You are on page 1of 30

KAJIAN TENTANG PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DI KALANGAN GURU-GURU

SEKOLAH RENDAH DI LUAR BANDAR

NUR SYAKIRAH RABIHA BINTI ROSMAN (A147295)


EIRRA EIZZATY BINTI ZAMRI (A150299)
JACYNTHA SIMON (A151149)
NORHANIM BINTI MD ZIN (A150825)
ZAINATUN BIDAUYAH BINTI KAMALUDIN (A151133)
KAVETHA SHANMUGAM (A151953)
GOBIGA A/P BALAZEKEREN (A150350)

LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA


SYARAT KURSUS TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI

2014

PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH


MEJAR MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN
EN. MD YUSOFF BIN DAUD

PENGAKUAN
Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

17 Disember 2014

ISI KANDUNGAN
Muka surat
PENGAKUAN

KANDUNGAN

34

SENARAI JADUAL

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1

KATA PENDAHULUAN

6-7

1.2

PENYATAAN MASALAH

7-8

1.3

TUJUAN KAJIAN

8-9

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

1.5

PERSOALAN KAJIAN

BAB 2

METODOLOGI
2.1

REKABENTUK PENYELIDIKAN

10

2.2

POPULASI DAN SAMPEL

10

2.3

LAMAN PENYELIDIKAN DAN TEMPOH

10-11

2.4

INSTRUMEN

11

2.5

ALIRAN KAJIAN

12

2.6

PENGUMPULAN DATA

12

2.7

ANALISIS DATA

12

BAB 3

DAPATAN KAJIAN
3.1

PENGENALAN

13-15

3.2

TAHAP PENGETAHUAN TEKNOLOGI

16-17

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT).

3.3

TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

17-18

DAN KOMUNIKASI (ICT).


3.4

KEMAHIRAN PENGUNAAN TEKNOLOGI

18-19

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)


BAB 4

PERBINCANGAN DAN KONKLUSI


4.1

PERBINCANGAN

20-24

4.2

CADANGAN KAJIAN

24

4.3

KONKLUSI

24

RUJUKAN

25

LAMPIRAN

26-30

SENARAI JADUAL
Jadual

Mukasurat

Responden Mengikut Jantina

13

Pengalaman Mengajar

13

Umur

14

Bangsa

14

Subjek Pengkhususan

15

Kehadiran ke Kursus ICT dan Penggunaan Komputer

15

Tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi

16

(ICT).
8

Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

17

(ICT).
9

Kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi


(ICT).

18

6
BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1

KATA PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan
penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi dan telekomunikasi. Perkembangan
pesat ICT (Information and Communication Tecknology) dan ledakan maklumat secara
global menuntut institusi pendidikan membuat perubahan bagi membolehkan ia terus
relevan dalam menyediakan modal insan kepada negara bagi mencapai Wawasan Negara
Maju 2020 (Chan 1999). Banyak maklumat dapat diperolehi dengan cepat, mudah dan
pantas dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi. Kemajuan dalam bidang ICT
sangat membantu dalam dunia pendidikan sekarang kerana banyak ilmu dan rujukan boleh
diperolehi dengan hanya menekan papan kekunci lalu maklumat yang di cari akan muncul
pada skrin komputer. Segala maklumat boleh disimpan dengan mudah dan cepat dan
menjimatkan masa. Menurut Nik Aziz (1996), inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat
menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi ini telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan
masa kini, khususnya dalam pendidikan. Oleh itu, kemahiran menggunakan ICT pada
zaman ini haruslah dikuasai oleh guru-guru bagi menjadikan pembelajaran di sekolah lebih
seronok dan efektif.
Teknologi Maklumat dan komunikasi yang lebih dikenali dengan Information
Communication Technology (ICT) sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang
mendalam kepada peradaban manusia pada zaman ini (Rosaini et al. 2011). Kursus ICT ini
sangat penting kepada semua pihak khasnya para guru. Menurut Gagne et al. (2005),
penggunaan teknologi seperti ICT sebagai media pengajaran dalam P&P mampu membantu
guru sebagai bahan bantu mengajar dan membantu murid sebagai bahan bantu murid
(Norabeerah et al. 2012). Dengan penggunaan ICT, guru dapat mengadakan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dan menarik. Selain itu, ICT ini juga dapat membantu para
guru menyiapkan kerja dengan teratur dan sistematik. Di samping itu, ICT juga boleh
membantu para guru mencari bahan-bahan yang berguna bagi sesi pengajaran di bilik
darjah. ICT juga boleh dikatakan antara alternatif atau cara baru pengajaran yang
mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang bermakna. Menurut
Kamus Dewan (2007), guru merupakan orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan
pengasuh. Guru juga didefinisikan orang yang berperanan memberi pendidikan asas yang

7
cukup dan kukuh kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi intelek, jasmani, emosi
dan rohani. Sekolah rendah pula bermaksud sekolah permulaan kanak-kanak. Mengikut
sistem pendidikan di Malaysia, kanak-kanak yang berumur 7 tahun diwajibkan mula
menerima pendidikan rendah selama enam tahun di sekolah rendah. . ICT ini juga penting
kepada pelajar. Pelajar dapat memberikan tumpuan apabila proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Penggunaan ICT akan dapat menarik minat pelajar untuk
terus memberikan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada zaman yang
serba canggih ini, para pelajar amat tertarik sekiranya dapat melihat pelbagai cara atau
teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran. Kursus ICT ini juga boleh
menyediakan

persekitaran

yang

membenarkan

pelajar

berinteraksi

dengan

guru,

berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain mahupun berinteraksi dengan bahan ICT yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, tidak semua sekolah
mempunyai kemudahan ICT terutamanya kawasan di luar bandar. Luar Bandar merupakan
kawasan yang dikenalpasti sebagai satu kawasan yang mundur dan kurang mendapat
kemajuan seiring dengan kawasan bandar (Nur Atiqah Aziz 2011). Luar bandar juga dikenali
sebagai satu tempat yang mempunyai infrastruktur yang kurang dan tidak lengkap dan
menyebabkan penduduk luar bandar tidak menerima arus permodenan seperti penduduk di
kawasan Bandar ( Nur Atiqah Aziz 2011).
Selain itu, ICT ini juga penting dalam sistem pengurusan sekolah. Sistem yang
berkenaan dapat berjalan dengan lebih lancar dan lebih sistematik. ICT juga memudahkan
kerja pihak pengurusan sekolah dan meringankan beban kerja yang ditanggung pihak-pihak
tersebut. Hasilnya, dapat dilihat dan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan ketiadaan ICT
ini. ICT ini juga dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan sistem kerja pihak
pengurusan sekolah. Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan komputer 1Malaysia
bagi memudahkan para pelajar mahupun para guru yang berada di kawasan luar bandar
dapat menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan
teknologi ICT juga, kerajaan telah mengadakan program ICT untuk semua, yang bermaksud
bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara
sekolah sama ada sekolah bandar mahupun sekolah luar bandar. Kerajaan juga telah
menyediakan komputer 1Malaysia bagi memudahkan para pelajar mahupun para guru yang
berada di kawasan luar bandar dapat menggunakan ICT dalm proses pengajaran dan
pembelajaran.

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini pada dasarnya untuk meneliti tentang program latihan dan kursus ICT dalam
kalangan guru-guru sekolah rendah luar bandar dalam negeri terengganu. Dalam kajian ini,

8
tiga domain utama melibatkan tahap pengetahuan, tahap penggunaan dan juga kemahiran
penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di luar bandar. Bagi
memastikan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam kelas.
Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan
pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.Maklumat bertukar dalam mod
digital dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemen
multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT
adalah suatu keperluan yang amat penting dalam segala urusan. Ada sesetengah guru yang
dibekalkan komputer riba dan ada juga guru yang tidak dibekalkan dengan komputer riba.
Malahan, di sesetengah negeri contohnya di negeri Terengganu, pelajar juga dibekalkan
dengan E-Book untuk melahirkan pelajar yang celik IT.
Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT merupakan indikator yang penting dalam penilaian
terhadap literasi komputer. Dologite (1987) mengatakan bahawa literasi komputer
merupakan tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang menggunakan komputer (Mohd
Anuar et al. 2012). Pada tahun 1987, Hunter dalam kajiannya menyatakan bahawa literasi
komputer adalah kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai alat yang
sesuai kepada situasi. Mc Keown (1986) pula menyatakan bahawa jika seseorang itu celik
komputer, dia bukan sahaja mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakan
sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain dan berkebolehan untuk mengarahkan
komputer untuk berbuat sesuatu yang dikehendaki.
Umumnya, implementasi ICT untuk meningkatkan pengurusan sekolah dan proses
pengajaran dan pembelajaran masih belum sampai ke tahap optimum. Berdasarkan
beberapa kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan pentadbir
dan kemudahan komputer yang dibekalkan di sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan
terhadap penggunaan computer dan ICT dalam kalangan guru-guru.
1.3

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji tahap pengetahuan guru-guru ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di
kalangan guru-guru sekolah rendah di kawasan luar bandar. Ini kerana, pengunaan bahan
bantu belajar sangat membantu para pelajar untuk memahami segala input yang
disampaikan ketika di dalam kelas. Sebagai contoh jika guru sedang mengajar tentang
subjek Matematik mengenai tajuk graf dan beliau mengunakan medium elektronik seperti
Qtiplot, maka pelajar akan lebih jelas mengenai bentuk graf yang terhasil.

9
Kajian ini juga dijalankan bagi mengenal pasti tahap penggunan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah luar bandar ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, guru-guru pada masa kini telah dibekalkan oleh
kerajaan bahan (P&P) elektronik seperti contoh CD-ROM yang disertakan bersama buku
rujukan, maka pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi harus kerap digunakan
dalam kalangan guru-guru bagi membantu pelajar merujuk dan membuat latihan melalui
penggunaan CD-ROM.
Akhir sekali, tujuan kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kemahiran penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah oleh guru-guru di kawasan luar bandar.
Pada masa kini, banyak kursus yang perlu diikuti oleh para guru bagi menyesuaikan diri
dengan teknologi pada masa kini, maka para guru lebih memahami dan berkemahiran
tentang peralatan dan medium yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan tentang Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (ICT) di kalangan guru-guru sekolah rendah di kawasan luar
bandar.
2. Untuk

mengenal

pasti

tahap

penggunaan

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi (ICT) ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di kalangan guruguru sekolah rendah di kawasan luar bandar.
3. Untuk mengkaji kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) di kalangan guru-guru sekolah rendah di kawasan luar bandar.
1.5

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) di kalangan guru-guru sekolah rendah di kawasan luar bandar?
2. Apakah tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah
rendah di kawasan luar bandar?
3. Apakah

tahap

kemahiran

penggunaan

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi (ICT) di kalangan guru-guru sekolah rendah di kwasan luar


bandar?

10
BAB DUA

METODOLOGI

2.1

REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Ia melibatkan bilangan sampel bersetuju dengan
setiap soalan. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai alat untuk
mengetahui tahap kemahiran, tahap penggunaan dan kemahiran penggunaan ICT.
Dalam kaedah kuantitatif, statistik deskriptif digunakan untuk mencari min, peratusan
dan sumber maklumat lain.
Kajian deskriptif ini akan dijalankan ke atas guru-guru di sekolah di luar
bandar. Sebuah persampelan universal akan digunakan untuk kajian ini, di mana
responden perlu mengisi satu borang soal selidik berdasarkan tahap kemahiran,
tahap penggunaan dan kemahiran penggunaan ICT .
2.2

POPULASI DAN SAMPEL

1. Kajian populasi
Kajian populasi adalah guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia.
Responden akan dipilih adalah terdiri daripada semua guru tetap di sekolah tersebut

2. Saiz sampel
Saiz sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah 35 orang guru di sekolah
kebangsaan Pulau Bahagia. Kriteria kemasukan sampel adalah seperti berikut:

2.3

i)

berumur lebih dari 21 tahun

ii)

guru tetap
LAMAN PENYELIDIKAN DAN TEMPOH

3.3.1 Lokasi Penyelidikan


Kajian ini akan dijalankan di kawasan Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia yang
terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Sebab utama kawasan kajian ini dipilih
kerana sekolah ini merupakan salah satu sekolah di kawasan luar bandar di
terengganu.

11
3.3.2 Tempoh Penyelidikan
Kajian ini dilakukan dalam tempoh 8 minggu bermula dari pertengahan bulan
October hingga akhir bulan November.
2.4

INSTRUMEN

Kaji selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah dibangunkan untuk mengkaji
tahap kemahiran, tahap penggunaan dan kemahiran penggunaan ICT di kalangan
guru di sekolah tersebut. Soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian:
I.

Bahagian A: Maklumat Peserta. Subjek akan ditanya mengenai maklumat


peribadi mereka. Terdapat 7 soalan di dalam bahagian ini

II.

Bahagian

B:

Tahap

pengetahuan

tentang

teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi (ICT) di kalangan guru-guru sekolah rendah di kawasan luar


bandar. Subjek akan diminta untuk menanda jawapan di ruang yang
disediakan. Terdapat 5 soalan dalam bahagian ini. Seksyen ini adalah
berdasarkan kepada sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju, dan
sangat bersetuju.
III.

Bahagian C: Tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah
rendah di kawasan luar bandar. Responden akan diberikan 5 soalan dan
perlu tandakan satu kotak bagi setiap soalan untuk menunjukkan tindak balas
mereka. Seksyen ini adalah berdasarkan kepada sangat tidak setuju, tidak
setuju, tidak pasti, setuju, dan sangat bersetuju.

IV.

Bahagian D: Kemahiran penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(ICT) di kalangan guru-guru sekolah rendah di kwasan luar bandar.
Responden akan diberikan 5 soalan dan perlu tandakan satu kotak bagi
setiap soalan untuk menunjukkan tindak balas mereka. Seksyen ini adalah
berdasarkan kepada sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju, dan
sangat bersetuju.

Soal selidik ini adalah buatan sendiri dan sumber-sumber yang telah disebut adalah
jurnal, buku-buku, dan internet. Analisis tahap kemahiran, tahap penggunaan dan
kemahiran penggunaan ICT sampel adalah berdasarkan kepada data daripada
setiap jawapan yang diberikan. Selepas semua data dikumpul, keputusan akan
ditukarkan kepada graf, carta dan jadual.

12
2.5

ALIRAN KAJIAN

1.

Satu mesyuarat telah diakan bersama dengan ahli kumpulan untuk


memberi taklimat mengenai kajian ini.

2.

Satu set soal selidik telah dibina yang mengandungi soalan tentang tahap
kemahiran, tahap penggunaan dan kemahiran penggunaan ICT di
kalangan guru-guru

2.6

3.

35 soalan soal selidik telah diedarkan.

4.

Data telah dianalisis dengan menggunakan SPSS IBM.

5.

Keputusan kajian ini telah dibincangkan dengan ahli kumpulan.

6.

Laporan kajian telah ditulis.

PENGUMPULAN DATA

Data yang diperoleh dengan mengedarkan soal selidik kepada 35 orang guru di
sekolah kebangsaan Pulau Bahagia dan kemudian soal selidik yang dikumpulkan.
Persetujuan daripada guru telah diperolehi sebelum meminta mereka untuk
menjawab soal selidik. Mereka dibenarkan untuk meninggalkan di tengah-tengah
menjawab soal selidik atau tidak ingin mengambil bahagian jika tidak berminat.
Selepas koleksi soal selidik, data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS
lanjut dan dibincangkan.

2.7

ANALISIS DATA

Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk 20.0
(IBM SPSS 20.0) perisian Sains Sosial. Satu set analisis telah digunakan.
Statistik deskriptif digunakan untuk mengira bagi setiap soalan dan
menentukan sisihan min dan piawai bagi setiap bahagian. Ini juga digunakan untuk
menganalisis tahap pengetahuan dan demografi responden. Selain itu, analisis yang
sama telah digunakan untuk menganalisis tahap kemahiran, tahap penggunaan dan
kemahiran penggunaan ICT.

13
BAB TIGA

DAPATAN KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Jadual 1: Jantina
Jantina

Frekuensi

Peratus

Lelaki

13

43.3

Perempuan

17

56.7

Jumlah

30

100.0

Berdasarkan jadual di atas, bilangan responden tertinggi ialah 17 (56.7%) orang di


mana kesemuanya merupakan responden wanita. Manakala, 13 (43.4%) orang responden
yang lain merupakan responden lelaki.

Jadual 2: Pengalaman mengajar

Pengalaman

Frekuensi

Peratus

1-10

16

53.4

11-20

13

43.3

21 ke atas

3.3

Jumlah

30

100.0

mengajar (tahun)

Jadual 2 di atas menunjukkan bilangan responden yang mempunyai pengalaman


mengajar diantara 1 tahun hingga 26 tahun. Guru yang mempunyai pengalaman yang
antara 1-10 tahun adalah seramai ialah seramai 16 (53.4%) orang. Manakala, bilangan
responden yang mempunyai pengalaman mengajar antara 11-20 tahun adalah 13 orang
iaitu 43.3% dan yang paling lama ialah 1 (3.3%) orang dengan pengalaman mengajar
selama 26 tahun.

14
Jadual 3: Umur

Umur

Frekuensi

Peratus

21-30

26.7

31-40

10

33.3

41-50

12

40.0

Jumlah

30

100.0

Berdasarkan jadual 3 di atas, kebanyakan guru adalah dalam lingkungan umur 41


hingga 50 tahun iaitu sebanyak 12 orang yang merangkumi 40%. Manakala bilangan
responden yang minoriti adalah guru yang umurnya dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun.
Oleh kerana jumlah guru yang umurnya dalam lingkungan 41-50 adalah majoriti, peratus
kumulatif adalah 100%.

Jadual 4: Bangsa

Bangsa

Frekuensi

Peratus

Melayu

17

56.7

Cina

23.3

India

20.0

Jumlah

30

100.0

Berdasarkan jadual 4 di atas, responden berbangsa Melayu merupakan responden


yang teramai iaitu seramai 17 (56.7%) orang. Manakala, responden berbangsa India yang
respoden yang minoriti iaitu hanya seramai 6 (20%) orang sahaja. Responden berbangsa
Cina adalah seramai 7 (23.3%) orang.

15
Jadual 5: Subjek pengkhususan
Subjek pengkhususan

Frekuensi

Peratus

Bahasa Melayu

13.3

English

16.7

ICT

3.3

Kajian Tempatan

3.3

Matematik

13.3

Pendidikan

3.3

Pendidikan Islam

3.3

Pendidikan Jasmani

3.3

Pendidikan Moral

10.0

Pendidikan Muzik

3.3

Pendidikan Seni

3.3

Sains

20.0

Jumlah

30

100.0

Berdasarkan jadual di atas, subjek yang paling ramai bilangan gurunya adalah
subjek Sains iaitu dalam 20%. Manakala, subjek yang paling kurang gurunya adalah subjek
ICT. Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni iaitu 1
orang sahaja dalam 3.3%. Manakala, bilangan guru yang kedua tertinggi adalah guru yang
mengajar subjek Bahasa Inggeris dan ketiga tertinggi ialah guru yang mengajar subjek
Bahasa Melayu.

Jadual 6: Kehadiran dalam kursus ICT dan penggunaan komputer

Penggunaan komputer Kehadiran


kursus ICT
Tahu Pernah
Frekuensi
Peratus

30 30
100.0 100.0

Jadual 6 menunjukkan 30 (100%) orang responden pernah menghadiri kursus ICT


dengan jayanya.. Kesemua responden mahir dalam asas penggunaan komputer.

16
3.2

TAHAP PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Jadual 7: Tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pernyataan

Kekerapan

Saya tahu salah satu perisian sedia ada seperti MS


Word,

Powerpoint,

Excel,

Adobe

Reader

dan

Tidak

Tidak

setuju

pasti

Purat

S.P

Setuju

30

4.13

0.346

(0%)

(0%)

(100%)

13

17

3.70

0.794

4.07

0.640

4.00

0.695

3.83

0.747

sebagainya.
Penggunaan ICT sangat berkesan untuk meningkatkan
prestasi pelajar di dalam kelas.

(0%)
(43.3%)

Saya mempunyai pengetahuan tentang konfigurasi


sistem dalam komputer.
Saya

mempunyai

penggunaan

ICT

pengetahuan
untuk

proses

asas
pengajaran

dalam
dan

(56.7%)

15

17

(16.7%)

(0%)

(56.7%)

25

(3.3%)

(13.3%)

(83.3%)

23

(6.7%)

(16.7%)

(76.6%)

pembelajaran yang lebih berkesan.


Saya

mempunyai

pengetahuan

menggunakan CD kowser

bagaimana

yang

untuk

disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berdasarkan jadual mengenai tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah di luar


bandar dalam penggunaan teknologi dan komunikasi, peratusan guru-guru sekolah
rendah di luar bandar

yang mempunyai tahap pengetahuan dalam

penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi adalah antara 100% sehingga 56.7%. Ini
membuktikan bahawa sebahagian besar guru-guru bersetuju dengan pernyataan
berikut.
Seramai 30 (100%) orang sangat bersetuju dengan pernyataan Saya tahu salah
satu perisian sedia ada seperti MS Word, Powerpoint, Excel, Adobe Reader dan
sebagainya ini. Seterusnya pernyataan Saya mempunyai pengetahuan bagaimana
untuk mencari sumber maklumat untuk pengajaran melalui internet seramai 25
(83.3%) orang bersetuju dan 5 (16.7%) orang tidak bersetuju. Selanjutnya, persetujuan
ketiga yang tertinggi adalah pernyataan Saya mempunyai pengetahuan asas dalam
penggunaan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Sebanyak 25 (83.3%) orang bersetuju dengan penyataan tersebut, 1 (3.3%)
orang responden tidak bersetuju dan bakinya sebanyak 4 (13.3%) orang tidak pasti

17
dengan pernyataan tersebut.Pernyataan seterusnya Saya mempunyai pengetahuan
bagaimana untuk menggunakan CD koswer yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Mencatatkan responden yang sangat bersetuju ialah 23 (76.6%)
orang, setuju, 2 (6.7%) orang tidak setuju dan 5 (16.7%) responden menyatakan
mereka tidak pasti.Pernyataan yang mencatatkan jumlah yang paling sedikit dalam
aspek persetujuan adalah Saya mempunyai pengetahuan tentang konfigurasi
system dalam komputer iaitu seramai 17 (56.7%) orang responden yang bersetuju
dan selebihnya sebanyak 13 (43.3%) orang yang tidak setuju dengan pernyataan
tersebut.
3.3

TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Jadual 8: Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pernyataan

Kekerapan

Saya selalu menggunakan kemudahan ICT dalam


pengajaran seharian.

Tidak

Tidak

setuju

pasti

13

Purat

S.P

Setuju

10

2.97

0.999

4.00

0.643

4.00

0.587

3.20

1.095

2.77

0.817

(43.4%) (23.3%)
(33.4%)

Penggunaan ICT sangat berkesan untuk meningkatkan


prestasi pelajar di dalam kelas.
Pengajaran

yang

menggunakan

ICT

tidak

membosankan dan mudah difahami oleh pelajar.


Saya selalu menggunakan ICT untuk menyediakan

24

(0%)

(20%)

(80%)

27

(3.3%)

(6.7%)

(90%)

10

14

(20%)

(46.7%)

14

(46.7%)

(30%)

(23.3%)

bahan-bahan pembelajaran.
(33.3%)
Saya

selalu

menggunakan

projektor

LCD

pembentangan di kelas.

untuk

Berdasarkan jadual 9, peratusan guru-guru yang menyetujui penggunaan teknologi


makumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah di
antara 23.3% hingga 90%. Hal ini menunjukkan perbezaan yang besar terhadap tahap
penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pernyataan

yang

mendapat

persetujuan tertinggi

adalah

pernyataan

yang

menyatakan pengajaran yang menggunakan ICT tidak membosankan dan mudah


difahami oleh pelajar iaitu seramai 27 (90%) orang, 2 (6.7%) orang tidak pasti akan hal

18
ini, manakala 1 (3.3%) orang tidak menyetujui pernyataan ini. Bagi pernyataan dengan
persetujuan kedua tertinggi, seramai 24 (80%) orang bersetuju terhadap pernyataan
penggunaan ICT sangat berkesan untuk meningkatkan prestasi pelajar di dalam
kelas, manakala 6 (20%) orang pula tidak pasti terhadap pernyataan tersebut.
Persetujuan ketiga tertinggi adalah terhadap pernyataan Saya selalu menggunakan
ICT untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran, iaitu seramai 14 (46.7%)
orang, walaupun demikian 6 (20%) orang tidak pasti terhadap pernyataan ini, manakala
10 (33.3%) orang lagi tidak bersetuju. Pernyataan seterusnya iaitu pernyataan Saya
selalu menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran seharian, disetujui oleh 10
(33.4%) orang; seramai 7 (23.3%) orang tidak pasti akan hal ini dan 13 (43.4%) orang
pula tidak bersetuju. Untuk pernyataan yang terakhir iaitu Saya selalu menggunakan
projektor LCD untuk pembentangan di dalam kelas, seramai 7 (23.3%) orang
sahaja yang bersetuju akan hal ini, 9 (30%) orang tidak pasti manakala 14 (46.7%)
orang pula tidak bersetuju.

3.4

KEMAHIRAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


(ICT)

Jadual 9: Kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pernyataan

Saya tahu menerangkan fungsi sesuatu perkakasan


yang berkaitan teknologi ICT

Kekerapan
Tidak

Tidak

setuju

pasti

13

(20%)

(43.3%)

Purat

S.P

Setuju

11

3.17

0.747

3.47

0.776

3.70

0.794

3.20

0.714

4.13

0.434

(36.7%)
Saya tahu mengendalikan perkakasan teknologi ICT

Saya tahu cara untuk berkongsi data dengan guru lain


melalui Internet.
Saya tahu merekabentuk aktiviti pembelajaran kendiri

12

15

(10%)

(40%)

(50%)

20

(3.3%)

(30%)

(66.7%)

17

(56.7%)

(30%)

29

(0 %)

(3.3%)

(96.7%)

dengan menggunakan ICT.


(13.3%)
Saya tahu menggunakan perisian pemproses kata (MS
Word) & persembahan (Powerpoint)

19
Berdasarkan jadual

10,

peratusan

guru-guru

bersetuju

dengan

kemahiran

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) adalah diantara 30% sehingga
96.7%. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam setiap
kemahiran tersebut.
Seramai 29 (96.7%) orang daripada responden bersetuju bahawa mereka tahu
menggunakan perisian pemproses kata (MS Word) & persembahan (Powerpoint).
1 orang (3.3%) daripada responden tidak pasti dengan kenyataan ini. Penyataan yang
mendapat persetujuan kedua tertinggi adalah Saya tahu cara untuk berkongsi data
dengan guru lain melalui Internet iaitu sebanyak 20 (66.7%) orang, 9 (30%) orang
tidak pasti dengan kenyataan ini, manakala 1 (3.3%) tidak tahu cara untuk berkongsi
data dengan guru lain melaui internet. Di samping itu, penyataan yang mendapat
persetujuan ketiga tertinggi iaitu sebanyak 15 (50%) orang pelajar bersetuju adalah
penyataan Saya tahu mengendalikan perkakasan teknologi ICT, 12 (40%) orang
tidak pasti dan 3 (10%) orang tidak setuju. Seterusnya ialah penyataan Saya tahu
menerangkan fungsi sesuatu perkakasan yang berkaitan teknologi ICT mendapat
persetujuan daripada 11 orang (36.7%) responden. Manakala 13 orang (43.3%) tidak
pasti sama ada mereka tahu menerangkan fungsi sesuatu perkakasan yang berkaitan
teknologi ICT. Selebihnya 6 orang (20%) tidak tahu. Untuk penyataan terakhir iaitu
Saya tahu merekabentuk aktiviti pembelajaran kendiri dengan menggunakan
ICT, 9 orang (30%) setuju, 17 (56.7%) tidak pasti dan 4 orang (13.3%) tidak setuju.

20
BAB EMPAT

PERBINCANGAN DAN KONKLUSI

4.1

PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan responden dengan pernyataan yang


mencatat persetujuan yang paling tinggi purata Saya tahu salah satu perisian sedia
ada seperti MS Word, Powerpoint, Excel, Adobe Reader dan sebagainya. Diikuti oleh
pernyataan Saya mempunyai pengetahuan bagaimana untuk mencari sumber
maklumat untuk pengajaran melalui internet dan Saya mempunyai pengetahuan asas
dalam penggunaan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan
Saya tahu salah satu perisian sedia ada seperti MS Word, Powerpoint, Excel,
Adobe Reader dan sebagainya. Seramai 30 (100.0%) orang daripada responden setuju
dengan pernyataan ini. Ini kerana, pada masa kini kebanyak guru-guru mempunyai
komputer dan menggunakan perisian seperti MS Word dan MS Offices yang lain untuk
menyediakan laporan dan latihan kendiri untuk para pelajar. Ini kerana, sistem yang
telah ditetapkan pihak Kementerian Pelajaran memerlukan para guru menggunakan
teknologi untuk melakukan urusan memasukan markah peperiksaan dan sebagainya.
Pernyataan yang mencatatkan persetujuan yang kedua tertinggi adalah seramai 25
(83.3%) orang dan seramai 5 (16.7%) orang tidak bersetuju ialah Saya mempunyai
pengetahuan bagaimana untuk mencari sumber maklumat untuk pengajaran melalui
internet. Pada masa kini, kemudahan internet semakin meluas, kebanyakan guru-guru
tahu untuk mencari maklumat melalui internet dengan bantuan agen pencarian seperti
Google Chrome dan Mozilla Firefox. Agen pencarian tersebut mudah digunakan dengan
syarat terdapat kemudahan internet.
Sebanyak 25 (83.3%) orang responden setuju, hanya 1 (13.3%) orang tidak pasti
dan 4 (13.3) orang tidak bersetuju dengan pernyataan Saya mempunyai pengetahuan
asas dalam penggunaan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Pada masa kini, tenaga pengajar gemar menggunakan kaedah visual dan
audio bagi menarik perhatian para pelajar. Kebanyakan responden mendapati kaedah
tersebut berkesan untuk menjadikan para pelajar lebih memahami kandungan pelajaran
dalam satu-satu subjek. Gambar mengenai satu-satu perkara yang diajar lebih mudah
difahami kerana dunia tanpa sempadan ini memberikan banyak maklumat yang
mungkin tiada pada tempat tertentu.

21
.Pernyataan seterusnya ialah Saya mempunyai pengetahuan bagaimana untuk
menggunakan CD koswer yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pernyataan ini telah mencatatkan bilangan responden yang sangat bersetuju seramai
23 (76.6%) orang, setuju seramai 2 (6.7%) orang. Manakala, baki seramai 5 (16.7%)
orang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Terdapat jumlah yang agak tinggi dalam
bilangan responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini kerana,
mereka mungkin tidak diberikan penerangan dan krusus yang sepatutnya berkenaan
penggunaan CD koswer tersebut. Selain itu, kesuntukan masa menjadi faktor utama
guru-guru tidak sempat untuk memaparkan kandungan daripada CD koswer tersebut.
Pernyataan dengan bilangan responden terendah yang bersetuju ialah

Saya

mempunyai pengetahuan tentang konfigurasi system dalam komputer iaitu seramai 17


(56.7%) orang responden sangat bersetuju, 13 (43.3%) orang responden yang
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Responden yang tidak mempunyai pengetahuan
yang luas terhadap penggunaan komputer biasanya terdiri daripada golongan yang
lebih berusia. Mereka lebih gemar untuk menggunakan kaedah yang lebih tradisional
dengan menulis di papan hitam atau putih. Tambahan pula, mereka lebih percaya
bahawa dengan mengajar menggunakan kaedah tersebut menjadikan para pelajar lebih
rajin mencari sendiri bahan bacaan di pusat sumber.
Menerusi hasil pengumpulan data dalam kajian ini, terdapat 3 tahap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang ketara dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran sehari-hari di sekolah luar bandar. Tiga pernyataan yang menyatakan
tahap-tahap penggunaan tersebut mendapat bilangan responden bersetuju yang lebih
tinggi daripada responden yang tidak pasti dan tidak bersetuju. Pernyataan-pernyataan
yang disenaraikan merujuk lebih kepada refleksi terhadap tahap penggunaan ICT dalam
kalangan guru-guru sekolah rendah di luar bandar iaitu, pengajaran yang menggunakan
ICT tidak membosankan dan mudah difahami oleh pelajar, penggunaan ICT sangat
berkesan untuk meningkatkan prestasi pelajar di dalam kelas, dan kekerapan
responden menyediakan bahan-bahan pembelajaran menggunakan ICT.
Seramai 27 (90%) orang berpendapat pengajaran yang menggunakan ICT tidak
membosankan dan mudah difahami oleh pelajar. Hal ini kerana, kemudahan yang diberi
melalui teknologi ICT mampu menarik minat pelajar dalam memberi kerjasama.
Pelbagai inovasi yang diaplikasikan menerusi teknologi-teknologi yang kerap ditemui di
dalam bilik darjah membolehkan pelajar untuk lebih melibatkan diri dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Teknologi yang interaktif juga mampu membantu pelajar
memahami sesuatu masalah dengan menggalakkan pelajar melakukan brainstorming
demi menjawab sesuatu soalan itu. Contoh bagi pengajaran yang boleh menarik
perhatian dan penglibatan pelajar adalah melalui penggunaan CD Koswer. Walaupun

22
demikian, 2 (6.7%) orang tidak pasti terhadap pernyataan ini manakala 1 (3.3%) orang
lagi tidak bersetuju. Hal ini mungkin disebabkan kejarangan menggunakan kemudahan
teknologi seperti ini atau kekurangan bahan bantu mengajar tersebut.
Seterusnya adalah pernyataan yang menyatakan penggunaan ICT sangat berkesan
untuk meningkatkan prestasi pelajar di dalam kelas. Seramai 24 (80%) orang bersetuju
terhadap hal ini. Dengan struktur pengajaran yang lebih menarik dan mencabar, pelajar
akan berusaha untuk menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberi dengan lebih
tekun. Dengan adanya laman interakif, pelajar dapat meneroka sesuatu yang baru
dalam sesi pembelajaran di sekolah. Guru yang mengaplikasikan penggunaan teknologi
dalam bilik darjah juga dapat mengenalpasti potensi dan kemampuan pelajar melalui
medium yang berbeza. Hal ini justeru terbukti dapat memberi impak positif dalam
prestasi pelajar. Namun begitu, 6 (20%) orang lagi tidak pasti akan keberkesanan
penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi ini dalam meningkatkan prestasi

pelajar. Golongan guru-guru ini mungkin lebih selesa dan yakin terhadap konsep
pengajaran dan pembelajaran yang lama dan asas.
Pernyataan seterusnya yang mendapat persetujuan ketiga tertinggi adalah
pernyataan Saya selalu menggunakan ICT untuk menyediakan bahan-bahan
pembelajaran, iaitu seramai 14 (46.7%) orang. Dengan adanya kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi yang semakin canggih pada generasi kini, penyediaan bahan
pembelajaran menjadi lebih senang dan juga menarik, dengan masa yang singkat. Cara
penyampaian bahan-bahan pembelajaran juga semakin kreatif dengan adanya perisianperisian khusus yang membolehkan pendidik menjelmakan imaginasi dan kreativitinya
menjadi bahan pengajaran yang lebih mudah untuk difahami. Walaupun demikian,
terdapat 6 (20%) orang yang tidak pasti manakala 10 (33.3%) orang tidak bersetuju
akan hal ini. Hal ini mungkin terjadi kerana sesetengah pengajar yang yakin terhadap
konsep dan cara penyediaan bahan edaran (handout), bahan latihan, bahan uji minda
dan sebagainya yang sudah diterapkan dari dulu. Walaupun demikian, cara ini
mengambil masa yang panjang dan tenaga yang banyak.

Untuk objektif yang kedua, terdapat 3 kemahiran menggunakan teknologi ICT


dimana bilangan responden bersetuju adalah lebih tinggi daripada responden yang tidak
pasti dan tidak tahu iaitu, tahu menggunakan perisian pemproses kata (MS Word) &
persembahan (Powerpoint), tahu cara untuk berkongsi data dengan guru lain melalui
Internet, dan tahu mengendalikan perkakasan teknologi ICT berdasarkan dapatan
kajian. Dua lagi kemahiran ICT yang mendapat persetujuan minority merupakan
pernyataan tahu merekabentuk aktiviti pembelajaran kendiri dengan menggunakan ICT
dan tahu menerangkan fungsi sesuatu perkakasan yang berkaitan teknologi ICT.

23
Seramai 29 (96.7%) orang daripada responden bersetuju bahawa mereka tahu
menggunakan perisian pemproses kata (MS Word) & persembahan (Powerpoint).
Perisian pemproses kata (MS Word) & persembahan (Powerpoint) adalah asas kepada
kemahiran penggunaan ICT. MS Word dan MS Powerpoint adalah perisian penting
untuk membuat sebarang laporan tahunan ataupun sebarang pembentangan tidak kira
ketika mesyuarat ataupun semasa pengajaran di dalam kelas. Dengan bantuan perisian
ini,

pengajaran

dan

pembentangan

akan

menjadi

lebih

menarik

dan

tidak

membosankan. Peratusan guru tahu menggunakan perisian tersebut tinggi mungkin


disebabkan kebanyakan kertas kerja yang mereka tulis banyak menggunakan bantuan
daripada perisian ini.

1 orang

(3.3%) daripada responden tidak pasti dengan

kenyataan ini. Hal ini mungkin disebabkan guru ini jarang menggunakan perisian
tersebut untuk membuat sesuatu kerja bertulis dan beliau lebih suka melakukan kerja
secara manual.
Yang kedua adalah mengetahui cara untuk berkongsi data dengan guru lain melalui
Internet. Mengetahui cara untuk berkongsi data dengan guru lain melalui internet
amatlah penting. Dalam kajian ini, sebanyak 20 (66.7%) orang tahu bagaimana cara
untuk berkongsi maklumat. maklumat ini boleh dikongsi di dalam Gmail, Yahoo, Blog
dan sebagainya. Namun begitu, secara kasarnya, kemahiran menggunakan Gmail dan
Yahoo adalah perkara asas dalam berkongsi maklumat di antara guru. Seperti mana
yang kita tahu, perkongsian maklumat melalui internet boleh menjimatkan masa guru
tersebut berbanding pergi berjumpa satu persatu. Walau bagaimanapun, 9 (30%) orang
tidak pasti dengan kenyataan ini, manakala 1 (3.3%) tidak tahu cara untuk berkongsi
data dengan guru lain melaui internet. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya
penggunaan internet di kawasan rumah ataupun kediaman guru tersebut. Oleh yang
demikian, guru tersebut tidak teringin untuk mempelajari bagaimana cara untuk
berkongsi maklumat melalui internet.
Di samping itu, penyataan yang mendapat persetujuan ketiga tertinggi iaitu sebanyak
15 (50%) orang bersetuju adalah penyataan Saya tahu mengendalikan perkakasan
teknologi ICT. Sesungguhnya, menguasai cara untuk mengendalikan perkakasan
teknologi ICT amatlah penting. Perkakasan teknologi ICT seperti projektor adalah
perkara asas kepada pengendalian perkakasan teknologi ICT. Guru yang menguasai
kemahiran ini mungkin kerap menggunakan perkakasan teknologi ICT dan mereka
boleh memasangnya tanpa bantuan pembantu makmal komputer. Namun begitu, 12
(40%) orang tidak pasti dan 3 (10%) orang tidak setuju bahawa mereka tahu
mengendalikan perkakasan teknologi ICT. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan
mereka jarang menggunakan perkakasan teknologi tersebut dan mereka tidak tahu
manual bagaimana untuk memasang alat tersebut. Selain itu, guru-guru tersebut

24
mungkin biasanya dibantu oleh pembantu makmal dalam memasang perkakasan
teknologi ICT. Oleh sebab itu, peratusan tidak pasti agak tinggi iaitu 40%.
4.2

CADANGAN KAJIAN

Oleh kerana kajian ini dijalankan dengan menggunakan saiz sampel yang kecil, kajian
pada masa hadapan perlulah dilakukan drngan menggunakn saiz sampel yang lebih
besar supaya data yang diperoleh boleh digeneralisikankepada keseluruhan penduduk.
Pada masa akan datang, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menilai tahap
kemahiran, tahap penggunaan dan kemahiran penggunaan teknologi ICT dikalangan
guru-guru sekolah rendah di luar bandar.. Di samping itu juga, penyelidikan lanjut perlu
dijalankan ke atas kaedah untuk meningkatkan kemahiran menggunakan ICT supaya
lebih ramai guru mahir celik ICT.

4.3

KONKLUSI

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa tahap penggunaan,thap kemahiran dan


kemahiran penggunaan ICT dikalangan guru-guru adalah bergantung kepada subjek
yang diajar. Malah jugabergantung kepada umur. Guru yang lebih tuan dan
berpengalaman lebih suka menggunakan cara yang manual dalam pembelajaran.
Kajian kami mempunyai beberapa batasan yang dihadapi. Satu batasan kajian ini
adalah bahawa sampel yang dipilih kecil dan tidak mencukupi dalam menghasilkan
penerangan keputusan yang terperinci. Hasil daripada kajian ini tidak boleh
digeneralisasikan kepada keseluruhan penduduk kerana saiz sampel yang digunakan
adalah terlalu kecil disebabkan oleh kekangan masa . Hal ini kerana, untuk
mendapatkan jumlah responden yang besar pada masa yang sama adalah mustahil
kerana kekangan masa yang dihadapi. Tambahan pula , satu kajian rintis (pilot study)
tidak dijalankan dan juga disebabkan kekangan masa dan dengan itu tidak ada lagi
ruang untuk penambahbaikan mengenai soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.

25
RUJUKAN

Chan Y.F. 1999. Perkembangan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia. Port
Dickson. Negeri Sembilan: Kertas kerja konvesyen teknologi pendidikan ke 12.
Kamus Dewan Edisi Baru. 2007. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Baru. 2010. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Norabeerah Saforrudin, Azlina Ahmad & Halimah Baduoze Zaman. 2012. Pengajaran masa
depan menggunakan teknologi augmented reality dalam pendidikan bahasa
melayu:tahap kesedaran guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2:1-10.
Rosaini Mahmud, Mohd Arif Ismail & Jalalludin Ibrahim. 2011. Tahap kemahiran dan
pengintegrasian ICT di kalangan guru sekolah bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia 1(1):5-13.
Gagne, R. M., Wager, W. W., Golas, K. C. & Keller, J. M. 2005. Principles of Instructional
Design. 5th Design. Boston: Thomson Wadsworth.
Mohd Anuar bin Abs. Rahman & Haji Ahmad bin Kamari. 2012. Pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru penyelaras ICT di sekolah. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.

26

Peserta yang dihormati,


Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian ini yang bertujuan untuk mengkaji
tahap pengetahuan, tahap penggunaan dan juga kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan
guru-guru sekolah rendah di luar bandar. Sebagai peserta, pendapat anda adalah sangat
berharga untuk kajian ini. Anda diminta untuk melengkapkan soal selidik yang direka untuk
mendapatkan maklumat terutamanya dari segi pembolehubah yang terlibat.

Saya, _______________________________________ telah membaca maklumat yang


disediakan dan dengan itu * bersetuju / tidak bersetuju untuk mengambil bahagian dalam
kajian ini.

Terima kasih diatas bantuan anda!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Anda akan dijamin kerahsiaan lengkap. Maklumat yang anda berikan untuk penyelidikan ini
akan mempunyai nama anda dikeluarkan. Anda bebas untuk menarik diri dari kajian ini pada
bila-bila masa tanpa obligasi.

27

KAJIAN TENTANG PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DI KALANGAN GURUGURU SEKOLAH RENDAH DI LUAR BANDAR.

ARAHAN AM

1. Soal selidik ini dibahagikan kepada 4 (Empat) bahagian:


a. Bahagian A: Demografi.
b. Bahagian B: Tahap pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ict).
c. Bahagian C: Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran.
d. Bahagian D: Kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict).

2. Sila isikan soal selidik sebaik sahaja anda menerimanya.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi wakil kami di 010-5755441 atau e-mail
saya di syakirahrabiha@yahoo.com.

Semua maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan dan akan hanya digunakan dalam
penyediaan laporan kaji selidik itu. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan,
tahap penggunaan dan juga kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah di luar bandar. Kajian ini diharapkan dapat membawa perhatian guru-rguru tentnag
kepentingan menguasai ICT. Semua data yang dikumpul di dalam soal selidik data ini hanya
akan mendedahkan kepada penyelidik yang terlibat dalam kajian ini. Identiti individu
daripada

responden

akan

dirahsiakan.

28

Sila pilih satu jawapan bagi setiap soalan.

Bahagian A: Demografi.

1. JANTINA
Lelaki

Perempuan

)
(

2. PENGALAMAN MENGAJAR (tahun):


21 30

3. UMUR :

( )

31 40

( )

41 50

( )

51 keatas

( )

Lain-lain : Nyatakan ....................................

4. BANGSA :

Melayu

Cina

India

Lain-lain : ..........................................

5. SUBJEK PENGKHUSUSAN: ......................................................


6. KEHADIRAN KURSUS ICT:
Pernah
(
Tidak pernah (

)
)

7. PENGGUNAAN KOMPUTER:
Tahu
Tidak tahu

(
(

)
)

29

Arahan : Untuk bahagian B, C dan D, tandakan () pada ruangan jawapan yang dipilih.
1 : SANGAT TIDAK SETUJU 2 : TIDAK SETUJU
4: SETUJU 5: SANGAT BERSETUJU

3 : TIDAK PASTI

Bahagian B : Tahap pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

BIL

PERKARA
1

1
2

Saya tahu salah satu perisian sedia ada seperti MS Word,


Powerpoint, Excel, Adobe Reader dan sebagainya
Saya mempunyai pengetahuan tentang konfigurasi sistem dalam
komputer.

Saya mempunyai pengetahuan bagaimana untuk mencari sumber


maklumat untuk pengajaran melalui internet.
Saya mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan ICT

4
5

untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


Saya mempunyai pengetahuan bagaimana untuk menggunakan
CD koswer yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Bahagian C: Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.
BIL

PERKARA
Saya selalu menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran

seharian.
Penggunaan ICT sangat berkesan untuk meningkatkan prestasi

pelajar di dalam kelas.


Pengajaran yang menggunakan ICT tidak membosankan dan

mudah difahami oleh pelajar.


Saya selalu menggunakan ICT untuk menyediakan bahan-bahan

pembelajaran.
Saya selalu menggunakan projektor LCD untuk pembentangan di

dalam kelas.

30

Bahagian D: Kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

BIL

PERKARA

Saya tahu menerangankan fungsi sesuatu perkakasan yang


berkaitan teknologi ICT

Saya tahu mengendalikan perkakasan teknologi ICT

Saya tahu cara untuk berkongsi data dengan guru lain melalui
Internet.
Saya tahu merekabentuk aktiviti pembelajaran kendiri dengan
menggunakan ICT.
Saya tahu menggunakan perisian pemproses kata (MS Word) &
persembahan (Powerpoint)

4
5

...............SOAL SELIDIK TAMAT. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA............

You might also like