You are on page 1of 39

FOR YOUR INSPIRING!

1. Inilah Jalan Kami


Kami hanya melaksanakan satu dari apa yang ditugaskan kepada
kami oleh Allah SWT, semampu kami.
Keutamaan kami adalah kesejahteraan, dunia dan akhirat.
Apa sahaja yang menanti dan cuba menghalangi umpama
mencabar kami agar melaluinya.
Kami juga mengenal pasti diantara musuh-musuh kami adalah
kebimbangan, kekecewaan, keliru, dan ketidaksanggupan.
Komandannya adalah sombong, berpangkat tamak haloba, dari
berbagai division ammaarah dan lawwaamah.
Tetapi kami yakin mempunyai persenjataan yang canggih walau
tidak lengkap, cukup hanya beberapa pucuk qonaah berkaliber
besar, dengan berbekalkan syukur, maka tercatatlah di helaian
sejarah akan kecemerlangan segelintir umat ini.
Keanggotaan kami tidaklah besar, ibarat sebutir peluru emas di
dalam rantaian peluru-peluru tembaga yang dimuntahkan,
bersimpang siur di tengah-tengah kobaran pertempuran, sebutir
umpama peledak, mampu memusnahkan sedikit pengkalan
kefakiran dalam maslahah ummah di dunia ini.
Dan kami, memerlukan sokongan dan bantuan, iringilah kami
dengan doa-doa ikhlas, yang akan berada di laras-laras senjata
kami, demi kerana menuju madhotillah yang mendasari perjuangan
ini, maka kami tetap berdiri di front line, di medan perjalalan
singkat menuju alam akhirat yang kekal abadi. Semoga kita samasama Berjaya
2.

Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari


langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang
beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada

garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan


ada (pula) yang hitam pekat.
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata
dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam
warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di
antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Ulama. Sesungguhnya Allah
Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
(QS. Faathir [35] : 27-28)
Mengapa sebelum disebutkan Sesungguhnya yang takut
kepada Allah diantara hamba-hambaNya hanyalah Ulama
ayat ini dimulai dengan hujan, buah-buahan, gunung-gunung,
manusia dan binatang yang beraneka ragam ?
3. Seorang herbalis bukan sahaja mempunyai kepandaian dalam ilmu
herba,
tetapi juga merupakan seorang ahli psikologi
yang dapat merasai perasaan dan kesakitan yang diderita oleh
orang lain.
Percayalah,
bahagian yang diperoleh hasil kejayaan perawatan
lebih tinggi nilainya dari uang rupiah yang kita terima.
Satu pesanan yang ditinggalkan :
JADILAH KITA MANUSIA YANG TAHU BERSYUKUR
4. Mari bersama kami. Kemunculan kami di tengah-tengah arus dunia
perniagaan membawa maksud perjuangan yang amat besar untuk
ummah. Hari ini ummat islam tidak sedar yang mana hampir setiap
hari kita membantu meningkatkan ekonomi ISRAEL! Apa
kesudahannya ? Umat islam berhadapan dengan kezaliman kedua
tangan manusia. Demikianlah mengapa menjadi tanggungjawab
kami untuk menyediakan produk-produk yang halal kepada anda.
5. Indahnya Keberesamaan : Dengan rahmatNya, kita bersama
berjaya menukarkan impian menjadi kenyataan. -PU1
6. Perjuangan ini
Perjuangan ini
Masih teguh
Umpama pohon tinggi yang akarnya di dasar bumi
Sekalipun taufan melanda namun ia tetap kukuh berdiri
Dan tiba musim beralih
Keindahan bunganya menyapa
Tanpa ragu
Tanpa sangsi lagi
Perjuangan ini
Hanya satu erti
Hanya satu janji

Dan bagaimanakan ku ceritakan


Betapa harumnya perjuangan ini
Memegang panji kemenangan dari Ilahi
7. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membangunkan
perniagaan ini. Biar siapapun anda yang penting kita telah samasama bekerja untuk mencapai matlamat yang sama. Pu
8. Semoga allah menetapkan kita diatas perjuangan ini!
9. Kita Yang Seni
Apalah kita ini
Satu titik dibumi luas
Apalah bumi ini
Satu titik di alam semesta
Alangkah seninya kita
Mengapa berlagak bak lebih besar dari keseluruhannya
Apalah hayat ini
Satu titik dari hayat bumi
Apalah hayat bumi
Satu titik dari hayat semesta
Alangkah singkatnya hayat
Mengapa berlagak bak punya hayat berkekalan masa
Apalah kesedihan ini
Apalah kegirangan ini
Satu titik dari kita yang seni
Satu titik dari hayat yang singkat
Alangkah seni dan singkatnya penderitaan
Mengapa menangis bak menanggung kiamat berpanjangan
Alangkah seni dan singkatnya kesenangan
Mengapa ketawa bak berada dikayangan
Apalah kita ini
Kita mudah lupa yang kita sementara
Kerana kita mudah lupa YANG TIDAK SEMENTARA.
10.Dinginkan bumi dengan kasih sayang.
11.Pandanglah Dengan Mata Hatimu...
12.Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita; nescaya mereka
sanggup menukarkannya dengan ketulan-ketulan emas.
13.Walaupun di tengah gurun yang panas & di celahan batu-batu yang
menikam , HPA tetap hidup subur & berkembang dan bunganya
harum sepanjang zaman.
14.Definisi sebuah senyuman ialah kamu mengangkat bibir kiri dan
kananmu dengan kebesaran hati walaupun ia terluka.

15.Apalah erti sebuah kegembiraan & sebuah kedukaan kerana hidup


sedetik cuma.
16.Sebuah kejujuran Nnnn
17.Menitis air mata berulang-ulang,
Menyambung nafas tidak bermaya,
Paksaan hati rela menanti,
Senang dibawa hampa kebocoran.
18.Kalau Tidak Sanggup Menempuh Musim Dingin, Bagaimanakah
Hendak Menghidu Haruman Musim Bunga.
19.Berniaga mencari Tuhan
Orang berniaga mencari tuhannya
Bukan mencari untung & rugi
Kalau laba bertambah ibadatnya
Kalau rugi tetap disyukuri
20.Hanya mereka yang pernah merasai kesusahan sahaja yang
mengerti erti penderitaan.
21.Perjuangan menuntut istiqamah.
22.
USAHAWAN SEJATI
Oleh : Tuan Haji Ismail bin Ahmad
Usahawan Bukannya Manusia Luar Biasa
Cuma Usahawan
Luar Biasa Kerjanya
Luar Biasa Ketabahannya
Luar Biasa Tindakannya
Luar Biasa Mindanya
Bertemu Usahawan Itulah Rezeki
Kerana Usahawan Membawa Peluang
Kepada yang Mahu Mengubah Diri Sendiri
Hidup Jiwanya Bersama Usahawan
Fikir Kejayaan
Fikir Strategi
Fikir Kelemahan Diri
Bukan Mencari Kelemahan Orang Lain
Masa Bagi Usahawan
Paling Penting
Menyusun, Merancang, dan Mengatur
Yang Paling Penting
Usahawan Tidak Takut dengan Pesaing
Kerana Usahawan Sering Bersedia

Tetapi Pesaing yang Takut Usahawan


Kerana Mereka Gimik Semata-mata
Istilah Gagal dan Putus Asa
Tidak Ada dalam Kamus Usahawan
Di Balik Gagal Ada Kejayaan
Putus Asa Pula Pintu Kekufuran
Cita-cita Usahawan Cukup Tinggi
Kadang-kadang Usahawan Dikatakan Bermimpi
Gerak Kerja Usahawan Penuh Wawasan
Pengalaman Lampau Jadi Degree Usahawan
Mengalahkan Mereka yang Punya Kelulusan
Yang Mampu Merancang, Tidak Punya Pengalaman
Kalau Tidak
Usahawan Tidak Boleh Berada
Di Puncak Jaya
Memiliki yang Tidak Dimiliki
Usahawan Bukannya Manusia Luar Biasa
Usahawan Berdiri di Atas Kaki Sendiri
Usahawan Punya Idola Sendiri
Yang Patut Dicontohi
Bahkan Sejarah Kejayaan Usahawan Sendiri
Akan Ditulis oleh Orang Suatu Hari Nanti
Paling Penting
Usahawan Manusia yang Bertakwa
Banyak Kebajikannya
Banyak Ibadahnya
Banyak Zikirnya
Kuat Perjuangannya
Amat Kasih Usahawan Pada Rosulnya
Amat Cinta Usahawan Pada Tuhannya

23.Seseorang itu telah berjaya sebenarnya, apabila ia tidak


mengendahkan kegagalannya !
24.Lebih baik mencipta peluang daripada menunggu-nunggunya.
25.
BERNIAGA
Berniaga
Jika tidak tahu syariat
Habislah hayat

Dari mana akan dapat tenaga lagi


Tak usah belari berjalanpun kita tempang
Dalam Untung kita rugi
kalau rugi lagi hina
kalau mata masih buta
cahaya yang menutup kebenaran
laba disangka rahmat
b silau pandangan
Dan untung dalam jangkaan
Langkah tiba-tiba rebah
Iman jadi parah
Cahaya menutup kebenaran
Laba bukan tuan
Tapi laknat tuhan
Berupa racun bersalut madu.
Menutup cahaya kebenaran
Maju bukan untung
Untung pula bukan laba
Untung dikatakan laba
Zahirnya rahmat hakikatnya istidraj
dari jumlah yang tak terhitung
karam terus dilautan riba.
Bukan tidak indah pada berniaga
Berniaga sunah nabi
Berniaga gudang rezeki
Gudang amal dan gudang bakti
Berniaga
Macam menanam benih
Kalau asalnya dari dosa
Bercambahlah pohon dan bunganya
Walaupun nampak wangi
Tetap menjadi racun sepanjang masa
Takutlah
Kalau berniaga tak jadi pahala
Semuanya serba tak kena
Siang terasa hina
Malam dihimpit derita
orang berniaga mencari Allah
tak ada ruginya
andai kurang lebih takwanya
untung pula menjadi sedakah
tak ada susahnya
tak ada payahnya
banyak barakahnya
banyak lagi pasrahnya.
26.Kebenaran itu dirasai dengan hati,bukan dangan mata.

27.
SATU SAHAJA DOAKU MALAM INI
Ramadhan..
hari-hari yang kulalui
tidak terasa detiknya berlalu pergi
cahaya bulan dan matahari
sama sahaja dirasai..
kuntum-kuntum malam
kian mekar mewangi
ditiup angin menghembus ke hati
dan cahaya cinta pun menyala
dikamar dinginku
untuk dirasai kehangatannya
sujud,doa,zikir padamu Ilahi.
tiba-tiba..
kamarku gelap membahang
seribu rasa menerjah di dada
bumiku...
masjidku...
saudaraku..
terkais dalam siksa
berbuka dengan deraian air mata
peluru bagai tabuh di balairaya
ya Ilahi...
satu sahaja doaku malam ini
merdekalah anak-anak bumi ini
dengan kemenangan yang dekat
limpahan keberkatan israk dan mikraj
teman..
kau asyik bertanya
bumi mana lagi
kalau bukan Al-Aqsa yang tercinta.
28.
HPA SEBELAS TAHUN DALAM PERJUANGAN
perjalanan ini bagai menungkah di air deras
batu-batu berlumut
dan jeram curam
makin menyukarkan kaki untuk melangkah
kawan...
kita cuma ada satu pilihan
pegang tangan bersama
biar sama-sama erat ...

pandang wajah satu persatu


ikat mati dengan hati
agar simpulan tidak terbuka lagi
ayuh...
kita melangkah dengan penuh hati hati..
29.
POTENSI UNTUK BERJAYA
Potensi ialah sesuatu keupayaan yang tersembunyi dalam diri manusia
dan ia akan dapat dilihat apabila individu tersebut melakukan sesuatu
pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh.Disinilah perananya seorang
pemimpin berusaha mengeluar dan memperlihatkan potensi yang dimiliki
oleh anak kepimpinanya.Dalam peniagaan MLM keupayaan untuk
mencungkil potensi downline sangat diperlukan sehinggakan seorang
pemimpin berjaya melahirkan insan-insan saepertinya.
Kerja pemimpin sebenarnya ialah untuk membangunkan potensi setiap
downlinenya kerana apabila potensi itu berjaya dikeluarkan ibarat kereta
yang telah dihidupkan enjin nya tunggu arahan sahaja.Potensi yang perlu
dibangunkan ialah potensi "keyakinan" kerana tanpa yakin individu itu
tidak akan berjaya.Ramai yang berhenti kerja untuk bersama-sama
peniagaan HPA 100% telah menikmati hidup yang jauh lebih baik dari
sebelumnya.Ini adalah hadiah dari sebuah keyakinan.
Keyakinan itu ialah membenarkan apa yang dilihat dan didengar tetapi
jangan sampai anda menjadi "terdorong untuk yakin" kerana ini
merupakan semangat semata-mata.Berapa lama semangat boleh
bertahan dalam diri , mungkin 1 minggu,kemudian? pelahan-lahan ia akan
mundur kebelakang dan mulai ragu dengan jalan yang di pilih.
Orang yang melakukan pekerjaan dengan semangat semata-mata berbeza
dengan orang yang menggunakan potensi dirinya untuk
berjaya.kebolehanya apa sahaja dicurahkan sehingga dia dilihat sering
lebih bersedia dalam semua hal bukanya perlu diingatkan dalam semua
hal.Kalau bagitu bolehlah kita katakan potensi itu merupakan pembakar
tenaga dalaman untuk bergerak kepada cahaya kejayaan.InsyaAllah.
30
BUKAN RATAPAN
Usahawan bukanya manusia yang hanya akan menanti untuk meratapi
suratan ilahi.Tetapi usahawan memilih takdir berdiri sebagai lelaki
bermaruah.Menebus segala kegelapan dengan hati yang penuh
pasrah.Kerana ini usahawan hatinya terus menyala miskipun tubuhnya
longlai disambar masa.Matanya jauh memandang ladang usaha bukan
hanya untuk memenuhi kocek nya yang kadangkala tiada tapi untuk
menyediakan sebuah peluang pada mereka yang tidak ada apa-apa.
Mati orang berjuang lebih mulia dari hidupnya seorang pelarian.Bagitulah
usahawan merempuh cabaran.bukan mengharap penuh ratapan...tapi
bersedia untuk semua kemungkinan walaupun tubuh dan mata tak upaya
lagi digerakan.

31
JALAN HIDUP
Jalan hidup..
bukanya jalan mati
tapi simpangnya banyak...
sedangkan penunjuk arah
kadangkala telah patah
jalan hidup
bukanya lebuhraya satu arah
tanpa susur keluar
walaupun kadangkala agak jauh juga mencarinya
jalan hidup...
tetap sahaja ada pilihan
kejalan biasa
banyak tempat bertanya
lambat sampainya.
32
PERJUANGAN
(salam pada semua ahli-ahli HPA yang terus berjuang memasarkan produk
Halal)
Kiranya ...
kau bisa memahami
apakah ertinya sebuah perjuangan
tentunya kau tidak akan bertanya
masa sunyi yang kau rasakan itu
masihkah ada lagi sisa -sisa cinta
cuma kita sering terpisah
pada waktu yang cepat berlalu
kuntum-kuntum bunga tak sempat lagi
kukutip untukmu
buat pengubat rindu
bersabarlah..
kerana kebahagian itu berada
dibalik sebuah perjuangan
33
PERJUANGAN II
(khas untuk semua staf-staf HPA ,di posisi mana anda berada)
Pejuang ...
kau masih tetap menanti
sebuah keberhasilan dari langkahmu yang tidak mati

miskipun parut lama dan luka baru terus berdarah.


Kekadang bagaikan menanti masa untuk rebah
Aduhai..pejuang
Di dadamu seribu rasa
yang sukar di beri erti
dibalik senyuman
tapi ...
kau sahaja yang mengerti
34
BERAT MATA MEMANDANG
Berat lagi bahu yang memikul tugas dan tanggungjawab bagi menjana
ekonomi ummah.Bila anda melihat HPA mula merancang untuk menguasai
produk halal dipasaran,lakukanlah apa sahaja yang termampu bagi
menungkat segala kelemahanya.Memperelokan bukan mencari kecacatan
untuk disebar ke sana-sini.
Terfikirkah kita sejak dari dulu lagi kita makan dan minum sesuatu yang
belum tentu halalnya.Sumber bahannya yang tidak jelas dari mana
pembuatanya.Hari ini diberi status halal,esok pula ditarik kembali.
Syukur,Dicelah-celah kehidupan itu lahirnya satu wadah baru yang
didokongi lebih dari 450,000 orang ahli yang di kenali sebagai HPA.HPA
membawa sebuah perjuangan yang dinanti-nantikan iaitu "produk halal
tanggungjawab bersama".
HPA bukannya mengambil peluang pada pasaran halal yang diperkatakan
orang hari ini tetapi HPA melihat sebagai tanggungjawab yang wajib
dilaksanakan.Penyertaan HPA di MIHAS juga tidak bertujuan mencari
pasaran luar tetapi sekadar meramaikan program yang menguntungkan
ummah.Kita bersungguh dalam hal ini bukan kerana kesempatan tetapi
kerana amanah yang perlu dilaksanakan.
Namun bagitu menyediakan perancangan dari peringkat "belum jadi"
kepada produk siap bukanya semudah membuat goreng pisang ditepi
jalan tetapi penuh dengan ujian yang meminta kesabaran.Kesabaran dari
pekerja,ahli dan keluarga.Tidak upaya kaki melangkah tanpa bantuan
teman-teman dan ahli-ahli yang setia sekata kerana perjuangan ini
memerlukan seribu rasa kebersamaan.Bukit sama didaki,lurah sama di
turuni.Berat sama kita tanggung dan ringan sama kita jinjing.
Ayuh..kita sama-sama membantu HPA walau dimana posisi mana anda
berada.InsyaAllah.
35
KENAPA GAGAL DALAM MLM

Faktor sikap banyak mempengaruhi kejayaan sesaorang dalam


MLM.Berfikir bahawa MLM merupakan peniagaan yang mudah,tak perlu
modal,boleh buat bila-bila masa menjadikan sesaorang individu itu gagal
mencapai kejayaan.MLM ialah kerja profesional yang memerlukan daya
fikir yang tinggi untuk mengunakan ruang pasaran yang sedia ada
walaupun telah padat dengan seribu produk
Orang yang selalu memikirkan MLM sesuatu yang mudah sering terkena
kejutan apabila beberapa bulan pertama masih tidak membuahkan
kejayaan.Oleh sebab itu ia memerlukan bimbingan dari up line yang telah
masak dalam asam garam bisnis MLM.
Jangan permudahkan bisnis ini tetapi belajarlah dari bawah,berani untuk
bermula dari awal walaupun dahulu kita adalah penjawat jawatan awam
yang tinggi.Menghaziri program MLM dengan rasa rendah diri kerana
kejayaan tidak pernah bertanya siapa kita sebelum ini.Tidak ada jalan
mudah dalam peniagaan MLM dan jangan terperangkap dengan sistem
lambakan barang bagi mengejar pangkat dan bonus kerana kaedah ini
seperti mendirikan rumah di atas tanah gambut.
Bila sudah menjadi leader,pindahkan semua kemahiran anda untuk
melahirkan seribu leader berwibawa dibawah anda.Anda akan terhibur
apabila cara dan kaedah anda digunakan untuk mencapai kejayaan
bersama.Amin.
36
TASAUF DAN ILMU SAIKOLOGI
Tasauf mengajar manusia mengenal dirinya sendiri kerana dengan jalan
itu dia akan lebih kuat berusaha kearah kehambaan.Manakala ilmu
saikologi pula lebih menjurus kepada cubaan mengenal orang lain dan
lebih cenderong menjadi penganalisa manusia dihadapanya.Dua bidang
ini sangat terkait dengan perkerjaan hati tetapi mempunyai natijah yang
berbeza.
Tasauf membawa rasa takut dan harap pada setiap saat manakala ilmu
saikologi membawa kepada rasa tahu dan hebat pada diri sendiri.Cabang
daripada ilmu saikologi lahirlah keupayaan sesaorang untuk "scan" atau
membaca sesaorang yang berada dihadapan.Kesemuanya itu di
sembunyikan dalam istilah-istilah yang hebat seperti "kashaf" dan
"Firasat".Padahal tidak lebih dari ilmu saikologi berdasarkan pengalaman
dan tekaan semata-mata.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? kerana ada unsur pengagungan
kepada keperibadian tokoh.Tokoh itu diangkat sehingga walaupun
bercanggah dengan syariat pun tetap dipertahankan.Kadangkala tokohtokoh yang di katakan hebat itu tidak melakukan solat jumaat,tidak solat
berjamaah,tidak membantu amal ma'ruf dan nahi mungkar,lebih asyik
dengan melayan datok-datok yang datang dengan pelbagai agenda dunia.
Jangan cuba masuk kedalam ruangan sempit yang inginkan pujian
manusia.Puji diatas kelebihan luarbiasa dari orang lain kerana

kesemuanya itu tidak membantu hati anda untuk lebih hampir dengan
Allah.Banyaknya beribadat belum tentu jalanya benar jika syariat yang
lain dilepas satu persatu.Beribadat kerana mahukan kelebihan dan habuan
dunia sedangkan amalan yang ditinggalkan Rasululah saw di
kesampingkan.Banyak wirid wirid kelebihan bermain dihujung tasbihnya
sedangkan wirid-wirid dari hadis sohih tidak dihiraukan.Ini semua kerana
mahukan habuan dan kelebihan dunia yang tersembunyi dibalik ungkapan
kata-kata yang indah.Wallahualam.
37
MASUK HPA KERANA PERJUANGAN
"saya memang tak minat MLM tapi saya bersama HPA kerana
perjuanganya untuk menjadi pengeluar produk Halal"Itulah satu ungkapan
yang biasa saya dengar disana-sini.Alhamdulillah kerana niat itulah yang
akan menentukan perjalanan kita bersama HPA.Kita tenang disini bersama
teman-teman yang tidak rakus dengan dunia tetapi menjadi peniagaan
sebagai keluarga besar untuk menikmati hidangan bersama.
Jangan lupa orang miskin yang berada dikeliling kita.mereka tidak upaya
lantaran beberapa kelemahan yang ada pada diri sendiri.Paling minimun
warga HPA menjadikan produk ini sebagai pilihan keluarga dan jika
mampu perjuangkanlah sebagai satu sumber pendapatan.
Bantulah HPA walaupun dengan secawan kopi.
38
SANG HERBALIS
Tahukah tuan
Siapa sang herbalis itu
Herbalis bukanlah perawat biasa
Dia tidak berada di bilik-bilik rumah sakit
Dia tidak berada di ruang-ruang pekantoran
Sebab
Dia tidak terkungkung
Dalam ruang dan waktu
Tahukah tuan
Siapa sang herbalis itu
Dia adalah manusia yang merawat hati
39
INILAH YANG DICARI
Permulaan jalanmu dengan mengenal Allah
Kenali dirimu; engkaukan mengenal Allah...

Tanyalah pada dirimu, mengapa setiap yang hidup pasti


menemui kematian
Tanyakan pada dirimu, mengapa fitrah manusia itu cenderung
kpd kebaikan dan membenci kejahatan. Biarpun engkau suka
melakukan kejahatan, namun kami pasti engkau tiada suka
diperlakukan sedemikian.
Tanyakanlah pada dirimu, mengapa setiap kejahatan itu
terkadang engkau lihat terbalas di dunia & mengapa
keinginanmu terkadang cepat terkabul sedang engkau tidak
menyedari siapakah yang mendengar rintihan hatimu itu.
Namun kebanyakannya terhenti pada alasan sebuah kebetulan

Tiadalah sia-sia setiap yang berlaku


Ketahuilah diketika engkau lapar didalam perut ibumu, lalu
siapakah yang memberi engkau makan? Tuhanmu mengaturkan
segala urusanmu, lalu mengapakah diketika engkau dewasa,
engkau mahu mengatur urusan Tuhanmu?
40
PANTUN NASIHAT
Bagai kuda berlari kencang
gemercik api dicelah jari
medan terbuka HPA berdagang
memerah keringat sehari-hari.
terbang tinggi siburung helang
menahan lukah di hujung baruh
miskipun berat mata memandang
patah sayap bertungkat paruh.
anak semut mati terhimpit
dicelah batu diwaktu petang
lidah kelu hati menjerit
mengharap ummat semakin matang
tupai melompat diatas dahan
ketawa riuh kumpulan kedidi
apalah nasib umat pilihan
menjadi pengemis di negeri sendiri.
41
MAULIDUR RASUL
Masih terasa kehangatan perjuangan Rasul,membelah badai mengharung
ombak,berhempas pulas bagi mengembalikan tujuan kehidupan didunia
walaupun sesempit ruang batas waktu yang boleh dihitung masa dan
detiknya.Inilah sosok tubuh yang menjadi sanjungan pada mereka yang
terbuka matahati,terpaku pada saat kehidupan yang sangat harmonis
sehinggakan dirasakan oleh setiap orang yang mendampinginya.Rasa
dihargai,manis bahasa bagai halwa ditelan jauh-jauh menerbit cinta yang

tidak berbelah bahagi.Dia kaya ditengah-tengah orang kaya,tidak


memerlukan baki pada dunia,seadanya dan miskin dikalangan orang
miskin namun tidak pernah meminta pada makhluk.
Aku jadikan dia insan paling tercinta mengalahkan cinta pada diri,keluarga
dan apatah lagi peniagaan yang tetap menjadi jambatan aku padanya.Di
atas perasaan inilah tubuh tidak pernah kalah dengan seribu ujian dan
rasa miskipun kekadang dipandang serong sebagai pemburu buih-buih
dunia yang hampa.Aku dibantu disegenap penjuru oleh teman-teman yang
mampu menembusi hati dan perasaanku sama berjuangan sambil jari
terus membilang apa lagi yang perlu kita lakukan untuk menampung
kebocoran pada ummat akhir zaman ini.
Biarkan semua orang bercuti kerana menyambut hari mauludmu tapi aku
akan terus bekerja kerana menyambut seruanmu.Aku bersalawat dan
mengingati Rasul ditengah medan yang sedang sengit berjuang dan
bersalawatlah kalian di masjid dan surau nanti selesai, makan dan
minumlah dari bingkisan halal kirimanku itu.Medan berkata-kata tak sama
dengan medan beramal lantaran itu lebih ramai memilih untuk menjadi
pemidato dari manjadi dai produk halal.
Ya..Allah saksikanlah perjuanganku ini adalah bunga cintaku pada
Rasulmu.Salawat dan salam untuk Rasul pilihan dan segenap tubuhku
menyaksikan kecintaan ini yang tidak akan padam padam.
Marilah teman,kita nyalakan api yang telah padam miskipun kekadang
kaki tersadung batu dan duri tajam.Miskipun kau merangkak teruskan
perjalanan kegarisan , disana menanti sebuah senyuman dari Rasul pilihan
yang sentiasa berdoa untuk kau gagah melangkah dan terus
melangkah.Doakan aku juga tidak gugur dipertengah jalan.Amin Ya Rab.
42
KHALIFAH FIL ARDH
Kalau mahu jadi Khalifah fil ardh berpeganglah pada 3 kekuatan iaitu
kekuatan aqidah,kekuatan ekonomi dan kekuatan akhlaq yang
mulia.Kekuatan aqidah akan menjana kehidupan hamba yang bebas dari
rasa kebimbangan pada apa jua persoalan hidup kerana jelas jalan yang
dipilihnya adalah keredhaan ilahi.Sekuat mana dugaan yang mendatang
dilihatnya tak ubah seperti debu-debu halus yang melekat pada
pakaian.Kemanisan itu terbit dari hati yang sedang luka tersepit.Padanya
janji tuhan itu sahaja yang pasti sekalipun dia tidak mengerti kenapa jadi
bagitu dan bagini.
Kekuatan Ekonomi pula menjadikan dia seorang pemimpin pada mata
dunia .Zaman akhir kini perlukan benda juga untuk menakluki hati yang
telah mati namun jangan sampai benda terlekat pada hati nanti ia akan
menjadi sombong dan lupa diri.Jika benda diletakan pada telapak
tangan,benar-benar ia akan menjadi ubat buat menyembuhkan penyakit
cinta dunia dan takut mati.
Akhlaq pula bagai lampu terang yang menyuluh dan sesiapa yang nampak
cahayannya akan datang kerana ia adalah sebuah keperluan.Akhlaq
bukanya membuang kehidupan tetapi mengambil kehidupan dengan jalan
yang sangat terhormat.Ia menerbitkan rasa cinta dan sayang pada semua
Insan lebih lebih lagi dizaman yang sudah hilang contuh seperti akhlaq

Nabi.Akhlaq sebenarnya buah dari pohon takwa yang dasarnya


menunjang tauhidnya kedalam bumi ma'rifah.Tidak mampu bagi tubuh
kasar untuk menyelaminya melaikan dia sebuah hadiah dari tuhan yang
mengenalinya.Beruntunglah sesiapa yang mampu sampai kesitu.
43
Tadzkirah Pagi
Mengisi perjuangan hari ini marilah kita berazam untuk mengajak
seberapa ramai mereka yang belum mengenali HPA bergabung tenaga
bagi mengenapkan sejuta ahli.Nasihatilah saudara-saudaramu yang masih
lagi melibatkan diri dengan mlm yang terdapat peniagaan haram(arak)
didalamnya. Produk Amerika yang menjadi sekutu Yahudi membunuh
ummat dimana sahaja berada. Binalah kekuatan dengan Islam nescaya
semua makhluk didunia akan selamat. Peniagaan akan selamat,kuat dan
kebal dengan ujian dari masa kesemasa.Kita telah buktikan sesudah usia
menjejaki tahun ke 12, HPA mampu bertahan dengan peniagaan yang
dahulunya sering dipandang remeh oleh massa.
Kita bukan mendabik dada tetapi kita ingin menyebut kemuliaan dan
kekuatan yang ada pada HPA ialah kerana Islamnya. Maaf pada tuan-tuan
guru yang turut menyelar HPA, mempertikaikan isi hati kami kerana selagi
kita tidak bersama semua ucapan akan disalah ertikan. HPA mewawarkan
solat Dhuha dan Al Ma'thurat bukan tujuan riak tetapi sebagai reaksi balas
kepada amalan pagi morning prayer(korea dan jepun),
Senamrobik(pejabat kerajaan), yoga, reiki dan kini muncul pula senaman
dari tarian poco-poco.
Ketika orang tidak berbangga dengan amalan Islam, HPA mengiklankan
kembali agar masyarakat tersedar seperti tindakan Sultan Nuruddin Al
Zinki menghidupkan pujian-pujian kepada Nabi melalui nyanyian seperti
maulid dan berzanji. Saat hati umat umat Islam telah mati dan sedang
diserang oleh kuasa besar monggul ketika itu tidak wajar amalan-amalan
itu pula dibahas dalam kuliah ilmu dimasjid sedangkah hampir seluruh
Syam telah jatuh ketangan Monggul.
Apa yang lebih penting ulamak perlu bergabung bersama HPA dengan hati
dan perasaan tanpa membuang statusnya agar kembali dunia dagang ,
tempat imam-imam besar mencari rezeki halal.
44
GERHANA MATAHARI
Semalam kita sama-sama menyaksikan berlakunya gerhana matahari dan
warga HPA di Perlis sempat mengerjakan solat gerhana yang diimamkan
oleh ustaz Adnan Fadzil, Pengurus Pentadbiran HPA Industries Sdn Bhd.
Solat gerhana agak berbeza sedikit dengan solat biasa kerana selepas
rukuk ,i'tidal,baca fatihah semula dan rukuk semula,i'tidal dan barulah
sujud.Bagitulah juga dilakukan pada kali yang kedua.2 kali rukuk,2 kali
fatihah dan dua kali bacaan surah. Selesai solat diadakan khutbah
mengingati tentang kebesaran Allah sebagai pengatur alam semesta ini.

Dizaman Rasullulah saw gerhana matahari berlaku pada hari kematian


Ibrahim anak Rasulullah saw. Timbul desas desus menyatakan matahari
juga turut berduka dengan kematian Ibrahim sehinggalah Rasulullah saw
membetulkan kembali pegangan ini dengan menyatakan "gerhana
matahari tidak ada kena mengena dengan kematian sesiapapun".
Dari sini marilah kita membersihkan aqidah dari sering mengaitkan
berlakunya sesuatu kerana sebab itu dan ini sedangkan itu cuma ramalan
yang tidak ada nas dan dalil.Cukuplah kita menyatakan "Hanya kepada
Allah tempat aku berserah".Mungkin sesuatu yang kita tidak suka
sebenarnya baik untuk kita.Jauhi dari tukang ramal,nujum,bomoh,orang
yang mengaku kasyaf,orang yang suka "scan",orang yang suka menyebut
perkara yang akan datang bagi memperlihatkan kehebatan dirinya dan
lain-lain lagi.Semuanya itu akan mengelincirkan kaki kita dari jalan
kebenaran.Nauzubilllah.
45
BOIKOT
Sampai hari ini kemarahan umat Islam kepada regim zionis Yahudi
laknatullah membuak-buak dan lantaran kekejaman yang dilakukan tidak
layak mereka di panggil manusia.Kejahatan dan primitif mereka
mengalahkan haiwan di rimba atau manusia yang hidup dizaman
batu.Suara laungan dari dunia bagaikan tepuk sorak kepada mereka untuk
terus bermain bunga api di Genting Gaza.
Rakyat Malaysia yang perihatin menyuarakan pandangan agar tindakan
memboikot ekonomi Yahudi dan produk Amerika di teruskan walaupun KFC
dan MILO terus mengencarkan serangan iklan di media elotronik.Boikot
produk Amerika nampaknya masih belum memberikan kesan malah
dicelah-celah itu pula muncul suara yang mengujudkan keraguan tentang
nasib pekerja-pekerja jika penigaan yahudi ini ditutup.
Bagi saya kebangkitan ini perlu datang dari "institusi ulamak" kerana
perubahan atau memboikot produk yahudi dan Amerika mestilah muncul
dari keimanan kepada Allah dan Rasul.Jika datang dari keimanan kepada
Allah dan Rasul ,dengan sendiri mereka yang telah bekerja disyarikat
yahudi sanggup melepaskan jawatan demi sebuah perjuangan.
Ulamak juga perlu tampil meniupkan ruh ummat yang sekian lama telah
mati untuk berjuang kerana Ugama.Inilah medan untuk kita buktikan
sejauh mana keimanan kepada Allah yang bersifat "Ar-Razaq" (pemberi
rezeki).Ini juga mengingatkan kita tentang maksud ucapan Rasululah saw
pada Bilal "Infaqlah wahai bilal sesunguhnya Allah ini memiliki arash yang
meliputi langit dan bumi".Boikot tidak akan berjaya ditengah-tengah
situasi "kelesuan ulamak dan kejahilan ummat."?umat yang sedang tidur
tidak akan bertindak miskipun api kian membakar seluruh rumahnya
selagi usaha mengejutkanya tidak dilakukan.
46
PENIAGAAN ADALAH PERJUANGAN

Melewati hari-hari yang telah lalu tanpa disedari kini kita telah berada
ditahun baru 1430 Hijrah / 2009 Masihi. Tahun ini merupakan tahun
penentuan kepada HPA untuk terus berenang ditengah-tengah samudra
kejatuhan ekonomi yang sedang membadai dunia.Kita tidak dapat
mengagak sekuat mana situasi ini akan mempengaruhi peniagaan MLMS
ini. Sesuatu yang sudah berlaku ialah banyak kilang-kilang yang telah
memberhentikan operasinya kerana pasaran exspot yang terjejas teruk.
Inilah nama perjuangan untuk mereka yang ingin membuktikan
setiakawan, diwaktu atau saat mencemaskan ribuan ahli HPA berhempas
pulas mempertahankan peniagaan ini bersama. Mereka menjadi benteng
yang kuat,tidak berganjak dari posisinya miskipun kadangkala terjatuh
akibat hentaman badai yang kian menggila. Saf dirapatkan menandakan
sedia untuk sama menghadapi apa jua situasinya. Mereka akan bertahan
sampai waktu yang tidak ada notahnya selagi ada bulan dan matahari dan
kepentingan HPA melebihi dari kepentingan diri sendiri.
Tahniah pada PJS Asri Hanafiah yang telah menamatkan perkhidmatanya
hari ini(dengan sektor kerajaan) untuk bersama HPA. Allah menjanjikan
rezeki kita semua.Amin.
48
LANGKASUKA ATAU LANGKADUKA?
Langkawi telah mengalami perubahan yang sangat besar terutama dalam
kejayaan menarik pelancung luar kepulau yang indah ini.Anda akan
tersentak melihat bangunan-bangunan yang indah dengan rekabentuk
yang sungguh mengkagumkan.
Malam hari pula akan menyaksikan kerlipan lampu-lampu yang berwarna
warni yang terang dan suram bagai hikayat 1001 malam.Inilah namanya
pembangunan tetapi jangan ditanya siapakah pemilik bangunan dan
kedai-kedai tersebut.Bila anda berjalan di Pantai Cenang terutama diwaktu
malam anda akan terasa seperti orang asing yang datang kenegara
barat.Anak-anak tempatan yang dahulunya tak pandai bercakap orang
putih kini sudah boleh berbual dengan baiknya.Kedai minuman arak juga
diiklan dengan gahnya menandakan satu temadun yang telah mula
diterima.
Sempat juga aku menjejaki pasir putih tempat qiamulai warga HPA
10tahun yang telah lalu.Terasa betapa indahnya pada ketika itu,malam
yang langitnya ditaburi bintang menjadi saksi alunan zikir munajat
mengikut deruan ombak yang menghempas dipantai.
kini Langkawi bukan lagi langkasuka pada orang sepertiku malah langkawi
kini menempah sejarah baru lebih dahsyat dari sumpahan Mahsuri Pandak
Mayah kesah lagenda yang ditambah-tambah.Langkawi bukan lagi padang
jarak padang tekukur tetapi Langkawi kini benar-benar menjadi tempat
penjualan arak dan kegiatan pelacur.Aduhai...aku terus berduka di
Langkasuka ketenangan yang dicari menghasilkan sebuah kesedaran
untuk bangkit merebut pasaran ummah.Marilah bersama kami
wahai..mereka yang punya hati seperti kami.
Dihantar JawiHerbShop Pada Friday, December 12, 2008

49
KENAPA GINSENG MENJADI TERKENAL?
Apabila kita menyatakan tentang ginseng,ada beberapa buah negara yang
menjadi pengeluar utamanya iaitu Korea,China dan Amerika.Ginseng
sebenarnya telah diamalkan sejak ribuan tahun lagi dan kini telah
dikeluarkan dalam pelbagai produk harian.Persoalanya kenapa Ginseng
menjadi terkenal?
Selain daripada liputan luas dan promosi tentang khasiat ginseng
dipasaran antarabangsa,masih terdapat satu kekuatan yang sebenar iaitu
ginseng adalah herba yang sangat baik untuk kesihatan.Jika anda
mengunjungi negara seperti China dan Korea,mereka akan menyambut
tetamu dengan minuman ginseng.Bagi mereka ini merupakan adat turun
temurun yang menjadi amalan bangsa mereka.
Bagitu juga di Malaysia,Satu perubahan yang besar sedang berlaku dalam
pasaran masakini.Samada ia disedari atau tidak kopi radix mulai menjadi
produk pilihan pengguna di kota maupun desa.Dalam survey yang telah
saya lakukan hampir 80% penduduk negara ni mengenali kopi Radix .Bagi
peniaga produk HPA pula menunjukan 100% meminum kopi Radix dan
meninggalkan minuman yang lain dirumah.Jika kita bertanya pada
kelompok kajian ini kenapa mereka menjadikan kopi radix sudah menjadi
minuman harian mereka.
jawapan yang saya terima kerana khasiatnya yang benar-benar dapat
dirasai.selain daripada rasanya yang unik.Jawapan ini sama dengan
jawapan yang diberikan oleh penduduk di korea dan China tentang
ginseng.Oleh sebab itu saya berkeyakinan bahawa pengguna dan
pengemar kopi Radix akan semakin bertambah dari hari kehari dan akan
menjadi minuman paling porpular di Malaysia dan dunia setanding dengan
ginseng atau mungkin lebih daripada itu disuatu hari nanti.InsyaAllah.
Tahniah kepada semua ahli dan pengedar HPA yang berjuang
memperkenalkan kopi ini sebagai satu pilihan utama.tk
50
BANGKIT MEREBUT PASARAN
Masa ekonomi negara dikatakan akan merudum pada ketika itu pengguna
akan sangat berhati hati membuat pilihan barang namun mereka akan
tetap membeli.Oleh sebab itu kita,seluruh usahawan HPA akan bangkit
untuk merebut pasaran tersebut.Kita mempunyai pelbagai kelebihan bagi
mendapatkan pasaran tersebut seperti
1. produk halal
2. harga yang sepadan dgn pasaran
3. standard yang diakui
4. nama HPA yang telah dikenali.
menggunakan kekuatan ini,kita gempur pasaran sampai ke pondok kecil
ditepi hutan bagi menyebarkan risalah produk kita.saya yakin pengguna
akan memilih kita kerana keikhlasan dan kesungguhan yang telah
ditunjukan.Siapakan usahawan HPA yang paling awal untuk sampaikan
amanah ini di pelusuk kampung yang jauh.Kalau Pak Habib daripada
Batam mengembara di rumah panjang sarawak menyampaikan usaha ini

kenapa kita tidak boleh mengubah hadlaju perjuangan.Jangan biarkan ada


peniagaan lain yang berjaya memintas kelajuan kita selama ini.Teruskan
dengan Izin Allah.
51
SAJAK DI DEWAN PURI PUJANGGA UKM 1998
Puri Pujangga
sungguh hari ini
kami datang lagi mengutip dedaunan yang luruh
dari pusaka ninda yang terbuang
agar jangan hilang ditelan zaman. (Hj Zahir dan Hj Mokhtar - tentu tidak
lupa)
52
BACK TO BASIC
HPA adalah singkatan Herba Penawar Al Wahida.Kita adalah pelupor
pengubatan herba dinegara ini. Jangan sampai kegairahan kita dalam
peniagaan produk harian menjadikan kita lupa matlamat untuk melahirkan
usahawan herbalis. PBC menjana bagi melahirkan usahawan yang dinamik
dan proaktif sementara PIC pula menjana bagi kelahiran herbalis yang
menguasai ilmu perawatan. Selagi ada manusia diatas muka bumi ini,
sekali-kali tidak akan habis pemintaan untuk pengubatan. Sayang sekali
jika kita boleh berjaya mendapat pangkat "PENGARAH" tetapi tidak
mengenal seni penyembuhan dalam pengubatan jawi.
Kembalilah kepada kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh mlm HPA dan
jangan sampai orang lain mengambil alih posisi pengubatan herba.
Hadirlah PIC dan KPJ dengan tekun. InsyaAllah leader yang lahir hari ini
hasil dari kecintaan mereka pada perubatan herba pada masa dahulu.
53
"JANGAN KAU TAHAN HAK ALLAH PADAKU"
Kenapa tak mahu menyusu anak sendiri? anak yang datang dari darah
daging ibu dan ayahnya sepatutnya tidak ditahan haknya pada rezeki
itu.Penahanan hak anak akan dituntut diakhirat kelak dan si ibu maupun
bapa perlu menyediakan penjelasan yang membolehkan mereka berlepas
diri dari mahkamah Allah yang Maha Adil.
Mari kita sama-sama menyemak apakah terdapat hadis-hadis yang
menerangkan berupa siksa pada ibu yang enggan memberikan hak
anaknya itu.Anak kecil yang tidak tahu memprotes langsung memberi
kepercayaan pada si ibu tetapi bukan susu segar dari tubuh ibu yang
diberikan malah daripada susu tepung dengan pelbagai formula yang
diterima.
Anak itu terus meminumnya kerana disangkan itu adalah susu ibunya tapi
hari ini anak tersebut sudah tidak berkata-kata lagi kerana ternyata susu
tepung itu mengandungi racun yang membunuh manusia.

Oh..ibu..."jangan kau tahan Hak Allah padaku"


Susu ibu penyubur kesih sayang,cinta si anak sepanjang zaman.
Bagi mereka yang tidak banyak susu InsyaAllah minumlah set bersalin
HPA ditambahi spirulina dan omega 3.InsyaAllah.
54
BREASTFEEDING THE CHILDREN
A woman has the obligation of breast feeding her children for up to two
complete years. Allah says: "Mothers should nurse their children two
complete years-- for whosoever desires to complete the nursing term." (Al
Baqarah 2:233)
A woman may not forsake this important obligation unless she has an
ISLAMICALLY acceptable excuse, such as a genuine medial problem.
Women who deny their children their nursing rights are liable to
punishment in the grave and in the Hereafter.
Abu Umamah al-Bahili reported that Allah's Messenger (saw) said:
"While I was sleeping, two men (angels) came to me, held my upper arms,
and took me to a rough mountain. They said," Climb." I said," I cannot
climb it."
They said, " We will make it easy for you."
He continued: " So I ascended until I reached a high place in the mountain.
I heard fierce cries and asked, " What are those cries?" The replied, " That
is the howling of the people of the Fire."
He continued: "We moved on until I saw some people who were suspended
by their Achilles' tendons, their cheeks cut and gushing blood. I asked,
"Who are those?" The replied, "Those are the ones who break their fast
when it is not permissible."
He continued: "We moved on until I saw people whowere awfully swollen,
and had the most foul stench and the most hideous appearance. I asked,"
Who are those?" He replied,"Those are the dead of the kuffar (on the
battlefield)."
He continued: "We moved on until I saw some people who were awfully
swollen, and had the most foul stench--their stench was like that of
gutters. I asked," Who are those?" The replied," Those are the male and
female adulterers."
He continued: "We moved on until I saw some women with snakes biting
at their breasts. I asked," Who are those?" The replied, " Those are the
women who deny their children their milk."
He continued: "We moved on until I saw boys playing between two rivers. I
asked," who are those?" The replied, " Those are the believers' offspring

(who die before puberty.)


Recorded by Ibn Khuzaymah (no.1986), Ibn Hibban and others. Verified to
be authentic by Sheikh Albani (Sahih ut-Targhib no.991)
55
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Dalam satu khutbah jumaat di Indonesia,khatib berkhutbah tentang halal
dan haram dalam makanan.Tiba-tiba nama HPA di sebut dalam khutbah.
"solusinya kembali kepada produk yang halal seperti contuh dari produk
HPA".Berulangkali dia menyebut nama HPA menyebabkan saya terfikir
kalaulah ulamak memainkan peranan bagini sudah tentu produk haram
tidak akan berada dipasaran.
Tidak ramai para ulamak yang berani menunjukan produk mana yang
halal dipasaran.Mereka hanya menyatakan soal halal dan haram tanpa
memberikan kesimpulan,sepatutnya produk mana yang perlu kita ambil
dan yang mana pula patut kita jauhi.Ini kononnya untuk menjaga imej
dirinya supaya tidak dikatakan mengambil kesempatan.Jadi...bila
masyarakat akan mengerti?
Lebih malang sekali rumah mereka dipenuhi dengan produk-produk yang
tidak halal dan mereka melarikan diri dari tangungjawab ini melalui
kaedah fekah yang mudah."jangan banyak bertanya"'.
Sampai bila akan jadi begini?
56
HUKUM MLM HARAM?
Terima kasih pada ahli HPA yang bertanyakan soalan tentang MLM HPA
dari kacamata Islam.
Terdahulu saya dengan rendah hati menyatakan isu ini merupakan isu
yang perlu diperbincangkan diperingkat para ulamak yang mempunyai
autoriti dalam bidang muamalah Islam.Ini mengelakan dari belakunya
kesalahan-kesalahan dalam mengeluarkan fatwa.(mengharamkan yang
halal)
Disudut pengurusan HPA ,kita amat berhati hati dengan hukum halal dan
haram dalam peniagaan kerana itulah matlamat penubuhan HPA iaitu
untuk mendapat keuntungan dunia akhirat.Diperingkat Awal keujudan
mlm HPA pada tahun 1997 lagi ,kaedah pembahagian bonus dalam HPA
telah diperbincangkan oleh jawatankuasa syariah yang telah dibentuk
.Mereka terdiri daripada ulamak haraki yang mempunyai keluasan ilmu
berhubung dengan sistem ekonomi Islam.Disini saya tulis dengan
perkataan ulamak haraki kerana bagi saya ulamak-ulamak haraki
memutuskan hukum bukan atas dasar kepentingan atau kedudukan
jawatan mereka.Kedua,mereka mendapat pendedahan yang luas dengan
perkembangan dunia hari ini kerana kesempitan ilmu menyebabkan fatwa
menjadi sempit dan jumud.

Apabila HPA ke Indonesia sekali lagi mlm HPA dibawa ke majlis ulamak
dibawah PKS(jamaah islam) dibawah pengendalian DR Salim yang kini
menjadi duta Indonesia di Saudi Arabia.MlM HPA diberi status MLMS(Multi
lavel marketing syariah)dan kami berpegang dengan pandangan ulamakulamak haraki ini sampai hari ini
Adapun kenyataan ust Zaharudin merupakan kenyataan umum bagi MLM
yang sedia ada dinegara kita dan lebih cenderong memperkatakan
tentang skim piramad.Namun bagitu teguranya yang ikhlas sepatutnya
diambil secara positif bagi membersihkan peniagaan MLM yang dipandang
negatif oleh sebahagian masyarakat kita.
Petikan kata-kata jawatankuasa syariah pada tahun 1997
"Kita tidak boleh mengharamkan sesuatu yang tidak jelas selagi
peniagaan itu tidak memberikan kemudaratan pada orang lain"
Salah satu hujah yang dibangkitkan ialah keuntungan pada generasi
kedua,ketiga dan seterusnya ,dikatakan mengambil untung atas angin.Ini
keyataan yang berbentuk pengiraan metamatik dan tidak berdasarkan
realiti peniagaan sebenarnya kerana jika anda menjadi pemimpin kepada
generasi anda,anda perlu memperuntukan keewangan yang cukup bagi
menjadikan downline anda aktif.Ini menolak pandangan sebahagian orang
yang menyatakan bahawa wang bonus itu hasil kerja orang lain dan itu
sama sekali tidak benar'
Jelaslah muamalah dalam HPA walaupun anda berada sbg upline sekiranya
anda tidak berkerja pasti anda tidak akan dapat bonusnya dan ini
diperluaskan dengan satu peraturan baru bagi ahli-ahli yang tidak aktif
selama 6 bulan boleh memohon untuk mendaftar semula dibawah
jaringan yang lain.
Berbeza dengan sistem piramid yang mengaut keuntungan daripada
generasi dibawah dan orang diatas akan sentiasa diatas (bonusnya)kerana
Dalam HPA down line boleh mendapat bonus melebihi dari up line
mengikut usaha yang di lakukan dalam bisnis ini.
Inilah yang kita sebutkan konsep KEADILAN dalam plan pemasaran HPA
dan inilah yang membezakan MLMS dan MLM biasa.
Teruskan perjuangan bersama HPA untuk merealisasikan impian kita
menjadi pengeluar produk halal untuk ummah yang semakin
terhimpit.Jangan sampai terjadi situasi ulamak sibuk memperkatakan
persoalan halal dan haram daging katak sedangkan gejala murtad
menjadi-jadi.Kini kita memiliki 180 produk halal dipasaran dan kita akan
pastikan setiap makanan yang masuk kemulut ummah dari sumber yang
halal dan bukan yang dihasilkan dari bikinin yahudi terlaknat.
Isu kedua yang mengharamkan MLM ialah bonus yang didapati oleh upline
hasil kerja downline pada generasi ke 2 ,ke 3 dan seterusnya kebawah.
Hujah: upline hanya servis pada downline generasi pertama ,oleh itu ia
hanya layak mendapat bonus tersebut tetapi pada downline kebawah
seterusnya tidak ada usaha dan ini menjadikan mereka hanya mengambil
bonus dari usaha orang lain.Bagi membayar bonus itu maka pengguna di

zalimi dengan harga yang tinggi.


Jawapan: Soal pengharaman ini berlaku apabila terdapat peningkatan
harga yang tinggi pada pengguna khususnya bagi memberi bonus pada
sistem MLM.Praktik dalam MLM HPA jauh berbeza dengan keedah
penetapan harga dalam sistem MLM biasa( harga kos x 5).Penetapan
harga di MLM HPA di ambil kira dari senilai harga produk dipasaran
konvensional.
Perbandingkan 180 items produk HPA yang dijual dipasaran.Walaupun
harganya sama dengan sistem penjualan konvensional namun bagitu
penyediaan produk HPA jauh lebih bermutu daripada produk biasa dengan
sijil GMP dan ISO.Dalam realiti bisnis situasi ini membayangkan HPA
MENGURANGI KEUNTUNGAN SYARIKAT BUAT DIBERIKAN KEPADA PARA
PENGEDARNYA DISEMUA GENERASI YANG ADA TANPA MENZALIMI
PENGGUNA.
Servis bukan bererti kita turun untuk menemui semua orang tetapi
termasuk servis ialah memberikan perhatian pada generasi pertama dan
generasi pertama pula melakukan servis pada generasi seterusnya.Secara
logiknya jika upline tidak melakukan servis pada generasi pertama maka
generasi kedua juga menjadi tidak aktif.
Wallahualam.
57
SIAPA AKU
Aku tahu sedari dulu
Dilahirkan kebumi sebagai khalifah
Untuk memerintah bukan diperintah
Membangunkan ummah
yang telah lama rebah
Mata terpejam
Tangan masih memintal harapan
Sudah seribu doa dan air penerang hati
Masih tidak mengubah segalanya
tetap leka dan bermimpi
menjadi kaya
Sesegera mie dalam kuali
Teman,
tolonglah aku menjerit pada mereka
Marilah kita bersolah
Disitulah adanya falah.
58
MUSAFIR
Wahai musafir pembawa kabilah dagang..
Di atas jalan inilah....
ada khabar orang dahulu

yang punya harta berjuta


kesemuanya di infakkan
dan Allah membeli dagangan mereka
tanpa ada satupun yang sisa.
Wahai musafir pembawa risalah dagang
di atas jalan inilah
ada berita yang menakutkan
kehancuran datang beriringan
sesudah munculnya ketamakan.
dan kini..
teruskan perjalananmu
dan pilihlah simpang mana yang kau mahu.
59
ILMU PELARIS ,
Peniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala
kebolehan untuk menawan hati pelanggan.Kegagalan berbuat demikian
menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya
maju.Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai
pasaran yang sedia ada.Siapakah yang akan menjadi pemenang
bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.
Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya
kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan
atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari.Oleh
sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan
sentiasa berpehak kepada peniagaan kita.Mereka yang berniaga tanpa
ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur
yang sangat sengit.Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan
untuk berjaya.Bagitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita
saksikan dari masa kesemasa.

Fahami maksud.
Saya tidak membawa maksud ilmu pelaris itu ialah segala jenis ilmu yang
boleh membawa manusia menjadi syirik kepada Allah.Ilmu pelaris yang
dimaksudkan ialah pengurusan peniagaan yang tersusun rapi
bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.Masyarakat primitive yang percaya
kepada kuasa batu,pokok,bulan dan bintang,gambar-gambar,rajah-rajah
dan sebagainya bukan sahaja tidak berjaya menjadi kuasa besar ekonomi
malah terpenjara dalam kepercayaan khurafat yang jauh
kesesatanya.Islam datang membawa cahaya penyuluh bagaimana untuk
menjadi seorang peniaga yang berjaya melalui akhlaq seorang Nabi
sebagai ikutan.Setiap nabi membawa profesionnya masing-masing dan
profesion nabi kita adalah seorang peniaga.Peniaga dan usahawan yang
ulung ditengah kekuatan ekonomi yang dikuasai oleh orang Yahudi seperti
masa kini.Benteng peniagaan Yahudi pecah dan hancur bila berhadapan
dengan keunikan peniagaan Islam.

Formula yang paling mudah untuk berjaya dalam dunia peniagaan ialah
percepatkan langkah menyusuri kembali jejak Rasullullah saw sebagai
jalan benar untuk kejayaan.

Takwa dan tawakkal asas dalam ilmu pelaris.


Firman Allah
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan
membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki
dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan
mencukupkan(keperluanya).
Surah At- Talaq: 2-3
Allah yang mempunyai nama Ar-Razak pemberi rezeki yang maha luas
menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini.Allah jualah
yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasaalahan walau
dipandang besar oleh manusia.Syaratnya manusia itu perlu mensucikan
Allah dari segala sekutu dan kepercayaan.Inilah pintu kejayaan yang
sudah ada jaminan daripada Allah.Tanpa takwa peniagaan bagaikan kapal
tanpa arah tujunya.Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan
peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan.Akhirnya peniagaan akan
runtuh satu persatu.Ini sangat berbeza dengan mereka yang
bertakwa.peribadinya kuat dan yakin dengan Allah.Tidak mudah berputus
asa serta memiliki motivasi dari dalam diri.Orang yang bertakwa melihat
jatuh bangun peniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari
pahala.Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan diwaktu
kegawatan dia akan bersabar.Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak
ada takwa.Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka
putus asa.Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam
sesuatu peniagaan.Andaikata kita telah pun bergelar jutawan ,itupun
masih tidak layak untuk diagung-agungkan persis anda melihat lukisan
yang sangat cantik,sudah tentu puji pujian hanya untuk Allah tuhan
sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.
Tawakkal
Rahsia ke dua yang perlu ada bagi menempah kejayaan ialah bergantung
kepada sejauhmana tawakkalnya pada Allah.Semakin kuat penyerahan diri
secara total kepada Allah semakin mudah orang berniaga akan mencapai
keuntungan.Apabila kita menyerahkan semuanya kepada perancangan
Allah nescaya Allah akan mengilhamkan jalan-jalan peniagaan yang
menguntungkan sama seperti burung yang keluar pagi dengan perut
kosong dan pulang dengan perut kenyang.
Tawakkal tidak boleh di buat kiraan pada logik kerana ini merupakan
persoalan iman yang tidak boleh di hitung dalam kiraan metematik.

60

Mencari ulamak pewaris Nabi.


Menghina ulamak merupakan kehinaan pada diri sendiri kerana ulamak
adalah pewaris para nabi. Ulamak-ulamak yang berjuang bagi penegakkan
hukum Allah swt menjadi penyelamat kepada aqidah ummat. Ulamak
mengajak manusia menjadikan Allah sebagai tuhan bukanya menjadikan
hamba kepada kebendaan dan pangkat.Mereka tidak pernah meminta
balasan daripada apa yang mereka perjuangkan melainkan agar Islam
diterima sepertimana ajaran Rasulullah saw.
Ulama tidak membawa manusia agar kagum pada dirinya sendiri dan
bagitu juga pengikut-pengikutnya. Mereka bertemu membicarakan
kelebihan yang ada dalam Islam bukanya membicarakan kelebihan guruguru mereka. Hari ini kita melihat keterbalikan ini,para murid sibuk
menceritakan kehebatan guru dan guru pula menerima sanjungan yang
bukan menjadi miliknya.
Jangan sekali-kali kita mengukur kehebatan guru itu dengan pekara ajaib
yang berlaku tetapi ukurlah dengan pegangannya kepada Al- Quran dan
as sunnah.
Ramai para ulamak yang tidak cenderung hati mereka pada ugama lantas
mereka tidak menghantar anak-anak meraka untuk mempelajari Islam
sepertimana diri mereka. Dari soal kecil sampai perkara besar boleh
dipertikaikan. Mereka mengahwini anak perempuan mereka dengan mas
kahwin yang tinggi dan masih lagi menjadikan upacara persandingan
sebagai hukum adat yang tidak boleh ditentang. Mereka masih boleh
tersenyum melihat anak-anak mereka memakai lipstick diatas pelamin
menjadi tuntunan awam. Jika berbicara sering bercakap tentang soal jin
dan buatan orang melebihi dari persoalan aqidah yang perlu
dipertahankan. Ini berbeza dengan ulamak yang ikhlas tetap memelihara
kesucian Islam dalam apa jua sudut kehidupan.Amin semoga kita menjadi
pengikut ulamak pewaris para nabi.

61

Usahawan HPA - jangan lupa zakat


Bila Allah memberikan kita kejayaan demi kejayaan,banyakanlah
muhasabah kerana dengan muhasabah kita tidak lupa pada tuntutan
zakat peniagaan.Dalam harta kita ada hak orang yang perlu dibahagibahagikan agar hati menjadi tenang dengan kegembiraan orang lain.2.5%
sahaja bukanya banyak jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang kita
telah kita terima.Berbahagialah dengan kewajiban ini yang mampu kita
laksanakan.
62
ayahku dalam kenangan.
Sudah lama tidak menziarahi makam ayah,tiba-tiba pagi ini kenangan
lama menerpa membuka kembali ingatan tika bersama.wajah redup ayah

menyimpan kesakitan dalam tempoh yang agak panjang.Namun dalam


keadaan duduk ayah tetap menjaga solat.Sendi-sendi yang membengkak
nampak merah dan ada yang mengeras seperti tulang tak upaya
dilakukan apa lagi .
Mungkin dari pengambilan ubatan antasid yang lama menjadikan kedua
buah pinggang ayah rosak dan doktor menyarankan menggunakan mesin
hemodilisis.Ayah berkeras namun masih lagi membenarkan tanganya
dimasukan tiup untuk tujuan tersebut pada bila-bila masa.Aku melihat
betapa sukarnya kerja-kerja doktor kerana ayah hanya tinggal tulang dan
kulit sahaja.Berat badan ayah juga disekitar 40kg tidak sukar aku
mengangkatnya ketika hendak mandi.Pada ketika itu usiaku juga masih
muda dan sama kuat dengan pemuda kampung yang boleh menanggung
segundi padi di bendang.
Dari sinilah kesedaranku muncul bagi mencari penawar terbaik dari
tumbuh-tumbuhan dan aku agak bernasib baik kerana keluarga dari
sebelah ibu memang telah lama terlibat dalam pengubatan herba.Ayah
juga mahu mengambil pegaga dan akar lalang yang aku sediakan dan
keadaan kesihatan ayah juga nampak ada sikit perubahan.Ayah
menggagahi diri berjalan pada waktu pagi untuk pesiapan mengerjakan
umrah dan haji walaupun selama ini ayah hanya berada diatas tilam
sahaja.
Tahun itu kami mengerjakan haji bersama.Di arafah aku lihat ayah terus
berdoa dengan linangan air mata Sepanjang musim haji kami sering
berdua menghabiskan masa dalam masjidil haram dan masjid
nabawi.Ayah nampak bagitu gembira kerana katanya kalau nak matipun
sudah sempurna ibadah haji dilakukan.Pulangnya dari Makkah,ayah tak
turun rumah lagi,ayah demam demam ringan dan tidak lama selepas itu
ayah meninggalkan aku ,keluarga dan dunia buat selama-lamanya.Sampai
hari ini doaku tidak pernah lupa pada ibu dan ayahku."Ya Allah semoga
aku bertemu lagi ayah di dalam jannah-jannah Allah yang sedang menanti
melalui jalan peniagaan ini .Amin.

63
Akad - ijab kabul
Ijab kabul merupakan isyarat persetujuan walaupun tidak ada ungkapan
suara.Sah jual beli jika sama-sama meredhoi dengan wang dan produk
yang bertukar tangan.Perubahan zaman yang canggih menyebabkan
keluasan fikh perlu diamalkan seperti sesaorang yang membeli minuman
dari petisejuk yang cuma memasukan wang siling.Kita memerlukan pakarpakar ekonomi Islam bagi membincangkan peniagaan hari ini berdasarkan
hukum-hukum syariat.
Jika ini dapat dilakukan saya meyikini kita akan dapat keluar daripada
kesempitan pandangan yang menyebabkan umat Islam terpinggir dari
arus ekonomi dunia.Akibat daripada inilah akhirnya Islam menjadi jumud
dan mundur untuk mentadbir dunia dengan Deen Ilahi.
64

Pulau Tuba tidak beracun.


Pulau Tuba sebuah pulau yang berhampiran dengan Pulau Langkawi tetapi
tak ramai pelancong kesana kerana kurang daya tarikan. Bagi HPA pulau
Tuba tidak sama dengan namanya kerana pokok tuba itu adalah sejenis
pokok beracun yang digunakan untuk meracun ikan di sungai dan
kolam.Hari ini Allah menghadiahkan Pulau tuba dengan hasil bumi
organiknya iaitu beras organik. Dengan kesepakatan antara Sirim, Jabatan
Pertanian dan LPP pulau ini telah berjaya menjadi kawasan pengeluaran
yang produktif.
Salah satu produk keluaran HPA dipasaran ialah beras organik yang
ditanam diPulau Tuba. Kini sudah sampai musimnya padi akan ditanam
lagi dan terima kasih kerana HPA dipanggil untuk sama bermesyuarat bagi
urusan pemasaran. Alhamdulilah.
65
Ke Langkawi lagi
Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati
tetapi tetap dicemari dengan budaya luar yang sangat asing lagi negatif.
Kedai-kedai minuman keras terdapat di kiri kanan jalan terutama di Pantai
Cenang , sebuah tempat berehat di persisiran pantai yang permai lagi
indah.
Satu lagi yang ingin saya tulis ialah usaha sekumpulan ahli budaya yang
ingin mementaskan drama pembunuhan Mahsuri dan sumpahan 7
keturunan menjadi padang jarak padang terkukur. Unsur pementasan
patut dilihat kembali kerana setiap kali sampai episod Mahsuri di tikam
dan bersumpah, ribut taufan akan kembali berlaku secara realiti. Saya
melihat terdapat unsur pemujaan seperti yang dilakukan di pulau Bali.
Setiap tahun bila sampai ke episod tersebut berlaku ribut taufan yang
kuat. Kenapa?
Inilah yang saya bimbangkan kerana kepercayaan kepada lagenda ini
membuat masyarakat lebih percaya tentang keramatnya Mahsuri dan arak
menjadi minuman pemuda pemudi termasuk kanak-kanak sekolah.
Langkawi menjadi pulau mistik yang penuh dengan dosa dan noda.
Mudah-mudahan KPJ dilangkawi pada 11 hb nanti bagai setitis air dari
paruh burung kecil yang cuba memadamkan api yang sedang membakar
Nabi Ibrahim. Bismillah kita melangkah ke Langkawi lagi.

66
HPA dalam perjuangan.
Saya pun tak sangka kita akan mencapai kejayaan sebegini.Saya cuma
orang kampung yang datang dari rumah berdinding buluh beratap
rumbia,nun........... diutara malaysia(Perlis bukan Paris)Bermulanya
perniagaan ini dari 6 orang pekerja sahaja.Kami bekerja seperti sebuah
keluarga dan biasanya dewan mesyuarat kami pada masa itu dibawah
pohon kelapa.Buat kerja lebih masa tak pernah mengira elaun,selalu
sampai lepas solat insya barulah semua pulang.Masa itu kami cuma fikir
nak cari rezeki yang halal sahaja kalau dapat untuk cukup makan pun dah

memadai.
...........ikutilah kisah kisah menarik dalam buku "HPA satu
Dekad".InsyaAllah.

67
Sokongan dari kalangan ulamak.
Sampai hari ini HPA terus mendapat sokongan kuat dari gulungan ulamak.
Sokongan moral dan fizikal ini dapat di dengari dimana-mana tempat. Ini
menjadikan HPA kian jauh ke hadapan bagi menjadi peneraju dalam
pengeluaran produk halal di negara ini khasnya dan di dunia
amnya.Perniagaan HPA merupakan intipati kuliah produk halal yang
disampaikan dalam masjid dan surau.
Namun bagitu kita sama-sama menyedari meujudkan produk halal
bukanya seperti membuat kuih jemput-jemput di dalam kuali. Peniagaan
ini perlukan sokongan dari semua pihak dan sudah pasti dalam mencari
sesuatu yang sempurna akan ditemui juga kekurangannya . Bagi jiwa -jiwa
yang bersih mereka akan terus menjadi matarantai untuk menggerakan
pasaran halal dan bukannya menjadi pengkritik dalam setiap kali ujudnya
kekurangan.
Cukuplah masa lalu yang kita habiskan hanya untuk menjadi pemerhati
dan hari ini kita buktikan kebersamaan dalam satu muamalah ini demi
kerana Allah dan Rasulnya. Jauh-jauh kita buang ,peniagaan hanya untuk
kepentingan diri dan pengaruh. Berniaga dan berjuang ibarat menanam
benih dan sudah pasti apa yang kita tanam itulah yang akan kita tuai
nanti di negeri yang kekal abadi.Amin.

68
Ujian.
Benar-benarlah kehidupan itu merupakan ujian pada setiap insan walau
dalam bentuk apa jua yang mendatang. Bagi penduduk pulau Langkawi
mereka terpaksa berhempas pulas bagi mempertahankan ugama dari
terhakis sama seperti terhakisnya Pantai Pasir Hitam dan Tanjung Rhu.
Generasi muda pula berhadapan dengan keruntuhan akhlaq yang sangat
dahsyat apabila mereka sanggup menjadi pelayan untuk menghidangkan
botol-botol arak kepada para pelancong. Surat khabar tabloid turut
menyiarkan akhlaq pelajar-pelajar sekolah yang minum arak tanpa segan
silu sebagai menyapa arus pembangunan yang sedang melanda.
Pulau Langkawi yang terkenal dengan air gamatnya menjadi ubat bagi
luka-luka dalam tubuh tidak boleh menyembuhkan luka dihati orang-orang
yang beriman. Sudah tentu penilaian mereka sangat berbeza dengan
pandangan ahli ekonomi yang mahukan pulau ini menjadi maju dan
tempat tumpuan. Perbezaan pandangan ini kerana bezanya neraca nilai
yang dijadikan ukuran. Nilai kemanusian yang berteraskan iman atau
nilaian kebendaan tanpa sempadan?
Laungan azan di Masjid Hana Kuah tiba-tiba kedengaran memecahkan
lamunan tapi hati tetap bersedih kerana lampu neon dari pub dan pusat
hiburan juga satu persatu dinyalakan.

69 Tanbihun ghafilin.
Dahulu kita sama-sama meneroka hutan belantara peniagaan ini dengan
seribu kepayahan. Segala kekurangan dan kelemahan tidak menjadi sebab
untuk berpatah balik dan meninggalkan perjuangan ini. Seluruh tenaga
kerja dari warga dan pemimpin mlm sederap melangkah tanpa kata atau
prasangka.
Sampai disuatu ketika tiba-tiba ujian menimpa....ramai dikalangan leader
yang meninggalkan kita dan kalau adapun hanya melihat dari hujung
mata saat sakarat usia perjuangan HPA. Saf di perbetulkan semula tapi
kali ini ikatan yang ada semakin kukuh kerana tali ikatnya ialah hati. Kita
melangkah dan terus melangkah.
HPA kini bukan lagi perlabuhan sepi bahkan sebuah ladang buah yang
telah masak dan sedia di ambil makan. Kerakusan sekali lagi datang
sebagai ujian. Angka bonus yang tidak pernah dijangka kini menjadi
rebutan dan persaingan. Ahli-ahli lama kembali hidup bagaikan terjaga
dari tidur yang panjang. Pemimpin yang dahulu telah hilang pula datang
siang dan malam bertanya dimanakah keadilan. Lantaran ahlinya yang
ditinggalkan telah menjadi downline orang lain.
Pengurusan terpaksa bertindak dengan arahan dan peraturan bagi
mengelakan tuduhan yang datang dari pelbagai niat dan tujuan. Sekali
lagi ujian berada di hadapan buat mengukur sejauh mana kukuhnya ikatan
hati yang telah tersimpul mati.
InsyaAllah seminar khas untuk PJS akan diadakan bertajuk "
Menggenggam harapan Ummah" akan diadakan pada waktu dan tempat
yang akan ditentukan kelak.InsyaAllah.

70
Yahudi.
Didalam protokol Yahudi dinyatakan bahawa sistem yang perlu dirosakan
dalam sesuatu bangsa yang ingin dikuasainya ialah sistem pendidikan.
Sehinggalah sistem pendidikan terbentuk dengan nilai dan norma yang
menolak keujudan ugama atau tuhan. Pengaruh kepada ilmu falsafah dan
logik mengusai gaya berfikir sehinggakan mereka berjaya menjauhkan
gulungan terpelajar dari pengkajian Al Quran dan sunnah.
Bagitu juga dalam dunia pengubatan dimana orang yahudi menguasai
lebih daripada 80% industri ubat didunia. Mereka memperkenalkan pil
perancang keluarga berdasarkan logik untuk kecukupan ekonomi sesuatu
keluarga yang ideal. Selanjutnya orang Yahudi tidak lagi perlu berkerja
keras kerana mereka mempunyai anak didik yang sentiasa tamat
pengajian pada setiap tahun.
Akhirnya ummat Islam terus terpenjara dalam situasi " ditelan mati
emak,diluah mati bapa"terutama kepada para doktor yang mula
memberikan perhatian kepada tibbun Nabawi. Semoga kita terus merdeka
bagi memilih sesuatu yang tidak bercanggah dengan pengubatan
Islam.Amin.

71
sejarah kita..
teman...
masih ingatkah engkau
dengan nama "ubat resdung dan menawan Kasih"
botol-botol kaca jernih
dan lebel kertas fotostap putih
kita jelajahi daerah dan negeri.
biarkan sejarah kita menjadi bahan cerita.
kesah suka duka..... sampai bila-bila
aduhai teman...
yang sering berada disisi
sejarah kita bermula dari titik sifar
mengukir mimpi
lalu melukisnya pada langit biru
nan tinggi
biarkan sejarah kita menjadi bahan cerita
pada mereka yang memilih untuk bersama.
kalian dahulu
juga
bagai kota kukuh
menahan cemas menungkat setia
detik yang tidak terduga
sedangkan
janji entah bila akan dikota.
namun cita-cita terus mara
tahukah kalian
waktu itu
aku cuma mampu dan gagah berdiri
agar tidak dilihat rebah
sedangkan nafas menjadi pendek
yang menanti detik henti
aduhai teman..
yang datang kemudian
teruskan ...
merentas segala kesusahan
dan sebuah kemenangan buat ummat
perlu dimartabatkan.
Kini
konvek menjelang lagi
aku rakamkan
sejuta penghargaan
buat kalian yang berjuang dan terus berjuang.

72
Perjuangan HPA
Salam.
Lihatlah bagaimana Islam diperlakukan didunia hari ini, bagitulah
bangkitnya semangat HPA untuk bangun memperjuangkan maruah
ummat. Kita melihat dengan mata dan kepala bagaimana penipuan atas
nama "halal" hari hari dibongkarkan oleh surat khabar tetapi tidak ada
orang yang bangun memperjuangkan halal sebenarnya. HPA dengan
segala kekuranganya bangun dari kelekaan merapatkan saf untuk
mewujudkan muamalah sesama muslim yang terdaya seperti yang
diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.
73
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Kita terus berjuang miskipun ramadhan telah berlalu. "jagalah apa yang
masuk ke perutmu" itulah inti perjuangan kita. Seruan kepada yang halal
dari sumber dan cara makanan diperolehi. Kepada semua pejuang
ekonomi Islam,terus maju membawa laugan "Halalal wataiyiban". Kita
masuk ke semua ceruk dan rantau,kita sampaikan kepada semua yang
ditemui bahawa hidup ini perlu ada perjuangan dan diatas nama
berjuangan kita bersama HPA.
Mana yang tersalah,silap mohon di perbetulkan. Sesama kita jangan ada
sengketa baru atau sengketa lama . Perpecahan bererti terbukanya pintu
kelemahan cuma menanti keluarnya kebinasaan sesuatu bangsa dan
kaum. Hari raya adalah hari kemenangan,kemenangan melawan
nafsu,menahan lapar dan dahaga. Hari raya adalah hari untk dibesarkan
dan diharamkan berpuasa lagi bila sudah ada pengistiharan raya. Ini
membawa makna bahawa selepas sesuatu ujian ,Allah akan memberikan
habuan. Di dunia mendapat laba dan diakhirat mendapat syurga. Ini boleh
berlaku jika kita berpuasa kerana Allah dan jika kita berniaga juga kerana
Allah. Berniaga bukan hanya pada barang tetapi pada untung dilihat
mengalir kemana. Jika berniaga sudah menjadi besar tapi keuntungan
untuk sibedebah "yahudi" terlaknat,didunia tidak senang di akhirat
berkawanlah dengan mereka bergembira diatas darah dan air mata orang
Islam.
Takbir Hari Raya sama dilaungkan dari bumi Aqsa sudah tidak ada lagi air
mata kesedihan melainkan yang hidup harus mampu bertahan,miskipun
sesama muslim terus berbelanja mengkayakan Yahudi sedunia. Takbir raya
kita kertawa dan mereka saudara kita lebih terseksa.
Maafkan kami atas kealpaan ini kerana terus menjadi pengguna produk
yahudi.....Ya Allah ampunilah kami....Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin
pada semua Warga HPA.Teruskan perjuangan Anda kerana Allah melihat
apa yang kita kerjakan. Amin.
74
Pasar Ansor.
mari kesini ....
dengarlah cerita ini..
tentang sejarah yang tidak pernah lupa
pasar Ansor..

tempat para sahabat berniaga


berhimpun tua dan juga muda
mereka membawa contuh hingga kini
bukan hanya pada ukuran benda dan laba
tetapi perdagangan ....
yang tidak pernah mengundang rugi
pada hati dan cita-cita.
semangatnya membara terus menyala
pasaran yahudi kian digempur
agar selamat dunia dan seisinya
kerana yahudi bangsa takabbur.
sejarah ini akan berulang
jika muncul pahlawan terbilang
dari segenap penjuru bumi
menyalakan obor yang dinanti.
Pasar ansor
bukan pasar mati
tapi tempat berniaganya
orang yang punya hati..
75
Kak Bedah dalam Ingatan.

Selama ini ku mencari-cari..teman yang sejati..buat


menemani perjuangan suci
Kini dia pergi buat selama-lamanya(kak Bedah ).Walaupun usianya di
mamah masa namun semangat dan perjuangannya terus kental tanpa
mengenal erti surut kebelakang. Saat HPA berada dalam situasi
gawat,pada ketika itu ramai leader-leader utama meninggalkan peniagaan
mlm ini,dialah satu satunya leader yang menjadi benteng kuat
mempertahan HPA terutama di Telok Intan dan Perak. Kak bedah nak mati
dalam memperjuangkan HPA kata-katanya yang sering diulang-ulang
apabila bertemu. Kak bedah percaya perjuangan HPA bukan hanya untuk
dunia tetapi mencari kerezaan Allah tambahnya lagi. Ucapan ini
menyebabkan airmataku tak mampu ditahan lagi ,apatah lagi bila
mendengar kematian Kak Bedah. Sebelum ini kembalinya Pak Kusnadi
juga menggoncang rasa hiba yang panjang dan berita ini juga semakin
mengamit seribu nostalgia aku dengan kak Bedah.

Ketika pic di Dewan Amir Ramadhan Perlis setahun lalu kak Bedah sempat
bergurau Abang Yusuf ni baik orangnya,dialah kekasih awal dan akhir kak
Bedah.Abang Yusuf tersenyum dan aku tumpang bahagia melihat
pasangan ini. kalau kak Bedah mati, peniagaan ini kak Bedah wariskan
pada anak kak Bedahitulah pesanan akhir kak Bedah kepadaku.
Aduhai..hibanya aku malam ini,kak Bedah menemui tuhan pada malam
Jumaat. Allahuakbar...kepada abang Yusuf Sekeluarga,bersabarlah dan
ikhlaskan diri dengan takdir ilahi ini. Kita doakan ruhnya ditempatkan
dalam simpanan ruh orang orang yang beriman. Paling Istimewa seorang
Isteri ialah apabila mendapat kerezaan suaminya. Kak Bedah...di pesada
niaga ini,aku tidak akan mungkiri janji ini bahawa semua usaha dagang
kita semata-mata mencari kerezaan Ilahi. Ya Allah..terimalah amal bakti
kami dan ampunilah kami.Amin. Al fatihah.

76
Inilah Jalan Kami
Inilah jalan Kami
kalau hidup panjang kita terus berjuang
kalau kita mati..
ada orang yang akan teruskan
hidup dan mati..
bukan kita yang tentukan
pada orang dikasihi
tiba-tiba dipanggil kembali
sudah tentu hati menanggung hiba
tetapi ...
bercerai kasih bertalak tidak.
urusan dagang ini
bukan dagang sebarangan
untuk memenuhi kehendak yang tidak puas
tapi dagangan ini membawa risalah
berita gembira dari al furqan
kita yang bermukim didaerah ini
barakahnya bukan dari sebab diri sendiri
telah terbukti pengorbanan
telah teruji kesetiaan
baru turunnya pertolongan.
lihatlah...sudah ramai yang datang kesini
tetap tabah sampai menemui mati
tidak berubah hati dan kesetiaan
miskipun dipujuk rayu kesenangan.
bukan...
bukan itu yang mereka cari
bukan wang berjuta dan emas segunung
tapi air kehidupan yang ingin diteguk
dari telaga kausar untuk umaat Nabi

bertahanlah kita disini


biarpun dingin membekukan tulang dan jemari
besok ada berita yang dinanti
musim bunga yang indah
keharumannya melata disetiap inci bumi.
77
Berat mata memandang.
Kalau anda ke taman haiwan anda dapat berjalan dengan bebas melihat
haiwan-haiwan yang di kurung dalam sangkar masing-masing. Sambil
menikmati sausana alam yang indah dan permai sudah tentu anda lupa
bahawa haiwan-haiwan itu juga menjerit minta dibebaskan. Umar Ibnu
Aziz pernah menghentikan pembinaan jalan untuk memberikan
kesempatan seekor burung yang sedang mengeram telurnya. Apabila
anak burung sudah boleh terbang barulah pohon itu di tebang. Inilah hati
seorang pemimpin yang sangat halus untuk meraba perasaan sekelian
makhluk dibawa pentadbirannya.
Hati yang halus tidak sampai ketawa melihat burung merbuk terkuar-kuar
minta kebebasan. Jika pesalah mati dipenjara dunia menanti saat
pengampunan hari keputraan DYMM Raja atau Agung tetapi sang burung
pula menantikan saat kematian tuannya mudah-mudahan hari itu dia
dibebaskan.
Mari kita cuba merasai hidup dalam sangkar dengan mengunjungi Orang
Utan Ireland di Bukit Merah Lake ,Perak. Kita berjalan dalam sangkar
melihat orang utan yang hidup bebas di Pulau mereka. Rasakan
kebebasan kita selama ini tersekat dan terbatas. Apakah kita bahagia
melihat orang Utan ketawa melihat kita?

78
hakikat kemuliaan.
Kemuliaan sebenarnya bukannya datang dari pujian dan sanjungan tetapi
kemuliaan itu adalah anugrah Allah yang sangat tinggi kepada sesiapa
yang dikehendaki. Jika manusia itu dimuliakan oleh orang ramai belum
tentu lagi kemuliaan itu bersifat kekal dan abadi mungkin kerana
hartanya,pengaruhnya maupun kerana takutkan kuasanya sahaja. Jika kita
berusaha untuk mencari kemuliaan makhluk maka yang akan kita perolehi
sebenar ialah sebuah kepura-puraan.
Kemuliaan itu hanya berlaku apabila kita melepaskan segala-galanyanya
bagi mencari redha Allah dengan tidak lagi mengharap pujian dari
orang yang memuji. Siapa jua boleh menilai kita samada kita orang
cemerlang atau pun kecundang tetapi penilaian dari mata manusia
ternyata sangat lemah dan berubah-ubah dari masa kesemasa. Mungkin
hari ini kita di anggap berjaya tetapi esok pula kita dianggap gagal dan
sebaliknya.
Paling mudah untuk kita fahami bahawa kemuliaan itu datang dari sumber
yang satu iaitu dari Allah. Allah boleh memberikan kemuliaan dan
kehinaan kepada siapa yang dia kehendaki dan hanya Allah sahaja yang
mengetahui kenapa terjadinya demikian. Kita sudah tentulah berdoa terus

agar Allah memandang kita dalam pandangan rahmatnya dan sekali-kali


jangan berputus asa dengannya. Amin
79
Berkorban apa sahaja.
Berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita yang murni atas moto
perjuangan "produk halal tanggungjawab bersama". Seribu cadangan
tidak ada ertinya jika pelaksanaannya cuma sebuah tiori hebat diatas
kertas yang tidak mampu bekerja. Seminar dan bengkel cuma menjadi
medan pengasahan bakat berhujah untuk lebih dikenali sebagai generasi
intelektual sementara medan amal masih kosong dengan para pejuang
sepenuh masa. Kalau adapun sekadar mengisi waktu yang terluang dan
kalau berbelanjapun cuma wang siling lebihan shoping dari supermarket
yang dimiliki oleh Yahudi.
Bagaimana ekonomi ummah mampu meraih kejayaan seperti zaman Rasul
saw? atau kita hanya di takdirkan menjadi penonton yang bertepuk
tangan dengan kejayaan orang lain. Terlalu banyak firasat yang lahir dari
pelbagai gulungan yang bernama ulamak sehinggakan dunia kian beku
dan hanya menanti kedatangan sebuah keajaiban. zaman sistem
perekonomian barat yang kian runtuh tidak juga menjadi peluang untuk
para peniaga muslim munjul dipemukaan dengan slogan takwa.
Para peniaga yang jahil terus mendakap sistem ekonomi jahiliah yang
telah reput dan berkulat miskipun peniagaan halal menjaminkan seribu
peluang. Akhirnya keseluruhan besar nama dan jenama produk halal sukar
di tentukan siapa yang menghasilkanya. Keberanian mereka(non muslim)
memberikan nama-nama Islam pada jenama mereka kini sudah boleh
diterima oleh pasaran. Sijil halal pula memberikan laluan kanan yang
pantas tanpa perlu berbaris menantikan perubahan pasaran.
Satu hal lagi Malaysia yang bakal menjadi Halal Hub di dunia tidak ada
dalam senarai pesaing selepas Thailand,Australia dan Brazil. Apa dah jadi?
dek kerana orang kita juga tidak menyokong orang kita dan kata mereka
"sama sahaja".
80
Inilah jalan kita.
kita sebenarnya memilih jalan ini
kerana kita sangat pasti
jalan kita ..
jalan kebenaran
jalan kita ...
jalan perjuangan
bukan hanya bicara laba untuk dunia
yang lebih penting
sebuah persiapan kesana...
persinggahan ini cuma sebentar
mungkin lebih pendek dari sehela nafas
tapi perjalanan sangat panjang

kerana penghujungnya juga tidak kelihatan


tersisih dari golongan kita
mereka yang ingin mencipta diatas hasil yang segera
sudah pasti sama sahaja
liku,lurah dan gunung
perlu dahulu di laluinya....
jika kita berhenti
pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah..teruskan
miskipun kaki luka dan berdarah.
Inilah jalan kita..
yang menuntut seribu kekuatan dijiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengan berani
sekali kita rebah
seribu tahun kita akan terus berlari.
81
Tazkirah usahawan Herbalis.
Ramai yang tahu tetapi sedikit yang mengambil pengajaran dari
pengetahuanya itu. Bahawa semua rezeki itu datang dari Allah dalam apa
jua bentuk dan apa jua cara.
Maksud firman Allah swt
setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus
ibadat),dia mendapati makanan di sisinya(Maryam),Dia berkata
Wahai Maryam!dari mana ini engkau peroleh? Dia (Maryam)
menjawab itu dari Allah.Sesungguhnya Allah memberi rezeki
kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan. (Ali Imran :
37)
Kefahaman 1.
Jagalah Allah nanti Allah akan menjagamu.
Sebagai seorang ahli peniagaan yang mencari untung dua dunia
maka seluruh aktiviti ekonomi itu perlu melepasi hambatanhambatan walaupun ia menjanjikan keuntungan yang lebih.
Andaikata di longgokan bukit emas dihadapan mata namun hati
sama sekali tidak akan menerimanya jika ia diberi dengan jalan
pendurhakaan kepada Allah swt.
Kefahaman 2.
jika pintu rezeki yang terbuka dihadapan kita selama ini tidak
halal maka tutuplah segera dan carilah dari pintu yang lain.
Jika kita berniaga pastikan peniagaan itu halal dan membawa
kepada pengampunan Allah. Jalan peniagaan yang tiada khianat
dan barang peniagaan yang halal lagi baik. Dari sinilah

bermulanya keberkatan dan keuntungan .Jika kita tidak yakin


dengan jalan ini bererti imannya selama ini mengalami kecacatan
kerana ia menafikan sifat kaya Allah swt dan dalam iktiqadnya
ujudnya was-was tentang ketuhanan.
Kefahaman 3
Tauhid itu mengakui keesaan Allah dalam semua perkara.
Tauhid wajib bersifat jazam iaitu 100% dan tauhid 99.99% itu
batal dan tertolak.Ini bermakna boleh jadi dunia kini dipenuhi
dengan jutaan muslim pada nama tetapi tauhidnya tertolak.
Mereka menjadi penentang kepada ugama mereka sendiri
lantaran kejahilan tentang tauhid yang sebenarnya. Rezeki itu
dari Allah dan kembalikan haq Allah tanpa sebarang keraguan.
82
Buat semua warga kerja HPA.
Dimana jua kita berada pada saat ini mudah-mudahan kita
tergolong dalam kumpulan hamba-hamba Allah yang soleh,
amin. Doa kesejahteraan khusus untuk anda (hamba yang soleh)
dalam salawat Ibrahim terus menerus dipanjatkan dari jutaan
bibir muslim dalam setiap detik dan waktu. Tenanglah hati dalam
menghadapi apa jua dugaan hidup kerana tugas menjadi hamba
itu menuntut sejuta kesabaran. Mereka yang kuat ujiannya terdiri
dari rasul-rasul kemudian dituruti mengikut tahap keimanan
masing-masing. Jika graf ujian ini di letakan sebagai neraca
mengukur keimanan sudah tentulah kesakitan tubuh badan,
tekanan fikiran dari setiap permasalahan hidup itu merupakan
nikmat buat penyempurnaan sebuah keimanan.
Menjadi pekerja yang amanah.
Sebelum anda menerima sesuatu jawatan dalam HPA, fahamilah
tentang peniagaan yang sedang diperjuangkannya itu. HPA
adalah syarikat yang menjalankan aktiviti bisnis iaitu dunia niaga
tanpa sempadan. Tanpa sempadan bermaksud tidak ujudnya
sesuatu had niaga selagimana tidak bercanggah dengan al-Quran
dan As- sunnah. Peniagaan ibarat suatu peperangan yang
memerlukan kekuatan mental dan fizikal agar tidak menyerah
kalah dengan tekanan yang sedia ada. Kejayaan dalam bisnis
ialah apabila lebih luas wilayah takluk niaga yang berjaya di
tawan. Kesemuanya itu ditundukkan kepada hukum Allah yang
telah lengkap sempurna.
Pergerakan anda mestilah seiring dengan misi syarikat dan tidak
ada alasan yang boleh diberikan untuk menutup kelemahan yang
mampu diubah. Anda merupakan seorang tentera yang siap siaga
dimedan jihad bagi menentukan kejayaan pasukanya samada
untung ataupun rugi. Kegagalan anda memahami hakikat ini akan
menjadikan anda sentiasa lambat untuk bertindak dan menjadi
gangguan kepada sebuah kemenangan.
Pekerja yang amanah sentiasa menyiapkan diri untuk diarah dan
diperintah bagi missi khas bisnis. Dia tidak mencari alasan untuk

tidak menyertai dalam mana-mana operasi yang di tentukan.


Malah dia taat samada berada di saf awal sebagai pemimpin
ataupun saf thani sebagai seorang pengikut. Menjadi imam pun ia
tidak menolak dan menjadi makmum pun ia ikhlas beribadat.
Pembentukan peribadi pekerja yang diharapkan sebegini sudah
tentu tidak berlaku jika keluruhan bisnis itu hanya berkiblatkan
kepada perjuangan benda(wang)semata-mata.
Jangan bekerja semata-mata kerana mencari wang untuk sara
kehidupan didunia sedangkan saham akhirat kita rugi . Ciri-ciri
pekerjaan yang baik itu ialah sesuatu usaha yang mendekatkan
kita dengan akhirat bukannya yang mampu mengangkat pangkat
ketahap yang paling tinggi. Bisnis dalam kacamata Islam
dipandang sangat mulia dan sepanjang zaman keagungan Islam
para peniagalah yang menjadi perncetus perubahan kepada
sesuatu masyarakat. Generasi para sahabat yang menjadi para
mubalig juga menggunakan uslub niaga.
Sejauh mana seorang pekerja itu amanah dengan pekerjaannya
itu, bergantung sejauh mana ia memahami tentang ibadah dalam
dunia niaga. Peniaga amat mudah melakukan penipuan terhadap
pengguna tetapi lingkungan soleh yang mempengaruhi para
peniaga telah mengubahkannya menjadikan peniagaan sebagai
sebuah sekolah kehidupan. Kehidupan orang-orang solih yang
mengharapkan untung itu berlaku didunia dan diakhirat.
Pembentukan biah soleh ini telah menjadi dasar bisnis HPA
sebagai support kepada system niaga yang sedia ada.
83
Perjalanan seorang hamba.
Perjalanan hidup bagaikan warna pada lukisan pelangi di langit luas.
Keindahanya terbina di balik hujan dan panas dek biasnya cahaya pada
mata yang memandang. Namun sudah pasti keindahan itu tetap ia pada
hati untuk dirasai kerana jika gelisah sudah tentu dan pasti semua
keindahan tidak muncul lagi. Tenang itu dari sumber kolam rasa kerana
sudah terjaga semua pancaindra dari maksiat pada tuhannya. Hati hati dia
melangkah bagai berjalan dicelah kaca tajam yang bertaburan.
Apa lagi yang lebih tinggi dari "redho"? kerana sepenuh langit dan bumi
dosa dilakukan jika sudah mendapat redhoNya pasti bahagia buat selamalamanya. Inilah perjalanan seorang hamba yang benar-benar mencari
redho Allah dan dimana keredhaan itu ditemui pasti diupayakanya
miskipun perlu merenangi lautan api setelah mendaki bukit kepayahan.
Orang yang redha tidak pernah mengeluh atas apa jua takdir pada dirinya.
Jika takdirnya buruk ia yakin sudah pasti itu dari pilihannya sendiri
lantaran kealpaan dan kecuaiannya dari meneliti sebelum membuat
sebuah tindakan. Jika takdir baik ,atas rahmat Allah jua menyayanginya
dengan pilihan yang benar. Apapun nafasnya yang masih bergerak sudah
sangat bererti, Allah memberikan sehari lagi waktu untuk melakukan
perubahan.Kembalilah kepada Allah dalam keadaan redha dan di
redhoi.Amin.

You might also like