You are on page 1of 4

Teras Promosi Kesihatan

Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan


badan-badan promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh
dunia, satu strategi Promosi Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan
sebagai Piagam Ottawa (Ottawa Charter For Health Promotion).
Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan
Antarabangsa Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang
berlangsung pada 21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu
pernyataan visi masyarakat antarabangsa ke arah mencapai hasrat Kesihatan
Untuk Semua (Health For All) bagi dekad tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain
piagam antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama seperti dalam Rajah 4.1.
55 Model Promosi Kesihatan Umum 5 TERAS PROMOSI KESIHATAN Polisi awam
sihat Persekitaran yang menyokong Orientasi semula perkhidmatan kesihatan
Tindakan komuniti Kemahiran individu di bangunkan
Rajah 4.1 : 5 strategi utama Piagam Ottawa untuk Promosi Kesihatan
Membentuk polisi awam sihat

Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata-mata.


Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap
sektor dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan
bertanggungjawab ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka
demi kesihatan.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan
penjualan produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja.
Menyokong pembentukan jawatankuasa bertindak setempat dalam
menggalakkan polisi makan secara sihat.
56 Model Promosi Kesihatan Umum

Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil


tembakau kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan
melaporkannya kepada pihak berkuasa jika perlu.

Mewujudkan persekitaran yang menyokong

Masyarakat adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Kesihatan tidak dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip
yang menjadi panduan untuk seluruh masyarakat dunia merupakan nilai
menggalakkan umat manusia agar saling mengambil berat antara satu sama lain,
masyarakat dan alam sekitar kita.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:


Menyokong aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan kesihatan persekitaran
seperti gotong-royong, rukun tetangga dan menghijaukan kawasan perumahan
atau kampung.
Menganjurkan program promosi kesihatan yang menekankan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja seperti di pejabat, ladang serta kilang atau kemudahan
awam seperti sekolah, stesen bas serta taman rekreasi.
Menyokong projek yang menggalakkan masyarakat memperoleh pendapatan
sampingan melalui berkebun sayur di kawasan rumah.

Memperkukuhkan tindakan komuniti

Bidang Promosi Kesihatan dapat dilaksanakan melalui tindakan masyarakat yang


berkesan dalam menetapkan keutamaan, membuat keputusan, merancang dan
melaksanakan strategi untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Kunci
kepada proses ini merupakan pengupayaan komuniti; yang disertai dengan
pemilikan dan kawalan mereka sendiri ke atas usaha dan hala tujunya.
Pembangunan masyarakat bergantung kepada sumber-sumber manusia dan
material di peringkat komuniti untuk meningkatkan bantuan diri dan sokongan
sosial. Perkara tersebut penting dalam membangunkan sistem yang fleksibel
untuk mengukuhkan penglibatan masyarakat dalam dan menentukan arah isu-isu
kesihatan. Capaian penuh dan berterusan kepada maklumat, peluang
pembelajaran untuk kesihatan serta sokongan dari segi kewangan menjadi
prasyarat dalam konteks ini. 57 Model Promosi Kesihatan Umum
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Menjalin kerjasama dengan pemimpin dan masyarakat tempatan dalam
membuat pemantauan dan menyediakan statistik penglibatan remaja dalam
aktiviti tidak sihat seperti merokok, buli, samseng jalanan atau ponteng sekolah
di peringkat komuniti yang boleh disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan
sewajarnya boleh diambil.
Menjalin kerjasama dengan pertubuhan atau rumah kebajikan dalam
merancang dan menjalankan aktiviti untuk kebaikan golongan kanak-kanak dan
warga emas yang memerlukan.
Menyokong inisiatif di kalangan masyarakat setempat yang memberikan
perhatian kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara dari kilang,
pengurusan sampah sarap serta kebersihan bekalan sumber air dan sungai.

Membangunkan kemahiran individu

Bidang Promosi Kesihatan menyokong pembangunan peribadi dan sosial melalui


penyediaan maklumat, pendidikan kesihatan dan meningkatkan kemahiran hidup
setiap individu. Ini dapat meningkatkan pilihan yang tersedia bagi individu untuk
melakukan lebih kawalan ke atas kesihatan dan persekitaran mereka sendiri, di
samping membuat pilihan yang sesuai kepada kesihatan. Mengupayakan individu
untuk belajar sepanjang tempoh hayatnya untuk mempersiapkan mereka dengan
perubahan di setiap peringkat usia serta untuk menangani penyakit kronik dan
kecederaan adalah sangat penting. Ini perlu dilakukan sama ada di sekolah,
rumah, tempat kerja dan dalam setting komuniti. Tindakan perlu dilakukan
melalui pertubuhan pendidikan, profesional, komersial dan sukarela, serta di
peringkat dalaman institusi itu sendiri.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Menyokong ahli-ahli jawatankuasa kesihatan di peringkat penduduk untuk
menghadiri aktiviti pembangunan kemahiran individu seperti program kesedaran
kesihatan awam mengenai penyakit tidak berjangkit atau latihan kemahiran
individu yang berkaitan.
Menggalakkan para ibu, nurseri dan taman asuhan kanak-kanak agar
bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang sihat mengikut saranan
58 Model Promosi Kesihatan Umum

Panduan Diet Malaysia serta melatih mereka untuk memantau pengambilan


makanan agar sesuai dengan proses tumbesaran kanak-kanak.
Menjalankan lawatan ke kedai runcit atau pasar raya bagi mendidik
masyarakat untuk membeli-belah secara sihat demi kesihatan keluarga.

Menyusun semula perkhidmatan kesihatan

Tanggung jawab dalam bidang Promosi Kesihatan dalam perkhidmatan kesihatan


dikongsi secara bersama antara individu, kumpulan masyarakat, profesional
kesihatan, institusi perkhidmatan kesihatan dan kerajaan. Mereka perlu bekerja
bersama-sama ke arah sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang ke arah
peningkatan tahap kesihatan. Peranan sektor kesihatan perlu digerakkan semakin
ke arah bidang Promosi Kesihatan, di luar lingkungan tanggung jawabnya yang
menyediakan perkhidmatan klinikal dan rawatan.
Perkhidmatan kesihatan meluaskan skopnya kepada menyokong keperluan
individu dan masyarakat untuk hidup sihat, dan saluran terbuka antara sektor
kesihatan dan komponen sosial, politik, ekonomi dan fizikal yang lebih luas. Ini
menuntut perkhidmatan kesihatan agar lebih sensitif serta menghormati
keperluan budaya. Penyusunan semula perkhidmatan kesihatan juga memerlukan
perhatian yang lebih penyelidikan kesihatan serta perubahan dalam pendidikan
profesional dan latihan. Perkara ini harus membawa kepada perubahan sikap dan

organisasi perkhidmatan kesihatan yang kembali menumpukan kepada keperluan


menyeluruh dari segi individu dan manusia seadanya.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Melaksanakan program promosi kesihatan kepada masyarakat dengan
mengadakan saringan kesihatan kepada peserta agar faktor risiko dapat di kesan
dan bekerjasama dengan klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan
intervensi secara rawatan.
Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat melalui kempen agar
masyarakat mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara hidup yang
sihat seperti menjauhi tabiat merokok, melakukan senaman, bersukan, makan
secara sihat, menangani stres dan lain-lain.

You might also like