London : School of Oriental and African Studies , 2004, hlm.150.
11

kawasan perlindungan Angkor Wat dan perkara ini telah menyebabkan ketegangan di
antara masyarakat tempatan dan polis warisan.

II.

PERSAINGAN DALAM PEMILIKAN WARISAN.

Pada awal 1990, usaha APSARA dalam melakukan operasi untuk melindungi serta
memulihara monumen dan tapak warisan Angkor telah menyebabkan masyarakat tempatan
tidak mengutarakan sebarang isu tentang hak-hak terhadap tapak warisan. Namun apabila
berlakunya pertentangan di antara pihak berkuasa dan masyarakat tempatan yang telah
mengharamkan segala aktiviti sosio-ekonomi tradisional yang dijalankan, ketegangan mula
berlaku. Polis warisan umpamanya telah mengutarakan bahawa Angkor adalah hak milik
negara dan dunia, bukannya hanya terhad kepada individu yang tinggal di kawasan
sekitarnya. Perkara ini telah membelakangkan hak kebudayaan tempatan yang dimiliki oleh
masyarakat tempatan yang tinggal di kawasan tersebut.25 Persaingan pemilikan tapak
Angkor turut menjadi isu di antara negara Thailand dan Kemboja. Pada Januari 2003,
akhbar Kemboja pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Suvanant Kongying (pelakon
Thailand) telah mengatakan bahawa Cambodia had stolen Angkor Wat, kecuali Angkor
Wat dikembalikan kepada Thailand, beliau tidak akan melawat Kemboja. Perkara ini telah
menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan yang mengakibatkan pejabat kedutaan Thailand
di Phnom Penh yang baru sahaja dibina telah dimusnahkan, terdapat juga beberapa
gudang-gudang perniagaan Thailand yang di buka di Kemboja telah dimusnahkan.
Seterusnya, pihak Thailand telah bertindak menghantar pesawat tentera untuk
memindahkan warganegara Kemboja dan mengawal ketat aliran masuk warganegara
Kemboja di kawasan sempadan antara Kemboja dan Thailand. Namun, apa yang berlaku
pula terhadap Kemboja adalah, warganegara Thailand telah melakukan demonstrasi besarbesaran di hadapan kedutaan Kemboja di Hong Kong.26

4.1.2 FASA 2 (FASA PEMBANGUNAN)


Fasa dua dalam pengurusan tapak warisan Angkor merupakan transisi daripada fasa
pertama. Fasa ini merupakan fasa pembangunan, yang mana tumpuan pembangunan serta
pemuliharaan diselaraskan secara sama rata, fasa ini telah memperlihatkan kesinambungan
pembangunan yang baik dan memberansangkan. Walaupun kesan dilihat positif, namun
telah timbul beberapa isu/permasalahan, sama ada dalam bentuk pengurusan, autoriti, hak
dan lain-lain. Antara isu yang telah timbul di sepanjang fasa dua ini adalah :

I.

KETIDAKSTABILAN PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PENDAPATAN PERKAPITA


KAWASAN SIEM REAP-ANGKOR

Permulaan 2004 merupakan tahun yang paling bermakna bagi pembangunan kawasan Siem
Reap dan telah membawa ekonomi berasaskan pelancongan Kemboja ke satu fasa yang
baru. Menurut laporan ICC pada tahun 2005, jumlah pendapatan negara berasaskan

25

Lloyd, Georgina, The safeguarding of Intangible Cultural Heritage: Law and policy a
case in Angkor (Disertasi Ph.D.) , University of Sydney, 2009, hlm.147-292.

26

Phnom Penh Post, Mobs go berserk in anti-Thai frenzy : Thai embassy torched, 13 Febuari
2003, hlm 1-2.

12

pelancongan telah mencatat US$1,078 juta yang merangkumi 10 peratus daripada GDP27
dan pada tahun 2007 pula, jumlah kedatangan pelancong asing ke Siem Reap-Angkor telah
mencatatkan hampir 2 juta28. Walaupun pembangunan sektor pelancongan telah membawa
kepada peningkatan ekonomi yang tidak terhingga kepada Kemboja khususnya melalui Siem
Reap-Angkor, namun apa yang berlaku adala Siem Reap masih terletak dalam senarai
ketiga kawasan termiskin di Kemboja dan hampir 52 peratus keluarga disenaraikan dalam
kategori miskin tegar.29 Ini memperlihatkan bahawa, walaupun pembangunan pelancongan
di Siem Reap-Angkor membawa kepada penjanaan ekonomi yang baik, namun penyaluran
ekonomi tidak belaku terhadap penduduknya. Perkara ini telah menjadi isu dan jalan
penyelesaian merupakan usaha yang perlu dilakukan oleh APSARA khususnya dalam
menstabilkan kedua-dua pembangunan masyarakat dan ekonomi kawasan Siem ReapAngkor.

II.

PERTAMBAHAN POPULASI KAWASAN SIEM REAP-ANGKOR.

Pada Julai 2006, satu persidangan mengenai pengurusan tapak Angkor telah diadakan di
Universiti Sydney. Dalam persidangan ini, APSARA telah mengutarakan kebimbangan
terhadap kadar peningkatan populasi di kawasan perkampungan Siem Reap-Angkor kerana
fenomena ini telah memberi ancaman terhadap kebudayaan dan ekosistem persekitaran
tapak Angkor serta turut memberi kesan terhadap penduduk asal.30

III.

MASALAH ZON DAN SEKATAN

Masalah dalam pengezonan dan sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan
Siem Reap-Angkor telah dirasai oleh penduduk tempatan sejak 2005. Ramai penduduk
kampung tempatan khususnya tidak menyedari dan tidak tahu tentang zon yang mana
kampung mereka terletak. Papan tanda yang didirikan tidak memberi penanda secara jelas
dan perkara ini telah menjadi isu apabila terdapat beberapa penduduk tempatan yang telah
didakwa melakukan jenayah/kesalahan tanpa mengetahui sekatan-sekatan yang di lakukan
oleh APSARA.31

IV.

PENGGUNAAN TANAH DAN PROSES URBANISASI

Dalam kerangka baru institusi APSARA, proses perhubungan yang berlaku antara APSARA
dengan penduduk adalah agak sukar. Perkara ini berlaku disebabkan kepelbagaian Jabatan
27

ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the
Historic Site of Angkor), Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICC-UNESCO,
2006a, hlm.106.

28

Esposito, Adle and Sylvia Nam, Siem Reap: Urban development in the shadow of Angkor.
Los Angeles : Ghetty Conservation Institute, 2008, hlm.40-41.

29

Hing, Vutha and Tuot Sokphally, Pro-poor tourism : Siem Reap case study, dalam CDRI

(Cambodia Development Resource Institute): Pro-poor tourism in the greater


Mekong sub-region, Phnom Penh : CDRI, 2007, hlm.27.

30

Khuon, Khun-Neay, Angkor: A living World Heritage Site, kertas pembentangan bengkel
ICCROM-SPAFA dalam Living Heritage: Empowering Community, Thailand : Phrae,
November, 2006, hlm.2.

31

Op.cit., B.H.Schaublin, hlm.28.


13

dan perlaksanaan dasar serta strategi adalah tidak jelas terhadap penduduk kampung.
Perkara ini dapat dilihat melalui beberapa kenyataan APSARA seperti pada tahun 2007,
APSARA menegaskan bahawa tiada larangan untuk mendirikan rumah rendah daripada 6
meter, mendirikan reban ayam, dan lain-lain tanpa perlu permit daripada APSARA, pada
tahun 2008 pula, APSARA menegaskan bahawa jika terdapat sebarang individu yang tinggal
di kawasan zon pelancongan, segala pembinaan hotel, rumah rehat, atau villa adalah tidak
dibenarkan, namun pada tahun 2010, APSARA telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak
ada sebarang pembinaan baharu dibenarkan dibina di kawasan perlindungan APSARA. Oleh
itu, perkara ini telah menyebabkan banyak berlakunya aduan bahawa setiap jabatan dalam
pengaruh kuasa APSARA mempunyai pelaksanaan undang-undang yang berbeza dan dasar
serta strategi yang dilaksanakan APSARA adalah tidak jelas. Dalam pembinaan infrastruktur
di kawasan perumahan pula, APSARA telah melaksanakan undang-undang yang amat ketat,
oleh itu dalam beberapa hal jika seseorang membina satu infrastruktur tanpa adanya
kebenaran, ianya akan dimusnahkan tanpa sebarang notis.32

V.

MASALAH DALAMAN (RASUAH, KETIDAKADILAN, DAN PERAS UGUT)

Dalam sesetengah kes, terdapat beberapa aduan daripada penduduk kampung yang
menyatakan telah ditipu dan di peras ugut oleh ahli APSARA. Perkara ini telah menyebabkan
APSARA ditakuti kerana penduduk kampung takut rumah mereka akan dimusnahkan atau
disabit ke makamah. Rasuah dan ketidakadilan ahli APSARA telah dialami oleh para
penduduk kampung dalam pentadbiran APSARA terutamanya terhadap sekatan pembinaan.
Menurut beberapa sumber tidak rasmi antaranya oleh arkitek Kemboja, terdapat satu kes
yang nyata dalam penipuan yang berlaku terhadap penduduk kampung. Salah satu daripada
penduduk kampung telah menyatakan bahawa sesiapa yang ingin membina rumah di
kawasan zon perlindungan Angkor, perlu membayar USD 3,000 kepada pihak APASARA dan
tawaran yang rendah tidak akan diterima. Kes lain pula adalah salah seorang penduduk
kampung di Zon 2 telah memohon permit pembinaan rumah pada tahun 2004, namun
permit tidak dikeluarkan sehingga individu tersebut membina rumah tanpa menunggu
permit. Pada tahun 2010, pihak APSARA telah melakukan pantauan dan memberitahu agar
individu tersebut untuk mengambil permit pembinaan di pejabat APSARA, namun apa yang
berlaku adalah surat yang ditandatangani adalah surat persetujuan untuk memusnahkan
rumah yang dibinanya. Perkara ini telah menimbulkan ketidakpuashatian penduduk
kampung, namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa disebabkan autoriti APSARA yang
terlalu kuat.33

VI.

SEKATAN DALAM AKTIVITI SOSIO-EKONOMI TRADISIONAL.

Sejak tahun 2000 apabila UNESCO mula melakukan beberapa aktiviti pemuliharaan tapak
warisan Angkor, segala amalan tradisi sosio-ekonomi di kawasan tersebut telah disekat
antaranya aktiviti memburu, membersihkan hutan, membina rumah baru, membiarkan
haiwan ternakan berkeliaran dan lain-lain. Tambahan kepada sekatan tersebut adalah
masyarakat juga dilarang untuk memancing di kawasan tasik Angkor Thom, memungut
anggur, kayu api, serangga, madu lebah, membawa senapang di kawasan hutan yang
dilindungi dan lain-lain. Disamping sekatan-sekatan yang berlaku, tindakan polis warisan
yang mengenakan bayaran terhadap aktiviti penjaja di kawasan Siem Reap-Angkor ini telah
mengundang lagi ketegangan diantara pihak tempatan dan APSARA. Antara tindakan yang
dilakukan oleh polis warisan adalah seperti, menyekat 2000 penanam padi di kawasan
32

Op.cit., B.H.Schaublin, hlm.134.

33

Ibid., hlm.135.
14

Angkor Thom yang enggan membayar wang perlindungan kepada mereka.34 Terdapat juga
penjaga kuil yang berkeliaran di kawasan Angkor telah dihalau.
4.2 KUIL PREAH VIHEAR

I.

PEREBUTAN TAPAK WARISAN KUIL PREAH VIHEAR.

Satu-satunya isu yang berlaku di tapak Preah Vihear dan paling popular di mata dunia
adalah perebutan kuil tersebut di antara pihak Thailand dan Kemboja. Keputusan UNESCO
untuk menjadikan tapak kuil Preah Vihear sebagai salah satu warisan dunia bermula semasa
persidangan di Quebec pada tahun 2008. Namun dalam persidangan tersebut, pihak
Thailand telah melakukan bantahan terhadap pemilihan tersebut (walaupun perjanjian telah
ditandatangani di antara menteri luar Thailand dengan pihak Kemboja untuk memberikan
kuil Preah Vihear kepada Kemboja). Namun menurut pihak Thailand, keputusan yang dibuat
adalah tanpa persetujuan ahli dalam parlimen dan perkara ini menyebabkan persetujuan
yang berlaku tidak sah.35 Kesan daripada pertelingkahan ini, telah mewujudkan semula
pertelingkahan sempadan dan kedua-dua pihak telah meletakkan tentera masing-masing
untuk berkawal di kuil Preah Vihear. Perkara ini telah membawa kepada beberapa siri
tembak-menembak daripada kedua belah pihak, terdapat beberapa tentera yang berkawal
telah tercedera dan ada yang telah mati dan Kesan teruk kerosakan monumen juga turut
berlaku terhadap kuil Preah Vihear.36 Di pihak barat pula, para pelancong yang ingin
melakukan lawatan ke Kemboja telah diberi amaran, oleh itu persidangan jawatankuasa
warisan dunia di Brasilia pada musim panas 2010 telah bersetuju untuk menangguhkan
pemilihan kuil Preah Vihear sebagai warisan dunia sehingga 2011. Namun proses
perundangan yang mengambil masa 3 tahun di antara kedua-belah pihak, akhirnya
persetujuan telah dicapai dan ICJ telah mengistiharkan tapak kuil Preah Vihear adalah milik
Kemboja pada Julai 2011.37

34

Op.cit., B.H.Schaublin., hlm.116.

35

Ibid., hlm.37.

36

UNESCO,Cambodia.http://portal.unesco.org/geography/en/ev.phpURL_ID=2395&URL_DO
= DO_TOPIC&URL_SECTION = 201.html , diakses pada 1 Oktober 2014, hlm.89.

37

ICJ (International Court of Justice) dalam Memorial of the government of the Kingdom of
CambodiaSectionB,Pleadings(Merits),http://www.icjcij.org/docket/index.php?p1=3&p
2=3&k=46&PHPSESSID=570ee917d8d08757a71ff78ec171b54f&case=45&code=ct&
p3=, diakses pada 1 Oktober 2014, jam 3.11.
15

RUJUKAN
APSARA Authority. 2004. Reforestation project in Siem Reap Angkor region. Phnom Penh :
APSARA Authority ( Department of Water and Forestry).
APSARA Authority, Eco-village for sustainable developmen : Concept note of an ecological
human settlement. Phnom Penh : Run Ta-Ek. , 2008, hlm.233-245.
B.H.Schaublin. 2011. World Heritage Angkor and Beyong (Circumstances and Implication of
UNESCO Listing in
Cambodia). Germany : University of Gottingen.
Chau Sun, Krya. 2006. Angkor sites, Cultural World Heritage. dalam Barbara T. Hoffman.
Art and Cultural Heritage : Law, policy, and practice. Cambridge : Cambridge
University Press.
David P. Chandler. 1992. History of Cambodia. Boulder : Westview Press.
Esposito, Adle and Sylvia Nam. 2008. Siem Reap : Urban development in the shadow of
Angkor. Los Angeles : Ghetty Conservation Institute.
ICOMOS. 1992.The Sacred Site of the Temple of Preah Vihear (Cambodia) No.1224. 1
September 1992. hlm.1-13.
ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the
Historic Site of Angkor). 2006. Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICCUNESCO.
Khuon, Khun-Neay. 2006. Angkor : A living World Heritage Site kertas pembentangan
bengkel ICCROM-SPAFA. dalam Living Heritage: Empowering Community,
Thailand : Phrae. November 2006.
Lloyd, Georgina. 2009.The safeguarding of Intangible Cultural Heritage: Law and policy a
case in Angkor (Disertasi Ph.D.). University of Sydney.
Miura, Keiko. 2004. Contested heritage : People of Angkor (Disertasi Ph.D.). University of
London : School of Oriental and African Studies.

Phnom Penh Post. 2003. Mobs go berserk in anti-Thai frenzy : Thai embassy torched. 13
Febuari 2003

UNESCO. 1993. Safeguarding and development of Angkor (prepared for the InterGovernmental Conference on Angkor). Tokyo. October 1993.
ZEMP Expert Team. 1993. Zoning and environmental management plan for Angkor
(Discussion Draft, Chapter 4), Phnom Penh.

Angkor-UNESCO World Heritage dlm. http://whc.unesco.org/en/list/668, diakses pada


1/10/2014, 1.50 am.

APSARA

History and Organization. dalam http://www.autoriteapsara.org/en/apsara/


about_apsara/history_organization.html. diakses pada 1/10/2014, 2.24 am.

16

Cambodia UNESCO World Heritage Sites dlm. http://allpointseast.com/blog/tourinfo/cambodia/cambodia-unesco-world-heritage-sites/.


3.13 am.

diakses pada 18/9/2014.

Hing, Vutha and Tuot Sokphally. 2007. Pro-poor tourism : Siem Reap case stud. dalam CDRI

(Cambodia Development Resource Institute) : Pro-poor tourism in the greater


Mekong sub-region. Phnom Penh : CDRI.

ICJ (International Court of Justice). 2014. dalam Memorial of the government of the
Kingdom
of
Cambodia
SectionB,
Pleadings
(Merits),
http://www.icjcij.org/docket/index.php?p1=3&p2=3&k=46&PHPSESSID=570ee917d
8d08757a71ff78ec 171b54f&case=45&code =ct&p3=, diakses pada 1 Oktober 2014,
jam 3.11.
UNESCO. 2014. Cambodia. http: // portal. unesco.org / geography/en/ev.phpURL_ID=2395&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html, diakses pada 1
Oktober 2014.

17

LAMPIRAN
ANGKOR
1. TENTERA KEMBOJA BERKAWAL DI KAWASAN KUIL PREAH VIHEAR.

2. TENTERA THAILAND BERKAWAL DI KAWASAN KUIL PREAH VIHEAR.

18

3. LEDAKAN KAWASAN PELANCONGAN SIEM REAP-ANGKOR.

4. APSARA MEMUSNAHKAN REBAN AYAM YANG DIDIRIKAN TANPA


KEBENARAN.

19

5. KAMPUNG TRADISIONAL KAWASAN SIEM REAP ANGKOR.

6. BANGUNAN LAMA KAWASAN KEDAI SIEM REAP

20

7. LAKARAN KUIL PREAH VIHEAR

21

8. KEDUDUKAN KUIL PREAH VIHEAR

9. TINDAKAN APSARA MENGHALAU PENJAGA TAPAK ANGKOR

22

10. LAKARAN TAPAK ANGKOR WAT

11. ZON WARISAN TAPAK ANGKOR WAT

23

You might also like