You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

Penghargaan ..................................................................................................................................1

Objektif ..........................................................................................................................................2

Pendahuluan ..................................................................................................................................3

Maksud poligami ...........................................................................................................................7

Sejarah poligami ...........................................................................................................................8

Dalil tentang poligami ........................................11

Hukum poligami ..........................................................................................................................14

Syarat-syarat poligami ...16

Poligami yang bercanggah dalam islam ...21

Kebaikan poligami ..23

Kesimpulan ..25

Rujukan26

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek ini.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Mardiah bt. Hj. Marjalis,
guru Pendidikan Islam yang telah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan kajian ini.
Beliau juga sentiasa memberi dorongan, galakan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami untuk
menjalankan kajian ini sehingga siap dengan sempurnanya.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua
ibu bapa kami di atas segala sokongan dan bantuan kewangan yang diberi. Tidak ketinggalan
juga, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama agar kami dapat
menghasilkan kerja yang berkualiti.

OBJEKTIF
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sistem poligami
dalam islam. Antara objektif-objektif kajian yang hendak kami capai dalam kajian ini ialah :

Mencari dan mengumpul maklumat yang betul dan sahih tentang sistem poligami dalam
islam.
Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumuskan maklumat mengenai sistem poligami
dalam islam.
Merekod maklumat yang telah dianalisis mrngikut format kajian yang betul.
Mengamalkan nilai-nilai murni sesama umat islam semasa menjalankan projek ini.

PENDAHULUAN

Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Bagi
memenuhi dorongan biologi ini umat islam terikat dengan peraturan perkahwinan yang
berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi
motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya
perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang
membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.
Perkahwinan secara mudahnya boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk yang utama
iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang
perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang
wanita pada satu-satu masa.
Artikel ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan pro
dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat islam. Kaum lelaki mendabik dada
mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum wanita pula berkeras enggan di madu
dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep
poligami mengikut hukum syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di
Malaysia.

Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada
kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia
memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (Qs. An Nahl: 90)
Sebagai contoh Allah subhanahu wa taala memerintahkan kita untuk bertauhid yang
mengandung maslahat yang murni dan tidak memiliki mudarat sama sekali bagi seorang hamba.
Demikian pula, Allah subhanahu wa taala melarang perbuatan syirik yang mengandungi
keburukan dan sama sekali tidak bermanfaat bagi seorang hamba. Allah subhanahu wa taala
mensyariatkan jihad dengan berperang, walaupun di dalamnya terdapat mudarat bagi manusia
berupa rasa susah dan payah, namun di balik syariat tersebut terdapat manfaat yang besar ketika
seorang berjihad dan berperang dengan ikhlas iaitu tegaknya kalimat Allah dan tersebarnya
agama Islam di muka bumi yang pada hakikatnya, ini adalah kebaikan bagi seluruh hamba Allah.

Allah berfirman:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui. (Qs. Al Baqarah: 216)
Demikian pula, Allah subhanahu wa taala mengharamkan judi dan minuman keras, walaupun di
dalam judi dan minuman keras tersebut terdapat manfaat yang bisa diambil seperti mendapatkan
penghasilan dari judi atau menghangatkan badan dengan khamar/minuman keras. Namun
mudarat yang ditimbulkan oleh keduanya berupa timbulnya permusuhan di antara manusia dan
jatuhnya mereka dalam perbuatan maksiat lainnya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang
didapatkan.

Allah berfirman:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya terdapat
keburukan yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi keburukan keduanya lebih
besar dari manfaatnya. (Qs. Al Baqarah: 219)
Setelah kita memahami kaedah tersebut, maka kita boleh menerapkan kaedah tersebut pada
syariat poligami yang telah Allah perbolehkan. Tentu di dalamnya terdapat manfaat yang sangat
besar walaupun ada beberapa mudarat yang ditimbulkan yang jauh lebih kecil dibandingkan
dengan manfaat yang diperoleh dengan syariat tersebut. Sebagai contoh misalnya: terkadang
terjadi masalah saling cemburu di antara para isteri kerana beberapa permasalahan, maka hal ini
adalah mudarat yang ditimbulkan dari praktik poligami. Namun, manfaat yang didapatkan
dengan berpoligami untuk kaum muslimin berupa bertambahnya banyaknya jumlah kaum
muslimin dan terjaganya kehormatan wanita-wanita muslimah baik yang belum menikah
mahupun para janda merupakan kebaikan dan maslahat yang sangat besar bagi kaum muslimin.
Oleh karena itu, jika kita melihat kebanyakan orang-orang yang menentang syariat poligami
adalah orang-orang yang lemah pembelaannya terhadap syariat islam bahkan terkadang
melecehkan syariat Islam. Pemikiran mereka terpengaruh dengan pemikiran orang-orang kafir
yang jelas-jelas tidak menghendaki kebaikan bagi kaum muslimin.

Bolehnya melakukan poligami dalam Islam berdasarkan firman Allah subhanahu wa taala:

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim
(bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang
saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak
berbuat aniaya. (QS. An Nisaa: 3)

Bolehnya syariat poligami ini juga dikuatkan dengan perbuatan Rasulullah shallallahu alaihi wa
sallam dan perbuatan para sahabat sesudah beliau shallallahu alaihi wa sallam.
Syaikh Ahmad Muhammad Syakir berkata, Anehnya para penentang poligami baik lelaki
mahupun wanita, majoriti mereka tidak mengerti tata cara wudhu dan solat yang benar, tapi
dalam masalah poligami, mereka merasa sebagai ulama besar!! (Umdah Tafsir I/458-460
seperti dikutip majalah Al Furqon Edisi 6 1428 H, halaman 62). Perkataan beliau ini, kiranya
cukup menjadi bahan renungan bagi orang-orang yang menentang poligami tersebut, hendaknya
mereka lebih banyak dan lebih dalam mempelajari ajaran agama Allah kemudian
mengamalkannya sampai mereka menyedari bahawa sesungguhnya aturan Allah akan membawa
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

MAKSUD POLIGAMI

Dari wikipedia dijelaskan bahwa Poligami merupakan praktik pernikahan kepada lebih
dari satu suami atau isteri (sesuai dengan jenis kelamin orang bersangkutan).
Poligami merupakan perkawinan seorang lelaki dengan lebih dari satu wanita atau
perkawinan yang banyak atau pemahaman tentang seorang lelaki yang membagi kasih
sayangnya atau cintanya dengan beberapa wanita dengan menyunting atau menikahi
wanita lebih dari satu dan hal ini dapat mengundang persepsi setiap orang baik negatif
atau positif tentang baik buruknya moral seseorang yang melakukan poligami.
Poligami sendiri berasal dari bahasa Yunani. Kata ini merupakan penggalan kata poli dan
polus yang ertinya banyak, dan kata gamein atau gamos, yang ertinya kahwin atau
perkahwinan. Maka, ketika kedua kata ini digabungkan akan bererti suatu perkahwinan
yang banyak.
Dalam Islam, poligami mempunyai erti perkawinan yang lebih dari satu, dengan batasan,
umumnya dibolehkan hanya sampai empat wanita. Walaupun ada juga yang memahami
ayat tentang poligami dengan batasan lebih dari empat atau bahkan lebih dari sembilan
isteri. Poligami dengan batasan empat nampaknya lebih didukung oleh bukti sejarah.
Kerana Nabi melarang menikahi wanita lebih dari empat orang.
Poligini: Seorang lelaki menikah dengan lebih dari satu isteri.
Poliandri: Seorang wanita mempunyai lebih dari seorang suami.

Dalam antropologi sosial, poligami (dari bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak)
merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang
sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ia merupakan
lawan monogami.

POLIGAMI DARI MASA KE SEMASA (SEJARAH RINGKAS POLIGAMI)

Poligami selalu menimbulkan masalah di kalangan orang ramai, terutama umat Islam. Walau
bagaimanapun al-Qur'an dan al-Hadis telah menerangkan, bagaimana poligami sepatutnya
dilaksanakan oleh umat Islam agar mereka tidak mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah dan
pendapat-pendapat yang sengaja ingin menjatuhkan Islam. Al-Quran dan al-Hadis juga
memberikan garis panduan agar umat Islam tidak berpoligami menurut sesuka hati dan nafsu
mereka.
Perkahwinan Nabi Muhammad (s.a.w.) dijadikan sebagai satu bahan untuk melemahkan Islam
oleh para orientalis Barat. Padahal sebelum itu para nabi yang lain juga telah beristeri lebih dari
seorang, seperti Nabi Ibrahim (a.s.), Daud (a.s.), Ismail (a.s.), Nuh (a.s.), Ishaq (a.s.) dan
Sulaiman (a.s.).
Agar Islam tidak tersebar dengan luas, mereka berusaha mencari-cari kelemahan Nabi
Muhammad. Oleh itu, mereka menuduh bahawa Nabi Muhammad telah berpoligami kerana
baginda bernafsu ganas dan mengejar kelazatan seks. Kejahatan mereka ini telah dijelaskan oleh
Allah (SWT) dengan firman-Nya;
"Besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan
perkara yang dusta." (Al-Qur'an, Surah al-Kahfi ayat 5)
Walaupun agama Kristian menolak sistem berpoligami, bahkan menuduh bahawa poligami
adalah satu sistem yang dicintai oleh Rasulullah, tetapi sejarah telah membuktikan bahawa
sesungguhnya poligami itu sudah ada sejak dahulu kala lagi, beratus-ratus tahun dahulu, sebelum
kelahiran atau datangnya Muhammad (s.a.w.).
Adapun umat-umat di zaman silam, semuanya mengamalkan poligami dalam kehidupan mereka.
Kitab Taurat sendiri telah mengharuskan poligami dan tidak membatasi bilangannya. Sedangkan
kitab Talmud pula telah menghadkan bilangan isteri-isteri yang boleh dikahwini sekaligus, sesuai
dengan kemampuan mereka untuk membiayai serta memelihara isteri-isteri mereka kelak. Tetapi
perkara ini tidak dilakukan dengan taat oleh orang ramai. Bahkan mereka telah mengambil
wanita-wanita sebagai simpanan, walaupun mereka tidak mampu untuk berbuat demikian
ditinjau dari segi ekonomi.
Selanjutnya, orang-orang Yahudi yang tinggal di Eropah ada mengamalkan poligami sejak kurun
pertengahan hingga ke hari ini. Orang-orang purba pula membenarkan seorang lelaki pada masa
itu berkahwin dengan sebanyak wanita yang disukainya.
Bangsa Mesir purba mengamalkan poligami sebagaimana yang berlaku di zaman Deodor Sesle,
sementara pengiring-pengiring mereka pula berpoligami dengan hamba-hamba perempuan.

Ajaran Zaradisyt, yang menjadi peraturan hidup orang-orang Parsi, telah menggalakkan
berpoligami dan mengambil gundik serta perempuan-perempuan simpanan dengan alasan rakyat
yang berperang sentiasa memerlukan wanita-wanita muda. Sebab itulah orang Parsi tidak
mempunyai undang-undang yang membataskan bilangan isteri. Mereka juga menganggap
bahawa sesiapa yang berkahwin banyak, akan mendapat pahala yang banyak pula di akhirat
kelak. Oleh itu, di kalangan mereka tidak ada satu peraturan perkahwinan yang dihormati oleh
orang ramai. Mereka berkahwin dan juga menyimpan perempuan-perempuan sesuka hati
sehingga menimbulkan satu kehidupan masyarakat yang sangat buruk akhlaknya.
Orang-orang Rom pula seperti Emperor Seila mengumpulkan lima orang perempuan sekaligus
dalam hidupnya sehari-hari. Sedangkan Pompey dan Caeser masing-masing mempunyai empat
orang isteri. Orang-orang Kristian ada melakukan poligami seperti Emperor Constantin dan
anak-anaknya. Bahkan Emperor Valentinianus II telah mengeluarkan satu undang-undang
poligami. Dia memperkenankan rakyatnya mengahwini beberapa orang wanita, jika mereka
mahu. Sementara itu, para paderi dan ketua gereja Kristian pada waktu itu sedikit pun tidak
membangkangnya. Hal ini terjadi pada pertengahan kurun keempat Masihi.
Raja-raja setelah Valentinianus terus mengekalkan undang-undang poligami itu sehingga ke
zaman Justinianus yang cuba menghapuskan poligami tetapi tidak berhasil. Usaha ini gagal
kerana Justinianus tidak dapat menahan atau mengekang rakyatnya yang cenderung untuk
berpoligami. Akibatnya, timbullah pergaulan bebas tanpa batas dan meluasnya pelacuran yang
tidak syak lagi telah merendahkan martabat wanita saat itu.
Poligami juga turut diamalkan oleh bangsa-bangsa lain seperti India purba, Babylon dan
Asyurian. Kemudian dalam masyarakat Cina dahulu pula terdapat satu tradisi beristeri banyak
yang dikenal dengan nama bergundik. Tradisi ini membolehkan seseorang suami itu menyimpan
beberapa perempuan yang mereka sukai, di samping beberapa isteri yang dikahwini secara sah.
Tradisi ini diamalkan kerana mereka merasa bangga andaikan mereka beranak ramai.
Selanjutnya, di kalangan para nabi-nabi pula dikatakan, Nabi Sulaiman mempunyai seratus orang
isteri. Rabbaiyun (pengikut-pengikut Nabi Isa yang rapat dengannya) menghadkan poligami
seramai empat orang perempuan berdalilkan kepada Nabi Allah Yaakub yang telah
mengumpulkan empat orang isteri sahaja.
Jadi, tidak hairanlah sistem ini telah tersebar luas di kalangan orang-orang Arab Jahiliah. Bahkan
mereka melaksanakannya secara bebas terhadap sesiapa saja dan berapa banyak perempuan yang
mereka sukai.
Kebanyakan tujuan perkahwinan yang dilakukan sebelum kelahiran Nabi Muhammad adalah
semata-mata untuk mencari kepuasan hawa nafsu. Oleh itu, lahirlah berbagai istilah nikah, yang
di antaranya sebagai berikut;
Nikah al-Badal, iaitu perkahwinan tukar-menukar isteri di kalangan sesama saudara perempuan
dan keluarga lainnya. Andaikan si suami ingin bertukar rasa, dia boleh mendapatkan rasa baru
dari isteri orang lain atau dari salah seorang keluarganya sendiri, dengan syarat dia juga sanggup
menyerahkan isterinya atau keluarganya yang lain jika ada yang menghendakinya.

Nikahul Mut'ah, iaitu sejenis cara perkahwinan yang bersifat sementara dengan cara menentukan
tarikh berakhir dan bayaran. Perkahwinan jenis ini sangat digemari oleh ahli-ahli perniagaan
yang tiba di kota Makkah pada waktu itu. Mereka bernikah hanya untuk memperolehi teman
wanita beberapa ketika sahaja.
Nikahul Muqti, iaitu perkahwinan yang membolehkan anak lelaki sulung mempusakai isteri
ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia atau ayahnya bercerai. Sekiranya bekas ibu tirinya itu
tidak begitu menarik kecantikannya atau dia memerlukan wang, maka ibu tiri itu boleh juga
diperlakukan kepada orang lain dengan cara sewa, gadai dan sebagainya.
Ziwajul Akhdan, iaitu perkahwinan kongsi. Andaikan seorang gadis itu banyak yang
menyukainya, maka lelaki-lelaki boleh berkongsi bersama-sama menjadikannya isteri.
Perkahwinan secara sewa atau gadai, misalnya orang miskin yang keputusan belanja boleh
menyewakan atau menggadaikan anak gadisnya, isteri atau salah seorang wanita anggota
keluarganya kepada si kaya berapa lama yang ditentukan mengikut perjanjian yang mereka buat
bersama.
Demikianlah beberapa jenis perkahwinan di zaman jahiliah yang sedikit pun tidak menghargai
wanita sebagai manusia. Mereka memperlakukannya dengan sikap yang sangat biadab.
Kemudian datanglah Islam yang membatasi jumlah isteri-isteri yang boleh mereka kahwini
hanya sebanyak empat orang. Di antara sahabat-sahabat Rasulullah yang disuruh memilih empat
orang isteri saja dan menceraikan selebihnya, setelah mereka memeluk agama Islam, ialah;
1. Ghailan bin Salamah, menceraikan enam orang isterinya dan hanya memiliki empat
orang isteri sahaja.
2. Sufyan bin Abdullah, menceraikan enam orang isterinya dan hanya memiliki empat orang
isteri sahaja.
3. Mas'ud bin Amir, menceraikan enam orang isterinya dan hanya memiliki empat orang
isteri sahaja.
4. Qais bin al-Haritsah, menceraikan empat orang isterinya dan hanya memiliki empat orang
isteri sahaja.
5. Naufal bin Muawiyah, menceraikan seorang isterinya dan hanya memiliki empat orang
isteri sahaja.
6. Abdul Muttalib bin Hasyim, menceraikan dua orang isterinya dan hanya memiliki empat
orang isteri sahaja.
7. Abu Sufyan, menceraikan dua orang isterinya dan hanya memiliki empat orang isteri
sahaja.
8. Sofwan bin Umaiyah, menceraikan dua orang isterinya dan hanya memiliki empat orang
isteri sahaja.
Dari keterangan-keterangan di atas, jelaslah bahawa poligami itu lahir bukanlah setelah lahimya
Nabi Muhammad (s.a.w.), tetapi ia memang sudah ada sejak zaman dahulu lagi.

Allah s.w.t telah mengharuskan pengamalan poligami terhadap lelaki berdasarkan dalil dari alQuran, as-Sunnah dan juga ijma para ulama. Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan.
Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu
berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan
berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau (
pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (
untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisa:3)
Inilah kebenaran berkahwin lebih daripada satu yang disertakan dengan peringatan supaya
berhati-hati menggunakan kebenaran kerana dibimbangi lemah untuk berlaku adil. Sekiranya
berada dalam kebimbangan untuk berlaku adil, memadailah berkahwin seorang sahaja.
Persoalan perkahwinan lebih dari seorang dengan peringatan supaya berhati-hati
mengamalkannya eloklah dengan cara mudah, jelas dan tegas. Eloklah kita mengetahui segala
keadaan dan latar belakang sebenar yang menyelubungi persoalan ini. Di dalam ayat tersebut,
jelaslah terdapat perkataan fannkihu ( maka kahwinlah ). Kemudian selepas ayat tersebut disebut
dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat
. Ayat ini disambung dengan menyebut syarat wajib sebagai penentu sama ada seseorang itu
layak berpoligami atau sebaliknya. Syarat disebut ( dalam ayat di atas ) iaitu Dan jika kamu
takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan
mereka ) . Seterusnya selepas ayat tersebut disambung lagi Kemudian jika kamu bimbang
tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang
sahaja .
Dengan itu jelaslah bahawa perintah suruhan berkahwin lebih dari seorang isteri dalam ayat
tersebut tidak membawa kepada hukum wajib. Hal ini kerana poligami dikaitkan dengan
keadilan suami terhadap isteri-isterinya. Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman :

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh ( hendak melakukannya ); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan
melampau ( berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi ) sehingga kamu biarkan isteri yang
lain seperti benda yang tergantung ( di awan-awan ) . (Surah An-Nisa:129)

Maksud ayat di atas menegaskan bahawa suami yang berpoligami tetap tidak boleh berlaku adil
tentang kecenderungan hati dan perasaan kepada isteri-isterinya. Ini merupakan peringatan dan
amaran keras terhadap suami dari sudut kepimpinan keluarga. Maksud tersirat dalam ayat ini
mencabar para suami dan diwajibkan berlaku adil dalam semua hal terhadap isteri-isterinya.
Dalam masa yang sama terdapat dalam diri suami sebab atau perkara yang membuat dirinya
tidak boleh berlaku adil tentang cinta dan kasih sayang.
Bagi mereka yang telah berpoligami, maksud ayat ini memberi ingatan terhadap isteri-isteri agar
tidak menjadikan kencenderungan suami tentang melebihkan kasih sayang atau cinta terhadap
salah seorang dari mereka sebagai sebab yang menyebabkan diri sendiri tidak boleh taat kepada
suami. Allah s.w.t telah menasihatkan kepada para wanita yang dipoligamikan bahawa
kencenderungan sebegitu adalah perkara yang luar dari kemampuan suami. Suami tidak mampu
mengelakknya walaupun dia cuba mengelakkan perkara tersebut.
Jelaslah bahawa perintah berkahwin lebih dari satu isteri yang disebut dalam ayat 3 Surah
An-Nisa itu bukannya ditujukan kepada semua lelaki sama ada wujud syarat kelayakkan (
mampu berlaku adil ) atau sebaliknya. Tetapi perintah itu dikhususkan bagi suami yang
mempunyai isteri yang berada dalam keadaan uzur atau tidak mampu melahirkan zuriat dalam
keadaan suami memerlukan zuriat. Islam membuka jalan keluar bagi mengatasi masalah
berkenaan. Suami disuruh berpoligami dengan memilih wanita yang memahami masalah suami
dan berkemampuan membahagiakan suami dan isterinya yang sedia ada. Inilah maksud yang
terkandung dalam ayat berkenaan ( Surah An-Nisa : 3 ).
DALIL DARI SUNNAH
Manakala dalil dari as-Sunnah seperti mana yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori
dengan isnadnya bahawa Ghaylan ibn Salamah Ath-Thaqafi telah memeluk Islam, sedangkan dia
mempunyai sepuluh orang isteri lalu Rasulullah s.w.t bersabda kepadanya: :

Pilihlah empat orang dari mereka .

Namun begitu masih terdapat hadith kedua sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
daripada Qaisbin al-Harith r.a, beliau berkata : Ketika saya masuk Islam, saya memiliki lapan
orang isteri, lalu saya berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan keadaan saya. Lalu Baginda
bersabda :

Pilih empat di antara mereka.

Menurut Imam as-Syafie di dalam musnadnya : Aku telah dikhabarkan oleh orang yang
mendengar Ibn Abiz-Ziad berkata : Aku telah dikhabarkan oleh Abdul Majid dari Ibnu Sahl ibn
Abdul Rahman dari Naufal ibn Muawiyah ad-Dailami katanya : Aku memeluk agama Islam
sedangkan aku di waktu itu mempunyai lima orang isteri lalu Rasulullah s.a.w bersabda
kepadaku :

Pilihlah empat orang mana-mana yang engkau suka dari mereka dan ceraikan yang lain.

Di sini jelaslah bahawa sewaktu Islam datang kaum lelaki mempunyai sepuluh orang isteri atau
lebih atau kurang, yakni mereka beristeri tanpa batasan dan syarat. Kedatangan Islam ialah untuk
mengatakan kepada kaum lelaki bahawa di sana ada batasan bilangan isteri yang tidak boleh
melebihi empat orang sahaja.
Islam datang bukannya untuk memberi kebebasan beristeri dari seorang, malah untuk
membataskan bilangannya. Islam datang bukanlah untuk membiarkan perkara ini semata-mata
kehendak hawa nafsu kaum lelaki, malah untuk meletakkan keadilan sebagai syarat utama
perkahwinan lebih dari satu. Jika tidak dapat berlaku adil, maka kebenaran yang diberikan itu
tidak dapat dilaksanakan.
DALIL DARI IJMA ULAMA
Kesepakatan ( ijma ) kaum muslimin tentang keharusan poligami sama ada melalui ucapan atau
perbuatan mereka sejak zaman Rasulullah s.a.w merupakan satu dalil bahawa poligami
dibolehkan dalam Islam. Para sahabat utama Rasulullah s.a.w melakukan poligami seperti Umar
bin al-Khatab, Ali bin Abi Thalib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Muaz bin Jabal
radhiallahuanhum. Poligami juga dilakukan oleh ahli fiqh tabiin ( generasi pascasahabat ) dan
lain-lain yang berkahwin lebih dari seorang isteri. Kesimpulannya bahawa generasi salaf (
terdahulu ) dan khalaf ( kini ) dari umat Islam sepakat melalui ucapan dan perbuatan mereka
bahawa poligami itu halal.
Imam Jalaluddin al-Mahalli menukil dari perkataan Imam al-Nawawi dalam kitabnya :
kebolehan seorang lelaki yang merdeka memiliki empat perempuan sedangkan hamba sahaya
diizinkan menikahi dua perempuan.

HUKUM POLIGAMI
Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu
berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuanperempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. (Surah An-Nisa:3)

Walau bagaimanapun, hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan

suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.


SUNAT
Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain; contohnya, beliau tidak cukup dengan
hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan beliau mengkehendaki
anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Hukum poligami pada ketika
ini adalah sunat. Ini kerana, ia mempunyai kebaikan serta maslahat syarak. Ramai kalangan para
sahabat Rasulullah s.a.w berkahwin lebih dari satu.
MAKRUH
Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan
hawa nafsu semata-mata dan dia meragui ( syak ) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap
isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini kerana poligami itu bukan kerana
keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudharatan
kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka. Sabda
Rasulullah s.a.w :

Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu .

HARAM
Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil
terhadap isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia tidak
yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami pada ketika
ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w :

Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.

Firman Allah s.w.t :

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka (
berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu
miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman. (Surah an-Nisa: 3.)
Seperkara yang mesti difahami, sekiranya suami mengahwini isteri kedua, ketiga atau keempat
dalam dua keadaan terakhir, maka akad tersebut adalah sah. Kesan yang akan menyusul daripada
akad tersebut ialah halalnya kehidupan suami isteri di antara mereka, maka wajib memberi mas
kahwin dan nafkah sekalipun hukum akad adalah makruh pada keadaan yang kedua dan haram
pada keadaan yang ketiga. Haramnya itu hanya mendapat dosa tetapi tidak membatalkan akad
nikah tersebut.

SYARAT-SYARAT POLIGAMI DALAM ISLAM


Bahawa beberapa ulama, setelah meninjau ayat-ayat tentang poligami, mereka telah
menetapkan bahawa menurut asalnya, Islam sebenarnya ialah monogami. Terdapat ayat
yang mengandungi ugutan serta peringatan agar tidak disalah gunakan poligami itu di
tempat-tempat yang tidak wajar. Ini semua bertujuan supaya tidak terjadinya kezaliman.
Tetapi, poligami diperbolehkan dengan syarat ia dilakukan pada masa-masa terdesak
untuk mengatasi perkara yang tidak dapat diatasi dengan jalan lain. Atau dengan kata lain
bahawa poligami itu diperbolehkan oleh Islam dan tidak dilarang kecuali jikalau
dikhuatirkan bahawa kebaikannya akan dikalahkan oleh keburukannya.
Jadi, sebagaimana talaq, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan
kerana hendak mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya
berpoligami berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat. Ini bererti ia
tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi untuk mencapai kesejahteraan
masyarakat Islam, demi untuk menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai kaum Muslimin.
Oleh yang demikian, apabila seorang lelaki akan berpoligami, hendaklah dia memenuhi
syarat-syarat sebagai berikut;
1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh
Allah (SWT) dengan firman-Nya;
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan
(lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu
berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak
beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar
tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri,
diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita
yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja,
maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat,
mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.
2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali
persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan
anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.
Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota
keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan
memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini,
maksudnya;
Bahawa Urnmu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi
adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis
riwayat Bukhari dan Nasa'i)
Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau
memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik.
Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan

yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik
ini di dalam Islam.
3. Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu),
maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan
yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan
berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri,
cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua
sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah
menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti
hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak.
Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:
a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari
rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap
berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian
adalah tidak adil.
b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan
hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara
yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.
Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah anNisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di
antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia
akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat
Ahmad bin Hanbal)
i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi
nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau
ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh
menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan.
Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya
diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan
memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau
isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang
tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin,
yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya
mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.


Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami
bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap
isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan
semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa
cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.
iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya
sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurangkurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk
tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di
antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam
soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk
mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi
bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan
antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya,
bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an,
Surah ar-Ruum ayat 21)
Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan
menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda
berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh
umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.
Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya)."
c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan
serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara
anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah
diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah
besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu
yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang
seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan
si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.
Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari
sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat
memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa
dendam di antara sesama isteri.

Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara
para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan
keadilan itu dengan sewajarnya.
Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri,
adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara
yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal
kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak
berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.
Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129
yang berbunyi;
"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu
sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu
cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi)
sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awangawang)."
Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;
Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara
isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku
membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam
membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."
Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat
diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129
Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau
dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang
dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu
merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya
saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada
salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti
tergantung-gantung."
Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh
beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun
tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."
"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk
dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya,
poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat
berlaku adil."
Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang
isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong
kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong
yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu
darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada
mengurangkan hak yang seorang lagi.
Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di
dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal
pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan
layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."

4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi,


suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta
merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam
Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat
dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.
5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah
nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah,
maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah
berpuasa."
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki
supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya.
Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia
seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya,
dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi
nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi
nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika
suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta
memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.
Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan
sebagainya.
iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal
memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.

POLIGAMI YANG BERCANGGAH DALAM ISLAM

Segelintir orang gemar menggunakan ayat 'Poligami itu sunnah,' hingga membekaskan
kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia
dan menjadi keperluan untuk dilakukan oleh semua lelaki Muslim yang berkemampuan
meskipun tiada apa-apa darurat yang mendesaknya.
Namun anehnya, golongan yang menyebut-nyebut 'poligami itu sunnah' tidak pula menyebut
'perceraian' dan 'perhambaan' itu sunnah sedangkan 'perceraian' dan 'perhambaan' juga turut
dilakukan oleh Nabi. Apa pula alasan mereka ketika meninggalkan ayat 'perceraian itu sunnah'
dan 'perhambaan itu sunnah?'
Mari kita kaji tentang maksud 'sunnah' agar kita bukan sahaja 'tahu' secara tepat tetapi perlu
'faham' secara jelas.
Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya
ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan.
Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi,
persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.
Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan
persetujuan Nabi (Taqrir) kerana ia mempunyai kesan hukum.
Mungkin orang yang mengungkapkan ayat 'Poligami itu sunnah' bermaksud mengatakan ia
sunnah secara umum, iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu
difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh (iaitu digalakkan).
Kekeliruan 'sudut pandang' menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman
berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam
tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan 'adil'.
Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut begini, "Poligami itu sunnah tetapi
hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan." Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25
tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah
bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan
kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.

Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai 'rukhsah' dalam
masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama'. Asal
perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama' di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh
waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia
mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang,
pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.
Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya
sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini.
Manakala hukum asal bagi perkahwinan 'monogami' ialah sunnah. Hukum asal bagi
perkahwinan 'monogami' ini memang disepakati, maka memang wajar mengatakan 'monogami
itu sunnah'.

Maka pada hemat penulis, ayat 'Poligami itu sunnah,' wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya
kita meninggalkan ayat 'Perhambaan itu sunnah', 'Pemerdagangan orang itu sunnah,' 'Perceraian
itu sunnah.'Supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, lantaran
Nabi memang melakukan hal-hal ini atas sebab-sebab yang tertentu sebagai rukhsah apabila
darurat mengikut konteks zaman itu.
Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat "Poligami itu sunnah" dan bertukar
kepada ayat, "Poligami cuma harus." "Poligami cuma rukhsah." Sudut pandang ini lebih
menjernihkan Islam daripada fitnah golongan orientalis dan missionary sebagaimana dijelaskan
oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bahawa mereka mendakyah Islam ini agama poligami sedangkan
poligami dalam Islam bukan perintah, bukan pula digalakkan. Dakyah mereka ini menyebabkan
berlakunya islam phobia di Barat terutamanya di kalangan wanita-wanita seluruh dunia. Mari
membela Islam dari fitnah.

Terdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami.
Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau
tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang
mengharamkan poligami dalam kehidupan.
Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba
bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam
kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.

KEBAIKAN BERPOLIGAMI
Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:

- Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan


berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
- Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri
sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
- Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada
melakukan zina.
- Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau
terlalu tua.
- Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih
ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
- Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada
teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
- Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu
bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab
sepatutnya terhadap wanita tersebut.
- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan
kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada
anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
- Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
- Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin
mengambilnya sebagai isteri.
- Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran
isteri yang kedua.
- Menambah bilangan keturunan.
- Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa
pologami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki
tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah.
Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang
berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk
melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan
dengan ajaran Islam.

Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami.
Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha
mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.
Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada
buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya.
Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.
Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam
menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan.
Maka, poligami itu akan bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:

- Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.


- Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
- Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
- Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
- Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan iaitu :

Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum islam kerana dapat mengelakkan manusia
daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya
menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan
digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan
terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru
itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.
Poligami bukanlah dipelopori oleh agama islam sebagaimana yang di dakwa oleh
sesetengah masyarakat islam dan bukan islam. Ia sebenarnya telah diamalkan zaman
berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.
Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prisip tetapi lebih kepada
perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini
terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu
masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi
pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami.
Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga islam bukanlah bertujuan
mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan
mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi
mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan
martabat agama islam.

RUJUKAN

You might also like