You are on page 1of 9

SJK TAMIL LADANG JUASSEH , 72000 KUALA PILAH.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 1/2015


TARIKH:

26.12.2014 (JUMAAT)

MASA :

8.00 PAGI 10.00 PAGI

TEMPAT:

MAKMAL SAINS SJK (T) LDG JUASSEH

KEHADIRAN :
1. EN.K.MUNIANDY (GURU BESAR)
2. PN.M.KALLISWARY (GPK 1)
3. EN.K.SATYA PRABU (GPK HEM)
4. CIK.N.MENAGA (GPK KOKO)
5. CIK.B.SATHIA THARISHINY (KETUA PANITIA SAINS)
6. PN.S.ELANDEVI
7. PN.S.KANTHIMATHI
8. PN.S.THILAGAH
9. PN.C.GOMATHI
10. PN.K.MAHALETCHUMY
11. PN.G.THAMIL VAANNI

2/-

-21. UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mengucapkan salam sejahtera kepada para hadirin.
1.2 Beliau mengucapkan shabas atas pencapaian 100% dalam peperiksaan UPSR bagi
matapelajaran Sains bagi tiga tahun berturut-turut.
1.3 Beliau juga menerang tentang kepentingan dan peranan Panitia di sekolah.
1.4 Beliau berkata panitia adalah satu badan yang membincangan masalah murid dan
guru serta mengambil tindakan yang munasabah terhadap masalah yang
dibincangkan.
1.5 Beliau juga menasihat semua guru sains supaya mempelbagaikan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran supaya murid minati matapelajaran Sains.
Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINI MESYUARAT 4/2014
Minit Mesyuarat 4/2014 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
Cadangan : Cik.N.Menaga
Sokongan : En.G.Thamilvaanni
Tindakan : Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Makmal Sains perlu berada dalam keadaan kemas dan kecerian makmal perlu dititik
beratkan.
3.2 guru Sains perlu berusaha untuk mendapatkan bahan dan radas Sains bagi
membolehkan ia mencukupi sewaktu menjalankan eksperimen.
3/-

-3-

3.3 guru-guru sains harus meningkatkan kemahiran penggunakan istilah istilah Sains
dalam Bahasa Tamil.
Tindakan : Makluman
4. PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 Perancangan aktiviti panitia tahun 2015
4.1.1

Mesyuarat Panitia

4.1.1.1 Mesyuarat AJK Panitia Sains akan diadakan empat kali dalam tahun 2014
(December, April, Jun dan November).
(Tindakan : Ketua Panitia Sains dan semua guru Sains)
4.1.2

Ujian bulanan dan Peperiksaan

4.1.2.1 Ujian akan diadakan pada 5 kali dalam setahun serta guru yang mengajar
Sains perlu menyediakan kertas soalan bagi setiap darjah mengikut
kemahiran yang diajar.
4.1.2.2 Ketua Panitia perlu menyemak kertas soalan sebelum diserahkan kepada
Guru penolong kanan kurikulum untuk pengesahan
4.1.2.3 Peperiksaan Semester akan diadakan pada bulan Mei dan November
seperti biasa.
4.1.2.4 Kertas soalan bagi peperiksaan semester akan dibeli dari luar.
4.1.2.5 Postmortem akan diadakan bagi setiap ujian dan peperiksaan selepas
seminggu ujian dan peperiksaan diadakan.
(Tindakan : Ketua Panitia Sains dan Semua Guru Sains)
4/-

-44.1.3

Taklimat / Bengkel Teknik menjawab soalan UPSR

4.1.3.1 Taklimat atau Bengkel teknik menjawab soalan UPSR akan diadakan
pada bulan Jun dan sebelum Peperiksaan Pra UPSR.
(Tindakan : Ketua Panitia Sains dan Guru Sains Tahun 6)

4.1.4

Kelas bimbingan UPSR

4.1.4.1 Kelas bimbingan akan dijalankan seperti biasa bermula bulan Januari
hingga September bagi tahun 6.
4.1.4.2 Kelas bimbingan UPSR semasa cuti sekolah akan berlangsung seperti
mana dirancang dalam takwim sekolah.
(Tindakan : Guru Sains Tahun Enam dan Semua Guru Sains)

4.1.5

KSSR dan PBS

4.1.5.1 Format menulis Rancangan pengajaran Harian (RPH) telah diberitahu.


4.1.5.2 Pelaksaan kurikulum KSSR perlu diutamakan dan dilaksankan dengan
sistematik.
4.1.5.3 Data band perlu dikemaskinikan secara berterusan sepanjang tahun
menerusi modul offline Perekodan perkembangan Pembelajaran murid
untuk mengelakkan kemusykilan pada hujung tahun. Rekod ini harus
diserahkan kepada Ketua Panitia Sains dan GPK 1.

5/-

-54.1.5.4 Laporan PBS yang dikemaskini dan terkini perlu diserahkan kepada
ibubapa murid pada di Mac dan Ogos.
(Tindakan : Guru Sains Tahun 1,2,3,5 dan 5)
4.1.6

Pengajaran dan Pembelajaran

4.1.6.1 Murid perlu didedahkan kepada satu persekitaraan yang kondusif untuk
menjalankan proses P&P. Pastikan eksperimen yang dicadangkan dalam
buku teks dilaksanakan dengan pada waktu P&P.
4.1.6.2 Guru guru Sains perlu memperbanyakkan latihan bagi bahagian A dan B
bagi setiap tajuk kecil untuk mengetahui kefahaman murid dalam setiap
tajuk.
4.1.6.3 Guru juga perlu melatih murid untuk menguasai kemahiran menjawab
soalan soalan struktur / Bahagian B bagi matapelajaran Sains dengan
memperkenalkan cara cara memahami dan menjawab soalan dengan
mudah dan cepat.
4.1.6.4 Penggunaan CD ROM masih dan amat berkesan kepada proses P&P yang
lancar. Oleh itu, guru- guru Sains yang mengajar Tahun 4, 5 dan 6
dinasihati untuk menggunakan CD ROM sebagai alat bantu mengajar
yang berkesan.
4.1.6.5 Guru guru diminta untuk menggunakan pelbagai kaedah terumanya
penggunaan ICT untuk menyampaiakan input secara berkesan.
(Tindakan : Semua guru Sains)

6/-

-6-

4.1.7

Pelaksanaan PEKA

4.1.7.1 Pelaksanaan PEKA perlu diberi keutamaan oleh guru Sains tahun 4, 5
dan 6.
4.1.7.2 Bahan bahan rujukkan untuk menjalankan PEKA perlu dicetak dan
difailkan mengikut darjah.
4.1.7.3 Borang borang penilaian PEKA akan diedarkan dan ia perlu dikemaskini
dari semasa ke semasa oleh guru Sains tahun 4, 5 dan 6.
(Tindakan : Guru Sains Tahun 4, 5 & 6)

4.1.8

Minggu Sains dan Pesta Sains Peringkat Sekolah

4.1.8.1 Panitia Sains akan mengadakan Minggu Sains pada bulan April dan semua
murid wajib melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang akan dirancang
bagi seminggu.
4.1.8.2 Tajuk tajuk bagi pertandingan buku skrap,experiment dan pembinaan
model akan diberi dalam bulan Mac.
4.1.8.3 Pesta Sains akan berlangsung pada hari Rabu berkenaan dengan 08 April
2015.
4.1.8.4 Murid murid akan menjalankan experimen dan menyampaikan
penjelasan semasa Pesta Sains.
(Tindakan : Ketua Panitia Sains dan semua guru Sains)
7/-

-74.1.8.5 Panitia Sains bermatlamat untuk mengambil bahagian dalam National


Science

Fair

dan

mencuba

sebaik

mungkin

untuk

memenangi

pertandingan tersebut.
(Tindakan : Semua guru)
4.1.9

Menguasai istilah istilah Sains

4.1.9.1 Istilah sains akan ditulis dalam tiga bahasa pada papan putih oleh guru
sains setiap kali masuk ke kelas.
(Tindakan : semua guru sains)
4.1.9.2 Panitia akan berusaha untuk mewujudkan satu sudut khas untuk Panitia
Sains dimana maklumat tetang Sains dan akitiviti Sains akan dipaparkan.
4.1.9.3 Guru guru Sains perlu berinsiatif untuk mewujudkan satu sudut Sains
dikelas dan memaparkan hasil kerja murid dan bahan Sains .
(Tindakan : Ketua Panitia Sains dan semua guru Sains)
4.1.10
4.1.11 BBM, Alatan dan Radas Sains
4.1.11.1 Aktiviti gotong royong akan diadakan bersama guru-guru Sains dalam
bulan kedua untuk membersih, menyimpan, menyusun dan mengira
bilangan radas radas Sains yang sedia ada.
(Tindakan : Semua guru Sains)
4.1.11.2 Kekurangan radas Sains masih tidak dapat diatasi walaupun beberapa kali
senarai keperluan radas dihantarkan kepada pihak pihak yang berkaitan.
8/-

-84.1.11.3 Beberapa radas makmal biasa diperlu untuk menjalankan eksperimen eksperimen mudah dimana ia dapat dijalankan di kelas.

Bateri

Mentol

Kompas

Kertas litmus

Mikroskop

Kanta Mata

Penunu Bunsen

4.1.11.4 Almari laci akan dibeli untuk menyimpan radas radas Sains bagi
manangani masalah penyimpanan radas dan memudahkan penggunaan
radas.
(Tindakan : Pentadbir, Ketua Panitia Sains dan semua guru Sains)

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pencerapan akan dijalankan dari masa ke semasa oleh Guru Besar, Guru Penolong
Kanan Kurikulum , HEM dan Kokurikulum.
5.2 Buku latihan murid haruslah disemak selalu kerana buku latihan akan diperiksa oleh
Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum , HEM dan Kokurikulum dari masa ke
semasa.
(Tindakan : Guru Besar ,GPK 1, HEM dan KOKO)

9/-

-9-

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.
6.2 Mesyuarat Panitia Sains kali ke 2/2015 akan diadakan pada 3.3.2015
Tindakan: Makluman

Minit disediakan oleh,

B.SATHIA THARISHINY
KETUA PANITIA SAINS
BST/mmpanitiasains1/2015

Disemak oleh:

You might also like