You are on page 1of 2

KAJIAN ASAS PENGETAHUAN ISLAM MASYARAKAT BAJAU

SEMPORNA: SATU TINJAUAN DI KEPULAUAN DAERAH


SEMPORNA, SABAH.

Nurul Auni Jamal & Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (PhD)


Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah
mynurulauni@gmail.com

Abstrak
1. Asas pengetahuan Islam merupakan tunjang dalam membina insan yang sentiasa berpegang
teguh dengan agamanya. Keindahan agama Islam itu sendiri sudah pasti akan membina sebuah
masyarakat madani dengan penerapan unsur Islam dalam kehidupan mereka.
2. Sabah sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik, keunikan serta budaya yang
berbeza. Amalan budaya yang masih dipegang juga berkait rapat dengan pegangan agama
yang dianuti. Permasalahan akan timbul apabila budaya memanupulasi pegangan agama
disebabkan oleh asas pengetahuan yang tidak kukuh. Apabila pengetahuan agama sesebuah
masyarakat

itu

rendah,

mereka

cenderung

untuk

melakukan

perkara-perkara

yang

bertentangan sedangkan agama itu merupakan panduan dan pegangan hidup. Melihat kepada
skop masyarakat Bajau Semporna yang tinggal di pulau-pulau sekitar perairan Semporna, satu
kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti asas pengetahuan Islam masyarakat yang tinggal di
laut. Pulau tersebut meliputi Pulau Selakan, Pulau Sebangkat dan Pulau Omadal. Seramai 80
orang penduduk telah menjadi responden. Kaedah yang dilakukan oleh pengkaji adalah
membuat pemerhatian turut serta terhadap amalan kehidupan yang mereka jalani dan
mengedar borang soal selidik bagi menyokong data sedia ada. Pengkaji telah menganalisis data
dengan menggunakan kaedah tematik dan SPSS versi 16 bagi mendapatkan keputusan.
Dapatan kajian menunjukkan masyarakat di sana mempunyai asas pengetahuan Islam.
Walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian turut serta, mereka hanya mempunyai
pengetahuan asas sahaja dan bukan secara mendalam.

Kata kunci : Asas pengetahuan Islam, masyarakat Bajau Semporna.

You might also like