You are on page 1of 29

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

SKIM LENCANA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1


PENDAHULUAN
Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) Tahap 1 ini telah diubahsuai
daripada Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak yang dihasilkan oleh Persekutuan
Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktivitiaktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan
dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap. Pengakap PK Tahap 1 ini akan
dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka
telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.
Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian.
Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap PK Tahap 1 tersebut perlu
meneruskan latihan dengan memilih Satu Lencana Wajib iaitu Lencana
Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang.
Dalam peringkat ini, TigaLencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang
ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu :
1. Lencana Keris Gangsa
a. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori kegemaran.
2. Lencana Keris Perak
b. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori pengetahuan.
3. Lencana Keris Emas
c. perlu memperoleh DUA (2) lencana dalam kategori perkhidmatan.
PERHATIAN : Bagi Pengakap Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, mereka
boleh menggunakan Isyarat Kod Tangan.
1. LENCANA KEAHLIAN
Sebelum mendapat Lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap PK itu perlu
LULUS ujian-ujian berikut :a) Lambang Pengakap Malaysia
Mewarna Lambang Pengakap Malaysia
b) Lambang Pengakap Sedunia
Mewarna Lambang Pengakap Sedunia
c) Persetiaan Pengakap
Boleh menyatakan salah satu daripada tiga Persetiaan Pengakap.
d) Undang-undang Pengakap
Boleh menyanyikan Lagu Undang-undang Pengakap.
e) Lima Prinsip Rukun Negara
Boleh membaca/menyebut LIMA (5) prinsip Rukun Negara.
f) Boleh menyebut dan menunjuk cara melakukan Tabik Hormat Pengakap
dengan betul dan kemas perlakuannya.
g) Boleh menyebut Cogankata Pengakap PK Tahap 1 iaitu Buat Habis Baik.
h) Sejarah Pergerakan Pengakap
Menamakan pengasas pengakap.
i) Cerita Hutan

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

j)

Menamakan watak dalam cerita hutan iaitu Akela, Bagheera, Baloo dan
Mowgli.
Laung Agong
Boleh menyanyikan lagu laung agung
Boleh mengikuti istiadat Laung Agong

Lencana ini boleh dianugerahkan bagi mengiktiraf murid sebagai seorang ahli
dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia. Lencana Keahlian Pengakap
yang berwarna biru tua dan dipakai pada saku kiri kemeja.
PERHATIAN:
Bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai tahap
kebolehan mental yang sangat rendah atau tidak mencapai tahap minimum yang
dikehendaki dalam memperolehi lencana keahlian, pemimpin boleh
menganugerahkan lencana keahlian dengan menjalankan ujian keahlian secara
berkumpulan beserta bimbingan guru.
2. LENCANA WAJIB
2.1
Ahli Renang
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf pengetahuan tentang peraturan dan
kemahiran keselamatan diri serta membina keyakinan diri ketika berada di
air. Ahli Pengakap PK perlu :
a) Menyebut sekurang-kurangnya DUA (2) peraturan keselamatan di air
secara lisan.
b) Menunjukkan asas kemahiran berenang dan kemahiran keselamatan diri
iaitu turun di air, bergerak di dalam air dan cara tenggelam timbul dengan
menutup hidung
c) Menunjukkan cara memakai dan mengendalikan jaket keselamatan di air.
d) Menunjukkan keyakinan diri di air (water confident) dan menjadikan ia
sebagai salah satu terapi.
2.2
Penunggang Basikal
Lencana ini diberi kepada bagi mengiktiraf pengetahuan dan kesungguhan
dalam aktiviti berbasikal dengan perlu mengetahui perkara asas seperti :
a) Asas undang-undang jalanraya.
b) Penjagaan basikal.
c) Pengendalian basikal.
d) Mengamalkan peraturan berbasikal.
3. LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA
Lencana ini diberi sebagai mengiktiraf minat dan pengetahuan ahli pengakap
berdasarkan perkara seperti berikut :
a) Persetiaan Pengakap
b) Rukun Negara
c) Amalan keagamaan
d) Kesihatan diri dan keluarga
e) Keselamatan diri dan keluarga
f) Pengurusan diri

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Walau bagaimanapun, sebelum layak mendapat lencana ini, ahli mestilah


mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu.

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

A. Kesetiaan
1. Boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Ku dan menghormati
lagu itu ketika dimainkan.
2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana Pengakap PK
Tahap 1 itu berada.
3. Mengenal Lambang Pengakap Malaysia.
4. Mengenal nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap PK.
5. Menyatakan EMPAT (4) jenis agama di Malaysia dan menyebut nama
DUA (2) tempat beribadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
B. Kesihatan dan Keselamatan
1. Menyebut TIGA (3) kepentingan menjaga kesihatan.
2. Menyebut TIGA (3) cara untuk menjaga kebersihan diri dalam
kehidupan seharian.
3. Menyatakan TIGA (3) kesan akibat menelan apa jua jenis pil, cecair
atau gula-gula yang beri oleh orang yang tidak dikenali.
4. Menyatakan TIGA (3)
tajam.

akibat apabila bermain dengan benda-benda

5. Menyatakan TIGA (3) akibat jika bermain dengan sebarang alat yang
mengandungi bahan letupan seperti mercun, meriam buluh dan
bunga api.
6. Menyatakan DUA (2) cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan
pertolongan jika berlaku sebarang kemalangan. Contoh seperti
mendapatkan alamat dan nombor telefon balai polis, balai bomba,
doktor, hospital, ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal
berhampiran.
7. Menyatakan TIGA (3) peraturan bagi pejalan kaki dan tatacara untuk
menyeberangi jalan raya.
8. Menyatakan TIGA (3) cara melintas jalan di persimpangan lampu
isyarat dan lintasan belang.
C. Kecekapan
1. Dapat melakukan Latihan Asas Kawad kaki dengan betul :
Baris

Senang diri

Rehatkan diri

Baris sedia
2. Boleh mendaki dengan menggunakan tali.
3. Boleh menyatakan TIGA (3) tempat awam yang terdapat di sekitar
kawasan tempat tinggalnya.
4. Boleh menunjukkan cara
memakai
pakaian seragam Pengakap
dengan cara yang betul dan kemas.
5. Boleh menyatakan peraturan memakai lencana seperti :
Lencana Keahlian
Lencana Malaysia
Tanda nama.

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

6. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) isyarat Pengakap dan


mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan
tanda isyarat sulit Pengakap seperti :
Ikut Arah Ini
Jangan Ikut Arah Ini
Di Sini Ada Air
Tunggu Di Sini
Saya Sudah Pulang
7. Boleh menunjukkan cara bagaimana untuk melakukan ikatan Simpul
Buku Sila.
D. Penyertaan
1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas
Pendidikan Khas berdasarkan tahap kemajuan murid pendidikan khas.
2. Boleh menghasilkan sejenis bahan
terbuang seperti :
Kapal terbang kertas
Tabung
Bekas pensil

permainan daripada bahan

3. Boleh menyertai dan menjalankan SATU (1) daripada aktiviti di bawah:


Mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah
Membuka akaun simpanan
E. Perkhidmatan
1. Membantu ibu bapa di rumah dengan melakukan sekurang-kurangnya
TIGA (3) tugasan
yang diberi setiap hari dengan mendapatkan
pengesahan dan perakuan ibu bapa berdasarkan buku log yang
dibekalkan seperti :

Menyapu sampah

Mencuci pinggan

Mengemas katil

Melipat selimut

Menyusun pakaian dalam laci

Mencuci tandas

Membuang sampah ke dalam tong sampah

Mengemas ruang tamu

2. Membantu guru dan kakitangan sekolah dengan melakukan sekurang


kurangnya DUA (2) aktiviti
kebersihan dan keceriaan sekolah
berdasarkan pengesahan dan perakuan mereka melalui buku log yang
dibekalkan.
Di antara tugasan yang diberikan oleh guru penasihat adalah seperti :

Menyapu bilik guru/kelas.

Menghantar buku kehadiran ke pejabat.


6

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Menghantar beg guru ke bilik darjah.

Mengemas rak kasut

Menghantar peralatan Pendidikan Jasmani ke padang

Menyusun peralatan di dalam stor

Mengemas buku di rak buku

4. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI KEGEMARAN


Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap PK Tahap 1 ahli
pengakap dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA
(2) Lencana Kepandaian dalam kategori kegemaran seperti di bawah
mengikut minat dan kesukaan dalam aktiviti-aktiviti berikut :

Ahli Koleksi Hobi

Ahli Kraf Tangan

Peladang Kecil

Pelukis

Pembaca Buku

Penghibur

4.1.Ahli Koleksi Hobi

Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf minat @
hobi dalam mengisi masa lapang seperti :

mengumpul pelbagai setem

matawang asing

sampul surat hari pertama

rantai kunci

lencana-lencana Pengakap

Mereka juga boleh memungut dan mengumpulkan apa juga barang sebagai
hobinya dengan cara menyimpan dengan kemas dan tersusun serta
mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya.
Ahli boleh memilih sendiri koleksi hobinya seperti contoh di bawah :

Koleksi LIMA (5) jenis setem Malaysia yang berbeza.

Menghasilkan 1 buku skrap samada tumbuhan herba, bunga, sejarah,


sukan dan lain-lain berdasarkan kemampuan ahli pengakap PK itu
sendiri.

Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pensil pelbagai bentuk dan


logonya.

Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis daun-daun tumbuhan.

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pelbagai bentuk botol dan


penutup botol.

Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis mata wang asing sama ada
wang kertas atau syiling.

Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis rantai kunci (key-chain).

Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis lencana Pengakap seperti


lencana Perhimpunan, Agoonoree, Jambori dan koleksi lencana
Pengakap antarabangsa dan lain-lain.

Menyediakan sebuah buku skrap tentang satu jenis koleksi hobinya.

Lain-lain hobi yang sesuai.

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4.2.Ahli Kraftangan

Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf


minat dalam menghasilkan bahan-bahan kraf seperti :

Tikar anyaman

Wogel

Penanda buku

Alat permainan

Layang-layang

1. Membuat SATU(1) jenis kraftangan tradisional seperti anyaman ATAU


membuat layang-layang.
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya DUA (2)
bahan seperti :

Kad manila

Plastik

Daun kering

Bahan kulit

Penanda Buku

daripada

ATAU
3. Membuat satu jenis rekaan dari kertas seperti :

Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat, beg, buku


dan lain-lain.

Rekaan binaan seperti topeng atau sarung kepala keluarga Mowgli.

Rekaan alat permainan seperti kapal, kapal terbang, burung ajaib dan
lain-lain berdasarkan pengetahuan dan fantasi.

4.3.Peladang Kecil

Lencana ini diberikan kepada ahli bagi mengiktiraf minat dalam menjaga
tanaman dan memelihara tanaman dan haiwan ternakan dengan kaedahkaedah yang betul.
Pilih TIGA (3) sahaja daripada perkara-perkara berikut :

Menyediakan 5 polibeg untuk menanam sayur-sayuran.

Menunjukkan cara menanam pokok sayur-sayuran.

Menunjukkan cara menjaga tanaman.

Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ayam sebagai ternakan


asas.

Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ikan air tawar di kolam


samada di sekolah/rumah secara sendiri/dengan usahasama rakan
sebaya dari kumpulan 6 sekawan.

Menyediakan 2 batas untuk mengalihkan anak semaian.


9

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Menyediakan satu buku skrap atau folio yang berkaitan dengan


penanaman sayur-sayuran.

4.4.Pelukis

Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat mereka mengisi masa lapang
dengan aktiviti melukis, mewarna, membina arca dan dapat menghasilkan
lukisan yang menarik.
Ahli boleh memilih EMPAT (4) aktiviti di bawah :
1. Memilih 2 warna daripada 1 watak dalam Cerita Rimba The Jungle Book
dan mewarnakannya.
2. Melakonkan SATU (1) watak di bawah :
Watak
Marga
Akela
Serigala Tunggal
Bagheera
Harimau Kumbang
Baloo
Beruang
Adek Kelabu
Anak Serigala
Mowgli
Budak Lelaki
Mysa
Seladang
Shere Khan
Harimau Belang
Banderlog
Monyet
Buldeo
Pemburu
Jakala
Buaya
Sahi
Landak
Hathi
Gajah
Kaa
Ular Sawa
Tabaqui
Rubah
Messua
Wanita
White hood
Ular senduk

Perwatakan
Pemimpin bijaksana
Jurulatih mahir
Guru undang-undang
Keluarga Angkat
Kawan Marga
Pendengar baik
Pembuli
Pembohong
Samseng
Pura-pura
Penulis
Tokoh hormat
Pemanjat
Pengampu
Ibu angkat
Penjaga

3. Melukis gambar pelangi serta menamakan tiap-tiap warna itu.


4. Menyebut 3 warna asas.
5. Menunjukkan 3 warna sekunder dari campuran warna-warna asas dengan
menggunakan warna air.
6. Menghasilkan satu Kad Ucapan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Hari Krismas, Hari Wesak dan Kad Hari Lahir.
7. Menghasilkan satu rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan,
mozek, jubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya
berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri
dan rekaan manusia.
8. Membentuk satu binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga
dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya
10

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan,


berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.

bentuk

9. Membuat kraftangan tradisional seperti lukisan, anyaman dan seni


tembikar berdasarkan corak yang bersesuaian dengan aktiviti yang
dilakukan.

11

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

4.5.Pembaca Buku

Lencana ini diberikan bagi sebagai mengiktiraf minat membaca mereka


menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah.
1. Boleh membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita mudah kanakkanak dengan sebutan yang betul dan jelas dengan bimbingan pemimpin.
2. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas
Pendidikan Khas serta turut memberi khidmat sukarela seperti
memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan
mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.
4.6.Penghibur

Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat ahli dalam berhibur dengan
menyanyi, bermain alat muzik dan menari. Ahli boleh memilih TIGA (3)
daripada aktiviti di bawah :
1. Dapat menyanyikan salah sebuah lagu daripada kategori di bawah :

Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik.

Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti Rasa Sayang atau


lagu asing seperti Red River Valley dan sebagainya.

Lagu Asli

Lagu patriotik

Lagu Pengakap.

2. Boleh mengajar sebuah lagu ATAU satu tarian kepada ahli yang lain.
3. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional
atau tarian moden.
4. Boleh memainkan sekurang-kurang satu jenis alat muzik genderang
seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping,
dram tenor, melodian, loceng, rekoder, kompang dan serunai.
5. LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK
Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf
pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan
perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran.
A. Kesetiaan
1. Kesetiaan kepada AGAMA

Menyatakan waktu sembahyang mengikut agama masing-masing.

Menunjukkan cara sembahyang agama masing-masing.

2. Kesetiaan kepada pemimpin.

Menyatakan nama D.Y.M.M Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Menyatakan nama Perdana Menteri Malaysia.

Menyebut nama Pesuruhjaya Daerah.


12

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Menyebut nama Penolong Pesuruhjaya Daerah.

B. Kesihatan dan Keselamatan


1. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya
kebersihan diri dan persekitaran.
2. Boleh menyatakan
senaman.

TIGA

(3)

cara

menjaga

sekurang-kurangnya TIGA (3) faedah melakukan

3. Boleh menyatakan cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.


4. Boleh menyatakan bahaya dan cara mengelakkannya bila menggunakan
gas atau alatan elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar
roti, dapur gas dan lain-lain.
5. Menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis barang dalam
pertolongan cemas.

peti

C. Kecekapan
1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan
mengetahui Latihan Asas Perbarisan :

Buka barisan

Tutup barisan

2. Boleh menunjukkan cara membuat


kegunaannya.

ikatan buku sila dan menyatakan

3. Menunjukkan aktiviti menggunakan bendera :

Memasang bendera.

Mengibar bendera.

Menurunkan bendera.

Melipat bendera.

D. Penyertaan
1. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan liar.
2. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis haiwan peliharaan.
3. Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) cara mengelakkan
makanan menjadi tercemar.
4. Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3)
komputer.

komponen asas

5. Boleh menyatakan cara penggunaan telefon persendirian atau awam


dengan menggunakan wang syiling.
E. Perkhidmatan
1. Memahami isyarat wisel (berkumpul).
2. Menjalankan gotong-royong mengemas bilik darjah / kawasan sekolah.
6. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PENGETAHUAN
13

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, ahli Pengakap PK


Tahap 1 dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA
(2)Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti senarai
dibawah :

Ahli Olahraga

Ahli Pasukan Permainan

Ahli Sains

Pencinta Alam Semulajadi

Pembaca Peta

Pemeliharaan Alam Sekitar

Pengembara

6.1

Ahli Olahraga
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam bidang
kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara
seperti berlari, lompat tinggi, lontar peluru dan sebagainya.
6.1.1 Boleh menyatakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis sukan di
sekolah.
6.1.2 Boleh menamakan sekurang-kurangnya TIGA (3) jenis makanan
yang berkhasiat.
6.1.3 Boleh mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara
sukan :

Larian 50 meter

Larian 100 meter

Lompat jauh

Lontar peluru / baling bola lisut

Catatan:
Ahli yang pernah mewakili sekolah/daerah/negeri/kebangsaan/antara bangsa
boleh dianugerahi lencana ini tanpa diuji.
6.2

Ahli Pasukan Permainan


Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf penglibatan ahli dalam sukan
permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, pingpong,
sukan rakyat dan sebagainya. Oleh itu, ahli perlu untuk :

Menyatakan undang-undang dan peraturan mengenai SATU


(1)jenis permainan berikut: futsal, bola jaring, petanque, boling,
goalball, ping pong suaian, dan lain-lain permainan dalam
pendidikan khas.

Boleh bermain sekurang-kurang satu jenis permainan berpasukan.

Menunjukkan cara menjaga dan menyimpan alat permainan setelah


digunakan.
14

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

6.3

Menyatakan cara membersihkan badan setelah bermain.

Ahli Sains
Lencana ini diberi bagi mengiktiraf pengetahuan ahli dalam ilmu sains
seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung
litar, elektromagnet dan sebagainya. Ahli boleh memilih SATU (1)
sahaja daripada aktiviti di bawah :

6.4

Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu


memerlukan udara (lilin akan terpadam bila ditutup dengan
cawan).

Membuat pelangi tiruan dengan menggunakan pancuran air paip.

Menunjukkan
bagaimana
menyambungkan
litar
elektrik
dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan
bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis.

Mengenalpasti apa yang berlaku sekiranya jisim benda yang berat


dan ringan dimasukkan ke dalam air.

Pencinta Alam Semulajadi


Lencana ini diberi sebagai pengiktirafan kepada ahli yang mencintai
alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip
sampah di tepi pantai dan sebagainya. Ahli dikehendaki memilih DUA
(2) sahaja daripada aktiviti di bawah :
6.4.1 Menyimpan
catatan
dan
melaporkan
perubahan
atau
perkembangan kejadian harian setiap seminggu sekali dalam
tempoh dua bulan mengenai satu daripada perkara di bawah
ini :

Tumbuh-tumbuhan

Kehidupan burung

Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam


sungai.

Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar.

Kupu-kupu,
katak, belalang dan lain-lain haiwan yang
bersesuaian.

Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun.

Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.

6.4.2 Memelihara haiwan peliharaan dan ternakan sekurang-kurang 2


bulan dengan sempurna. Pengakap PK Tahap 1 boleh
menceritakan pemerhatiannya terhadap haiwan tersebut.
6.4.3 Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama
Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih satu
sahaja):

Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian


tasik.
ATAU
15

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau


pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan
sekolahnya. ATAU

Membersihkan kawasan rumah dan halaman atau kebun di


belakang rumah dan sekolah.

6.4.4 Melukis atau mewarna gambar cuaca di dalam Buku Log selama
1 bulan dan dapat menerangkan kesan cuaca terhadap
tanaman.
6.4.5 Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar
berdasarkan keratan akhbar, majalah dan apa-apa sahaja
sumber yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
6.5

Pembaca Peta (Pengetahuan)


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf
pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata
angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas.
Pilih DUA (2) sahaja.
1. Melukis Mata angin 4 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan
mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan
matahari terbenam. ATAU
2. Melukis peta lakaran kedudukan kawasan sekolah.

Pejabat

Bilik Guru

Kantin

Perpustakaan

Tandas murid lelaki dan perempuan

Surau

Padang sekolah

Kelas Pendidikan Khas

3. Melukis sebuah pelan lakaran di dalam rumah atau kediaman.


4. Berjalan kaki sejauh sekurang-kurangnya 1 kilometer berkumpulan
bersama sekawan dan guru pemimpin sambil melaporkan apa yang
dilihat pada masa itu.
6.6

Pemeliharaan Alam Sekitar (Pengetahuan)


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf
dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam
sekitar seperti membersihkan taman rekreasi dan kawasan sekolah.
Pilih SATU (1) sahaja.
1. Menggunting dan menampal sekurang-kurangnya TIGA (3) bahan
bacaan mengenai pencemaran alam sekitar di dalam Buku Log.
2. Buat buku skrap mengenai pencemaran alam sekitar contohnya:
16

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Pembuangan bahan sisa kilang

Pembuangan sampah-sarap

Pembuangan atau tumpahan minyak

3. Mengambil bahagian dalam satu aktiviti berikut :

6.7

Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam


sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak,
kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat.

Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah


sendiri atau kawasan sekolah.

Pengembara (Pengetahuan)
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf
pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai
jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah.
Pilih hanya DUA (2) sahaja.
6.7.1.
Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu
dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke
kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung : membuat
anggaran perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, bekalan
peribadi, lain-lain alat dan alatan ubatan untuk pertolongan
cemas dan makanan serta borang kebenaran ibu bapa / penjaga
telah diperoleh.
6.7.2.
Mengambil bahagian dalam pengembaraan
kawasan sekolah . (Pengembaraan Pengakap PK
1sekurang-kurang dua kilometer).

diluar
Tahap

6.7.3.
Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg
untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas
dan senang dibawa.
6.7.4.

Mengetahui cara memasang dan membuka khemah.

6.7.5.
Mengetahui asas undang-undang jalan raya berkaitan
dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan
berjalan kaki.
7. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PERKHIDMATAN
Setelah memperolehi Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan,
Pengakap PK Tahap 1itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan
DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan seperti di
bawah mengikut kemahirannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut :

Pekerja Am

Pengurus Rumah

Penyelamat Nyawa

Ahli Pertolongan Cemas


17

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

7.1

Pekerja Am (Perkhidmatan)
(PERHATIAN : Perlu melakukan TIGA (3) bahagian sahaja dari 9 bahagian
yang dicadangkan)

7.2

Boleh mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter


dengan tunjuk ajar orang dewasa.

Boleh mengetahui cara untuk menegangkan rantai basikal.

Boleh
menunjukkan
cara
bagaimana
menggunakan
alatan
pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, playar, pisau, kapak
dan menjaga serta menyimpan alatan tersebut.

Boleh menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit
lencana Pengakap di baju dengan sempurna.

Boleh membersihkan kawasan rumah atau sekolah.

Boleh menunjukkan cara mengecat yang betul.

Boleh mencuci dan menggosok baju.

Boleh membersihkan alat perkebunan seperti cangkul, tajak, pongkes


dan lain-lain selepas digunakan.

Boleh menyusun-atur alat pertukangan atau alat perkebunan dalam


stor.

Pengurus Rumah (Perkhidmatan)


Pilih TIGA (3) sahaja.

7.3

Boleh menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh,
milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara
menghidangkannya kepada tetamu.

Boleh menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air


limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan
lain-lain.

Boleh menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan


segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera
seperti mee segera, burger dan sosej.

Boleh memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua
orang.

Boleh menggoreng ikan, udang, sardin, keledek, pisang dan tauhu


untuk hidangan dua orang.

Boleh membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci


pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain.

Boleh menyapu, membersihkan habuk dan mengemaskan tempat


tidur.

Boleh mencuci pakaian seragam pengakap dan pakaian sekolah sendiri


serta pakaian peribadi.

Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan)


18

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf


pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat
nyawa seperti memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak
Bomba Dan Penyelamat, Polis dan JPAM.

7.4

Boleh memahami dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam


api dengan betul.

Boleh memahami dan mengetahui


keselamatan dengan betul.

cara

menggunakan

jaket

Ahli Pertolongan Cemas (perkhidmatan)


Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap PK Tahap 1 bagi mengiktiraf
pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan
cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka ringan dan
menjaga peti pertolongan cemas.

Perlu mengetahui isi kandungan dan tatacara penggunaan peti


pertolongan cemas.

Boleh mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang


berpengalaman.

Boleh menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari


hidung.

Boleh membantu membalut luka dan mengetahui cara menggunakan


jenis balutan bagi luka yang ringan.

Perlu mengetahui cara memadamkan kebakaran kecil.

Perlu mengetahui cara merawat gigitan atau sengatan serangga.

Mengetahui cara menolong dan meminta bantuan dari orang lain untuk
menolong mangsa pengsan atau pitam.

19

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

8. LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS


Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori
Kegemaran (2), Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap PK
Tahap 1 itu perlu meneruskan latihan dan ujian untuk mendapatkan Lencana
Kemajuan Keris emas dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut :
A. Kesetiaan

Menyanyikan sekurang-kurangnya sebuah lagu patriotik.

Mewarnakan gambar Jata Negara.

Mewarnakan bendera negeri masing-masing.

Menyebut nama penuh kedua ibubapa masing-masing.

Menyebut nama Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap.

Menunjukkan cara amalan agama masing-masing.

B. Kesihatan dan Keselamatan

Menyatakan sekurang-kurangnya 3 gaya hidup sihat.

Menyatakan cara bagaimana mencegah dari jangkitan selsema atau


demam.

Menyatakan cara mendapatkan bantuan kecemasan.

Menunjukkan cara membalut luka ringan.

Menghasilkan sebuah buku skrap dari media suratkhabar, majalah atau


internet yang mempunyai mesej seperti
Anti Dadah ATAU Bahaya
Merokok ATAU Keracunan Makanan.

C. Kecekapan

Mengukuhkan Latihan Asas Kawad Kaki Lencana Keris Gangsa, Perak dan
seterusnya mengetahui perintah Cepat Jalan, Berhenti dan Hormat.

Mengetahui Latihan Asas Ala Komando seperti merangkak, merangkak di


bawah jaring atau jala, meniti kayu dan bergayut serta gayut monyet.

Mengukuhkan kemahiran ikatan seperti Buku Sila (Keris Gangsa), Simpul


Sentak (Keris Perak) serta mengetahui cara mengikat Simpul Manuk dan
kegunaannya.

Demonstrasi
kumpulan.

memasang,

membuka

dan

melipat

khemah

bersama

D. Penyertaan
1. Menghasilkan SATU daripada aktiviti-aktiviti di bawah :

Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau


kotak menyimpan surat atau tabung dari bahan terbuang ATAU

Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara ATAU

Membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang


menggunakan bateri.
20

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

2. Menyanyi sekurang-kurangnya SATU buah lagu Pengakap Malaysia.


E. Perkhidmatan
1. Bersama Sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah
ibadat / tempat awam.
2. Membantu pemimpin dalam penyediaan bahan aktiviti permainan.
3. Melukis pelan lakaran kawasan rumah sendiri.
4. Membantu Pemimpin mengatur program.
TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TAHAP 1
Rambu ini dianugerahkan kepada Pengakap PK Tahap 1 setelah mereka mendapat
Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu :
1. Lencana Wajib
2. Dua Lencana Kegemaran
3. Dua Lencana Pengetahuan dan
4. Dua Lencana Perkhidmatan.
Rambu Pengakap PK Tahap 1 layak dipakai dengan syarat :
1. PEMEGANG LENCANA KERIS EMAS SELAMA 1 BULAN.
2. Berkelakuan baik.
3. Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi.
4. Dicalonkan oleh pemimpin PEK.
CATATAN:
Rambu Pengakap PK Tahap 1 boleh dipakai sehingga pengakap mendapat anugerah
rambu pengakap muda. Anugerah Sijil Rambu dikeluarkan oleh Persekutuan
Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri.
Rekod Ujian Lencana Keahlian
Bil
1
2
3
4
5
6
7

Perkara
Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap
Sedunia
Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
Lima Prinsip Rukun Negara
Tabik, Hormat dan Cogankata Pengakap
Sejarah Pergerakan Pengakap
Cerita Hutan
Laung Agung

Tarikh

T.T Penguji

21

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh : _____________________
Diluluskan oleh : _____________________
Rekod Ujian Lencana Wajib Ahli Renang
Bil
1
2
3
4

Perkara
Peraturan keselamatan air
Keselamatan diri dan cara-cara berenang (asas)
Cara memakai dan mengendalikan jeket
keselamatan di air
Membina keyakinan diri di air

Tarikh

T.T Penguji

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh : ____________________

Diluluskan oleh : ____________________

Rekod Ujian Lencana Wajib Penunggang Basikal


Bil
1
2
3
4
5

Perkara
Mengenal dan menamakan bahagian-bahagian
basikal.
Asas Undang-undang jalanraya.
Isyarat tangan semasa berbasikal.
5 kesalahan menyebabkan kemalangan.
Kaedah penjagaan basikal.

Tarikh

T.T Penguji

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap kanak-kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh : ____________________

Diluluskan oleh : ____________________

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa


Bil
Perkara
Kesetiaan
1
Lagu Kebangsaan NEGARAKU

Tarikh

T.T Penguji

22

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

2
Bendera Malaysia dan Bendera Negeri
3
Lambang Pengakap Malaysia
4
Nama Pemimpin & Penolong Pemimpin PK
5
Agama-agama di Malaysia
Kesihatan dan keselamatan
1
Kesihatan dan kebersihan diri
Bahaya pil, cecair dan gula-gula dari orang yang
2
tidak dikenali
3
Bahaya bermain benda-benda tajam
4
Bahaya bermain mercun, bunga api
5
Pertolongan jika berlaku kecemasan
6
Peraturan asas keselamatan jalan raya
Kecekapan
1
Latihan asas kawad kaki
2
Cara mendaki menggunakan tali
3
Mengetahui tempat-tempat awam
4
Menjaga pakaian seragam Pengakap
5
Tanda isyarat sulit Pengakap
6
Simpul Buku sila
Penyertaan
Menjadi ahli Perpustakaan Sekolah / Mini
Perpustakaan
2
Menghasilkan satu barang permainan
3
Aktiviti-aktiviti
Perkhidmatan
1
Membantu ibu bapa di rumah setiap hari
1

Membantu menjaga kebersihan dan keceriaan


sekolah.

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh : .................................

Diluluskan Oleh : ...................................

23

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kepandaian Kegemaran


Bil
1
2
3
4
5
6

Perkara

Tarikh

T.T Penguji

Koleksi Hobi
Kraftangan
Peladang kecil
Pelukis
Pembaca Buku
Pengibur

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh : .................................

Diluluskan Oleh : ...................................

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Perak


Bil
A
1
2
3
B
1
2
3
4
5
C
1
2
3
D
1
E
1
2

Perkara

Tarikh

T.T Penguji

Kesetiaan
D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong dan Perdana
Menteri
Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya
Pendidikan Khas
Rukun / kaedah sembahyang agama masingmasing
Kesihatan dan keselamatan
Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran
Mengetahui faedah senaman
Cara memberhentikan darah keluar dari hidung
Bahaya elektrik dan gas
Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas
Kecekapan
Latihan Asas Perbarisan ( buka / tutup barisan )
Ikatan Buku Sila / Bunga Geti / simpul sentak
Memasang, mengibar, menurun, melipat bendera
Penyertaan
Perkhidmatan
Mengetahui dan memahami isyarat wisel
Gotong royong mengemas bilik darjah

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh : ....................................

Diluluskan oleh : .....................................


24

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kepandaian Pengetahuan


Bil
1
2
3
4
5
6
7

Lencana

Tarikh

Diluluskan Oleh

Ahli Olahraga
Ahli Pasukan Permainan
Ahli Sains
Pencinta Alam Semulajadi
Pembaca Peta
Pemeliharaan Alam Sekitar
Pengembara

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh :

Diluluskan Oleh : .

Rekod Ujian Lencana Kepandaian Perkhidmatan


Bil
1
2
3
4

Lencana

Tarikh

Diluluskan Oleh

Pekerja Am
Pengurus rumah
Penyelamat nyawa
Ahli Pertolongan Cemas

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh :

Diluluskan Oleh :.

25

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Ujian Lencana Kemajuan Keris Emas


Bil
A
1
2
3
4
5
B
1
2
3
4
5
C
1
2
3
4
D
1
2
E
1
2
3
4

Perkara

Tarikh

T/TgnPengu
ji

Kesetiaan
Lagu Patriotik
Mewarna Jata Negara dan Bendera Negeri
Mengetahui nama penuh ibubapa
Mengetahui nama Pemimpin dan Penolong
Pemimpin PK
Amalan agama masing-masing
Kesihatan dan Keselamatan
Gaya Hidup Sihat
Mencegah jangkitan selsema /demam
Cara mendapatkan bantuan kecemasan
Membalut luka ringan secara asas
Buku Skrap
Kecekapan
Latihan Asas Perbarisan
(Cepat Jalan/ Berhenti/ Hormat )
Halangan Komando
Ikatan Simpul Manuk
Memasang/membuka/ melipat khemah
Penyertaan
Kreativiti pilihan
Menyanyikan 1 buah lagu pengakap
Perkhidmatan
Membersihkan kawasan rumah/ sekolah / awam
Membantu dalam penyediaan bahan aktiviti
Pelan Lakaran kawasan di dalam rumah
Membantu pemimpin mengatur program

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Tarikh :

Diluluskan Oleh :.

26

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

Rekod Kemajuan Lencana Pengakap Kanak-Kanak


Bil

Perkara

Lencana keahlian.

Lencana wajib ( ahli berenang / penunggang basikal )

Lencana kemajuan keris gangsa.

Lencana kegemaran -1 ................................

Lencana kegemaran -2 ................................

Lencana kemajuan keris perak

Lencana pengetahuan -1 ............................

Lencana pengetahuan -2 ............................

Lencana perkhidmatan -1 ............................

10

Lencana perkhidmatan -2 ............................

11

Lencana kemajuan keris emas

12

Rambu PKK Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri

Tarikh
diluluskan

27

Modul Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas

LENCANA KEAHLIAN
LENCANA PENGHIBUR
LENCANA AHLI RENANG
LENCANA KERIS PERAK

LENCANA PENUNGGANG
BASIKAL

LENCANA AHLI OLAHRAGA

28
LENCANA AHLI KRAFTANGAN

LENCANA KERIS GANGSA

LENCANA AHLI KOLEKSI HOBI

LENCANA AHLI KRAFTANGAN

LENCANA PENGURUS RUMAH

LENCANA AHLI SAINS

LENCANA PEMBACA PETA

LENCANA PELADANG KECIL


LENCANA KERIS EMAS
LENCANA PENCINTA ALAM
SEMULA JADI

LENCANA AHLI PENGEMBARA

LENCANA PEMBACA BUKU


LENCANA PEKERJA AM
LENCANA PERTOLONGAN CEMAS
LENCANA PENYELAMAT NYAWA
LENCANA AHLI PASUKAN
PERMAINAN
LENCANA PELUKIS
LENCANA PEMELIHARAAN
ALAM SEKITAR

PEMBACA BUKU
LENCANA
PELADANG
KECIL
LENCANA
PEMELIHARAAN
ALAM SEKITAR

You might also like