You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT SUKAN ZON PARIS

Tarikh

: 29 Januari 2014

Masa

: 8.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat

: Bilik Pemulihan

Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.

En.
En.
En.
En.
En.

Herman James
(SK Paris)
Naqib Harun
(SK Paris)
Joenas Quirinus
(SK Paris 3)
Zulkifli AG Piut
(SK Sandau)
Mohd Suhaimi Mohd Nor (SK Sandau)

Agenda 1.0 : Kata Alu-aluan


1.0 En. Herman James mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran semua guru dari
SK Sandau dan SK Paris 3 ke Mesyuarat Sukan Zon Paris 2014.
Tindakan:

Makluman

1.2 En. Herman James menyampaikan salam Guru Besar yang tidak dapat
hadir kerana
terlibat dengan pemberian wang 1 Malaysia SK Paris.
Tindakan:

Makluman

Agenda 2.0 : Ucapan Pengerusi (En. Herman James) Penetapan


tarikh dan tempat Sukan Zon Paris
2.1 Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua
guru kerana kesudian
untuk

menghadiri mesyuarat.

2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa 7 buah sekolah terlibat dengan


Sukan Zon Paris iaitu
SMK Paris (Pengerusi), SK Paris (Tim. Pengerusi), SK Paris 3 (AJK), SK
Sandau (AJK),
SK Litang (AJK), SK Tidung Tabin (AJK), SK Ladang Tomanggong (AJK)
dan SK
Ladang Sungai Bendera (AJK).
Tindakan: Makluman
2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Sukan Zon Paris akan diadakan di
Kompleks Sukan
Sandakan untuk peringkat zon dan daerah.
Makluman

Tindakan:

2.4 Pengerusi menyatakan pada awalnya tarikh pada 7 dan 8 Januari


dipilih sebagai tarikh

pelaksanaan Sukan Zon Paris namun SK Libaran telah menempah


Kompleks Sukan
Sandakan pada tarikh tersebut. Kemudian, tarikh 14 dan 15 Januari
pula dipilih tetapi
bertembung dengan Pakej Sukan peringkat daerah.
Tindakan:

Makluman

2.5 Pengerusi memaklumkan tarikh Sukan Zon Paris ialah pada 10 Februari
2014 bersamaan
hari Isnin. Para peserta dikehendaki tiba di Kompleks Sukan Sandakan
pada 9 Februari
2014 (Ahad)
Tindakan:

Makluman

2.6 Pengerusi memaklumkan dari segi penginapan, pengangkutan dan


makanan adalah
tanggungan sekolah masing-masing. Kompleks Sukan Sandakan ada
menyediakan dorm
(RM 10.60/sehari) dan bilik (RM 55/sehari)
Tindakan:

Makluman

2.7 En. Joenas menyentuh tentang kekurangan waktu latihan serta tiada
alatan sukan seperti
acara lari berpagar. Pengerusi memaklumkan sidang mesyuarat
bahawa kompleks sukan
Sandakan ada menyediakan alatan sukan dengan bayaran sewa RM 50
sehari.
Tindakan:

Makluman

2.8 En. Zulkifli menawarkan tempat latihan untuk acara lompat tinggi.
Tindakan:

Makluman

2.9 Pengerusi mengalu-alukan sekolah lain yang mempunyai murid yang


berpotensi dalam
sukan sukan tertentu agar turut dibawakan ke Sukan Zon Paris. Acara
tambahan akan
dipertandingkan.
Tindakan: Makluman
3.0 En. Joenas memohon agar syarat pertandingan sukan dilonggarkan
kerana masalah
kekurangan murid dari sekolah-sekolah lain. Syarat asal penyertaan
ialah dua individu
satu berpasukan (2:1). Sidang mesyuarat sebulat suara bersetuju
syarat pertandingan
ditukar kepada tiga individu dua berpasukan (3:2).

Tindakan: Makluman

3.1 En. Zulkifli menekankan bahawa walaupun syarat telah dilonggarkan di


peringkat zon
Paris, syarat diperingkat daerah tetap tidak berubah. Oleh itu, hanya
peserta terbaik akan
dipilih untuk ke peringkat daerah.
Makluman

Tindakan:

3.2 Pengerusi mengingatkan sidang mesyuarat supaya memaklumkan


bilangan peserta dari
sekolah masing-masing awal untuk tempahan penginapan.
Makluman

Tindakan:

Agenda 3.0 : Pembahagian tugas dan acara


3.1 Pengerusi membacakan senarai nama AJK bagi Sukan Zon Paris.
Makluman

Tindakan:

3.2 Pengerusi menyatakan acara-acara yang terdapat dalam Sukan Zon


Paris iaitu 100 M
(L/W), 200 M (L/W), Lontar Peluru (L/W), Lompat Jauh (L/W), 4 X 100 m
(L/W) dan
4 X 200 M (L/W)
Makluman

Tindakan:

3.3 En. Zulkifli mencadangkan kayu digunakan untuk pelepas dan air hon
digunakan untuk
panggil balik.
Makluman

Tindakan:

3.4 En. Joenas mencadangkan Polis dipanggil sebagai pelepas.


(menggunakan pistol)
Makluman

Tindakan:

3.5 En. Joenas mengingatkan sidang mesyuarat agar masalah sukan zon
yang lepas tidak
berulang iaitu masalah kelayakan peserta seperti taraf warganegara
dan umur sebenar
peserta.

Makluman

Tindakan:

3.6 En. Zulkifli mencadangkan penangkap pemenang diwujudkan


disamping pencatat masa.
Makluman

Tindakan:

3.7 En. Joenas memaklumkan RM 100 akan dikutip daripada setiap sekolah
yang terlibat
untuk Sukan Zon Paris. SK Paris perlu menyediakan resit bayaran
tersebut.
Makluman

Tindakan:

3.8 En. Joenas mencadangkan nombor dibuat dan baju daripada setiap
sekolah seragam
sebagai identiti sekolah masing-masing.
Makluman

Tindakan:

3.9 En. Zulkifli mencadangkan nombor peserta terus dibuat agar boleh
digunakan untuk
peringkat daerah.
Makluman

Tindakan:

Agenda 4.0 : Hal-hal lain


4.1 Pengerusi memaklumkan sidang mesyuarat bahawa Cikgu Fred
daripada SMK Paris
menawarkan diri untuk turut serta dalam sukan zon Paris.
Makluman

Tindakan:

4.2 En. Joenas mencadangkan Cikgu Fred dijemput sebagai VIP


memandangkan SMK Paris
ialah ketua bagi zon Paris. Oleh itu, surat jemputan melalui pengetua
SMK Paris akan
dibuat.
Makluman

Tindakan:

4.3 En. Zulkifli mengingatkan sidang mesyuarat bahawa surat pelepasan


daripada PPD
diperlukan untuk setiap sekolah yang terlibat dalam sukan zon Paris.
Makluman

Tindakan:

4.4 En. Suhaimi mengingatkan setiap sekolah perlu membawa alatan


kecemasan masingmasing.
Makluman

Tindakan:

4.5 En. Joenas mengingatkan supaya mesyuarat ini diminitkan dan


diedarkan kepada setiap
sekolah terlibat.

6.0 Penangguhan
Pengerusi menangguhkan mesyuarat.

Disediakan Oleh:
..
(NAQIB BIN HARUN)
Setiausaha Sukan,
SK. Paris, Kinabatangan.

You might also like