You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN CHE DERIS

15350 KOTA BHARU, KELANTAN

Kepada:
Hj. Abd. Aziz bin Bakar (Guru Besar SKCD)
En. Wan Ismail bin Wan Yusoff (PK. Pentadbiran)
En. Rustam Al bin Abdullah (PK HEM)
Pn. Hjh Wan Ajizah binti Wan Abdullah (PKKO)
Pn Azizah binti Abdullah (Ketua Pembantu Tadbir)
En. Suharto bin Salleh (KP RBT/KH)
En. Mohd Hosnee bin Mohd Noor (Su Panitia RBT/KH)
Tuan,
Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Pertama Sesi 2014
Dengan segala hormatnya tuan,puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat yang akan diadakan
sebagaimana berikut:
Hari
: Ahad
Tarikh : 05 Jan 2014
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKCD
2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ucapan Pengerusi
Ucapan Guru Besar/PK Pentadbiran
Ucapan PK HEM/PKKO
Ucapan Ketua Pembantu Tadbir Kewangan
Perkara Berbangkit
Format Pengajaran KSSR-DSKP RBT Tahun 4 -2014
Penetapan sasaran Panitia RBT/KH Tahun 2014
Aktiviti Persatuan Kemahiran Hidup
Hal-Hal Lain

Terima Kasih diatas kehadiran dan kerjasama tuan/puan.


Saya yang menurut perintah,

________________
( Suharto bin Salleh)
KP RBT/KH SKCD
Sk
Tuan Guru Besar
Pen. Kanan 1
Fail timbul RBT/KH

SEKOLAH KEBANGSAAN CHE DERIS


15350 KOTA BHARU, KELANTAN

Senarai nama kehadiran mesyuarat Panitia Reka Bentuk &


Teknologi/Kemahiran Hidup 2014
Tajuk : Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & Teknologi/Kemahiran Hidup Kali Pertama 2014
Tarikh : 05 Januari 2014
Hari
: Ahad
Masa : 01.15 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKCD

Senarai nama kehadiran ahli jawatan kuasa mesyuarat adalah sebagaimana berikut:

Bil

Nama

T. Tangan

Hj. Abd. Aziz bin Bakar (Guru Besar)

En. Wan Ismail bin Wan Yusoff (PK. Pentadbiran)

En. Rustam Al bin Abdullah (PK HEM)

Pn. Hjh Wan Ajizah binti Wan Abdullah (PKKO)

Pn Azizah binti Abdullah (Ketua Pembantu Tadbir)

En. Suharto bin Salleh (KP RBT/KH)

JUMLAH KEHADIRAN

Catatan

SEKOLAH KEBANGSAAN CHE DERIS


15350 KOTA BHARU, KELANTAN

1. Tajuk
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Kehadiran

: Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & Teknologi/Kemahiran Hidup Kali keempat


: 05 Januari 2014
: Ahad
: 01.15 Petang-2.15 Petang
: Bilik Mesyuarat SKCD
: Semua hadir/lihat lampiran

2. Agenda
2.1.

Ucapan Pengerusi

Mesyuarat pertama tahun 2014 ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah bersusah
payah membantu panitia RBT/KH sepanjang tahun lepas terutamanya dalam
melancarkan perjalanan program mengikut perancangan dan jadual yang ditetapkan.
Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik semua ahli panitia.
Bagi tahun ini pengerusi majlis memaklumkan bahawa Encik Hosnee bin Mohd Noor
bukan lagi ahli di dalam panitia ini kerana beliau telah ditugaskan mengajar mata
pelajaran baru KSSR iaitu Sejarah. Pengerusi juga memaklumkan bahawa segala
aktiviti mengurus panitia adalah dibawah beliau seorang dan ini akan menjadi
tanggungan bebanan kerja akan bertambah dan mencabar.

2.2.

Ucapan Guru Besar

Tuan Hj Abd. Aziz bin Bakar mengucapkan terima kasih kepada panitia
RBT/KH yang telah sudi menjemput beliau bersama-sama bermesyuarat pada hari
ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau akan cuba untuk mendapatkan seorang lagi
guru RBT/KH baharu bagi membantu panitia ini bergerak dengan lebih lancar dan
cemerlang. Namun perkara tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak
JPN dalam membantu menyelesaikan masalah panitia dan sekolah ini. Beliau juga
meminta agar K. Panitia tidak merasa berputus asa dalam menjalankan kewajipan
yang telah diamanahkan ini dan anggaplah ini sebagai satu cabaran yang positif.
Tindakan : Ketua Panitia dan semua ahli

2.3.

Ucapan PKKO

PKKO berterima kasih kepada semua ahli panitia RBT/KH yang telah
menyediakan sijil penghargaan kepada semua ahli Persatuan Kemahiran Hidup bagi
tahun 6 sesi 2013. Panitia ini dimaklumkan adalah antara panitia yang terawal
menyiapkan sijil penghargaan tersebut. Beliau juga menaruh kepercayaan yang
tinggi bagi panitia dan persatuan ini melaksanakan tanggungjawab seperti yang
dirancang dan mencapai sasaran yang diharapkan.
Tindakan : Ketua Panitia dan semua ahli

SEKOLAH KEBANGSAAN CHE DERIS


15350 KOTA BHARU, KELANTAN

2.4.

Ucapan Ketua Pembantu Tadbir Kewangan

Puan Azizah (Ketua Pembantu Tadbir Kewangan) menyatakan bahawa bahan


dan peralatan yang hendak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang lebih awal supaya segala urusan pembelian dan pesanan berjalan dengan
lancar. Beliau mengingatkan sekali lagi bahawa segala pembelian yang ingin
dilakukan mestilah dibuat dengan mengisi borang Nota Minta dan diluluskan oleh
Tuan Guru Besar terlebih dahulu supaya tidak terdapat perkara yang berbangkit
nanti. Perkara ini perlu dilakukan kerana ianya melibatkan pihak audit dan SPRM
serta mengikut tata cara pekeliling pembelian oleh kerajaan. Beliau berharap perkara
ini diambil tindakan yang serius oleh semua ahli.
Tindakan : Ketua Panitia dan semua ahli

2.5.

Perkara Berbangkit

PKKO membangkitkan usul mengenai urusan perbelanjaan Kursus Dalaman


KSSR dan DSKP baru-baru ini adakah ianya telah diluluskan atau tidak
-Ketua Panitia memaklumkan bahawa jabatan telah meluluskan permohonan
tersebut sebanyak RM720 melalui bayaran perbelanjaan makan dan minum guruguru kepada pengusaha katin sekolah.
-Guru besar memaklumkan bahawa Kursus Dalaman untuk guru-guru SKCD akan
sentiasa dirancang dan dilaksanakan bagi tahun 2014 nanti dengan lebih baik.

2.6.

Laporan Pemantauan Program Kursus Dalaman KSSR (DSKP) Tahun 2014

Ketua Panitia mengedarkan salinan buku laporan pemantauan program


tersebut kepada semua ahli bagi tujuan perbincangan dan penambahbaikan untuk
tahun hadapan. Antara keputusan perbincangan adalah sebagaimana berikut:
a. Kursus KSSR akan dilaksanakan sekali lagi bagi tahun 2014 untuk tahun 5 pula.
b. Minit Curai perlu dihantar kepada guru besar setelah program siap dijalankan.
c. Kursus untuk panitia masing-masing perlu dibuat berasingan bagi memantapkan
pengetahuan guru-guru yang terlibat.
d. Laporan Post-Mortem perjalanan kursus perlu dibuat setelah selesai program yang
dirancang.
e. Memastikan kehadiran guru di catat pada borang yang disediakan untuk tujuan
permohonan perbelanjaan dengan pihak jabatan.
Tindakan : Ketua Panitia dan semua ahli

SEKOLAH KEBANGSAAN CHE DERIS


15350 KOTA BHARU, KELANTAN

2.7.

Anggaran Perbelanjaan Pengurusan RBT 2014

Ketua Panitia mengedarkan anggaran perbelanjaan pengurusan untuk panitia RBT


adalah sebagaimana berikut:
BIL

STANDARD KANDUNGAN

1.0 ORGANISASI DAN


KESELAMATAN BENGKEL
1.1 Mengenal pasti Struktur
Oganisasi Bengkel
1.2 Mengenal pasti Peraturan dan
Keselamatan Bengkel
2.0 ASAS TEKNOLOGI
2.1 Memasang dan membuka kit
model berfungsi
2.2 Memasang dan membuka kit
model berfungsi secara elektro
mekanikal
2.3 Mereka dan membina model
berfungsi
3.0 REKA BENTUK
3.1 Mereka bentuk projek
eksperimental
4.0 PENGHASILAN PROJEK
4.1 Menghasilkan projek
berasaskan bahan bukan logam
dengan litar elektrik
4.2 Menghasilkan projek
berasaskan bahan bukan logam
dengan litar elektronik
4.3 Mereka bentuk projek
bertema berasaskan bahan bukan
logam dengan litar elektrik dan
litar elektronik
5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN
5.1 Menanam benih dalam bekas
tanaman yang sesuai
5.2 Menanam secara hidroponik

6.0 SAINS RUMAH TANGGA


6.1 Menghasilkan artikel jahitan

PERBELANJAAN
TAHUN 4
MENGIKUT
STANDARD
KANDUNGAN
RM

PERBELANJAAN
TAHUN 6
MENGIKUT
STANDARD
KANDUNGAN
RM

PECAHAN
JUMLAH
PERBELANJAAN
MENGIKUT
STANDARD
KANDUNGAN

100.00
Kertas warna
100.00
Papan Carta

100.00

210.00
Kit Model

210.00

100.00

1000.00
Kit Model

1000.00

Belum
Bermula

200.00
Set kapal

200.00

1000.00
Set Lampu
Hiasan

1000.00

1000.00
Set Elektronik

1000.00

Belum
Bermula

1000.00
Set tanaman

500.00
Paralatan
Jahitan

500.00

1500.00

1500.00
Belum
Bermula

2110.00

1000.00
Belum
Bermula

6.2 Menyediakan sajian


6.3 Menghias dan membungkus
makanan
JUMLAH PERBELANJAAN
MENGIKUT TAHUN

PERBELANJAAN
TAHUN 5
MENGIKUT
STANDARD
KANDUNGAN
RM

4500.00

-Semua ahli sebulat suara bersetuju dengan anggaran perbelanjaan tersebut.

6610.00

SEKOLAH KEBANGSAAN CHE DERIS


15350 KOTA BHARU, KELANTAN

2.8

Post Mortem Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 2013

K. Panitia mengagihkan lampiran pencapaian peperiksaan akhir tahun kepada semua


ahli dan berliau menegaskan bahawa terdapat peningkatan ketara dalam bilangan yang
mendapat A. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar yang gagal juga semakin berkurangan
jika dibandingkan dengan peperiksaan pertengahan tahun danpeperiksaan akhir tahun yang
lepas. Namun begitu untuk mata pelajaran RBT penguasaan murid dikira bedasarkan
penetapan aras prestasi darin TP 1-6 dan perkara tersebut akan dilaksanakan pada tahun
hadapan (2014).

2.8.

Hal-Hal Lain

Tiada hal-hal lain yang dibangkitkan pada mesyuarat kali ini.

K. Panitia mengakhiri mesyuarat dengan bacaan surah Al-Asr . Mesyuarat


ditangguhkan pada pukul 02.15 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

________________
En. Suharto Salleh
KP RBT/KH
SKCD 2014

________________
En. Wan Ismail Wan Yusoff
PK Pentadbiran
SKCD 2014

You might also like