You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PEMBENTANGAN BIDANG TUGAS

KELAB KEMBARA TESL 1 PISMP AMBILAN JAN 2012

Tarikh

13 Julai 2014 (Ahad)

Masa

2.00 petang

Tempat

Bilik Gerko (Astaka)

Kehadiran

:
1. Encik Faizal bin Ghazali (Guru Penasihat)
2. Ainul Hakim Bin Hashim (Pengerusi)
3. Ng Pin Ting (Naib Pengerusi)
4. Balqis Binti Abdullah (Setiausaha)
5. Adam Ariff Bin Zulkifli (Bendahari)
6. Farah Mudrikah Bt Zaimy (AJK)
7. Fatin Daratul Ain Bt Johari (AJK)
8. Ain Fatihah Bt Mohd Kasim (AJK)
9. Atiqah Bt Mohd Amirudin Vincent (AJK)
10. Hani Syazwani Bt Abdul Ghani (AJK)
11. Ahmad Zulfaqqar Bin Ahmad Zabrin (AJK)
12. Anil Raj A/L Annamalai (AJK)
13. Farhana Atiqah Bt Ahmad Radzuan (AJK)
14. Amir Aiman Bin Ruzlani (AJK)
15. Ahmad Khairunnaim Bin Ab Kadir (AJK)
16. Akashah Bin Osman (AJK)
17. Chai Xiao Ling (AJK)

Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran


Guru Penasihat Kelab dan semua ahli jawatankuasa. Beliau turut melahirkan rasa bangga
kerana semua ahli jawatankuasa dapat hadir pada mesyuarat kali ketiga ini.

1.2

Pengerusi menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk


membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan kembara yang akan
dianjurkan oleh kelab ini dan beberapa masalah berbangkit.

2.0 Pengesahan Minit mesyuarat Jawatankuasa yang Pertama


Saudara Akashah mengesyorkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan tanpa sebarang
pindaan. Usul beliau disokong oleh Saudara Ashrafuqal.

MINIT MESYUARAT PEMBENTANGAN BIDANG TUGAS


KELAB KEMBARA TESL 1 PISMP AMBILAN JAN 2012

3.0 Aktiviti yang dirancang


3.1 Pengerusi meminta semua anggota membentangkan maklumat yang telah mereka
perolehi berkaitan dengan Taman Negara, Jerantut, Pahang.
3.2

Saudara Akashah selaku AJK Program mengusulkan supaya kegiatan itu diadakan pada
25 September sehingga 27 September 2014. Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan
tarikh tersebut. Saudari Chai Xiao Ling pula membentangkan aktiviti yang boleh dijalankan
semasa kembara iaitu Rapid Shooting, Jungle Walk, Jungle Trekking ke Bukit Terisek dan
Melawat ke Perkampungan Orang Asli. Beliau juga membentangkan kos pembelanjaan
iaitu sebanyak RM180 termasuk penginapan, makan dan aktiviti. Semua ahli
jawatankuasa bersetuju dengan usul tersebut.

3.3

Saudari Fatin Daratul Ain selaku AJK Makanan mengusulkan supaya pelajar membawa
wang perbelanjaan sekurang-kurangnya RM30 untuk tanggungan makan sendiri untuk
perjalanan pergi dan balik. Semua ahli jawatankuasa bersetuju dengan usul tersebut.

3.4 Saudari Ain Fatihah selaku AJK Pengangkutan mengusulkan penggunaan bas sebagai
pengangkutan. Saudari Atiqah memberi pendapat sebagai langkah penjimatan kos, beliau
bercadang untuk memohon bas daripada maktab. Semua ahli jawatankuasa bersetuju
dengan cadangan tersebut.
3.5 Pengerusi memberi cadangan barangan keperluan yang perlu dibawa ke Taman Negara.
3.6 Setiausaha merangka kertas kerja untuk dihantar ke pihak atasan untuk mendapatkan
kebenaran.
Tindakan : AJK Pengangkutan
: Setiausaha
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan Guru Penasihat yang
sudi menghadiri mesyuarat itu hingga selesai. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.45 pagi.

Yang bertugas,

13 JULAI 2014

(BALQIS BINTI ABDULLAH)


Setiausaha,
Kelab Kembara TESL 1 Ambilan Januari 2012,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor.

You might also like