You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

MAKTAB MAHMUD LANGKAWI KALI KE-16

TARIKH

: 15 MEI 2014

HARI

: KHAMIS

MASA

: 11.30 PAGI

TEMPAT

: DEWAN IBNU SINA

KEHADIRAN

: 199 (WARIS) , 33 (STAFF DAN GURU )

PERASMI

:Tuan Kamal bin Hashim (mewakili YB Dato Hj. Mohd Rawi bin Hj. Abd Hamid)
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi,
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Mesyuarat Agung PIBG Maktab Mahmud Langkawi telah dipengerusikan oleh Pengerusi PIBG iaitu
En.Ismail Eh bin Abdullah.

Agenda 1:

Ucapan yang Dipertua PIBG Maktab Mahmud Langkawi.

1.1 Pengerusi PIBG mempengerusikan mesyuarat dan merakamkan sekalung penghargaan kepada semua
waris yang hadir ke mesyuarat agung PIBG kali ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang
tinggi terhadap anak-anak.
1.2 Beliau berharap semua ahli yang hadir akan dapat memberikan pandangan yang membina dalam

membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangannya dalam semua bidang.


Agenda 2: Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan
kali ke-15
2.1 Minit mesyuarat kali ke-15 telah dibentangkan oleh ustaz Rasidi bin Saad selaku setiausaha PIBG MML.
2.2 Encik Adnan bin Salleh telah mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan dan telah disokong oleh
Puan Rohani bt Saad.
Agenda 3:Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Kewangan Sesi 2013
3.1 Pn. Nor Shafiza bt Mat Isa, Bendahari PIBG MML Sesi 2012/2013 membentangkan Penyata

Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2013 untuk diterima dan dilulus kan. Penyata Kewangan
ini telah diaudit bersama oleh 2 orang Juru Audit Dalaman PIBG iaitu En. Mohd Naim bin Abdul
Ghani dan En. Ahmad Nazri bin Ali.
3.2 Puan Rohani Saad mencadangkan agar laporan Kewangan disahkan seterusnya disokong oleh Puan Nor
Hidayu.

Agenda 4:

Memaklumkan dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan sesi 2013

4.1
Ustaz Rasidi bin saad selaku Setiausaha PIBG Sesi 2013 membentangkan Laporan
Aktiviti
Tahunan PIBG MML bagi sesi 2012/2013.
Agenda 5: Perkara-perkara berbangkit.
5.1 Tiada perkara berbangkit.

Agenda 6:Pembubaran AJK PIBG sesi 2013 dan melantik Pengerusi sementara
Mesyuarat
6.1 En. Adnan bin Salleh mencadangkan YDP PIBG untuk menjadi pengerusi sementara.
Sidang
mesyuarat bersetuju melantik En.Ismail Eh bin Abdullah sebagai
pengerusi sementara mesyuarat.
6.2 Pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG sesi 2014
6.2.1
Terdapat 3 orang AJK PIBG 2013/2014 yang tidak hadir ke mesyuarat atas
alasan
tidak mempunyai anak yang bersekolah di Maktab Mahmud
Langkawi iaitu :i ) en. Mahtar bin Said (NYDP)
ii ) en. Mohd Razi bin Saman
iii ) en. Ismail bin Hashim
6.2.2

En. Rashidi bin Saad mencadangkan En. Roslan bin Mad Arif sebagai NYDP PIBG
bagi sesi 2014.

6.2.3

Pn. Sopiah binti Shaari mencadangkan Pn. Norita Maria sebagai AJK PIBG

6.2.4

En. Roslan bin Mad Arif mencadangkan En. Sobri sebagai AJK

6.2.5
menjadi

En. Adnan mencadangkan En. Nayan ( Mantan YDP PIBG) dilantik semula
AJK PIBG dan disokong oleh Pn. Nor Hidayu.

6.3 Mesyuarat telah membuat keputusan pemilihan jawatankuasa PIBG 2014


Yang Dipertua
Timbalan yang Dipertua
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
Ahli-ahli Jawatankuasa

: En. Ismail Eh Bin Abdullah


: En. Roslan bin Md Arif
: En. Rashidi bin Saad
: Pn. Nor Shafiza Bt Mat Isa
: Pn. Asma binti Ramli (Guru)
Cik Zahara binti Hashim (guru)
En. Mohd Afifi bin Che Mansor (guru)
En. Shafiz bin Ishak (Guru)

En. Mohd Najib bin Adnan (waris)


En. Sobri bin

(waris)
Pn. Norita Maria

(waris)

En. Nayan (waris)


Juru Audit

: 1. En. Mohamad Naim bin Abd Ghani


2. En. Ahmad Nazri bin Ali

Agenda 7 Membahas usul dan cadangan daripada ahli


7.1

Makluman pakaian bagi pelajar asrama.

- pengetua menjelaskan bahawa baju batik perlu dipakai sewaktu hari persekolahan
ganti, outing dan hari balik kampung. Pakaian untuk waktu prep pula ialah baju prep
atau t-shirt asrama.
7.2

Water cooler di asrama puteri.

- pengetua memaklumkan bahawa pada 11 Mei 2014, 1 unit water cooler yang baru
telah dipasang
di asrama puteri dan 1 unit lagi masih lagi diservis oleh pembekal.
7.3

Makanan di kantin dipelbagaikan.

- pengetua memberitahu soalan ini acapkali diutarakan tetapi pihak sekolah terpaksa
akur kerana
menu makanan telah disediakan oleh pihak Lembaga Maktab Mahmud.
7.4

Masalah telefon yang selalu rosak.

- pengetua menjelaskan terdapat 2 unit telefon yang telah dipasang di kawasan


sekolah dan 1 unit
lagi di kawasan asrama. Telefon tersebut tidak menggunakan kabel
seperti telefon rumah dan
beroperasi seperti telefon bimbit.
- sekiranya tedapat kerosakkan hendaklah melaporkan kerosakan tersebut kepada En.
Aman di
pejabat sekolah.
7.5

Menyediakan almari yang lebih besar bagi pelajar asrama.

- pengetua menjelaskan kekangan ruang dalam dorm menjadi faktor usul tersebut
tidak dapat
dilaksanakan disamping saiz almari yang sedia ada adalah standard yang
ditetapkan.
7.6

Kebenaran membawa telefon bimbit bagi pelajar yang tinggal luar dari Langkawi.

- pengetua memberi kebenaran pelajar luar dari Langkawi membawa telefon bimbit
tetapi perlu
menyerahkan kepada warden untuk disimpan.
7.7

Mengadakan kelas untuk pelajar STAM


- YDP PIBG menjelaskan buat masa ini, hasrat untuk mewujudkan kelas STAM tidak
kesampaian
ekoran dari kekurangan kelas.

7.8

Pemasangan lampu jalan di hadapan sekolah.

- pengetua menjelaskan masalah ini telah dirujuk kepada TNB dan mendapat
maklumbalas bahawa
ketiadaan tiang elektrik di kawasan ini.
Agenda 8 Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG MML 2014

8.1 En Ismail Eh bin Abdullah mengucaplan terima kasih atas pelantikan beliau sebagai
YDP
PIBG 2014.
8.2 Pn Sopiah binti Shaari mengalu-alukan kedatangan waris untuk berurusan dengan
pihak sekolah
dalam meningkatkan prestasi sekolah.
8.3 En. Rashidi bin Saad merakamkan penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan
oleh waris iaitu carpet dan net.
8.4 YDP PIBG menyarankan agar semua waris datang ke sekolah dan membincangkan
prestasi anak mereka pada bila-bila masa. Beliau turut mengucapkan tahiniah atas
pelantikan AJK PIBG 2014 yang baru dan berharap agar semua pihak dapat meberikan
kerjasama dalam menjayakan semua program PIBG dalam memastikan kecemerlangan
MML.

Mesyuarat PIBG MML kali ke-15 ditangguhkan pada pukul 1.15 petang.

Disediakan oleh

..
(Najmiyah binti Hassan)

disemak oleh

..

Disahkan oleh,

..

(Rasidi bin Saad)

Pencatat Minit Mesyuarat Agung


Kali ke-15
Langkawi

Maktab Mahmud Langkawi

(En. Ismail Eh bin Abdullah)


Setiausaha PIBG

YDP PIBG

Maktab Mahmud

You might also like