You are on page 1of 5

1.

0 Pendahuluan

Pendidikan Moral telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran formal dalam kurikulum
Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 kepada semua pelajar bukan Islam di darjah satu.
Pelajar tingkatan satu mula belajar Pendidikan Moral pada tahun 1989. Pendidikan Moral
juga mula bertaraf mata pelajaran peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai
tahun 1993.

Pendidikan Moral juga adalah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan
yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi
tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama,
tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan
mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan
dan tindakan yang dilakukan.

Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang
menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Prinsip-prinsip itu adalah:
1.Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
2. Berpegang teguh pada ajaran agama;
3. Prihatin kepada alam sekitar;
4. Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;

5. Bersemangat patriotik;
6. Menghormati hak asasi manusia; dan
7. Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang
terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu
membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat
bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap
toleransi berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan moral KBSR.

Selain itu, dengan Pendidikan Moral juga dapat menerap nilai-nilai murni dalam kehidupan
dalam membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan
kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia
kepada negara.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh
guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif
luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr.
Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah
dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku
sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan,
berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.

2.0 Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Moral

Pendidikan moral ialah satu perkara yang telah mengundang banyak kekeliruan. Ia bukan saja
menjadi tugas pendidik yang mengajar Pendidikan Moral di sekolah malah perlu kerjasama
dari semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat dan sekolah khususnya untuk
mempromosikan suasana moral. Menurut Puka (1976), jika pendidik tidak tahu apa itu moral
maka dia tidak boleh mengajarnya.

Pendidik yang diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Moral perlu mempunyai asas ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang luas terutamanya berkaitan keperluan dalam diri dan
pendekatan atau kaedah yang digunakan. Oleh itu soal penyediaan guru Pendidikan Moral
perlu dipandang serius kerana realitinya pendidikan moral tidak semudah seperti yang
ditanggapi dan dilafazkan.Menurut Mohamad Muda (1998), para pendidik bertanggungjawab
dalam menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak di mana penekanan dititikberatkan mengenai
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam
dan Tuhan. Selain itu, konsep moral yang dipegang oleh pendidik juga akan mempengaruhi
matlamat, kandungan dan kaedah mengajar dalam Pendidikan Moral.

Selain itu,ibu bapa yang memainkan peranan utama kepada persoalan ini,tidak menjalankan
tanggungjawab dengan sempurrna juga menjadi cabaran dalam situasi ini.Ibu bapa hendaklah
berusaha secara berterusan tanpa berputus asa dalam membentuk akhlak dan peribadi anak
mereka. Faktor utama dalam pembentukan akhlak anak-anak ialah dengan memberi
pendidikan agama dan moral sejak kecil lagi. Menurut Abdul Halim bin

Tamuri dan

Khadijah Abdul Razak (2004), menyatakan bahawa gejala sosial ini boleh berlaku akibat

dari kesalahfahaman, ketidakfahaman, kejahilan dan keangkuhan terhadap perintah Allah


SWT dan Rasullullan h SAW.

Suasana di sekolah juga merupakan salah satu faktor yang menjadi cabaran dalam
pendidikan moral pada masa kini. Para remaja di usia muda mudah terjebak dan
terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang berada di sekeliling mereka.Kita juga
perlu sedar bahawa suasana dalam sekolah j u ga banyak

memberi implikasi terhadap

pembentukan moral seseorang individu.Sebagaimana pentingnya Pendidikan Moral


secara formal, proses pendidikan moral secara tidak formal, iaitu melalui aktiviti-aktiviti
dan suasana semasa sesi persekolahan jugaperlu mempunyai kualiti dan sahsiah yang tinggi
yang boleh menyumbang kepada proses pendidikan moral para pelajar.

Cabaran seterusnya dalam pendidikan moral adalah dari masyarakat. Masyarakat sering
memandang remeh kepada isu pendidikan moral. Mereka beranggapan bahawa pendidikan
dan pengetahuan moral tidak penting dalam kehidupan harian bagi membantu membentuk
akhlak dan peribadi setiap individu.Keadaan ini menjadi penghalang kepada penerimaan
pendidikan moral dikalangan para remaja dan boleh mendorong kepada keruntuhan akhlah
mereka. Akhlak merupakan sendi yang mengukuhkan perhubungan dalam sesebuah
masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan
di dalam sesebuah masyarakat.Menurut Najati (1993),Keruntuhan nilai akhlak di dalam
sesebuah masyarakat bukan sahaja menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu
dalam masyarakat.

Rujukan
1. Abdul Rahman Md Aroff. (1986). Makna Moral. Jurnal Kementerian Pendidikan
Malaysia
(68)
2. Abdul Rahman Md Aroff. (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika Dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

You might also like