You are on page 1of 13

No 3.

GERAKAN NASIONALISME DI RANTAU ASIA TENGGARA BERGERAK SEIRING


DENGAN PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BERPENDIDIKAN BARAT. NILAIKAN.
Pendahuluan
Penulisan ini akan membincangkan tentang kebangkitan semangat nasionalisme di Asia
Tenggara pada abad ke-20. Perbincangan ini akan meliputi peranan golongan intelektual yang
berpendidikan Barat yang bergerak seiring dengan gerakan nasionalisme di Asia tenggara.
Namun pada masa terdapat juga golongan intektual yang bukan berpendidikan Barat yang turut
mewarnai perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada abad tersebut. Kehadiran keduadua golongan ini telah melahirkan dua kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan liberal dan
kumpulan revolusioner di mana kedua-dua kumpulan ini telah mengerakkan gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara. Perbincangan ini juga akan melihat peranan tokoh-tokoh
nasionalis di negara-negara yang terpilih di Asia Tenggara abad ke-20.
Golongan Intelektual Berpendidikan Barat
Kemunculan golongan intelektual yang berpendidikan Barat telah membawa kepada
kemunculan golongan yang dipanggil golongan liberal. Golongan berpendidikan Barat ini
kebanyakkannya muncul akibat daripada pengenalan sistem pendidikan oleh pihak penjajah.
Umum mengetahui rantau Asia Tenggara mula dijadikan kawasan jajahan oleh pihak kolonial
yang rata-rata berasal daripada Eropah.Menjelang abad yang ke-20, telah berlakunya
perubahan yang drastik di rantau Asia Tenggara. Salah satu perubahan tersebut adalah
pertumbuhan

semangat

nasionalisme

yang

semakin rancak.

Pertumbuhan

semangat

nasionalisme ini adaalh disebabkan oleh literasi pelajaran dan pendidikan yang semakin luas
termasuklah pendidikan beraliran Barat. Pendidikan bukan sahaja menyerapkan fahamanfahaman politik yang sememangnnya terkandung di dalam kebudayaan Barat tetapi pada masa
yang sama telah menerbitkan kesedaran di kalangan individu terutamanya yang berpendidikan.
Kesedaran politik di Asia Tenggara hanya terhad di kalangan sekumpulan kecil individu yang
berpendidikan sekali gus menjadi antara tenaga pengerak awal gerakan nasionalisme di Asia
Tenggara.
Kemunculan golongan nasionalis berpendidikan di dalam konteks Asia Tenggara
bermula di negara Filipina. Hal ini kerana golongan pendidikan Barat Filipina telah mula
menentang penjajahan Sepanyol namun pada abad yang berikutnya berkerjasama dengan
Amerika Syarikat. Hal ini menunjukkan bahawa golongan perndidikan Barat memainkan

peranan yang sangat penting di dalam pergerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Perkara ini
tidaklah menghairankan kerana tokoh-tokoh pendidikan Barat seperti Jose Rizal telah
mencorakkan nasionalisme di Filipina menggunakan kaedah-kaedah penulisan seperti novel
Noli Me Tangere dan El Filibusterismo. Malahan keadaan ini berterusan apabila zaman
penguasaan Amerika Syarikat di Filipina yang menggunakan pendekatan liberal di dalam
pemerintahan sehingga melahirkan golongan liberal yang berpendidikan Barat dan melahirkan
pelbagai jenis parti politik seperti Partido Nacionalista yang memperjuangkan kemerdekaan di
bawah Amerika Syarikat. Dasar liberal ini juga telah melahirkan dua kaum nasionalis Filipina
iaitu golongan yang menuntut kemerdekaan secara beransur-ansur dan satu lagi yang menuntut
kemerdekaan secara serta-merta. Antara tokoh-tokoh pendidikan Barat yang berjuang secara
liberal semasa pemerintahan Amerika Syarikat ialah Felipe Agoncillo yang pergi ke Amerika
Syarikat untuk mendapatkan sokongan kongres dan masyarakat Amerika Syarikat untuk
mendapatkan kemerdekaan Filipina. Kelahiran tokoh berpendidikan Barat di Filipina berjalan
dengan pantas adalah disebabkan oleh dasar kuasa kolonial Amerika Syarikat yang
memberikan kepercayaan kepada masyarakat Filipina untuk membentuk kuasa politik asli sekali
gus membolehkan mereka membentuk pengalaman sebagai pemimpin tempatan di dalam
hubungan antarabangsa dan lokal.
Di Indonesia pendidikan Barat telah memainkan peranan yang penting di dalam
melahirkan golongan elit baru Indonesia.Golongan ini lebih cenderung untuk berkerjasama
dengan kuasa kolonial. Budi Utomo merupakan antara pertubuhan terawal yang ditubuhkan oleh
golongan intelektual berpendidikan Barat di Indonesia. Pertubuhan ini ditubuhkan pada Mei
1908 oleh pelajar Indonesia yang mengambil jurusan perubatan di Batavia. Pertubuhan ini
merupakan pertubuhan yang sangat dipengaruhi oleh kebudayaan Jawa. Malahan objektif
utama Budi Utomo adalah untuk meningkatkan akses pendidikan Barat dengan gabungan
budaya Jawa.namun demikian, harus ditekankan bahawa fahaman nasionalisme di Indonesia
pada peringkat awal merupakan satu gerakan yang bercorak sederhana dan digerakkan oleh
sekumpulan kecil golongan idealis yang berpendidikan Barat. Selain daripada itu, Parti Hindia
(Indies Party) yang ditubuhkan pada 1911 telah menarik minat Soewardi Soerjaningrat. Beliau
kemudiannya menukar nama kepada Ki Hadjar Dewantoro dan pada tahun 1922, beliau telah
menubuhkan Taman Siswa (Garden Of Students) iaitu gerakan nasionalis pendidikan yang
menggabungkan pendidikan Barat dengan elemen kebudayaan Jawa. Bukti ini jelas
menunjukkan bahawa pada awal abad ke-20 gerakan nasionalis telah digerakkan oleh golongan
yang berpendidikan Barat. Satu aspek yang kritikal yang perlu diberikan perhatian ialah

gerakan-gerakan awal ini merupakan tapak awal bagi gerakan nasionalisme yang seterusnya
di dalam konteks negara Indonesia.
Keadaan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Steven Drakeley telah
mengatakan tiga individu penting di dalam gerakan nasionalis Indonesia pada abad ke-20 ialah
Sukarno, Hatta dan Sjahrir. Steven Drakeley menyatakan bahawa ketiga-tiga figura ini telah
menyesuaikan idea Barat ke dalam persekitaran Indonesia ketika itu. Malahan Steven Drakeley
dengan

tegas

menyatakan

bahawa

Of

the

three,

Sjahrir

was

clearly

the

most

Westernized.Malahan cara Sjahrir di dalam menentang penjajahan Belanda adalah sangat


liberal iaitu menggunakan kaedah diplomasi. Hal ini bukanlah sesuatu yang menghairankan jika
melihat kepada latar belakang pendidikan yang diterima oleh Sjahrir yang berteraskan Barat.
Malahan harus ditekankan bahawa di dalam konteks negara Indonesia, pendidikan Barat
memainkan peranan yang sangat kritikal. Hal ini kerana idea penubuhan Indonesia digerakkan
oleh nasionalis yang berpendidikan Barat.
Seorang lagi tokoh nasionalis Indonesia yang penting ialah Sukarno. Beliau telah
menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) pada tahun 1927. PNI merupakan gerakan
pertama yang betul-betul berkempen secara terbuka untuk kemerdekaan kepulauan India Timur
sebagai sebuah negara bersatu iaitu Indonesia. Sukarno merupakan seorang tokoh yang
berpegang kepada dasar anti-kolonial dan bersahabat dengan negara-negara sosialis. Malahan
beliau juga berkecenderung kepada dasar nasionalis aktif. Manakala Hatta pula seorang
merupakan seorang teknokrat yang mementingkan proses pembinaan negara melalui hubungan
baik dengan negara-negara maju, mengelakkan dasar-dasar nasionalis yang melampau dan
menyokong dasar-dasar membangunkan ekonomi Indonesia dengan modal-modal asing. Hatta
telah menubuhkan Perhimpunan Indonesia (PI) iaitu gerakan nasionalis yang ditubuhkan oleh
golongan pelajar di Belanda. Gerakan ini berasal daripada Persatuan Indies yang wujud sejak
tahun 1908. Pada tahun 1922,

satu gabungan telah dibuat dengan semua badan pelajar

seberang laut dan muncul dengan nama baru iaitu PI. Tujuan penting PI adalah untuk refromasi
sosio-politik di Indonesia supaya masyarakat tempatan mempunyai hak yang sama dengan
golongan penjajah Belanda.
Di Vietnam, gerakan nasionalis bukan komunis mula bergerak aktif untuk mendapatkan
lilberasi politik daripada Perancis bermula sekitar tahun 1922. Parti-parti politik bukan komunis
ini telah digerakkan oleh golongan atasan dan menengah Vietnam. Di Vietnam gerakan
nasionalis dan pertubuhan politik yang pertama adalah Viet Nam Quang Phu Hoi atau dikenali
sebagai kesatuan bagi Pemulihan Vietnam yang ditubuhkan pada tahun 1913 oleh Phan Boi
3

Chau. Phan Boi Chau sangat terpengaruh dengan idea-idea nasionalisme Sun Yat Sen yang
merupakan intelektual berpendidikan Barat di China. Gerakan ini berpusat di Canton.
Parti bukan komunis yang penting di dalam gerakan nasionalis Vietnam adalah Parti
Constitutionaliste (Parti Perlembagaan) dan Viet-Nam Quoc Dang Dang (VNQDD atau Parti
Nasionalis Vietnam). Parti Constitutionaliste telah ditubuhkan pada tahun 1923 di Saingon dan
dipimpin oleh Bui Quang Chieu dan Nguyen Phan Long. Parti Constitutionaliste sememangnya
sebuah parti yang menpunyai tindak-tanduk yang liberal kerana Parti Constitutionaliste
mempunyai aspirasi untuk menggantikan Perancis di Vietnam dan berjuang atas dasar
berkerjasama dengan Perancis. Hal ini tidaklah begitu menghairankan kerana golongan yang
berpendidikan Barat lebih cenderung untuk berfahaman pro-Barat di dalam gerakan nasionalis
mereka. Namun demikian, peranan parti ini di dalam gerakan nasionalis tidak dapat
dipertikaikan. Hal ini kerana pada peringkat awal parti ini berjaya mendapatkan beberapa
kebebasan daripada pihak Perancis seperti kebebasan untuk berkumpul, kebebasan akhbar,
kebebasan berpersatuan dan berjaya menambahkan pewakilan Vietnam di dalam Conseil
Colonia. Manakala Viet-Nam Quoc Dang Dang pula telah ditubuhkan pada November 1927 oleh
Nguyen Thai Hoc yang merupakan seorang penuntut dari Ecole Normale di Hanoi.Parti ini
kebanyakkannya disokong oleh orang-orang Vietnam yang berada di dalam kelas pertengahan
di dalam masyarakat.
Seorang lagi tokoh yang paling penting di dalam pergerakan nasionalisme Vietnam ialah
Maharaja Bao Dai. Gerakan yang diketuai oleh Bao Dai lebih bersifat sederhana dan tidak
radikal. Bao Dai telah mendapat pendidikan di Perancis dan pulang ke Vietnam pada tahun
1932. Latar belakang pendidikan Boi Dai telah menyebabkan beliau mempunyai pengetahuan
yang luas tentang falsafah-falsafah seperti demokrasi dan liberalisme. Bao Dai kembali ke
Vietnam dan memimpin sebuah parti yang bersifat sederhana bertujuan untuk memulihkan
semula dan memodenkan pemerintahan Vietnam. Boi Dai mengambil pendekatan politik yang
berteraskan kerjasama dengan pihak Perancis. Boi Dai cuba untuk menjalankan pembaharuanpembaharuan politik di Vietnam tetapi ditolak oleh kerajaan Perancis. Rentetan daripada
peristiwa Bao Dai cuba untuk mendapatkan taraf dominion bagi Vietnam menyebabkan
kerajaan Perancis mula menghalang Boi Dai daripada meneruskan kegiatan nasionalisme.
Akibat daripada tekanan politik oleh pihak Perancis, Boi Dai telah meninggalkan arena politik
dan menjadi maharaja boneka. Meskipun, golongan sederhana yang berpendidikan Barat ini
telah gagal untuk melakukan perubahan politik di Vietnam, peranan golongan ini tidak boleh
dinafikan sama sekali. Hal ini kerana, peranan yang dimainkan oleh golongan ini mula
4

menimbulkan kesederan politik di Vietnam meskipun terdapat satu ketika, golongan yang
mempunyai kesederan politik ini menjadikan komunis sebagai ideologi dan plaform mereka di
dalam bidang politik dan gerakan nasionalisme.
Di Thailand gerakan nasionalisme berjalan di dalam tiga peringkat iaitu tahap pertama
ialah satu bentuk nasionalisme spiritual yang bertujuan untuk menyatukan semua lapisan
masyarakat daripada yang tertinggi sehingga yang terendah di bawah satu payung monarki iaitu
ketika zaman Raja Vajiravudh (1910-1925). Tahap yang kedua pula ialah tahap nasionalisme
yang bersifat argresif dan kemakmuran bangsa Thai di bawah pimpinan Pibunsonggram (19381945, 1948-1957. Manakala tahap yang terakhir ialah gerakan nasionalisme yang bertujuan
untuk menentang ancaman komunis dan haluan kiri ketika zaman Sarit Thanarat (1957-1962).
Golongan dari kelas monarki yang berpendidikan Barat memainkan peranan yang kritikal di
dalam menyemai gerakan nasionalisme di Thailand. Hal ini kerana Raja Vajiravudh merupakan
seorang individu yang mendapat pendidikan Barat di Universiti Oxford. Raja Vajiravudh
berusaha menjadikan sentimen nasional sebagai sebahagian daripada idea kepada setiap
rakyat Thai yang berpendidikan. Raja Vajiravudh merupakan seorang penulis yang prolifik,
dramatis dan seniman dan beliau telah memajukan ideanya melalui pementasan dan melalui
penulisan beliau yang melebihi 200 tajuk dalam akhbar-akhbar awam.Oleh kerana Raja
Vajiravudh berlatarbelakangkan pendidikan barat, penulisannya meliputi terjemahan karya-karya
Shakespeare dan Moliere. Selain itu, Raja Vajiravudh telah menubuhkan dan memimpin banyak
pertubuhan seperti Pasukan Harimau Liar (sebuah gerakan separa tentera yang besar),
Pasukan Budak Pengakap, Liga Tentera Laut Diraja disamping memimpin kumpulan drama dan
sasterannya sendiri. Oleh yang demikian, Raja Vajiravudh menjadi individu yang paling kuat
melaungkan nasionalisme kebudayaan, propagandis yang paling berkesan dan pencipta
beberapa organisasi yang kepentingannya dari segi sosial dan politik adalah berkekalan.
Namun demikian nasionalisme di Thailand tidak hanya dsertai oleh golongan monarki
yang berpendidikan Barat tetapi juga oleh golongan rakyat biasa tetapi mempunyai pendidikan
Barat. Hal ini dapat dilihat menerusi peristiwa yang berlaku pada 24 Jun 1932 apabila kerajaan
diambil alih oleh Parti Rakyat. Parti Rakyat digerakkan oleh segolongan kecil golongan
pertengahan yang berpendidikan Barat yang disokong oleh pegawai awam dan pegawai tentera
yang tidak berpuas hati dengan kuasa multak raja.
Golongan ini begitu tegas di dalam memperjuangkan idea politik Barat dan meminta
supaya golongan diraja menerima sebuah pelembagaan. Malahan golongan ini mengecam
hebat pemerintahan beraja mutlak yang terdahulu dan mengisytiharkan bahawa tujuan
5

penubuhan parti memerintah adalah untuk kebaikan rakyat dan apabila perlembagaan
dirasmikan dalam bulan Disember 1932, imbangan kuasa adalah jelas di pihak Parti Rakyat.
Pemimpin golongan awam yang radikal di dalam parti itu ialah Luang Pradit Manutham (Pridi
Phanomyong) seorang pensyarah undang-undang di universiti dan terdidik di Paris. Ini jelas
menunjukkan bahawa golongan berpendidikan Barat memainkan peranan di dalam menyemai
gerakan nasionalisme di Thailand. Meskipun, berlaku kontradik jika melihat aspek tujuan
perjuangan atau gerakan, tetapi di dalam konteks perbincangkan mengenai peranan golongan
berpendidikan Barat, keadaan di Thailand pada abad ke-20 jelas menunjukkan bahawa
golongan berpendidikan Barat sangat memainkan peranan yang cukup kritikal.
Di Myanmar kemunculan parti politik nasionalis yang penting ialah Parti Thakin (Masters
Party) dan Parti Sinyetha (Poor Mans Party). Parti Thakin merupakan pengganti gerakan
nasionalis golongan pelajar Universiti Ranggon pada tahun 1929 yang dikenali dengan nama
Dohbama Asiayone (We Burmans Association). Dohbama Asiayone merupakan gerakan
dipengaruh oleh Marxisme Eropah yang radikal dan antara tokoh terkenal yang menyertai
gerakan ini ialah Thakin Nu, Thakin Kyaw Nyein dan Thakin Aung San. Tujuan Parti Thakin ialah
rakyat Myanmar patut menjadi tuan rumah mereka sendiri dengan adat resam Myanmar sebagai
cara hidup rakyat yakni kemerdekaan dan kedaulatan Myanmar. Manakala Parti Sinyetha
berjuang untuk isu-isu tertentu yakni pendidikan wajib, kadar cukai yang sederhana dan
pelindungan golongan petani daripada eksploitasi golongan Chattiar. Gerakan-gerakan di
Myanmar kebanyakkan digerakan oleh golongan terpelajar terutama daripada Universiti
Yangon. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa gerakan nasionalisme terutama pada
peringkat awal telah didominasi oleh golongan terpelajar.
Golongan Intelektual Berpendidikan Bukan Barat
Namun demikian gerakan nasionalisme turut disertai oleh golongan intelektual yang tidak
berpendidikan Barat. Golongan ini kebanyakkannya mempunyai latar belakang pendidikan
agama sama ada Islam di Indonesia dan Buddha di Nyammar. Selain daripada itu, terdapat juga
sebahagian golongan yang diresapi oleh ideologi komunis. Oleh yang demikian, harus
ditegaskan di sini bahawa ideologi Marxisme dan Sosialisme jika di dalam konteks Asia
Tenggara dianggap berasal daripada Timur iaitu China walaupun ideologi komunis ini dicipta
oleh orang Barat iaitu Karl Max.
Di Indonesia, golongan yang berpendidikan Islam terutama daripada Timur Tengah turut
mempunyai pengaruh di dalam menyemarakkan gerakan nasionalisme. Di Indonesia gerakan
6

golongan agama sangat dipengaruh oleh perkembangan ideologi Pan-Islamisme. Ideologi PanIslamisme ini dipelopori oleh Syeikh Mohd Abduh dan Jamaluddin Al-Afghani. Ideologi PanIslamisme ini merupakan satu ideologi yang bertujuan menumpukan usaha kepada penyatuan
seluruh masyarakat Muslim di dalam satu entiti Islam.Pengaruh dari Timur Tengah ini begitu
dominan di Indonesia sehingga melahirkan pertubuhan nasionalis yang berasaskan agama
Islam seperti Muhammadiah (1912) dan Sarekat Islam (1912). Sarekat Islam merupakan perintis
kepada gerakan nasionalis Islam di Indonesia dan ketua pertama pertubuhan ini ialah Hadji
Omar Said Tjokroaminoto. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa gerakan nasionalisme di
Indonesia turut dipengaruhi oleh faktor agama iaitu agama Islam. Malahan organisasi ini
diterima secara seragam sebagai organisasi massa moden yang pertama di Indonesia dan
adalah penting untuk pembangunan awal nasionalisme Indonesia. Manakala pertubuhan seperti
Muhammadiyah pula merupakan sebuah pertubuhan Reformis Islam yang ditubuhkan oleh Kiai
Haji Ahmad Dahlan di Yogyakarta. Muhammadiyah dan Sarekat Islam kedua-duanya
mempunyai persamaan yang ketara iaitu ditubuhkan oleh individu yang berpendidikan agama
Islam. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa golongan berpendidikan agama turut
memainkan peranan di dalam menyemai perkembangan gerakan nasionalisme di Indonesia.
Golongan agama turut memainkan peranan yang penting di dalam merencanakan
gerakan nasionalisme di Myanmar. Namun demikian, agama Budhha merupakan agen bagi
gerakan nasionalisme di Nyammar. Pertubuhan-pertubuhan yang berteraskan agama Buddha
adalah seperti Young Man Buddhist Association (YMBA) atau Buddha Batha Kalyana Yuwa
Athin yang ditubuhkan pada tahun 1906. Antara tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk
mengembangkan Buddhisme, pelajaran dan kebudayaan Myanmar.Young Man Buddhist
Association (YMBA) turut mempunyai akhbar sendiri iaitu Thuriya (Matahari) yang mula
diterbitkan pada tahun 1911.
Selain daripada itu, Myanmar turut terpengaruh dengan gerakan daripada India.
Keadaan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan jika merujuk kepada aspek geografi.
kedudukan sempadan negara yang dekat telah menggalakkan pengaliran unsur nasionalisme
yang berteraskan fahaman daripada India. Pengaruh daripada India ini merangkumi cara-cara
perjuangan seperti swaraj dan hartal yang dikaitkan dengan Gandhi serta Parti Kongres
India.Malahan terdapat ahli politik tempatan seperti U Oktama yang mempunyai hubungan yang
erat dengan ahli-ahli politik India.Gerakan yang begitu terpengaruh dengan nasionalisme
daripada India ialah The General Council of Burmese Association (GCBA). The General Council
of Burmese Association (GCBA) merupakan nama baru bagiYoung Man Buddhist Association
7

(YMBA) kerana percubaan pertubuhan itu untuk menarik sokongan kristian dan orang India. The
General Council of Burmese Association telah menentang British di Myanmar menggunakan
pendekatan tidak berkerjasama (non-cooperatif). Dasar tidak berkerjasama ini mempunyai
kaitan dan persamaan dengan dasar Satyagraha yang dipelopori olh Ghadhi pada tahun 1920
sehingga 1921.
Disamping itu, di Vietnam, selain daripada gerakan nasionalis liberal terdapat juga
gerakan yang bersifat revolusioner terutama menjelang tahun 1925. Di dalam konteks
nasionalisme Vietnam, unsur-unsur ideologi ke arah sosialisme dan perjuangan kelas
diperkenalkan oleh Nyugen Ai Quoc. . Nyugen Ai Quoc

lebih dikenali dengan nama

samarannya iaitu Ho Chi Minh. Nyugen Ai Quoc telah menubuhkan parti Thanh Nien Cach
Meng Dong Chi Hoi (Pemuda Revolusioner) atau singkatannya Thanh Nien. Pertubuhan ini
merupakan satunya-satunya pertubuhan yang mempunyai organisasi dan teori-teori politik yang
disesuaikan dengan keadaan di Vietnam yang diasaskan kepada Duong Cach Mang yang ditulis
oleh Nyugen Ai Quoc. Beliau memperkenalkan dua prinsip baru dalam nasionalisme Vietnam,
iaitu kepentingan sebuah parti Marxist-leninist yang memimpin golongan petani dan perkerja
bagi mencapai perjuangan mereka. Revolusi nasional ini adalah sebahagian daripada revolusi
dunia dan segala tindakannya perlu diselaraskan dengan dasar Third International. Thanh Nien
mempunyai akhbarnya sendiri dan melalui parti dan akhbar ini Nyugen Ai Quoc mempunyai alat
politik yang diperlukan bagi meluaskan pengaruh komunisme di kalangan orang-orang Veitnam
di China dan Indo-China.
Namun demikian telah berlaku pepecahan di dalam Thanh Nien. Walau bagaimanapun,
pepecahan ini telah menjadi pemangkin penubuhan parti komunis di Vietnam. Pada tahun 1929,
satu kongres kebangsaan Thanh Nien diadakan dan golongan radikal di dalam Thanh Nien telah
mengusulkan supaya parti komunis ditubuhkan dengan segera tetapi ditolak atas nasihat
Nyugen Ai Quoc. Lanjutan daripada peristiwa itu, golongan radikal ini telah membentuk Dong
Duong Cong San Dong (Parti Komunis Indo-China). Manakala Thanh Nien telah menubuhkan
Annam Cong San Dong dalam bulan Ogos 1929 bagi membalas tindakan golongan radikal
berkenaan. Selepas daripada itu, berlaku perpecahan di dalam gerakan komunis di Vietnam dan
Nyugen Ai Quoc telah dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada bulan Februari
1930, gerakan komunis Vietnam telah berjaya menyatukan gerakan mereka di bawah Dong
Cong San Dong Duong (Parti Komunis Indochina). Perkembangan-perkembangan ini jelas
menunjukkan bahawa gerakan nasionalisme yang berideologikan komunis telah bergerak di

Vietnam

pada

abad

ke-20.

Kehadiran

tokoh-tokoh

seperti

Nyugen

Ai

Quoc

telah

mempercepatkan lagi perkembangan nasionalisme di Vietnam.


Di Filipina juga, gerakan nasionalisme yang berasakan ideologi komunis hanya wujud
semasa Perang Dunia Kedua. Gerakan komunis di Filipina sangat popular bagi pertubuhan
yang bernama Hukbalahap. Permulaan kepada Hukbalahap adalah dengan penubuhan Partido
Kommunista ng Philipinas (PKP) oleh Crisanto Evangelista. Manakala di Myanmar Parti
Komunis telah ditubuhkan pada 1943 oleh Thakin Soe dan Thein Pei. Gerakan komunis juga
muncul di Indonesia melalui penubuhan Parti Komunis Indonesia. Parti ini telah ditubuhkan oleh
Semaun yang merupakan ahli Persatuan Sarekat Islam. Pada tahun 1919, Sarekat Islam telah
menolak rancangan revolusioner yang dikemukakan oleh Semaun di dalam kongresnya di
Surabaya. Akibat daripada itu, Semaun telah keluar daripada kongres itu dan membentuk
sebuah parti komunis yang bernama Perserikatan Komunis Indonesia (PKI) pada 23 Mei 1920.
Parti ini kemudiannya dipimpin oleh Tan Malaka pada tahun 1922. Hal ini menunjukkan bahawa
selain daripada unsur fahaman Barat seperti liberal terdapat juga nasionalis yang menjadikan
fahaman Marxisme-Leninisme dan anti-kolonialisme sebagai ideologi perjuangan mereka.
Malahan di negara seperti Vietnam, fahaman golongan ini memainkan peranan yang penting di
dalam menyusun gerakan nasionalisme sehingga berjaya menghalau golongan kolonial iaiatu
penjajah Perancis.
Analisis
Bukti-bukti diatas jelas menunjukkan bahawa perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
kebanyakkan dipelopori oleh golongan yang berpendidikan terutama sekali pendidikan Barat.
Perkara ini tidaklah begitu menghairankan kerana nasionalisme di Asia Tenggara merupakan
kesan imperialisme Barat. Peranan positif imperialisme Barat dalam melahirkan nasionalisme di
Asia Tenggara dapat dilihat dari segi pendidikan dan dasar-dasar imperialis yang dijalankan ke
atas tanah jajahnya. Malahan sebahagian besar pemimpin nasionalis Asia Tenggara yang
bergerak aktif dalam gerakan perjuangan untuk merdeka pasca Perang Dunia Kedua adalah
berpendidikan Barat dan moden. Golongan ini sudah terbiasa dengan konsep-konsep politik
moden dan yang paling penting ialah, golongan ini kebanyakkannya adalah golongan elit baru
yang mengalami perbezaan antara teori politik yang menarik tersebut dan amalan politik serta
pentadbiran yang kurang saksama serta amat menindas yang sering berlaku ke atas tanahair
dan penduduk tempatan. Malahan pendidikan Barat merupakan unsur yang paling berpotensi di
kalangan generasi muda yang kemudiannya muncul sebagai golongan elit baru dan para
penjuang untuk kemerdekaan. Pendidikan Barat dan juga pengalaman yang amat pahit serta
9

menghinakan bagi golongan pemuda Asia Tenggara yang belajar di Eropah menjadi pemangkin
kepada golongan ini untuk memulakan gerakan nasionalisme.
Namun demikian, harus ditengahkan juga bahawa pendidikan Barat bukan satu-satunya
unsur yang melahirkan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Unsur-unsur lain seperti agama
Islam dan Buddha turut menjadi pemangkin. Satu lagi unsur didalam menyemarakkan
nasionalisme di Asia Tenggara ialah komunis. Hal ini kerana di Asia Tenggara komunisme dan
nasionalisme mempunyai kaitan yang erat. Salah satu penyebab utama ialah kedua-dua prinsip
itu mempunyai persamaan iaitu menentang imperialisme dan kolonialisme. Disamping itu,
sebahagian pemimpin nasionalis Asia Tenggara pula melihat komunis sebagai satu sistem
politik dan ekonomi yang amat sesuai untuk memulih dengan pantas dan berkesan keadaan
sosioekonomi masyarakat mereka yang wujudnya jurang sosioekonomi yang besar antara
golongan atasan dan bawahan.
Justeru itu, secara keseluruhannya golongan pendidikan Barat sememangnya
memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan gerakan nasionalisme di Asia
Tenggara. Peranan golongan ini diperkukuhkan lagi dengan peranan yang dimainkan oleh
golongan yang bukan berpendidikan Barat. Namun perlu ditegaskan bahawa walau apa pun
unsur pendidikan yang terdapat di dalam mencorakkan latar belakang pendidikan golongan
nasionalis ini tetapi hakikatnya pada masa yang sama golongan nasionalis ini menjadi terlatih
dalam aspek-aspek penting seperti mobiliti massa, jatidiri, kepimpinan, perang psikologi dan
latihan militari yang sebahagian besarnya diperoleh daripada hasil pendidikan mereka.Hal ini
secara langsung menjadikan golongan nasionalis ini bersedia untuk menjalankan perjuangan
mendapatkan kemerdekaan sama ada melalui cara perjuangan bersenjata ataupun berjuang
secara liberal melalui cara yang aman damai.
Kesimpulan
Golongan intelektual berpendidikan Barat sememangnya memainkan peranan yang besar di
dalam perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Malahan pada masa yang sama
gerakan nasionalisme ini diperkukuhkan lagi dengan kehadiran satu lagi golongan iaitu
golongan yang berpendidikan bukan Barat. Peranan yang dimainkan oleh kedua-dua golongan
ini memainkan peranan yang sangat kritikal di dalam mengerakkan gerakan nasionalisme di
Asia Tenggara pada abad ke-20. Hal ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana
pendidikan terutamanya pendidikan Barat mempunyai kaitan yang kukuh dengan nasionalisme
kerana idea nasionalisme itu sendiri dianjurkan oleh pihak Barat. Namun pada masa yang sama
10

harus ditegaskan bahawa di beberapa buah negara seperti Vietnam dan Indonesia kegagalan
intelektual terutamanya yang berpendidikan Barat dalam mendominasi gerakan nasionalisme
telah mendorong kebangkitan perjuangan bercorak revolusioner. Walau bagaimanapun, di
dalam konteks perbincangan jelas menunjukkan peranan golongan berpendidikan Barat tetap
ada dan bergerak seiring dengan perkembangan nasionalisme di rantau Asia Tenggara pada
abad ke-20.

11

BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad. Sejarah Nyammar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 200. Print.

Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1989. Print.

Anderson, T. H.. The Military Service Institution Of The United States. New York: Oxford
University Press, 1915. hlm. Print.
Azman Md. Zin & Mahyuddin Abu Bakar. Pemikiran politik Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
mengenai konsep pembinaan peradaban ummah dan respons masyarakat terhadapnya.
MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 8 (2007): 31-50. Print.

Brown, C. A Short History Of Indonesia: The Unlikely Nation?. Australia: Allen & Unwin, 2003.
Print.
Chong, T. Nationalism In Southeast Asia: Revisiting Kahin, Roff, And Anderson. SOJOURN:
Journal Of Social Issues In Southeast Asia 24.1 (2009): 1-17. Print.

Cornish, R. J. The Development Of Nationalism In Burma: 1900-1966. Michigan: University


Microfilms Inc, 1966. Print.

Devillers, P. Sejarah Indo-China Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Trans.
Ruhanas Harun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1988. Print.

Drakeley, S. The History Of Indonesia. London: Greenwood Press, 2005. Print.


Hadiz, V. R. Indonesia Political Islam: Capitalist Development And the Legacies Of The Cold
War. Journal Of Current Southeast Asian Affairs 3.1 (2011): 3-38. Print.
Kobkua Suwannathat-Pian. The Development Of Thai Nationalism: 1910-1925. JEBAT:
Journal Of History , Politics And Strategic Studies 11 (1982):95-106. Print.

12

Patricio N. Abinales. American Rule And The Formation Of Filipino Colonial Nationalism.
Southeast Asian Studies 39 (2002): 604-621. Print.

Reinhardt, J. M.. Foreign Policy And National Integration: The Case Of Indonesia. Yale: Yale
University Southeast Asia Studies, 1971. Print.
Ruhanas Harun. Nasionalisme Vietnam, 1900-1945. JEBAT: Journal Of History , Politics And
Strategic Studies 10 (1980):215-225. Print.

Steinberg, D. J. et. al. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden. Trans. Azizah Abas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981. Print.

13

You might also like