You are on page 1of 3

Antara racun cepat dan racun lambat...

Seingatnya setiap 2 bulan sekali kontraktor majlis datang menyembur racun rumpai kat area
taman. Disemburnya racun di kawasan longkang, di tepi beam jalan atau atas jalan sekalipun
sebab ada merekah dan naik rumpai. Pagi sembur, petang tengok dah layu, esok pagi tengok
dah coklat dah rumpai lalangcepatnya! Tapi secepat rumpai dan lalang mati, pantas jugalah
rumpai dan lalang baru naik tumbuh semula.
Berbanding dengan rumah aku, pakai gak racun rumpai sekali-sekala bila dah datang mood
malas nak mencabut manual. Tetapi pagi sembur, lagi 4 hari baru layu, lepas tu lagi 10 hari
baru mati semua! Namun lalang dan rumpai menggunakan racun aku ni lambat tumbuh
semula mungkin dalam 3 bulan selepas meracun. Tidak seperti racun yang kontraktor majlis
gunakan, tidak sampai sebulan setengah dah segar balik rumpai lalang.
Apa bezanya? Jadi belek-beleklah skrin PC mencari jawapan di internet. Antara jawapannya
adalah kategori racun yang digunakan. Ada kategori racun sentuh (contact) dan racun serap
(systemic)

Racun dari kiri ke kanan:


Wesco malathion 57, Supremo glyphosate 41, Plasbon chlorpyrifos 21
dan Chemitox chlorpyrifos 21

Racun sentuh (contact) adalah racun yang menyentuh daun rumpai atau lalang tanpa
menyerap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Kebarangkalian racun jenis
ini menyerap ke akar adalah sangat kurang atau tidak langsung. Ini kerana tindak balas racun
ini ke atas bahan-bahan yang diracun (daun-daun) hanya mengenai bahagian yang terkena
racun dan sangat kurang atau tidak langsung meresap ke bahagian akar. Walaubagaimanapun,
tindak balas racun jenis ini lebih cepat berbanding racun jenis serap. Ini kerana kandungan
racun jenis ini bertindak dengan cepat ke atas daun-daun tersebut menyebabkan mudah layu
dan mati. Kelemahan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan balik yang lebih cepat
rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Namun, bagi mereka yang lebih suka kepada
sesuatu yang pantas, racun jenis ini sesuai kepada anda. Tempoh yang diambil bagi kawasan
yang diracun menampakkan kesan adalah beberapa jam selepas diracun.
Racun serap (systemic) adalah racun yang meresap ke akar dalam proses pembunuhan
tumbuhan terbabit. Racun jenis ini lebih bertindak ke bahagian akar berbanding daun-daun.
Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak balas ke atas akar bagi menyelesaikan
tugasannya. Kelebihan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan semula yang lambat
rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Walaubagaimanapun, tempoh untuk racun
jenis serap ini menampakkan kesan ke atas bahan-bahan yang diracun adalah seminggu atau
lebih.
Itu penerangan tentang racun sentuh dan racun serap untuk racun rumpai. Bagaimana pula
penerangan bagi racun makluk perosak pulak? Prinsipnya lebih kurang sama iaitu untuk
racun makluk perosak dari jenis racun sentuh, sembur racun tersebut terus pada makluk
perosak dan tindak balas racun jenis ini lebih cepat. Bagi racun serap pula, makhluk perosak
itu lambat sikit la mati tetapi berkemungkinan member kesan yang lebih besar bagi koloni
makluk perosak tersebut. Andaikan kita sembur racun jenis serap kepada seekor lipas, lipas
itu tidak mati serta-merta tapi akan melarikan diri dan kembali ke koloninya. Apabila racun
tersebut bertindak balas dan lipas itu mati, selalunya lipas lain akan memakan bangkai lipas
mati itu dan kitaran tindak balas racun akan bermula semula, bertindak lebih dalam dan
member impak besar kepada koloni lipas tersebut. (Betul ker cerita lipas nih?)
Jadijenis racun apa yang anda pakai sekarang?

Baca label sebelum menggunakannya Racun!!


Biasanya apabila racun anai-anai habis, aku akan mendapatkannya di kedai hardware di
Taman Daya walhal rumah aku di Pair Gudang. Kenapa? Sebab di situ sahaja buat masa
sekarang aku boleh mendapatkan racun yang menggunakan Imidacloprid sebagai perawis
akitf @ active ingredient. Mungkin tempat lain di sekitar Pasir Gudang ada menjualnya tapi
tak kuasa nak ronda semua kedai cari racun ini.
Nak dijadikan cerita petang Jumaat bila dah habis kerja, aku pun bercadang nak singgah dulu
kedai hardware tersebut di Taman Daya tapi tutup pulak! Malaslah nak pergi Taman Daya
dari Pasir Gudang pada hujung minggu semata-mata nak beli racun ni jadi terpaksalah
singgah dari satu kedai ke satu kedai hardware bertanya racun anai-anai. Kesemuanya
menjual racun dengan active ingredientnya adalah Chlorpyrifos.
Ada satu kedai ni lagi lawak Aku bertanya kat tauke tentang racun anai-anai dan dia cuba

untuk memujuk aku membeli racun Chlorpyrifos 100ml berharga RM5.00 tapi aku bertanya
jika ada brand lain yang guna Imidacloprid sebagai perawis aktif. Dia cakap racun tersebut
tidak sekuat racun yang hendak dijualnya berdasarkan modal ayat dia Chlorpyrifos nie
racun kelas IIracun yang power!! Hahahaha dalam hati aku tergelak!!! Last-last beli
jugakla sebab murah RM1.00 dari kedai lain dan aku malas nak cari dan bertanya di kedaikedai lain.
Soalan: Adakah kekuatan atau keberkesanan racun adalah berdasarkan kelas racun?

Sebenarnya kekuatan atau keberkesanan racun tidak terletak pada kelas racun semata-mata.
Kelas racun seperti di atas dicetak di bekas racun untuk menerangkan tahap bahaya racun
terhadap manusia, bukan untuk makluk perosak. Faktor yang menentukan kekuatan atau
keberkesanan racun antaranya adalah apa bahan perawis aktif (active ingredients) yang
digunakan dan cara racun digunakan seperti yang disyorkan pada label.
Nota kaki: Senang cerita, racun makluk perosak imidacloprid adalah racun serap (systemic)
yang lebih berkesan dari chlorpyrifos dari jenis racun sentuh (contact). Sila baca artikel
tentang racun serap dan racun sentuh di sini.

You might also like