You are on page 1of 4

PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG


JALAN SULTAN AZLAN SHAH
11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


KALI KEDUA SESI 2014
TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:

21 APRIL 2014 (Isnin)


12.40 TENGAH HARI
MAKMAL SAINS

AGENDA :
1.
Ucapan pengerusi
2.
Pengesahan minit mesyuarat kali pertama
3.
Perkara berbangkit
4.
Peperiksaan dan headcount
5.
KSSR
6.
PEKA
7.
Belanjawan
8.
Aktiviti Panitia
9.
Sistem Fail
10.
Hal-hal lain
KEHADIRAN :
ENCIK ADNAN BIN MOHAMAD
ENCIK MARIRWAN SHAH BIN ABDUL WAHAB
ENCIK FAUZI BIN HALIM
PUAN ZUYANTI BINTI ZOLKIFLI
ENCIK BAHARUDIN BIN ALI
TIDAK HADIR :
PUAN NOOR AZLINA BINTI AZIZ
PUAN AZIANA BINTI AHMAD FAUZI
1.

Ucapan Pengerusi
1.1

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru pantia ke Mesyuarat

1.2

Panitia Sains kali kedua untuk sesi persekolahan 2014.


Pengerusi mengulas hasil pemantauan pegawai JPN pada ___________

1.3

yang lalu.
Antara perkara yang diberikan penekanan ialah:
i.

Prestasi UPSR tahun 2013 bagi mata pelajaran Sains tidak


1

mencapai target yang ditetapkan oleh JPNPP.


ii.

Sistem fail panitia yang tidak kemas.

iii.

Tiada borang maklumbalas guru selepas mesyuarat panitia.

iv.

Rekod pencapaian murid perlu diperkemaskan terutama untuk


Tahun 5 dan Tahun 6.

v.

Borang maklumat guru perlu disertakan senarai nama murid dan


senarai buku rujukan yang diterima.
Tindakan : makluman

2.

Pengesahan minit mesyuarat


2.1

Cadangan : Encik Fauzi Halim


Disokong : Encik Baharudin Ali
Tindakan : makluman

3.

Perkara berbangkit
3.1

Perancangan Aktiviti Tahunan


i.

KSSR pelan strategik dan taktikal


Tahun 1 : kuiz sains
Tahun 2 : pertandingan mengeja
Tahun 3 : pertandingan projek Sains

ii.
3.2

3.3

Penyediaan sudut Sains dalam kelas

iii.
Pemberian hadiah kepada peserta terbaik
Rancangan Pengajaran Tahunan
i.

Boleh dimuat turun daripada website

ii.

Tulis RPT ikut minggu dan disertakan dengan tarikh

iii.
PEKA
i.

Bagi tahun 6 perlu dilaksanakan 4 atau 5 eksperimen

ii.

Bagi tahun 4 dan 5 perlu dilaksanakan 4 atau 5 eksperimen juga.


Tindakan : semua guru panitia

.4.

Peperiksaan dan Headcount


4.1
4.2
4.3

UPTP 1 telah pun selesai dilaksanakan.


Keputusan bagi mata pelajaran Sains kurang memuaskan
Perlu diberi penekanan kepada murid yang lemah dan berpotensi
memperoleh A.
2

4.4
4.5

Pada UPTP yang lalu hanya 4 orang murid sahaja memperoleh A.


Sebagai tindakan, para guru perlu mempelbagaikan teknik p&p supaya

4.6

lebih berkesan.
Pelbagaikan bahan bantu mengajar seperti bahan media interaktif yang

4.7

boleh menarik minat murid.


Penyediaan soalan PKSR 1:
i.

Tahun 5 : Puan Noor Azlina

ii.

Tahun 4 : Encik Baharudin

iii.

Tahun 3 : Puan Zuyanti

iv.

Tahun 2 : Puan Zuyanti

v.

Tahun 1 : Encik Fauzi


Tindakan : semua guru panitia

5.

6.

PEKA
5.1

Dalam melaksanakan PEKA, guru perlu memastikan criteria SPS dan SMS

5.2

ditepati.
Borang penilaian untuk PEKA Tahun 6 perlu segera dilengkapkan.
Tindakan : semua guru panitia

KSSR
6.1
6.2

Pentaksiran akan dijalankan secara offline selepas ini.


Akan ada pemantauan oleh pegawai PPD dan JPN untuk melihat
pelaksanaan KSSR Tahun 4.
Tindakan : semua guru panitia

7.

Belanjawan
7.1

Sebanyak RM1012.80 telah dibelanjakan untuk membeli bahan-bahan dan

7.2
7.3

alatan yang telah diminta oleh guru-guru panitia Sains.


Bahan-bahan dan alatan ini telah pun diedarkan kepada semua guru,
Bahan-bahan dan alatan tersebut termasuklah kad imbasan, bluetack dan
plastic laminate.
Tindakan : semua guru panitia

8.

Aktiviti Panitia

8.1

Melaksanakan program lonjakan prestasi pada setiap hari Rabu bermula

8.2

jam 12.20 hingga 1,20 petang.


Pelbagai program Sains akan dilaksanakan selepas peperiksaan. Antaranya
ialah
i.

Melancarkan roket

ii.

Gunung berapi

iii.

Menghasilkan ais krim


Tindakan : semua guru panitia

9.

Sistem Fail
9.1
9.2

Fail panitia Sains masih belum lengkap.


Pengerusi meminta kerjasama guru-guru panitia untuk membantu
melengkapkan fail terutama bagi mendapatkan huraian sukatan pelajaran
yang terkini.
Tindakan : semua guru panitia

10.

Hal-hal lain
10.1

Puan Zuyanti bertanyakan mengenai penambahbaikan makmal komputer.


Terdapat masalah untuk melaksanakan p&p bagi topik TMK kerana

10.2

masalah komputer yang tidak dapat diguna pakai.


Pengerusi memaklumkan akan membincangkan masalah ini dengan Guru
Besar nanti
Tindakan : ketua panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

______________________

___________________

ZUYANTI ZOLKIFLI
Setiausaha
Panitia Sains
SK Sungai Nibong

MOHD ADNAN BIN AHMAD


Ketua Panitia
Panitia Sains
SK Sungai Nibong

You might also like