You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PELAJAR PRASEKOLAH TAHUN 2015

SK JALAN KUANTAN (SATU),53200 KUALA LUMPUR

Tarikh : 28 Ogos 2014


Hari

Khamis

Masa

: 1.45 tenghari

Tempat : Pejabat Sk. Jalan Kuantan (satu)


Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.

En .Razak Bin Sulaiman


Pn. Suzana Binti Saad
@Adam
Pn. Diana Binti Osman
Pn. Hasni Binti Abdul Hamid
Pn.Lailatul Ariffah Binti Zainol
En .Halim bin Khamis

GPK Hem
GPK ko kurikulum
Guru Tahun 1
Guru Prasekolah
Pembantu Pengurusan Murid
Guru Besar (tidak hadir bersebab)

1. Ucapan Alu aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang dapat
meluangkan masa untuk mesyuarat prasekolah pada kali ini.
1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih murid
prasekolah yang layak untuk memasuki pengajian prasekolah sesi 2015 dan berharap
semua yang hadir mencapai kata sepakat dalam sesi pemilihan ini.
2. Pemohonan murid prasekolah sesi 2015
Pengerusi memaklumkan bahawa seramai 27 permohonan telah diterima bagi kemasukan
sesi 2015 iaitu 16 kanak-kanak berumur 6 tahun dan 9 kanak-kanak berumur 10 tahun.
Pengerusi menyatakan sebuah kelas prasekolah hanya diperuntukkan seramai 25 orang
sahaja. Oleh itu, satu sesi pemilihan murid perlu diadakan.
3. Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
3.1 Syarat syarat kemasukan murid ke kelas Prasekolah
i)
ii)

Warganegara Malaysia
Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan januari
dalam tahun persekolahan semasa.

iii)

iv)
v)

Keutamaan pemilihan berasaskan merit pendapatan ibubapa/penjaga di bawah


garis kemiskinan dan ranking pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke
tinggi.
Jumlah bilangan murid bagi setiap prasekolah KPM tidak melebihi 25 orang
Proses pemilihan murid prasekolah KPM hemdaklah dibuat oleh Jawatankuasa
pemilihan murid prasekolah.

3.2 Pn Suzana mencadangkan pemilihan murid prasekolah mengikut perkapita ibubapa


pada tahun semasa. Pemilihan mengutamakan murid yang berumur 6 tahun dan jika
masih ada kekosongan tawaran dibuka untuk murid 5 tahun.
4.

Keputusan pemilihan murid prasekolah


4.1 Seramai 25 kanak-kanak telah dipilih memasuki kelas prasekolah sesi 2015.
16 kanak-kanak berumur 6 tahun dan 9 kanak-kanak berumur 5 tahun telah
dipilih mengikut perkapita ibubapa. 2 kanak-kanak terpaksa ditolak kerana tidak
memenuhi syarat- syarat kemasukan murid.
4.2 Semua jawatankuasa pemilihan bersetuju dengan pemilihan yng telah dibuat

5. Hal-hal lain
5.1 Pengerusi memaklumkan sekiranya ada calon yang menolak tawaran tersebut,pihak
Jawatankuasa pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan mengikut senarai
keutamaan.

Disediakan oleh,
..
(
)

Disahkan oleh,
..
(
)

You might also like