You are on page 1of 29

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENDAHULUAN
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al.
(1971: xxv)menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining,
and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah
suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian

merupakan

satu

proses

untuk

memperolehi

maklumat

kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah
laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi
maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru
dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data
kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.
TIGA JENIS PENILAIAN BAHASA :

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
1

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

A. PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Ciri-ciri:

dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki


kurikulum.

dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada


penilaian ini digunakan secara terus menerus.

bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan


masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.

dijalankan

sepanjang

masa

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung.

maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam


memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru
sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.

Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah
yang tidak ditentukan gred.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
2

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Prosedur Penilaian Formatif

1). Menentukan topik pembelajaran.


Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya
dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Topik berdasarkan
sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik
tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan
mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai
sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik
topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadaka
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
3

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

2). Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik


pembelajaran.
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol,
membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek
berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid
dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar
telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan
bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
3). Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap
topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik
pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi
pendidikan.
Setelah

pemeringkatan

mengikut

tahap

perlakuan

selesai,

gurus

seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu


topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.
4) Membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan murid-murid
terhadap elemen-elemen ini. Antara contoh bentuk-bentuk soalan ujian yang
boleh dilaksanakan adalah seperti jadual :

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
4

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Tahap Penilaian
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

Bentuk Soalan
Siapa? Apa? Di mana? Terangkan
Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih
Kenapa? Kenalpasti Sebab. Rumuskan, Tentukan, Buktikan..
Selesaikan (jawapan betul lebih dari satu)
Nilaikan, Pilih, Membicarakan, Menaksirkan

5) Mencadangkan langkah susulan.


Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di
samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.tindakan susulan harus
dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik,
maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang
semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar
murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif

memperbaiki pengajaran pembelajaran.

meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada


penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan
memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
5

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran


dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik
pada akhir penggal atau semester persekolahan.

memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu


kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.

guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal


ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid
sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif
yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil.
Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal
pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

mengubah suai pengajaran seseorang guru.

guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam


penyampaian.

memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang


dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada
topik-topik pembelajaran.

B. PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran
(akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir
pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada
penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan
untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau
akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
6

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :


1). Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang
lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,
kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal
dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
2). Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang
ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
3). Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item
mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi
tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan
topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula
aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
4). Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini
dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
7

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5). Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan
dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
6). Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel
pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan
boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada
item berkenaan.
7). Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras
kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan
kebolehpercayaan

berkenaan

serta

memastikan

pilihan

jawapan

yang

disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan :

membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.

memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang


ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.

mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini


berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang
dijalankan.

dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.

memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
8

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Aspek
Konsep

Tujuan

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir

Ujian yang dijalankan secara

secara formal atau tidak formal bagi

formalbagi mengesan

mengesan kemajuan atau penguasaan

pencapaian murid dalam tempoh

murid terhadap sesuatu pembelajaran.

tertentu persekolahan.

Mengenal pasti tahap penguasaan dan

Mengenal pasti pencapaian

kemajuan murid dan seterusnya

pelajar untuk beberapa topik

mengambil langkah susulan bagi

pembelajaran dan seterusnya

membaiki kelemahan yang wujud.

memberikan skor dan gred


pencapaian pelajar.

Waktu

Sepanjang pengajaran dan

Selepas beberapa topik

penilaian

pembelajaran berlangsung

pembelajaran atau pada


pertengahan atau akhir penggal
persekolahan.

Kaedah

Formal : pensel-kertas

Dibuat secara formal ujian

Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, pensel-kertas, lisan.


tugasan, latihan.
Dibuat secara individu atau dalam

Dijalankan secara berkumpulan.

kumpulan
Selepas

Membaiki kelemahan murid serta

Menempatkan murid mengikut

penilaian

merta dengan mengulang semula

kumpulan pencapaian yang

dijalankan

topik pembelajaran pemulihan

sesuai.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
9

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Menjalankan aktiviti pengukuhan

Memberikan pengiktirafan sijil,

pengayaan

hadiah dsb.
Membaiki kurikulum / mata
pelajaran
UJIAN KEFASIHAN

Ujian kefasihan dinilai dari segi:


Pengucapan dan penyebutan dengan betul dan terang.
Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca.
Intonasi dan nada yang betul.
Pemilihan ungkapan yang betul.
Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu
maksud dengan jelas.
Pososo tubuh yang betul.
Kedudukan buku yang betul.
Perferakkan mata (mata pembaca yang lamah akan berhenti untuk
menyerap perkataan).

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
10

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pembaca yang fasih boleh mengenalpasti struktur ayat dan mampu


memecahkan ayat-ayat yang panjang menjadi bahagian-bahagian
kecil.
Perbuatan

menunjuk

ketika

membaca

boleh

mengganggu

kefasihan membaca.
Ujian kefasihan pentng untuk mengukur kebolehan berbahasa
seseorang. Kefasihan seseorang berbahasa bergantung kepada
latar belakang penguasaan bahasa.
Kefasihan

mempengaruhi

kemahiran

berkomunikasi

secara

berkesan dan menjadi criteria bagi pengelompokan dari segi


kebolehan penguasaannya.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
11

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang
ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak
ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin
merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah
ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan
menggunakan

soalan

yang

relevan

dengan

sukatan

pelajaran/objektif

pengajaran.
Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk
penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali,
sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar
mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk
memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan
seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut Kubiszyn dan Borich
(2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang mengaitkan
objektif

pengajaran

dengan

kandungan

pengajaran.

Lajur

carta

ini

menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula


menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang
sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai
pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada
guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran
daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall
mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
12

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Langkah Pembinaan JSU

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran


Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang
menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran
perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
kompleksiti sesuatu tajuk; dan
masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
13

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2. Menganalisis Objektif Pengajaran


Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk
menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap
kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran
diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya,
seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas
adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian
untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan
penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama,
iaitu:
Paksi Kandungan
Kandungan Pengetahuan

Paksi Objektif Pengajaran


Objektif Kognitif

Tajuk
Tajuk kecil
Kandungan Kemahiran

Objektif Psikomotor

Tajuk
Tajuk kecil
Kandungan Afek/Perasaan

Objektif Afektif

Tajuk
Tajuk kecil
Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan
pemberatan

soalan,

yang

dipertimbangkan

dari

segi

kepentingan

kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan


bilangan soalan.
3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu
menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial)
dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin
mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk
Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
14

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis
Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat. Jenis-jenis soalan/item dan
cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain
objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan
kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud
keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar
menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini
akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
Kepentingan JSU
JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan
Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:
kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item
dibina oleh pembina lain.
LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN
Terdapat 5 langkah penyediaan JSU
1. Menyediakan JPU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang
dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif
pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan
utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
15

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif


pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal
ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur
pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.
Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan
yang akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah
perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan
masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke
atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang
adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki
mengingat

tarikh

penting

dalam

sejarah,

mungkin

soalan

beraneka

pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.


2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis
dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah
bersedia untuk membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item
ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat
kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item
betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay
item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh
digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam
bahagian berikut :
Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah
difahami pelajar, misalnya, Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut
dengan satu perkataan sahaja.
Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat
memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut,
yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang
dikehendaki oleh soalan.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
16

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Membina

item

yang

memerlukan

pengetahuan/kemahiran yang spesifik

jawapan

berkaitan

daripada tajuk pengajaran

tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/

kepintaran am.

Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang benar, tetapi ada
kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang tidak benar. Dalam
keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan
huruf besar.
Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan
ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat
kepada dua titik perpuluhan.
3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item
tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah
tepat dan mudah difahami pelajar.
Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar
dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan
mencukupi.
Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan
objektif pengajaran.
Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi
petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
4.Menilai Item Ujian
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu
disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu
dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang
disebut di atas, iaitu:

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
17

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah


mudah difahami pelajar.
Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi
maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk
mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan
dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran,
sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian
rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar
yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis
tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian rintis perlu
dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis
begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat
difahami pelajar dan tidak ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi


maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan


pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada
kandungan tersebut.
Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan
mengikut kehendak soalan.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
18

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
TAHUN EMPAT
UJIAN BULAN APRIL 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN DALAM RU, 16700 PASIR PUTEH, KELANTAN
Sukatan
Pelajaran/

Objektif Pengajaran

III

Peratus
Soalan

Unit

II

Bilangn
solalann

Tajuk

Pemberatan

25

25

25

25
100

Tahun Empat
Unit 2 :
Keluargaku
Berwawasan

Cerita Datuk

Unit 10 :

Pak Senik Insaf

Yang Baik
Jadikan
Teladan

(Buku teks m/surat 133)

Unit 12 :

Gamat dan Rumpai


Laut

Keajaiban
Alam
Unit 13 : Era
Sains Dan
Teknologi
Jumlah
Soalan
Peratusan

(Buku teks m/surat 19)

(buku teks m/surat 162)


Komet
(buku teks m/surat 166)

20

100

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
19

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PETUNJUK
I
:
Pengetahuan
II
:
Pemahaman dan aplikasi
III

Analisis, Sintesis dan Penilaian

mudah

pertengahan

sukar

TAHAP PENILAIAN DAN BENTUK SOALAN


Tahap Penilaian
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis

Bentuk Soalan
Siapa? Apa? Di mana? Terangkan
Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih
Kenapa? Kenalpasti Sebab. Rumuskan,

Sintesis
Penilaian

Buktikan..
Selesaikan (jawapan betul lebih dari satu)
Nilaikan, Pilih, Membicarakan, Menaksirkan

Tentukan,

UJIAN BULAN APRIL 2014


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
20

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAHUN EMPAT
SEKOLAH KEBANGSAN DALAM RU, PASIR PUTEH, KELANTAN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu
pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Nama murid :..


Tahun
:..
Markah
:...
________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

Unit 2

: Keluargaku Berwawasan

Tajuk

:Cerita Datuk (Buku teks muka surat 19)

1. Siapakah yang menangkap datuk?


WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
21

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

A. Tentera Jepun
B. Remaja
C. Burma
D. Anggota keluarga datuk
(Pengetahuan Mudah)
2. Di manakah datuk ditangkap oleh tentera Jepun?
A. Di atas lori
B. Di atas rumah datuk
C. Di Burma
D. Di atas kereta api
(Pengetahuan Mudah)
3. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai petikan?
A. Datuk ditangkap oleh tentera Jepun ketika berumur 16 tahun.
B. Datuk dibawa ke Burma dengan menaiki sebuah kereta api.
C. Datuk ditangkap oleh lima orang tentera Jepun.
D. Datuk dibawa ke Burma untuk dijadikan buruh paksa.
(Kefahaman Pertengahan)
4. Mengapakah tentera Jepun menangkap datuk?
A. Untuk dijadikan sebagai buruh paksa menyiapkan landasan kereta api.
B. Untuk membunuh datuk.
C. Untuk ditempatkan di bilik kurungan.
D. Untuk dijadikan orang tawanan.
(Kefahaman Mudah)
5. Pada pendapat kamu, mengapakah keluarga datuk tidak menghalang tentera
Jepun daripada menangkap datuk?
A. kerana keluarga datuk menghormati tentera Jepun.
B. kerana takut dibunuh oleh tentera Jepun.
C. kerana keluarga datuk ingin berbaik dengan tentera Jepun
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
22

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

D. kerana tentera Jepun mempunyai senjata


(Analisis Mudah)
Unit

: 10 Yang Baik jadikan Teladan

Tajuk : Pak Senik Insaf (Buku teks muka surat 133)


6. Apakah tujuan Dolah menjemput Pak Senik ke rumahnya?
A. Untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik.
B. Untuk menjemput Pak Senik makan di rumahnya.
C. Untuk menyembelih seekor kambing.
D. Untuk memberikan sedekah kepada Pak Senik.
(Pengetahuan Pertengahan)
7. Pilih pernyataan yang benar mengenai petikan.
A. Pak Senik ialah seorang yang sangat kedekut.
B. Gayah ialah isteri kepada Pak Senik.
C. Dolah ialah anak kepada Pak Senik.
D. Hubungan Dolah dan Gayah ialah suami isteri.
(Penilaian Mudah)
8. Mengapakah Pak Senik sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering?
A. Pak Senik seorang yang miskin.
B. Pak Senik seorang yang kedekut.
C. Pak Senik hanya makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja.
D. Pak Senik seorang yang pemurah
(Analisis - Mudah)
9. Apakah pekerjaan Pak Senik?
A. Petani
B. Buruh
C. Ketua kampong
D. Tok Penghulu
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
23

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

(Kefahaman Pertengahan)
10. Pada pendapat kamu, mengapakah Dolah mengajak Pak Senik menjamu
selera di rumahnya?
A. Dolah merupakan seorang menantu yang baik hati.
B. Dolah ingin memberi kesedaran kepada Pak Senik supaya tidak kedekut.
C. Dolah ingin menjamu Pak Senik dengan makanan yang lazat.
D. Dolah sangat sayangkan Pak Senik.
(Penilaian Mudah)
Unit 12

Keajaiban Alam

Tajuk

Gamat Dan Rumpai Laut (Buku teks muka 162)

11. Penerima surat ini ialah ..


A. bapa saudara
B. sahabat
C. Ibu Zulfakar
D. Zulfakar
(Pengetahuan Pertengahan)
12. Perkataan warkah dalam petikan bermaksud
A. surat
B. perkara
C. agenda
D. maklumat
(Kefahaman Pertengahan)
13. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A. Gamat mempunyai tulang belakang.
B. Gamat hidup di celah-celah batu karang.
C. Gamat mempunyai satu warna sahaja iaitu hitam.
D. Gamat tidak boleh hidup di darat.
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
24

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

(Penilaian Pertengahan)
14. Apakah tujuan Raiman menghantar surat kepada Zulfakar?
A. untuk mengetahui tentang gamat.
B. kerana mereka berdua sudah lama tidak mengutus surat.
C. kerana menjemput Zulfakar ke rumahnya.
D. kerana menyiapkan tugasan sekolahnya.
(Kefahaman Sukar)

15. Pada pandangan kamu, mengapakah gamat sangat penting kepada


manusia?
A. Gamat boleh dijadikan ubat
B. Gamat akan menjadi lembik dan berlendir apabila berada di darat
C. Gamat boleh dimakan.
D. Gamat ialah haiwan invertebrate.
(Kefahaman Sukar)

Unit 12

: Keajaiban Alam

Tajuk

: Komet (Buku teks muka surat 166)

16. Siapakah yang menemuramah Profesor Roslan?


A. Seorang murid lelaki
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
25

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

B. Seorang murid perempuan


C. Guru sekolah
D. Profesor
(Kefahaman Mudah)
17. Apakah tujuan utama Nadia menemuramah Profesor Roslan?
A. untuk mendapatkan penjelasan tentang komet.
B. memenuhi masa lapang.
C. berlatih cara-cara menemuramah.
D. untuk berjumpa dengan Profesor Roslan.
(Pengetahuan - Mudah)
18. Bagaimanakah perasaan Nabila apabila Profesor Roslan bersedia untuk
ditemuramah?
A. Gembira
B. Sedih
C. Takut
D. Dukacita
(Penilaian Mudah)
19. Pada pendapat kamu, di manakah wawancara ini diadakan?
A. Di sekolah
B. Di Pejabat Profesor Roslan
C. Di taman permainan
D. Di hospital
(Kefahaman Pertengahan)
20. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A. Komet ialah jirim yang besar.
B. Komet akan berlanggar antara satu sama lain.
C. Komet terdiri daripada gas oksigen.
D. Nadia ialah seorang wartawan.
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
26

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

(Analisis Pertengahan)

REFLEKSI

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
27

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus BMM 3103 Pentaksiran


Bahasa Melayu Sekolah Rendah, saya telah menerima banyak faedah yang
berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang guru. Setelah membuat
banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mendapat banyak
ilmu pengetahuan mengenai kursus ini.
Saya juga mula merasai kepentingan pembelajaran Pentaksiran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah terhadap diri saya kerana sebagai seorang guru,
semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian. Saya
sebagai guru yang mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai
situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini.
Melalui pembelajaran ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam
membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan
izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak
membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat
kepada murid-murid sekolah seterusnya akan melahirkan murid-murid yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan semasa mengadakan perbincangan telah
membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi
dan bekerjasasama pensyarah dan semua rakan juga dapat ditingkatkan melaui
proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali
sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini
sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan
meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG
670613-11-5357
28

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN


BMM3106 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi


seorang guru yang berkualiti.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG


670613-11-5357
29

You might also like