You are on page 1of 17

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Hussein Onn


Batu Pahat, Johor

Kertas Cadangan
Program Bina Insan Guru 2012
(KPLI / PISMP /KDC/ PPG)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat
Johor

Disediakan Oleh:
Unit Ko Kurikulum
IPG, Kampus Tun Hussein Onn
Jan 2012

KERTAS CADANGAN
PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU 2012
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn
BATU PAHAT, JOHOR

1.0

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru dilaksanakan adalah sebagai memenuhi keperluan Latihan
Perguruan Praperkhidmatan. Program ini dirancang dengan teliti dan penekanan diberikan kepada
unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan
guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas kepada
pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara berdaulat.

Elemen-elemen intelek, jasmani, rohani, dan emosi adalah kekuatan dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan Model Konseptual Pendidikan Guru ke arah membentuk insan guru yang
seimbang dan menyeluruh. Profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi.

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bina Insan
Guru yang digubal khusus bertemakan Konsep dan Ciri Pembinaan Insan Guru, Pembangunan
Insan Guru dan Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan dalam
program perkhemahan empat hari tiga malam melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai
aktiviti fizikal, latihan pembangunan minda berkumpulan dan lain-lain aktiviti yang terancang
mengikut ketetapan institut pengelola.
Di samping itu, perlaksanaan Program Bina Insan Guru juga adalah selaras dengan Teras
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu :

1.

Membina Negara Bangsa:

Melalui aktiviti Bina Insan Guru seperti Latihan

dalam kumpulan, aktiviti fizikal , ceramah dan kerohanian diharap mampu untuk
membantu pelatih untuk membentuk diri yang mampu bersatu padu, mempunyai

keyakinan diri yang tinggi dan mampu menikmati kehidupan yang demokratik,
liberal dan bertolak ansur serta berdaya tahan.

2.

Membangunkan Modal Insan: Pelaksanaan aktiviti Bina Insan Guru ini di harap
mampu untuk memberi sumbangan terhapan pembangunan modal insan kelas
pertama melalui kaedah berkerjasama, koperatif dan kolaborasi sepanjang
melaksanakan aktiviti. Disamping penggunaan kaedah penyelesaian masalah dan
pengintegrasian aspek kemahiran berfikir dan kemahiran-kemahiran generik yang
lain.

3.

Memartabatkan Profesion Perguruan :

Program Bina Insan Guru yang

dirancang juga menitik beratkan penyediaan bakal guru yang berketrampilan,


berkemahiran, berilmu pengetahuan serta berperibadi mulia yang mampu
memartabatkan profesion perguruan.

4.

Melonjakkan Kecermerlangan Institusi Pendidikan : Melalui

pembentukan

insan guru yang mantap program Bina Insan Guru diharapkan mampu untuk
menyediakan individu yang berkualiti dan akhirnya mampu melonjakkan
kecermerlangan institusi pendidikan bukan sahaja di institusi perguruan tetapi juga
apabila bertugas di sekolah nanti.

2.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM


2.1

Matlamat

Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang jitu.
2.2

Objektif:
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat;
i.

menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan


patuh kepada ajaran agama.

ii.

meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,


bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.

iii.

membina semangat juang yang tinggi dan ketahanan fizikal dan mental,

iv.

menguasai kemahiran asas interpersonal,

v.

memperkembangkan potensi diri sebagai insan dengan mengamalkan


refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

3.0

STRATEGI PELAKSANAAN
Pelaksanaan

Program

Bina

Insan

Guru

mengutamakan

pembelajaran

yang

menitikberatkan pembangunan afektif, kognitif dan psikomotor. Pembangunan afektif meliputi aspek
insan guru yang berakhlak mulia, semangat dan patuh kepada agama. Oleh itu pelaksanaan
program adalah berasaskan kepada strategi berikut;
3.1

Program perkhemahan Bina Insan Guru adalah kelolaan Unit Ko Kurikulum Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

3.2

Program Bina Insan Guru menetapkan pakej wajib iaitu perkhemahan empat hari
tiga malam termasuk waktu perjalanan. Masa pelaksanaan dan tapak
perkhemahan adalah ketetapan atau pilihan institut sendiri. Setiap pelajar akan
dipastikan telahpun mengikuti Program Bina Insan Guru sebelum tamat pengajian
mereka.

3.3

Aktiviti yang dirancang merangkumi aktiviti fizikal di darat dan di air dengan
mengambil kira langkah-langkah keselamatan. Aktiviti kerohanian dan khidmat
masyarakat juga dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut.

3.4

Pendekatan penyampaian menekankan kepada penggunaan pelbagai kaedah


pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan

3.5

i.

aktiviti

ii.

pengalaman,

iii.

kreativiti, kritis dan inovatif

iv.

penyelesaian masalah

v.

koperatif dan kolaboratif.

Strategi penyampaian dan pengelolaan;


i.

perbincangan / perbahasan

ii.

sumbang saran

iii.

bengkel berkumpulan

iv.

ceramah

v.

tunjukcara

vi.

persembahan

vii.

permainan

viii.

lawatan

ix.

khidmat masyarakat

x.

perkhemahan

Diharapkan melalui program ini guru-guru pelatih akan dapat mengetahui, menghayati dan
mempamerkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, menghayati semangat bekerja sepasukan,
memiliki ketahanan fizikal dan mental yang tinggi, menguasai kemahiran asas interpersonal,
mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan di samping memupuk kebolehan memimpin
dan memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dalam semua aspek kehidupan seharian.
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
4.1

Jawatankuasa Induk:
Pengerusi:

Pn. Hjh. Zaleha binti Onn


Pengarah, IPG, Kampus Tun Hussein Onn

Naib Pengerusi:

En. Koh Kok Hwee


Timb. Pengarah, IPG, Kampus Tun Hussein Onn

Setiausaha:

En. Mohd Nahar bin Muhammad Wazir


Ketua Unit Ko Kurikulum , IPG,
Kampus Tun Hussien Onn

Penyelaras:

En. Abdul Latif bin Ahmad

Pen. Penyelaras :

En. Mohd Razali bin Hashim

Bendahari:

Pn. Norfaizah binti Mat Hairy

Ahli-ahli:

4.2

1.

Utz. Md. Isa bin Man

2.

En Lukman b. Saadon

JK Peralatan

3.

Pn. Fuziah bt. Ishak

JK Makanan

4.

En. Mohamad Daud b. Abu Yamin

JK Aktiviti Fizikal

5.

En. Mohd Shahreen b. Abdullah

JK Penilaian

7.

En. Abd. Latif Abdullah

9.

En. Mohtari b. Mesron

Jawatankuasa kerja
1. Jawatankuasa Kerohanian dan Moral

JK Kerohanian & Moral

JK Kebajikan/Keselamatan
JK LDK

Pengerusi :

Ustaz Md Isa bin Man

Ahli:

Ustaz Zainuddin b. Abd. Hamid


En. Dzulkifli bin Abdul Jalil

2. Jawatankuasa Alatan :
Pengerusi:

En Lukman b. Saadon

Ahli:

En. Khalid bin Hassan


En. Mohd Shahril bin Abdul Manaf
En. Abd. Halim b. Hassan
En. Ishak bin Adam
En. Kassim Bin Mohd Ibrahim

3. Jawatankuasa Aktiviti Fizikal :


Pengerusi :

En. Mohamad Daud b. Abu Yamin

Aktiviti Air
Ketua air :

Pn. Czarina Law binti Abdullah

Ahli :

En. Suhaimi bin Sahat


En. Abdul Rahim bin Mohammad
En. Abu Bakar bin Kassim

Aktiviti Darat
Ketua :

En. Mohamad Daud b. Abu Yamin

Ahli :

En. Mohd Sidek bin Muhamad


En. Ahmad Shukri bin Ahmad
En. Abd Sukor bin Kamsir

4. Jawatankuasa Aktiviti LDK


Pengerusi :

En. Mohtari bin Mesron

Ahli :

En. Zaharuddin bin Mohd Talip


En. Mohd Roslan bin Aroff

5. Jawatankuasa Makanan
Pengerusi: Pn. Fuziah binti Ishak
Ahli :

Pn. Zaharah binti Abdul Manaf


Ustazah Pauziah binti Omar

Cik Aliza binti Azhar


Pn. Jamaliah binti Che Abd. Samad

6. Jawatankuasa Penilaian
Pengerusi :

En. Mohd Shahreen bin Abdullah

Ahli :

Pn. Zanariah binti Mahyun

7. Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan


Pengerusi:

En. Abd. Latif bin Abdullah

Ahli :

En. Hussin bin Yaacob


En. Kamarun bin Ishak

8. Jawatankuasa Asas Bantu Mula


Pengerusi:

En. Hassan bin Ahmad

Ahli :

En. Mohd Shukor b. Taiken

9. Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat


Pengerusi :

En. Abdul Raof bin Ibrahim

Ahli :

En. Hamizan bin Palil

10. Jawatankuasa Asas Perkhemahan


Pengerusi :
4.2

En. Zulkafli bin Arifin

Senarai Cadangan Petugas


4.

KEM KOMANDAN
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

5.

En. A. Latif bin Abdullah


En. Zulkafli bin Arifin
En. Abdul Raof bin Ibrahim
Tn. Hj. Abdul Rahman bin Selamat
Tn. Hj. Hassan bin Ahmad
Pn. Czarina Law binti Abdullah
En. Mohan a/l Palaniandy

JURULATIH (LELAKI)
i.
ii.
iii.
iv.

En. Sallehudin bin Sahrone


En. Mohd Razali bin Hashim
Hj. Abdul Kadir bin Abdul Rahim
Dr (Mejar) Tay Chong Seng

v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.
xv.
6.

En. Baharuddin bin Salleh


En. Abdul Rahim bin Mohamad
En. Kamarun bin Ishak
En. Abdul Sukor bin Kamsir
En. Abu Bakar bin Kassim
En. Hussin bin Yaacob
En. Mohamad Sidek bin Muhammad
En. Hamizan bin Palil
En. Suhaimi bin Sahat
Hj. Ahmad bin Ariff
En. Vespanathan a/l Supramaniam

JURULATIH WANITA
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Cik Ong Chiek Pin


Cik Lee Lin Tee
Cik Khalidah binti Khalid
Pn. Melati binti Yaacob
Pn. Izzatul Asyikin bt. Hj. Ibrahim
Pn. Saedah bt. Sukiran
Pn. Noraini bt. Salim
Jamiaaton Sofiah bt. Harun
Pn. Hjh. Fatimah bt. Abd. Kadir
Pn. Haslina binti Mohamad
Pn. Idawati binti Moin
Dr. Kamisah binti Buang

4. JURULATIH ASAS BANTU MULA


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Hjh. Normah binti Mat Daut


En. Tokiap bin Tukiman
En. Mohd Shukor bin Taiken
Hj. Muhammad bin Abu Daud
Dr. Kan Fong Kuen

5. QUARTER MASTER MAKANAN & MASAKAN


i.
ii.
iii.
iv.
6.

Pn. Radziah binti Muhammad


Cik Aliza binti Azhar
Hjh Norashikin binti Ismail
Pn. Zaharah binti Abdul Manaf

FASILITATOR
i.
ii.
iii.
iv.
v.

En. Mohamad Roslan bin Arof


En. Zaharuddin bin Talip
En. Said bin Sulaiman
Cik Nizatuledayu binti Jamal
Pn. Norfazilah binti Mohd Sajat

7. JURULATIH KEROHANIAN DAN MORAL

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Ustaz Zainuddin bin Abdul Hamid


Dr. Mohd Hairuddin bin Amin
Ustaz Mohamad Anuar bin Hayan
Ustaz Ibrahim bin Mohamad
Ustazah Sharifah Mastura binti Syed Ahmad
Dr. Choong Kee Fong
Ustazah Pauziah binti Omar
Ustaz Abdul Rahman b. Siraj
Ustaz Khairul Anuar b. Abu Bakar

8. Senarai peserta Program


Sila rujuk Lampiran 1

5.0

ASAS PERTIMBANGAN

Mesyuarat Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian Pendidikan Guru Bil 1/2005
telah mencadangkan supaya Program Bina Insan Guru dan Pendidikan Jasmani dilaksanakan
sebagai program wajib diikuti oleh semua pelajar latihan perguruan berasaskan keperluan
sebagaimana berikut;
5.1

Kemahiran generik adalah sangat ditekankan dan salah satu daripadanya


adalah berpaksikan jasmani. Sehubungan itu adalah wajar mewajibkan setiap
pelajar menggunakan tubuh badan mereka melakukan kegiatan fizikal untuk
kesejahteraan jasmaninya. Usaha mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis akan sempurna dengan adanya penekanan ke atas aspek jasmani
di samping aspek-aspek intelek, rohani dan emosi.

5.2

Usaha mewujudkan masyarakat pendidik yang penyayang bertoleransi tinggi,


saling hormati menghormati dan dapat hidup dalam suasana muhibah dan
kemesraan, intergrasi nasional diberi kepada pelajar berinteraksi dan
mengenali budaya pelbagai kaum dengan lebih dekat.

6.0

BUTIRAN PELAKSANAAN
6.1

Tempat:
a)

Tapak perkhemahan:
Pantai Teluk Gorek,
Kampung Tanjung Resang,

Mukim Endau, Mersing


b)

Kembara / Aktiviti Darat:


Hutan Simpan Gunung Arong,
Kampung Tanjung Resang,
Mersing.

c)

Keyakinan Air / Berkayak:


Pantai Telok Gorek,
Kampung Tanjung Resang,
Mukim Endau, Mersing

Asas Pemilihan Tempat


Pemilihan tempat ialah berdasarkan persetujuan mesyuarat BIG 1/2012 atas
sebab-sebab berikut:
i.

Permukaan pantai yang landai, menjamin keselamatan untuk mengadakan


aktiviti apungan terutama bagi peserta yang melakukan aktiviti buat pertama
kali. Selain dari itu pantai yang landai mengurangkan aktiviti ombak yang
boleh menjejaskan aktiviti.

ii.

Kawasan yang dipilih juga mempunyai hutan simpan, yang berdekatan


memudahkan pelaksanakan aktiviti kembara. Kawasan ini mempunyai flora
dan fauna untuk kajian pelajar. Trek Gunung Arung yang dipilih juga mampu
memberi cabaran kepada pelajar.

iii.

Kawasan tapak perkhemahan yang sesuai. Terdapat barisan tembok di


sepanjang pantai yang menjadi penghadang ombak. Melindungi kawasan
tapak perkhemahan daripada ombak besar.

iv.

Terdapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan tandas bagi
keperluan peserta dan jurulatih.

6.2

Sasaran:
Sebanyak Lapan siri Program BIG akan dilaksanakan iaitu melibatkan seramai 417
peserta dari opsyen-opsyen sebagaimana berikut;

i.

ii.

Program PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012


a)

TESL 1

26

b)

TESL 2

27

c)

TESL 3

24

d)

TESL 4

25

e)

RBT 1

19

f)

RBT 2

20

g)

Math 1

22

h)

Math 2

21

i)

Peng. Agama 1

19

j)

Peng. Agama 2

19

k)

PSV

21

l)

Peng. Cina 1

25

m)

Peng. Cina 2

24

n)

Peng. Pra Sekolah

20

Program KDC- LPBS Kemas/Perpaduan ( November 2011)


a)

iii.

Pra sekolah

25

Program LPBS-jQAF Ambilan Januari 2012


a)

Bahasa Arab 1

20

b)

Bahasa Arab 2

20

c)

Pengajian Agama 1

20

d)

Pengajian Agama 2

20

e)

Pengajian Agama 3

20
(Jumlah: 437 peserta)

6.3

Tentatif Tarikh:
siri

tarikh

Kumpulan/ opsyen

i.

1/201
2

19 22 Mac

TESL 2
Matematik 2

48

ii

2/201
2

22 25 Mac

TESL 1
Pengajian Agama 1

45

iii

3/201
2

25 28 Mac

KDC Kemas/Perpaduan
PSV

46

iv

4/201
2

28 - 31 Mac l

Pengajian Cina 1
RBT 1
Pengajian Agama 2

63

Bilangan
pelajar

Vi

vii

viii

5/201
2

31 Mac
3 April

Matematik 1
TESL 3
RBT 2

66

6/201
2

3 - 6 April

Pengajian Cina 2
Pra Sekolah
TESL 4

69

7/201
2

6 9 April

j-QAF Bahasa Arab 1


j-QAF Bahasa Arab 2
j-QAFPengajian Agama 1

60

siri

tarikh

Kumpulan/ opsyen

8/201
2

9 12 April

j-QAFPengajian Agama 2
j-QAFPengajian Agama 3
jumlah

6.4

Bilangan
pelajar
40
437

: Jadual Aktiviti :
Lampiran 2

7.0

ANGGARAN KEPERLUAN PERBELANJAAN:


Rujuk Lampiran 3

8.0

BILANGAN PETUGAS
Setiap siri program akan dilaksanakan oleh sekumpulan pegawai yang terdiri daripada;
7.1

Kem Komandan

7.2

Jurulatih aktiviti air (laut)

7.3

Jurulatih aktiviti kembara (darat)

7.4

Fasilitator ( LDK / Bengkel dll )

7.5

Tutor (dari setiap unit peserta)

7.6

Fasilitator Kerohanian dan Moral

7.7

QM Makanan

7.8

QM Alatan ( Drp salah seorang jurulatih)

7.9

Urusetia (staf sokongan)

Jumlah:

14 petugas

( Bayaran elaun dan tuntutan perbatuan petugas adalah mengikut kadar yang dibenarkan
mengikut pekeliling yang berkuatkuasa semasa )
Rumusan pegawai yang terlibat :
Rujuk Lampiran 4
9.0

PENGANGKUTAN
9.1

Bas ( bagi setiap 40 peserta )

9.2

Kereta (persendirian)

a)

Kem Komandan

b)

QM Makanan

c)

Petugas ( 3 petugas / kereta )

d)

Pemantau

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh :

( ABDUL LATIF BIN AHMAD )


Setiausaha BIG
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussien Onn
Batu Pahat, Johor.

(EN. MOHD NAHAR B. MUHAMMAD WAZIR)


Ketua Unit Ko Kurikulum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussien Onn
Batu Pahat, Johor

Diluluskan / Tidak diluluskan

( HJH. ZALEHA BINTI ONN )


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
KampusTun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.

LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PELAJAR YANG TERLIBAT

LAMPIRAN 2
JADUAL AKTIVITI PROGRAM

LAMPIRAN 3
PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM BIG FASA 1
PERKHEMAHAN 4HARI 3 MALAM

LAMPIRAN 4
SENARAI PEGAWAI YANG TERLIBAT

You might also like