You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan
Perkataan drama berasal daripada perkataan Greek Tua dran yang
bermaksud melakukan aksi atau melakonkan. Drama juga membawa
maksud gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya
imaginasi, fantasi dan pengalaman hidupnya dalam proses sosialisasi.
Berbeza dengan genre sastera yang lain, drama dihasilkan bukan untuk
dibaca, tetapi bertujuan untuk dipentaskan. Kebanjiran pelbagai genre drama
membuktikan kreativiti dalam penglahiran idea oleh penghasil-penghasil
drama tempatan.
Drama Fatihah Untuk Abah berkisar mengenai kekosongan hidup
seorang lelaki, Dollah, yang hanya ditemani gelak tawa dan gurau senda
rakannya, Samad, Ani dan Gusdar. Suatu hari, Dollah dikejutkan dengan
kunjungan Fatihah, iaitu anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Keluarga
isterinya yang mewah menentang cinta mereka dan tidak mahu membiarkan
wanita itu hidup susah dengan pemandu lori. Akhirnya, Dollah melepaskan
isterinya dan Fatihah, yang ketika itu masih bayi, kepada keluarga isterinya
bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin.
o Cerita Asal, Lakon TV & Arahan-Azma Aizal Yusoof
o Penulis Skrip-Eenaz Mokhtar
o Pengarah Videografi-Am Izham
o Penerbit-Zizie Izette (Bz2121 Productions)
o Pelakon Utama:
Faizal Hussein Dollah
Sharifah Amani Fatihah
Syafie Naswip Said
Amyza Aznan Ani
Azhan Rani Amat
Khaty Fauziah Tok Mak

1.1 Sinopsis Drama Fatihah Untuk Abah

Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau


senda rakan-rakan di tempat kerjanya. Selain itu, Dollah juga sering
mendapat perhatian daripada kerani bernama Ani yang sering mengambil
berat terhadap Dollah. Namun begitu sebagai pemandu lori, rutin harian
Dollah agak membosankan apatah lagi bila dia hidup keseorangan.
Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis yang
seiras wajah bekas isterinya. Fatihah adalah anaknya yang ditinggalkan 17
tahun lalu. Kehadiran Fatihah mengingatkan Dollah pada kisah lalu. Dollah
pernah berkeluarga dan pernah bercinta serta cintanya dihalang oleh
keluarga isterinya. Isteri Dollah datang daripada keluarga mewah. Pastinya
keluarga isterinya tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah
bersama dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya yang
sedang mengandungkan Fatihah ketika itu kepada keluarga isterinya bagi
memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Mulai dari saat itu, Dollah
mula kesunyian.
Berbalik

kepada

Fatihah,

Dollah

bertanyakan

kepada

Fatihah

mengenai ibu Fatihah dan jawapan yang diterima ialah ibunya telah
meninggal dunia ketika usia Fatihah 6 tahun. Dollah terkejut kerana keluarga
isterinya tidak menyampai berita tersebut kepadanya. Dalam keadaan sayu,
Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang
berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti
sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Fatihah terlebih dahulu
telah meminta izin daripada Tok Mak. Dollah menjadi malu untuk menyambut
kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak
sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehadiran
Fatihah sedikit sebanyak telah mengubah sikap pendiam Dollah.
Jika dulu sakit demam Dollah tiada siapa peduli tapi kini Fatihah yang
menjaganya. Malahan keadaan rumah termasuk makan dan pakai ayahnya
akan diuruskan Fatihah. Fatihah juga sering mengikut ayahnya ke tempat
kerja. Setiap kali berborak dengan Kak Ani, Fatihah dapat menghidu akan
keprihatinan Kak Ani kepada ayahnya, namun ayahnya sahaja yang tidak
mengendahkan hal itu. Suatu hari Dollah telah meminta Fatihah untuk
berterus terang dengannya sama ada betul atau tidak Tok Mak mengetahui
Fatihah berada dengannya. Akhirnya, Fatihah mengaku bahawa dia lari dari

kursus yang sepatut dihadirinya selepas peperiksaan SPM kerana ingin


mencari Dollah.
Dalam masa yang sama, Amat kawan sekerja Dollah semakin iri hati
dengan Dollah apabila Fatihah cuba merapatkan hubungan Dollah dengan
Ani. Malah dalam tak sedar, Amat suka melihat Fatihah. Nafsu telah
mendorong Amat yang hampir merogol Fatihah tetapi sempat diselamatkan
oleh Said. Apabila mengetahui keadaan Fatihah tidak selamat, Dollah
menyuruh Fatihah pulang namun Fatihah merayu ingin terus tinggal dengan
Dollah.

Dollah

bersetuju

tetapi

meletakkan

syarat

supaya

Fatihah

menghubungi Tok Mak dan memberitahu perkara sebenar.


Akhirnya Fatihah terpaksa pulang bersama Tok Mak. Kepulangan
Fatihah ke pangkuan Tok Mak membuatkan Dollah kembali sunyi tetapi dia
merelakan pemergian Fatihah. Fatihah begitu marah kerana abahnya tidak
berlawan habis-habisan untuk mempertahankan haknya sebagai ayah
kandung Fatihah. Namun Dollah mempunyai sebab mengapa dia rela
melepaskan Fatihah. Segala-galanya terjawab apabila Said dan Kak Ani
datang bertemu Fatihah dan memberitahu segala rahsia yang Fatihah tidak
pernah tahu selama ini. Apabila terbongkar segalanya Tok Mak menyesali
segala apa yang telah dia lakukan terhadap Dollah dan Fatihah.
2.0 Tema dan Persoalan.
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya
sastera. Tema hanya ada satu sahaja. Tema sesuatu karya sastera boleh
jadi tidak dinyatakan secara jelas.
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada
hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu
semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. Persoalan
wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.
Drama ini bertemakan kasih sayang yang terhalang akibat kepentingan
darjat.

Drama ini juga turut memaparkan kasih sayang antara anak dan

ayahnya yang tidak akan terputus walau pun telah terpisah setelah sekian
lama. Terdapat beberapa persoalan yang dapat dijelmakan melalui drama ini
iaitu :
a. Persoalan hubungan manusia di antara sahabat dan kekeluargaan.

b. Persoalan tentang darjat dan harta yang tidak menjamin kebahagiaan


sekiranya tidak dapat bersama dengan orang yang tersayang.
c. Persoalan tentang faktor masa yang merenggangkan kemesraan
hubungan baik antara anak dan bapanya dan akhirnya dapat diterima.
d. Persoalan kekontangan dan dahagakan kasih sayang antara anak dan
bapanya.
e. Persoalan perasaan kerinduan yang teramat antara seorang suami
dengan isteri yang terpaksa ditinggalkannya dan akhirnya meninggal
dunia.
2.1 Mesej Dalam Drama.
Mesej merupakan amanat dan pengajaran serta nilai yang hendak
disampaikan kepada para pembaca, pendengar, penonton dan khalayak yang
menyelami sesuatu karya sama ada drama pementasan mahu pun bahan
bacaan. Antara mesej yang terkandung dalam drama ialah :
a. Memberi keinsafan dan mesej berguna untuk kita menjalani hidup
dengan tidak memandang rendah terhadap status sosial sama ada
miskin mahupun yang fakir.
b. Pemikiran yang rasional menerima keadaan kesusahan seseorang
yang kebiasaannya hidup mewah seperti Fatihah.
c. Unsur rendah diri oleh golongan bawahan apabila berhadapan dengan
golongan atasan.
d. Merendah diri dan menghormati yang tidak kena pada tempatnya
seperti

sikap

Dollah

yang

tidak

bersungguh-sungguh

untuk

mempertahankan hak terhadap anaknya.


e. Nafsu tidak mengenal usia seperti apa yang berlaku pada diri Amat
rakan sekerja Dollah yang cuba merogol Fatihah.
f. Sikap cemburu-mencemburui seperti yang dipaparkan oleh watak
Amat.
g. Unsur hasutan dan menyalahkan diri orang lain untuk kepentingan diri
sendiri.
h. Campur tangan mertua dalam urusan rumah tangga anak menantu
hingga sanggup memisahkan kasih sayang antara suami dan isteri
serta anak.

i. Pengorbanan seorang ayah mendermakan jantungnya kepada anak.


j. Kasih sayang yang lahir tanpa batasan.
2.2 Plot
Plot ialah

sesuatu

yang

menghubungkan peristiwa-peristiwa

dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan
hukum sebab dan akibat. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan
sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktorfaktor sebab dan akibat. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan
kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya
berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah
penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa
secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana
menyusunnya sehingga mencapai peleraian. Permulaan plot ialah
peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak,
latar, dan suasana. Perkembangan plot mengakibatkan konflik. Peristiwa
berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumita (komplikasi).
Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya
konsentrasi yang maksimum. Kemudian urutan cerita menuju kepada
peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi
sesetengah cereka.

2.3 Plot Drama.


a) Permulaan Cerita.
Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau
senda rakan-rakan di tempat kerjanya. Selain itu, Dollah juga sering

mendapat perhatian daripanya kerani bernama Ani yang sering mengambil


berat terhadap Dollah. Namun begitu sebagai pemandu lori, rutin harian
Dollah agak membosankan apatah lagi bila dia hidup keseorangan.
b) Perkembangan Cerita.
Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis yang
seiras wajah bekas isterinya. Fatihah adalah anaknya yang ditinggalkan 17
tahun dahulu.

Kehadiran Fatihah mengingatkan Dollah pada kisah lalu.

Dollah pernah berkeluarga dan pernah bercinta serta cintanya dihalang oleh
keluarga isterinya. Isteri Dollah dating daripada keluarga mewah. Pastinya
keluarga isterinya tidak mahu membiarkan anak merekahidup susah bersama
dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya yang sedang
mengandungkan Fatihah ketika itu kepada isterinya bagi memastikan
kehidupan dua beranak itu terjamin.
kesunyian.

Mulai dari saat itu, Dollah mula

Berbalik kepada Fatihah, Dollah bertanyakan kepada Fatihah

mengenai ibu Fatihah dan jawapan yang diterima ialah ibunya telah
meninggal dunia ketika usia Fatihah 6 tahun. Dollah terkejut kerana keluarga
isterinya tidak menyampaikan berita tersebut kepadanya. Dalam keadaan
sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah dating
berjumpa dengannya.

Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti

sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Fatihah terlebih dahulu
telah meminta izin daripada Tok Mak. Dollah menjadi malu untuk menyambut
kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang using dan berselerak
sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Mak Tok. Kehadiran
Fatihah sedikit sebanyak talah mengubah sikap pendiam Dollah. Jika dulu
sakit demam Dollah tiada siapa peduli tapi kini Fatihah yang menjaganya.
Malahan keadaan rumah termasuk makan dan pakai ayahnya akan diuruskan
oleh Fatihah. Fatihah juga sering mengikut ayahnya ke tempat kerja. Setiap
kali berborak dengan Kak Ani, Fatihah dapat menghidu akan keprihatinan Kak
Ani kepada ayahnya, namun ayahnya sahaja yang tidak mengendahkan hal
itu.
c) Klimaks.
Suatu hari Dollah telah meninta Fatihah untuk berterus terang
dengannya sama ada betul atau tidak Tok Mak mengetahui Fatihah berada

dengannya.

Akhirnya Fatihah mengaku bahawa dia lari dari kursus yang

sepatutnya dihadirinya selepas peperiksaan SPM kerana ingin mencari


Dollah. Pada masa yang sama, Amat kawan sekerja Dollah semakin iri hati
denga Dollah apabila Fatihah cuba merapatkan hubungan antara Dollah
dengan Ani. Malah dalam tak sedar, Amat suka melihat Fatihah. Nafsu telah
mendorong Amat yang hampir merogol Fatihah tetapi sempat diselamatkan
oleh Said.

Apabila mengetahui keadaan Fatihah tidak selamat, Dollah

menyuruh Fatihah pulang namun Fatihah merayu ingin terus tinggal dengan
Dollah.

Dollah bersetuju tetapi meletakkan syarat supaya Fatihah

menghubungi Tok Mak dan memberitahu perkara sebenar. Akhirnya, Fatihah


terpaksa pulang bersama Tok Mak. Kepulangan Fatihah ke pangkuan Tok
Mak membuatkan Dollah berasa sunyi kembali tetapi dia merelakan
pemergian Fatihah. Fatihah begitu marah akan Dollah kerana abahnya tidak
melawan habis-habisan untuk mempertahankan haknya sebagai ayah
kandungnya. Namun Dollah mempunyai sebab tertentu mengapa dia rela
melepaskan Fatihah.
d) Peleraian Cerita.
Segala-galanya terjawab apabila Said dan Kak Ani dating bertemu
dengan Fatihah dan memberitahu segala rahsia yang Fatihah tidak pernah
tahu selama ini. Apabila terbongkar segalanya, Tok Mak menyesali segala
apa yang telah dia lakukan terhadap Dollah dan Fatihah.
3.0 Teknik Penceritaan
Teknik penceritaan adalah cara atau kaedah seseorang penulis
menyampaikan cerita dalam karya mereka. Terdapat lima teknik penceritaan
yang biasa digunakan oleh penulis.
(a) Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling banyak digunakan
oleh penulis dalam karya-karya mereka. Mengguakan teknik ini, penulis telah
bercerita secara langsung tentang apa sahaja sama ada peristiwa, watak dan
perwatakan atau latar cerita tersebut.
(b) Dialog merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita. Dua
orang watak atau lebih akan berbalas kata. Teknik ini juga banyak terdapat
dalam cerita. Melalui teknik ini, penulis menyampaikan cerita secara tidak

langsung. Pembaca akan dapat mengetahui sesuatu peristiwa, watak dan


perwatakan serta latar melalui dialog antara watak.
(c) Monolog Luaran merupakan percakapan watak dengan dirinya sendiri.
Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara sama ada
kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Biasanya penulis
menggunakan pengikat kata untuk monolog ini.
(d) Monolog Dalaman merupakan percakapan di dalam minda atau fikiran
watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Sesetengah
penulis menggunakan tanda pengikat kata bagi monolog ini manakala
sebahagiannya tidak menggunakan tanda pengikat kata.
e) Imbas Kembali
Teknik ini digunakan untuk mengingatkan kembali sesuatu peristiwa yang
telah terjadi. Tujuan utama seseorang pengarang memanfaatkan teknik ini
adalah untuk mendedahkan kepada pembaca sesuatu episod atau kejadian
yang penting tanpa perlu mengundurkan plot cerita ke belakang. Oleh itu
pengarang boleh menjaga kekemasan plot dan pada masa yang sama
mendedahkan satu peristiwa penting yang perlu dimaklumkan kepada
pembaca.
Kelima-lima

teknik

penceritaan

tersebut

bertujuan

untuk

mengetahui

kehebatan sesebuah karya (drama) yang dapat digarap oleh penulis supaya
pengajaran (mesej) dapat disampaikan dengan berkesan kepada audien.
Antara teknik penceritaan yang dapat dikesan dalam drama ini ialah :
Banyak menggunakan teknik imbas kembali (flashback).

Dollah banyak

bermonolog dalaman dengan dirinya sendiri dengan mengingat kembali


waktu-waktu dia bersama dengan isterinya dahulu.
3.1 Teknik pencahayaan.
Semasa Dollah mengingati kenangannya bersama isterinya yang
sedang mengandungkan Fatihah, cahaya kamera disuramkan supaya
menggambarkan suasana pada waktu tersebut. Cahaya yang agak malap
digunakan di dalam rumah Dollah bagi mendapatkan suasana rumah
setinggan yang didiami Dollah. Terdapat juga pencahayaan yang terang dan

jelas semasa Dollah bersuka ria bersama anaknya dalam perjalanan


memandu.
mereka.

Ini menggambarkan keceriaan dan keseronokan yang dirasai


Pada waktu malam, pencahayaan tidak terlalu gelap bagi

memaparkan babak Dollah ditikam oleh Amat.

Cahaya pagi yang sesuai

sewaktu Fatihah membaca warkah ayahnya.


3.2 Istilah asing yang digunakan.
Terdapat penggunaan bahasa Inggeris dalam drama ini seperti perkataan
start dan girlfriend. Terdapat juga penggunaan dialek bahasa Cina seperti
Amat dan para kerja yang lain bertutur dengan pemunya syarikat.
4.0 Tahap Persembahan.
4.1 Mutu Lakonan Watak.
a) Faizal Hussien ( Dollah).
Telah diketahui ramai, Faizal merupakan seorang pelakon yang
mempunyai nama dalam dunia lakonan di negara kita.
Faizal membawa watak utama iaitu Dollah.

Dalam drama ini,

Beliau dapat menghayati

perasaan watak dengan baik sekali menggunakan impresi wajah yang


menggambarkan perasaan seorang ayah terhadap anaknya.
b) Sharifah Amani (Fatihah).
Beliau memegang dua watak iaitu watak Fatihah dan watak isteri kepada
Dollah.

Beliau juga bijak bermain dengan perasaan untuk menimbulkan

suasana yang sedih, rindu dan juga ceria.


c) Amyza Aznan ( Ani )
Beliau membawa watak seorang gadis yang lurus bendul dan menyimpan
perasaan terhadap Dollah. Beliau juga berjaya membawa watak dengan baik
dan bijak.
d) Azhan Rani ( Amat )
Beliau membawa watak rakan sekerja Dollah yang selalu tidak berpuas hati
terhadap orang lain.

Beliau juga mempunyai perasaan iri hati terhadap

Dollah.
e) Syafie Naswip ( Said)

Beliau membawa watak yang agak perlahan yang mungkin disebabkan


dialognya tidak menyerlahkan beliau.
Faizal Hussein dan Sharifah Amani sememangnya antara pelakon yang
berpengalaman.

Mereka pandai bermain dengan perasaan dan impresi

muka.
Faizal Hussein yang terkenal dengan filem Gila-gila Remaja semasa
muda, membawa watak yang amat berbeza.

Dalam drama ini, beliau

membawa watak seorang ayah kepada Fatihah manakala dalam filem Gilagila Remaja beliau membawa watak seorang remaja yang dibuai
keremajaannya. Ini merupaka dua watak yang amat berbeza sekali. Namun
beliau berjaya membawa kedua-dua watak dengan baik.
5.0 Penghakiman.
Kisah hubungan bapa dengan anak perempuannya yang cukup
menyentuh hati dan perasaan antara kekuatan dalam naskhah Fatihah Untuk
Abah arahan Azma Aizal Yusoof terbitan BZ 2121 Productions Sdn Bhd sekali
gus tercalon dalam senarai lima pencalonan terbaik (Top 5), Anugerah Skrin
2013 (ASK 2013) yang akan berlangsung pada 29 November 2013. Bukan
saja memiliki kekuatan dari segi skrip dan jalan ceritanya, drama Fatihah
Untuk Abah turut menampilkan gandingan mantap pelakon hebat Faizal
Hussein dan Sharifah Amani selaku teraju utamanya. Drama yang bersiaran
di TV3 ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon lain seperti Syafie
Naswip, Azhan Rani, Amyza Aznan dan Kathy Fauziah.

Secara peribadi,

Sharifah Amani yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik


Drama menerusi Fatihah Untuk Abah mengakui kekuatan naskhah drama itu
untuk mara ke dalam Top 5, ASK 2013. Drama ini mengisahkan tema kasih
sayang yang berlaku dalam masyarakat pada masa kini.

Drama ini juga

memaparkan kisah kekeluargaan iaitu di antara dua keluarga yang berbeza


kedudukan dan tahap sosial mereka.

Di samping itu, drama ini juga

menjelmakan kisah pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya dan


bagaimana seorang anak yang mencari kasih sayang seorang bapa. Drama
ini juga sarat dengan pemaparan kasih sayang yang dapat dijadikan panduan
kepada masyarakat dalam bersosialisasi.

Oleh yang demikian, drama ini

sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dalam pelbagai usia.

Di

samping itu juga, drama ini tidak mengandungi unsur-unsur keganasan,


kelucahan dan tidak menyentuh unsur-unsur perkauman mahu pun rasis.
Justeru, drama ini adalah sesuai menjadi tontonan semua kaum di negara
kita.
6.0 Kesimpulan.
Secara keseluruhannya, drama ini merupakan sebuah drama yang
mudah difahami binaan plotnya walau pun terdapat unsur-unsur imbas masa
yang digunakan dalam drama ini.

Dari sudut bahasa dialognya juga

merupakan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.


Dengan demikian, mesej dan nilai yang hendak disampaikan kepada
khalayak dapat disampaikan dengan mudah dan santai. Para penonton juga
dapat mengambil pengajaran dengan mudah sekali disebabkan drama ini
juga boleh dikategorikan sebagai drama yang ringan. Walaupun drama ini
sebuah drama yang ringan, namun sarat dengan nilai yang bertemakan kasih
sayang yang berlaku dalam masyarakat kita pada masa kini. Justeru, drama
ini wajar diberikan empat bintang. Drama ini juga membariskan para pelakon
yang mantap dalam melakonkan watak mereka.

Watak Dollah yang

dilakonkan oleh Faizal Hussein amat bertepatan dan beliau dapat menjiwai
watak tersebut dengan baik sekali.

Watak Fatihah yang dilakonkan oleh

Sharifah Amani banyak menghidupkan drama ini dengan lakonannya yang


bersahaja dan tidak kekok. Oleh yang demikian, drama ini amat bermakna
dan dapat dijadikan panduan hidup kepada masyarakat.

7.0 Senarai Rujukan.


Faziah Sulaiman 1995. Drama Dalam Pendidikan Bahasa. K. Lumpur:
Bahagian Pendidikan Guru.
Haron Daud. 2001. Mantera Melayu: Analisis Pemikiran. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Video drama Fatihah Untuk Abah.


http://syafienaswip.blogspot.com/2012/08/telefilem-fatihah-untuk-abah-ditv3.html

You might also like