You are on page 1of 6

Konsep bahan bantuan mengajar dan ciri-ciri yang sesuai

Pada peringkat awal persekolahan, subjek bahasa melayu memerlukan


bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM)
kerana ini penting untuk membantu guru dalam penyampaiannya terhadap
murid-murid. Guru seharusnya menyediakan BBM atau media yang paling
berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang
bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya.
Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid
memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang
betul.dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan
cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih
sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya
mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak
digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses
pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin
menggunakan jenis rangsangan ‘perkataan bercetak’, pemilihan BBM yang
sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi
(kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis.selepas membuat pemilihan
BBM, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan
dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran.
Pemilihan Bahan Bantu Mengajar ialah proses mencari bahan-bahan
yang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat
pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran.
Rasional penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah


untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai
objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih
memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan
cepat. Bahan Bantuan Mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi
kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih
menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya
dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat ‘diselamatkan’
dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil
kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan
teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan
ini, dan mengaplikasikannya dalam P&P.

Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.


Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan
prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang
berikut :

1. Sesuai
Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep
sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan
berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang
digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh
kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan
kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :
a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa
b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan


objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran
terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran
yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat
membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga
hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga
bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi
tempatan.
Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang
daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf
pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang
sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan
pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang
sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik.
Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan
dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada
pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga
konsep yang penting.

2. Mencabar
Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran
iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan
yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong
mereka untuk terus belajar.
Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar
pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-
bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :
a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.
b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai
hubungan yang bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati
Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan
pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran
yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa,
proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan
kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:
a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarik
a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun
mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan.
Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu
konsep.
b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur
pelajar.
c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran,
tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan
dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.
d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid
e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Jimat dan mudah


Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak
semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti
guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

6. Praktikal
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran
seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa
yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar
menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya
tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk
lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran
lain.

7. Mudah alih
Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa
kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar.

Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri


daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada
tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural
dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke
atas murid-murid itu sendiri.

Prinsip pembinaan bahan


Setelah guru-guru mendapat apa sahaja bahan yang telah dipilih dan diolah,
yang mana difikir sesuai untuk diketengah kepada murid-murid, pembinaan
bahan-bahan pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam proses pembinaan bahan
pengajaran, banyak faktor yang harus difikirkan. Walau bagaimanapun, dalam
bahagian ini, aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh
guru-guru. Ini juga melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketetapan,
kepelbagaian, kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai,
standardisasi dan simplikasi.

1) Bentuk dan Fungsi

You might also like