You are on page 1of 5

SMK RANCHA-RANCHA, 87024, W.

P LABUAN
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 5/2014
Tarikh

: 12/11/2014

Masa

: 2.00 4.30 petang

Tempat
Pengerusi

: Bilik Mesyuarat SMK Rancha-Rancha


: Encik Omar Baki Matusin (Pengetua)

Hadir

1. Omar Baki Matusin (Pengetua)


2. Abdul Rahman Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Awang Sofien Awg Mohdzar (Penolong Kanan HEM)
4. Wan Zuriah Wan Mat Yim (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Zaharah Mat Jali
6. Jasmini Daud
7. Sapri Idris
8. Abdul Ghafar Salleh
9. Nurul Adilla Md Zain
10. Faisal Firdaus Tuah
11. Hammadah Iskandar
12. Nor Ameza Zakaria
13. Mohamad Abdullah
Tidak Hadir Bersebab
1. Faradzillah Pairan (Menghadiri Kursus)
2. Siti Suhila Abdul Rahman ( Cuti Sakit dengan surat MC)

AGENDA
1.0

UCAPAN PENGERUSI
1.1
1.2

1.3

Encik Omar Baki mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
hadir pada mesyuarat kali ini.
Pengetua
mengingatkan
guru-guru
supaya
mengetahui
dan
memahami semua anjakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).
Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua Penolong Kanan
dan Guru Kanan Mata Pelajaran kerana memberikan dan
mengemaskini maklumat untuk melengkapkan Buku Pengurusan
Sekolah bagi tahun 2015. Pengetua turut mengucapkan terima kasih
kepada Encik Faisal Firdaus Tuah kerana bersetuju membuat muka
depan (cover) Buku Pengurusan 2015.
1

Tindakan :
Makluman
2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS


3.1

4.0

Minit Mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.

Tiada perkara berbangkit.

PERSEDIAAN AKHIR TAHUN 2014


4.1

Pengetua meminta supaya kelas-kelas dibersihkan sepenuhnya


sebelum para pelajar dan guru-guru bercuti pada cuti persekolahan
akhir tahun 2014. Kerusi dan meja juga perlu disusun dengan teratur di
dalam semua kelas.
Tindakan : Guru Kelas

4.2

Pengetua turut mengingatkan guru-guru supaya memulangkan


sebarang peralatan sekolah yang dipinjam ke pejabat.
Tindakan : Semua guru

4.3

Pengetua mengingatkan guru-guru supaya menyerahkan Buku Rekod


Mengajar 2014 (BRM) selewat-lewatnya pada 21 November 2014.
Buku Rekod Mengajar 2015 akan diserahkan kepada semua guru pada
hari ini.
Tindakan : Semua guru

4.4

Pengetua juga mengingatkan semua guru supaya mengemaskini


maklumat peribadi masing-masing di dalam sistem HRMIS, E-Pangkat,
E-Operasi,E-SPLG,dan E-Prestasi.
Tindakan : Semua guru

4.5

Selain itu, Pengetua


mengingatkan supaya markah ujian dan
peperiksaan yang belum dimasukkan di dalam sistem SAPS online
dimasukkan segera kerana akan dimuatkan di dalam laporan
dashboard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tindakan : Semua guru

4.6

Seterusnya, Pengetua meminta supaya Fail Panitia dikemaskini dan


disimpan di dalam Bilik Fail sebelum para guru pulang bercuti.
Tindakan : Semua guru
Pengetua menegaskan bahawa mana-mana guru yang ingin bercuti ke
luar negara perlu memohon kebenaran ke luar negara daripada
Pendaftar di JPNWPL (Pengarah). Permohonan perlu dikemukakan
melalui Pengetua dengan mengisi borang yang telah ditetapkan.

4.7

Tindakan : Semua guru


5.0

PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2015


5.1

Pengetua memutuskan bahawa pendaftaran tingkatan 1 sesi 2015


akan diadakan pada 4 Januari 2015 (Ahad) kerana akan ada
pemantauan pada hari tersebut. Ini selaras dengan hasrat KPM yang
mahu PdP terus bermula pada 5 Januari 2015 (Isnin) di semua sekolah
dan tiada pendaftaran pelajar baharu dilakukan pada hari tersebut.
Tindakan : Semua guru

5.2

Puan Wan Zuriah Wan Mat Yim memaklumkan tarikh Program Tahunan
Kokurikulum bagi tahun 2015 seperti yang berikut :Bil
1
2
3

Program
Kejohanan Merentas Desa 2015
Kejohanan Olahraga 2015
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform
2015

Tarikh
23/1/2014
2/5/2014
Ogos
Tindakan : makluman

5.3

Pengetua memutuskan bahawa tarikh cuti Tahun Baru Cina 2015 akan
diambil selama seminggu bermula 16 hingga 22 Februari 2015.
Tindakan : makluman

5.4

Pengetua turut meminta guru-guru melengkapkan Buku Rekod


Mengajar masing-masing dengan maklumat seperti yang berikut : Biodata guru
Gambar
Kursus yang dihadiri
Takwim persekolahan 2015
Senarai tugas guru
Maklumat di bahagian belakang BRM
Pengetua menyatakan hasrat untuk mewujudkan Anugerah Buku
Rekod Terbaik untuk dianugerahkan kepada guru yang mempunyai
BRM yang terlengkap dan kemas.
Tindakan : Semua guru

5.5

Seterusnya Pengetua telah membuka tawaran kepada mana-mana


panitia yang berminat untuk melaksanakan Kajian Tindakan untuk
tahun 2015. Tawaran beliau telah disambut oleh Cik Zaharah Mat Jali
(GKMP Bahasa Inggeris) yang bersetuju untuk menghasilkan Kajian
Tindakan untuk tahun 2015.
Tindakan : Zaharah Mat Jali

6.0

5.6

Pengetua meminta semua Ketua Panitia mencetak Panduan


Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) dan difailkan sebagai
dokumen panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

5.7

Selain itu, Ketua Panitia perlu menyediakan perancangan peruntukan


PCG untuk mengelakkan nota minta dibuat selepas Program. Bermula
tahun 2015, semua nota minta perlu diserahkan selewat-lewatnya 2
minggu sebelum program.
Tindakan : Ketua Panitia

5.8

Pengetua meminta semua Penolong Kanan memuat turun Dasar


Sekolah seperti yang berikut daripada internet untuk dibukukan : Dasar Kurikulum
Dasar HEM
Dasar Ko-Kurikulum
Tindakan : Penolong Kanan

5.9

Pengetua meminta Penolong Kanan Kurikulum menyampaikan Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kepada semua
pelajar pada tahun 2015. Semua pelajar mestilah boleh menghuraikan
berkaitan 6 aspirasi murid di dalam PPPM jika ditanya oleh pemantau.
Tindakan : Penolong Kanan

5.10

Pengetua meminta semua guru kelas mewujudkan sudut PPPM di


dalam kelas masing-masing.
Tindakan : Guru Kelas

HAL-HAL LAIN
6.1

7.0

Tiada hal-hal lain yang dibangkitkan.

UCAPAN PENANGGUHAN
7.1

Encik Omar Baki mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan


perkongsian idea oleh semua guru dalam mesyuarat pada hari ini.

7.2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :
4

(NURUL ADILLA MD ZAIN)


Setiausaha Pengurusan Sekolah

(Omar Baki Matusin)


Pengetua

You might also like