You are on page 1of 3

Awas tekanan darah rendah

Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan
darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.
TEKANAN darah rendah atau Hipotensi merupakan penyakit yang kerap dialami, namun
ada segelintir masyarakat mengabaikan dan menganggap ia sebagai pening biasa atau
masalah dehidrasi.
Malah ada segelintir daripada kita membiarkan tekanan darah rendah tanpa sebarang rawatan
padahal penyakit ini boleh mengancam nyawa.
Tekanan darah setiap orang adalah berbeza tetapi jika seseorang yang mengalami tekanan
darah rendah bacaan darah sistolik kurang 90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah
diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua
tahap berkenaan.
Apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah
mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.
Tanda tekanan darah rendah seperti pening atau pitam, pengsan, penumpuan kelam,
penglihatan kabur, loya, kulit dingin, pucat dan lembap, pernafasan pendek dan cepat,
keletihan dan dahaga.

Berkait masalah jantung


Tekanan darah rendah juga boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ

berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik dan akan menyebabkan badan gagal
mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien dikehendaki.
Selain itu, masalah endokrin seperti penyakit paratiroid dan penyakit Addison yang
menyebabkan kekurangan adrenal, gula dalam darah yang rendah atau hipoglisemia juga
menyumbang kepada tekanan darah berkurangan. Malah, penyakit diabetes boleh
mencetuskan tekanan darah rendah.
Mereka yang mengalami muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk juga terdedah kepada
risiko mendapat tekanan darah rendah berikutan mengalami dehidrasi kerana ketika
dehidrasi, tubuh akan kehilangan banyak air.
Lebih buruk, komplikasi dehidrasi seperti hypovolemic berlaku apabila isipadu darah yang
rendah menyebabkan penurunan mendadak tekanan darah dan pengurangan oksigen untuk
sampai ke organ penting. Jika tidak dirawat, hypovolemic teruk boleh menyebabkan
kematian.

Hipotensi wanita hamil


Wanita hamil juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah dan menyebabkan rasa
pening serta loya dalam tempoh berkenaan akibat hormon kehamilan.
Jika wanita hamil mendapat serangan penyakit ini akan wujudnya masalah seperti anemia (
kekurangan haemoglobin atau darah merah) yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.
Tekanan darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26
minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga ( 27-40 minggu).
Jadi bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa kalau puan adalah dalam linkungan
trimester kedua. Tanda seperti pitam bila bangun dari kedudukan baring adalah biasa sebab
tekanan darah rendah. Namun demikian pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.
Jikalau seseorang itu bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti tersebut perlu
diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan akan berlaku penurunan berat badan
seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar merisaukan.
Tanda-tanda kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan pemeriksaan
jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun perlu diperiksa secara
ultrasound.

Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja


Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa sahaja namun risikonya lebih tinggi
kepada mereka yang lebih berusia.
Diagnosis tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit, sekali
gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal pasti masalah berkaitan
jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah.

Biasanya, pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan sistolik
dan diastolik. Doktor juga akan menawarkan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan
kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu
saluran darah yang membawa darah ke jantung.
Pemeriksaan tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan
sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam darah dan kekurangan
sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah menurun.
Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi KPJ Klang,
Dr Lillian George

You might also like