You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

Soalan 1

m/s

Pengenalan ---------------------------------------------------------------1.0 Tiga Bentuk Peniruan --------------------------------------------------

2
2

1.1 Peniruan Secara Langsung -------------------------------------------

1.2

Peniruan Melalusi Sekatlakuan Dan Taksekatlakuan --------

1.3

Peniruan Melalui Elisitasi ----------------------------------------------

Rumusan -------------------------------------------------------------------

________________________________________________________________

Soalan 2

m/s

Pengenalan ------------------------------------------------------------------

2.0 Aplikasi Model Sosial Bandura Dalam Bilik Darjah ------------

2.1 Peniruan Model Guru -----------------------------------------------------

7,8

2.2

Peniruan Model Pelajar Cemerlang ----------------------------------

2.3

Peniruan Tokoh-tokoh Negara -----------------------------------------

2.4

Motivasi Tingkah Laku Murni Pelajar ---------------------------------

11

2.5

Main Peranan dan Simulasi ----------------------------------------------

11

2.6

Alat Bantu Mengajar --------------------------------------------------------

11,12

Rumusan ----------------------------------------------------------------------Rujukan ------------------------------------------------------------------------

10

12
13

_________________________________________________________________
Pengenalan
Teori Pembelajaran Sosial Bandura merupakan ahli psikologi yang terkenal
atas teori

pembelajaran

social

dan

modelnya.Teorinya

adalah

gabungan

peneguhan behavioris dan proses kognitif dalam memahami tingkah laku orang
lain.Ia tidak bergantung hanya kepada pelaziman atau operan.
Teori pembelajaran sosial ini menegaskan pembelajaran manusia berlaku dari
semasa ke semasa dengan memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.Dengan
memerhatikan gerakbalas yang ditonjolkan, maka pembelajaran terbentuk.
Teori ini menyatakan bahawa faktor-faktor sosial , kognitif dan tingkah laku
memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock , 2001). Faktor kognitif
mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya , sementara faktor sosial ,
termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapa , guru
, ahli keluarga dan rakan-rakan akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut .
Teori pembelajaran sosial juga menyatakan manusia saling memerlukan
pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain . Ia juga menegaskan bahawa
pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan
sesuatu . Ia dilakukan dengan memerhatikan perlakuan yang ditonjolkan oleh
orang lain .
1.0 Tiga Bentuk Peniruan
Menurut teori ini, peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk iaitu meniru
secara langsung, peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan serta
peniruan melalui elisitasi.
1.1 Peniruan Secara Langsung
Peniruan secara langsung adalah melihat model sendiri atau secara tidak
langsung dengan membaca suratkhabar,menonton wayang, persembahan pentas
atau dari pelbagai media massa. Peniruan secara langsung banyak sekali
mempengaruhi perkembangan moral pelajar .
Apabila kanak-kanak telah menjangkau usia kognitif iaitu lebih kurang 1
tahun , perlakuan ibu bapa , abang , kakak dan ahli keluarga yang lebih besar

yang menjadi peniruan kerana kanak-kanak mempunyai masa yang paling lama
bersama dengan ahli keluarga mereka. Kanak-kanak akan meniru pertuturan ,
tingkah laku dan pakaian ahli keluarga.Sebagai contoh: jika merahli keluarga
berkelakuan sopan santun seperti mengucapkan selamat pagi ,jumpa lagi dan
berterima kasih kepada orang yang memberi pertolongan , maka kanak-kanak
dalam keluarga ini juga akan terpelajari secara tidak langsung dan juga akan
mengucapkan selamat pagi , jumpa lagi dan terima kasih pada situasi-situasi yang
sesuai . Tetapi pada sebaliknya jika ibu bapa dan ahli keluarga lain meludah di
merata-rata tempat,, kanak-kanak tersebut juga akan meludah disekitar . Nyatalah
di sini , perbuatan , pertuturan dan tingkah laku yang bermoral atau tidak bermoral
pada ibu bapa dan ahli keluarga lain akan mempengaruhi pembentukan moral
kanak-kanak juga .
Apabila kanak-kanak telah memasuki alam persekolahan , guru pula menjadi
model peniruan mereka .Segala gerak geri , pakaian guru ,tingkah laku dan
pertuturan guru akan diperhatikan oleh kanak-kanak , disimpan di dalam ingatan
,diperlihatkan di dalam situasi yang sesuai serta melakukan gerak geri , tingkah
laku dan pertuturan tersebut setelah mendapat motivasi . Oleh itu , jika guru sering
memarahi kanak-kanak tanpa mendengar penjelasan dan mengeluarkan bahasabahasa yang kasar dan tidak bermoral , ia akan dipelajari oleh kanak-kanak
.mereka juga akan menggunakan bahasa-bahasa kasar dan tidak bermoral
tersebut untuk memarahi orang lain yang telah melakukan kesalahan,tanpa
mendengar penjelasan .
Disamping itu, kanak-kanak akan mempelajari tingkah laku , gerak geri dan
pertuturan rakan-rakan mereka secara langsung khasnya daripada rakan-karib
yang berdekatan mereka . Oleh yang demikian , jika mereka bersama dengan
rakan yang berkelakuan baik , mereka akan mempelajari sesuatu yang baik dari
rakan atau sebaliknya.
1.2 Peniruan Melalui Sekatlakuan Dan Taksekatlakuan
Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A
tetapi tidak sesuai di dalam situasi B .Contohnya, pelajar-pelajar boleh bercakapcakap di luar bilik darjah semasa waktu rehat , tetapi jika mereka bercakap-cakap
di dalam perpustakaan juga , mereka akan dimarahi oleh guru atau perpustakawan
dan diberitahu bahawa perlakuan yang ditirunyai tidak dibenarkan dalam keadaan

tersebut dan telah tercatat dalam peraturan-peraturan perpustakaan. Pelajarpelajar perlu dilatih supaya mengawal disiplin sendiri kerana bukan semua
perbuatan boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam sekolah.
Contoh yang lain ialah pelajar-pelajar boleh bermain-main dan berkejar-kejar
dengan rakan-rakan mereka sebagai tanda berbaik mesra tetapi mereka tidak
boleh berkejar-kejar dan bermain-main dengan guru walaupun guru tersebut amat
baik dan mesra dengannya . Ini ialah satu tanda tingkah laku yang kurang sopan
dan tidak bermoral . Dengan adanya sekatlakuan yang diperketatkan oleh guru
besar , guru-guru penolong kanan , guru-guru , ketua darjah dan pengawas
sekolah akan menyekat kelakuan pelajar supaya mereka sering memperingatkan
diri sendiri jangan melakukan kelakuan dengan sesuka hati mereka.
Pelajar-pelajar juga meniru melalui taksekatlakuan . Ini bermakna mereka
akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi . Contohnya ,jika pelajar
ketahui bahawa bercakap-cakap di perpustakaan adalah dilarang , tetapi apabila
perbuatan ini tidak ditegur walaupun telah dilihat oleh guru-guru , perpustakawan ,
mereka akan terus bercakap-cakap di dalam perpustakaan . Ini merupakan
penerimaan melalui taksekatlakuan. Sebagai contoh yang lain , jika pelajar-pelajar
suka berbahasa kesat terhadap pelajar-pelajar lain tetapi tidak ditegur oleh guru
walaupun telah diperdengarkan , maka pelajar tersebut akan terus berbahasa
kesat juga kerana dijangkanya ini bukan perbuatan yang tidak bermoral .
Kelakuan-kelakuan yang negatif seperti suka mengacau pelajar perempuan ,
membuli pelajar yang lemah dan suka berbalas lidah dengan guru harus ditegur
dan dilarang sama sekali supaya kelakuan yang tidak bermoral ini tidak terus
berlaku sehingga menyebabkan perangai pelajar tersebut menjadi semakin liar .
1.3 Peniruan melalui Elisitasi
Perkataan elisitasi bermaksud merangsangkan.. Peniruan jenis ini timbul
apabila kita melihat perlakuan orang lain mendapat peneguhan positif .
Contohnya , apabila melihat guru memuji selepas pelajar menghantar kerja sekolah
kepadanya , pelajar-pelajar lain juga akan meniru tingkah laku yang baik itu dengan
menghantar kerja sekolah kepada guru juga. Begitu juga amalan membaca buku ,
tidak membuat bising dan tidak berjalan-jalan akan ditiru oleh pelajar-pelajar lain
apabila guru tiada di dalam bilik darjah . Pelajar-pelajar perlu dipuji setelah mereka
dapat berbuat demikian semasa guru tiada di adalam bilik darjah .Pelajar-pelajar

lain akan mempelajari tingkah laku yang baik sekiranya tingkah laku tersebut
mendapat perhatian guru dan puji-pujian guru sebagai peneguhan positif .
Mengikut Mok Soon Sang (2001) , keinginan individu untuk mendisiplinkan diri
semasa guru tiada di dalam bilik darjah timbul selepas kebanyakan pelajar di
dalam bilik darjah itu ingin berbuat begitu . Sebaliknya , sekiranya tidak ada pelajar
yang ingin membaca buku , membuat kerja sekolah dan duduk di tempat masingmasing , maka seluruh bilik darjah tersebut akan menjadi riuh-rendah dan huruhara semasa ketiadaan guru .
Dengan kata lain , sesuatu gerak balas individu hanya akan timbul setelah
pemerhatiannya ke atas gerak balas orang lain yang mendapat peneguhan positif .
Kelakuan mendisiplinkan diri yang bermoral ini akan menjadi peniruan elisitasi
yang patut dipuji dan diberi ganjaran oleh guru .
Rumusan
Dengan contoh-contoh yang diberikan diatas, kita dapat tahu bahawa segala
gerak geri , kelakuan , pakaian dan pertuturan ibubapa , ahli keluarga , guru dan
rakan sebaya akan mempengaruhi kelakuan pelajar yang masih muda dan
seterusnya membentuk sasiah mereka yang baik dan sempurna pada masa akan
datang .
Kelakuan mereka yang mulia akan ditiru oleh pelajar , manakala segala
perbuatan mereka yang tidak bermoral juga akan ditiru oleh pelajar , dan akan
membentuk individu yang tidak berakhlak mulia .
Semoga ibu bapa , ahli keluarga , guru dan setiap individu memperolehi
pengetahuan dan implikasi daripada Teori Peniruan Albert Bandura untuk
mendisiplinkan diri supaya dapat membentuk generasi-generasi yang berakhlak
mulia pada masa akan datang.

Soalan 2
Pengenalan
Teori Pembelajaraqn Sosial yang mengatakan bahawa kebanyakan kelakuan
manusia dipelajari melalui pemerhatian model. Model di sini bertuju kepada
seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh untuk ditiru atau dijadi
teladan.
Proses peniruan dalam teori pembelajaran social akan melalui empat langkah
tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi
a. Pemerhatian,
Apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dia akan
perhatikan

model

tersebut

dan

cuba

mengingat

langkah-langkah

yang

dilaksanakan oleh model tersebut.


b. Penyimpanan,
Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.
c. Pengeluaran,
Tingkah laku yang ditiru diperhatikan dalam situasi yang sesuai.
d. Motivasi,
Sekiaranya tingkah laku yang diperlihatkan menerima peneguhan (motivasi)
daripada orang lain, maka peniruan akan diulangi.

1.0 Aplikasi Model Sosial Bandura Dalam Bilik Darjah


Menurut Bandura ,manusia dan haiwan dapat belajar dengan memerhatikan
cara orang atau haiwan lain membuat sesuatu. Teori ini juga menegaskan kepada
peneguhan dalam pemodelan dimana ia mendorong dalam pembelajaran.
Konsep peniruan dalam Teori Pembelajarana Sosial Bandura Pemodelan boleh
digunakan dalam bilik darjah untuk mencapai tiga kesan iaitu:
1. mengajar tingkah laku yang baru
2. menggalakkan pengukuhan tingkah laku yang lama

3. mengalakkan atau melemahkan sesuatu halangan untuk

tujuan membantu

murid mengatasi perasaaan takut atau malu.


Oleh sebab itu ia dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah dengan cara-cara
berikut.
2.1. Peniruan Model Guru
Orang-orang yang paling sesuai dihubungkan dengan teori ini adalah guruguru atas sebab guru-guru adalah contoh-contoh yang penting untuk pemerhatian
dan peniruan oleh pelajar-pelajar. Seorang guru memainkan pelbagai peranan di
sekolah. Dia adalah pengajar, kaunselor, penyebar nilai masyarakat, pendisiplin
dan pengadil.
Guru juga merupakan pemimpin di dalam bilik darjah . Mengikut Bandura ,
pemimpin pada kebiasaannya akan menjadi model peniruan individu .Oleh itu ,
guru memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku serta sahsiah
pelajar-pelajar.Personaliti seseorang guru adalah amat penting bagi membantunya
memainkan pelbagai peranan dengan berkesan.
a. Pakaian Guru
Guru harus berpakaian kemas semasa bertugas di sekolah . Pakaian yang
kemas disini bermaksud baju kemeja , kot dan bertali leher yang dapat
menonjolkan personaliti yang tinggi yang boleh disegani oleh orang lain terutama
anak murid sendiri. Pakaian guru yang kemas juga dapat memberikan rangsangan
atau keazaman kepada pelajar untuk berdisiplinkan diri seperti guru yang
mematuhi perintah am kerajaan . Guru yang berpakaian tidak kemas akan
menunjukkan

guru

tersebut

akur

kepada

perintah

kerajaan

Ini

akan

mempengaruhi pelajar bahawa mereka juga tidak perlu mematuhi perintah guru
sedangkan guru juga tidak dapat mematuhi perintah am kerajaan. .
b. Tingkah Laku Guru
Setiap gerak geri guru menjadi teladan pelajar . Guru yang suka meludah di
merata-rata tempat akan menjejaskan imejnya . Apabila perbuatan ini dilihat oleh
pelajar, mereka akan tertanya-tanya mengapa guru melarang mereka meludah di
merata-rata tempat , sedangkan guru sendiri membuangkannya di merata-rata
tempat . Pelajar akan menganggap kata guru tidak dikotakan .
7

Bagaikan peri bahasa seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul .


Memang benar , kata sesetengah orang bahawa jika guru mahukan pelajarnya
menjaga kebersihan kawasan sekolah, maka guru perlu menjadi model peniruan
hidup kepada pelajarnya .
c. Pertuturan Guru
Pertuturan guru juga harus bersopan-santun supaya dapat membentuk pelajar
yang berbudi bahasa dan bersopan santun juga . Guru yang berbahasa kasar ,
tidak bersopan , suka maki-hamun akan menonjolkan imej kurang ajar kepada
pelajar dan akhirnya bukan sahaja meruntuhkan imej guru , bahkan juga akan
merosakkan kemoralan pelajar yang mencontohi pertuturannya .
Guru patut bertuturan dengan bersopan-santun setiap masa serta di manamana sahaja dan bukan cuma di hadapan pelajar sahaja kerana pelajar akan
memerhatikan dan mencontohi pertuturan guru bila-bila masa walaupun di dalam
sekolah mahupun di luar sekolah .
d. Personaliti Guru
Guru yang memiliki personaliti yang seimbang juga menjadi teladan kepada
murid.Guru yang peramah dan mesra akan dapat membina perhubungan yang
mesra dengan murid-murid.
Selain daripada itu guru yang adil dan utuh adalah jujur dan boleh dipercayai
oleh muridnya. Mereka yang mempunyai tahap kemoralan yang tinggilah yang
sering dicontohi oleh pelajar-pelajarnya.
e. Kaedah Pengajaran Guru
Guru boleh mengggunakan kaedah yang kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran.Sebagai contoh, guru mendemontrasi cara membuat tang lung
dengan menggunakan kertas warna dan pelajar meniru secara langsung. Guru
boleh cuba demontrasikan tersebut beberapa kali mengikut keadaan.
Selain daripada itu,guru juga boleh menunjukkan cara-cara pergerakan yang
betul dalam masa pendidikan jasmani seperti cara meronta bola dan kemahiran
lain sesuai dengan kaedah tersebut.

2.2 Peniruan Model Pelajar Cemerlang


Dalam setiap sekolah mesti

mempunyai pelajar yang cemerlang dalam

akhlak , pelajaran dan perkhidmatannya. Guru patut menggalakan pelajar-pelajar


lain supaya mencontohi teladan pelajar yang mempunyai sikap mulia di bawah.
a. Bersopan Santun
Pelajar yang sering mengucapkan selamat pagi , selamat tinggal , berterima
kasih dan meminta maaf jika bersalah kepada guru dan rakan patut dipuji oleh guru
.Menurut teori, tingkah laku dan model yang diberikan ganjaran atau dipuji adalah
lebih banyak ditiru.
Guru harus memberitahu pelajar lain bahawa jika rakyat negara ini bersopansantun , ia boleh menjadi sebuah negara yang maju dan dikagumi oleh negara lain.
b. Jujur
Guru sepatutnya sentiasa memberitahu pelajar bahawa pelajar yang jujur
dengan tidak berbohong disanjung tinggi .Walaupun pelajar tersebut telah
melakukan kesalahan ,tetapi jika dia mengakui kesalahannya dan berjanji tidak
akan mengulanginya lagi akan dipuji dan harus diteladan oleh pelajar lain .
Disamping itu , pelajar yang jujur kerana tidak tamakkan harta benda orang
lain juga patut dipuji . Setelah tingkah laku pelajar yang jujur dipuji , pelajar-pelajar
lain akan mengetahui akhlak mulia ini diterima semua dan dengan secara tidak
langsung , mereka akan memulangkan harta benda orang lain yang dijumpai
dengan kerelaan hati mereka .
c. Bertanggungjawab
Pelajar harus dilatih untuk bertanggungjawab melaksanakan segala tugas
yang telah diamanatkan kepadanya setiap masa. . Dengan terpupuknya sikap
bertanggungjawab ini ,

pelajar akan melakukan kerja dengan sempurna tanpa

diarahan oleh orang lain pada setiap masa.

2.3 Peniruan Tokoh-tokoh Negara


Dalam pembelajaran tiruan, status model

yang tinggi akan menjamin

keberkesanan pembelajaran.Guru boleh mengajar nilai-nilai murni yang ada pada

tokoh-tokoh sejarah di mana semangat cintakan tanahair , sanggup berkhidmat


dan berkorban demi negara serta kebijaksanaan mereka semasa memimpin
negara .
Guru-guru perlu mendidik pelajar dengan mempamerkan gambar mereka di
bilik darjah, kawasan sekolah , menonton rakaman filem dan membaca buku-buku
sejarah mengenai sejarah perjuangan mereka . Antara tokoh-tokoh negara yang
sesuai diteladani ialah bekas-bekas Perdana Menteri dan beberapa tokoh sejarah
yang telah memperjuangkan demi kejayaannya seperti pengasas Kuala Lumpur
iaitu Kapitan Yap Ah Loy yang datang dari negara China.Dengan usaha dan
ketabahannya,maka beliau berjaya membangunkan Kuala Lumpur daripada pekan
kecil yang dikelilingi hutan dan lombong menjadi pekan besar.Beliau juga adalah
ketua penduduk Cina di Kuala Lumpur.
Selain daripada itu, guru juga boleh memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah
yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara dan tokoh-tokoh yang
membangunkan negara.
Contoh-contoh gambar tokoh-tokoh sejarah adalah seperti dibawah :

2.4 Motivasi Tingkah Laku Murni Pelajar


Setiap sekolah mengadakan anugerah tokoh pelajar pada setiap akhir tahun
berdasarkan tingkah laku mereka yang murni seperti kerajinan , menunjukkan
kepimpinan dan kesanggupan menolong guru dan pelajar lain di khalayak pelajarpelajar semasa majlis penyampaian hadiah diadakan . Anugerah sebegini amat

10

merangsangkan pelajar-pelajar lain berazam untuk mencontohi teladan pelajarpelajar tersebut .


`

Selain daripada itu , pujian , ganjaran dan hadiah perlu diberikan kepada

pelajar-pelejar yang berjaya berkelakuan moral pada setiap masa . Peneguhan


positif sebegini dapat memotivasikan setiap pelajar untuk berkelakuan murni yang
disukai ramai .
2.5 Main Peranan Dan Simulasi
Untuk memberikan penanggapan situasi yang sebenar , guru boleh
mewujudkan lakonan-lakonan, main peranan dan simulasi untuk mengajar nilainilai

murni

bagaimana

dengan

melakonkan

watak-watak

sesuatu

pelajar-pelajar mengambil bahagian dalam

situasi. Contohnya
kerja amal seperti

mengadakan gotong-royong membersihkan rumah warga tua , pusat orang kurang


upaya dan rumah-rumah anak yatim .
Pada mulanya,guru boleh merancang satu simulasi contoh kerja-kerja yang
boleh

dilakukan

di

rumah-rumah

kebajikan

seperti

menolong

mereka

membersihkan tempat tinggal dan memberikan sumbangan kepada mereka .


Dengan adanya simulasi ini ,pelajar-pelajar dapat mempelajari cara-cara
berkhidmat untuk orang lain di samping menyemaikan semangat empati , simpati ,
kasih sayang , keperihatinan dan semangat tolong-menolong .
2.6 Alat Bantu Mengajar
Melalui peiruan dan modeling, murid-murid mudah dipengaruhi oleh modelmodel yang simbolik daripada media massa. Secara tidak langsung, melalui
program dan bahan yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak., pengajaran moral
dan peranan kanak-kanak sebagai angggota masyarakat disampaikan kepada
mereka.

Oleh itu, sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru

hendakalah memastikan tayangan video atau gambar tidak mengandungi unsurunsur keganasan, kebendaan dan pergaulan bebas ditonton atau dibaca oleh
pelajar-pelajar yang boleh ditiru oleh mereka.Disamping itu,guru-guru harus
memastikan tayangan video dan gambar adalah sesuai dan berminat untuk muridmurid.

11

Rumusan
Daripada contoh-contoh yang diberikan di atas,kita dapat suatu gambaran
bahawa pelajar yang masih di dalam zaman pembelajaran sering memerhatikan
gerak geri orang di sekelilingnya . Setelah pemerhatian dilakukan ,mereka
berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya .Pelajar hanya akan
melakukan tingkah laku selepas mendapat motivasi , kepuasan , ganjaran atau
peneguhan positif . Ini menjadi peluang kepada guru untuk membentuk akhlak
pelajar yang mulia yang seharusnya dimiliki oleh setiap insan .
Akhir kata, guru dapat memahami perkembangan moral pelajar di sekolah
melalui Teori Peniruan Bandura untuk membantunya membuat pertimbangan atau
keputusan

di

dalam

kehidupan

mereka

dan

juga

dapat

membimbing

perkembangan personaliti pelajar di sekolah .Dengan itu,guru-guru dapat


membentuk akhlak pelajar yang berperangai positif pada setiap masa.

RUJUKAN
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Psikologi Pendidikan1. Longman Malaysia Sdn Bhd.

12

Mok Soon Sang (2001) Penddidikan Di Malaysia Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Sdn Bhd
Rahman Sukor bin Ab. Samad(2006) HBME1103 Pengenalan Pendidikan Moral
Khadijah Rohana Mohd Yunus (2006) HBET2103 Psikologi Pendidikan
Laman wet
http/www.pts.com.my
http/www.forum.cari.com.my

13

You might also like