You are on page 1of 11

E-Ujian 1

BAHAGIAN A:
Soalan 1 hingga Soalan 10
Baca petikan rencana ini dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.

Pada zaman yang serba maju ini, dapat dikatakan bahawa kebanyakan keluarga memiliki sekurang-kurangnya
sebuah peti telivesyen. Peti televisyen pada masa ini dikatakan sebagai suatu keperluan bagi sesetengah orang
dan bukan lagi sebagai satu lambang kemewahan.
Televisyen bukan sahaja dapat dijadikan alat penyebar maklumat tetapi juga bertindak sebagai alat
penghibur. Banyak rancangan yang menarik ditayangkan menerusi televisyen pada setiap hari. Lebih-lebih lagi
dengan wujudnya pelbagai saluran seperti saluran RTM, TV3, NTV7, TV8, TV9 dan saluran televisyen berbayar
seperti ASTRO.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rancangan televisyen yang tidak sesuai disaksikan oleh
khalayak, terutamanya remaja. Sebagai contoh, rancangan gusti sering memaparkan unsur ganas. Unsur ini
akan merangsang para remaja untuk mencubanya. Para ibu bapa atau penjaga mestilah pandai memilih
rancangan televisyen untuk ditonton oleh anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa juga haruslah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat kepada anak-anak
mereka supaya tidak menonton rancangan yang tidak berfaedah. Adalah lebih baik jika ibu bapa duduk bersamasama dengan anak-anak semasa menonton rancangan televisyen. Hal ini demikian kerana mereka sudah tentu
akan dapat mengawal anak-anak daripada menonton rancangan yang tidak sesuai.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga seharusnya dapat membataskan anak-anak mereka daripada
menonton televisyen sehingga larut malam. Hanya dengan cara ini sahajalah, anak-anak akan dapat terhindar
daripada pengaruh dan budaya kuning dari barat. Ini disebabkan kebanyakan rancangan yang berunsur ganas
dan yang tidak sesuai ditonton oleh mereka disiarkan pada waktu yang tersebut.
Ketika ini juga, pengaruh negatif telah mula menular di kalangan remaja. Mereka mula melakukan
perbuatan yang tidak bermoral dan bergaul bebas. Oleh itu, satu tindakan yang berkesan seperti mengharamkan
rancangan televisyen yang berunsur ganas dan lucah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
Klik pada jawapan yang betul.
1. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan
tersebut?
A
B
C
D

Kebaikan dan Keburukan Televisyen


Peranan Ibu Bapa terhadap Keluarga
Peranan Televisyen terhadap Remaja
Siaran Televisyen Dapat Merosakkan
Akhlak Para Remaja

2. Apakah anggapan kebanyakan keluarga


terhadap televisyen pada zaman ini?
A
B
C
D

Televisyen sebagai satu lambang


kemewahan.
Televisyen sebagai satu keperluan hidup.
Televisyen banyak mendatangkan kebaikan.
Televisyen banyak mendatangkan
keburukan.

3. Rancangan televisyen manakah yang tidak


sesuai ditonton oleh para remaja?
A
B
C
D

4. Pada masa kini, televisyen berperanan sebagai

A alat khayalan.
B sumber maklumat.
C pengerat hubungan keluarga.
D alat mengawal tingkah laku anak-anak.
5. Mengapakah ibu bapa perlu menasihati anakanak mereka supaya tidak menonton rancangan
yang tidak berfaedah?
A Anak-anak sudah tidak menghormati ibu
bapa lagi.
B Rancangan itu akan menyebabkan anakanak malas ke sekolah.
C Anak-anak mereka tidak terpengaruh
oleh budaya kuning.
D Rancangan itu akan menyusahkan keduadua orang ibu bapa mereka.
6. Kata ini seerti dengan perkataan ditayangkan.
A
B
C
D

Rancangan gusti
Rancangan berita
Forum pendidikan
Rancangan rencana

ditontoni
dijalani
disiarkan
dipamerkan

7. Ibu bapa perlu duduk bersama-sama dengan


anak-anak semasa menonton rancangan
televisyen supaya mereka
dapat menjimatkan masa serta merapatkan
hubungan kekeluargaan.
B. dapat mengawal anak supaya mereka dapat
mengulang kaji pelajaran.
C dapat memberikan penerangan yang baik
terhadap anak-anak mereka.
D dapat mengawal anak-anak daripada
menonton rancangan yang tidak
berfaedah.

9. Siapakah yang harus menangani filem-filem


yang berunsurkan budaya kuning daripada
ditayangkan di negara kita?

A
B
C
D

10. Semua pernyataan telah disentuh oleh


pengarang kecuali
A

8. Semua yang berikut mungkin akan


menyebabkan remaja terpengaruh kepada
budaya kuning melainkan
A
B
C
D

Pihak kerajaan.
Pihak pentadbiran.
Pihak ibu bapa dan keluarga.
Semua penduduk tetap negara ini.

B
C

video.
majalah.
internet.
buku teks.

pada era moden, televisyen mampu dimiliki


oleh kebanyakan keluarga.
pelbagai rancangan tempatan dan luar
negara yang menarik disiarkan di televisyen.
budaya kuning yang meresapi para remaja
akan menyebakan keruntuhan moral di
kalangan mereka.
semua rancangan televisyen yang
disiarkan akan menyebabkan keruntuhan
akhlak di kalangan remaja.

Soalan 11 hingga Soalan 20.


Baca petikan dialog ini dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.

Nabila
Alia
Nabila
Alia

: Selamat pagi Alia? Kakak kamu ada di rumah?


: Selamat pagi, Nabila. Kak Long tak ada di rumah. Rasanya, dia ada kelas tambahan.
: Adakah Kak Long kamu akan pergi ke perpustakaan awam hari ini?
: Saya tidak pasti Nabila. Katanya, dia hendak pergi ke kedai buku di pekan selepas makan tengah hari.
Naiklah dahulu. Sebentar lagi, tentu Kak Long akan pulang.
Nabila : Baiklah. Mana Kak Ngah kamu?
Alia
: Dia ada di bilik. Nanti saya panggilkan.
(Tidak beberapa lama kemudian, Kak Ngah Alia pun keluar dari biliknya.)
Azizah : Apa khabar Nabila?
Nabila : Khabar baik. Wah, banyaknya kucing di rumah ini!
Azizah : Keluarga saya memang gemar memelihara kucing. Sudah lama keluarga kami memelihara kucing.
Alia
: Datuk, nenek dan ibu bapa kami sangat sayang akan kucing-kucing ini.
Nabila : Kucing kamu gebu-gebulah. Yang berwarna kelabu itu namanya apa?
Azizah : Yang itu Dodi. Yang berwarna kuning itu Dodo. Di rumah kami ini sahaja, ada sepuluh nama kucing
yang berlainan yang bermula dengan huruf D tidak termasuk Dodo dan Dodi.
Alia
: Semua kucing ini kami pelihara dengan rapi. Kami tidak membiarkannya seperti kebanyakan orang.
Kami kerap membawa kucing-kucing ini ke klinik haiwan untuk diberikan suntikan pelalian dan ubat
cacing.
Nabila : Patutlah kucing-kucing ini kelihatan sihat.
(Semasa mereka berbual, Aminah yang baru balik dari pekan terus menuju ke arah mereka.)
Aminah : Eh, Nabila rupa-rupanya!
Nabila : Aminah, bolehkah saya pinjam jadual peperiksaan pertengahan tahun sekolah kita? Jadual saya
hilanglah.
Aminah : Boleh. Sebentar ya!

Klik pada jawapan yang betul.

16. Perkataan rapi bermaksud

11. Ke mana Kak Long pergi semasa perbualan itu


berlaku?

A jelas. B kemas. C belas. D sempurna.


A
B
C
D

Ke kedai.
Ke pekan.
Ke perpustakaan.
Ke kelas tuisyen.

17. Sudah berapa lamakah keluarga Alia


memelihara kucing?
A
B
C
D

12. Bilakah perbualan di atas berlaku?


A
B
C
D

Pada waktu pagi.


Pada waktu malam.
Pada waktu petang.
Pada waktu tengah hari.

18. Keluarga Alia memelihara ...


A
B
C
D

13. Siapakah nama Kak Long?


A
B

Alia
Azizah

C
D

Nabila
Aminah

B
C
D

A
B
C
D

Kawannya itu ingin berjumpa dengan


Nabila di pekan.
Dia ingin mengajak kawannya ke
perpustakaan awam.
Nabila ingin mengetahui cara-cara
memelihara kucing.
Nabila ingin meminjam jadual
peperiksaan pertengahan tahun mereka.

A
B

B
C
D

Jadual peperiksaannya hilang.


Dia tidak mendapat jadual peperiksaan.
Jadual peperiksaannya ada pada Aminah.
Peperiksaan menjelang tiba tidak lama
lagi.

20. Manakah antara pernyataan yang berikut tidak


benar tentang petikan dialog tadi?

15. Bagaimanakah cara mereka memelihara


kucing-kucing itu?
A

enam ekor kucing.


lapan ekor kucing.
sepuluh ekor kucing.
dua belas ekor kucing.

19. Mengapakah Nabila ingin meminjam jadual


peperiksaan pertengahan tahun Aminah?

14. Apakah tujuan Nabila ke rumah kawannya itu?


A

Sejak zaman-berzaman.
Sejak kecil lagi.
Sejak tiga generasi.
Sejak berkawan dengan Nabila.

Memandikan semua kucing itu dengan air


yang bersih.
Penjagaan yang sempurna dan diberikan
latihan yang secukupnya.
Sentiasa memberikan perhatian
sepenuhnya terhadap kucing-kucing itu.
Memberikan rawatan dan makanan
berkhasiat kepada kucing-kucing itu.

C
D

Kakak sulung Alia sama usianya dengan


Nabila.
Aminah belajar di sekolah yang sama
dengan Nabila.
Nama semua kucing peliharaan keluarga
Azizah dimulai dengan huruf D.
Aminah dan Nabila telah berjanji
hendak bertemu di perpustakaan awam
di pekan.

Soalan 21 hingga Soalan 30


Baca petikan cerita ini dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.
Namaku Sudin. Tempat tinggalku nun jauh di pedalaman. Kampungku kecil. Tidak ramai penghuninya. Jarak antara sebuah
rumah dengan sebuah rumah yang lain agak jauh. Keadaan di kampungku aman dan damai. Pemandangannya memang
indah dan tiada pencemaran seperti yang berlaku di kawasan bandar.
Jiran aku di sebelah kanan ialah Pak Cik Sulaiman. Dia tinggal bersama-sama isterinya. Pondok usang tempat
tinggal mereka diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun rumbia. Kedua-dua pasangan ini sudah berusia. Mereka tidak
berdaya hendak melakukan sebarang pekerjaan. Hanya belas ehsan daripada jiran yang diharapkan oleh mereka.
Pada waktu senggang, aku sering ke rumah Pak Man, panggilan orang kampung kepadanya. Dia sering bercerita
tentang pengalaman hidupnya samasa zaman perang. Pernah suatu ketika, Pak Man ditangkap oleh askar Jepun untuk
dijadikan buruh paksa di Burma. Bagaimanapun, dia berjaya melarikan diri. Sejak peristiwa itu, hubungannya dengan
anggota keluarga terputus.
Pak Man memang baik hati. Aku pun hairan, orang yang sebaik Pak Man ini tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.
Anak-anaknya yang masing-masing berusia 30 tahun dan 35 tahun, dan telah berumahtangga dan berjaya dalam kehidupan
mereka. Malangnya, mereka tidak pernah balik menjenguk Pak Man suami isteri.
Di sebelah kiri rumahku pula tinggal seorang hartawan. Rumahnya besar dan cantik. Dia bernama Reduan. Orang
memanggilnya dengan nama Pak Wan. Dia tinggal dengan isterinya yang bernama Mak Bonda. Mereka mempunyai dusun
dan ladang kelapa sawit yang luas. Kebanyakan penduduk kampung bekerja di ladangnya.
Wajah Pak Wan hodoh. Badannya berbonggol di belakang. Bagaimanapun, Pak Wan tidak pernah diejek atau dihina
oleh orang kampung walaupun dia kelihatan sedemikian. Dia seorang yang baik hati. Dia selalu menolong orang-orang
kampung.
Aku juga sering ke rumah Pak Wan. Aku membantunya bekerja di kebun sayur di belakang rumahnya. Upah yang
kuperoleh kujadikan perbelanjaan sekolah. Aku memang disayangi oleh mereka, lebih-lebih lagi mereka tidak mempunyai
cahaya mata. Aku dianggap oleh mereka seperti anak sendiri.
Oleh sebab kemesraan aku dengan keluarga Pak Wan, banyaklah kawanku yang berasa iri hati. Namun begitu,
semuanya tidak kuhiraukan. Aku berharap agar perasaan mereka itu akan berakhir dengan sendirinya.

Klik pada jawapan yang betul.


21. Bagaimanakah suasana kampung aku?
A Sunyi dan sepi.
C. Bingit dan kotor.
B Indah dan permai. D Dingin dan tenang.

26. Bagaimanakah sikap anak-anak Pak Man?


A Besar kepala. C Lupa diri.
B Atas angin.
D Busuk hati.

22. Apakah pekerjaan aku?


A Pekebun
C
B Pelajar
D

27. Mengapakah aku selalu ke rumah Pak Wan?


A Dia bekerja di sana.
B Dia disayangi Pak Wan.
C Dia ingin berbual dengan mereka.
D Dia ingin meminta bantuan Pak Wan.

Penulis
Penganggur

23. Sudah berusia dalam petikan di atas


bermaksud
A melepasi zaman muda.
B sudah tidak berdaya lagi.
C sudah lanjut umurnya.
D telah tidak dihiraukan lagi.
24. Penulis selalu ke rumah Pak Man
A pada masa lapang.
B semasa Pak Man sakit.
C pada waktu malam.
D pada bila-bila masa sahaja.
25. Pak Man dan isterinya hidup
A menderita. C kaya-raya.
B bahagia.
D disisihkan orang kampung.

28. Apakah persamaan antara Pak Man dan Pak Wan?


A Usia
B Harta C Fizikal
D Sikap
29. iri hati dalam petikan cerita di atas bermaksud
A dengki. B cemburu. C geram. D benci.
30. Manakah antara yang berikut tidak benar tentang petikan
cerita tersebut?
A Pak Man tidak mempunyai cahaya mata.
B Pak Man miskin harta benda tetapi kaya dengan
budi.
C Pak Wan bukan sahaja kaya tetapi juga seorang
yang baik hati.
D Pak Wan dan Pak Man ialah jiran kepada penulis
cerita ini.

Soalan 31 hingga Soalan 40


Baca petikan puisi ini dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.

Kisah si Tanggang jadi pedoman,


Bukan yang derhaka jadi ikutan,
Tidak yang culas jadi amalan,
Tapi perjuangannya jadi pegangan.

Kecekalan bekerja dari bawahan,


Tidak kenal erti kekecewaan,
Berjayalah Tanggang atasi rintangan,
Jadilah ia orang kesayangan.

Jauh berkelana si anak muda,


Curah tenaga untuk nakhoda,
Bekerja kuat tidak terkira,
Ingin berjaya tersemat di jiwa.

Ringan tulang ketika bekerja,


Keterampilan diri disenangi sentiasa,
Jadi kepercayaan oleh maharaja,
Akhirnya dilantik jadi nakhoda.

Hidup miskin bukan kongkongan,


Harapkan takdir bukan alasan,
Cekalkan diri tuju kecemerlangan,
Jadikan ia suatu impian.

Berkahwinlah dengan puteri jelita,


Hidupnya kini bertambahlah kaya,
Terkenallah ia ke seluruh negara,
Namun sikapnya ada yang tak kena.

Klik pada jawapan yang betul.


31. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah
A
B
C
D

36. Apakah maksud simpulan bahasa ringan tulang?


A Menolong orang. C Rajin bekerja.
B Bersikap malas. D Suka mengampu.

Si Tanggang Derhaka
Kisah Kejayaan Tanggang
Si Tanggang Jadi Ikutan
Kehebatan Nakhoda Raja

32. Puisi ini ialah


A syair.
B pantun.

37. Apakah pekerjaan pertama si Tanggang?


A Kelasi
C Lanun
B Nakhoda
D Hamba

C sajak.
D gurindam.

38. Apakah alasan yang selalu diberikan oleh orang


yang tidak berdaya maju?
A Wang tidak mencukupi.
B Masa senggang sukar dipenuhi.
C Kawan yang berjaya enggan membantu.
D Takdir sudah menentukan nasib mereka.

33. Sikap apakah yang ada pada si Tanggang yang patut


kita ikut?
A Keculasannya.
C Penderhakaannya.
B Kebongkakannya.
D Kegigihannya bekerja.
34. Tema puisi ini ialah
A penderhakaan terhadap ibu dan bapa.
B sikap yang tidak patut jadi ikutan remaja.
C sikap kesungguhan bekerja untuk
memajukan diri.
D kesediaan untuk melakukan sesuatu terletak
pada diri sendiri.

39. Sikap apakah yang tidak patut ada pada seseorang


jika ingin berjaya?
A Ringan tulang
C Berat perut
B Cekal hati
D Rendah diri
40. Namun sikapnya ada yang tak kena dapat

menunjukkan bahawa si Tanggang yang telah


berjaya itu
A lupa diri.
C putus asa.
B besar hati.
D patah hati.

35. berkelana dalam puisi di atas bermaksud


A bersedia.
C merajuk.
B merantau.
D bekerja.

Soalan 41 hingga Soalan 50


Baca petikan surat tak rasmi ini dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.

29, Jalan 29/39,


Taman Paduka Setia,
34000 Taiping,
PERAK DARUL RIDZUAN.
11 Mac 2006.

Kembali menemui kakanda yang berada di Kota Kinabalu, semoga sentiasa berada dalam kandungan sihat
sejahtera. Apa khabar, kakanda?
Kakanda Shamsinar,
Adinda, ayahanda, bonda dan Kakanda Marina di sini berada dalam keadaan sihat walafiat.
Bagaimanapun, Nenda Rokiah yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri dua hari yang lepas masih di wad.
Nenda masih lemah dan tidak dapat berjalan kerana sendi kakinya masih sakit. Oleh itu, ayahanda dan bonda
terpaksa bergilir-gilir menjaga nenda di hospital.
Adinda di sini telah mula bercuti. Begitu juga dengan Kakanda Marina yang mula bercuti pada hari ini.
Bilakah kakanda akan bercuti? Setahu adinda, cuti semester universiti telah bermula. Kalau ada masa, pulanglah
ke kampung kerana sudah dua tahun kakanda berada di sana. Lagipun, nenda, ayahanda dan bonda sering
menyebut nama kakanda.
Ayahanda bertanya, bilakah kakanda hendak bertukar ke universiti tempat adinda dan Kakanda Marina
belajar di Bangi? Sahabat kakanda, Dr. Rashid telah mula mengajar di sini pada bulan lepas. Beliau telah datang
ke rumah kita tiga hari yang lepas bersama-sama dengan tunang beliau.
Untuk pengetahuan kakanda, Pak Long pula akan mengadakan majlis perkahwinan antara Kakanda
Maria dengan Dr.Rashid pada minggu depan. Mereka akan mengadakan majlis di Hotel Shangrila di Putrajaya.
Beliau amat berharap agar kakanda dapat menghadiri majlis tersebut, begitu juga dengan Kakanda Maria. Segala
persiapan untuk majlis itu juga telah disiapkan.
Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat adinda catatkan. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada
adinda dan keluarga di sini buat diri kakanda.
Adindamu,

(JAMIL
BIN
AMRI)

Klik pada jawapan yang betul.


41. Siapakah penulis surat ini?
A
B
C
D

43. Apakah hubungan antara Marina dan Maria?

Seorang pelajar sekolah menengah.


Seorang mahasiswi di universiti di Bangi.
Seorang mahasiswa di universiti di Bangi.
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Bangi.

A
B

C Adik-beradik.
D Anak saudara.

44. Mengapakah nenda penulis selalu menyebut nama


Shamsinar?

42. Pada pendapat kamu, apakah tujuan utama surat ini


ditulis?
A
B
C

Sepupu.
Sahabat karib.

A
B
C
D

Meminta abangnya pulang ke kampung.


Memberitahu keadaan mereka sekeluarga.
Mengundang kakandanya ke majlis perkahwinan
Maria.
Memberikan berita tentang keadaan kesihatan
nenek mereka.

Kakaknya enggan kembali ke kampung.


Kakaknya berasa rindu kepada nenda penulis.
Nenda penulis amat merindui kakanda penulis.
Penulis sudah lama tidak bertemu dengan
kakandanya.

45. Tujuan sahabat kakanda penulis datang ke rumah


ayahanda penulis kerana ingin
A
B
C
D

48. bergilir-gilir dalam petikan surat bermaksud


A bersaingan.
C bersedia.
B bertugas.
D berganti-ganti.

bertemu dengan penulis.


memperkenalkan tunang beliau.
ingin berjumpa dengan Shamsinar.
ingin menziarahi keluarga penulis.

49. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?


A 15 Mac 2006
C 18 Mac 2006
B 20 Mac 2006
D 13 April 2006

46. Apakah harapan penulis terhadap kakandanya?


A
B
C
D

50. Semua pernyataan yang berikut adalah benar


tentang petikan di atas kecuali
A bapa saudara penulis ialah ayah kepada
Maria.
B ayah penulis ingin Shamsinar mengajar di
Bangi.
C penulis ialah adik lelaki kepada Shamsinar
dan Marina.
D Shamsinar ialah bekas tunang Dr. Rashid.

Pulang melawat nendanya.


Membawanya ke Kota Kinabalu.
Bertemu dengan sahabat karibnya.
Kembali ke kampung halaman mereka.

47. Manakah antara yang berikut benar tentang


kakanda penulis?
A
B
C
D

Kakanda penulis seorang pensyarah.


Kakanda penulis tidak ingin kembali ke
kampungnya.
Kakanda penulis seorang mahasiswi
universiti di Sabah.
Kakanda penulis telah berumah tangga di
Kota Kinabalu, Sabah.

BAHAGIAN B: (ARAS 1)
Soalan 51 hingga Soalan 75
Klik pada jawapan yang betul.
51. Pasukan sekolah itu tidak mendapat sebarang _____
dalam pertandingan silat itu.
A piala
C pingat
B cakera
D mahkota

54. Ibu, adakah gelaran bagi buaya itu ______? tanya


Asma kepada ibunya.
A Sang Bedal
C Pak Belang
B Sang Lamri
D Sang Kancil

52. ___________ dilarang digunakan di kawasan laut yang


cetek, kata ayah kepada kawannya.
A Jaring
C Tukun
B Pelampung
D Pukat harimau

55. Hadiah ini adalah untuk __________ ku yang tercinta,


iaitu Puan Kamisah sempena sambutan Hari Ibu.
A bonda
C kakanda
B ayahanda
D nenda

53. Ayah, saya ingin menyertai sukan yang terbesar


di dunia, iaitu __________, kata Kamarul kepada
Encik Azhari.
A Sukan SEA
C Sukan Olimpik
B Sukan Asia
D Sukan Komanwel

56. Itu ayah saya. ______ baru pulang dari pejabat.


A Baginda
C Kalian
B Engkau
D Beliau

57. Pernahkah _______ menziarahi keluarga Chamil? tanya


Rajan kepada kawan-kawannya.
A awak
C engkau
B kami
D kalian

67. Bapanya ________ terkenal di daerah ini ____ terkenal


juga di luar negara.
A bukan sahaja tetapi
B tidak sahaja maka
C bukan sahaja malah
D. sungguhpun namun begitu

58. Kata Alia dengan sopan kepada wanita tua itu, ______,
adakah jalan ini menuju ke Pasar Raya Jimat?
A Pak Cik
C Mak Cik
B Pak cik
D Mak cik

68. Kami sekeluarga menonton televisyen ______ makan


kacang.
A lalu
C apabila
B sambil
D sementara itu

59. ___________ bertitah agar ibu bapa lebih menumpukan


perhatian terhadap anak-anak mereka.
A. Beta
C Hamba
B Baginda
D Tuanku

69. Nasihat ayah kepada mereka, ________duduk sahaja


____________kamu menolong ayah di kebun.

60. Majlis kenduri kesyukuran itu akan diadakan ______ hari


minggu ini.
A pada
C di
B dengan
D daripada

A
B
C
D.

61. Saya baru sampai __________ rumah Pak Cik Hamdan.


A dari
C pada
B ke
D daripada

Dari maka
Sementara namun
Daripada lebih baik
Apabila mahupun

62. Dia _____ tidur walaupun matahari makin meninggi.


A begitu
C pernah
B masih
D sesudah

70. _______ membeli basikal pun dia tidak mampu, _______


hendak membeli motosikal.
A Sedangkan inikan pula
B Adapun namun begitu
C Biarpun manakala
D Apabila namun

63. Ayah saudara saya telah diberhentikan kerja berikutan


________ ekonomi.
A kemusnahan
C kegawatan
B kemiskinan
D kemelaratan

71. Berapakah harga se_________ anggur ini? tanya ibu


kepada peniaga itu.
A berkas
C biji
B ikat
D gugus

64. Keluarga Sudin tinggal di kawasan __________ yang


tidak ada kemudahan bekalan air dan elektrik.
A pedalaman
C perantauan
B pendalaman
D persinggahan

72. Ayah menghadiahi ibu se ________ cincin pada hari ulang


tahun kelahirannya.
A
B

bilah
genggam

C
D

bentuk
gugus

65. Dia mendapat _______ yang baik dalam pertandingan


itu.
A kedudukan
C kebaikan
B persembahan
D penetapan

73. Ibu membelikan saya se ________ kancing baju Melayu.


A kaki
C untai
B utas
D rawan

66. ________ untuk mengadakan kenduri kesyukuran itu


akan kita teruskan.
A Rancangan
C Butiran
B Pegangan
D Keluaran

74. Beberapa ____________ pisau yang tumpul disimpan


ibu di dalam stor.
A biji
C ulas
B bilah
D bentuk
75. Ayah membawa se ______ senapang patah bersamanya
untuk mengawal kebun.
A laras
C berkas
B batang
D butir

BAHAGIAN B: (ARAS 2)

Soalan 76 hingga Soalan 78


Klik perkataan yang sama erti dengan perkataan yang
bergaris.

83. Ayah bercadang mengundang Pak cik Amri dan


A
Mak Cik Zainab ke majlis makan malam sempena
B
meraikan kejayaan kakak Saiful dalam UPSR.
C
Tiada kesalahan.
D

76. Kedua-dua orang adik-beradik itu mendapat kedudukan


yang terbaik dalam peperiksaan baru-baru ini.
A
B

terhandal
terbilang

C
D

cergas
cemerlang

84. Ibu menghidangkan satey daging rusa kepada para


A
tetamu yang menghadiri majlis makan malam pada
B
malam kelmarin. Tiada kesalahan.
C
D

77. Dia cuba berbohong untuk mententeramkan perasaan


sahabat baiknya itu.
A
B

menghasuti
menjelaskan

C
D

menenangkan
memperbaik

Soalan 85 hingga Soalan 86


Klik simpulan bahasa yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

78. Hubungan kekeluargaan dapat dipererat melalui majlis


kenduri-kendara.
A.
B.
C.
D.

85. Kami tidak akan menghadiri majlis yang dianjurkannya


kerana dia hanya ______________ sahaja.

Ikatan diperkukuh
Sambungan diperkuat
Kesatuan diperbaik
Jalinan dipertahan

A
B

Soalan 79 hingga Soalan 81


Klik perkataan yang berlawan makna dengan perkataan
yang bergaris.

marah
takut

C
D

C
D

ajak-ajak ayam
hangat-hangat tahi ayam

86. Saya berasa amat __________ kerana kamu berjaya


dengan cemerlang dalam peperiksaan.

79. Pilih perkataan yang sesuai dengan watak di dalam


gambar.
A
B

ringan tulang
berat hati

A
B

sombong
baik

pilu hati
besar hati

C
D

busuk hati
iri hati

Soalan 87 hingga Soalan 90


Klik peribahasa yang sesuai dengan ayat yang bergaris.

80. Dia seorang yang suka memungkiri janji.


87. Perangai anak dan ayah sama sahaja.
A
B

menyakiti
membuangkan

C
D

menepati
mempedulikan

A
B
C
D

81 Cita-citanya hendak berhijrah ke bandar telah dihalang


oleh ibu dan bapanya.
A
B
C
D

berhasrat ditetapkan
kembali dipersetujui
pulang dirintangi
datang dibebaskan

Bapa borek anak rintik.


Seperti kerbau dicucuk hidung.
Seperti embun di hujung rumput.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.

88. Cerita itu sengaja dilebih-lebihkan, sedangkan perkara


yang sebenar tidaklah sedemikian rupa.
A
B
C
D

Soalan 82 hingga Soalan 84


Klik A, B, atau C jika perkataan yang bergaris salah
ejaannya dan klik D jika tiada kesalahan.
82. Jiran tetangga membantu keluarga Encik Mokhtar
A
B
mengangkat perabut itu. Tiada kesalahan.
C
D

Seperti rusa masuk ke desa.


Indah khabar daripada rupa.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Seperti mencurah air di daun keladi.

89. Orang tua itu hidup dalam keadaan kemiskinan.


A
B
C
D

90. Maafkanlah sahabat kami kerana dia telah berubah dan


insaf.
A Hati gajah sama dilapah.
B Kalah jadi abu, menang jadi arang.
C Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Seperti rumput di tepi jalan.


Seperti hujan jatuh ke pasir.
Seperti cincin dengan permata.
Seperti katak di bawah tempurung.

BAHAGIAN B: (ARAS 3)
Soalan 91 dan Soalan 92
Klik ayat tunggal daripada senarai ayat yang diberikan.

94.
I.

Puan Jamila dan keluarganya bukan sahaja


dihormati oleh penduduk kampung itu tetapi juga
dikenali oleh penduduk daerah ini.
II. Seluruh kawasan pekan itu bergelap kerana
bekalan elektrik terputus sejak malam tadi.
III. Sahabat karib Saiful mengutuskan sekeping
poskad kepadanya.
IV. Baju abang saya ini diperbuat daripada kulit.

91.
I.
II.
III.
IV.

Rosli dan Saiful adik-beradik.


Ayah menonton sambil makan.
Anak Puan Rokiah belajar di sekolah ini.
Pak Cik Samad tidak pernah ke Kuala Lumpur.

A
B

I dan II sahaja
III dan IV sahaja

C
D

I, II dan III sahaja


I, II, III dan IV

A
B

I dan II sahaja
I dan IV sahaja

C
D

II dan III sahaja


II, III dan IV sahaja

92.
I.

Keluarga Marina yang menganjurkan majlis kenduri


kesyukuran itu.
II. Sebelum pergi ke majlis kenduri kesyukuran
di rumah Pak Cik Samad, dia pergi ke pekan
terlebih dahulu untuk membeli buku.
III. Setibanya dia di rumah Pak Cik Samad, semua
sanak saudaranya telah berada di sana.
IV. Pada petang Isnin, Saiful mengulang kaji
pelajarannya di perpustakaan awam, Bukit Gambir.
A
B

I sahaja
I dan IV sahaja

C
D

Soalan 95 hingga Soalan 97


Klik jawapan yang betul penggunaan perkataan yang
bergaris dalam ayat yang diberikan.
95.

II dan III sahaja


II, III dan IV sahaja

I.
II.
III.
IV.

Ekor kucing kesayangan Nabila kontot.


Dia menjeling kami dengan ekor matanya.
Gerak-geri pemuda itu telah kami ekor.
Berapa ekor arnabkah yang kamu pelihara?

A
B

I dan II sahaja
III dan IV sahaja

C
D

I, II dan IV sahaja
I, II, III dan IV

Soalan 93 dan Soalan 94


Klik ayat majmuk daripada ayat yang diberikan.
96.
93.
I.

Kakak Munirah sering mengulang kaji pelajarannya


bersama-sama dengan rakan sekelasnya.
II. Sementara menunggu keputusan peperiksaan
UPSR, dia membantu ayahnya berniaga di kedai
runcit.
III. Adik Sofiah memang agak liat hendak bangun pagi.
IV. Encik Saharuddin baru sahaja sampai dari luar
negara.
A
B

I dan II sahaja
III dan IV sahaja

C
D

I.
II.

Kulitnya agak cerah.


Jika kamu berjaya, sudah pasti masa depan kamu
cerah.
III. Cuaca pada tengah hari tadi sememangnya
cerah.
IV. Suara pengerusi majlis itu agah cerah semasa
beliau meminta para peserta dikir barat tampil
ke depan.
A
B

I, II dan III sahaja


I, II, III dan IV

10

I sahaja
I dan IV sahaja

C
D

II dan III sahaja


I, II dan III sahaja

97.

99.
I.
II.
III.
IV.

Tolong diam.
Semasa disoal dia diam sahaja.
Dalam diam dia meninggalkan majlis itu.
Telah lama kami diam di kawasan yang sesak
dengan penduduk.

A
B

I dan II sahaja
III dan IV sahaja

C
D

I.

Kami sekeluarga sering menjamu selera


di Restoran Emm pada waktu tengah hari.
II. Ayah berhasrat hendak memperbesar ruang tamu
rumah.
III. Kami berbincang tentang tempat yang ingin kami
lawati pada musim cuti persekolahan nanti.
IV. Pohon-pohon rendang memagari kawasan rumah
kami.

I, II dan IV sahaja
I, II, III dan IV

Soalan 98 hingga Soalan 100


Klik pada jawapan yang betul struktur ayatnya.

A
B

98.

I dan II sahaja
III dan IV sahaja

C
D

I, II dan IV sahaja
I, II, III dan IV

100.
I.

Jiran Encik Samad baik hati dan tidak suka


bercampur dengan orang lain.
II. Berbincang di balai raya esok pagi.
III. Kita boleh melalui lebuh raya ini untuk pergi
ke rumah Marina.
IV. Nenek dan datuk saya baharu sahaja datang dari
kampung tengah hari tadi.
A
B

III sahaja
II dan IV sahaja

C
D

I, III dan IV sahaja


I, II, III dan IV

I.

Bapanya adalah seorang pegawai polis di Balai


Polis Bukit Gambir.
II. Banglo di atas bukit itu bukan kepunyaan Pak Cik
Zainuddin.
III. Mereka sekeluarga bercadang untuk melancong
ke luar negara pada cuti penggal persekolahan
yang akan datang.
IV. Anaknya memang ringan tulang tetapi rajin
belajar.
A
B

I dan III sahaja


II dan III sahaja

C
D

I, III dan IV sahaja


I, II dan IV sahaja

MARKAH:

100
11

You might also like