You are on page 1of 3

Forum

Asia untuk Asia


Penjajahan Jepun merupakan satu detik perubahan dalam pentadbiran di Tanah Melayu
apabila penguasaan Tanah Melayu mula berubah kepada pentadbiran Jepun yang bercorak
ketenteraan. Jepun menggunakan strategi menyebarkan memorandum seperti Asia untuk Asia
dan kesemakmuran Asia Timur raya bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu
menentang Barat keluar. Ini jelas menunjukkan dalam menjajah Tanah Melayu, Jepun
menggunakan strategi mengeksploitasi pemikiran rakyat dahulu supaya mereka ini tidak
dianggap sebagai penjajah sama seperti Barat. Pihak Jepun juga berjaya mempengaruhi
penduduk tempatan seperti golongan nasionalis radikal daripada Kesatuan Melayu Muda
(KMM) di bawa pimpinan Ibrahim Hj. Yaakob. Hal ini memudahkan penguasaan Jepun di
Tanah Melayu berjalan dengan lancar. Kemuncaknya, Tanah Melayu di tawan oleh Jepun
dalam masa hanya 70 hari. Penguasaan Jepun ini di lakukan melalui darat, laut dan udara.
Mereka juga berbasikal melalui jalan-jalan kecil.
Forum 2
Pencetus awal perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu bermula apabila wujudnya
kesedaran oleh golongan-golongan tertentu dalam melihat hak mereka terhadap tanah air
mereka. Melalui mereka inilah kemudiannya tersebarnya semangat nasionalisme perjuangan
menuntut kemerdekaan negara. Antara individu yang mempunyai kesedaran awal ke arah
perjuangan kemerdekaan adalah Ahmad Boestaman, Ibrahim Hj. Yaakob dan ramai lagi.
Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh
politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat Kesatuan
Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama
Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya Sebelum tertubuhnya KMM, IBHY
dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang berhaluan sosialis iaitu
Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan
Malaya Raya. Ahmad Boestaman pula bersama rakan-rakan seperjuangannya seperti Abdul
Samad Ahmad, Muhammad Hanif dan ramai lagi berusaha menerbitkan akhbar Suara Rakyat
yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan bernegara.
Melalui akhbar ini juga lahirnya satu parti politik yang dikenali sebagai Parti Kebangsaan
Melayu Malaya yang berjuang kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini berusaha
menyedarkan masyarakat tempatan tentang hak rakyat yang diketepikan penjajah. Tuntasnya,
semangat nasionalisme ini wujud melalui orang perseorangan yang kemudiannya
menyebarkan ideologi mereka untuk memberi kesedaran kepada masyarakat seterusnya
mengerakkan perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.

Forum 3
Abad kesedaran ialah abad di mana wujudnya kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk
bangkit berjuang mempertahankan negara. Menurut Prof. Madya Ishak Saat, kebangkitan
orang Melayu ini selaras dengan perkembangan akhbar tempatan dan kebangkitan kesedaran
tokoh-tokoh politik Melayu dari negeri Perak. Melalui peranan akhbar, orang Melayu dapat
mengetahui maklumat-maklumat penting dan perkembangan politik yang berlaku di Tanah
Melayu. Ia kemudiannya memberi kesedaran untuk maju ke hadapan demi mempertahankan
negara. Kebangkitan kesedaran ini kemudiannya membawa kepada wujudnya semangat
nasionalisme, di mana satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa
pada tempat yang tinggi. Semangat nasionalisme ini akhirnya memberi kesedaran kepada
rakyat supaya meletakkan rasa cinta kepada negara sekali gus bangkit memperjuangkan
kemerdekaan negara. Kelahiran tokoh-tokoh terkenal seperti Ahmad Boestaman, Ibrahim Hj.
Yaakob dan ramai lagi membantu menyebarkan semangat nasionalisme dalam kalangan
masyarakat sekali gus membantu rakyat mencapai satu tujuan, iaitu perjuangan
memerdekakan negara. Maka dengan itu, wujudlah juga golongan yang dikenali sebagai
golongan radikal.

Forum 4
Selepas perang dunia ke dua menyaksikan anak-anak Melayu Perak bertekad untuk
menerbitkan akhbar tempatan di Perak. Penerbitan akhbar Suara Rakyat ini kemudiannya
membawa kepada penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Ia merupakan
perkembangan awal penubuhan parti-parti politik selepas perang dunia ke dua. Selepas
pengunduran Jepun dari Tanah Melayu, British masuk semula ke Tanah Melayu dan cuba
menubuhkan Malayan Union. Penubuhan Malayan Union ini kemudiannya membawa kepada
caturan politik pelbagai kaum di mana wujud kerjasama antara parti politik berbilang kaum
seperti PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Toleransi berpolitik ini berjaya melahirkan
Perlembagaan Rakyat namun di tolak British kerana diajukan oleh golongan radikal. Lahir
pula kerjasama di antara UMNO dengan MCA yang dikenali dengan PERIKATAN pada
tahun 1949. Kerjasama politik ini telah membuka mata British bahawa orang Melayu dan
bukan Melayu boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita
perjuangan kemerdekaan.

Forum 5
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pengisytiharan kemerdekaan ini
dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Setelah
kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang
menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Tunku Abdul Rahman Putera dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan
Luar Negeri Asia Tenggara pada 27 Mei 1961, menggagaskan perlunya satu rancangan untuk
membawa Persekutuan Tanah Melayu, Borneo, Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam satu
bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang
semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.
Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul
Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di
London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian
penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House,
London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakilwakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan
British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys
dan Lord Landsdowne.
Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang
keras gagasan tersebut. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat
Brunei, Indonesia dan Filipina. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada
wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya
telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan
Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan Ganyang Malaysia. Tentera Indonesia
dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor. Walau
bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA
tercapai pada 16 September 1963.

You might also like