You are on page 1of 3

Miskonsepsi dalam nilai tempat dan nilai digit

Masalah : nilai tempat dan nilai digit


Masalah yang dihadapi :
1. Murid-murid tidak dapat menulis jawapan berkaitan dengan soalan nilai tempat dan
nilai digit dengan tepat.
2. Murid-murid sering salah faham tentang maksud nilai tempat dan nilai digit.

Contoh kesalahan jawapan murid :


1. Nyatakan nilai tempat bagi 6 dalam nombor 86097.
Jawapan murid : 6000
2. Nyatakan nilai digit bagi 6 dalam nombor 86098.
Jawapan murid : ribu / 6 ribu
Cara mengatasi :
Walaupun tidak mempunyai teknik yang mudah untuk menerangkan maksud nilai tempat
atau nilai digit, guru perlu menunjukkan atau melabelkan perkataan atau ayat penting dalam
nilai tempat atau nilai digit supaya murid-murid boleh mengingati jawapan yang betul dan
tepat bagi 2 jenis soalan ini.
Contoh :
Nilai tempat ( ayat penting ialah `tempat` )
Tempat ialah tempat tinggal atau rumah nombor tersebut. Tempat tinggal atau rumah
nombor ada 7 iaitu sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta. Oleh itu,
sekiranya soalan nilai tempat, murid-murid perlu memilih satu daripada 7 tempat nombor
sebagai jawapan.
Nilai digit ( ayat penting ialah `digit` )
Digit ialah nombor. Maka, jawapan yang diberikan oleh murid adalah dalam bentuk
nombor.

Cadangan
Guru Matematik perlu memberikan banyak latihan yang berkaitan dengan topik ini kepada
murid-murid supaya murid-murid dapat mengingati pengajaran guru. Latihan berulang-ulang
dapat mengukuhkan ingatan murid-murid terhadap soalan-soalan jenis ini. Latihan yang
diberikan mestilah mempunyai kedua-dua jenis seperti contoh di bawah supaya murid-murid
dapat membezakannya.
Contoh :
Soalan : Nyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi nombor yang digariskan.

Nombor

37860

65965

Nilai tempat

Nilai digit

Laporan
Walaupun terdapat banyak kaedah dan teknik pengajaran yang mudah dalam pelajaran
Matematik, tetapi seseorang guru hendaklah lebih peka dan perihatin kepada kemahuan
murid-muridnya. Keutamaan perlu diberikan kepada murid yang lemah dan tidak boleh
menerima kaedah lama pengajaran Matematik. Guru perlulah sentiasa mempunyai
beberapa kaedah dan teknik pengajaran Matematik untuk sesuatu topik supaya boleh
digunakan sekiranya sesuatu kaedah tidak boleh digunakan.

Teknik pengajaran mudah Matematik boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan


kemahuan murid-murid di dalam kelas. Kaedah pengajaran guru perlu diikuti dengan
teknologi moden seperti slide Power Point dan tayangan yang bersesuaian. Ini bukan sahaja
dapat menarik perhatian malahan dapat memberikan sesuatu tanggapan yang positif dan
mendalam kepada murid-murid.

You might also like