You are on page 1of 1

Wednesday, November 11, 2009 at 11:13 AM | By: Sabir Isrun Birun

PENILAIAN AUTENTIK

Pentaksiran Autentik
- Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.
- Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
- Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
- Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma
yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment
of Students)
Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based
Autentik
- Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
- Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada
dalam dunia sebenar.
Penilaian Alternatif
- Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan
- Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh
- Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan
- Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran
- Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai
kerja seni orang lain
- Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya
secara lisan dan di khalayak ramai
http://sabbeyround.blogspot.com/2009/11/penilaian-autentik.html

You might also like