You are on page 1of 24

Isi Kandunga

Isi Kandungan

Muka Surat

Kata Alualuan Menteri Pelajaran Malaysia.

Kata Alualuan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Sekolah

Pengenalan Program Pembimbing Rakan Sebaya

Visi, Misi, Matlamat PRS

Peranan PRS

Etika PRS

Carta Aliran Pelaksanaan PRS Sekolah Rendah

10

Carta Aliran Pelaksanaan PRS Sekolah Menengah

11

Carta Organisasi PRS

12

Jawatankuasa PRS

13

Rangka Modul Latihan PRS


Lampiran

14-15
i-vi

Kata Alualuan

Menteri Pelajaran Malaysia.


Dalam masa kita giat meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan
bukan akademik, kita harus sedar bahawa pelajar adalah golongan yang
mempunyai kuasa besar dalam membentuk masa hadapan negara ini. Oleh
yang demikian, mereka perlu dididik dan dibimbing bukan sahaja dari segi
intelek tetapi juga dari segi rohani,emosi dan jasmani seperti yang
diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha ke arah ini melalui beberapa program
bimbingan yang terancang.
Proses pendidikan di sekolah rendah dan menengah bukan hanya tertumpu
kepada kecemerlangan akademik tetapi juga ko-kurikulum yang mampu
mencungkil potensi pelajar dan juga perkembangan sahsiah pelajar.
Perkembangan kanak-kanak dan juga remaja sering dipengaruhi oleh rakan
sebaya.Di sinilah letaknya keperluan remaja sebagai pembimbing rakan
sebaya yang mempunyai pengaruh positif terhadap rakannya.Menyedari
hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha membantu pelajar
melalui Program Pembimbing Rakan Sebaya yang memberi pelbagai
kemahiran melalui latihan yang melibatkan pelbagai peringkat umur agar
mereka dapat mempengaruhi rakan mereka ke arah yang diingini.
Buku Panduan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah
Menengah Malaysia ini dihasilkan sebagai panduan guru-guru melaksanakan
program ini dengan berkesan melalui perancangan yang sistematik agar
pelajar yang dilatih dapat menjadi pemimpin yang dicontohi
keperibadiannya. Saya berharap buku ini dapat memudahkan pengurusan
guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya supaya keberkesanan program
dapat dinilai dengan lebih baik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembimbing Rakan
Sebaya supaya keberkesanan program dapat dinilai dengan lebih baik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penulisan Buku
Panduan Pengurusan Rakan Sebaya kerana telah menghasilkan buku ini.

Kata Alualuan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bidang pendidikan adalah amat luas. Dengan itu, kita perlu mendidik
pelajar-pelajar agar menjadi orang dewasa yang berguna kepada diri,
masyarakat dan negara. Pelajar harus diasuh dengan sifat pendidikan yang
luas,supaya tercapai apa yang dirancangkan. Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa berusaha membantu guru-guru memberi pendidikan dan
pelajaran kepada pelajar. Ini bertujuan memastikan proses pendidikan itu
berjalan lancar dan matlamatnya tercapai dengan berkesan.
Kelahiran buku panduan ini yang telah disusun dengan padat sebagai satu
usaha untuk membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga Guru
Penasihat PRS untuk memulakan perancangan program, seterusnya
melaksanakan program-program yang telah dirancang. Apabila perancangan
telah dijalankan dengan baik,maka kesan yang diharapkan juga sudah tentu
akan membawa kesan yang positif. Diharapkan dengan terhasilnya buku
panduan ini, Pelbagai program peningkatan perkembangan diri dan disiplin
pelajar di sekolah dapat dilaksanakan dengan kerjasama Pembimbing Rakan
Sebaya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.
Buku ini bukan sahaja amat berfaedah kepada guru yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan khidmat bimbingan ini malah
dapat mengatasi ketandusan dokumen penting dalam bidang ini.
Matlamat Program Pembimbing Rakan Sebaya iaitu membina budaya kasih
mesra dan saling membantu di kalangan pelajar itu sendiri menunjukkan
nilai-nilai murni yang harus dicontohi oleh generasi kini yang semakin
ketandusan penghayatan nilai-nilai murni. Semoga para pelajar dapat
menjadi insan yang penyayang dan bertanggungjawab.
Saya turut merakamkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
setiap anggota yang berusaha gigih untuk menghasilkan buku ini. Semoga
kita memperoleh kejayaan jua.

Kata Alualuan
Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan,termasuk usaha melatih pelajar
untuk menjadi pemimpin kepada diri mereka dan pelajar lain di sekolah yang
sama, merupakan satu langkah yang sangat baik dan sememangnya
digalakkan. Dengan usaha yang dijalankan dengan teracang oleh guru
bimbingan dan kaunseling terhadap sebilangan pelajar yang berpotensi
menjadi pemimpin, pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan rakanrakan sekolah mereka yang lain. Ini sedikit sebanyak akan dapat
menyumbangkan kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik
serta bukan akademik pelajar tersebut. Melalui program Pembimbing Rakan
Sebaya ,diharap pihak sekolah akan dapat menggalakkan budaya kasih
mesra dan saling mengambil berat di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
Sehubungan itu, penerbitan buku panduan ini akan memudahkan guru
penasihat PRS khususnya melaksanakan program PRS di sekolah secara
sistematik dan berkesan. Buku panduan ini yang memuatkan pelbagai
maklumat pengurusan PRS dan disusun mengikut kesesuaian
perlaksanaannya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya berharap
buku panduan ini akan digunakan sebaik-baiknya supaya khidmat
Pembimbing Rakan Sebaya akan dapat membantu mengurangkan masalah
displin dan mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dikalangan
remaja kini.Dengan bermatlamatkan Membantu Diri Untuk Berupaya
Membantu Orang Lain sudah pasti mampu menjadikan PRS di sekolah
sebagai golongan yang harus dicontohi dalam membimbing diri sendiri dan
rakan sebaya.
Saya mengucapkan tahniah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada jawatankuasa penulisan buku panduan ini.
Terima kasih.

Program Pembimbing Rakan


Sebaya

(PRS)

PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah


dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.
Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan
kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang
memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di
sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1.1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan


bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina,
kedudukan, perlakuan dan fizikal.
1.2. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah
dijalankan berdasarkan etika PRS.

FALSAFAH

BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan


Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan
falsafah dan etika
Pembimbing Rakan Sebaya.

MATLAMAT
Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di
kalangan pelajar.
Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilainilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada
Tuhan.
Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi
individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat,
menolong dan berupaya hidup selesa dalam
masyarakat majmuk.
Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam
aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu
mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.
7

PERANAN PRS
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain
dan keadaan sekeliling.
Sebagai
khidmat
sokongan,
PRS
membantu
menggerakkan
perkhidmatan
bimbingan
dan
kaunseling di sekolah.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk
mendapat bantuan.
Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan
kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
Sebagai
peninjau
rasa
untuk
membolehkan
Kaunselor/Guru
Bimbingan
dan
Kaunseling
menjalankan strategi intervensi jika perlu.
Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan
percaya diri, berasa selesa dan berempati.
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat
beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan
mengambil langkah positif.
Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh
diatasi.
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi
masalah biasa/normal.
Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya
ia belajar melalui pengalamannya.
Menjalankan
program
membantu
sambil
mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami
batasan diri untuk membantu.

ETIKA PRS

Amanah dan
menyimpan
rahsia.
Melapor kepada
Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling tentang kes
yang boleh merosakkan diri

ETIKA PRS
Merujuk kes rumit
kepada
Kaunselor/Guru
Sentiasa berusaha
meningkatakan diri
dari pelbagai aspek

Tahu batasan
dan
keupayaan

Menerima dan
menghormati rakan
dan orang lain

Mematuhi peraturan
sekolah dan norma
masyarakat dan agama.

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PRS


SEKOLAH RENDAH

Mula / Promosi
Isi Borang Permohonan
Pemilihan Temuduga
Tidak
Sesi Temuduga
LULUS
Ya
Mengikuti Kursus Asas Modul Tahap 1
Tidak
Ujian Bertulis
LULUS
Ya
Ditauliahkan sebagai Tunas PRS
Tamat

10

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PRS


SEKOLAH MENENGAH

Mula / Promosi

Isi Borang Permohonan

Pemilihan Temuduga
Tidak
Sesi Temuduga

LULUS
Ya
Mengikuti Kursus Asas 2 Tahap 1,2 dan 3

Ujian Bertulis , Ujian Lisan dan Asas Sesi Kaunseling


Tidak
LULUS DITAULIAH
SEBAGAI PRS MUDA
Ya
Mengikuti Latihan Lanjutan
Ujian Bertulis dan
Praktikal
Tidak

Ya

LULUS
Ditauliahkan Sebagai
PRS Senior
Tamat

11

CARTA ORGANISASI PRS


Penaung
(Pengetua)
Penasihat
(Guru Kaunseling)
Pengerusi
(Pelajar Tingkatan Lima)
Naib Pengerusi
(Pelajar Tingkatan Empat)
Setiausaha
(Pelajar)
Naib Setiausaha
(Pelajar)
Bendahari
(Pelajar)
Naib Bendahari
(Pelajar)
AJK
Biro Akademik

Biro Publisiti

Biro Kerjaya

Biro Kebajikan

Biro
Latihan

Biro Lawatan
Wakil Tingkatan

12

JAWATANKUASA PRS

Penasihat
(Guru Kaunseling)
Pengerusi
(Pelajar Tingkatan Lima)
Naib Pengerusi
(Pelajar Tingkatan Empat)
Setiausaha
(Pelajar Tingkatan Lima)
Naib Setiausaha
(Pelajar Tingkatan Empat)
Bendahari
(Pelajar Tingkatan Lima)

Naib Bendahari
(Pelajar Tingkatan Empat)
AJK

Biro Akademik

Biro Publisiti

Biro Kebajikan

Biro Kerjaya

Biro Latihan

Biro Lawatan

13

Wakil Tingkatan 1 - 5

Modul Latihan PRS

Asas 1 (Sekolah Rendah)


Tahap 1
Kesedaran Kendiri
Kemahiran Asas Kaunseling
Kemahiran Asas Komunikasi
Ujian

Tunas PRS
14

Asas 2
Sekolah Menengah
Tahap 1
Kesedaran Kendiri Lanjutan

Tahap 2
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Kaunseling

Tahap 3
Keremajaan
Ujian

Pentauliahan PRS Muda


Modul Latihan PRS Lanjutan
Membuat Keputusan
Kemahiran Belajar
Pengurusan Masa
Mengendalikan Mesyuarat
Mengatasi Tekanan
Tutor Sebaya
Mengurus Tekanan
Kemahiran Lain Yang Diperlukan
Ujian
15

Pentauliahan PRS Senior

16

Borang PRS 1.1


Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :
BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Nama

:..

Ting.

Jantina

: ..

Kaum

No. K/P

: .

No. S.B :

Tatikh Lahir

: .

Tempat Lahir:

Alamat

Sebab anda berminat untuk menjadi PRS :

.potong di sini
BORANG
PRS 1.2
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK/SK .............................................................
Ruj. Kami : Bil. ( 07 ) dlm. SMK ./02/02/006
Tarikh
: ______

JAWAPAN PANGGILAN TEMUDUGA PRS


Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari dijemput untuk menghadiri temuduga
ketetapan berikut :
Tarikh
:

Tempat
:
.
Masa
:
.

seperti

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya Yang Menjalankan Tugas,

(
)
Kaunselor Pelajar/Guru Bimbingan

SMK / SK
Borang PRS 2.1
Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :
BORANG CADANGAN KEAHLIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Pengetua,
SMK / SK ___________________
(U.P. Penasihat UBK)
Tuan/Puan,
Cadangan Calon Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Berikut dikemukakan calon-calon PRS Tahun _______________

ii

Bil.

Nama

Jant.

Ting.

No. KP

* Kriteria Pencalonan

Ciri ciri calon PRS :


1 .Suka menolong

2.

Bertanggungjawab

3.

4. Boleh dipercayai

5.

Mudah diterima oleh rakan sebaya

Peramah & mudah mesra

Sekian, terima kasih.


Tanda tangan
.

Tarikh

Guru Kelas / Guru tingkatan

Borang PRS 2.2


Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :
BORANG TAWARAN KEAHLIAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK
Tarikh
: __________________________

Kepada:

iii

Ting.

Saudara /Saudari,
TAWARAN MENJADI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) Tahun . di sekolah ini.
2.

Diharap saudara/saudari dapat memberi komitmen dan perkhidmatan yang cemerlang.

3.
Saudara/saudari juga dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS yang akan dimaklumkan
kemudian.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya Yang Menjalankan Tugas ,

(
)
Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan
SMK /.SK
Borang PRS 2.3
Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :
SURAT MAKLUMAN KEAHLIAN KEPADA IBU/BAPA
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK
Tarikh
:

Kepada:
Ibu Bapa/Penjaga/Guru Tingkatan
Tuan/Puan

iv

MAKLUMAN TAWARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN .


Nama Pelajar : ____________________________________________
No. K.P.
: ______________________________
Kelas/Ting.
: ______________________________
Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan/pelajar tuan/puan telah dilantik sebagai Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) di sekolah ini. Syabas dan tahniah diucapkan.
2.
Sehubungan dengan itu, pelajar tersebut dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS dan dikehendaki
lulus kursus-kursus yang akan diadakan dari semasa ke semasa.
3.

Sokongan dan komitmen daripada tuan/puan amatlah diharapkan .

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya Yang Menjalankan Tugas ,

(
)
Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan
SMK /.SK
Borang PRS 2.4
Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :
SURAT JAWAPAN PENERIMAAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK
Tarikh
:

..
(Nama ibu/bapa/penjaga)
Alamat : .

Kepada :

Pengetua,
SMK / SK ___________________
(U.P. Penasihat UBK)
Tuan/Puan,
SURAT JAWAPAN TAWARAN KEAHLIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN .
Bahawasanya saya, .. bersetuju /tidak bersetuju anak/jagaan
saya

yang

bernama

..

..

menjadi

Ahli

Pembimbing

Rakan

Sebaya

tingkatan/kelas
(PRS)

tahun

Sekian, terima kasih.


Saya Yang Benar,

(
)
Nama Ibu/Bapa/Penjaga
Borang PRS 2.5
Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMK / SK ___________________
Telefon/ Fax :
SURAT PANGGILAN KURSUS ASAS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Ruj. Kami : Bil. ( ) dlm. SMK BBST/02/02/006
Tarikh
:

Kepada:
Saudara / Saudari,
Nama

: .

vi

Ting.

Saudara / Saudari,
KURSUS ASAS PRS TAHUN ..
Adalah dimaklumkan bahawa saudara /saudari diminta menghadiri kursus di atas seperti ketetapan berikut :
Tarikh
Tempat
Masa

:
:
:

.
.

2.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Kaunselor / Guru Bimbingan Sekolah anda di talian :
.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya Yang Menjalankan Tugas ,

(
)
Kaunselor Pelajar / Guru Bimbingan
SMK /.SK

vii

You might also like