You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-5

PERSATUAN PENEMBAK NEGERI KEDAH 2001


KEDAH DARUL AMAN.
TARIKH
:
HARI
:
MASA
:
TEMPAT
:
PENGERUSI :
KEHADIRAN:

15 NOVEMBER 2001
KHAMIS
8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
DEWAN SERI DELIMA
JAMAL B. JAMALUDDIN
275 ORANG

Agenda Mesyuarat Agung


1.0

MELANTIK 4 ORANG PENCATAT MINIT MESYUARAT


1.1
1.2
1.3
1.4

2.0

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


2.1
2.2

2.3

2.4

3.0

Rahimawatie bt. Ibrahim


Rosniza bt. Hussain
Ahmad Zakri b. Ali
Zaman b. Ramli

Mesyuarat Agung Kali Ke-5 dimulakan dengan bacaan doa


dan Al-Fatihah.
Ucapan terima kasih diberikan kepada semua pihak
terutamanya Ahli Majlis Persatuan Penembak sidang
2001/2002 dan ahli persatuan kerana sudi hadir dalam
mesyuarat agung kali ini.
Pengerusi Encik Jamal b. Jamaluddin memulakan
mesyuarat agung dengan memperkenalkan Ahli Majlis
Persatuan Penembak sidang 2001/2002 kepada ahli
persatuan.
Saudara pengerusi majlis Encik Jamal b. Jamaluddin
membacakan Peraturan Am Mesyuarat Agung kepada ahli
dengan harapan supaya mesyuarat kali ini berjalan lancar
dan sempurna tanpa sebarang masalah.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3.1

Setiausaha Agung Kehormat Saudara Abdul Majid b. Ishak


memulakan sesi pengesahan minit mesyuarat dengan
pembetulan ejaan dan seterusnya membuka peluang
kepada semua ahli persatuan untuk sesi pembetulan.

3.2

4.0

Saudara Encik Mohd Zami b. Ismail mencadangkan agar


Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-5 disahkan dengan
pembetulan. Saudara Encik Mohd Supian b. Ramli
menyokong supaya Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-5
disahkan dengan pembetulan.

PERKARA BERBANGKIT
4.1

Saudara Mohd Zami b. Ismail menyoal adakah Biro Disiplin


telah melaksanakan usul mengenai tatacara berpakaian
yang telah dipersetujui (Rujuk perkara 7.1)
Saudara Pengerusi Persatuan Penembak Encik Jamal b.
Jamaluddin memberitahu bahawa Biro Disiplin telah pun
merujuk hal tersebut Pihak Yang Dipertua Jawatankuasa
Tertinggi Persatuan Penembak Negeri Kedah tetapi tidak
dapat dikeluarkan lagi kerana memerlukan beberapa
prosedur pengurusan dan hal itu masih di dalam proses.
Pengerusi Biro Disiplin saudara Mohd Ruzaidi b. Isa
menjelaskan bahawa proses untuk mewujudkan Kod Etika
Pemakaian Persatuan Penembak Negeri Kedah ini perlu
mengambil masa yang lama dan ianya memerlukan
gabungan dari biro-biro lain yang terdapat dalam
persatuan kerana
ia
melibatkan imej persatuan.
Sehubungan dengan itu juga, pihaknya telah menubuhkan
Jawatankuasa Etika Pemakaian di kalangan ahli persatuan
dan kebanyakannya telah memberikan maklum balas yang
baik. Walau bagaimanapun pihaknya akan berusaha
sedaya upaya untuk menyiapkannya.

4.2

Saudari Zamzarina bt. Musa bertanya kepada pihak yang


berkenaan bahawa apakah bentuk sokongan yang akan
diberikan untuk ahli persatuan yang mewakili negeri Kedah
dalam sesetengah kejohanan.
Saudara Romzi b. Ahmad menjelaskan bahawa Persatuan
Penembak Negeri Kedah telah memutuskan bahawa
sumbangan dalam bentuk kewangan akan diberikan
kepada ahli persatuan yang mewakili negeri Kedah untuk
sebarang kejohanan iaitu sebanyak RM 100.00 seorang.
Pihaknya juga akan menyediakan khidmat sokongan yang
lain bagi kemudahan ahli persatuan.

5.0

PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN BIRO-BIRO PERSATUAN


PENEMBAK NEGERI KEDAH SIDANG 2001/2002.
5.1

Laporan Badan Sekretariat


5.1.1 Saudara Abdul Majid b. Ishak memperkenalkan diri
selaku Setiausaha Agung Kehormat dan Naib
Setiausaha Agung Kehormat iaitu Norul Huda bt.
Bakar serta ahli jawatankuasa yang ada dalam badan
urusetia.
5.1.2 Saudara Abdul Majid b. Ishak menerangkan beberapa
aktiviti yang telah dijalankan oleh urusetia serta
peranan badan itu sendiri.
5.1.3 Ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga juga diberikan kepada semua pihak yang
terlibat terutamanya para ketua biro-biro dan ahli
persatuan yang bertungkus lumus dalam melicinkan
urusan yang berkaitan dengan pengurusan.

5.2

Laporan Biro Disiplin


5.2.1 Saudara Mohd Ruzaidi b. Isa memperkenalkan diri
selaku pengerusi biro disiplin dan pembantunya
saudara Abdul Ghani b. Zani serta beberapa ahli
jawatankuasa yang berada dibawah pimpinannya.
Laporan Biro Disiplin dimulakan dengan maklumat
tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
5.2.2 Saudara Mohd Zamri b. Sadami ingin mengetahui
apakah peraturan dan undang-undang disiplin
persatuan mengandungi perintah am atau peraturan
yang baru untuk diperkenalkan.
Saudara Mohd Ruzaidi b. Isa memberitahu bahawa
undang-undang serta peraturan persatuan setakat ini
masih dikekalkan seperti sebelum ini. Namun
pihaknya akan memberitahu kepada semua ahli
persatuan sekiranya ada berlaku pembaharuan atau
penambahan pada mesyuarat akan datang.
5.2.3 Saudara Mohd Shafee b. Sulaiman memohon
penjelasan ringkas mengenai tindakan persatuan
mengenakan tindakan tatatertib keatas Saudara

Hafiz b. Fikri yang disingkirkan dari menyertai


sebarang kejohanan.
Saudara Mohd Ruzaidi b. Isa menjelaskan bahawa
tindakan yang tatatertib yang dikenakan keatas
saudara Hafiz b. Fikri itu adalah keputusan pihak
jawatankuasa tertinggi. Pihaknya hanya menurut
perintah sahaja. Walau bagaimanapun pihaknya akan
cuba untuk membantu agar tindakan tatatertib yang
dikenakan itu dapat dipertimbangkan semula oleh
pihak jawatankuasa tertinggi persatuan.
5.3

Laporan Biro Penerangan


5.3.1 Saudara Hashim b. Hassan memperkenalkan diri
selaku pengerusi biro penerangan dan pembantunya
saudara Mustafa b. Kamal serta beberapa ahli
jawatankuasa yang berada dibawah pimpinannya.
Laporan Biro
Penerangan
dimulakan dengan
maklumat tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang
tahun.
5.3.2 Saudara Ahmad Ismadi b. Zawawi memohon
penjelasan mengapakah sejak tiga bulan yang lepas
ahli persatuan tidak menerima majalah sukan yang
dikeluarkan oleh persatuan seperti sebelum ini.
Saudara Hashim b. Hassan memberitahu bahawa
biro penerangan sejak tiga bulan yang lepas
mengalami masalah teknikal dalam penyediaan
laporan dan bahan untuk majalah sukan tersebut.
Dalam masa yang sama pihaknya juga mengalami
masalah dengan pihak pencetak dan pembekal.
Namun pihaknya akan cuba untuk menyelesaikan
masalah tersebut dengan kadar segera.

5.4

Laporan Biro Kebajikan


5.4.1 Laporan biro dimulakan dengan memperkenalkan
tonggak kepimpinan iaitu saudara Othman b. Jailani
selaku pengerusi dan pembantunya saudari Hamidah
bt. Haron serta beberapa ahli jawatankuasa yang
berada dibawah pimpinannya.

5.4.2 Seterusnya pengerusi majlis menerangkan serba


sedikit tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang sesi tahun ini.
5.4.3 Ucapan terima kasih diucapkan diatas segala
kerjasama yang ditunjukkan sesama ahli dan
jawatankuasa. Mohon maaf diucapkan atas segala
kesalahan atau kesilapan yang berlaku selama ini.
5.5

Laporan Biro Alatan dan Bekalan


5.5.1 Saudara Fauzi b. Ramli memperkenalkan diri selaku
pengerusi biro alatan dan bekalan dan pembantunya
saudari Siti Norhaliza bt. Darus serta beberapa ahli
jawatankuasa yang berada dibawah pimpinannya.
Laporan Biro Alatan dan Bekalan dimulakan dengan
maklumat tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang
tahun.
5.5.2 Saudari Zamzarina bt. Musa bertanya kepada
pengerusi Biro Alatan dan Bekalan, bilakah ahli-ahli
persatuan akan memperolehi pakaian rasmi untuk
aktiviti-aktiviti tertentu persatuan.
Saudara Fauzi b. Ramli menjelaskan bahawa pakaian
rasmi itu akan diperolehi pada penghujung tahun ini.
Ini kerana pihaknya sedang menguruskan proses
pembayaran dengan pihak pembekal.

6.0

5.5.3 Laporan
diakhiri
dengan
ucapan
sekalung
penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak
telibat. Segala kesilapan dan kesalahan mohon
ribuan ampun dan maaf.
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
PERSATUAN PENEMBAK NEGERI KEDAH 2001/2002.
6.1

Saudari Norhafizah bt. Hamid memperkenalkan diri sebagai


bendahari kehormat dan pembantunya saudara Mohd
Ghazali b. Atan. Bendahari menjelaskan bahawa tiada usul
kekeliruan yang dinyatakan sebentar tadi. Menurut
bendahari, jika sekiranya juruaudit tidak mengesahkan
akaun tersebut maka beliau tidak akan menandatangani di
bahagian tandatangan diperlukan.

Saudara Fahmi b. Kamil memohon penjelasan yang lebih


luas lagi kerana beliau merasakan bahawa masih ramai
ahli yang tidak faham. Beliau memohon maaf dan
kepercayaan masih tetap berada pada pihak bendahari,
Cuma beliau dan rakan-rakan mahukan penjelasan lagi.
Menurut saudari Norhafizah bt. Hamid perincian kewangan
yang dihantar oleh bendahari kepada juruaudit luar Encik
Kamal b. Yatim adalah benar dan sama tanpa ada
perbezaan. Wang keluar masuk adalah sama seperti yang
telah dinyatakan.
Menurut pengerusi majlis Encik Jamal b. Jamaluddin jika
sekiranya ahli tidak mahu mengesahkan laporan kewangan
tersebut
maka
ahli
persatuan
terpaksa
untuk
bermesyuarat sekali lagi.
Saudara Fahmi b. Kamil memohon maaf dan mengucapkan
terima kasih di atas ketelusan pihak yang berkenaan
memberi penjelasan.
Saudara Fahmi b. Kamil mencadangkan agar laporan
kewangan
tersebut
disahkan
dengan
pembetulan.
Disokong oleh Siva A/L Muthusamy.
7.0

PERLANTIKAN JURU AUDIT DALAMAN PPNK


7.1

Saudara Hamidi b. Majid mencadangkan saudara Rusman


b. Jamhari dilantik sebagai juruaudit dalaman PPNK.
Disokong sebulat suara tanpa bantahan.
Saudara Azlie b. Yahya mencadangkan agar saudari
Norharizan bt. Hanafiah dilantik sebagai juruaudit dalaman
PPNK.
Cadangan tersebut telah disokong oleh saudara Nazrul
Aswad b. Ismail.

8.0

PERBAHASAN USUL

8.1

Saudara Razman b. Ali mencadangkan agar yuran PPNK


dikurangkan kepada 20% daripada yang sebelumnya.
Saudara Othman b. Abu Bakar menyokong agar usul ini
diterima sebulat suara oleh ahli-ahli PPNK.

8.2

Saudari Norhayati bt. Manan mengusulkan agar ahli yang


mewakili PPNK ke kejohanan atau ke peringkat kebangsaan
diberikan intensif atau bentuk sokongan.
Saudara Khalid b. Yunos menyokong agar usul ini di terima.

8.3

Saudara Amri b. Jusoh mencadangkan agar diadakan


sukaneka tahunan bagi keluarga PPNK.
Saudara Hambali b. Mohamad menyokong agar usul
diterima sebulat suara tanpa bantahan.
Pengerusi Majlis Encik Jamal b. Jamaluddin menyatakan
bahawa usul tersebut telah pun dibincangkan dalam
mesyuarat
jawatankuasa,
dan
ia
dalam
proses
perundingan.

9.0

UCAPAN PENANGGUHAN
9.1

Saudara Abdul Majid b. Ishak mengucapkan ribuan terima


kasih kepada semua Ahli Persatuan Penembak Negeri
Kedah sidang 2001/2002 yang dipimpin oleh pengerusi
majlis. Tidak dilupakan kepada semua ketua-ketua biro
serta ahli jawatankuasa yang banyak melaksanakan
pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada ahli. Sekalung
tahniah kerana dapat mengendalikan mesyuarat agung
pada kali ini dengan baik. Mohon maaf dari pihak beliau
dan semua ahli jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan.
Ucapan penagguhan diakhiri dengan salam buat semua
Ahli dan Jawatankuasa PPNK sidang 2001/2002.

9.2

Saudara Pengerusi Majlis saudara Jamal b. Jamaluddin


mewakili semua Ahli PPNK memohon maaf jika ada salah
dan silap semasa beliau memimpin PPNK. Terima kasih
kepada semua ahli jawatankuasa PPNK sidang 2001/2002
dan semua ahli persatuan PPNK bagi sesi ini. Ucapan
pengerusi majlis diakhiri dengan serangkap pantun.

Mesyuarat Agung PPNK Kali Ke-5 ditangguhkan pada jam 2.15


petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Suratul-Asr.
Disediakan oleh,
..
( ABDUL MAJID B. ISHAK)
Setiausaha Agung Kehormat,
Persatuan Penembak Negeri Kedah,
Kedah Darul Aman.

Disemak oleh,

(JAMAL B. JAMALUDDIN)
Pengerusi,
Persatuan Penembak Negeri Kedah,
Kedah Darul Aman.

Disahkan oleh,

(HJ. RAHIM B. RAZALI)


Ketua Penasihat,
Persatuan Penembak Negeri Kedah,
Kedah Darul Aman.

AGENDA MESYUARAT AGUNG


PERSATUAN PENEMBAK NEGERI KEDAH
KEDAH DARUL AMAN.

1.

Ucapan Pengerusi

2.

Mengesah dan menerima minit mesyuarat PPNK kali ke-5

3.

Perkara-perkara berbangkit

4.

Membentangkan laporan biro-biro PPNK :

5.

4.1

Laporan Setiausaha (Urusetia)

4.2

Laporan Biro Disiplin

4.3

Laporan Biro Penerangan

4.4

Laporan Biro Kebajikan

4.5

Laporan Biro Alatan dan Bekalan

Membentang dan mengesahkan penyataan kewangan PPNK


sesi 2001/2002

6.

Membahaskan usul

7.

Ucapan pembubaran

You might also like