You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT GURU TINGKATAN ENAM Bil.

4/2014
Tarikh

:25 April 2014

Masa

: 2.30 ptg

Tempat

: Makmal Komputer 2 STTJ

Pengerusi

: Pn. Saemah bt Mohd Yusoff (GPK T6)

Kehadiran

: 5 orang

Nama Yang Hadir

: Pn. Saemah bt Mohd Yusoff


Pn Chun Kwee Fua
Pn. Prasana a/p Sreedaran
En. Anuwar bin Abani
En. Alias bin Ali

1.0

2.0

3.0

Ucapan Pengerusi
1.1. Pn. Saemah mengalu-alukan kehadiran semua guru Prauniversiti.
1.2. Keputusan STPM 2012/2013 telah diperolehi. Tahun ini keputusan
keseluruhannya amat mengembirakan kerana telah menunjukkan
peningkatan yang baik. Pn. Saemah mengucapkan taniah kepada semua
guru Prauniversiti di atas peningkatan tersebut.
1.3. Pn. Saemah juga berharap agar guru-guru Prauniversiti dapat
bekerjasama dalam menyelesaikan segala masalah yang melibatkan
pembangunan akademik pelajar.

Makluman

Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas


2.1 Minit mesyuarat Bil 3/2014, dicaddangkan untuk pengesahan oleh
Pn. Chun Kwee Fua dan disokong oleh En. Anuwar bin Abani.

Makluman

Perkara Berbangkit
3.1 Peruntukan Kewangan PIBG
Pn. Saemah memaklumkan bahawa baki peruntukan kewangan dari
PIBG adalah RM123.00 sementara permohonan baru adalah
RM500.00. Wang PIBG ini adalah untuk kegunaan program-program
berkaitan Prauniversiti dan juga pembelian buku rujukan. Bagi waktu
terdekat ini wang yang ada akan digunakan untuk pembelian Kamus
Dewan Edisi 4 dan juga perbelanjaan ke Karnival Tingkatan 6 di Johor
Baharu anjuran BPTV.

Makluman

4.0

Laporan Akademik
4.1 Keputusan STPM 2013
PNGK sekolah menunjukkan peningkatan. Keputusan STPM 2013
meningkat dari PNGK 1.61 kepada PNGK 2.31. Adalah menjadi harapan
peningkatan ini akan berterusan bagi keputusan STPM 2014 atau
setidak-tidaknya keputusan tersebut dapat dikekalkan.
4.2 Peperiksaan Percubaan STPM Penggal 2
Pn. Chun memaklumkan bahawa Peperiksaan percubaan akan bermula
pada 29/4 (Jumaat) ini. Jadual telah diedarkan kepada pelajar dan guru.
4.3 PBS Bahasa Melayu dan Pengajian Am
Kerja kursus bagi kedua-dua matapelajaran ini telah diselesaikan dengan
sempurna oleh pelajar. Hanya menunggu markah penilaian daripada
guru sahaja.

5.0

Laporan Kokurikulum
5.1 Karnival Kokurikulum Peringkat Kebangsaan
En. Alias melaporkan bahawa Karnival kokurikulum peringkatan
kebangsaan akan dijalankan di Johor Baharu anjuran BPTV. Namun
tarikh perlaksanaan masih belum ditetapkan oleh BPTV. Karnival akan
melibatkan semua pelajar dan guru dalam beberapa acara seperti
Bowling berpasukan, Seminar Pertolongan Cemas dan Pembentangan
Kertas Kerja Kursus Terbaik.
5.2 Karnival Kokurikulum Peringkat Negeri
En. Alias menyatakan juga bahawa Karnival Sains dan Teknologi Negeri
Sembilan akan diadakan pada bulan Mei. Empat pelajar akan menyertai
pertandingan teknologi fotografi dalam karnival tersebut

6.0

Pendaftaran Pelajar Prauniversiti Sesi 2014-2015


6.1 Pendaftaran Pelajar baru
Dianggarkan lebih daripada 20 pelajar baru akan mendaftar pada 5 Mei
2014 nanti. Pn. Saemah menyatakan bahawa wang pendaftaran
sebanyak RM80.00 boleh dituntut daripada pelajar semasa pendaftaran
nanti.
6.2 Minggu Silaturahim
Pn Saemah memaklumkan arahan daripada BPTV mahukan minggu
silaturahim pelajar Prauniversiti dijalankan selama 2 minggu. Sesi
taklimat dalam program minggu silaturahim itu juga diminta
dikurangkan. Cadangannya supaya diperbanyakan aktiviti yang menarik
minat pelajar untuk terus berada dalam program Prauniversiti ini.
6.3 Jadual Waktu Baharu Guru dan Kelas PraU
Pn. Saemah memaklumkan bahawa terdapat pekeliling yang akan
dikeluarkan untuk mengarahkan guru-guru tingkatan 6 untuk tidak
terlibat dengan PdP aliran arus perdana. Waktu PdP guru-guru tingkatan
enam adalah minimum sebanyak 16 waktu dan diikuti dengan kajian
tindakan.

7.0

Hal-hal lain
Pn. Prasana inginkan kepastian mengenai penglibatan guru-guru tingkatan 6
dalam aktiviti kokurikulum aliran arus perdana. Pn. Saemah memaklumkan
bahawa setakat ini guru-guru tingkatan 6 boleh melibatkan diri dengan
aktiviti tersebut kerana ianya melibatkan SKT guru. Akan tetapi guru-guru
boleh menarik diri dari menjadi ketua bagi kelab atau unit-unit yang disertai.

8.0

Ucapan Penangguhan
8.1 Pn. Saemah berharap keputusan percubaan penggal 2 akan datang ini
akan dapat menjadi kayu pengukur bagi keputusan STPM pelajar tahun
ini.
8.2 Ahli Mesyuarat juga berharap bilangan pendaftaran pelajar baru akan
menunjukkan peningkatan.
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.15 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

______________
(En. Alias bin Ali)

_________________________
(Pn. Saemah bt Mohd Yusoff)
GPK Prauniversiti

You might also like