You are on page 1of 1

Post Mortem UPSR PPDPU 2014

Rumusan Pelaporan Post-Mortem UPSR 2014


A. Kekuatan
1. Kumpulan murid yang bakal cemerlang, lulus dan gagal dalam peperiksaan dalam UPSR telah
dikenalpasti berdasarkan TOV.
2. Komitmen yang baik daripada guru-guru Sains Tahun 6 dan pentadbir sekolah.
3. Sikap positif, kuat semangat dan kegigihan murid-murid dan guru-guru sains.
4. Pendedahan cara-cara menjawab soalan-solan bahagian B Sains dengan betul mengikut Lembaga
Peperiksaan Malaysia semasa PdP.
5. Mengadakan Program Kelas Tambahan, Program Motivasi dan Bengkel menjawab Soalan bahagian
B Sains UPSR.

B. Kelemahan
1. Masih ada segelintir murid yang tidak menguasai bahasa cina dan bahasa inggeris dengan baik.
Ini mengakibatkan murid tidak memahami maksud dengan tepat bagi perkataan- perkataan yang
digunakan dalam soalan.
2. Perbendaharaan kata sains murid yang masih kurang mantap sehingga menyukarkan murid
menjawab soalan dengan tepat.
3. Murid lemah dalam penyampaian jawapan dengan baik dalam bahgian b sains.

C. Cadangan Penambahbaikan
1. Program latihan sains dalam keratan akhbar (akhbar 3M).
2. Latih tubi soalan-soalan jenis KBAT.
3. Memurnikan bahan-bahan untuk Program Peningkatan Prestasi Sains UPSR.
4. Program Pemantapan Kosa Kata Sains dipertingkatkan lagi. Program ini dijalankan selaras dengan
Program bacaan pagi.
5. Program bimbingan rakan sebaya. Rakan yang telah mencapai keputusan sains yang cemerlang
diarahkan membimbing murid-murid yang lemah.
6. Menggunakan proram I-think untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kandungan sains.
Murid-murid mengorganisasikan kandungan sains yang telah dipelajari dengan teknik i-think.

Disemak

Disahkan

You might also like