You are on page 1of 26

BAHAGIAN A

a) TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN


Pengkaji telah memenjalankan kajian bertujuan melihat perbandingan di antara dua
makalah yang dihasilakn oleh dua penulis iaitu Abdul Rahman Yusof pada tahun
1975 yang bertajuk Sosiologi Sastera dan Sumbangannya Dalam Penelitian
Kesusateraan Malaysia yang membincangkan berkenaan tokoh yang membicarakan
mengenai Sosiologi Sastera. Manakala Sahlan Mohd Saman (1997) melalui
makalahnya yang bertajuk Teori Sastera Melayu: Satu Perbandingan lebih
menumpukan kepada pendekatan sosiologis berserta tokoh-tokoh di dalam kelompok
sosiologis iaitu Kasim Ahmad, Ramli Isi dan Ungku Maimunah Mohd Tahir.

Selain itu, pengkaji melihat kedua-kedua makalah tersebut merujuk kepada seorang
tokoh yang bernama Kasim Ahmad mewakili peganut sosiologi sastera( A. Rahman)
dan penganut pendekatan sosiologis( Sahlan Mohd Saman). Oleh yang demikian ia
memberikan satu implikasi bahawa istilah-istilah sosiologi sastera dan pendekata n
adalah sinonim dan sama ertinya.

Di dalam makalahnya yang membicarakan berkenaan teori sastera, Sahlan Mohd


Saman tidak memperincikan persamaan ciri-ciri persamaan di antara tulisan-tulisan
Kasim Ahmad, Ramli Isin dan Ungku Maimunah yang menggolongkan mereka
sebagai penganut pendekatan sosialis. Selain itu, di antara ketiga-tiga penulis ini
tidak dapat dilihat perbezaan sama ada dari segi orientasi, penekanan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada penggolongan beberapa nama dan dalam satu kelompok yang
sama yang dikaitkan dengan sosiologi sastera dan pendekatan sosiologis, maka
pengkaji menjalankan

kajian ini bertujua bagi melihat fahaman dan

penerapan

sosiologi sastera dalam sastera melayu moden di damping mencari persamaan dan
perbezaan yang ketara.

b) KAEDAH PEMAHAMAN DAN PENERANGAN YANG DIBERIKAN DALAM


KAJIAN

Tujuan kajian ini diwujudkan adalah untuk mengkaji bagaimana dapat diterapkan
sosiologi sastera dalam sastera melayu moden melalui tiga pemahaman asas iaitu
Pemahaman pertama bertolak daripada andaian bahawa teks sastera bebas daripada
tuntutan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian dipusatkan kepada teks sematamata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti
yang tertera dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada
kajian intrinsik yang lumrah ditemui; hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran
masyarakat dalam teks sastera.

Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai kaitan yang


penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks
dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut mempengaruhi karya yang
terhasil daripada segi isi dan bentuknya.

Pemahaman ketiga, yang juga meyakini eratnya jalinan antara persekitaran dan karya,
lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma tertentu untuk mengkaji
permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera. Secara bandingan, pemahaman
pertama adalah jauh lebih dominan dan merupakanilmu tentang sosiologi sastera
yang dianuti dan diamalkan dalam sastera Melayu.

c) DAPATAN KAJIAN
d)
e) IMPLIKASI

DAPATAN

KAJIAN

MELAYU

BAHAGIAN B
KONSEP DAN MAKNA SASTERA
Istilah dan Definisi Kesusasteraan

TERHADAP

PENGAJARAN

BAHASA

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui
bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Dengan bahasa
juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan. Tidak
hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap sangat
bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Istilah kesusasteraan menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud hasil seni (karya
tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Istilah
ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu susastra (Hashim Awang), sushastra (Lalita
Sinha dan Md. Salleh Yaapar), atau castra yang disebut syastra (Ali Ahmad). Kata
susastra pula terbentuk hasil gabungan daripada kata su dan sastra. Suku kata su
bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan
kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1). Manakala sastera / shastra menurut
Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula
menegaskan sastera / shastra merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah.

Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi. Aspek bahasa ialah indah
dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah dan tidak berubah. Dikatakan tidak
berubah kerana ilmu berkenaan dipercayai berasal daripada Yang Maha Pencipta. Oleh sebab
susastra dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta, maka ia dianggap mulia. Justeru,
kegiatan susastra sejak zaman Greek lagi dipandang tinggi. Kegiatan ini merupakan aktiviti
seni yang mendapat perhatian penting anggota masyarakat. Mereka mengekspresikan
kegiatan susastra dalam bentuk puisi, cerita dan lakonan.

Di Malaysia, kegiatan susastra seperti bersyair, berpantun, berseloka, bergurindam, berbari


(bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak kukuh di hati masyarakat sejak zaman
sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini dilaksanakan untuk tujuan pelbagai fungsi, khususnya
untuk tujuan mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang, perubatan dan juga
gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan istilah su dengan sastra
ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah, cantik, baik, berfaedah, benar dan
tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat
diteladani.

Dalam Bahasa Melayu, istilah susastra telah diberikan imbuhan apitan ke-...-an dan sisipan
e ditengah menjadikannya kesusasteraan. Penambahan itu lebih untuk menyedapkan
bunyi, sesuai dengan lidah Melayu. Kalangan masyarakat umum pula lebih gemar menyebut
karya sastera yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu, Ali Ahmad (1994: 3)
menegaskan bahawa kehadiran ke- dan -an pada kata susastra telah menyimpulkan
maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Orang Melayu menamakan
susastra sebagai persuratan yang merujuk sekumpulan hasil seni bahasa.

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila
mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah
sesuatu yang membincangkan perkara yang berlaku dalam masyarakat, di samping
mengemukakan sikap dan pandangan pengarang. Hashim Awang (1985: 2 dan 1987: 84)
menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan
berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa yang dituturkan disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Ciptaan
itu mesti mempunyai keindahan dari aspek isi dan daya pengucapan.

Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan


yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan (2005) pula mencatatkan sebagai
hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu. Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa karya sastera bentuk
lisan dan tulisan membawa unsur cereka yang disampaikan melalui bahasa. Dikatakan unsur
cereka kerana sebahagian besar mesej dalam karya disampaikan dalam bentuk cerita, baik
karya berbentuk puisi dan lebih-lebih lagi karya berbentuk prosa.

a) SASTERA RAKYAT

SASTERA RAKYAT / SASTERA LISAN


Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang
dikenali juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan
diperturunkan ( diwarisi ) dari satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik
bersama masyarakat Melayu.

Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam

masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya.

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT


a.

Dari segi penyebaran

Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyebarannya. Pada
lazimnya sastera rakyat disebarkan atau disampaikan melalui pertuturan atau secara
lisan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan
individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada
seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang anak atau cucu.
Ini bermakna hasil-hasil sastera rakyat tersebut diperturunkan atau diwarisi dari satu
generasi ke generasi berikutnya secara lisan.

b.

Dari segi penyampaian:

astera Rakyat disampaikan secara lisan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya
"bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu,
profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" atau tukang cerita ataupun "pawang", yang
telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk menyampaikan
cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang
kampung yang berkenaan.

Di antara tukang-tukang cerita yang terkenal ialah Mir Hassan, Pawang Ana, Tok
Selampit, Awang Batil dan sebagainya.
Penyampaian cerita sering diiringi dengan alat muzik tradisional seperti batil, rebab
dan lain-lain.

c.

Dari segi penciptaan:

Sastera Rakyat merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama masyarakat iaitu
sastera hak masyarakat dan bukannya milik individu tertentu. Oleh itu tidak diketahui
siapa penciptanya dan bila ia dicipta atau dihasilkan.

Merupakan kepunyaan bersama Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada
siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang
tertentu. Bagi tok cerita ataupun tukang cerita yang kerjanya bercerita, beliau juga
tidak mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan meletakkan
kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni
Yang Empunya Cerita.

d.

Dari segi fungsi:

Sastera Rakyat mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam masyarakat. Sastera
Rakyat berfungsi sebagai alat hiburan, alat pengajaran dan pendidikan, alat protes
sosial atau kritikan dan sebagainya.
e.

Dari segi Versi

Sastera Rakyat terdapat dalam pelbagai versi dan berlaku tokok tambah kerana
penyebarannya yang dilakukan secara lisan. Biasanya berlaku beberapa perubahan
atau penyesuaian terhadap cerita asal mengikut penyesuaian setempat menyebabkan
lahir pelbagai versi. Namun perbezaan itu hanya pada aspek luaran sahaja sedangkan
bentuk dasarnya adalah sama dan dapat bertahan.

f.

Sastera Rakyat Adalah Cerminan Hidup Masyarakat

Sastera Rakyat adalah cerminan hidup masyarakat Melayu tradisional.

Sastera

Rakyat mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya seperti


kesenian, kepercayaan dan adat resam.

. Hal ini berlaku kerana sastera rakyat

merupakan satu pernyataan atau ekspresi budaya masyarakat yang melahirkannya.


Sastera Rakyat merupakan media untuk menyalurkan tradisi itu kepada generasi
berikutnya.

Dengan maksud agar tradisi itu dapat dikekalkan dan diwarisi oleh

generasi akan datang.

g.

Sering memiliki unsur irama

Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita sentiasa
mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita itu lebih
menghibur bersamping untuk memudahkan tok cerita berhafal.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan
indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat.
Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar, iaitu
sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

SASTERA RAKYAT / LISAN (NARATIF)


Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu
peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

MITOS
Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan
asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan
petempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang dicipta
untuk memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.

Cerita Mitos biasanya dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan seperti animisma, Hindu
dan Islam. Masyarakat Melayu meletakkan cerita-cerita Mitos sebagai yang benarbenar berlaku dan menjadikannya sebahagian dari sistem kepercayaan yang tidak
boleh dipersendakan. Pada tanggapan mereka sesiapa yang tidak mempercayai cerita
mitos akan menerima balasan buruk.

LEGENDA

Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa
zaman zilam. Lagenda mengisahkan tentang seorang tokoh manusia yang memiliki

keistimewaan seperti keberanian dan kehandalan luar biasa. Setiap penempatan yang
bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan
menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang
Tuah, manakala di Kelantan ditemui lagenda Puteri Saadong.

Lagenda adalah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku oleh masyarakat


pendokong berdasarkan latar tempat atau tanda-tanda alam sebagai bukti
kebenarannya.

Kebiasaanya cerita lagenda dimasukkan unsur-unsur mitos yang

bertujuan mengagongkan seseorang tokoh. Namun demikian biasanya masih dapat


dibuktikan dengan kewujudan tanda alam.

CERITA RAKYAT
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang
menjadi hiburan penting di kalangan masyarakat berkenaan.

Dalam masyarakat

Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka,
cerita penglipur lara dan cerita teladan / pengalaman.

a. CERITA BINATANG
Cerita Binatang adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak
utama. Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkatakata, berfikir dan bertindak seperti manusia.

Cerita Binatang terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita Binatang Asal Usul, Cerita
Binatang Fable (Pengajaran) dan Cerita Binatang Epik ( Beast Epic).

Cerita Binatang Asal Usul mengisahkan asal usul kejadian binatang misalnya Cerita
Mengapa Harimau Mengaum, Mengapa Gagak Berbulu Hitam, Mengapa Ular Sawa
Hilang Bisa, Mengapa Puyuh Tidak Berekor dan sebagainya.

Cerita Binatang Fable berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita Anjing Dengan


Bayang-bayang, Cerita Kera Dengan Kura-kura, Cerita Bangau Dengan Ketam dan
sebagainya.

Manakala Cerita Epik Binatang adalah seperti Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat
Sang Kancil

b. CERITA JENAKA
Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur humor / lucu /
jenaka yang boleh menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati khalayak.
Watak-watak Cerita Jenaka diberikan sifat dan peranan yang melucukan.

Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu Cerita Jenaka Tempatan dan Cerita
Jenaka Pengaruh Asing. Contoh Cerita Jenaka Tempatan ialah Cerita Pak Pandir,
Cerita Pak Kaduk, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.

Manakala Cerita Jenaka Pengaruh Asing terdiri daripada Cerita Mat Jenin ( Hindu )
dan Cerita Musang Berjanggut dan Cerita Abu Nawas. ( Arab/Parsi/Islam )

Watak-watak dalam Cerita Jenaka Tempatan terbahagi kepada 3 golongan iaitu Watak
Bodoh-Pintar seperti Pak Pandir, Watak Bodoh-Sial seperti Pak Kaduk dan Lebai
Malang dan Watak Pintar-Lucu seperti Pak Belalang dan Si Luncai.

c. CERITA PENGLIPUR LARA


Cerita Penglipur Lara adalah cerita rakyat yang paling popular. Cerita Penglipur Lara
merupakan cerita roman yang mengandungi unsur-unsur percintaan putera-puteri Raja
diikuti dengan pengembaraan, peperangan dan berakhir dengan kegembiraan ( HappyEnding ).

Cerita Penglipur Lara disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang biasanya diiringi
dengan alat-alat bunyian tradisional seperti rebab, belanga, selampit dan sebagainya.

Penceritaannya diselangselikan dengan puisi Melayu Tradisional dan bahasa berirama


( runs ).

Di antara contoh Cerita Penglipur Lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim
Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan
sebagainya.

d. CERITA TELADAN
Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesusasteraan rakyat / sastera lisan.
Cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang mengetengahkan
gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya
watak yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang
dilakukan oleh mereka.

Cerita teladan penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan moral, yang diterapkan
melalui nilai-nilai murni.

Antara contoh Cerita Teladan ialah Cerita Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah
Batu Bertangkup dan Cerita Si Tenggang.

SASTERA RAKYAT BUKAN NARATIF


Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak
mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di
sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

PERIBAHASA
Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan dalam
kehidupan

seharian.

Perkara

yang

termasuk

dalam

peribahasa

termasuk

perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.

TEKA-TEKI
Teka-teki adalah sastera lisan yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah
soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk
permainan.

PUISI MELAYU TRADISONAL NARATIF

a.

SYAIR

Puisi Melayu Tradisional yang berbentuk naratif didominasikan oleh syair. Syair
berasal daripada perkataan Arab syir yang bermaksud puisi.
Syair dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah
menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah
menyimpang daripada bentuk syair Arab.
Syair Melayu dihasilkan berangkap-rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada empat
baris dan rima akhirnya adalah a-a-a-a. Setiap baris mengandungi purata 4 5 patah
perkataan dengan 8 12 suku kata.
Setiap rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada
satu rangkap bagi melengkapkan sesuatu idea.
Syair dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu syair agama, syair romantis, syair
sejarah dan syair kiasan.

PUISI MELAYU TRADISIONAL BUKAN NARATIF


Puisi Melayu Tradisional

terdiri daripada Pantun, Gurindam, Seloka, Teromba,

Talibun, Mantera, Peribahasa Berangkap, Nazam, Ruba-i, Masnawi, Qitah, Ghazal,


Barzanji, Rejang, Endoi, Zikir, Selawat, Hadrah dan Dabus.

a.

PANTUN

Pantun adalah puisi Melayu asli atau jati. Pantun tergolong sebagai puisi Melayu
tradisional berbentuk bukan naratif. Pantun terdiri daripada empat baris ayat. Setiap
baris ayat mempunyai antara tiga hingga lima patah perkataan. Setiap rangkap terdiri
daripada sampiran atau pembayang maksud dan maksud. Dua baris awal merupakan
pembayang maksud atau sampiran, manakala dua baris akhir merupakan maksud.
Rima akhir pantun adalah a-b-a-b.

Pantun berfungsi sebagai alat pendidikan, menyampaikan kerinduan dan kasih


sayang, menyindir, mengenang budi, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.

b.

GURINDAM

Gurindam tergolong sebagai puisi Melayu tradisional bukan naratif terikat. Gurindam
terdiri daripada dua baris serangkap, rima akhirnya sama (a-a), baris pertama disebut
syarat dan baris kedua disebut jawab.

Gurindam berperanan sebagai alat untuk menyampaikan pendidikan. Unsur-unsur


pendidikan yang ditekankan ialah iman dan moral yang baik

c.

SELOKA

Seloka adalah sejenis puisi Melayu bebas, tidak tetap rangkapnya, tidak tetap jumlah
baris serangkap, tidak tetap jumlah perkataan sebaris dan sama ada berima atau tidak.
Isinya membawa maksud sindiran, ejekan, bergurau atau berjenaka.

d.

TEROMBA

Teromba ialah ungkapan-ungkapan puitis yang mengisahkan tentang adat. Teromba


digunakan untuk memberi panduan hidup kepada masyarakat yang mengamalkan
Adat Perpatih. Teromba merupakan sejenis puisi bebas. Di dalamnya mungkin
disisipkan dengan gurindam, pantun, peribahasa berangkap dan sebagainya.

Dari sudut bentuk dan struktur, teromba dapat dibahagikan mengikut jumlah baris
dalam serangkap dan hubungannya dengan bentuk-bentuk genre yang lain.

e.

TALIBUN

Talibun adalah sejenis puisi bebas.

Dalam seuntai talibun mungkin disisipkan

rangkap daripada genre lain seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan lain-lain.
Untaian puisi ini berperanan sebagai selingan dalam sesebuah cerita. Isinya ialah
pemerian khas tentang sesuatu hal. Misalnya keindahan sesuatu tempat, kecantikan
seseorang puteri atau kesaktian sesuatu senjata.
cerita-cerita Penglipur Lara.

f.

MANTERA

Talibun biasa digunakan dalam

Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa
ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk
mendapatkan kesaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya).
Mantera juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang
dan bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud
dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan
daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-upacara ritual, pemujaan
kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan
pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan segala
bencana).

g.

PERIBAHASA BERANGKAP

Peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua


keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak
berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu
sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.

h.

NAZAM

Nazam ialah Puisi Melayu Tradisional warisan Arab-Parsi. Temanya selalu


berhubung dengan keagamaan, pendidikan dan keilmuan.
Nazam dalam bahasa Arab bermakna puisi (poem) atau (poetry). Secara umum,
samalah seperti syair dalam bahasa Arab bermakna puisi. Dalam Bahasa Melayu
istilah nazam memberi makna lagu atau zikir, dan bernazam ialah melagukan suatu
jenis puisi untuk satu tujuan, sambutan atau keramaian

i.

MASNAWI

Masnawi atau juga masnui, mathanawi, dan mathnawi merupakan bentuk puisi yang
berasal daripada Parsi dan di bawa ke alam Melayu. Sebagai puisi yang bersumberkan
puisi Arab-Parsi, masnawi tidak popular di kalangan masyarakat Melayu dan oleh itu,
genre ini tidak berkembang.
Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari, di dalam
karanganya, "Tajus Salatin" (Mahkota segala Raja).

Masnawi bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, ketokohan dan kemasyhuran


seseorang tokoh. Masnawi berfungsi sebagai panduan , pengajaran dan nasihat kepada
pendengarnya.

j.

ZIKIR / DIKIR

Zikir adalah puisi tumpangan warisan Islam. Perkataan dikir berasal perkataan Arab,
zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya
Dikir / Zikir ialah sejenis puisi Melayu yang bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir
juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada
tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan
ajaran-ajarannya.

k.

REJANG

Rejang merupakan puisi tumpangan warisan Melayu yang tidak mempunyai bentuk
yang tersendiri tetapi menumpang bentuk-bentuk puisi yang lain.
Rejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari
bulan berdasarkan firasat, raksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan
dikaitkan dengan binatang, buah-buahan dan tumbuhan.

l.

ENDOI

Endoi adalah puisi tumpangan warisan Melayu berasal daripada kata endul yang
bermaksud buaian. Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut
oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk
memeriahkan suasana.
Endoi sebagai bentuk puisi tumpangan menggunakan bentuk syair, nazam dan juga
pantun sebagai wadah penyampaiannya. Biasanya endoi berasaskan syair yang
dilagukan dalam upacara berendoi.
Ia merupakan istiadat menyatakan kesyukuran selepas ibu berjaya melepasi masa
pantang dan anak di dalam keselamatan. Endoi diungkap secara berlagu dalam majlis
sambutan berkenaan secara beramai-ramai.

FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)


1. Sebagai Alat Hiburan
2. Sebagai Alat Mengajar dan Mendidik.

Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran
dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat,
pengajaran, teladan, yang sangat berguna sebagai panduan ke arah kesejahteraan
hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat
tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat
tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.
Melalui cerita-cerita seperti Si Tanggang anak-anak dididik agar tidak derhaka
kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia
dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada
pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang
banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
3. Sebagai Alat Mengkritik.
Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita
jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang
bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup
rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur
sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang
sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk
kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.
4. Sebagai Alat Perhubungan atau Komunikasi.
Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat
perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat
perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi,
antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun
digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis
persandingan.
5. Sebagai kata Adat, Peraturan dan Pantang larang.
Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang
atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi
pantang larang dalam masyarakat.

b) SASTERA EPIK

c) SASTERA HIKAYAT
Definisi :

Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa
Melayu lama dengan langgam bahasa dan stuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib
yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya.

Pembahagian/penggolongan Sastera HIkayat

Sastera Hikayat terbahagi kepada 3 golongan :

i. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu


ii. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu-Islam ( Zaman Peralihan )
iii. Sastera Hikayat Berunsurkan Islam

SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU


DEFINISI:
Sastera hikayat menurut Emies M.G dalam buku Bunga Rampai Melayu Kuno ialah
cerita-cerita yang bentuk bertulis dalam langgam bahasa dan struktur yang tertentu,
yang membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan. Cerita sastera hikayat ini berkisar
di istana dengan watak utama yang terdiri daripada putera dan puteri yang jelita,
berani serta pahlawan.
Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur secara
langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian tertentu
daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata
dikenali sebagai cerita Pendawa dalam kesusasteraan Melayu.

Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-hikayat Melayu yang disadur atau terjemahan


bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai Pendawa dalam kesusasteraan Melayu
ialah;

Hikayat Pendawa Lima


Hikayat Pendawa Jaya
Hikayat Panca Kelima

Hikayat Pandawa
Hikayat Sang Boma

Daripada Epik Ramayana : Hikayat Melayu yang disadur dari epik Hindu ini ialah :

Hikayat Seri Rama


Hikayat Maharaja Rawana

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU


Dalam sastera hikayat berunsur Hindu terdapat beberapa ciri yang terkandung di
dalamnya. Iaitu dari segi struktur isi cerita, watak dan perwatakan, latar (setting)
cerita, dan kaya dengan unsur-unsur Hindu.

1. Dari segi tema

Sastera hikayat berunsur Hindu ini mempunyai tema mengenai tentang kisah-kisah
pengembaraan, percintaan serta peperangan sehingga watak itu mendapat kejayaan
dan kesenangan dalam hidup.

Hikayat-hikayat Melayu berunsur Hindu secara umumnya mengandungi unsur-unsur


cerita roman kerana hampir keseluruhan ceritanya dalam hikayat jenis ini membawa
tema percintaan, pengembaraan dan juga peperangan yang berakhir dengan watakwatak utamanya mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup. Misalnya dalam Hikayat
Si Miskin, pertemuan antara Marakarma dengan Puteri Cahaya Khairani membuahkan
perasaan cinta di antara kedua-dua watak tersebut. Dalam hikayat berunsur hindu ini
dipenuhi dengan peristiwa peperangan di antara wira dengan musuh mereka. Biasanya
wira kan menunjukkan kegagalannya dengan senjata kesaktian yang dimiliki oleh
wira tersebut sehingga mampu mengalahkan musuh mereka. Tema peperangan itu
merupakan

klimaks

dalam

pertentangan

antara

kuasa

Walaubagaimanapun wira selalunya akan mendapat kemenangan.

2.

Dari Segi Struktur / plot

baik

dan

jahat.

Struktur isi cerita melibatkan jalan cerita yang begitu panjang tetapi dibahagikan
kepada tiga peringkat iaitu awal cerita, pertengahan dan kemudian penyelesaian
cerita. Awal cerita adalah permulaan cerita tersebut. Manakala pertengahan cerita pula
adalah bagaimana cerita itu mula berkembang. Kemudian penyelesai cerita pula, di
mana cerita itu berakhir dan disitu juga cerita itu menemui kebahagian ataupun
kesedihan.

Pada awal cerita, ia mengisahkan tentang asal usul keturunan watak wira dan wirawati
tersebut serta latar belakang keluarga mereka, keunikan serta kesaktian yang dimiliki
oleh kedua-dua watak tersebut dan juga kisah sebelum pengembaraan wira dan
wirawati tersebut.

Manakala pada pertengahan atau ketika pengembaraan cerita tersebut, watak utama
menjadi tumpuan dan bahagian ini mula berkisarkan tentang kisah sewaktu
pengembaraan mereka. Dalam pada itu juga, watak wira dan wirawati ini akan
menghadapi pelbagai rintangan dan halangan seperti percintaan, fitnah, peperangan
dan juga akan menempuhi pelbagai ujian hidup. Mereka akan hidup dalam
kesengsaraan. Selain daripada itu, mereka juga akan berhadapan dengan watak-watak
penghalang.

Pada penyelesaian cerita pula, biasanya berakhir dengan happy ending iaitu kejayaan
watak wira dalam perjuangannya. Watak wira dan wirawati berjaya mengatasi segala
halangan dan rintangan yang terjadi ke atas mereka ketika dalam pengembaraan
ataupun pertengahan cerita tersebut. Mereka juga berjaya mengalahkan watak-watak
utama yang cuba menjadi penghalang mereka. Mereka mendapat kemenangan dan
hidup bahagia.

3. Watak dan perwatakan :

Watak dalam sesebuah sastera hikayat itu amat penting sama seperti di dalam novel.
Ini kerana watak dapat menghidupkan lagi jalan cerita sesebuah hikayat mahupun
novel. Watak dan perwatakan sastera hikayat Hindu melibatkan watak-watak

tempatan. Terdapat beberapa watak di dalam sastera hikayat Hindu. Dua daripadanya
ialah watak baik iaitu protogonis dan watak jahat iaitu antogonis.

Watak protogonis melambangkan kebaikan pada watak utama tersebut. Ia bersifat


keperwiraan, gagah berani, bersemangat waja, kental dan sedia menghadapi segala
rintangan yang mencabar. Selalunya mereka memiliki alat-alat tertentu ataupun
senjata sakti yang tidak dimiliki oleh orang kebanyakan. Wira juga selalunya akan
mencapai kejayaan.

Manakala watak jahat atau antogonis pula, melambangkan kejahatan. Sifat yang
dimiliki oleh mereka ialah sifat yang tidak bermoral, suka menghancurkan dan
menghalang kejayaan watak utama. Watak ini juga mendatangkan masalah, menindas
watak baik dan mendapat balasan yang setimpal.

4. Latar Cerita

Meliputi alam yang luas dan tidak terbatas seperti alam kayangan, di bumi dan di
lautan.

Sementara dari segi latar cerita, ia meliputi alam yang luas dan tidak terbatas.
Kehidupan mereka diliputi dengan alam kayangan, di bumi mahupun di dasar laut.
Dunia khayalan yang khususnya untuk didiami oleh para dewa. Di alam-alam
kayangan tersebut terdapat kerajaan yang diperintah oleh raja-raja yang terdiri
daripada dewa-dewa yang tertentu sahaja.

5. Kaya dengan unsur-unsur Hindu

Sastera hikayat berunsur Hindu juga banyak memasukkan unsur-unsur kesaktian


seperti jelmaan watak, senjata sakti dan sebagainya. Kebanyakan falsafah yang
berunsur-unsur agama Hindu ini amat mengagung-agungkan dewa-dewa Hindu
sebagai makhluk yang berkedudukan tinggi. Selain itu terdapat unsur-unsur
sayembara untuk mendapatkan isteri dan juga falsafah pengajaran hindu. Dalam

hikayat sastera hindu ini terdapat unsur-unsur kepercayaan Hindu seperti upacara
berkaul iaitu doa yang ditujukan untuk mendapat sesuatu yang dihajatkan dari dewa
tertinggi.

i. Falsafah agama Hindu seperti keagungan kepada dewa-dewa Hindu sebagai


makhluk yang menduduki tempat yang mulia dan tinggi. Misalnya Dewa Agni dalam
Hikayat Seri Rama , penjaga api telah menyelamatkan Sita Dewi daripada hangus
terbakar.

ii. Unsur sayembara untuk mendapatkan isteri. Contoh Seri Rama terpaksa mengadu
kecekapan bermain panah sebelum berjaya mendapatkan Sita Dewi

iii. Unsur Sakti seperti senjata sakti, panah sakti, binatang-binatang sakti seperti
gajah, kijang dan burung jentayu

iv. Unsur falsafah pengajaran Hindu seperti unsur Karma dan Darma, pembalasan
kepada yang melakukan kejahatan, kejayaan akan dicapai setelah mengalami
berbagai-bagai kesusahan dan kesengsaraan.

PERANAN / FUNGSI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU


Sastera Hikayat berunsur Hindu ini memainkan peranan yang tersendiri. Ia
berperanan sebagai menghiburkan masyarakat pada ketika itu. Selain itu, ia menjadi
tempat untuk mendidik masyarakat dan menjadikannya sebagai

pengajaran. Ini

supaya masyarakat mendapat iktibar kepada mereka. Sebagai contoh, mereka yang
membuat kejahatan akan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan
mereka. Manakala mereka yang berbuat baik akan mendapat balasan baik.
1.

Sebagai alat hiburan.

Sastera Hikayat ini memainkan peranan sebagai alat penghibur kepada masyarakat. Ia
mengisahkan tentang kecantikan, kehebatan, keperwiraan watak wira dan wirawati.
Cerita ini selalunya berakhir dengan happy ending. Oleh sebab itu, masyarakat dapat
menikmatinya dengan rasa gembira.

2.

Sebagai alat escapism.

Cerita ini mempunyai unsur-unsur kesaktian. Disebabkan kerana cerita-cerita hikayat


berunsur Hindu ini berunsur khayalan, dewa dewi, unsur-unsur kesaktian dan ajaib,
boleh merehatkan atau melupakan seketika segala masalah-masalah yang dihadapi
oleh masyarakat.
3.

Sebagai alat pendidikan moral.

Cerita sastera hikayat selalunya memberi pengajaran kepada masyarakat dan ia kaya
dengan unsur-unsur moral. Unsur-unsur moral positif seperti yang baik akan
mendapat kemenangan, yang jahat akan menerima balasan setimpal dengan
perbuatannya dan menjadi contoh teladan. Ia juga sebagai menyedarkan masyarakat
tentang balasan yang akan diterima jika berbuat baik ataupun sebaliknya.

4.

Dapat memberi gambaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional terutama

di istana-istana raja Melayu kerana kemewahan, kehebatan dan sebagainya.

SASTERA HIKAYAT ZAMAN PERALIHAN HINDU-ISLAM


Hikayat Hindu Islam iaitu hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang terdapat Zaman
Peralihan iaitu bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang masih tebal
dipengaruhi oleh unsur-unsur pengaruh Hindu. Zaman ini adalah dikenali sebagai
Zaman Peralihan.

Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan Hindu, iaitu sejak
abad pertama masihi. Tetapi apabila Islam mula bertapak, sedikit demi sedikit
menghakis pengaruh Hindu dalam budaya masyarakat Melayu. Walaupun masyarakat
Melayu terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh Hindu itu masih lagi di amal oleh
orang Melayu hingga pada masa ini.

Pendapat professor M. Taib Usman mengatakan pengaruh Hindu berakhir abad ke 17,
di mana Islam berkembang di Acheh.

Kemasukkan Islam ini bermula dengan jawi, asalnya dari tulisan Arab. Dengan ini
sastera bentuk lisan berubah corak kepada bentuk tulisan. Tulisan jawi ini hanya
dikalangan ulama-ulama sahaja. Merekalah yang menghasilkan sastera Melayu lama
dan membuang sedikit demi sedikit pengaruh Hindu. Dengan perubahan sedemikian
terdapatlah kesusasteraan yang bercampur aduk iaitu Hindu dan Islam.

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT ZAMAN HINDU ISLAM

Ciri-ciri Hikayat Hindu Islam dapat kita lihat dari segi tema, isi cerita, watak dan
perwatakan, gaya bahasa dan bentuk.

1.

Tema

Tema dan motif hikayat-hikayat masih dibelenggui dengan unsur cerita Hindu. Iaitu
terdapat motifnya tentang pengembaraan, menyelamatkan kekasih dan sebagainya.
Kalau dinilai tidak banyak perubahan dari segi temanya dengan Hikayat Hindu yang
sering membawa tema pengembaraan, percintaan., dewa-dewi , kesaktian dan
sebagainya.

2.

Isi cerita

Dari segi isi cerita pula tidak banyak perubahan daripada isi cerita yang terdapat
dalam hasil-hasil karya dalam zaman Hindu. Isi cerita masih terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian permulaan atau peristiwa sebelum pemgembaraan yang
menceritakan tentang asal usul watak utama, latar keluarga dan tempat serta tentang
sebab-sebab watak keluar mengembara.

Bahagian kedua merupakan bahagian yang terpanjang iaitu kisah mengenai


pengembaraan watak utama, meliputi kisah watak utama menghadapi berbagai-bagai
kesusahan dan halangan. Berlaku pergaduhan, percintaan, menunjukkan kehandalan
dan kebijaksanaan bermain senjata serta mengambil masa yang lama dalam
mengembara.

Bahagian ketiga ialah kisah akhir cerita, menceritakan kejayaan yang dicapai oleh
watak utama dan berakhir dengan happy ending, di mana watak jahat berjaya
dikalahkan, watak utama bahagia dengan kekasihnya.

3.

Watak dan perwatakan

Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak jahat. Watak baik
adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai sifat keistimewaan dan kelebihan
yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan
watak utama berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan. Dari segi
peranan watak tidak berubah.

Perubahan hanya jelas pada nama-nama watak contohnya, terdapat gabungan dan
penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan nama-nama watak Islam.

Contoh
Nama Puteri Nurulain dalam Hikayat Berma Syahdan yang mengisahkan puteri
Nurulain bercinta dengan seorang raja yang bernama Maharaja Asmara Gangga.
Nama Puteri Nurulain adalah nama Islam manakala nama Maharaja Asmara Gangga
pula ialah nama Hindu.

Perwatakan watak juga terdapat unsur Islam seperi pemaaf, berbudi bahasa dan lainlain.

4. Dari segi Judul Cerita

Cerita-cerita atau hikayat dari zaman peralihan ini memakai dua nama iaitu nama
Hindu dan nama Islam. Misalnya Hikayat si Miskin juga dikenali sebagai Hikayat
Marakarma, Hikayat Syah Nobat dikenali sebagai Hikayat Syah al-Kamar dan
sebagainya.
Contoh
Karya-karya yang terkandung dalam hasil-hasil sastera zaman peralihan ini ialah:-

1.

Hikayat Si Miskin atau Hikayat Marakarma.

2.

Hikayat Serangga bayu atau Hikayat Ahmad Muhammad.

3.

Hikayat Indera Jaya atau Hikayat Bikrama Datia Jaya.

4.

Hikayat Syah Nobat atau Hikayat Syah al-kamar.

5.

Hikayat Berma Syahdan

6.

Hikayat Parang Puting

7.

Hikayat Putera Jayapati

8.

Hikayat Inderaputera / Hikayat Shahi Mardan

5.

Dari segi Unsur / Pengaruh:

Unsur-unsur Hindu seperti penggunaan latar alam kayangan, pertapaan, peranan ahli
nujum, unsur kesaktian, pengembaraan dan sebagainya masih dikekalkan Bagaimana
pun beberapa unsur Hindu seperti kepercayaan kepada dewi dewi telah digantikan
dengan kepercayaan kepada Allah.

Contoh:
Dalam Hikayat Putera Jayapati, Raja Kalawandu percaya kepada kekuasaan Allah
dengan berdoa supaya dikurniakan seorang putera.

6.

Gaya bahasa

Karya-karya di Zaman Peralihan ini banyak memasukkan istilah-istilah yang terdapat


di dalam bahasa Arab-Parsi. Di mana permulaan ayat dimulai dengan Syahdan, alkisah, hatta, kalakian dan sebagainya. Nama-nama Hindu pula pada alat-alat seperti,
nobat, gangga dan dewa. Terdapat juga penyebutan nama Allah.

Contoh
Dalam Hikayat Inderaputera, di dalam bab 1 ada disebut Wa-bihi nastanu billahiala
pada bahagian akhir bab pula disebut Wallhu aalam bissawab, tamat al-kalam.

7. Perantaraan Tulisan

Karya-karya yang masih tebal dengan unsur pengaruh Hindu ini ditulis/disalin dalam
bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi daripada tulisan bahasa Sanskrit.

8.

Dari Segi bentuk

Bentuk puisi Islam iaitu Syair digunakan dan bercampur aduk dengan

bahasa

Sanskrit serta unsur-unsur tempatan misalnya syair ini:

Tempat nyiur pauh janggi,


Diserang oleh Garuda Syah Peri,
Intan dinilai oleh jauhari,
Belum dikarang lagi,
Harapkan dinilai oleh jauhari.

Perkataan-perkataan seperti garuda, janggi, nyiur tidak ada dalam perbendaharaan


Islam. Ini jelas menunjukkan unsur tempatan dan hindu dalam bentuk puisi Islam.

Bentuk hikyatat Hindu Islam juga berbentuk prosa/cerita yang dikenali sebagai
hikayat adalah unsur pengaruh dari kesusasteraan Arab-Parsi. Hikayat merupakan
satu bentuk yang umum dalam kesusasteraan Melayu.

Karya-karya Hindu yang

diterjemahkan dalam bahasa Melayu memakai nama Hikayat, Misalnya Hikayat


Sang Boma, Hikayat Serangga Bayu, dan Hikayatr Inderaputera.

FUNGSI HIKAYAT HINDU-ISLAM

Fungsi-fungsi yang terdapat adalah seperti berikut:-

1.

Sebagai alat hiburan kerana kisah-kisah kecantikkan, kepahlawanan wira-

wirawati mempunyai hiburan di mana diakhiri dengan happy ending.

2.

Sebagai alat escapisme daripada kesibukkan, dari cerita dewa-dewa boleh

merehat sekejap atas masaalah yang dihadapi.

3.

Sebagai alat pendidikan moral, seperti baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.

4.

Dapat memberi gambaran keadaan masyarakat Melayu tradisional pada masa

itu.
BAHAGIAN C
RPH

You might also like