You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SATU SULTAN ALAM SHAH

JALAN BUKIT 11/2, 46200


PETALING JAYA SELANGOR
79566941

03-

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


BIL 2 / 2014
Tarikh : 12 Ogos 2014
Masa

: 1.30 petang

Tempat

: Bilik Gerakan, SK Satu Sultan Alam Shah

Kehadiran

1. Puan Nizawati bt. Abd Karim

Ketua Panitia

2. Cik Reshma a/p Rajasaigran


3. Cik Sal Sabila bt. Ramlan

Hadir bersama :
1. En Musa Mohd Walid

Guru Besar

2. En Kamaruzaman bin Zalani

Penolong Kanan Akademik

Agenda

1.0 Ucapan pengerusi Puan Nizawati bt Abd Karim


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ini.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
1.3 Mengucapkan terima kasih kepada En. Musa dan En. Kamaruzaman
kerana turut hadir mesyuarat kali kedua Panitia Muzik.
1.4 Berharap apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik.

2.0 Ucapan penasihat En. Musa Mohd Walid


2.1 Menasihati panitia agar membelanjakan kewangan muzik berdasarkan
keperluan pengajaran dan pembelajaran dihabiskan sehingga penghujung
bulan Oktober.
2.2 Memikirkan penubuhan satu kumpulan atau kelab untuk membuat
persembahan sekiranya ada majlis dilaksanakan. Kumpulan ini boleh diajar
semasa pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Ucapan tahniah daripada tuan Guru Besar kerana murid hadir ke sekolah
disebabkan seronok untuk belajar Dunia Muzik.
2.4 Meminta guru muzik untuk memantau perkembangan bilik muzik serta
menyenaraikan keperluan bilik muzik.

3.0 Pengesahan minit mesyuarat.


3.1 Minit mesyuarat kali pertama bertarikh 20 Februari disahkan oleh Encik
Kamaruzaman dan disokong oleh Cik Reshma.

4.0 Perkara Berbangkit


4.1 Berkaitan dengan Latihan Dalam Perkhidmatan menggunakan rekorder
amat diperlukan oleh setiap guru yang mengajar muzik. Cadangan untuk
membuat Latihan dalam Perkhidmatan bermain rekoder untuk setiap guru
selepas UPSR.
4.2 Berkaitan dengan nyanyian lagu sekolah, guru muzik digalakkan
mengambil masa setengah jam bagi mengajar murid-murid menyanyikan lagu
sekolah dengan diiringi oleh minus one. Cadangan perlaksanaan diadakan
selepas UPSR.
4.3 Perkara 4.1 : Berkaitan dengan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi
murid tahun 1 sehingga 6 yang sudah lengkap.
4.4 Perkara 4.1 : Berkaitan dengan penulisan Rancangan Pengajaran Harian.
Semua guru muzik sudah diselaraskan cara penulisan RPH yang betul.
4.6 Barangan muzik telah dibeli, diguna dan diselenggarakan dengan elok.
Panitia Muzik juga telah menggunakan peruntukan PCG dengan sebaikbaiknya.
4.7 Bilik muzik telah tersusun, tombol pintu bilik Muzik telah ditukar. Panitia
memohon tikar getah untuk dimasukkan ke dalam bilik muzik.
4.8 Pengurusan fail panitia telah mengikut format yang dierikan oleh
Penolong Kanan Akademik.
4.9 Minggu panitia dilaksanakan pada bulan Ogos yang melibatkan
pertandingan, pertunjukkan angklung dan gamelan.
4.10 Cadangan pertukaran lagu patriotic oleh Puan Rosnah tidak diterima,
sekolah masih meneruskan lagu 1 Malaysia.

4.11 CD dan modul pengajaran muzik bagi tahun 3 telah selesai dimana guru
telah mendapatkan dari internet dan membuat salinan untuk diri sendiri.

5.0 Perkara-perkara baharu


5.1 Pertandingan rekorder di bawah YAMAHA selepas UPSR akan
dilaksanakan mengikut kekosongan tempat.
5.2 Setiap pagi sepanjang Bulan Kemerdekaan, akan dimainkan lagu patriotik
dari pukul 7.00 7.15 pagi.

6.0 Hal-hal lain


6.1 Penglibatan En. John dalam panitia Muzik amat digalakkan bagi latihan
persembahan. En. John juga dilantik sebagai jurulatih sekolah bagi
melaksanakan persembahan.
6.2 DTari di bawah naungan En. John digabungkan dengan panitia Muzik.

7.0 Penutup
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang

Tarikh : 12 Ogos 2014


Pencatat : Cik Sal Sabila bt Ramlan

You might also like