You are on page 1of 3

4.

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran,


dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa
merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:
i. Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran berfikir aras
tinggi, fakta, konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; yang melibatkan aspek
kognitif, psikomotor dan afektif).
ii. Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif
pengajaran).
iii. Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang
dirancang?
iv. Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya
objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?
iiv. Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan
pembelajaran (murid)?

Seterus dipaparkan sedutan huraian sukatan pelajaran Pendidikan


Kesihatan Tahun 5 dan tunjang yang dipilih. Kemudian iikuti pula satu
rancangan pengajaran harian yang lengkap yang menekankan konsep
pembelajaran konstruktif dan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi.
Penerangan tentang pendekatan dan kaedah yang dipilih dalam setiap
langkah pengajaran yang dirancang dengan berkesan agar bersesuaian
dengan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi.

Pada set induksi, guru memilih agar murid nyanyikan lagu Aku dah
dewasa yang liriknya ada kaitan dengan isi pelajaran yang ingin diajar. Set
induksi yang memberansangkan murid memudahkan guru untuk mengaitkan

isi pelajaran untuk langkah yang seterusnya. Murid dapat memperlihatkan


kecerdasan muzik dan

kinestatik masing-masing melalui lagu yang

dinyanyikan bersama-sama diawal pengajaran dan pembelajaran.

Langkah pertama, guru menggunakan kaedah bersoal jawab dengan


murid mengenai tajuk yang dipelajari. Ini membolehkan murid menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi untuk soalan yang ditanya oleh guru. Melalui
sesi soal jawab, guru boleh kaitkan dengan pengalaman sedia ada murid
(konstruktivisme). Guru menggunakan kaedah resepsi iaitu penerangan
secara kelas maksud haid dan ihtilam dengan jelas.

Seterusnya, langkah 2 ialah mencerap gambar yang diberikan dan


membuat perbandingan (KBKK) mengenai perubahan yang berlaku sebelum
dan selepas akil bligh. Murid juga dikehendaki berbincang dalam kumpulan
untuk mendapatkan hasil tugasan. Melalui ini, wujudnya percambahan fikiran
aras tinggi dan murid dapat memperlihatkan kecerdasan interpersonal yang
dimiliki oleh setiap murid. Perbincangan dalam kumpulan ini membolehkan
murid memperkembangkan pengetahuan secara kendiri. Modul pembelajaran
disediakan oleh guru boleh dijadikan sebagai bahan pengukuhan untuk murid
menjana idea mengenai tajuk yang dipelajari.

Langkah 3, guru mulakan dengan kaedah bersoal jawab tentang


jenama tuala pelekat wanita. Kaedah soalan jawab ini boleh meransang
pemikiran murid agar mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
Seterusnya, murid diminta membaca petikan yang disediakan. Beberapa
orang muid diminta membaca secara mekanis dengan nada dan intonasi
yang betul (kecerdasan verba linguistik). Daripada petikan yang diberikan,
murid

diminta

menyenaraikan

langkah-langkah

(KBKK : proses menyusun ikut kriteria).

penjagaan

kebersihan

Akhir sekali, penutup perlulah dilakuakn diakhir pengajaran dan


pembelajaran secara kognitif dengan membuat rumusan semula dan afektif.
Penutup yang berkesan dapat membantu murid memperkembangkan
pengetahuan melalui kemahiran berfikir aras tinggi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

You might also like